View: 97603|Reply: 1749
|
RAHSIA DIARI MERAH oleh penerbit KARNADYA X
[Copy link]
|
|
Edited by Ipo at 22-12-2017 07:49 PM
BOLEH BELI DI EKSPO BUKU MALAYSIA, BOOTH 1 dan 2 (KARNADYA), RUANG LEGAR PWTC, JUMAAT-AHAD (22-24 DISEMBER 2017).
BAB 1
ANGIN bertiup agak kencang. Rona awan yang cerah dan biru tadi sudah mula berubah kelabu dan sedikit demi sedikit menjadi kelam. Daun-daun kering mula berterbangan ditiup angin. Rumah banglo putih dua tingkat itu diperhatikan lagi. Pokok menjalar yang melilit di sepanjang pagar rumah sudah memenuhi dinding luar rumah yang turut dipenuhi lumut hijau.
Dari dalam kereta, rumah itu diperhatikan lagi. Cermin kereta diturunkan perlahan. Kaca mata hitam yang melekat di mata ditolak ke atas kepala. Lensa kamera difokuskan pada segenap ruang di halaman luar rumah itu.
Klik! klik! Klik!
Pintu kereta dibuka. Rokok yang masih bernyala yang diletakkan di atas dashboard kereta dicapai semula lalu disumbat ke mulut. Asap dihembus perlahan. Matanya masih menghala pada rumah putih itu. Dia senyum sendiri. Sayang, rumah yang begitu besar dan cukup luas halaman itu ditinggalkan begitu sahaja. Mungkin sudah lebih dari lima tahun melihatkan pada cat yang sudah banyak tertanggal kesan berpanas hujan. Kamera Canon EOS 1DX yang sentiasa di tangannya difokuskan lagi.
Klik! Klik! Klik! Beberapa ruang sekitar laman dirakam sebanyak mungkin.
Perlahan Adam menapak ke anjung rumah. Pintu rumah yang sudah usang dan berlubang cuba ditolak perlahan. Krikkkkkkkk...jelas bunyi pintu yang sudah lama itu di telinga. Nampak sangat rumah itu sudah semakin usang. Tercegat dia di muka pintu. Suasana dalam rumah itu suram dengan hanya sedikit cahaya yang menerobos dari celah jendela yang banyak berlubang.
"Hmm...agak kemas.."
Kakinya diatur perlahan melangkah masuk ke dalam. Kain putih yang menutup perabot rumah itu sudah lusuh dan berwarna kuning keperangan. Sekali lagi lensa kamera dihala ke segenap ruang dalam rumah itu. Klik!Klik! Klik! Adam mendongak ke tingkat atas. Berhati-hati dia menapak anak tangga menuju ke setiap bilik yang tidak berkunci. Lantas lensa kamera difokus lagi.
Adam perhatikan lagi di setiap ruang yang ada. Memang ada kesan merah yang seakan melekat pada lantai dan memercik ke dinding. Warna merah itu cuba dihidu. Bau hanyir masih bersisa. Dia menekup hidung.
"Takkan masih berbau? Apa yang aku tahu rumah ni sudah lama ditinggalkan.." Adam meliar memerhati sekeliling. Keadaan di dalam bilik itu memang menyeramkan namun tiada tanda-tanda ada kes baru berlaku di situ.
Tertoleh sebentar Adam ke arah cermin meja solek. Dia ternampak kelibat hitam dari situ tadi. Cepat saja dia pandang ke arah ruang di sebelah katil kayu lama berukir bunga raya. Tiada sesiapa di situ. Dia mengalih pandang pada cermin semula. Tiada apa-apa.
Adam segera menapak keluar dari situ dan kembali ke ruang tamu. Susunan perabot di ruang tamu kelihatan kemas. Tidak berselerak dan tidak ada tanda-tanda diceroboh. Sebelum dia melangkah keluar dari situ, sekali lagi lensa kameranya difokuskan pada segenap ruang. Dia menapak semula ke kereta. Kamera diletakkan di sebelah tempat duduk penumpang. Enjin kereta mula dihidupkan dan perlahan dia meninggalkan kawasan rumah banglo putih itu. Dia berharap kes yang dikendalikannya kali ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin. Dari apa yang dilihat tadi di rumah itu, dia boleh mengagak kes itu rumit. Kes sebelum ini tidak serumit ini. Pedal minyak ditekan semakin kuat dan menderum keretanya menuju ke arah bandar KL semula.
ADAM berhentikan keretanya di hadapan sebuah restoran. Dari pagi lagi dia tidak mengisi perut. Usai solat subuh tadi, dia terus memandu ke destinasi. Setelah menyimpan kamera di dalam beg, dia mula melangkah keluar dari perut kereta. Jarum jam tepat menunjukkan sebelas pagi. Dia mula melabuhkan punggung di meja makan yang terletak di kaki lima restoran itu. Dia mendongak ke dada langit. Cuaca yang mendung tadi sudah kembali cerah. Makanan mula dipesan. Pagi itu dia mengisi perutnya dengan dua keping roti canai dan dua biji telur separuh masak bersama kopi o pekat panas.
Kopi o panas itu dihirup perlahan. Otaknya masih memikirkan suasana di banglo putih tadi. Ligat dia berfikir bagaimana untuk menyiasat kes itu. Kes yang sudah sepuluh tahun berlaku. Ah! Pening otaknya kali ini.
"Assalamualaikum Adam.."
Adam mendongak. Seorang gadis berbaju kurung tersenyum kepadanya.
"Wa'alaikumussalam..err..awak siapa?" Adam berkerut kening. Gadis itu dipandang tidak berkelip.
"Boleh saya duduk?"
Adam mengangguk perlahan. Gadis itu diperhatikan lagi. Memang dia tidak kenal siapa gadis itu yang tiba-tiba menegurnya dan apa yang lebih pelik, gadis itu tahu namanya.
"Adam apa khabar?"
Adam masih keliru. "Maaf...awak siapa?"
"Takkan awak tak kenal saya?"
Adam berkerut kening. Wajah gadis itu diamati dan cuba mengingati semua kawan perempuan yang pernah dia kenal. Satu pun tidak sama dengan wajah gadis yang sedang duduk di depannya ini. Dia menggeleng perlahan sambil mata tidak lepas dari memandang gadis itu. Jelas dia melihat gadis itu sudah berubah riak.
"Saya Kinah..dulu saya di kelas lima intan masa di SMK.."
Adam masih memerhati gadis itu. Dia cuba mengingati siapa Kinah. Gadis itu dilihat masih memandang tepat ke arahnya. Mungkin tidak sabar mendengar jawapan darinya.
"Lima intan..oh ya, kelas tu hanya sebelah kelas saya je. Jadi..awak Sakinah Hamid, budak tomboy tu?" Adam mula meneka.
"Pandai pun..ya betul tu." Kinah sengih. Dia tertunduk malu. Memang dulu dia seorang tomboy. malu sebenarnya untuk dia menyebut perkataan itu.
Adam mula mengukir senyum. Hampir tidak cam wajah gadis itu. Gadis itu dilihat sudah jauh berubah. Sopan dan ayu dengan baju kurung dan tudung lilit. Tadi dia tidak sedikitpun melemparkan senyuman pada gadis itu. Bukan prinsipnya untuk mengukir senyum pada seorang perempuan. Mana tahu mereka itu semua kekasih orang, tunang orang atau isteri orang. Silap haribulan kena penumbuk jika tidak kena gaya. Jadi, lebih baik buat hal sendiri.
"Awak buat apa kat sini? Err..maksud saya..kerja ke?" Adam mula ramah.
"Ya..tadi saya ternampak awak di sini. Mula tu takut juga nak tegur tapi bila saya pasti itu adalah awak, jadi saya beranikan diri tegur awak.." Kinah senyum lagi. Lega bila lelaki di depannya ini sudah mula kenal siapa dia sebenarnya. Lelaki yang sekampung dengannya itu ditatap seketika. Sejak dulu dia menaruh hati pada Adam. Tidak sangka, dia akan berjumpa Adam di kota metropolitan ini.
Adam mula pesan makanan untuk Kinah. Mereka menyambung berbual. Adam hanya tersenyum bila gadis itu bercerita kisah zaman sekolah dan zaman budak-budak. Dia perasan, sejak di sekolah lagi Kinah asyik memerhati ke arahnya.
"Hmm..lucu juga ya. Saya tengok awak ni berlainan sekarang. Dulu tomboy tak ingat dunia..sekarang ni..manis.." Adam jujur memuji.
Kinah tunduk. Sungguh dia begitu mengharapkan kata-kata itu adalah ikhlas dari mulut Adam. Ingin saja dia meluahkan isi hatinya yang terpendam sekian lama. Namun dia hanya seorang perempuan yang masih tebal dengan rasa malu.
"Sedangkan pantai boleh berubah, inikan pula manusia macam saya ni.." Kinah senyum lagi. Jus oren diteguk seketika.
"Hmm..dah nikah?"
Terdongak Kinah sebaik soalan itu menerjah telinganya. "Kenapa?"
"Gadis secantik awak ni..cepat saja disambar lelaki. Rasanya belum habis SPM lagi sudah ada yang menunggu untuk memetik." Adam sengih. Saja dia mengaju soalan itu pada Kinah. Dia cuba mengawal perasaannya ketika ini. Dulu dia juga pernah suka pada gadis itu yang berlagak seperti tomboy semasa di sekolah tetapi hati lelakinya terlalu ego.
Kinah tunduk semula. Kata-kata Adam itu begitu membuatnya merasa sebak. Kalaulah lelaki di depannya ini tahu yang selama ini dia begitu mengharapkan kasih dan cinta sehingga menolak banyak pinangan.
"Saya tunggu seseorang.." Kinah pandang semula ke arah Adam yang tersenyum padanya.
"Siapa?"
Belum sempat Kinah menjawab, tiba-tiba meluru seorang gadis berbaju kurung agak lusuh ke arah mereka dan merempuh meja. Habis terjatuh gelas dan pinggan yang berada di atas meja bila meja makan mereka dilanggar dengan kuat. Meja mereka mula menjadi tumpuan pelanggan yang lain. Adam bingkas bangun dari kerusinya. Gadis itu dilihat sudah pucat dan berpeluh. Termengah-mengah gadis itu menahan lelah sambil memeluk beg sandang berwarna hitam. Sesekali gadis itu dilihat menoleh ke belakang dengan wajah ketakutan. Tudung putih yang dipakai gadis itu sudah terselak.
"Cik..kenapa ni?" Adam cuba bertanya.
"Maaf..saya tak sengaja. Saya..saya.." Gadis itu pandang lagi ke belakang. Wajahnya semakin pucat.
Adam dan Kinah turut melihat ke arah tempat yang dilihat oleh gadis itu. Tiada apa-apa yang berlaku.
"Cik kena kejar ke?" Kinah pula bertanya.
"Maaf..saya kena pergi. Tolong ambil ni.." Sebuah buku merah dikeluarkan dari beg sandangnya dan diletakkan di atas meja. Dia terus berlari pergi dari situ.
Adam dan Kinah terpinga-pinga. Buku berkulit merah itu dipandang sekilas. Cepat-cepat Adam sorokkan buku itu bila terpandang dua orang lelaki sedang melilau mencari sesuatu. Kelihatan di wajah lelaki itu penuh dengan peluh dan tercungap-cungap seolah baru lepas berlari. Mungkin mereka itulah yang mengejar gadis tadi. Bila melihat kedua lelaki itu sudah pergi dari situ, Adam mula duduk semula. Meja yang senget tadi dibetulkan semula. Pelayan restoran pula mula mengutip gelas dan pinggan yang jatuh ke lantai tadi sambil meminta maaf pada Adam dan Kinah.
"Buku apa tu?" Kinah mula bertanya. Tadi terkejut seketika dengan kejadian yang tidak semena-mena itu. Tiba-tiba meja mereka dirempuh.
"Entah..macam diari.." Adam mula membelek-belek buku merah di tangannya. Tali benang yang diikat pada buku itu dibuka perlahan.
"Wait..kalau diari, awak tak boleh buka. Itu dah dikira menceroboh privasi orang lain." Kinah menahan Adam dari membuka diari merah itu.
"Kalau dah serah kat saya, bukan lagi menceroboh namanya cik Kinah oi.." Adam sengih. Dia tidak jadi membuka diari merah itu. Tali yang melilit diari merah itu diikat semula.
"Awak nak buat apa dengan diari tu?" Kinah masih memandang buku merah yang ditinggalkan oleh gadis yang tiba-tiba melanggar meja mereka tadi.
"Tak tahu lagi..balik rumah nanti, saya akan tengok macam mana..." Adam senyum. Dia mula minta diri.
Kinah turut bingkas bangun dan hanya tersenyum memandang Adam yang sudah menapak ke kereta yang diletakkan agak jauh dari restoran itu. Matanya tidak lepas dari memandang lelaki itu. Kinah menghela nafas. Tadi dia sempat memberikan nombor telefon pada Adam walaupun Adam tidak meminta dan Adam tidak pula ingin memberi nombor telefonnya tadi. Langkah Kinah diatur lemah menuju ke bangunan pejabatnya semula yang terletak tidak jauh dari restoran itu. Perasaan terujanya tadi mula berubah hambar.
ADAM yang sudah menapak masuk ke dalam kereta mula memandang ke arah Kinah yang sudah meninggalkan restoran itu. Dia hanya mengukir senyum. Gadis itu dipandang sehingga hilang dari pandangannya. Entah kenapa, saat terpandang wajah putih gadis itu tadi, hatinya berdetak kuat. Dia cuba kawal diri.
"Dia tunggu siapa?" Adam masih meneka sendiri. Teringat kata-kata Kinah tadi yang dia menunggu seseorang bila hal itu diungkit tadi.
Matanya melirik pula pada diari merah. Sungguh kejadian tadi begitu mendadak. Gadis berbaju kurung lusuh tadi sudah hilang begitu sahaja.
"Hmm..mungkin diari merah ni ada jawapannya.." Adam senyum. Bertambah lagi kes.
Keretanya dipandu perlahan meninggalkan tempat letak kereta itu menuju ke rumahnya. Hari ini dia perlu gunakan masa yang ada untuk menyiasat semua itu. Cuti yang diambil perlu digunakan sebaik mungkin. Esok dia akan bekerja seperti biasa.
Last edited by NaylaArisha on 28-10-2014 05:50 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
maaf...tak tahu bila nak sambung citer nih..
kalau berhari2 tak update tu...bermakna tak dak sambungan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Po...
Memang peberet kaler ko warna merah ke hapa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 5-9-2014 12:24 PM
Po...
Memang peberet kaler ko warna merah ke hapa?
hehehe...idok ler Nicki..
entah nape tertaip merah
|
|
|
|
|
|
|
|
wah... dlm diam Ipo ada cerita baru... byk sungguh cite misteri dr simpanan Ipo ya... teruskan berkarya Ipo... saya suka dgn mukaddimah cite ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Ala ipoooo.....
Ada umah baru ni mmg rajilaj cin nganga sini.....
Merah peberet kaler cin... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:19 PM
ADAM henyak tubuh di sofa seketika melepaskan penat. Pulang dari restoran tadi, dia tidak melencong ke lain. Pertemuan yang tidak disangka dengan Sakinah tadi cukup membuatkan hatinya terusik kembali. Selama ini tidak pernah terfikir untuknya mencari gadis itu sekembalinya ke tanah air.
"Haih...dia dah ada pilihan hati rupanya.." Adam senyum hambar. Masih terngiang kata-kata gadis itu tadi. Tunggu seseorang..
Silapnya juga tidak berterus terang dulu semasa di sekolah. Sebenarnya hatinya banyak dikuasai oleh rasa segan dan malu. Malu bila dia suka pada gadis tomboy. Tamat sekolah, dia menyambung pelajaran di UK dalam bidang seni arkitek. Sampai sekarang dia masih sendiri, bukan jual mahal tetapi tidak betah bila bersama perempuan. Di kampus dulu pun, ada juga pelajar perempuan yang cuba mendekatinya tetapi dia tidak pernah melayan mereka semua. Wajah tomboy Sakinah masih kuat melekat di mata ketika itu. Mungkin sebab itulah dia tidak layan sesiapa saja.
"Makin cantik minah tu..sayang, dia sudah berpunya.." Adam mula terasa kehilangan.
Kali ini fikirannya melayang pula pada rumah banglo putih. Masih jelas terbayang di ruang fikirannya tentang keadaan rumah banglo putih tadi. Dua minggu lepas dia didatangi seorang lelaki yang agak berumur dengan sekeping kertas yang tertulis alamat rumah banglo itu. Satu sampul surat coklat turut diberi kepadanya tanpa banyak soal. Lelaki itu hanya bercakap sekejap saja. Membuntang melihat isi kandungan sampul coklat itu. Sekeping cek bernilai lima puluh ribu ringgit diberi sebagai upah. Entah dari mana lelaki itu dapat tahu yang dia buat kerja sambilan seperti itu.Itupun secara tidak sengaja.
"Rumit kes tu..aku pun tak berani masuk ke rumah tu acapkali. Seperti ada sesuatu.." Adam masih berfikir. Nota sekeping yang diberi kepadanya dulu jelas menyuruhnya menyiasat kematian satu keluarga di rumah itu lima tahun yang dulu. Kematian misteri yang masih belum terungkai.
"Pelik..aku bukan penyiasat paranormal. Aku rasa kes ni sudah lama ditutup oleh pihak polis kerana tiada bukti kukuh mensabitkan kesalahan kepada sesiapa." Adam teringat pula pada siasatannya minggu lepas. Keratan akhbar mengenai kematian misteri sekeluarga di rumah banglo putih itu menjadi bualan seluruh masyarakat. Apa lagi penduduk yang tinggal di kawasan itu.
Adam capai pula beg sandangnya dan dikeluarkan diari merah yang dihulur gadis yang merempuh mejanya tadi. Kejadian di restoran tadi masih menjadi tanda tanya baginya. Siapa gadis itu? Siapa yang mengejar dia dan kenapa sampai begitu sekali dia dikejar? Adakah kerana diari merah itu???
"Misteri betul..aku pulak yang tersangkut dengan diari ni.." Adam perhatikan diari merah yang agak lusuh itu. Warna merah kulit diari itu sudah pudar dan kulit menggelupas. Dia buka perlahan tali yang mengikat buku kecil itu. Perlahan dia membelek satu persatu halaman yang bertulis tulisan tangan. Halaman pertama dibaca.
Jan 21, 2003
Aku gembira dapat berpindah ke rumah baru. Suasana di kawasan perumahan itu cukup tenang kerana jauh dari hiruk pikuk bandar.
Rumah yang luas dan lengkap ini akan aku huni mulai hari ini.
Aku hentikan coretan ini di sini dulu. Ada kelas.
Adam belek halaman kedua. Kosong! Dia belek lagi halaman seterusnya..juga kosong. Namun ada beberapa halaman yang sudah dikoyak. Dibelek lagi. Ada lagi catatan yang ditulis di situ.
Feb 23, 2003
Hampir dua bulan aku menghuni rumah ini. Keadaan masih tenang dan damai. Famili aku pun happy je.
Malam ini aku kena pulun belajar. Esok ada exam! Tapi aku tension! Tension! Mamat tu desak aku!!!!
Aku tak suka didesak! Tak suka!!
Adam berkerut kening lagi. Coretan diari di halaman itu cukup menafsirkan yang penulis itu tidak suka pada seseorang. Jelas perkataan 'tak suka' itu dihitamkan dengan torehan dakwat pen bekali-kali. Namun setakat yang dibaca, tiada satu pun yang mencurigakan atau menjadi punca diari merah itu dikehehendaki kedua lelaki yang mengejar gadis itu. Diari merah diletakkan di atas meja sofa sebaik dia terdengar deringan telefon bimbitnya. Panggilan itu dijawab mesra. Dia bingkas bangun dan capai beg sandang yang mengandungi kamera. Diari merah itu juga turut diambil. Adam menapak ke bilik di tingkat satu rumahnya. Sekejap lagi, dia akan ke rumah orang tuanya. Dia sudah dapat mengagak apa yang orang tuanya inginkan darinya. Tiada hal lain lagi, soal pernikahanlah yang akan menjadi tajuk utama nanti.
"Malam nanti, aku sambung lagi.."
Adam pandang pula beg sandangnya. Kamera dikeluarkan dari beg sandang. Adam mula sambungkan ke komputer. Semua foto yang sempat dirakam tadi diamati satu persatu. Memang ada kesan darah memercik terutama di bilik utama.
"Hmm...macam mana pihak polis boleh tutup kes ni? Jelas ada kesan darah." Adam masih menatap skrin.
Semua foto itu disimpan dalam thumb drive. Diari merah itu pula disimpan di dalam laci mejanya dan dikunci. Dia capai kunci kereta dan mula menapak keluar dari bilik. Kereta dipandu keluar dari halaman rumah menuju ke Damansara, ke rumah orang tuanya. Sebelum itu, dia perlu ke suatu tempat dulu.
Last edited by Ipo on 20-10-2014 05:19 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Novel.......... CERPAn............. Cerkot??????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 5-9-2014 05:13 PM
entah ler Nay..
novel kut..sebenarnya malas ipo nak declare novel..
hahahahaha... oklah tu... cantik namanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:19 PM
KERETA diparkir di depan kedai bunga. Adam melangkah ke kedai sambil bersiul kecil. Dia sudah berkira untuk membeli sejambak bunga ros putih, bunga kegemaran ibunya. Mungkin dengan cara itu, ibu tidak panjangkan hal pernikahannya nanti. Langkahnya semakin laju menuju ke pintu masuk Felisha Florist. Sejambak bunga ros dibeli dari penjual yang cantik molek di situ. Usai membeli, Adam menapak semula ke kereta. Dia cium seketika kelopak ros putih yang harum mewangi.
"Hey! Adam!"
Adam mendongak. Seorang lelaki yang sedang melambai ke arahnya. Berkerut dia melihat lelaki itu.
"Adam! Akulah! Fuad!"
Adam terhenti langkahnya. Fuad sudah menghampirinya di depan kedai bunga tadi.
"Wah! Dah lama kita tak jumpa ya! Hmm...maybe almost two years?" Adam sengih. Bila lelaki itu sudah dekat denganya baru dia dapat mengenali wajah lelaki itu.
"Eh..kau buat apa sekarang ni?" Fuad mula ramah.
"Aku kerja la. Kau?"
"Aku baru balik dari US. Aku ingat nak kerja di sini la pulak. Dua tahun aku kat sana." Fuad senyum. Dia segera mengajak Adam ke kafe di sebelah kedai bunga.
DI KAFE, Adam dan Fuad berbual panjang dari satu topik ke satu topik. Tidak sangka, mereka akan berjumpa di situ setelah kali terakhir bersama semasa di tingkatan lima dulu.
"Weh, bunga tu untuk awek ek?" Fuad kenyit mata.
"Awek? Muka aku ni nak ada awek?" Adam gelak.
"Habis tu? Bunga tu? Don't say that you are mat bunga? Please la bro!" Fuad ketawa mengekek.
"Bunga ni untuk ibu aku.." Adam cium sekali lagi kelopak ros putih itu.
"Hmm..hari jadi ke?" Teka Fuad.
"Tak..saja aku nak bagi. Nak tutup mulut ibu aku kalau dia tanya pasal kahwin." Adam senyum sumbing.
"Jadi..kau ni macam aku la. Bujang teruna lagi." Fuad turut sengih.
"Teruna? Kau teruna?" Adam jeling Fuad. Dia faham sangat perangai lelaki itu yang dulunya terkenal dengan sikap kaki perempuan. Masa di sekolah lagi, Fuad suka mengurat pelajar perempuan. Apa nak heran, muka kacak dan kaya raya macam Fuad, sekali petik saja, berduyun perempuan kerumun macam semut menghurung gula.
"Kenapa? Alah..lelaki ni, tak ada bezanya ada teruna ke tak. Tak ada kesan apa-apa pun. Lainlah perempuan bro.." Fuad sengih lagi.
Adam geleng. Memang jelas Fuad tidak pernah berubah. Entah berapa ramai perempuan yang menjadi mangsa Fuad. Apa lagi dua tahun Fuad berada di US sana. Entah entah semua bangsa disapunya.
"Eh, aku nak tanya sikit ni. Aku dengar budak perempuan tomboy kat sekolah kita dulu tu dah cantik sekarang ni. Apa nama dia eh? Aku dah lupa." Fuad petik jarinya cuba mengingati semula gadis tomboy itu.
Adam terdiam. Fuad dipandang tidak berkelip. Mana mamat ni tahu pasal Sakinah??
"Mana kau tahu dia dah cantik?" Adam jeling sekilas ke arah Fuad sebelum matanya beralih pada luar kafe.
"Kau masih ingat Sutun?" Fuad beralih pula pada soal lain.
"Sutun? Hmm...maksud kau, Kamil?"Adam pandang Fuad dengan riak tercengang.
"That's it! Correct! Kamil tu kan rapat dengan minah tomboy tu dulu. Aku ternampak facebook dia. Aku add la. Hmm..rupanya dia masih berhubung dengan minah tomboy tu. Aku kenal sangat rupa minah tomboy tu. Nama je aku lupa.." Berkerut kening Fuad masih cuba mengingati nama gadis tomboy di sekolah dulu.
Adam diam lagi.
"First time aku tengok dia kat facebook. Fuh! Lawa gila tu bro." Fuad tidak henti memuji Sakinah.
"Kalau lawa, kau nak jadikan dia mangsa kau jugak ke?" Sindir Adam.
"Aku tak berani la nak usik minah tu..tapi aku rasa lain macam. Aku macam tersentak dan terpana. Memang dulu dia tomboy tapi aku akui walaupun masa tu dia suka pakai topi dan rambut diselit dalam topi, bagi aku, dia cun. Sekarang ni..lagilah. Terserlah kecantikan dia. Wonder, kalau dia lepas bebas rambutnya yang hitam berkilat tu. Fuh...boleh cair hati aku bro. Aku ni.. dah jatuh cinta ke?" Fuad sengih.Dia pandang Adam yang tunduk dari tadi. Masih diam membisu.
"Weh, aku tanya ni. Kau mengelamun apa hal?"Fuad tepuk kuat bahu Adam.
Adam mendongak dan menoleh.
"Baguslah kalau dah jatuh cinta. Ubah perangai setan kau tu dulu. Oklah bro, aku nak chow dulu. Aku kena jumpa mak ayah aku ni."Adam bingkas bangun. Malas dia hendak melayan Fuad yang ternyata masih seperti dulu. Entah apa pula Fuad hendak lakukan dengan Sakinah.
"Famili kau dah pindah KL ke?" Fuad pula tercengang.
"Dah..mak ayah aku dah pindah sini. Aku duk kampung dulu masa sekolah je. Lepas tu, aku dan famili aku pindah KL ni." Adam senyum kelat. Dia tahu Fuad memang asal Kuala Lumpur. Dulu dia tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak sekolah kepada pelajar yang jauh dari sekolah.
"Ok bro! Aku pun nak chow jugak ni." Fuad sekali lagi berjabat dengan Adam sebelum dia melangkah ke keretanya semula.
Adam hanya memerhati dari kafe. Fuad sudah meninggalkan tempat parkir kereta dengan menaiki kereta sport Porsche warna hitam. Dia mula mengatur langkah menuju ke kereta bersama sejambak bunga ros putih yang dibeli tadi. Langkah Adam terhenti. Matanya tertancap pada dua orang lelaki yang pernah dilihat di restoran pagi tadi. Kedua lelaki itu kelihatan mencari sesuatu.
"Takkan mereka cari perempuan tu lagi?" Terjenguk-jenguk Adam melihat sekitar tempat letak kereta itu. Jelas dia melihat kedua lelaki itu berjalan di celah-celah kereta yang diparkir di situ.
Langkahnya dilajukan. Sambil itu, dia masih memerhati gelagat kedua lelaki itu yang masih terintai-intai di sekitar situ.
"Takkan perempuan tu berlari sejauh ni?" Adam garu kepala.
Rasanya restoran tadi agak jauh dari kedai bunga. Mungkin dalam lingkungan satu kilometer jauhnya. Terasa kasihan pula bila mengingatkan apa yang menimpa pada perempuan yang memberinya diari merah itu pagi tadi. Apakah perempuan itu tiada keluarga? Kenapa dia dikejar sampai begitu sekali? Apakah kesalahan yang perempuan itu sudah lakukan? Bertubi persoalan timbul di benaknya.Dia lihat jam. Hampir satu tengahari. Dia cepatkan langkahnya ke kereta.
"Eh..aku tak kunci ke?" Adam sengih. Mungkin tadi dia hendak cepat ke kedai bunga sehingga terlupa hendak mengunci pintu kereta sendiri.
Keretanya dipandu perlahan meninggalkan tempat parkir kereta. Bunga ros putih diletakkan di atas kerusi sebelah. Kereta dipandu menuju ke rumah orang tuanya. Tadi sekali lagi ibu mengingatkannya untuk makan tengahari bersama bila dia dapat tahu anak bujangnya cuti hari ini.
ADAM senyum. Dia sudah sampai di laman rumah orang tuanya. Bunga ros putih dicapai dari kerusi sebelah. Dia segera menapak ke muka pintu rumah. Salam yang diberi disambut dengan mesra oleh ibunya yang sudah tersenyum saat pintu dibuka.
"Ibu.." Adam segera mencium tangan ibunya.
"Siapa tu?" Puan Rohana jenguk ke belakang Adam. Mukanya berkerut.
"Siapa?" Adam pula tercengang. Dia segera menoleh ke belakang bila melihat riak ibunya yang sudah kelihatan bingung dan keliru.
"Awak??" Adam menelan liur.
Gadis yang berpakaian lusuh pagi tadi yang melanggar mejanya kini sudah tercegat di belakangnya sambil memeluk beg sandang yang juga kelihatan lusuh. Wajah gadis itu juga sudah comot. Tidak terurus. Sekali pandang memang orang akan ingat, gadis itu tidak siuman.
"Ya saya...maaf..saya tak sengaja tadi. Saya tak tahu nak ke mana. Lelaki tu masih mengejar saya. Puas saya sembunyi. Bila saya nampak kereta awak, saya terus saja masuk dan sembunyi. Maaf.." Gadis itu berkata sugul sambil menundukkan wajah. Ada titis jernih mengalir ke pipi.
Adam tergamam. Memang benar keretanya tadi tidak berkunci tapi kenapa dia tidak perasan tadi semasa masuk ke dalam kereta? Dia pandang gadis itu tidak berkelip. Matanya beralih pula pada ibunya yang juga turut tergamam dan kelihatan terpinga-pinga.
|
|
|
|
|
|
|
|
tq momod @cmf_conan
tacang
|
|
|
|
|
|
|
|
ok..ipo nak sambung buat report yang tertangguh tadi..huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
hehe.. ada cerita baru |
|
|
|
|
|
|
|
baru abih baca.. kol 11 pagi breakfast roti canai ke ipo? |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 5-9-2014 11:13 PM
baru abih baca.. kol 11 pagi breakfast roti canai ke ipo?
eehh..adaaaaaa...sampai malam pun ada apa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:21 PM
BAB 2
MASING-MASING diam membisu. Suasana di ruang tamu di rumah Encik Ahmad senyap seketika. Puan Rohana masih memandang gadis yang tiba-tiba muncul di belakang Adam tadi di depan muka pintu. Gadis itu diperhatikan dan diamati. Dari tadi gadis itu hanya tunduk memandang lantai. Beg sandangnya didakap erat ke dada seolah ada barang berharga di dalamnya.
Adam pula masih tidak mengerti kisah gadis itu yang dirasakan mendadak saja. Apa yang lebih pelik, diari merah yang diberikan kepadanya semasa di restoran itu langsung tidak ditanya oleh gadis itu.
"Maaf..boleh saya tahu, siapa nama awak?" Adam mula bersuara setelah keadaan senyap tadi.
Encik Ahmad hanya pandang gadis itu yang masih tunduk. Pertanyaan Adam tidak dijawab. Gadis itu dilihat semakin pucat.
"Anak ni macam sakit je. Awak, tolong ambilkan makanan.." Encik Ahmad menyuruh isterinya mengambil makanan dari dapur untuk gadis itu yang sudah kelihatan pucat.
"Kalau awak diam macam ni, macam mana kami nak tolong?" Adam semakin geram. Tadi elok saja gadis itu bercakap dengannya di muka pintu.
"Saya..saya.."
"Ya Allah! Pengsan pulak budak ni! Rohana! Tolong abang kejap!" Encik Ahmad dan Adam sudah kelam kabut. Gadis itu sudah terjelepuk ke lantai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo!!!!weyh jgn lama2 sgt..penasaran uolls menanti sambungannya... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|