CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2946|Reply: 19

CERPEN - Mimpi Yang Nyata

[Copy link]
Post time 8-9-2014 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua. First time saya join ruangan bakat penulis ni.

Tengok thread post orang lain semua power2. Good job semua.

Terus terang saya memang takde ilmu langsung pasal sastera.

Cerita yang saya buat ni pun pakai bahasa rojak, in point form lagi.

Tapi harap2 siapa yang baca tu still boleh terhibur.

Maaf la kalau ada certain2 part tu yang macam agak poyo.

Kalau ada silap/terpesong fakta, bagitau terus terang jer ok.

Tunjuk ajar sangat dialu-alukan.

Insya'Allah saya akan baiki kelemahan saya nanti..

( p/s : mcm mana nak include tag [Newbie] kat title? Ataupun dia akan automatic lable sendiri? )


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2014 06:56 PM | Show all posts
Nama : Harith Farhan Bin Idris Faisal (Harith)

Kerja : Project Executive

Birthday : 24 / 05 / 1986

Isteri : Farhana Binti Abdul Rahman (Hana)

Anak : Fariza Binti Harith Farhan (Fiza)

Perempuan Misteri : Nur Shazilinah Abdullah (Shazzy)

Anak Misteri : Nur Melissa Binti Harith Farhan (Lisa)



>> Harith lelaki melayu biasa. Daripada family agak berada, study cemerlang, grad MMU. Jumpa isteri kat university sama. Kahwin lepas dapat 1st job.

>> Rutin yang sama hari2. Pergi kerja weekdays, balik kerja tolong isteri jaga anak. Hujung minggu cuti rehat2 kat rumah, kadang2 keluar jalan2.

>> Ada satu benda yang bezakan Harith dengan orang lain. Dia ada mimpi yang konsisten setiap malam semenjak daripada sekolah rendah darjah 6.

>> Mimpi sentiasa cerita lain2, tapi sentiasa dengan sorang perempuan yang sama, Shazzy.

>> Semenjak kecik, sentiasa mimpi pasal Shazzy. Membesar sama2, pergi sekolah sama2. Mimpi betul2 rasa real.

>> Pernah cerita kat kawan2/sepupu2, tapi selalu digelakkan & dipermainkan. Semenjak daripada situ Harith tak kongsi dengan siapa2 lagi dah.

>> Isteri (Hana) pendiam, & sorang yg agak serious. Marriage tak berapa mesra, tapi Harith tak pernah rasa sunyi.

>> Dia sayangkan anak dia, Fiza sepenuh hati. Dalam masa yang sama, dia betul2 ada rasa sayang yang kuat sangat dengan Shazzy.

>> Sampai satu masa, Harith mimpi yang dia berkahwin dengan Shazzy. Shazzy memang penyayang. Dalam mimpi tu memang tak ada langsung kelibat Hana & Fiza.

>> Dia mimpi kahwin dengan Shazzy exactly kat tempat dewan yang sama dia kahwin dengan Hana.

>> Lepas mimpi kahwin, dia dengan Shazzy pegi honeymoon kat Phuket. Honeymoon budget, tapi dia betul2 happy.

>> Dia mimpi dia dapat anak perempuan jugak dengan Shazzy..diorang namakan anak tu Nur Melissa.

>> Hana selalu sibuk & semakin menjauh dengan Harith, kadang2 dia abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri..membuatkan Harith sampai tawar hati.

>> 3 orang yang paling bermakna dalam hidup Harith..Fiza, Shazzy and Lisa.



*************************************************************************************************



Tempat Kejadian : Jalan Bukit Bintang (tempat lintasan yang sibuk untuk pejalan2 kaki)

Waktu Kejadian : Dekat2 masa tengahari (11.30am)


>> Harith ada appointment dengan client dekat Cafe Tous Les Jours bukit bintang.

>> Parking kat area Sungei Wang, jalan kaki menghala ke Cafe.

>> Tengah tunggu traffic light pejalan kaki hijau untuk nak ke seberang jalan, Harith godek2 handphone. Tiba2 dapat notification FB message.

>> Ada FB blank message daripada someone nama Nur Shazilinah Abdullah. Harith terkejut.

>> Traffic light pejalan kaki dah tukar hijau. Harith tak perasan sebab sibuk check handphone. Orang belakang marah & maki2 sambil potong Harith.

>> Tiba2 ada kereta meluncur laju daripada arah kanan, menyelit celah2 kereta lain & terlanggar pejalan2 kaki yang tengah melintas.

>> Lagi sekali, Harith terkejut. Total mangsa langgar 4-5 orang. Harith terus meluru ke arah mangsa2 & tolong apa2 yang patut. Dia call ambulance.

>> Lepas settle dengan ambulance, Harith terus menuju ke arah Cafe & mintak maaf sebab lambat sikit. Dia explain pasal accident tadi.

>> Client kata tak apa, sebab dia pun nampak kejadian tadi & dia puji effort Harith tolong2 mangsa.

>> End of appointment, Harith still stay lagi kat Cafe tu..dia terus check FB. Dia bukak blank message tadi. Dia terus check profile Nur Shazilinah Abdullah.

>> Profile private, gambar display photo pun gambar scenery random. Harith tak dapat nak view details & gambar.

>> Harith cuba nak reply message, tapi dia tak tau nak cakap apa.

>> Dia nak cakap thank you disebabkan FB message yang dia dapat tu lah dia boleh terlepas daripada terlibat sama dengan accident tadi.

>> Tapi dia takut macam pelik...end up, dia just reply tanya khabar biasa2.

>> Berdebar2 dia tunggu reply. Dia takut jugak kalau itu orang lain, bukan Shazzy.

>> Tapi nama ejaan yang unik buatkan dia confident..walaupun dia susah nak explain kebetulan dengan mimpi yang dia lalui.

>> Lama dia kat Cafe tunggu reply message, tapi takde reply. Harith keluar daripada situ, & dia teruskan kerja dia sambil try dapatkan distraction seharian.

>> Sampai malam, still tak ade reply. Dia tidur tak lega hati. Dia try remindkan diri sendiri yang itu bukan Shazzy, maybe tu orang lain.

>> Malam tu dia mimpi Shazzy lagi..dia mimpi Shazzy happy, & betul2 lega sebab Harith terlepas daripada kemalangan maut.

>> Dia boleh rasa yang Shazzy betul2 sayangkan dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2014 06:57 PM | Show all posts
*************************************************************************************************




>> Pagi esok, dia terima message yang ditunggu2..Nur Shazilinah Abdullah reply message Harith, dia tanya, 'ada apa awak message saya semalam?'

>> Harith reply terus..dia ckp 'awak ada message saya dulu sebelum tu. tapi blank message. patutnye saya yang tanye kenapa awak message saya.. '

>> Nur Shazilinah tu jawab, 'saya tak ade message siape2 pun semalam..mungkin FB ada glitch kot'

>> Harith pelik..memang dia pasti Nur Shazilinah tu yang message dia dulu semalam.

>> Walaupun hanya blank message, tapi message tu la yang dah selamatkan nyawa dia semalam.

>> Dia pasti memang ini la Shazzy Dream Girl dia selama ni. Dia cuba pancing tanya pelbagai soalan.

>> Harith reply message, 'maybe la kot FB ade glitch. anyway, awak ni Shazzy ke? yang keje kat Hotel Hilton PJ tu ke?'

>> Nur Shazilinah reply, 'Yes, saya Shazzy.. dulu saya ada pernah bgtau ke saya keje kat PJ? u have great memory..'

>> Harith betul2 terkejut. Ini memang Shazzy..maknanya mimpi dia betul2 ada makna yang tersirat selama ni.

>> Tapi dia pelik kenapa Shazzy assume diorang pernah kenal dulu..?? Macam2 soalan yang dia nak tanya..tapi dia tak nak takutkan Shazzy.

>> Harith try to remain calm. Dia tanya perlahan-lahan, 'apa maksud awak dulu..? Kita pernah kenal ke?'

>> Shazzy reply, 'awak ni Harith Farhan..husband Hana kan? Saya kenal camtu2 jer dengan your wife. Apparently my ex BF is a close friend of your wife.'

>> Harith tergamam. Dia tanya lagi, 'siapa ur ex BF?'

Shazzy repy,' Johan..awak kenal kan? Dia boleh kata best friend dgn Hana masa kat MMU dulu. Saya attend wedding awak dengan Johan few years back.'

>> Harith kenal Johan..kenal sangat. Dia betul2 tak percaya dengan kebetulan yang berlaku sekarang. What a small world. Dia betul2 rasa enigma.

>>Belum sempat dia reply, Shazzy dulu tanya Harith, 'kalau awak tak ingat/tak kenal pun dengan saya..macam mana awak boleh tau saya kerja PJ?'

>> Harith tak ingat pun yang dia pernah jumpa Shazzy. Maybe betul Shazzy attend wedding dia dulu, tapi mungkin dia tak kebetulan jumpa dengan Shazzy.

>> In fact, dia tak berapa tau sangat pasal personal life Johan. Dia just tau Johan memang rapat dengan Hana since university years lagi.

>> Antara macam2 soalan yang dia nak tanya Shazzy, & pelbagai explanation yg dia nak buat..tapi dia betul2 tak nak takutkan Shazzy dengan info2 yang pelik.

>> Jadi Harith just play along..dia reply, ' Yup! Saya memang kenal awak sebab awak ex GF Johan. Kadang2 Hana ada jugak cerita pasal korang dulu.'

bla..bla...bla...bla...bla...bla.... (conversations to be elaborated futher soon)




>> Jadi sekarang Harith dah jumpe dia punya Dream Girl. Dia dah add Shazzy, dia dah check profile..dia dah tengok gambar.

>> Memang itu Shazzy. Perempuan yang memainkan peranan yang sangat besar dalam hidup dia. Perempuan yang menjadi peneman setia dia setiap malam.

>> Ibu kepada anak dia Lisa yang dia sangat sayangkan. Perempuan yang selamatkan nyawa dia daripada jadi mangsa terkorban kemalangan.

>> Dia memang dah confirmkan semua2 ni. Tapi dia tak tau nak explain mcm mana dengan Shazzy.

>> In fact, dia sendiri pun tak tau reason sebenar mcm mana semua misteri ni boleh terjadi. Kebetulan yang sangat besar.




*************************************************************************************



::: Daripada Point of View Shazzy :::


>> Shazzy betul2 terkejut dengan kehadiran Harith dalam hidup dia. Walaupun sekadar message biasa, tapi Shazzy betul2 happy.

>> Tanpa Harith sedar, Shazzy sebenarnya merupakan junior Harith di sekolah rendah yang sama.

>> Masa Shazzy darjah 5, dia first time ternampak Harith masa ada persembahan sekolah awal tahun. Harith darjah 6 masa tu.

>> Shazzy ingat lagi macam mana Harith buat dia berdebar-debar. Harith merupakan seorang pelajar cemerlang, baik hati, & tak nakal mcm budak2 lain.

>> Dia pernah terjatuh kat sekolah..sementara budak2 lain ketawakan dia, Harith yang tolong papah & bangunkan dia semula sambil tanya khabar.

>> Dia takkan lupa peristiwa tu. Dia tak pasti Harith ingat dia atau tak. Tapi dia makin tak dapat lupakan Harith semenjak daripada haritu.

>> Masa Shazzy darjah 6, dia cuba untuk dapatkan khabar berita pasal Harith. Masatu tak ada FB. Jadi susah nak korek cerita.

>> Tapi dia dengar2 Harith masuk sekolah asrama penuh kat Kuala Kangsar lepas dapat result UPSR cemerlang.

>> Sepanjang zaman sekolah menengah, Shazzy tak dengar apa2 khabar berita pasal Harith lagi. Tapi dia tak pernah lupakan Harith.

>> Sampai la dia habis grad degree kat UniTAR, masa tu dia berkenalan dengan Johan..1st BF dia.

>> Dia tau Johan rapat dengan Hana, tapi dia tak berapa ambik peduli. Sebab dia dengar Hana pun dah nak kahwin.

>> Sampai la dia & Johan pergi wedding day Hana, die betul2 terkejut..dia tak sangka yang pengantin lelaki tu adalah Harith.

>> Setelah sekian lama dia tak nampak Harith, kali ni bila Harith betul2 depan mata dia masa bersanding atas pelamin..Shazzy betul2 berdebar.

>> Harith sibuk dengan majlis, dia ke sana sini untuk greet tetamu2 yang datang. Tapi tak kesampaian ke table Shazzy.

>> Johan jer yang pergi ke arah pengantin untuk congratulate raja sehari. Shazzy just tengok Harith dari jauh.

>> Dia tak paham apa perasaan dia sebenarnya. Dia cemburu, tapi at the same time..dia happy dapat tengok Harith semula selepas sekian lama.

>> Sampai Shazzy & Johan balik daripada wedding tu, Shazzy still tak dapat berfikir dengan jelas. Dia cuba buang jauh2 rasa cemburu dalam hati.

>> Sekali sekala semenjak dah ada FB sekarang, dia try jugak tengok FB Harith. Dia tengok Harith happy dah ada baby.



.......................................................


>> Sampai la sekarang Harith tiba2 message dia kat FB. Dia macam tak percaya.

>> Walaupun Harith kata Shazzy yang message dulu, tapi Shazzy tau dia memang tak ada message siapa2 semalam.

>> In fact, dia memang jarang message2 kat FB. Dia browse FB pun sekali sekala jer. Jadi dia memang betul2 pelik mcm mana Harith boleh cakap macam tu.

>> Apa2 pun Shazzy sedar yang Harith adalah suami Hana. Shazzy dah tak bersama dengan Johan, & sampai sekarang dia still belum ada pengganti.

>> Lepas dia break dengan Johan, dia pergi Phuket dengan teman2 rapat untuk mengubat hati. Balik jer dari vacation, dia try cari distraction.

>> Shazzy sibukkan diri dengan kerja sebagai Assistant Chef kat PJ Hilton.

>> Dia senang get over Johan, tapi dia still tak dapat lupakan Harith. In fact, dia memang tak pernah lupakan Harith semenjak sekolah dulu.

>> Since dia ada peluang dapat jumpa dengan Harith semula, dia pikir ni peluang baik untuk remain friends dengan Harith.

>> Dia sentiasa ingatkan diri sendiri pasal boundaries, sebab Harith adalah suami Hana..& dia pulak masih anak dara.

>> Tapi dia betul2 happy dapat jumpa Harith semula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2014 06:58 PM | Show all posts
**********************************************************************************************************


>> Harith kerap message2 dengan Shazzy. Dia selesa berborak dengan Shazzy.

>> Walaupun persoalan kebetulan perjumpaan diorang & mimpi2 yang dia lalui still tak terjawab, tapi dia anggap ini anugerah dari Allah SWT.

>> Dia bersyukur Allah temukan dia dengan Shazzy in real life.

>> Dia tau memang tak elok beza2kan isteri dia dengan perempuan lain, tapi kalau ikutkan, Shazzy jauh lebih menyelesakan daripada Hana.

>> Makin lama berborak dengan Shazzy kat FB, hati Harith yang memang dah sedia terpikat, makin meluap2 rasa sayang & cinta kat Shazzy.

>> Dia dapat tau yang Shazzy ni junior dia dekat sekolah dulu. Dia ingat peristiwa jatuh dulu tu, tapi dia memang tak ingat muka pelajar perempuan yg dia tolong.

>> Bila dia pikir2 balik, semenjak daripada peristiwa tu la dia mula dapat mimpi pasal Shazzy setiap malam without fail.

>> Rupa2nya Shazzy tu la pelajar perempuan yang terjatuh tu. Dia memang betul2 tak sangka. Dia betul2 dah dilamun cinta.

>> Tapi dia sedar kedudukan dia dalam dunia nyata. Dia suami orang. & dia pun tak pasti macam mana respond Shazzy kalau dapat tau perasaan sebenar dia.

>> Jadi Harith sorokkan semua pengalaman mimpi yang dia lalui daripada Shazzy. Dia takut nanti Shazzy menjauhkan diri bila dapat tau hal sebenar yang pelik.

>> Tapi setiap malam dia masih tak putus2 mimpikan Shazzy & Lisa. Dia dapat rasakan mimpi2 tu makin real.

>> Dia memang bahagia dapat bersama Shazzy & Lisa sebagai satu keluarga yang mesra & sayang menyayangi.

>> Harith tak dapat tahan perasaan untuk ajak Shazzy keluar & berjumpa.

>> Mula2 Shazzy menolak, takutkan jadi fitnah orang ramai. Tapi Harith yakinkan Shazzy untuk berjumpa kat tempat yang terbukak & ramai orang.

>> Akhirnya diorang setuju untuk berjumpa.



*************************************************************************************************************************


Tempat : Chili's, Mid Valley Megamall.

Masa : Petang.



>> Harith datang awal drpd masa yang dijanji. Dia try nak arrange semua ayat2 yang dia nak cakapkan kat Shazzy dalam kepala.

>> Dia betul2 nekad nak explain semua sekali dekat Shazzy. Dia tak boleh nak simpan dalam hati lagi semua rahsia2.

>> Tak lama lepas masa yang dijanjikan tiba, Shazzy sampai kat restaurant.

>> Harith terkedu tengok Shazzy first time in real life. Hampir menangis dia pikirkan orang yang selama ni menjadi teman setia dalam mimpi, tapi skrg berdiri kat depan mata.

>> Shazzy elok tersenyum. Mereka pun mula berborak mesra. Daripada topik2 biasa, sampaikan ke cerita2 zaman sekolah..dua2 selesa ditemani masing2.

>> Harith terus terang, dia ada benda penting nak cakap. Awal2 dia bagi peringatan, mintak Shazzy jangan terkejut & terus pikir bukan2.

>> Shazzy mula2 tenang sedia mendengar. Dia yakinkan Harith, dia akan cuba tak terkejut dengan cerita Harith nanti.

>> Harith mula bukak cerita..daripada mimpi2 yang dia alami semenjak darjah 6. Dia cerita yang kisah mimpi dia bukan macam orang lain.

.........................................................................

>> Mimpi Haris konsisten. Since malam pertama yang dia mimpikan Shazzy, sampai la malam semalam, tak pernah ade sekali pun yang dia tak mimpikan Shazzy.

>> Kalau orang lain selalu mimpi pelik2, & selalu cepat lupa dengan mimpi sendiri, tapi Harith tak macam tu.

>> Mimpi dia jelas & nyata. & dia tak pernah mimpi yang dia sendiri tak faham. Mimpi dia seolah2 dia ada kehidupan seharian biasa di alam mimpi.

>> & yang paling jelas, dia sentiasa ditemani Shazzy dalam mimpi tu.

>> Daripada dulu Shazzy hanya kawan yang dia suka & sayang. Sepanjang masa dia kat sekolah berasrama penuh, dia sentiasa mimpi belajar sama2 dengan Shazzy.

>> Tapi lama-kelamaan timbul rasa cinta yang mendalam. Dia ceritakan pengalaman mimpi pada kawan2/sepupu2, tapi tak ada siapa yang percayakan dia.

>> Sampai la ke zaman university, walaupun dia berkenalan dengan Hana di alam realiti, tapi dalam mimpi, Shazzy yang sering mengisi masa2 lapangnya.

>> Dalam mimpi..daripada kawan zaman sekolah, diorang bertukar jadi pasangan kekasih masa zaman university.

>> Sampaikan Harith selalu rasa bersalah dengan Shazzy kalau dia memang curang dengan Hana, & dia pun rasa bersalah dekat Hana jugak.

>> Tapi lama2 Harith dapat bezakan dua2 kehidupan. Satu kehidupan nyata dengan Hana, satu lagi kehidupan mimpi dengan Shazzy.

>> Yang pasti, dia lebih bahagia dengan kehidupan mimpi bersama Shazzy.

>> Sampai suatu masa, Harith melamar Shazzy untuk dijadikan isteri yang sah..& bila shazzy terima, dia betul2 terasa gembira terbawak2 ke alam nyata.

>> Nak dijadikan cerita, masa yang sama di alam nyata, keluarga Harith & keluarga Hana dah berbincang untuk kahwinkan anak2 mereka.

>> Keluarga sedia maklum yang mereka bercinta. Jadi bila Harith dapat kerja pertama, terus dua2 keluarga merancang untuk langsungkan majlis.

>> Harith terima berita pertunangan dia dengan Hana dengan hati terbuka. Dia memang sayangkan Hana jugak. Tapi dia cuma belum terlintas pasal perkahwinan.

>> Memandangkan keluarga dua2 belah pihak dah setuju, jadi perkahwinan dilangsungkan secepat mungkin.

>> Pada masa majlis tu lah rupa2nya dia & Shazzy berada dalam satu dewan yg sama.

>> Berbalik pada mimpi, pada hari perkahwinan dia dengan Shazzy pulak, kebetulan mereka pun dikahwinkan di dewan yang sama dengan dewan dia kahwin dengan Hana di alam nyata.

>> Dia ingat jelas keluarga Shazzy datang jumpa dengan dia. Dia ingat jelas muka bapak, ibu mertua & ipar2nya. Dia rasa gembira disatukan bersama.

>> Keluarga Shazzy terima Harith dengan baik sekali. Layanan dia dapat betul2 istimewa. Dia tau dia disayangi.

>> Lagi2 bila diorang dikurniakan anak perempuan yang comel bernama Melissa..makin bertambah2 rasa akrab antara Harith dan keluarga Shazzy.

>> Harith tambah bercerita, di alam realiti, pada masa yang dia pertama kali dapat blank message daripad FB Shazzy, dia terselamat drpd kemalangan.

>> FB message tu betul2 membuatkan dia terpaku & tak terlintas jalan pejalan kaki yang mana lampunya dah bertukar hijau.

>> Lepas dia dah berkenalan dengan Shazzy di FB, dia tengok gambar2 Shazzy bersama keluarga, memang tak dinafikan dia kenal semua keluarga2 Shazzy.

>> Muka2 yang dia nampak kat dalam gambar2 tu, dia dah pernah dulu jumpa muka2 tu dalam mimpi2.

>> Macam2 yang Harith tau pasal Shazzy, pasal keluarga Shazzy, pasal benda2 yang personal. Semua Harith ceritakan pada Shazzy masa tu.

>> Dia tak pasti apa yang Shazzy pikirkan lepas dengar semua penjelasan pengalamannya. Tapi dia lega dia dapat ceritakan semua sekali dengan Dream Girl nya.




************************************************************************************************************************************




>> Shazzy terdiam panjang. Muka dia ada sedikit terkejut. Tapi dia kelihatan lebih tenang drpd apa yang Harith expect.

>> Harith cuba untuk mintak maaf dengan Shazzy kalau2 Shazzy terkejut dengan semuanya.

>> Shazzy tak membalas minta maaf Harith. Sebaliknya, dia terus terang, cerita yang Harith cerita banyak betul persamaan dengan kehidupan peribadinya.

>> Lepas Shazzy break dengan Johan, masa dia bercuti ke Phuket dengan kawan2, dia tinggal di hotel budget sama yang Harith ceritakan masa mereka honeymoon di alam mimpi.

>> Shazzy mengaku lagi, kalau dia ada anak, dia memang teringin nak dapat anak perempuan. & nama idaman untuk anaknya adalah Melissa.

>> Cara Harith describe family Shazzy pun betul2 tak saling tumpah macam family dia sendiri. Setiap satu nama yang Harith sebut, semuanya betul.

>> Shazzy tak sangka dengan kebetulan yang menyinggah. Satu2nya lelaki yang dia betul2 suka semenjak sekolah lagi. Satu2nya lelaki yang dia tak dapat lupakan.

>> Selama ni dia ingatkan lelaki tersebut tak pernah terpikir pun pasal dirinya langsung. Dia ingatkan dia seorang jer yang memendam perasaan.

>> Rupa2nya sangkaan dia jauh meleset. Rupa2nya lelaki tersebut melalui pengalaman yang lagi dasyat dari pengalamannya sendiri.

>> Shazzy tak dapat nak merungkai persoalan misteri mimpi yang Harith lalui. Dia tau Harith pun tak ada jawapan yang pasti.

>> Dia percayakan setiap satu apa yang Harith ceritakan. Percakapan Harith betul2 ikhlas. Memang benar mimpi itu adalah mainan syaitan.

>> Tapi tak ada siapa jugak yang boleh melawan ketentuan takdir yang Allah dah tetapkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2014 06:59 PM | Show all posts
..................................................................................................


>> Masa berlanjutan sampai masuk waktu Maghrib. Harith mintak izin untuk ke surau sebentar untuk menunaikan solat.

>> Sementara Shazzy tinggal seorang kat meja makan, macam2 yang dia pikirkan dengan mendalam.

>> Lalu dia buat keputusan untuk membawak diri. Dia bayar minuman yang dipesan mereka, lepas tu dia terus melangkah pergi meninggalkan restoran tersebut.

>> Harith pulang dari surau, dia terkejut tengok Shazzy dah tak ada kat meja. Dia tanyakan waiter kat situ pasal Shazzy, waiter cakap Shazzy dah balik.

>> Hancur luluh hati Harith. Dia tau apa yang dia memang ceritakan sangat mengejutkan. Dia memang dah bersedia kalau2 Shazzy tak percayakan dia.

>> Tapi dia nampak air muka Shazzy betul2 tenang masa dia habiskan ceritanya. Dia tau yang Shazzy betul2 percayakan dia.

>> Dia tak pernah exchange no telefon dengan Shazzy. Tapi dia cuba dail no telefon Shazzy yang dia ingat daripada mimpi2.

>> Ternyata nombor tersebut wujud. Phone ringing dan berjawab, Harith bersuara sambil memanggil2 nama Shazzy. Tapi talian dimatikan.

>> Dia yakin Shazzy yang menjawab panggilan tersebut. Dia yakin memang itu no telefon Shazzy. Dia cuba mendail sekali lagi.

>> Kali ni panggilan tak berjaya. Talian terus divert ke voice message. Dia cuba lagi beberapa kali, pun sama jugak.

>> Harith betul2 kecewa. Dia memang sayangkan Shazzy sepenuh hati. Dia sayangkan anak perempuannya Fiza, tapi dia juga sayangkan anak perempuannya Lisa.

>> Harith cuba access FB. Dia cuba message Shazzy, tapi dia dah kena block. Dia tak dapat nak access profile Shazzy lagi.

>> Kalau ikutkan hati, Harith nak terus pergi ke rumah keluarga Shazzy yang mana merupakan tempat tinggal Shazzy sekarang.

>> Dalam mimpinya, dia tak tinggal rumah luar. Sebaliknya, dia dan Shazzy sama2 tinggal di rumah ibu bapa Shazzy dan sama2 menjaga Melissa di situ.

>> Dia yakin rumah dalam mimpi tu adalah yang sama dengan real life. Dia betul2 terdesak ingin ke sana terus.

>> Tapi selepas berpikir panjang, dia tak rasa keputusannya itu elok.

>> Memang dia merupakan menantu yang disayang oleh mertuanya dalam mimpi.

>> Tapi kalau di alam nyata dia pergi mengacau rumah tersebut malam2, keluarga Shazzy langsung tak kenal dia siapa. Pastinya dia akan dihalau terus.

>> Harith tak dapat terima kenyataan bahawa Shazzy tak menerimanya. Dia terasa rindu betul dengan Dream Girl nya tu.

>> Alih2, Harith buat keputusan untuk balik rumah dan tenangkan fikiran. Tak sabar dia nak labuhkan kepala kat bantal katilnya.

>> Dia betul2 ingin jumpa Shazzy di dalam mimpi.




****************************************************************************************************************



>> Harith memandu pulang ke rumahnya, mengharapkan baby Fiza dapat menceriakan hatinya dengan senyuman yang comel.

>> Berhampiran dengan rumahnya, Harith perasan ada kereta yang jarang2 dia nampak sedang parkir elok di tepi jalan di luar.

>> Dia kenal kereta tu. Itu kereta Johan. Sebelum ni dia pernah nampak beberapa kali Johan memandu kereta tersebut.

>> Harith berdebar-debar. Dia pun parking kereta berhadapan kereta Johan, berlainan dengan selalunya dia akan parking di dalam kawasan laman rumah.

>> Dia berjalan kaki memasuki kawasan rumahnya. Perlahan-lahan dia membuka pintu utama rumah. Dia nampak ada kasut lelaki di sebalik dalam pintu utama tersebut.

>> Dia cuba tenangkan perasaan yang sedang berbolak balik. Dia singgah di bilik baby Fiza terlebih dahulu. Pergerakannya sangat berjaga-jaga.

>> Baby Fiza enak dibuai mimpi. Dia membelai muka anak perempuannya tersebut sambil cium dahinya.

>> Seterusnya dia berjalan perlahan-lahan ke arah bilik utama, yang mana merupakan bilik dia & Hana.

>> Dia masukkan kunci perlahan-lahan, dan secepat mungkin dia membukak pintu bilik tersebut.

>> Apa yang dia takutkan memang benar2 terjadi di depan matanya sekarang.

>> Hana dan Johan terkejut diterjah oleh Harith. Kedua2 mereka tak berpakaian di sebalik selimut di atas katil.

>> Harith tak dapat berkata apa2 melainkan hanya memandang mereka berdua dengan pandangan kosong.

>> Hana kelam kabut mencapai baju untuk dipakai sementara Johan membaluti selimut ke tubuhnya.

>> Mereka berdua bertubi-tubi membuat penjelasan kepada Harith sambil masing-masing dengan gopohnya menyarung baju dan seluar ke tubuh sendiri.

>> Harith langsung tak mendengar. Dia pun sama sibuk mengambil bag dan memasukkan baju2nya ke dalam bag tersebut.

>> Harith laju meluru keluar dan mengambil baby Fiza di dalam dakapannya. Dia ambil sedikit keperluan baby Fiza masuk ke dalam bagnya jugak.

>> Terus dia berjalan pantas menuju ke kereta tanpa memedulikan Hana mahupun Johan.

>> Dia pasangkan baby chair di dalam keretanya, dan dia letakkan baby Fiza ke dalam baby chair tersebut dengan cermat.

>> Harith memandu keluar daripada kawasan kejiranannya dengan laju.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2014 06:59 PM | Show all posts
*****************************************************************************************************************************************



>> Di keheningan Subuh hari Sabtu yang tenang, Harith membuka mata dengan lemah. Dia menjenguk baby Fiza di dalam baby crib di sebelah katilnya.

>> Baby Fiza tidur lena. Sesekali terbentuk senyum di bibirnya. Harith tersenyum sama melihat gelagat anak perempuannya itu.

>> Lega dia dapat menunaikan solat Subuh berjemaah dengan ibu & ayahnya sendiri. Tenang hati melihat karenah ibu dan ayahnya bermain2 dengan cucu mereka.

>> Harith belum ceritakan masalahnya pada ayahnya lagi, tapi dia tau ayahnya paham bahawa Harith sedang mengalami permasalahan dengan rumah tangganya.

>> Selepas Solat, dia berehat seketika sambil melabuhkan badan di atas katil. Baby Fiza masih tidur lena.

>> Harith cuba untuk mendail lagi no telefon Shazzy, tapi masih jugak mendapat voicemail yg sama seperti semalam.

>> Harith mengagak Shazzy mungkin block no telefonnya ini selepas Shazzy mendengar suaranya semalam.

>> Dia terbayang-bayang mimpinya malam tadi. Dia masih mimpikan Shazzy seperti biasa. Terlepas rindunya dapat bermimpikan Shazzy dan baby Lisa.

>> Dalam mimpinya itu, dia dan Shazzy bergaduh tentang sesuatu. Tetapi mereka sempat berbaik.

>> Harith ingat dia menangis sepuas-puasnya dalam mimpi tersebut. Dia tak ingin kehilangan Shazzy.

>> Shazzy hanya tersenyum tabah memandang Harith. Dia mintak maaf pada Harith. Dia tak bermaksud untuk menyusahkan Harith. Dia terlalu sayangkan Harith.

>> Tapi kata Shazzy, Allah adalah sebaik-baik perancang. Kita seharusnya terima ketentuanNya dengan hati yang redha dan ikhlas.

>> Terus Harith terbangun dari tidur dengan hati berdegup kencang. Peluh dingin menyelubungi badan. Dia lega sendiri bila mengetahui yang Shazzy tak marahkan dia.

>> Tapi dia kebingungan memikirkan kata-kata Shazzy tersebut. Seolah-olah dia ingin meninggalkannya.

>> Sepanjang hari, Harith tak dapat lupakan kata-kata Shazzy dalam mimpinya tersebut.




*********************************************************************************************************************************************



>> Hari berganti hari, malam berganti malam. Setahun telah berlalu. Harith mimpikan Shazzy seperti biasa, tapi tak ada apa2 yang berlainan daripada biasa.

>> Dia tetap rasakan cinta yang mendalam pada Shazzy, walaupun di alam nyata.

>> Harith sedang menguruskan penceraiannya dengan Hana di mahkamah pada suatu pagi.

>> Hana ditentukan oleh mahkamah sebagai tidak berkelayakan untuk menjaga anaknya, dan Harith mendapat penjagaan penuh bagi baby Fiza.

>> Sesekali Hana akan melawat baby Fiza, tapi Harith hanya sekadar melayan sekadar cukup syarat. Tidak lagi dia bertanyakan khabar bekas isterinya itu.

>> Dia tidak tahu pun sama ada Hana masih lagi bersama Johan mahupun sudah berpisah, dan dia sememangnya tidak berminat pun untuk mengambik tahu hal itu.

>> Harith menetap terus bersama ibu & ayahnya. Hana mengambil alih untuk tinggal seorang di rumah lama mereka.

>> Sementara Harith berkerja hari2, ibunya yang akan menjaga baby Fiza di rumah. Dia merupakan seorang nenek yang amat penyayang.

>> Harith ada mencuba untuk menghubungi Shazzy lagi, biar di telefon mahupun di FB.

>> Malah Harith turut pernah melawat Hotel Hilton PJ. Dia betul2 tekad untuk cari Shazzy, tapi dia tidak mahu sampai mengganggu ke rumahnya.

>> Lalu Harith melawat Restoran Paya Serai di Hotel Hilton PJ iaitu tempat kerja Shazzy. Tapi harapannya hampa.

>> Melalui info yang disampaikan oleh Pengurus di sana, katanya Shazzy sudah tidak lagi berkerja di situ.

>> Tiada siapa yang tau di mana tempat kerja barunya sekarang.

>> Membuak-buak rasa ingin jumpa dengan Shazzy. Harith tekad untuk ke rumah keluarga Shazzy esok. Dia nekad untuk dapatkan jawapan hati daripada Dream Girlnya.





**********************************************************************************************************************




>> Malam itu Harith bermimpikan Shazzy lagi. Mereka berada di Hospital Assunta, PJ. Shazzy memerlukan rawatan doktor setelah berkeadaan lemah buat seketika.

>> Harith serba tak kena. Dia kesiankan tengok Shazzy dalam keadaan tak bermaya sedemikian.

>> Sampai masa doktor memanggil Harith masuk ke bilik doktor. Harith duduk di kerusi yang disediakan.

>> Dia gelisah menunggu keputusan rawatan daripada doktor. Pada masa yang sama, dia tak sabar untuk keluar dari bilik itu untuk menjenguk Shazzy.

>> Doktor diam panjang sebelum bersuara. Dia tenangkan Harith terlebih dahulu.

>> Sehinggalah doktor mengkhabarkan pada Harith tentang kanser ovari yang dihidapi oleh Shazzy..Harith terdiam kaku.

>> Pandangan matanya menjadi gelap seketika. Dia seakan-akan tidak percaya dengan berita yang baru diterimanya itu.

>> Tanpa disedari, air matanya mengalir. Hatinya terasa berat. Badannya terasa longlai.

>> Shazzy telah menghidapi penyakit kanser ovari selama 3 tahun tanpa memberitahu Harith. Selama ni dia menjalani rawatan sendiri2.

>> Harith berlari laju menuju ke arah bilik ward Shazzy. Tidak semena-mena penglihatannya menjadi kabur, dan terus gelap gelita.



............................................................................................................


>> Harith terjaga dari tidur. Sekali lagi peluh dingin deras mengalir di mukanya.

>> Sepantas yang mungkin Harith bergegas siap untuk keluar. Dia meminta tolong ibunya untuk menjaga baby Fiza sementara ketiadaannya.

>> Harith memandu laju ke Hospital Assunta. Dia ingat dengan jelas nombor bilik ward Shazzy yang didapatinya daripada mimpinya malam tadi.

>> Dengan pantas dia menuju ke arah lift bangunan, menaiki ke tingkat atas. Laju dia berlari meluru keluar daripada pintu lift tersebut.

>> Dia menerjah masuk bilik yang sama seperti di dalam mimpinya. Kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk di sisi katil.

>> Dan ternyata memang Shazzy yang terbaring lemah di atas katil bilik tersebut.

>> Lelaki tersebut merupakan abang kepada Shazzy, dan ditemani oleh ibu Shazzy di sisi.

>> Abang Shazzy menghalang Harith untuk mendekati Shazzy di katil, dan ibu Shazzy lantas peluk erat anak perempuan kesayangannya itu.

>> Mereka menyangkakan bahawa Harith merupakan orang berbahaya yang tidak dikenali.

>> Lembut Shazzy bersuara meminta abangnya meleraikan pergelutan kecil antara abangnya itu dengan Harith.

>> Shazzy menjelaskan bahawa dia memang kenal dengan Harith. Tambahnya lagi, Harith lah lelaki yang dimaksudkannya selama ini.

>> Abangnya terdiam. Ibunya terkejut. Harith pun turut sama terkedu. Rupa-rupanya Shazzy pernah menceritakan hal mereka kepada keluarganya.

>> Ibunya mengarahkan abangnya memberi sedikit masa buat Harith dan Shazzy berbincang. Mereka meninggalkan bilik tersebut, pintu dibiarkan terbuka.

>> Tanpa berkata apa-apa, air mata Harith mengalir jatuh ke pipi. Sebak hatinya melihatkan insan yang tersayang terbaring lemah tak bermaya.

>> Dia duduk di sisi katil menghampiri Shazzy. Shazzy senyum lemah. Sedaya upaya dia cuba untuk bersuara.

>> Dia memohon maaf kepada Harith kerana terpaksa tinggalkan Harith seorang di restoran setahun yang lepas.

>> Shazzy ceritakan pada Harith tentang perasaannya pada Harith semenjak di bangku sekolah dulu lagi.

>> Harith merupakan satu2nya lelaki yang bertakhta di hatinya setelah sekian lama selama ini.

>> Shazzy sekali lagi meminta maaf kepada Harith kerana terpaksa mengangkat kaki meninggalkan Harith tempoh hari.

>> Dia gembira dan teruja mendengarkan cerita Harith, malah dia percayakan Harith sepenuh hati.

>> Namun Shazzy sedar bahawa dia sedang kesakitan, dan dia masih tidak tahu lagi akan nasib yang bakal menimpanya kelak.

>> Lagipun Shazzy tak mahu mengakibatkan permasalahan antara Hana dan Harith di waktu itu.

>> Makin banyak dia pikir, makin banyak sebab untuk dia menjauhkan diri daripada Harith.

>> Dengan hati yang berat, dia memaksa kakinya untuk melangkah pergi meninggalkan restoran itu.

>> Terus dia ambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Harith sepenuhnya. FB Harith dihalang, panggilan telefon diblock.

>> Sampai satu masa Shazzy asyik ketinggalan kerja disebabkan rawatan yang dilaluinya.

>> Pengurusnya menasihatkan Shazzy untuk berjaga-jaga dengan kehadirannya, sedangkan kerjanya amat memuaskan hati semua orang.

>> Namun Shazzy memang tak dapat nak memenuhkan permintaan pengurusnya untuk menjaga kehadirannya kerjanya.

>> Lantas dia ambil keputusan untuk berhenti kerja. Tiada seorang pun yang tahu akan penyakit yang dihidapinya.

>> Selepas dia berhenti kerja, dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Ibunya menjaga dia dengan baik. Ayahnya penuhkan setiap apa keperluannya.

>> Namun hatinya masih tak dapat berhenti memikirkan Harith. Shazzy pun rindukan Harith. Saban hari dia bertanya sendiri akan khabar berita Harith.

>> Tapi bagi Shazzy, dia ambil keputusan yang tepat untuk tidak meneruskan apa2 hubungan lanjut dengan Harith.

>> Dia membayangkan Harith bahagia dengan Hana & anaknya. Dan sekiranya Harith memilih dirinya sendiri..mungkin takkan terurus perjalanan hidup Harith nanti.

>> Harith menjelaskan tentang keadaan dirinya. Dia ceritakan bagaimana pada hari yang sama dia berjumpa dengan Shazzy tahun lepas, perkahwinannya musnah.

>> Malah, Harith selalu merasakan perkahwinannya dengan Hana telah berakhir lama sebelum peristiwa tersebut lagi.

>> Hana tidak pernah mempedulikannya. Maruahnya sebagai seorang suami tidak pernah dihormati. Hana kerap berpeleseran keluar dengan kawan2.

>> Sampai suatu tahap, Harith merasakan bahawa dirinya hanyalah tempat bergantung kewangan bagi isterinya.

>> Shazzy sekali lagi mengucapkan kata maafnya pada Harith. Dia tak bermaksud untuk menyusahkan Harith. Dia terlalu sayangkan Harith.

>> Tapi kata Shazzy, Allah adalah sebaik-baik perancang. Kita seharusnya terima ketentuanNya dengan hati yang redha dan ikhlas.

>> Harith tersentuh. Kata-kata Shazzy serupa dengan mimpinya tempoh hari. Semakin deras air mata mengalir, Harith tidak terdaya menahan sebak.

>> Harith memberitahu Shazzy, kalau diberi peluang, dan jugak diizinkan Allah SWT, dia nak disatukan dengan Shazzy.

>> Dengan keadaan Shazzy yang serba lemah sekarang, Harith berjanji untuk menjaga Shazzy dengan baik.

>> Dia berjanji untuk setia mengharung segala suka duka. Dia tak mampu untuk kehilangan Shazzy lagi.

>> Shazzy tersenyum lemah, namun penuh ikhlas.


*******************************************************************************************************************************
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2014 09:06 PM | Show all posts
jalan cerita menarik tapi cara penyampaiannya dah macam summary..

macam NikAimy yang sedang bercerita pada pembaca..

*sorry..ipo pung tak ler pandai sangat pasal semua ni..


saja nak lepak rumah orang dan komen mana yang patut..dapat gak tacang



Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 09:26 AM | Show all posts
Salam,

Ini dah bukan Cerpen dik oi. Ini kira macam draft/catitan aje gitu. Susah le nak feel kalau baca camni.

Iya, of koz akak (akak ?) nampak adik dah tulis awal2 kat atas cerita ni in point form but still....


Cuba olah balik untuk betul2 jadikan cerpen. Jangan risau tang tatabahasa / bahasa rojak segala tu dulu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2014 12:18 PM | Show all posts
NikAimy posted on 8-9-2014 06:59 PM
**************************************************************************************************** ...

Dik eh sebab cara bahasa pun ai rasa lagi tua gitu

Walaupun ai ni tak berapa nak pandai
tapi kannn... kenapa begini cerpen nya? atau patut letak tag (Point Of Story)?

Cuba olahkan jadi ayat... Should be the best cerpen... buat macam ni ada kena lahar dik oiii

Ikhlas komen dari ahkak moderator sini
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 12:19 PM | Show all posts
Ipo posted on 8-9-2014 09:06 PM
jalan cerita menarik tapi cara penyampaiannya dah macam summary..

macam NikAimy yang sedang berce ...

hamboiiiiii laju je ekau sekarang yer
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 12:26 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 9-9-2014 12:19 PM
hamboiiiiii laju je ekau sekarang yer

heheh...ipo ni kalau tension ngan kerja...karang novel ler ubatnya..

biar pung karut marut isi citernya..


Nay punya citer bila nak sambungnya??
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 9-9-2014 12:26 PM
heheh...ipo ni kalau tension ngan kerja...karang novel ler ubatnya..

biar pung karut marut isi  ...

iols bz mencari publisher
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 12:49 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 9-9-2014 12:43 PM
iols bz mencari publisher

owh ya ke?..tahniah nay...teruskan ya..jangan putus asa..

ipo sokong Nay!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 01:43 PM | Show all posts
Terima kasih semua sbb bagi pendapat & komen.

Saya mintak maaf, maybe saya xpatut consider thread ni as Cerpen pun.

Macam saya cakap, saya tulis semua dalam point form jer.

In other words, memang saya baru siap buat draft jer dulu.

Kalau camtu saya try siapkan dulu full story in proper arrangement.

Nanti baru saya post semula kat sini..

Insya'Allah petang sikit nanti saya delete thread ni.

Thank you semua!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 01:47 PM | Show all posts
NikAimy posted on 9-9-2014 01:43 PM
Terima kasih semua sbb bagi pendapat & komen.

Saya mintak maaf, maybe saya xpatut consider thread ...

teruskan berusaha TT... jangan putus asa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 03:24 PM | Show all posts
NikAimy posted on 9-9-2014 01:43 PM
Terima kasih semua sbb bagi pendapat & komen.

Saya mintak maaf, maybe saya xpatut consider thread ...

@NikAimy

tak payah delete..edit je..

guna je thread yang sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2014 05:33 PM | Show all posts
NikAimy posted on 9-9-2014 01:43 PM
Terima kasih semua sbb bagi pendapat & komen.

Saya mintak maaf, maybe saya xpatut consider thread ...

Thread ni mana boleh delete.. sbb akan effect kat kredit yang komen

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 05:33 PM | Show all posts
Ipo posted on 9-9-2014 12:49 PM
owh ya ke?..tahniah nay...teruskan ya..jangan putus asa..

ipo sokong Nay!

Heheheh sama2 Ipo

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tiga perenggan  je sebb benda arrow tu..Knapa   AWOK KNA LETAK BENDA arrow tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 02:01 AM | Show all posts
kalau dikembngkn mungkin lbih mnrik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.070793 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list