View: 3912|Reply: 0
|
Kelvin Ong, ex Pembaca Berita TB3 Jadi Punasihat Sultan
[Copy link]
|
|
Juara lagu dalam dua bahasa
| NORMALA dan Kelvin pengacara Juara Lagu '99.
|
Pihak penerbitan tidak mahu Muzik Muzik dan Juara Lagu sekadar berada di dalam kepompong tempatan sahaja sebaliknya mereka berharap ia akan mendapat tempat di luar negara.
Selain menampilkan pengacara yang berkomunikasi dalam dua bahasa, lagu-lagu yang akan dihidangkan sebagai hiburan tambahan adalah lagu-lagu evergreen Inggeris.
"Kami ingin membuat kelainan dalam Juara Lagu kali ini,'' kata Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Tiga Event, Abu Bakar Taib dalam sidang akhbar Juara Lagu 99 kelmarin.
Menurut Abu Bakar, kelainan yang ditampilkan itu dianggap sesuai dengan tema Juara Lagu 99 iaitu Hiburan Sensasi Ke Alaf Baru.
"Ini adalah salah satu persediaan untuk melangkah ke alaf baru selari dengan dunia yang tidak bersempadan,'' ujarnya.
Menurutnya, Muzik Muzik tidak pernah diadakan untuk penonton Melayu sebaliknya ia mengharapkan peminat pelbagai golongan.
"Kami pernah mengadakan pertandingan lagu-lagu bahasa lain namun kurang mendapat sambutan,'' katanya.
TV3 juga akan menyiarkan Juara Lagu '99 secara langsung pada 5 Disember ini pukul 9 malam untuk memberi ruang yang lebih kepada penonton.
Pembaca berita Normala Samsudin dan Kelvin Ong terpilih mengendalikan rancangan tersebut untuk menampilkan satu lagi kelainan.
"Pemilihan dua personaliti itu untuk menampilkan imej baru dalam pertandingan,'' kata Abu Bakar lagi.
Di majlis yang sama penyanyi dan komposer mencabut undi giliran mengadakan persembahan di pertandingan akhir itu.
Sebanyak 12 buah lagu layak ke Juara Lagu '99 untuk bersaing merebut empat kejuaraan iaitu Juara Lagu, Juara Kategori Balada, Juara Kategori Pop Rock, Juara Kategori Irama Malaysia dan persembahan terbaik.
Lagu yang terpilih sebagai Juara Lagu akan membolehkan pencipta, penulis lirik dan penyanyi menerima wang tunai RM25,000 serta trofi.
Juara setiap kategori pula menerima wang tunai RM12,000 serta trofi manakala penyanyi yang memenangi persembahan terbaik memenangi wang tunai RM5,000 dan trofi.
Lagu yang bersaing dalam kategori balada ialah Purnama Merindu (Siti Nurhaliza), Hanya Satu (Nora), Syurga Di Hati Kita (Ziana Zain) dan Aku Tetap Aku (Shima)
Bagi kategori pop rock pula menyaksikan persaingan antara lagu-lagu Istimewa (Indigo), Andalusia (M.Nasir), Satu Cinta Dua Jiwa (Siti Nurhaliza) dan Jendela Hati (Erra Fazira).
Lagu-lagu Dondang Dendang (Noraniza Idris), Dondang Mustika (Kopratasa), Hati Kama (Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza) dan Samrah Mentari (Jamal Abdillah) pula bersaing dalam kategori irama Malaysia.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1126&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=et_01.htm#ixzz3GEeTZvng
© Utusan Melayu (M) Bhd
KELVIN ONG KINI JADI PEMBANTU KHAS SULTAN SELANGOR
Bekas Pembaca Berita, Kelvin Ong Kini Pembantu Khas Sultan Sgor
Rupanya bekas pembaca berita TV3 yang popular dalam era 90-an, Kelvin Ong kini menjawat peranan sebagai Pembantu Khas kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Selain itu, Kelvin juga dilaporkan sudah memeluk Islam dan bergelar muallaf sejak mendirikan rumah tangga dengan wanita Melayu, Zetty Juyanty A. Rahim.
Kelvin atau nama Islamnya, Zahir Kelvin Ong Abdullah masih lagi kelihatan segak seperti zaman kegemilangannya dahulu.
Sebagai pembantu khas kepada Sultan Selangor, sudah pasti Kelvin kini semakin sibuk dengan krisis yang melanda negeri Selangor, melibatkan kemelut dalaman di antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Pakatan Rakyat. ~mns
|
|
|
|
|
|
|
| |
|