CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

Kaftan ke majlis Iftar

[Copy link]
Post time 16-7-2014 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memikirkan pakaian yang sesyau. Paling utama pentingkan kesopanan dan kesederhanaan dalam pemilihan pakaian untuk ke majlis berbuka.



Helaian kaftan menjadi pilihan utama pada bulan yang mulia ini. Ini kerana potongannya yang sopan serta penuh keselesaan membuatkan ia sesuai untuk ke majlis-majlis keagamaan yang dianjurkan pada bulan Ramadan. Pemilihan fabrik bergantung kepada rekaan helaian kaftan. Sekiranya minat dengan fabrik yang nipis seperti chiffon, padankan ia dengan inner yang longgar dari fabrik jenis stretchable cotton. Jangan pula menyarung inner sleeveless  kerana agak kurang sopan sekiranya nampak jarang di mana-mana bahagian sekalipun. Sekiranya anda kurang gemar mengenakan inner, pilihan kain seperti crepe, charmeuse dan cotton mungkin lebih sesuai serta lebih sesuai.



Potongan kaftan yang ringkas dan sederhana mungkin lebih manis, tetapi untuk menyerlahkan pesona diri, mainan panel dengan gabungan fabrik polos dengan fabrik bercorak atau fabrik cantingan batik dapat memberi sedikit kelainan. Belahan kain dan panel di bahagian tengah mampu memberi ilusi badan yang tinggi begitu juga dengan pilihan corak yang vertical. Create a movement with a flowy kaftan, bukan sahaja nampak cantik dan sopan malah potongan ini sangat selesa.



Sanggul rapi rambut anda untuk nampak lebih kemas. Lebih manis dan ayu sekiranya mengenakan selendang. Bagi yang berhijab pula, anda perlu lebih teliti membuat pilihan. Untuk mengenakan selendang atau tudung tidak kira teknik lilitan yang anda gemari, pastikan rona warna gabungan baju sesuai dengan padanan tudung. Sekiranya kaftan bercorak, elakkan mengenakan corak atau warna yang berlainan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    22-11-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.227934 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list