CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2136|Reply: 11

7 Mata Yang Dicintai oleh Allah

[Copy link]
Post time 19-9-2014 04:06 PM | Show all posts |Read mode
7 Mata Yang Dicintai oleh Allah





Perkongsian malam ini adalah kisah 7 mata yang dicintai Allah SWT. Siapakah pemilik 7 mata ini ? Mereka tak lain tak bukan adalah:



1. Pemilik mata yang berjihad pada jalan Allah SWT.
2. Pemilik mata yang berjaga malam kerana Allah
3. Pemilik mata yang menitiskan air mata kerana takut kepada Allah
4. Pemilik mata yang sentiasa dijaga dari pandangan yang haram
5. Pemilik mata yang sentiasa memuji kejadian Allah.
6. Pemilik mata yang memandang, membaca dan memahami isi Al-Quran.
7. Pemilik mata yang memandang orang miskin dengan penuh keinsafan dan kasih sayang.

Sama-sama kita jadikan mata kita juga mata yang dicintai Allah SWT. Jaga diri, jaga mata dan jaga peribadi. Selamat beramal..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila jelaskan.

Sila berikan dalil yg jelas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 05:41 PM | Show all posts
SELALU TANYA DALIL KE KPD USTAZ YG BERI TAZKIRAH..?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerana yg saya nampak konflik yg akan membuahkan kefasikan dari perspektif yg berbeza.

Mungkin anda semua tak nampak perihal ini.

Perlukah saya sampaikan dari perspektif minda manusia?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya bagi hint utk faham yg paling mudah.

7. Pemilik mata yang memandang orang miskin dengan penuh keinsafan dan kasih sayang.

Jika sekadar melihat, kemudian tak buat apa2, agak2 syariat lempar ke mana?

Katakanlah si kaya bersikap mcm itu? Allah cinta gitu? Tak ke kelakar? Tak ke kita mengajar fahaman wahan sedangkan kewajiban melihat bergantung kpd kemampuan yg Dia berikan utk asbab beramal.

Kiranya jika kita ni org berilmu, bila datang hamba Allah meminta jawapan, kita sekadar melihat kan kasihan?

Kiranya org Islam tak tutup aurat, kita lari dari melaksanakan tanggungjawab? Kita pelihara mata Allah dah kira cinta perbuatan kita?

Taqwa letak tang punggung?

Saya seorg yg tak der tauliah agama. So, jika saya tegur perihal aurat, dan org berkenaan report polis, agak2nyalah kan, kes aniaya tak? Gi mengaji undang2 dulu yer. Trap bab agama ni kalau tak paham, amat mudah nak kesan. Celah kita dok zaman fitnah. Benda yg baik yg dilakukan pun jadi buruk.

Sebenar2 mukmin yg dalam kebenaran agama, jika mahu bersuara aje, penuh agen2 yahudi dan nasrani datang menghendap. Siap camourflage lagi disebalik jubah. Kamu kenal ke? Awat, check ingat depa bodoh tak ngaji sistem undang2 Islam atas muka bumi ni? Tu belum lagi dgn jin2 pembisik.

Org yg betul2 gi jihad pun boleh jadi pesalah agama? Kamu tahu ke hal ehwal ini?

Setakat melihat, saya pun reti lihat. Yg melihat dan yg nak melaksanakan barulah dinamakan taqwa. Taqwa itu CINTA.

Ada satu kes benar nak jelaskan undang2 sedia ada pun ada sedikit kegilaan. Seorg lelaki memandu kereta (malaysia). Tiba2 keretanya melanggar kanggaro yg besar. Buat report balai, polis tak caya bro. Siap suruh tukar statement.

So, tiap2 view kena ada penjelasan dan dalil. Saya nak tahu, salah ke minta dalil sebelum TT ni saya COP AJARAN MEROSAKKAN MINDA DAN HATI MANUSIA?

Mohon diperjelaskan TT ini. Tq
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
TT ini penyumbang utama ramai org berhutang dari kalangan mukmin. So org mukmin ada sebab menyalahkan org yg menyebar penyakit wahan JIKA TT ini tidak perjelaskan dalil2 kerana SAYA TAU DALIL ni ada storyboardnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2014 12:14 PM | Show all posts
Abangcute posted on 19-9-2014 10:43 PM
TT ini penyumbang utama ramai org berhutang dari kalangan mukmin. So org mukmin ada sebab menyalahka ...

TT ini penyumbang utama ramai org berhutang dari kalangan mukmin. So org mukmin ada sebab menyalahkan org yg menyebar penyakit wahan JIKA TT ini tidak perjelaskan dalil2 kerana SAYA TAU DALIL ni ada storyboardnya

hang ni
dok kata org tak betoi je manjang
ayat hang ni pun tak jugak betoi betoi sikit pun

berperingkatlah nizam ooiiii
kat kita ni manusia
kenalah tengok manusia yg lain sama, bukan dok satu satu tahap je

cam hang - bukan sekadar tengok org2 miskin dgn kasih sayang je
tapi tangan tu pun menghulur dgn kasih sayang gak kannnnnn
dan berkasih sayang leeee gak masa berforum ni

alllaaa kuci kuci nizm yg cute
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 12:17 PM | Show all posts
uniq61 posted on 19-9-2014 05:41 PM
SELALU TANYA DALIL KE KPD USTAZ YG BERI TAZKIRAH..?

kalau tanya kat aku
memang aku tanya leeee ustaz2 tuuuu
agar dia memahami apa yg disuarakannya
dan menyampaikan dgn kebenaran

hang................aku tak tanya leeeeee


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2014 10:15 AM | Show all posts
kalau tanya kat aku
memang aku tanya leeee ustaz2 tuuuu
agar dia memahami apa yg disuarakannya
dan menyampaikan dgn kebenaran


BETUL TU...TAPI TAK SEMUANYA PERLU DITANYA DALILNYA.....SEOLAH OLAH KITA MERAGUI USTAZ YANG BERI CERAMAH TU...SEDANGKAN PERKARA TU DAH JELAS PERKARA YANG BAIK...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2014 10:22 AM | Show all posts
7. Pemilik mata yang memandang orang miskin dengan penuh keinsafan dan kasih sayang.

APA YANG JADI PERSOALANNYA???

SDR BARU BELAJAR TASAWUF KE?

KALAU PEMILIK MATA ITU TIDAK INSAF DAN ADA RASA BELAS KASIHAN APABILA MEMANDANG ORANG MISKIN......TANPA MENGHULUR BANTUAN...ITU TERPULANGLAH KEPADA MEREKA.....MUNGKIN ADA YANG TAK MAMPU MEMBERI BANTUAN SEPERTI KITA MELIHAT WARGA PALESTIN....
ADA SDR BERI BANTUAN......TIADA KAN? CUMA SEKADAR PERASAAN KEINSAFAN DAN KASIH SAYANG....KAN
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:54 AM | Show all posts
1. Pemilik mata yang berjihad pada jalan Allah SWT.
2. Pemilik mata yang berjaga malam kerana Allah


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهَمَا النَّارُ أَبَداً : عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ، وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ
Rasulullah SAW bersabda: “Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya : mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah”.  
(Riwayat at-Tirmidzi)  

3. Pemilik mata yang menitiskan air mata kerana takut kepada Allah

لَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ قَطْرَتَيْنِ وَأَثَرَيْنِ : قَطْرَةٌ مِنْ دُمُوْعِ خَشْيَةِ اللهِ ، وَقَطْرَةُ دَمٍ تَهْرَاقُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ
Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefarduan yang telah difardukan oleh Allah.
(Riwayat at-Tirmidzi)

4. Pemilik mata yang sentiasa dijaga dari pandangan yang haram

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.
(Surah An-Nuur : 30-31)


5. Pemilik mata yang sentiasa memuji kejadian Allah.

Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang-orang yang bertaqwa. (Yunus, 6)

Katakanlah:"Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfa'at tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman". (Yunus, 101)

Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya kepada ayat-ayat Kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong.(As-Sajdah, 15)

6. Pemilik mata yang memandang, membaca dan memahami isi Al-Quran.

عَن عُثمَانَ بنِ عَبدِ اللٌهِ بنِ اَوسِ الثٌقَفيِ رَضَيِ اللٌهُ عَنهُ عَن جَدٌهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللٌهِ صَلَي اللٌهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ قِراَءةُ الٌرَجُلِ القُرانَ فيِ غَيرش الُصحَفِ ألفُ دَرَجَةٍ وَقِرَاَءتُه فيِ الصُحَفِ تَضُعَفُ عَلى ذَالِكَ اِل ألفَي دَرَجَةٍ
(رواه البيهقي في شعب الإيمان)
Dari Uthman bin Abdullah bin Aus ath-Thaqafi r.a. dari datuknya, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bacaan al-Quran seseorang tanpa melihat mushaf adalah seribu darjat (pahalanya), dan bacaannya dengan melihat mushaf adalah dilipatkan sampai dua ribu darjat.
(HR Baihaqi - Syu’bul Iman)

Keterangan:
Hadith di atas menyebutkan tentang keutamaan membaca al-Quran dengan melihat mushaf. Pernyataan hadith di atas menimbulkan perbedaan pendapat di kalangan alim ulama. Manakah yang lebih utama, orang yang membaca al Quran dengan hafalan atau yang membacanya dengan melihat mushaf? Berdasarkan hadith diatas, sebahagian ulama berpendapat bahawa membaca al-Quran dengan melihat mushaf adalah lebih utama, kerana mata akan selalu melihat al Quran, sehingga terhindar dari kesalahan dalam pembacaan. Sedangkan sebahagian ulama lainnya berpendapat bahawa membaca al-Quran melalui hafalan itu lebih utama, kerana akan lebih khusyu’ dan dapat terhindar dari sifat riyak, dan itu adalah kebiasaan Rasulullah SAW. Imam Nawawi (rah) menyatakan kedua-duanya adalah baik, bergantung pada keadaan si pembaca. Sebahagian orang ada yang lebih konsentrasi jika membacanya dengan melihat mushaf, dan sebagian lainnya merasa lebih konsentrasi jika membacanya dengan hafalan. Hafiz Ibnu Hajar (rah) menulis dalam Fathul-Bari bahawa penjelasan itulah yang dipersetujui.

7. Pemilik mata yang memandang orang miskin dengan penuh keinsafan dan kasih sayang.

Abu al-Laith As-Samarqandi berkata: "Seharusnya seorang muslim suka kepada orang faqir miskin meskipun dia kaya, sebab cinta kepada orang faqir itu bererti cinta kepada Nabi Muhammad SAW dan juga Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad SAW supaya cinta kepada orang-orang faqir miskin sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud; "Dan sabarkan dirimu berkumpul dengan orang-orang yang selalu berdoa kepada Tuhan pagi dan petang semata-mata kerana mengharap keredhaan-Nya." (Al-Kahfi, 28)

WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 22-9-2014 12:20 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2014 11:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 1.181153 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list