Part 2
Selepas bersuka ria dengan teman baiknya Maya, Linda teruspulang ke rumah mummynya malam itu. Sejak berkahwin dengan Zafril atas desakanmummy dan mama lelaki itu, perkara yang paling dia benci apabila terpaksa duduksebumbung dengan madunya sendiri di rumah mertuanya. Itu kehendak Zafrilsendiri kerana mahu bersikap adil dengan isteri-isterinya.
“Leganya lah bila takde benda yang menyakitkan hati katsini.” Gumam Linda sendirian apabila tubuhnya menghenyak sofa putih di ruangtamu rumahnya.
“Takde lah asyik kena tengok muka minah tu 24 jam je”tambahnya lagi sambil tersenyum nipis.
Datin Azizah turun ke ruang tamu apabila mendengar derumanenjin kereta sebentar tadi. Dia terus menyusun langkah untuk duduk berhadapandengan anak kesayangannya itu.
“Eh apa anak mummy buat kat sini? Nanti laki cari karangmacam mana” soal Datin Azizah sambil memandang Linda yang sedang sibuk menataphandphone miliknya.
Linda mencebik. Dah agak mummy mesti cakap pasal hal ini.
“Malaslah mummy. I sakit mata tau duduk kat sana. Si Zaf tulayan Zara lebih-lebih, I ni layan tak layan je”
Datin Azizah tergelak kecil.
“Sebab tu mummy suruh you ada anak cepat-cepat. Biar Zafbukak mata tengok you pulak” ujar Datin Azizah dengan nada yang serius. Misinyacuma satu, ingin membolot semua harta Datuk Amar dengan mudah.
Linda bingkas bangun dan duduk di sebelah mummynya. Adabenarnya dalam kata-kata mummy itu. Tambahan pula, mertuanya memang sudahbising tentang hal yang sama walaupun dia menantu emas dalam keluarga itu.
“I tak suka pregnant mummy. Leceh tau nanti ! plus tak bolehnak enjoy sana sini. That’s why I makan pil perancang supaya I takkanmengandung.” Jelas Linda panjang. Memang dia tak terfikir untuk jadi seorangibu. Memang tak lah kan.
Datin Azizah merenung Linda tajam. Geram dengan tindakanbodoh anaknya itu.
“What? Kenapa stupid sangat you ni?? Kalau you ada anakdengan Zaf, budak tu confirm jadi waris tunggal Datuk Amar then dari situ kitaboleh bolot harta mereka”
“Patutlah dah setahun you kahwin perut tu tak berisi lagi.Lepasni you jangan cuba nak buat macam tu lagi. Mummy nak lagi dua tiga bulanyou dah pregnant, okay?!”
Datin Azizah merengus kasar sebelum berlalu meninggalkanLinda keseorangan. Dia takkan biarkan rancangannya itu musnah !
|