CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9181|Reply: 99

Definasi agama yang sebenar

[Copy link]
Post time 25-8-2014 11:02 PM | Show all posts |Read mode
salam sejahtera semua warga cari,

Dah lama saya berkira nak bincang isu nih baru sekarang berani nak buka thread. Bukan apa takut jugak dia punya efek berat melibatkan akidah sebab tajuk dia memang agak berat dan provokatif. Satu lagi saya takut tak boleh hentikan apa yang sudah dimulakan.

Tapi macam mana pun saya nak luahkan jugak apa yang berbuku kat dalam hati dan akal nih walaupun bakal mengundang kontraversi dari forumer semua.

WARNING!

Topik yang bakal kita bincangkan kan nih bukan calang2 tapi akar tunjang akidah dan keimanan seorang muslim. Silap bawa dan silap faham boleh bawak kepada kekufuran dan lenyap, luput & luruh segala iman yang tersisa (kalau masih ada). Atau mungkin juga sebaliknya menambahkan kuat & kukuh iman yang senipis kulit bawang dan menukar non believer menjadi believer. Apa2 sajalah efek kepada yang membaca.


Ini definasi saya mengenai AGAMA.

Islam, Kristian, Budha, Hindu, Yahudi dan apa saja yang dipanggil sebagai agama sebenarnya bukan agama tapi ialah 'satu cara hidup' atau in english "the way of life".

Nabi2 tak pernah ajar agama pada umat mereka. Nabi2 hanya mengajar 'way of life' supaya umat2 mereka hidup tertib, beradap & bertamadun. Taklah diorang nih jadi macam barbarian dan hidup seperti haiwan dihutan yang kuat makan yang lemah, yang besar pulas yang kecik.  Jadi senanglah umat manusia nih nak hidup kat dunia nih bila ada sistem yang tersusun. Itulah tujuan Nabi2 di datangkan ke dunia nih. Iaitu untuk menyusun atur sistem kehidupan manusia menjadi 'way of life'. Bukan nak ajar agama.

Habis tu kalau Islam atau so call agama2 lain tu bukan agama, APAKAH ITU AGAMA?

Definasi agama yang sebenar pada saya ialah kalimah "AWALUDDIN MAKRIFATULLAH" Dalam bahasa melayu: "Awal agama mengenal Allah"

Maknanya tujuan asal manusia beragama ialah untuk mengenal pencipta mereka iaitu ALLAH. Selagi kita tak kenal Allah kita sebenarnya belum ada agama.

Panjang lagi cerita ni tapi saya berhenti sini dulu esok2 saya sambung....sementara tu kalau ada yang nak komen silalah. Anda di alu2kan....



Last edited by Fieza-mira on 25-8-2014 11:05 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2014 09:28 AM | Show all posts
Untuk siapakah agama dicipta?

Agama dicipta untuk manusia dan hanya manusia saja yang perlukan agama. Makhluk lain seperti haiwan, tumbuhan dan makhluk halus (jin2, setan, iblis) takde agama dan tak perlu kepada agama.

Oleh itu, untuk menjadi manusia kita kena ada agama. Kalau takde agama kita tak boleh jadi manusia seperti sabda Nabi: "Mereka yang tidak beragama ibarat haiwan yang pandai berkata2"

Maknanya bukan semua manusia kat dunia nih sebenarnya manusia. Hanya yang ada agama saja layak dipanggil manusia. Mereka yang menolak agama tidak layak jadi manusia. Mereka adalah haiwan yang pandai dan bijak berkata2 dan serba serbi tapi tetap haiwan disisi Allah dan para malaikat.

Jadi mari kita buat kesimpulan.

Siapakah manusia? Mereka yang ada agama.

Siapakah yang ada agama? Mereka yang sudah kenal Allah.

Siapakah yang sudah kenal Allah????? Para Nabi, Rasul, Wali Allah dan Wali Anbia dan manusia sebaik2 kejadian.

Bagaimana nak kenal Allah? Serupa dengan cara Nabi2 mengenal Allah iaitu naik saksi.

Kena naik saksi baru boleh kenal Allah? Ya! takde cara lain. Sebab tu rukun Islam yang pertama kena naik saksi.

Nabi Muhammad mensyarat untuk jadi seorang muslim kena mengucap "Asyaduallaillah haillallaullah wa ashadunna muhammadar rasullullah"

"Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi Muhammad itu pesuruh Allah"

Rabiatul pernah bermadah pujangga: "Manusia itu tidak pernah menyembah Allah selagi mereka tidak melihat Allah"

Ini menunjukkan rukun Islam yang pertama ialah perbuatan bukan sekadar ucapan dilidah saja.

Siapa diantara kita sudah saksi Allah?



Last edited by Fieza-mira on 26-8-2014 12:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 09:35 AM | Show all posts
Selagi kita belum buat rukun Islam yang pertama tu kita belum Islam dan belum beragama dan selagi kita belum ada agama kita tidak pernah menyembah Allah.

Maknanya rukun Islam kedua kita tak pernah buat dan tak boleh buat sebab rukun Islam pertama pun kita tak lepas. Ini kan nak buat rukun Islam kedua, ketiga, keempat dan kelima.

Kalau belum ada agama bermakna kita belum jadi manusia.

Jadi manusia itu ialah mereka yang ada agama. Untuk ada agama mereka kena kenal Allah. Untuk kenal Allah mereka kena saksi Allah. Hanya yang sudah saksi Allah saja yang kenal Allah.

Hanya manusia saja boleh naik kedarjat paling tinggi di sisi Allah apabila Allah men'zahir'kan diriNya kepada Manusia sebaik2 kejadian. Takde makhluk lain dapat keistimewaan ini termasuklah para malaikat. Last edited by Fieza-mira on 26-8-2014 09:59 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 10:07 AM | Show all posts
Definasi agama ini boleh menjawab banyak persoalan yang menyelubungi umat Islam tentang agama anutan mereka tapi pada masa yang sama menimbulkan lebih banyak persoalan dan kekeliruan.

Mari kita sama2 rungkaikan persoalan dan kekeliruan itu supaya kita menjadi lebih beriman kepada Allah & Nabi kita tanpa ada rasa tak puas hati dengan agama anutan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa beza agama dan iman? Apakah darjat keimanan itu hanya diperoleh dari agama islam sahaja? Ada disebutkan mgenai nabi diturunkan untuk mengajar manusia cara hidup. Cara hidup dari makan minum, berdiri duduk, adab bercakap dan sbgainya. Ya, nabi itu mgajarkan semua itu nmun pda masa yg sama amalan sperti itu mmpu mnarik kasih syg Allah. Adam a.s ditrunkan kpd manusia supaya manusia itu beramal baik dan mencerminkn sifat2 allah yg terpuji.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Agama itu tidak trbatas hya kpd amalan2 spirirtual shj. Mlah amalan spiritual itu hy sbhgian kecil dr aktiviti spiritual. Agama adalah sesuatu yg dtg dari yg maha kuasa untuk mejadikan manusia itu hidup bertujuan. Oleh kerana Allah lah yg telah menjadikan manusia, apakah Dia hya membiarkan shj makhluk ciptaan nya bertebaran dan hidup tnpa pnduan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2014 08:09 PM | Show all posts
Fieza-mira posted on 26-8-2014 09:28 AM
Untuk siapakah agama dicipta?

Agama dicipta untuk manusia dan hanya manusia saja yang perlukan ag ...

Betul ker jin tak ada tanggungjawab agama?

Dalam Surah Al-Jin ada cerita pasal jin dengar Rasul SAW baca Al-Quran. Dalam hadis pun tercatat Rasul SAW berdakwah pada sekumpulan jin.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 08:39 PM | Show all posts
Fieza-mira posted on 26-8-2014 09:35 AM
Selagi kita belum buat rukun Islam yang pertama tu kita belum Islam dan belum beragama dan selagi ki ...

Manusia walau tanpa agama tetaplah ia manusia.

Hanya ada dua jenis manusia sahaja: kalau bukan hamba ALLAH, ia akan mengarah kepada hamba syaitan.

Rasul SAW sendiri mengaku hamba ALLAH.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 08:41 PM | Show all posts
abujail posted on 2-9-2014 07:07 PM
Apa beza agama dan iman? Apakah darjat keimanan itu hanya diperoleh dari agama islam sahaja? Ada dis ...

Apa jawapan soalan beza agama dan iman tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
AwgSagi posted on 2-9-2014 08:41 PM
Apa jawapan soalan beza agama dan iman tu?

Jawapannya iman itu x dapat dpisah dari landasan agama. Perbezaannya adalah iman itu satu kekuatan dalam mempercayai akan wujud tuhan. Agama adlah sesuatu yg dipercayai dtg dr tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
AwgSagi posted on 2-9-2014 08:41 PM
Apa jawapan soalan beza agama dan iman tu?

Jawapannya iman itu x dapat dpisah dari landasan agama. Perbezaannya adalah iman itu satu kekuatan dalam mempercayai akan wujud tuhan. Agama adalah sesuatu yg dtg dari tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Fieza-mira posted on 26-8-2014 09:28 AM
Untuk siapakah agama dicipta?

Agama dicipta untuk manusia dan hanya manusia saja yang perlukan ag ...

"jika kau mahu dicintai Allah maka ikutilah aku" ini adalah sabda Rasulullah s.a.w dan merupakan panduan untuk umatnya supaya dicintai Allah, juga untuk mencari Allah. "kami tidak pernah melihat Allah, namun melalui wujud baginda s.a.w kami mengenal Allah"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 12:28 PM | Show all posts
abujail posted on 2-9-2014 07:07 PM
Apa beza agama dan iman? Apakah darjat keimanan itu hanya diperoleh dari agama islam sahaja? Ada dis ...

Bercakap pasal iman nih hanya umat nabi yang pakai iman nih. Nabi sendiri tak berpegang pada iman @ percaya. Nabi2 berpegang kepada tahu sebab tu diorang boleh jadi leader.

Umat Nabi kena beriman dengan Nabi baru boleh jadi pengikut dan Nabi kena berpegang pada tahu iaitu tahu apa nak buat, tahu apa yang dia cakap dan tahu kemana nak pegi baru dia boleh tunjuk jalan.

Nabi tak beriman dengan Allah tapi Nabi kenal Allah sebab dia dah saksi Allah. Umat hanya kenal Nabi dan percaya pada Nabi atau beriman pada Nabi bila Nabi bercerita tentang Allah.

Ringkasnya setiap kali Nabi sebut Allah, dia nampak Allah. Tapi kita sebagai umat bila sebut Allah adakah kita nampak Allah?? Tapi kita percaya adanya Allah kan??

Sejauh mana kita percaya dgn kewujudan Allah? Sampai bila nak percaya aje....boleh puas hati ker dengan hanya berpegang pada percaya saja. Last sekali mesti kita nak berdepan jugak kan....?
Last edited by Fieza-mira on 3-9-2014 12:40 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 12:31 PM | Show all posts
abujail posted on 2-9-2014 07:12 PM
Agama itu tidak trbatas hya kpd amalan2 spirirtual shj. Mlah amalan spiritual itu hy sbhgian kecil d ...

Memang Allah ciptakan manusia bertujuan. Tujuan manusia dijadikan ialah untuk mengenal Allah. Bila dah kenal Allah barulah boleh sembah Allah.

Tapi bukan semua 7 billion nih dicipta untuk mengenal Allah sebab bukan semua 7 billion nih dicipta sebagai manusia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 12:38 PM | Show all posts
AwgSagi posted on 2-9-2014 08:09 PM
Betul ker jin tak ada tanggungjawab agama?

Dalam Surah Al-Jin ada cerita pasal jin dengar Rasul S ...

Baca dan fahami istilah agama yang sebenar.

Kalau jin tu ada agama dah tentulah diorang dapat title 'sebaik2 kejadian'.

Title nih Allah kurniakan kepada manusia aje even malaikat pun tak dapat title nih. Iblis cemburu sebab title nihlah. Iaitu title "Manusia sebaik2 kejadian".

Kan saya dah kata Nabi tak ajar agama maknanya kalau Nabi berdakwah kepada kaum jin nih dia cuma mengajar 'way of life' saja sama macam dia ajar umat dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 12:47 PM | Show all posts
AwgSagi posted on 2-9-2014 08:39 PM
Manusia walau tanpa agama tetaplah ia manusia.

Hanya ada dua jenis manusia sahaja: kalau bukan ha ...

Manusia itu sebaik2 kejadian. Allah takkan buat silap mencipta hamba syaitan sebagai sebaik2 kejadian.

Kita bercerita pasal kebesaran Allah tau. Jangan perkecilkan Dia dan cakap Allah silap buat manusia sebaik2 kejadian menjadi hamba setan.

Kalau yang jadi hamba setan tu maknanya bukan manusialah tu....

Cuba fahami balik istilah agama. Kalau dah ada agama mestilah sembah Allah yang takde agama jer yang sembah setan....dan kalau takde agama tu bukan manusialah...
Last edited by Fieza-mira on 3-9-2014 12:49 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2014 12:55 PM | Show all posts
abujail posted on 2-9-2014 10:18 PM
"jika kau mahu dicintai Allah maka ikutilah aku" ini adalah sabda Rasulullah s.a.w dan merupakan p ...

Yang ini saya setuju sebab tu ada 2 kalimah. Kalimah pertama saksi Allah dan kalimah kedua saksi Muhammad.

Kalimah pertama nabi pakai. Kalimah ke-2 umat yang pakai.

Nabi saksi Allah dan umat nabi saksi Nabi. Sebab tu umat kena ikut Nabi baru boleh sampai ke Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 01:14 PM | Show all posts
Kalimah syahadah ada 2 sajer. Kalau kita dah buat kedua2 nih atau salah satu maka sempurnalah agama kita.

Maknanya ada 2 golongan nih saja yang boleh kenal Allah iaitu yang dah pernah saksi Allah atau yang dah pernah saksi Muhammad dan percaya/beriman dengan baginda.

Bagi yang tak pernah saksi Allah & Muhammad makanya belum kenal Allah dan belum ada agama dan belum jadi manusia.

Kitab AlQuran tak boleh ganti Nabi dan tak boleh kenalkan kita dengan Allah. Ia hanya sebagai rujukan saja untuk mengamalkan 'way of life'.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Fieza-mira posted on 3-9-2014 12:28 PM
Bercakap pasal iman nih hanya umat nabi yang pakai iman nih. Nabi sendiri tak berpegang pada iman  ...

Maaf, saya sedikit keliru dengan soal iman yg fieza terangkan. Jadi, bg fieza. Apakah yg dimaksudkan dengan iman? Bagaimanakah iman itu? Knp hye umat nabi yg punya iman, dan nabi itu sendiri tiada iman? Hya berdasarkan tahu menahu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Fieza-mira posted on 3-9-2014 12:31 PM
Memang Allah ciptakan manusia bertujuan. Tujuan manusia dijadikan ialah untuk mengenal Allah. Bila ...

Allah telah menjadikan manusia, namun manusia itu telah diberi pilihan oleh Allah. Sebagaimana iblis itu diberi pilihan dan diberi hak oleh Allah. Iblis meninggalkan syurga dan memilih untuk menyesatkan manusia.dalam hal itu tiada larangan bagi Allah. Cuma Allah berpesa kpd iblees bhawa mereka itu golongan yg dberi tangguh...

Allah juga memberi pilihan kepada manusia. Manusia itu mempunyai hak untuk beriman atau tidak. Dan dalam semua hal itu pada satu masa mnusia akn dibicarakan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.447370 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list