View: 19870|Reply: 150
|
Novel Psiko Online: Fesiran (Episod Dua Puluh SATU) Update!
[Copy link]
|
|
Salam semua .
Jgn pedulikan dot dot di setiap post.Jangan tanya Cik Es.
Cik Es ada menulis satu novel ni.Gaya tulis tak perfect tapi boleh baca.
Genre:saiko/plu
Sinopsis: Kehadiran Fesiran didalam kehidupan Mawar membawa tragedi pembunuhan - satu demi satu rakannya dibunuh juga pekerja di rumahnya. Dirinya juga sering diintip.
Siapakah pembunuh tersebut? Adakah Fesiran atau Edzfiani?
Episod-tak tahu,maybe 17890 ?
HA HA HA.
TOLONG JANGAN TANYA ORIENTASI CIK ES.
Warning: Pastikan anda berfikiran terbuka untuk membaca novel amatur ini. Last edited by Esmiria on 10-10-2014 10:05 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-9-2014 06:05 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Episod Pertama
Mawar Arina Tirasa. Dia merupakan anak kepada Dato Redza yang merupakan pemilik dan CEO syarikat pembekal daging lembu yang terkemuka di Malaysia ini iaitu Cow For Eat. Dia juga satu-satunya anak perempuan Dato Redza yang telah menduda selama 11 tahun selepas kematian isterinya kerana terlibat didalam sebuah kemalangan kereta.
Orangnya cantik,lemah-lembut, suka berpakaian seksi serta mempunyai sifat tipikal kebanyakan anak orang kaya iaitu sombong,suka menghina orang bawahan dan suka membeli belah ketika masa senggangnya.
Dia sudah mempunyai kekasih yang bernama Edzfiani. Orangnya kacak dan merupakan anak rakan baik ayahnya iaitu Datuk Firazan- pemilik dan CEO  syarikat kosmetik jenama Avan. Mereka sudah lama bercinta sejak berada di Tingkatan Empat lagi sehingga kini, mereka bergelar pelajar Kolej ShahPutrijaya tahun satu  didalam jurusan Perniagaan.
Petang itu, Mawar dan Edzfiani baru sahaja habis kelas. Mereka terasa lapar dan dahaga sekali lalu mereka mengambil keputusan untuk menyantap selera di restoran Ezrani. Mereka sememangnya suka makan disitu kerana keenakkan makanan disitu yang tiada tolok bandingnya.
Mawar melabuhkan punggung di kerusi apabila teman lelakinya menarik kerusi untuknya.Seulas senyuman terbentuk diwajahnya saat matanya bertembung dengan mata Edzfiani. Dia terasa begitu terharu setiap kali Edzfiani berbuat begitu padanya. Bukan tarik kerusi untuknya sahaja,malah membuka pintu kereta atau pintu restoran untuknya apabila mereka keluar bersama. Edzfiani sememangnya seorang romantik dan pandai mengambil hatinya. Dia rasa sungguh bertuah memiliki hatinya.
" Darling nak makan apa? I tolong orderkan? " Edzfiani bertanya kepada Mawar dengan senyuman diwajahnya.Tangan kanannya mengenggam erat tangan kiri Mawar. 
" Hmm......Dolce latte dan Salad Fruity Krafkorn .." Lunak dan lembut sahaja suaranya saat menyebut ayat itu. Edzfiani sedikit terangsang mendengar nada suaranya itu tapi dikawal sahaja. Mungkin dia akan melepaskan nafsunya selepas ini.
" Itu je? Pemanis ? You tak nak order?" tanyanya lagi sambil mendekatkan wajahnya  kemuka Mawar. Jika dekatkan seinci lagi mukanya, pasti adegan zina kecil akan berlaku disini di depan khayalak ramai. Ada mata-mata disitu memerhati perlakuan mereka itu.
"  Tak nak pemanis. You pula nak order apa? "
"  I tak nak order apa-apa sebab I nak makan you. Boleh? "  jelas suara Edzfiani didengarinya. Mawar ketawa kecil dan menepuk bahu kanan Edzfiani lalu  bersandar.
Mawar menggerakkan bibirnya dan apa yang difahami Edzfiani oleh perkataan yang Mawar katakan tanpa suaranya ialah P.E.R.I.O.D
Hampa hatinya. Lenyap sudah harapan dan fantasinya untuk bermain bola keranjang dengan  Mawar.Baru semalam dia belajar teknik bermain yang baru melalui laman web yang bertajuk Permata Yang Lesap Sudah Dijumpai di internet. Ingatkan hendak mencuba aksi baru itu bersama Mawar selepas ini tetapi ia takkan menjadi kenyataan. Mungkin ia akan menjadi kenyataan pada minggu depan - fikirnya.
Edzfiani mampu mengeluh. Kemudian senyuman terbentuk diwajahnya. Ahh,7 hari je. Tak lama pun. Sementara tunggu dia  habis, baik aku main dengan sabun dulu-bisik hati kecilnya.  Sabun sememangnya pasangan tidurnya saat Mawar sedang datang haid.
Seorang  pelayan perempuan yang baru sahaja selesai menghidangkan makanan kepada  seorang pelanggan perempuan di satu sudut ternampak Mawar di meja yang selang tiga meja sahaja dihadapannya.
Jantungnya yang berdengup dalam kadar normal sudah berubah kepada kadar kelajuan maksima. Mahu tercabut sahaja jantungnya.Matanya asyik merenung wajah Mawar yang  dihiasi dengan gincu merah dibibirnya serta celak hitam dimatanya. Sungguh ringkas mekap perempuan itu. Tak payah mekap tebal sampai kelihatan seperti pelakon Indon Sinetron.
Dia sudah lupa keadaan sekelilingnya kerana gadis itu. Dirasakannya bunga-bunga sakura berguguran didalam restoran itu. Pada saat ini,  dia hanya hendak berjalan ke arah gadis itu  dan berkata 
"Hi, si cantik , boleh berkenalan?" tetapi tiba-tiba satu suara didengarinya . Suara itu suara milik Edzfiani. Segera pandangannya dialihkan ke seorang lelaki yang berkemeja putih dan berseluar panjang hitam di meja gadis yang telah mencuri hatinya berada.
"Ceh, kaum straight rupanya. " katanya dalam hati.
" Come here, we want to order food and drink ." suaranya dalam nada tinggi tapi terkawal. Tangan kanannya berada di udara sambil matanya merenung ke mata dia.
Tanpa membuang masa, dia menapak laju ke arah meja lelaki yang difikirnya ialah teman lelaki kepada pencuri hatinya.
Jantungnya makin kuat berdengup. Mindanya ligat berfikir bagaimana hendak berkenalan dengan gadis itu. Dia ingin tahu siapa nama perempuan tu, mana dia tinggal, pokok pangkalnya dia hendak tahu biodata perempuan tulah. Tak lupa untuk meminta nombor telefon perempuan tu supaya boleh berhubung dengannya. Tetapi persoalannya, bagaimana dia hendak lakukannya jika lelaki itu bersamanya?
" Selamat datang ke restoran Ezrani. Encik hendak pesan apa?" soalnya dengan nada lembut dan perlahan. Matanya beralih kejap ke pencuri hatinya kemudian ke lelaki dihadapannya kini. Dia dapati perempuan itu tidak memandangnya kerana laman facebook yang terpapar di dalam Iphone CS5nya menarik perhatiannya.
" Anak orang kaya . Perfect for my wife to be ni . " sempat dia berbisik dalam hati sebelum mengalih pandangan semula ke lelaki yang tenang sahaja riak wajahnya.
Dia mengulum senyuman saat tangannya pantas menulis nama makanan dan minuman yang lelaki itu sebut di buku kecil. Dia terpaksa meminta lelaki itu mengulang sebutan makanan kerana dia baru bekerja disitu lalu dia mengulang pesanan lelaki tersebut ...
"Satu Dolce Latte , satu Salad Fruity Krafkorn,Satu Potato Crispy John dan satu Ala Vita El platano ? Anything else ? "
" Yalah. Takkan bende lain pula? Pekak ke? Bodoh macam lembu! " suara Mawar kedengaran tegas . Iphone cs5 sudah diletakkan di atas meja. Matanya merenung tajam ke dalam anak mata pelayan perempuan dihadapannya.
Fesiran sedikit terkedu dan tersinggung dengan kata-katanya. Sedikit sebanyak renungan tajam gadis muda itu menimbulkan rasa takut didalam dirinya.
" Amboi. Mulut macam Azwan Ali. Aku sumbat mulut dengan cili baru tahu. Nasib baik kau cantik . Nasib baik aku suka kau." hatinya berbisik. Fesiran hanya senyum sahaja. Tidak membalas langsung kata-kata gadis itu .
" Pesanan anda akan sampai dalam masa 12 minit lagi.. " katanya dengan senyuman tawar diwajahnya
sebelum dia berlalu pergi membawa buku nota kecil ditangannya dan dulang kecil yang dikepit di celah ketiaknya.
" Jangan guna dulang kat ketiak you pulak untuk letak food dan drink! " teriak Mawar saat matanya memandang Fesiran yang sudah menapak meninggalkan meja mereka. Mata-mata disitu pandang kejap kearahnya kemudian membuat hal masing-masing di meja.Fesiran hanya mendengar tanpa membalas kata-katanya.
Fesiran menatang dulang yang berisikan dua gelas minuman yang dipesan Mawar dan Edzfiani ke meja mereka. Dia membuat kesimpulan bahawa gadis itu suka menghina orang bawahan selepas dihinanya. Itulah yang menjadi pemasalahannya, bagaimana hendak mulakan perbualan jika dia hanyalah seorang kuli? Mengorat apatah lagi. Dahlah teman lelakinya ada bersamanya.
Tapi ada kemungkinan perempuan ni bi curious-bisik hati kecilnya.
" Kata 12 minit. Ni dah 20 minit dah ni. Such a liar. You ni memang buat kerja lembap ea? Sebelum ni, I datang makan sini , lambat 5 minit je pesanan I sampai tahu? You ni tak reti kerja ke? Makanan I mana? Perut lapar ni!" tutur Mawar dengan nada marah . Suaranya jelas kedengaran di dalam restoran Ezrani..Dia tak suka menunggu lama-lama. 5 minit tunggu kira okay baginya, kalau 20 minit? Oh no. Dia tak suka akan perkara itu. Dia rasa tak puas hati sekarang. Edzfiani hanya diam sahaja melihat karenah teman wanitanya. Dalam situasi begini, dia tak boleh masuk campur kerana dia akan turut kena marah dengan Mawar. Dia faham benar akan karenah Mawar yang tak suka menunggu sehingga mengambil masanya.
Fesiran hanya diam dan mengulum senyuman sambil meletakkan dua gelas minuman di atas meja mereka. Dia tahu semua mata tertumpu ke arahnya. Dia mengambil tindakan untuk tidak membalas kata-kata pencuri hatinya. Bukan salah dia untuk menghantar minuman itu lambat ke meja gadis itu,tetapi pelanggan yang ramai di restoran Ezrani itu membuatkan pembuat minuman lupa untuk membuat minuman untuk pelanggan tetap ini.
" Garang berbenor perempuan ni. Sabarlah wahai hati. Semua ini ujian sahaja. Takpe, hari ni kau hina aku . Nanti esok lusa kau melutut depan aku supaya aku terima cinta kau. " bisiknya dalam hati.
" Makanan akan sampai dalam 10 minit lagi.Harap bersabar . Have a drink first.. " tuturnya. Sungguh dia terkesan dengan ayat pedas yang terpacul dari mulut pencuri hatinya. Terpaksalah dia menahan telinga mendengar ayat pedas pencuri hatinya. Dah nama kerja melayan pelanggan, kenalah sabar bila berurusan dengan pelanggan. Mawar membulatkan mata. Rasa marah dan sakit hati memenuhi hatinya. Boleh pulak perempuan ni senyum dan cakap camtu kat aku? Hello, minta maaflah dengan aku at least. - omelnya dalam hati.
" Hishh.Ambik ni! " tengking Mawar sambil mencapai gelas minuman lalu menyimbah tepat ke muka Ferisan. Edzfiani tidak terkejut dengan perbuatan Mawar kerana sudah menjangka apabila Mawar bising-bising sebelum pesanan mereka sampai. Memang kalau dia begitu marah tentang kelambatan pesanan makanan , dia akan berbuat begitu pada pekerja bawahan. Kalau bukan air menjadi bahan untuk menyimbah ke muka pekerja bawahan, makanan yang dia tepek ke mangsa amarahannya.,Lagipun dia sedang datang bulan, makin bertambah marahnya, tak hairanlah Edzfiani. Edzfiani sudah masak benar dengan perangainya.
Tapi bagi Fesiran pula, dia tidak menjangka langsung akan perbuatan pencuri hatinya. Minuman Dolce Latte sudah membasahi wajahnya. Minuman itu dengan laju jatuh mengenai baju kurungnya. Malu,sedih dan tersinggung dengan perbuatan pencuri hatinya sudah bercampur dalam dirinya. Semua mata disitu memandangnya yang telah dimalukan oleh pencuri hatinya.
Kedua- dua tangannya memegang mukanya lalu mengesat kesan minuman tu. Tanpa mempedulikan keadaan sekelilingnya, dia pantas berlalu pergi ke muka pintu dengan wajah yang sudah berlengas kerana minuman itu. Sungguh dia tak terkata - kata pada saat ini. Inilah kali pertama dia dimalukan sebegini. Dia bertekad untuk keluar dari tempat ini sekarang! Dia terlalu malu untuk terus bekerja sekarang. Biarlah majikannya hendak cop dia kerja separuh hari pada hari pertama dia bekerja. Biarlah! Dia tak peduli fasal itu. Yang dia peduli sekarang ialah untuk meninggalkan tempat itu dan balik rumah!
" Huh, Aku dah takde mood nak makan sekarang! " ucap Mawar dalam nada marah dan tinggi. Wajahnya bengis. Dia masih marah walaupun sudah melepaskan amarah kepada Fesiran.Mungkin kerana dia sedang datang haid. Tanpa berlengah dan sudah melupakan Edzfiani bersamanya,dia mencapai telefonnya lalu menapak keluar. Edzfiani turut membuntutinya dengan langkah pantas selepas mencapai beg Mawar dan begnya di kerusi dia duduk. Sempat dia mengeluh akan karenah Mawar dan berbisik dalam masa yang sama - Perempuan memang makhluk beremosi.
Last edited by Esmiria on 21-9-2014 11:34 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-9-2014 06:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Episod Kedua
" Fes! Fes! Kau nak gi mana tu?!" teriak Mas Hana dari belakang Ferisan. Pantas kakinya melangkah untuk mendapatkan Ferisan yang menapak laju di tepi jalan. Sebaik telinga Ferisan menangkap suara Mas Hana, kakinya berhenti melangkah. Segera dia berpaling ke belakang.
" Aku nak balik! Aku tak mahu bekerja dah! " jeritnya pada Mas Hana. Dia tak menyangka yang Mas Hana, rakan sekerjanya akan mengikutnya dari belakang bila dia sudah menapak keluar dari restoran Ezrani.
" Kalau macam tu, biar aku hantar kau balik. Bahaya balik sorang-sorang! " Ferisan terkejut mendengar kata-kata Mas Hana itu. Mereka baru berkenalan tak sampai 24 jam, jadi kenapa Mas Hana begitu baik untuk menghantarnya balik? Bagaimana dengan kerjanya nanti? Sungguh idea tentang Mas Hana yang ingin hantarnya balik tidak terlintas di mindanya.
" Kenapa kau nak hantar aku balik ? Tak payahlah susah-susah. Kau sambunglah kerja kau tu. Kang kena marah dengan supervisor kita tu. " Fesiran menjawab dengan nada tenang. Terasa wajahnya melekit menyebabkan dia berasa rimas. Tidak mungkin dia hendak mencuci mukanya didalam restoran selepas dimalukan oleh pencuri hatinya.
" Kerja aku tu esok-esok boleh buat. Yang penting keselamatan kau. Aku tak nak apa-apa terjadi kat kau. " balasnya sambil memegang bahu kanan Fesiran. Matanya bertembung dengan mata Fesiran. Riak tenang terpamer diwajah Mas Hana.
" Err, kalau kau kena marah dengan supervisor camne? Asal risau sangat dengan keselamatan aku ni? Baik bebenar kau ni." tanyanya dengan rasa ingin tahu. Dahinya berkerut. Mas Hana menarik nafas dan melepaskannya lalu mengeluarkan sehelai sapu tangan warna biru dari poket seluarnya kemudian menghulurkannya kepada Fesiran.
" Ambil ni, buat lap muka kau. Kitakan kawan? Kawan kena saling bantu membantu. Aku suka tolong orang dan aku hendak kau selamat balik rumah. Banyak kes rogol dan bunuh kat bandar Kuantan ni, tu aku risau jika sesuatu terjadi kat kau. Alaa, rilek ar. Supervisor tu abang aku. Dia tak kesahlah. Malam nanti aku boleh masuk kerja. Esok pun boleh. Pengurus pun kira kawan baik dia Jadi no problem. Biar aku hantar kau balik k? " panjang sahaja jawapannya kemudian dia mengulum senyuman.
Dia rasa terkejut kerana tak menyangka supervisor, mereka,Encik Raflia ialah abangnya dan terharu dengan kebaikan Mas Hana. Masih ada orang baik macam dia ni dalam dunia ni-bisik hatinya. Sapu tangan yang dipegang Mas Hana sudah bertukar tangan. Fesiran mengangguk tanda setuju lalu tersenyum.
" Kau tunggu sini, biar aku cakap dengan abang aku yang aku nak balik awal k, "
Rumah banglo besar yang bertingkat dua itu tersergam indah di atas Bukit Janda Raja. Halaman rumahnya sangat luas. Rumput-rumput yang hijau kelihatan pendek dan tidak panjang. Terdapat sebuah air terjun kecil buatan manusia di satu sudut. Pokok- pokok bunga ros dan matahari menghiasi tepi halaman berumput itu.
Seorang lelaki yang bernama Mat iaitu tukang kebun sedang giat mencuci kolam renang di belakang rumah banglo. Seorang lagi lelaki yang berpakaian kemeja putih serta seluar hitam dan memakai topi yang berdiri didalam beranda bernama Bradd Pitt ialah seorang pengawal keselamatan yang menjaga keselamatan rumah banglo tersebut. Dua orang perempuan tua iaitu Mak Ji dan Mak Lopez sedang menjalankan tugas mereka sebagai orang gaji didalam rumah banglo itu.
Bradd Pitt sengih pada Edzfiani yang sedang berada di tempat pemandu di dalam kereta Audi R4. Edzfiani pun membalas senyuman Bradd Pitt. Kemudian dia berpaling ke wajah Mawar yang tenang. Tiada riak marah terpamer diwajahnya seperti tadi. Ini kerana Edzfiani yang pandai menyejukkan hatinya yang panas sepanjang perjalanan balik tadi. Hati Mawar bila dah rasa panas, adalah trick Edzfiani untuk menyejukkan hatinya seperti membuat lawak kemudian Mawar akan senyum lalu tersengih dan meledakkan ketawa besar. Dengan cara itu, Mawar tidak berasa marah lagi.Dia akan kembali tenang dan tidak beremosi lagi.
" You nak masuk? Boleh makan dengan I nanti.. Suap-suap ke then wat assignment sekali..hehe " kata Mawar sambil mengelus misai Edzdiani. Meluat dan geli Bradd Pitt melihat, terus dia pergi ke air terjun kecil sambil bersiul. Edzfiani rasa selesa diperlakukan sebegitu. Matanya merenung mata Edzfiani. Kemudian dia pegang pergelangan tangan Mawar lalu menjawab
" Sorry. I kena buat sesuatula darling. Lain kali ea? " sebenarnya sesuatu untuk dilakukan oleh Edzfiani ialah untuk meluangkan masa bersama sabunnya . Dia sudah gian tahap gaban ni. Dia asyik kena tahan nafsunya untuk berberat-berat dengan Mawar didalam kereta tadi kerana pakaian dipakainya sungguh singkat hari ni sehingga menampakkan asetnya. Batinnya sungguh terseksa pada saat ini. Lagi menambah seksaan batinnya, ialah darah kotor yang keluar dari badan Mawar menghalangnya untuk melepaskan keseksaanya itu.
" Sesuatu? Sesuatu apakah itu? " soalnya setelah meleraikan pegangan tangan Edzfiani. Wajahnya mempamerkan riak kehampaan. Bibirnya diherotkan.Dia memandang bawah.
" Oh sayang. Kalau tak kerana haid, Lama dah aku tidak menolak tawaranmu itu. " bisik hatinya.
" Janji dengan Mira untuk ajar dia Maths dia petang ni. Sian adik I tu, berapa kali dapat markah kosong untuk ujian Maths before ni. Jadi I kena ajar dia Maths lah. I janji, lepas ni I takkan tolak pelawaan you okay? " perlahan sahaja Edzfiani menyebut ayat itu sambil mengangkat dagu Mawar dan jarak wajah mereka sangat dekat.Senyuman terbentuk diwajahnya. Mawar mengangguk tanda faham dan setuju.
" Janji? "
" Ya, I janji.darling. " kata Edzfiani sambil tersengih.
Rumah sewa kos rendah yang bernombor 12 itu sederhana saiznya. Ruang beranda rumah sewa yang disewa Fifirana iaitu emak Fesiran tidaklah luas saiznya. Sebuah basikal jenama Raleigh yang kelihatan sudah lama tersadai di tepi dinding. Longkang kecil dan panjang itu berada di antara ruang beranda dan tanah yang ditumbuhi pokok pandan serta beberapa batang pokok pisang . Sebuah kereta Satria berwarna merah berhenti dihadapan rumah sewa itu.
" Lawa rumah kau. Ada pokok pisang. Ada pokok pandan.Pokok pisang tu kau tanam sendiri ke? " tanyanya di penghujung ayat sambil memandang halaman rumah Fesiran. Kemudian dia memandang wajah Fesiran yang masih melengas walauun sudah dilap beberapa kali. Fesiran senyum lalu menjawab
" Takdelah. Pokok pisang tu penghuni rumah sebelum ni yang tanam. Ada jugak pokok pisang tu berbuah tapi selalu kena makan oleh burung. By the way, thanks yerp sebab hantar aku . Sapu tangan ni, bila dah bersih, aku bagi kau balik. Kau nak masuk? " soal Fesiran pula dengan nada tenang. Tangannya sudah menanggalkan tali keledar.
" Ikutkan hati aku nak terima je pelawaan kau. Tapi aku still pakai baju kerja dan tak mandi. Bau badan masih ada lagi ni. " Mas Hana memberi respon sambil memegang uniformnya .
" Oh, kalau macam tu. Takpelah. Aku faham. Thanks sebab hantar aku balik k. Kau memang kawan yang baik. " tutur Ferisan lembut dan perlahan. Dia sudah tidak sabar untuk membersihkan dirinya didalam bilik air. Rimas sungguh dia rasa kerana lengasan diwajahnya serta dibaju kurungnya.
" Its okay. Kita kan kawan . Kau nak bekerja lagi ke esok ? Kalau ya, kau datang lah esok. Kalau tak, aku boleh tolong carikan kerja lain untuk kau. " Ayat yang terpacul dari mulut Mas Hana menyentuh hatinya. She is so nice....- bisik hatinya.
" Err, aku fikirkanlah ya. Okay, bye "
" Eh nombor telefon kau? Senang nak contact nantikan? "
Ferisan melambaikan tangan ke arah sebuah kereta Satria yang dipandu Mas Hana. Dia sungguh gembira sekali kerana dapat berkenalan seorang yang begitu baik dan suka menolong orang. Sempat dia senyum kepada Mas Hana sebelum keretanya meninggalkan perkarangan rumahnya.
Lagi membuatkannya gembira bila sudah tahu siapa pencuri hatinya yang telah memalukannya. Mas Hana sudah cerita kepadanya tentang perempuan yang memalukannya semasa dalam perjalanan pulang tadi.
Walaupun dia dihina dan dimalukan oleh Mawar tadi, tiada rasa benci atau dendam tersemat didalam hatinya . Sebaliknya, semangat untuk mendekati Mawar dan ingin memiliki hatinya makin membara dalam dirinya. Ternyata hatinya sudah dicuri oleh Mawar tanpa Mawar menyedarinya .
Cuma......bagaimana dia hendak memikat hati Mawar jika dia berlainan darjat dengan Mawar? Hmm, mungkin dia perlukan fikirkan sesuatu pada malam nanti.
Dia membuka pagar rumahnya untuk masuk kedalam rumah. Dia berharap emaknya akan percaya dia bila dia kata yang seseorang telah tak sengaja tumpahkan air di baju kurungnya jika emaknya bertanya tentang pakaiannya yang basah pada bahagian atas. Dia tak mahu emaknya sedih bila diberitahu bahawa dia dimalukan oleh Mawar.Biarlah perkara itu menjadi rahsia. Ketika dia melangkah di ruang beranda, wajah Mawar terbayang dimindanya.
" Assalamualaikum " dia memberi salam. Tidak siapa menjawab salamnya. Fesiran terus menapak ke dalam rumah setelah menarik grill besi hitam. Dia melihat ibunya sedang nyenyak tidur dibuai mimpi di atas kerusi rotan peninggalan arwah ayahnya. Dia tersenyum melihat ibunya itu sebelum berlalu ke biliknya untuk mengambil tuala mandinya lalu menuju ke bilik air.
**** ******
Mas Hana berasa sungguh segar selepas bersiram. Terasa badannya tidak berbau lagi kerana diganti dengan bau wangian sabun Fruitale yang diguna ketika mandi ,meninggalkan kesan bau di seluruh badannya. Rambut panjangnya yang basah. dilapnya kering dengan tuala putih corak Power Rangers sambil bersenandung. Mindanya teringatkan akan wajah Fesiran.
Ya, Fesiran - perempuan yang telah mencuri hatinya sejak kali pertama mereka bertentang mata pada pagi ini. Ketika dia diperkenalkan kepada semua orang oleh abangnya, hatinya sudah berdebar-debar. Hatinya tertarik melihat Fesiran yang elok berbaju kurung pada pagi ini.
Dia ingat lagi, kelembutan tangan Fesiran saat tangan mereka berjabat. Suaranya yang lunak sungguh mencairkan hatinya. Wajahnya biasa nampak begitu cantik di matanya. Dialah " the one " baginya.Dialah yang akan melengkapkan hidupnya.Dialah yang telah menimbulkan perasaan cinta didalam dirinya kembali selepas hubungan dengan teman wanitanya iaitu Frizana terputus di tengah jalan kerana kecurangan Frizana pada setahun lepas....
Tampaknya dia sudah menjumpai pengganti Frizana. Huh Frizana. I hate that girl!- bisik hatinya. Frizana pernah bekerja di restoran Ezrani tahun lepas . Mereka pernah berkawan rapat sehingga satu-satu masa Frizana meluahkan perasaan terhadapnya. Mereka terus bergelar kekasih tanpa diketahui oleh orang ramai sehinggalah pada satu hari dia ternampak gambar Frizana yang tampaknya melakukan adegan ringan dengan seorang lelaki didalam satu mesej bergambar yang dihantar ke telefonnya dari nombor yang tak dikenalinya.
Mas Hana tidak percaya apa dilihatnya jadi dia bertanya pada kekasihnya melalui sms. Frizana mengaku gambar itu ialah gambar sebenarnya. Lelaki itu adalah teman lelakinya. Dia berkenalan
dengannya melalui laman Facebook kemudian jatuh cinta pada pertemuan pertama nyata mereka. Lantas membuahkan bibit- bibit cinta antara mereka berdua selepas pertemuan demi pertemuan mereka lakukan tanpa pengetahuannya. Membaca kebenaran kata-kata kekasihnya didalam sms, dia memutuskan hubungannya melalui sms. Tiada balasan daripadanya. Esoknya Frizana tidak datang kerja dan sehari kemudian, dia menghantar surat perletakan jawatan sebagai pelayan.
Itu cerita lama baginya.Sudah lama mereka tak berhubung sejak terputus hubungan.Segala memorinya bersama perempuan biseksual itu sudah terlupus di mindanya kerana ketekadkannya untuk melupakan Frizana yang agak susah pada awalnya tetapi dia berjaya melakukannya. Memori manis mereka bersama bagai tidak pernah terjadi didalam hidupnya setelah berjaya melupakannya.Rasa cinta yang mendalam padanya sudah tiada lagi.
Hatinya yang sudah berparut kerana luka lama, telah diisi dengan perasaan yang pernah dirasainya sebelum ini iaitu rasa cinta...
Dia tersenyum sendiri teringatkan wajah Fesiran yang mengulum senyunam padanya pada petang tadi. Renungan matanyanya. Suaranya yang lunak terngiang-ngiang ditelinganya..
Hatinya sudah dicuri oleh Fesiran. Dan dia harus mencuri hati Fesiran pula. Langkah pertama sudah dilakukan pada petang tadi iaitu menolongnya dengan menghantarnya pulang. Sememangnya, dia rasa gembira berada dekat dengan Fesiran tadi. Mahu saja merasakan kelembutan tangannya sekali lagi tapi ditahankan sahaja.
Sakit pula hatinya bila dia teringat perbuatan Mawar tadi. Mawar tak patut berbuat begitu pada Fesiran. Dia menggenggam tangannya tanpa disedarinya.Mawar patut diajar.Hmm, nanti aku fikirkan macam mana nak ajar dia tapi sementara itu, aku nak kol buah hati aku . Hehe ..-bisik hatinya. Henfon di atas meja soleknya dicapai lalu mencari nama Fesiran di dalam apps contacts telefonnya.
Nada dering telefonnya berbunyi. Segera dicapainya setelah mendapati nombor yang dikenalinya tertera di skrin telefon .
" Hello darling.Buat apa tu? I miss youlah. " tanya Edzfiani di hujung talian. Mawar tersenyum dan gembira mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut buah hatinya. Tekanan menulis assigment yang banyak di meja belajar hilang setelah suara Edzfiani menusuk ke dalam telinganya.
" Hai Fes. Kau buat apa tu ? " soal Mas Hana dihujung talian setelah panggilan diangkat.
" Buat assigmentlah yang.I pun miss you my love. You dah makan? Minum? " tanya Mawar sambil bangkit dari kerusi di meja belajar lalu menghempaskan dirinya ke atas katil. Tangan kanannya bermain dengan rambutnya. Wajah Ezfiani mengisi ruang mindanya.
" Dah mam dan minum. Kenyang perut tahu. Dah mandi. I miss you... Gi pub malam ni nak ? "
" Nothing .asal kol aku ni? " tanya Fesiran dengan rasa ingin tahu. Matanya memandang dinding biliknya yang terang benderang dengan cahaya lampu biliknya..
" Saja.Dah makan dan minum? "
" Malam ni tak bolehlah. Banyak asigment nak buat. You ni my love, macam tak tahu pulak yang I ni pelajar yang tak suka bertangguh buat assignment I . You dah buat assigment you?" panjang sahaja jawapan yang diberikannya kepada Edzfiani. Mawar masih bermain rambut panjangnya sambil menyengih.
" Alhamdulilah kenyang.dah makan dan minum Err... Kenapa kau tanya aku yang aku dah makan minum ni? " soal Fesiran dihujung talian.Dia rasa hairan kenapa Mas Hana menelefonnya untuk bertanya buat apa tu, dah makan dan minum . Dia tidak pernah mempunyai rakan yang baru dikenalinya dan begitu ambil berat akan dirinya pada awal perkenalan . Badannya bersandar ke dinding. Kakinya dilunjurkan ke hadapan di atas katil.
" Saja tanya . Tak boleh? " tanya Mas Hana dengan nada yang manja.
" Boleh je.." balas Ferisan ringkas.
" Hehe. Baru nak buat ni. Macam nilah gf I. Rajin buat assiggnment . Nanti bila dah habis belajar,you kerja dengan papa you kan? " tanya Edzfiani dengan nada ceria.
" Errr...kerja? Aku tengah fikirkan ni. Minda aku kata tak nak je kerja situ. Tapi hati aku nak. Hishh, payoh wei camni! "balas Fesiran setelah Mas Hana tanya padanya samada dia hendak datang bekerja pada esok hari.
" Hmm... Kau tak nak kerja situ sebab apa Mawar lakukan pada kau tadi? "
"Entahlah. Plan nak bukak bisnes sendirilah yang. Darling, I kena berhenti bercakap sekarang sebab nak sambung kerja I ni. " jawab Mawar sambil duduk di atas katil. Tangan kanannya sudah berhenti bermain dengan rambutnya.
" Okay kalau macam tu. Jaga diri yer darling . Love you muahh..buat assigment elok-elok tahu? " ucap Edzfiani kemudian membuat bunyi kucupan ditelefonnya.
" Ya....you too..Bye..muah dan muah. love you sayang. " Kata Mawar sebelum matikan talian lalu duduk di kerusi untuk menyiapkan assigment yang bertimbun di atas meja belajarnya. Sempat dia mengeluh kecil sebelum menyambung menyiapkan assigment itu.Tampaknya dia harus berjaga sampai lewat malam.
" Err, entah. Bye, aku ada something nak buat ni.Kalau aku datang esok, means aku nak bekerja .k. Bye bye . " kata Fesiran sebelum mematikan talian lalu meletakkan telefonnya di atas katil . Dia menarik nafas dan melepaskannya.Dia tidak pasti samada untuk terus bekerja disitu. Mindanya mengatakan jangan bekerja disitu kerana telah dimalukan dihadapan khayalak ramai. Perasaan malu yang menghalangnya untuk terus bekerja melayani pelanggan-pelanggan lain nanti yang pastinya pernah melihatnya dimalukan di restoran itu. Hatinya mengatakan yang dia perlu bekerja disitu kerana dia perlu bekerja untuk menolong keluarganya yang kesempitan wang pada saat ini. Tapi....
wait a sec-bisik hatinya. Mindanya tiba-tiba memutarkan ingatan tentang kata-kata Mas Hana.
"Kalau ya, kau datang lah esok. Kalau tak, aku boleh tolong carikan kerja lain untuk kau. "
tapi kalau aku kerja tempat lain...- bisik hatinya lalu dia teringatkan sebab kedua hatinya menyuruhnya untuk bekerja disitu iaitu ingin melihat Mawar dan cuba memikatnya.
" Pikat? How? "tanyanya sendirian. Tiba-tiba bunyi ketukan pintu yang pantas kedengaran mematikan fikirannya.Matanya beralih ke pintu biliknya yang tak berkunci kemudian mulutnya menyebut ayat...
" Masuklah .... "
Pintu dibuka dan seorang perempuan yang cukup dikenalinya sejak mereka dibangku sekolah lagi berdiri dimuka pintu. Fesiran tak menjangka yang kawan baiknya yang merupakan penghuni rumah sewa belakang deretan rumahnya datang menziarahinya pada malam ini. Lebih tepat pada pukul 10 malam.
" Hey Ziran! Buat apa jenguk aku mlm-mlm ni?" tanyanya dengan senyuman di wajahnya. Daziran menapak masuk lalu menutup pintu bilik. Sudah menjadi kebiasaan bagi Daziran jika mengunjungi rumah Fesiran,pasti dia akan berborak dengannya didalam bilik jika mendapati Fesiran tiada di ruang tamu apabila ibu Fesiran menjemputnya masuk.Jika yang menyambut salamnya ketika dia berada di hadapan rumah rakannya ialah Fesiran,mereka akan berbual di ruang tamu sahaja sambil minum minuman yang dibuat ibu Fesiran.
" Hehe,saja. Tak boleh? "
Last edited by Esmiria on 22-9-2014 10:42 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-9-2014 06:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Episod ketiga...
Jam di dinding biliknya yang gelap tanpa cahaya lampu itu menunjukkan pukul 12 tengah malam. Bintang-bintang yang menghiasi langit serta bulan yang separuh tergantung dilangit menerangi malam ini.
Keadaan taman perumahan Imbi malam ni amat sunyi .Tiada bunyi kedengaran yang menyinggah telinganya kecuali bunyi jarum jam di dinding biliknya bergerak dan bunyi mengerang jiran sebelah yang sedang membuat hubungan badan. Namun, bunyi itu langsung tidak membangkitkan nafsunya untuk melancap serta mencetuskan bayangan dia berhubungan seks dengan seseorang kerana mindanya teringat perbualannya dengan rakannya tadi.
" Mawar Arina Tirasa? What a nice name . She`s beautiful right? Camne kau tahu nama dia? " tanyanya setelah Fesiran menceritakan hatinya yang dicuri oleh seorang gadis yang bernama Mawar. Kemudian ibu Fesiran membuka pintu dengan menatang dulang besi yang berisikan dua cawan teh o panas. Dia mempelawa mereka berdua minum, Fesiran dan rakanya mengangguk dan berkata yang mereka akan minum minuman itu sebelum dia menghilang disebalik pintu . Dua cawan teh o diletakkan di atas meja solek Fesiran.
" Yeah.. Beautiful tapi.. " Fesiran tiba-tiba berhenti berkata.Kemudian dia menarik nafas dan melepaskannya. Dia menceritakan incident yang memalukan di restorannya dan tentang Mas Hana. Daziran memasang telinga dengan penuh perhatian sambil menghirup air teh o saat mulut Fesiran bercerita dengan riak sedih diwajahnya kemudian dia tersenyum kembali apabila sudah habis bercerita.
" Wow. Aku pernah terbaca satu ayat kat internet . Bunyinya camni taw..
cinta itu bisa buat orang bodoh sampai tak nampak keburukan orang yang dicintainya..
Aku rasa..kau bodoh sebab jatuh cinta dengan perempuan tu. Come on babe, dia telah menghina kau dan kau masih ada perasaan kat dia? I mean takde rasa sakit hati atau dendam kat dia. Macam tak caya jer. Tapi kan aku rasa Mas tu minat kau lah.Mana ada orang sebaik macam tu sekarang kalau adapun 2 dlm sejuta. Dia tolong tu ada makna tuuu..Sebab dia nak pikat kau. Mesti kau rasa macam oh baiknya dia . Oh she help this that. Yelahkan, nak pikat orang. Kena ambil hatikan? Nak ambil hati, kena tolong,kena bagi hadiahlah.Kena mulut manislah. Ini semua tipikal. .. " panjang sahaja pendapat Daziran itu. Fesiran terdiam mendengar respon rakan baiknya itu. Kemudian dia bersuara..
" Tapi aku nak dia....Tapi dia anak orang kaya..tapi aku tak tahu nak pikat dia.. Aku tak kira, aku nak dia tapi aku tak tahu bagaimana nak dapatkan dia . "
"She’s straight aku rasa. Sebab kau ada kata ada lelaki duduk dengan diakan? Sah boyfriend dia! Nama boyfriend dia ialah Edzfiani . Takyahlah nak bengkokkan orang straight oiit.." Fesiran membulatkan mata.
" Edzfiani? How..." kata-kata Fesiran dipotong oleh Daziran.
" Aku tahu sebab Mawar ni ada blog. Aku ikuti blog dia. Kat blog dia tu ,dia ada cerita pasal life dia dan bf dia. Gambar bf dia ada dia upload situ. Sorry tak beritahu awal-awal yang aku kenal dia sebab aku tak nak interrupt penceritaan kau tadi. "
" Blog? Kau tahu link blog dia? Selalu ke dia update blog dia? Kau selalu layari blog dia? " Persoalan demi persoalan keluar dari mulutnya. Rasa ingin tahu tentang blog Mawar membuak-buak didalam dirinya.
" Errrr...MawarEdzforever nama blog dia.Taklah selalu dia update .Dalam seminggu, 3 kali dia update.Follower dia banyak woi, 700 ribu.Kalah Anis Zafika . Asal kau tanya ni, Kau nak baca blog dia ke? " Daziran bertanya dengan kerut dahi. Mata dia bertembung dengan mata Fesiran.
" Ah`ah sebab aku nak tahu sal life dia tapi aku takde laptop. Kalau aku nak layari tenet, aku kena gi cc...tapi aku takde duit skang ni ..." ucap Fesiran dengan nada lembut dan perlahan. Riak sedih terpancar diwajahnya .Dia memandang ke lantai.
Daziran senyum dan meletakkan tangan kanannya dibahu Fesiran. Wajahnya mendongak dan mata mereka bertembung.
" Kitakan kawan.Boleh aje kau guna laptop aku untuk layari blog dia..okay? " mendengar kata-katanya itu,Fesiran menunjukkan riak gembira diwajahnya. Kemudian Daziran menyambung kata-katanya sebelum dia beredar.
" Aku as kawan baik kau, aku nak beritahu kau yang..errr tak payah kau nak pikat dia ke apa sebab dia straight. Kaum straight takkan sesekali jatuh cinta dengan kaum PLU. Lagipun dia dan kau tak setaraf.Dia atas.Kau bawah.Kau kena ingat tu.....Aku nak balik ni, nanti kita sembang lagi yerp. Aku harap kau terus bekerja yer esok. Kau kan.susah, jadi kau kena tolong family kau..Okay, Chow. "
" Okay.. biar aku escort kau ke pagar rumah aku.…"
Bunyi mengerang yang datang dari sebelah rumahnya sudah tidak kedengaran lagi. Matanya masih terbuka walaupun rasa mengantuk sudah menjengah dirinya.
" Mungkin betul kata dia...Mawar atas. Aku bawah. Tak sesuai langsung. Dia straight.Aku gay. Dia kaya.Aku miskin....Aku kena kerja untuk support family..Ya,aku kena kerja esok. " katanya sendirian. Wajah Mawar mula terbayang dalam mindanya sambil matanya mula kuyu perlahan-lahan sebelum dirinya masuk ke alam mimpi .....
**** ****** ***
Pagi itu amat indah dengan burung-burung berkicauan yang sesekali melepaskan najis di atas bumbung rumah banglo Dato Redza. Sang mentari mula membuka tirainya untuk melakukan tugasnya iaitu menyinari waktu siang. Awan-awan pula berarak dengan perlahan di langit.Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Semua alam semula jadi melakukan tugas mereka masing-masing. Semuanya terjadi kerana atas KekuasaanNYA,iaitu Allah.
Terdapat sepinggan kaca yang panjang berisikan beberapa keping roti Massimo,pinggan sederhana saiznya yang berisikan beberapa lempeng bersama cairan coklat,seteko berisikan air nescafe, dan sejug jus oren diatas meja makan buatan kayu yang diimport dari Amerika.
Penghuni rumah banglo ini iaitu Dato Redza dan anak perempuannya serta anak lelakinya, Adrifa sedang bersarapan pagi. Dua keping roti kosong menjadi menu sarapan Mawar pada pagi ini dengan segelas jus oren, Adrifa pula mengambil lempeng bersama cairan coklat berserta secawan air nescafe seperti bapanya.
" Ad, dah buat dah macam papa suruh semalam? " tanya Dato Redza memecah kesunyian. Mulutnya dibuka sebelum potongan kecil lempeng yang dicucuk di garfu masuk ke dalam lalu mengunyahnya dengan perlahan. Matanya merenung Adrifa yang sedang menghirup air nescafe lalu mata mereka bertembung. Mawar kerut dahi tanda tidak faham. Matanya mengerling sekejap ke abangnya kemudian merenung tepat wajah Dato Redza.
" Buat dah.Tapi still tak dapat panggilan Pa. Macam takde orang berminat je. Susahlah camni .." jawab Adrifa dengan tenang lalu mengeluh. Matanya merenung ke wajah Mawar kemudian beralih ke wajah Dato Redza semula. Mawar yang tertanya-tanya akan apa yang diperkatakan abangnya, tiba-tiba menyampuk..
" Buat apa bang? Panggilan apa? Can you explain what it is? "
Adrifa menarik nafas dan melepaskan.Dia mengangkat cawan kemulutnya lalu menghirup air nescafe itu sampai habis. Dato Redza memotong lempeng dengan pisau kecil kemudian menyuap kedalam mulut. Dikunyahnya dengan perlahan-lahan sampai hancur didalam mulut.
" Pak Tom . Dia dah berhenti kerja sebab dia dapat banyak duit hasil menang loteri. Terpaksalah pa cari pemandu dia yang baru. Pa suruh abang iklankan jawatan kosong untuk jawatan pemandu semalam kat Mudah .My, tak dapat kol dari sapa-sapa lagi. " kata Adrifa sebelum memasukkan separuh lempeng yang dimakan tadi kedalam mulutnya. Mawar membulatkan mata melihat perlakuan abangnya yang tiba-tiba gelojoh makan lempeng tersebut kemudian berpaling ke Dato Redza..
" Kenapa takde sapa-sapa beritahu War fasal ini? So, semalam adalah hari terakhir dia kerja sinilah? Pa tak pujuk dia ke? Yelahkan dia kan dah lama kerja sini ......sejak War umur 7 tahun lagi..." Mawar mencubit sedikit roti lalu masukkann ke dalam mulutnya kemudian menghirup jus orennya.
" Buat apa nak pujuk. Orang dah tak sudi nak bekerja dengan Pa, jadi Pa lepaskanlah dia. " Dato Redza memberi jawapan sebelum jam emas jenama Rolez terikat kemas di pergelangan tangannya dilihatnya lalu dia menyambung kata-katanya
" Hmm..Pa kena pergi ni. Korang berdua jaga diri yer ..Ad dan War, belajar elok-elok yer." kata Dato Redza sebelum bangkit dari kerusi. Mawar turut bangkit dari kerusi lalu menghampiri papanya untuk mencium tangannya dikuti abangnya..
***** ******
Last edited by Esmiria on 26-9-2014 08:41 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-9-2014 06:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Dua hari kemudian...
Rumah sewa bernombor 27 itu kelihatan sunyi kerana tiada bunyi kedengaran .Pintu dan tingkap ditutup dengan rapat seakan tiada penghuni didalamnya.Pagar rumah kawan baiknya dibelenggu dengan rantai besi serta mangga untuk memastikan tiada sesiapa boleh masuk tanpa kebenaran penghuninya.
Fesiran sedang berdiri dihadapan pagar rumah kawan baiknya. Dilihatnya jam jenama murahnya iaitu Mydin , sudah menunjukkan pukul 9 malam. Dia menelefon Dizaran tadi sebelum dia datang kesini untuk menggunakan komputer riba miliknya. Laman blog Mawar yang ingin dilawatinya serta mencari jawatan kosong yang terpapar di laman yang menyenaraikan jawatan kosong yang beribu untuk diisi iaitu Mudah.my menjadi tujuannya apabila browser Google sudah diaksesnya nanti.
Tiada pekerjaan yang dilakukannya selama dua hari ini kerana tempat kerjanya iaitu Restoran Ezrani sudah hangus terbakar pada malam bilamana dia menerima kunjungan rakannya ke rumahnya. Sudah puas dia ke bandar dengan berbasikal untuk mencari kerja dua hari ini,tampaknya nasib untuk bergelar pekerja tidak menyebelahinya. Ahh,belum tiba masanya kot.Mungkin dengan mencari pekerjaan secara talian ,nasib untuk mencari rezeki akan menyebelahinya. Dia berharap begitulah. Ada saja Mas Hana menawarkan bantuan untuk menolongnya mencari pekerjaan,tidak mahu menyusahkan Mas Hana lalu menolak tawarannya.
Bukan dia saja yang kehilangan pekerjaan,malah Mas Hana juga turut merasai nasib yang sama sepertinya serta pekerja-pekerja lain. Mereka sudah tiada tempat untuk mencari rezeki serta membantu keluarga mereka dari segi kewangan . Sudah tentu perasaan sedih menjengah hati mereka bila perkara itu sampai ke pengetahuan mereka. Begitu juga dengan Fesiran, perasaan sedih dan terkejut menyelinap dirinya saat berita itu disampaikan oleh Mas Hana melalui telefon pada pagi itu. Terkejut kerana tidak menjangka restoran itu akan terbakar dan juga sedih kerana kehilangan pekerjaannya. Menurut pihak polis, punca kebakaran yang menjilat habis restoran itu masih disiasat, tapi kemungkinan ia hasil perbuatan seseorang yang dengki terhadap pemilik restoran itu.
Ferisan dipersilakan masuk ke dalam rumah selepas salamnya disambut.Ibu Daziran tampaknya tiada di rumah kerana masih di tempat bekerjanya iaitu kilang kondom pada malam sebegini seperti kelazimannya. Apabila ibunya di tempat kerja , tinggallah anak perempuannya seorang dirumah. Tidak hairan rumah ini sunyi setiap masa jika anaknya bekerja sebagai despatch di sebuah syarikat bumiputera pada waktu siang dan malam pula dipenuhi dengan aktiviti melayari internet.
Dihadapannya kini ialah sebuah komputer riba jenama Acer sudah terbuka dengan paparan laman enjin carian Google yang hanya menunggu untuk ditaip pelbagai keyword yang akan menunjukkan senarai keputusan yang dicari berdasarkan keyword yang digunakan.
" Kau gunalah ea untuk beberapa jam. Tapi jangan sampai tak balik sudah. Marah mak kau kan..Aku nak bergayut dengan awek aku kat luar jap. " katanya dengan senyuman diwajahnya.
" Amboi,orang ada awek katakan..."
" Hehe....Biasalah. ." balas Daziran sebelum menutup biliknya dengan telefon Alcatel One Touch di tangan kanannya.
Fesiran menarik nafas panjang dan melepaskannya.Sepuluh jari tangannya sudah berada di atas keyboard untuk digerakkan lalu menekan beberapa huruf.
Selepas mengakses laman Mudah.My, blog milik Mawar diaksesnya. Tidak payah untuk mencari blog Mawar kerana link blog peribadinya berada tempat pertama di muka surat pertama setelah enjin carian Google memaparkan hasil carian.
Blog Mawar kelihatan simple sahaja. Terdapat 4 entri yang ditulisnya dalam bulan ini,September terpapar di lamannya. Profile blogger terletak di sidebar , gambarnya yang ayu jelita yang didalam profile itu dilihatnya untuk seketika. Rindu yang menyerang dirinya sejak tidak bertentang mata dengannya bagai hilang apabila matanya dapat melihat semula wajah manusia ciptaan Tuhan itu. Tanpa disedarinya, bibirnya membentuk sebuah senyuman. Ingin saja dia hendak membaca entri gadis tak sunti itu, keinginan untuk melihat jawatan kosong di laman Mudah.My menghalang niatnya itu. Jari kanannya segera diletakkan di atas touch pad lalu menukar tab didalam browser Google disebelah kirinya.
Buat seketika, dicarinya jawatan yang kosong. Yang sesuai dengan kelulusan akademiknya-SPM.
Tiba-tiba matanya terlekat pada satu iklan jawatan kosong. Dia berfikir untuk sejenak.Samada untuk mengisi jawatan kosong itu atau tidak. Kemudian dia tersenyum dikeluarkan pen dan kertas dari poket seluarnya, lalu mencatat nombor tuan empunya iklan tersebut. ..Dia mencari-cari lagi dan bila hatinya tertarik akan kerja itu,dia menulis nombor orang yang meletakkan iklan tersebut didalam laman itu. Harapnya, dapatlah dari salah satu kerjanya nanti.
Kini, blog Mawar diaksesnya. Entri yang ditulis oleh Mawar kebanyakan berdasarkan kehidupan peribadinya dan adakalanya fasal kekasihnya. Ada entri yang pendek dan ada juga entri panjang ditulisnya. Banyak komen dari pengikut blognya setiap entri yang ditulis. Termasuk entri yang bertajuk Budak Restoran Ezrani.
Entri itu pendek.Ia cuma berisikan kata-katanya yang penuh dengan hinaan terhadap seorang pelayan perempuan seperti shell, Odh, Bb dan banyak lagi kata yang kesat.
Fesiran tahu siapa yang Mawar katakan didalam entrinya itu. Begitu hina sekali dirinya dimata Mawar.Kesedaran diri mula timbul saat memikirkan darjatnya dengan Mawar.Mula berfikir tentang kehidupannya yang tidak berharta jika dibandingkan kehidupan Mawar yang serba mewah dengan harta yang sampai cicit pun takkan habis.
Hendak memiliki gadjet canggih dan terkini seperti Ipad atau Samsung Galaxy Tab pun dia tidak mampu? Usahkan gadjet canggih itu, komputer riba pun dia tak mampu untuk membeli. Apatah lagi henfon canggih untuk dimilikinya. Henfon jenama nokia c1-01 yang hanya layak dimilikinya, itupun dibeli dengan kawan baiknya itu dengan harga murah iaitu rm15 ringgit. Sebuah keluhan kecil dilepaskannya. Mood untuk melayari internet sudah tiada kerana berasa sedih memikirkan nasibnya itu. Pantas jari telunjuknya menutup lid laptop selepas memasukkan kertas serta pen kedalam poketnya. Dia tiada mood untuk bercakap sekarang. Saat kakinya berada di ruang tamu, dia memberitahu rakan baiknya yang dia mahu pulang dengan riak sedih diwajahnya. Kawan baiknya hanya angguk dan tak tanya Fesiran tentang riak sedih diwajahnya kerana sibuk berbual dengan makwenya itu. .....
Last edited by Esmiria on 26-9-2014 08:43 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-9-2014 06:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Adrifa menghenyakkan punggung diatas sofa merah bentuk L. Dua kakinya dilunjurkan kehadapan lalu diletakkan di atas meja kopi. Remote astruk yang terletak di atas meja kopi dicapai kemudian dipicitnya saluran kegemarannya, iaitu saluran ESPN. Ia sebuah saluran sukan yang disiarkan di saluran astruk untuk pelanggan astruk yang gemar akan sukan.
Dia mendongak ke jam dinding yang menunjukkan pukul 8.30 pagi. Dalam 30 minit lagi, orang yang ditunggunya akan tiba dihadapan pagar.Orang yang akan memenuhi jawatan pemandu ayahnya jika lulus temuduga dengannya yang berjantina perempuan. Perempuan? Fikirnya tidak ada perempuan minat akan jawatan kosong yang terpapar di laman Mudah.my. Tapi...ia salah dia juga kerana gatal meletakkan perkataan seperti ini pada tajuk iklan jawatan kosong tersebut - PEMANDU PERIBADI LELAKI/WANITA DIPERLUKAN . Dia patutnya meletakkan perkataan lelaki sahaja kerana pekerjaan seperti ini lazimnya dilakukan oleh lelaki,jikalau adapun pemandu peribadi wanita ,jumlah bilangan wanita yang mengisi jawatan itu boleh dibilang dengan.jari sahaja -fikirnya. Entah mengapa dia menulis begitu,dia tak tahu.
" Ah tak kira jantina lah, janji boleh ganti tempat Pak Tom. " bisik hatinya.
Fesiran memperbetulkan baju kurungnya dihadapan cermin almarinya. Tiada apa-apa mekap yang dikenakan pada wajahnya. Secalit gincu merah pun tiada di bibirnya.Apatah lagi celak dimatanya. Bukanlah dia seorang perempuan yang tidak pandai mekap.Cuma malas nak mencantikkan diri. Alah, kalau mencantikkan diri sekalipun,untuk siapa? Kekasih? Dia tidak mempunyai kekasih,siapalah yang nak dia yang miskin dan tak lawa itu.
Sehari selepas malam bilamana dia menggunakan komputer riba Daziran, dia cuba menelefon tuan empunya iklan iaitu Encik Adrifa untuk bertanya tentang jawatan kosong tersebut.Mungkin sudah takdir tuhan, Encik Adrifa menyuruhnya untuk ke rumahnya bagi temuduga untuk jawatan pemandu peribadi. Gembira bukan kepalang selepas mengetahui bahawa jawatan itu masih kosong.Tak payahlah nak telefon nombor pengiklan yang lain.
Tiba-tiba, satu bunyi hon kedengaran di luar rumahnya lalu dia menguntum senyuman. Daziran sudah sampai dihadapan rumahnya untuk menghantarnya ke rumah Encik Adrifa. Memerlukan kenderaan untuk ke rumah Encik Adrifa, jadi dia meminta tolong rakan baiknya untuk menghantarnya ke rumah tersebut semalam. Segera dia mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja solek lalu membuka sms yang dikirim Encik Adrifa semalam, alamat rumahnya merupakan isi pesanan ringkas itu.
Pintu ditutup dengan henfon di tangannya berserta tas tangan, saat berada di muka pintu , dia menyalam tangan ibunya. Sempat ibunya pesan padanya dengan ayat
" Jawab elok-elok apa dia soal yer dik. Mak doakan kamu berjaya dapat kerja tu. "
lalu dia membalas
" Yer mak.Adik ingat pesanan mak tu ..
Mereka saling bertukar senyuman sebelum dirinya berada didalam kereta Daziran.
" Kau tahu alamat ni? "soalnya sambil menunjukkan pesanan ringkas tersebut kepada Daziran. Daziran hanya senyum dan angguk.
**** ***** ****
Last edited by Esmiria on 26-9-2014 08:44 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-9-2014 06:22 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
..... ...... .. **** ***** ****
Sudah pukul 11.00 pagi. Mawar dan Edzfiani serta empat rakan rapat mereka iaitu Firasan,Edrisan,Anirasan dan Cherifan sedang minum di Foodcourt selepas kelas mereka sudah habis. Mereka berasa dahaga sekali lalu mengambil keputusan untuk pergi ke Foodcourt bersama.
" I ada pengumuman nak bagitahu kat you all .." kata Firasan dengan air muka yang gembira. Terbentuk senyuman diwajahnya. Jarinya pantas menggerakkan straw sekeliling didalam gelas menyebabkan airnya bandungnya membentuk pusaran kecil di tengahnya. Dikerlingnya Anirasan disebelahnya.
Semua rakannya menumpukan perhatian pada dirinya.Ingin tahu apa yang hendak diberitahunya kecuali Anirasan yang tunduk dan melihat gelasnya yang berisikan air oren yang sudah tinggal separuh.
" I dan Ani...." dia memeluk Anirasan secara sisi.Anirasan tersentak lalu wajah Firasan ditatapnya sebelum mata mereka bertembung sekejap.
Mereka berdua menguntumkan senyuman.
" We are a couple now! " mendengar ayat yang terpacul dari mulut Firasan, semuanya sengih. Anirasan hanya diam dan senyum sahaja.
" Tahniah ..." kata Edzfiani kepada Firasan. Rakan-rakan yang lain juga mengucapkan tahniah .
" Sejak bila korang kapel ? " tanya Mawar lalu dihirupnya air sirap itu. Kemudian dia merenung pasangan kekasih yang sama padan itu. Tangan Edzfiani mula mengenggam erat tangan Mawar.
" Hmm,baru semalam..lepas dia terima I , kami terus buat cinta...hehe " jawab Firasan dengan sengihan kemudian meledakkan ketawa kecil. Anirasan mencubit lengan teman lelakinya yang sasa itu kerana rasa malu apa yang diperkatakannya. Firasan berhenti ketawa setelah diperlakukan begitu.Mata mereka bertembung sekejap kemudian memandang kesemua wajah rakan mereka.
"Oh . best ke? " soal Cherifan yang sudah habiskan minumannya. Edrisan mencubit lengan Cherifan .
" You ni, mestilah best.Benda sedapkan.Apalah you ni.." Cherifan mengherotkan bibirnya tanda tak suka ditegur Edrisan. Mawar serta yang lain gelak serentak melihat gelagat rakannya.
" Eh malam ni datang ke rumah I yer. Ada birthday party untuk my little sister. " kata Edrisan kepada kesemua rakannya.
******** ********
" Okay, awak dah lulus ujian. Awak boleh datang kerja esok.Tapi esok janganlah pakai baju kurung pulak. Awak fahamkan maksud saya? " tanya Adrifa kepada Fesiran setelah kereta Toyota Vios berhenti didalam ruang beranda.Riak serius terpamer diwajahnya. Sebaik Fesiran dijemput masuk kedalam rumah Adrifa,dia terus disoal latar belakangnnya kemudian Adrifa memberinya satu ujian-jika dia lulus ujian tu,maka dia akan mendapat jawatan ini.
Ujian itu ialah ujian memandu disekeliling bandar Kuantan , selok belok tentang jalan dan pastinya Fesiran tahu selok belok jalan di bandar Kuantan ini. Agak rasa kekok baginya untuk memandu kereta Toyota Vios pada mulanya tapi setelah diberitahu oleh Adrifa bagaimana untuk memandu kereta auto itu,akhirnya dia dapat memandu .
Semasa memandu disekeliling bandar tadi, Adrifa sempat menunjukkan jalan kepada Fesiran ke syarikat ayahnya lalu menerangkan tentang syarikat ayahnya itu.Fesiran hanya angguk mendengar kata-kata Adrifa.Selepas itu,dia memandu pulang ke rumah Adrifa. Semua yang diberitahu oleh Adrifa fasal jalan ke syarikat ayahnya serta ke rumah Adrifa semasa perjalanan ke rumah Adrifa, sudah terpahat di dalam mindanya .
" Faham.Pukul berapa encik nak saya datang ? " soalnya dengan senyuman yang menghiasi wajahnya. Tali keledar sudah ditanggalkannya. Matanya bertembung dengan mata Adrifa. Gembira kerana telah lulus ujian. Sungguh nasib menyebelahinya pada kali ini.
" Pukul 7.20 pagi. Pa saya akan pergi ke pejabat pada pukul 7.35 .Jadi jangan datang lewat yer. 7.20 tepat saya nak awak terpacak kat depan rumah ni. " panjang sahaja Adrifa memberi arahan kepadanya. Adrifa lega sebab dia sudah mendapat pemandu peribadi untuk Papanya. Tentu Papanya gembira mendengar berita baik ini nanti bila dia dah balik rumah.
" Okay . " ringkas sahaja jawapannya sebelum mereka berdua keluar dari kereta mahal tersebut.
Saat Fesiran berpaling ke belakang untuk meninggalkan ruang beranda tersebut, kakinya kaku untuk seketika. Matanya membulat,terkejut dan tidak menjangka Mawar berada dihadapannya.Mawar berada didalam kereta AudiR4 bersama kekasihnya dihadapan pagar rumah banglo itu.... Last edited by Esmiria on 26-9-2014 08:49 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-9-2014 06:24 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Episod Keempat
"Darling, I rasa macam pernah nampak je muka perempuan ni,hmm..mana ya? " tanya Mawar kepada Edzfiani.Dahinya berkerut,cuba berfikir dimana dia pernah menemui gadis itu.
" Ingat tak you simbah air kat satu pelayan perempuan kat Restoran Ezrani? Dialah perempuan tu! Kenapa dia kat rumah you hah? " soal Edzfiani pulak selepas mengingatkan Mawar fasal incident di Restoran Ezrani tempoh hari. Dia memandu ke dalam ruang beranda setelah pagar rumah automatik terbuka.
" Oh! Ya,dialah.Dia yang lambat hantar pesanan I tu. Buat apa dia kat sini? " tanyanya lagi.Soalan itu langsung tidak dijawab Edzfiani. Dia sendiri tak tahu kenapa perempuan itu di rumah Mawar.
Perempuan ditepi kereta Edzfiani hanya mampu diam dan merenung sahaja mereka yang berada didalam kereta. Riak terperanjat akan kehadiran pasangan kekasih disitu jelas terpamer diwajahnya.
Dua pasang mata itu merenungnya dengan riak ingin tahu tentang tujuannya berada disini. Adrifa yang perasan akan kepulangan Mawar, senyum lalu menuju ke kereta Edzfiani.
Menyedari abang Mawar menghampiri keretanya, pantas jari telunjuknya menekan lalu cermin kereta terbuka secara automatik.
" Aku tengok,korang berdua dok pandang perempuan tu semacam je. Korang kenal ke dia? " soal Adrifa dengan nada perlahan sambil berpaling ke Fesiran sekejap kemudian matanya bertembung dengan mata Edzfiani.
" Tak.Kitaorang tak kenal dia. " jawab Edzfiani sambil menggeleng lalu memandang Mawar disebelahnya.
" Siapa perempuan tu bang? " tanya Mawar sambil matanya merenung tajam ke arah wajah perempuan yang dibencinya . Tiada senyuman diberikan kepada perempuan itu. Rasa takut menyelinap kedalam dirinya saat mata mereka bertembung dek kerana renungan mata Mawar yang tajam dan dalam masa yang sama dengupan jantungnya berdengup dengan kelajuan maksima tiba-tiba .Fesiran tampaknya memalingkan kepala ke hadapannya. Dia menelan air liur lalu dibuka kakinya untuk melangkah keluar dari ruang beranda itu. Sungguh dia tak sangka yang Adrifa rupanya abang kepada Mawar setelah mendengar ayat pertanyaan yang terpacul dari mulut Mawar. Hakikatnya, mulai esok dia akan bekerja dengan ayah Mawar. Ini merupakan kebetulan atau ini sudah takdir?
Namun,jauh disudut hatinya gembira kerana dapat bersemuka dengan Mawar lagi walaupun dalam situasi yang tidak dijangka. Dirasakannya bahawa rindunya kepada Mawar sudah terubat sepenuhnya.Rasa cintanya kepada Mawar makin membara dalam dirinya..
Mawar seakan tidak percaya dan amat terperanjat bila Adrifa membalas...
" Dia Fesiran. Pemandu baru papa. Esok dia start kerjala. Abang kena inform Pa pasal dia dulu . " Edzfiani berpaling ke abang Mawar semula.
" Fesiran ? Pemandu baru? Abang tak bergurau kan ? " tanya Mawar yang inginkan kepastian. Matanya bertembung dengan mata abangnya. Tangannya sudah menanggalkan tali keledar. Adrifa meledakkan ketawa kecil lalu memberi respon...
" Tak.Im serious . Edz nak masuk ? "
" Sayang,jom masuk dalam . " kata Mawar sambil mengenggam erat tangan Edzfiani sebelum Edzfiani menjawab. Mood untuk siapkan assigment bersama Edzfiani didalam biliknya sudah tiada setelah mengetahui fasal Fesiran yang akan bekerja untuk ayahnya esok.Dia terfikir untuk beringan-ringan dengan Edzfiani sahaja.
Edzfiani hanya angguk lalu menyuruh Adrifa menjarakkan dirinya dari kereta kerana dia mahu keluar untuk buka pintu kereta untuk Mawar.
Fesiran menapak laju setelah keluar dari ruang beranda itu namun tiba-tiba dia menerima satu panggilan, segera diangkatnya..
" Wei Fes, Kau dah siap temuduga? Amacam ? Ada lulus ka? " tanya Daziran dengan nada ceria.
******* *******
" What? Kau jumpa Mawar? I mean,Adrifa tu abang kepada Mawar? Tak expect lak aku..." komen Daziran setelah Ferisan memberitahu pertemuan dengan pencuri hatinya itu. Sebaik mengangkat panggilan Daziran,terus dia menyuruh Daziran mengambilnya di kawasan perumahan Bukit Janda Raja itu tanpa menjawab soalannya. Daziran tanpa banyak soal,mengikut saja arahannya itu. Lebih kurang 10 minit menunggu ketibaan Daziran sebelum dia masuk kedalam keretanya lalu menceritakan pertemuan yang tak dijangka itu.
" Yer.Aku tak sangka yang aku akan kerja dengan ayah dia. But at the same time, lepas rindu aku sepenuhnya bila melihat dia .. She’s so beautiful.... " ucap Fesiran dengan senyuman yang menghiasi wajahnyan. Wajah Mawar mula mengisi ruang mindanya. Daziran hanya keluh, rasa kesian kepada rakannya yang.masih mempunyai perasaan terhadap anak orang kaya tu.
" So,kau dapat ar kerja tu? " tanyanya dengan nada perlahan dan lembut. Radio kereta dipasang dan dicarinya siaran THM Gegar Pantai Timur .
" Dapatlah! Kan aku dah kata tadi.Tapi aku kena pakai seluarlah esok. Aku ada dua je seluar hitam.Yang lain semua baju kurung. Abang dia tak beritahu pulak baju apa nak dipakai. Hish! " rungut Fesiran.Jari telunjuknya digeselkan ke jari telunjuk tangan kirinya. Kedengaran suara Deejay Naz berceloteh pada tengahari itu di corong radio. Daziran memperlahankan suara radio ke nombor 12.
" Takpe,aku banyak seluar hitam, kau ambik je. Of courselah kau kena pakai baju kemeja putih. Nanti malam,aku bagi ea? " Daziran memberi cadangan sebelum berpaling sekejap ke Fesiran kemudian ke hadapan semula.
" Eiiii,kemeja putih?muat ke? Betul ke ni? " soal Ferisan dengan nada gembira. Matanya tepat merenung wajah Daziran yang putih dan ditumbuhi jerawat kecil itu.
Suara deejay Naz tidak kedengaran lagi kerana lagu bertajuk All My Life oleh Kjojo sedang berkumandang di corong radio.
" Ya...Muat je.Benaran. Aku tak tipulah.Kita dah lama bersahabat, takkan tak tahu aku camne? "
" Tahulah. Eiii,thanks kawanku! Kau memang sahabat yang baiklah! Aku sayang kau! " kata Fesiran sambil mendekatkan wajahnya ke pipi Daziran lalu mengucup pipinya. Daziran tersentak untuk seketika,kucupan lembut dari Fesiran itu sedikit sebanyak merangsangnya. Dia berpaling ke arah Fesiran lalu bertutur
" What a nice kiss. Kalau tahu makwe aku pasal kiss ni,mati aku..hehehe." dia ketawa kecil kemudian matanya beralih kehadapan. Fesiran senyum mendengar kata-katanya itu.
Daziran menguatkan suara radio ke nombor 25 lalu dia menyanyi mengikut sari kata lagu tersebut.Fesiran turut mengikutinya sambil dirangkulnya lengan kiri Daziran.
Tanpa disedari Ferisan,telefonnya berbunyi tanda panggilan masuk. Panggilan itu dari Mas Hana.
***** ***** ** Last edited by Esmiria on 27-9-2014 10:57 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-9-2014 06:25 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
..... ...... . Last edited by Esmiria on 21-9-2014 11:03 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-9-2014 06:27 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
***** ***** **
Mas Hana menghempaskan telefonnya ke atas katil. Rasa marah menguasai dirinya kerana Fesiran tidak menjawab panggilannya yang sudah masuk kali kelima.
" Apalah dia buat tu sampai tak layan panggilan aku ni! " luahnya lalu mendengus marah.Punggung dilabuhkan diatas katil. Mencanai fikiran tentang Fesiran,apa dia buat? bz ke?
Sekali lagi sebuah keluhan dilepaskannya dengan kuat.Matanya merenung ke lantai biliknya. Bibirnya digigit kuat. Rasa sakit kerana gigitannya itu tidak dipedulikannya kerana rasa amarah yang amat mengisi hatinya.
Tangan kanannya digenggam dengan kuat,sekuat dia mampu.Dia rasa rindu akan Fesiran,suaranya dan juga wajahnya.Sudah lama dia tak berjumpa Fesiran sejak petang bilamana dia menumpangkan Fesiran ke rumahnya. Hanya telefon menjadi penghubung antaranya dengan Fesiran.Itupun dia yang mula menghubungi Fesiran,kalau tak,jangan haraplah dia nak dengar suara Fesiran.
Ada juga dia ajak Fesiran untuk berjumpa dengannya, namun Fesiran menolak ajakannya dengan alasan sibuk.Sibuk kerana apa? Sibuk kerana mencari kerja.Itulah,dia nak tolong carikan kerja untuk Fesiran,Fesiran menolak tawarannya itu.Puas dia pujuk untuk menerima pertolongannya, tetap Fesiran berkeras untuk menolak.
Tampaknya, Fesiran agak susah untuk ditawan hatinya.Fesiran jual mahal terhadapnya atau memang Fesiran tidak ada perasaan terhadapnya? Atau Fesiran sememangnya seorang perempuan lurus?
Akan tetapi, kemahirannya iaitu dipanggil gaydar(tak semua kaum plu punya kemahiran ini) mengatakan Fesiran seorang PLU.PLU dalam almari menurut kemahirannya.
Dia mengeluh sekali lagi dan dia berkata..
" Perlu ke aku pergi jumpa bomoh untuk dapatkan minyak pengasih ? "
Dia mengeluh lagi. Mula berfikir tentang kata-katanya itu.
" Hmm, aku rasa perlu." ucapnya sendirian sebelum bangkit dari katilnya. Menapak ke dapur untuk mengambil pisau besar didalam laci goboknya lalu bersuara lagi
" Sebelum tu,aku kena jual daging supaya aku boleh tanggung diriku ."
Dia tersenyum bila teringatkan perempuan sebelah rumahnya yang baru berpindah. Rasa marah dalam dirinya sudah hilang . Lidahnya menjilat bibir.
**** ****** *****
Edzfiani meneliti dirinya didalam cermin yang besar dan berdiri tegak dihadapannya.Rambut pendeknya yang sedikit berserabai dikemaskan menggunakan dua jarinya. Riak gembira terpamer jelas diwajahnya kerana baru dapat melepaskan nafsunya-walaupun bukan dengan cara biasa.
" Thanks sayang untuk tadi.I really love you ." ucap Edzfiani setelah siap memperbetulkan rambut dan bajunya,menghampiri Mawar dan menghadiahkan senyuman untuk buah hatinya yang tercinta itu.
Mawar hanya tersenyum sahaja.Penat dan lesu kerana baru habis bekerja.Jelas kepenatannya itu terpamer diwajahnya.3 perkataan itu tidak terdaya untuk diucapkannya kerana kehabisan tenaga. Edzfiani sedang mengangkat tangannya untuk menyentuh Mawar tetapi tiba-tiba Iphone s5nya berbunyi seperti ini..
" Tinggalkan dia.
Tinggalkan dia..."
Dia mendengus . Potong kulup betul lah,sapa yang kol aku ni? -rungutnya didalam hati.
" Kejap ya,sayang. " tuturnya dengan nada lembut sebelum mengambil telefon yang berada di atas meja solek Mawar. Dilihatnya nombor yang tertera di skrin telefon,matanya membulat kerana rasa terkejut menjengah dirinya.
Pemilik nombor itu dikenalinya, yang merupakan kawan biasanya yang jarang lepak dengannya. Ya, dulu mereka jarang lepak sebab tak rapat. Kini, kerana ingin menyelamatkan hubungannya dengan Mawar lalu dia terpaksa melakukan perkara yang tak diingininya bersama lelaki yang bernama Edrifina itu.Kira melepaklah bagi Edrifina. Tapi bukan melepak baginya. Itu dosa! Dosa besar!
Semua ini salah dia, kalau dia pergi ke kelab dengan Mawar pada tempoh hari, tentu dia tak akan mabuk sampai mencium seorang lelaki. Ahh! dia patut sedar yang Edrifina yang berada disitu dan merakamkan perbuatannya itu.
Memang tak patut dia lakukan perkara tersebut. Tapi dah mabuk? Tentu saja orang yang sedang mabuk bisa berbuat apa saja? Termasuk bercium dengan kaum sejenis?
Tampaknya,semua itu sudah terlambat.Rakaman yang dirakam menggunakan henfon milik lelaki itu sudah dibuat salinan ke laptopnya.Bukan satu tapi beratus!
Nak tak nak, dia harus ikut kata-kata lelaki tersebut bila diugutnya.Bukanlah dia tak pernah terfikir untuk membunuh lelaki tersebut dengan mengupah seorang penembak professional atau sekumpulan lelaki yang sasa agar lelaki itu terus lenyap dibumi ini!
Dia dah cuba lakukan dua perkara itu. Namun,hasilnya hampa. Edrifina masih hidup sehingga kini. Yang mati adalah penembak upahannya juga sekumpulan lelaki yang sasa. Hairan dia tentang hal itu.Tidak masuk akal jika difikir dengan logik akal tetapi itu ialah kenyataanya.Seolah-olah Edrifina itu adalah Spiderman yang mempunyai deria keenam yang mengesan musuh yang dekat dengannya lalu menumpaskan mereka.
Dia mengeluh. Riak tenang cuba dipamerkan di wajah kasarnya. Dia harus berlagak tenang dihadapan Mawar. Dia mahu jawab apa jika Mawar tanya kenapa riak wajahnya tiba-tiba berubah menjadi riak terperanjat bila memandang skrin telefonnya?Tak sanggup dia nak bayangkan.Takkanlah nak cerita perkara sebenar bila Mawar bertanya begitu kepadanya kan? Malulah dia kalau Mawar tahu dia dikerjakan oleh seorang lelaki ?
" Yang, I gotta take this. " ucap Edzfiani sebelum menekap gadjet itu ke telinganya. Mawar hanya baring dan lihat Edzfiani dihadapannya.
" Ha. Yer.yer. Aku ke sana sekarang jangan risau. " kata Edzfiani dengan riak serius. Berlakon je dia tu.
Talian terputus.Mawar mengerut dahi. Tak faham. Apa yang dibualkan darling aku ni? -bisik hatinya.
" Darling, I kena tolong kawan I yang tersadai tepi jalanlah. Dia suruh I amik dia. Kereta dia rosak.. Boleh tolong siapkan assigment I tak? "
Mawar angguk lemah. Penat belum hilang.Dirasakannya matanya itu minta ditutup untuk membawa dirinya ke alam mimpi.
" Thanks! Muahh" tutur Edzfiani sebelum membuat flying kiss kepadanya lalu membuka pintu bilik Mawar.
"Maaf kerna menipumu sayang,semua ini kerana aku mencintaimu. "bisik hatinya dengan riak sedih diwajahnya ketika meninggalkan Mawar didalam bilik. Dia telan air liur,teringatkan keganasan lelaki tersebut ketika melakukannya.
***** *******
Last edited by Esmiria on 27-9-2014 10:59 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-9-2014 06:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
***** *******
Sebuah kereta Wira berhenti dihadapan rumah sewa nombor 12 itu. Fesiran mengulum senyuman terhadap Daziran. Daziran pun membalas senyumannya kemudian sengih.
" Terima kasih sebab bawa aku pergi makan dan tengok wayang tadi. Kau memang kawan aku dunia dan akhiratlah! " tutur Fesiran dengan nada lembut dan sedikit kuat.Jelas suaranya didengari rakan baiknya itu. Daziran gembira kerana dapat menggembirakan rakannya itu dengan membawanya ke Mogamall untuk makan dan tengok wayang sebelum menghantar rakan.baiknya pulang.
" One kiss for you..." ucap Fesiran lagi sebelum mengucup pipi kiri Daziran. Tersentak Daziran untuk seketika. Kemudian dia senyum lalu berkata
" Before ni,kau dok penoh nok kiss aku? Asal ea hari ni kau beriya nak kiss aku bagai ? "
" Err..hehe..Well, err.. aku cuma rasa sangat berterima kasih kat kau sampai hatiku ini nak kiss pipi kau.Kau tak suka ea? " responnya. Mata mereka bertembung. Daziran diam,mendekatkan wajahnya ke wajah Fesiran sampai wajah mereka sangat dekat.
Fesiran cuak,tak tahu kenapa kawan baiknya berbuat begitu padanya. Tak pernah kawan baiknya berbuat begitu padanya.
" Kenapa tak kiss kat bibir je? " Daziran bersuara kemudian kenyit mata. Sengih.
" Err... errrr..kenapa kau cakap camtu? " soalnya teragak-agak.Pelik semacam je kawan aku ni.
" Hmm, kau tahu tak,aku terangsang tahu bila kau kiss aku tadi. Aku rasa macam nak buat lebih dengan kau lah. Faham tak? " Daziran berkata lagi.
" Kau nak rogol aku dengan batang 3 inci kau ke ? "
Daziran menarik wajahnya kembali lalu meledakkan ketawa besar. Fesiran terpinga-pinga akan perlakuan Daziran itu.
" Aku gurau jelah.Mana ada nak rogol kau ke apa.Sengaja aku berbuat begitu,tahu tak? "
Fesiran menarik nafas lega mendengar ayat yang terpacul dari mulut rakannya itu. Kemudian dia menepuk perlahan bahu Daziran. Lalu dicubitnya kulit lengan Daziran dengan kuat. Geram sebab perbuatannya tadi.
" Ambik ni! "
" Okay, Im sorry ! please stop! " Daziran merayu sambil ketawa kecil. Fesiran terus berhenti melakukannya selepas beberapa kali mencubit lengan Daziran.
Daziran menggosok-gosok lengan kirinya.Sakit, hasil cubitan Fesiran. Dia sengih. Tiba-tiba telefon Fesiran berbunyi..
" Mas Hana memanggil... "
Fesiran menekan butang logo telefon warna merah. Perbuatannya itu menyebabkan Daziran berkerut dahi.
" Tiap-tiap jam dia kol aku.Rimas ar. Sebab tu aku cancel jer ."
Mendengar katanya itu,Daziran angguk.Tidak mahu mengulas tentang hal itu dengan lebih lanjut.
Last edited by Esmiria on 27-9-2014 11:01 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-9-2014 06:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
........ ......... Last edited by Esmiria on 21-9-2014 11:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
haha... adeiii pingsan terus |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-9-2014 01:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
thnks sbb bca .jgn risau, tkde content 18sx dlm nvel picisan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Knp tiap kali awak type Allah mesti mcm ni Al ah? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-9-2014 07:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mawibotak posted on 8-9-2014 07:45 PM
Knp tiap kali awak type Allah mesti mcm ni Al ah?
henfon sya bhasa celaka. elok dh taip Allah dlm notepad. Bila dlm tlfon, mcm celka bila bka note pad. Thnks tuk teguran. T sya fix. |
|
|
|
|
|
|
|
mawibotak posted on 8-9-2014 07:45 PM
Knp tiap kali awak type Allah mesti mcm ni Al ah?
ya la..ipo pun perasan..
|
|
|
|
|
|
|
|
citer hantu??..couple dgn cik pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-9-2014 11:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ipo posted on 8-9-2014 08:49 PM
citer hantu??..couple dgn cik pon..
misteri .bkn hntu...heee..thnks bca! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|