View: 21436|Reply: 121
|
SUSAH NAK LEKAT JODOH
[Copy link]
|
|
salam. dalam forum ni mst ramai otai2 yg byk pengalaman tentang hidup.. saya umo 23. ade kerja, ade kereta tp hdup kosong. rakan kerja ramai yg dah kawen. kdng2 rase sunyi gak. msing2 cter psl suami anak tunang tp sy ni xde yg nak ke arah itu. kdng2 sy x taw nape tak de yg nak serius dgn sy. disebabkan sy tak de yg special sy ni jrng kluar rumah. g kerja blk kerja. duit smpan je. tgk duit byk fkir da bole kawen tp xde yg nak serius so sy decided utk beli rumah pulak skrg. tp ade kereta ade rumah life ksong. sy cube utk hilangkan rase sunyi dgn beli brng kemas utk mak sy. sy ni pulak bkn jnis shoping2. kdng2 sy sedapkn hati sy yg sy ni mude lg so x perlu terdesak utk kawen tp jauh dlm hati ni nak ade yg sah. yg bole jage sy.
|
|
|
|
|
|
|
|
baguih orang cam ang nie.. naif.. senang dapat bf laki pau duit ngan suami parasit.. |
|
|
|
|
|
|
|
23 muda lg
You'll never know bila dan dimana u jumpa jodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Xyah pening n nanges2.... Enjoy jer life single tu... Cuba carik kwn2 sama single... Duit byk tu bwk mak kamu g jln2... Lgg baguihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Sila tukar font utk tajuk... X bole guna capslock... |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki selalu gila nafsu, bukan duit. kalau ade duit tapi rupa takde pun susah gak. tapi kalau cantik dan seksi tapi duit takde, yg tu ramai. aku pun nak.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi aku pelik la dgn ko. umur 23 dah tua sgt ke? muda lagi tu. baru je habis hidup belasan tahun. jauh lagi masa depan. banyak benda lagi boleh diterokai.
aku rasa, mungkin hidup ko sunyi, sebab tu ko rasa nak kahwin dan ada anak. mungkin sebab tu ko rasa ko tua sedangkan ko masih jauh dan muda lagi.
pernah aku terbaca satu berita, orang yang baru habis belasan tahun dan kemudian baru2 je melonjak umur ke 20+ akan automatik berfikir soal kahwin dan ada anak. itu normal.
|
|
|
|
|
|
|
|
bayangkan, duit xde, tapi cantik dan seksi.. cantik macam zara zya pulak... wow... semua lelaki nak... biar duit takde, asalkan rupa ade... kalau dua2 ade, satu package la tu.
TAPI YANG PALING PENTING hati jangan busuk. lelaki BENCI perempuan hati busuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah lama cerita tu. tahun 2012 punya topic. ni aku copy paste balik cerita aku.
Masalah:
apa hukumnya kalau secara tak sengaja aku ada niat dalam hati nak ceraikan isteri talak satu, tapi secara tak sedar aku tersasul tersebut talak tiga TAPI kemudian aku cepat2 kata tersilap dan betulkan balik nak ceraikan talak satu bukan tiga.
adakah aku dah ceraikan isteri aku dengan talak 3 atau masih satu??? umur aku masih muda baru 20 tahun untuk berkahwin.
Cerita:
mesti ramai yang kata aku ni lelaki jahat, pentingkan diri sendiri, tak layak berkahwin, umur pun masih muda darah muda masih mentah dalam ilmu agama dan segala hal dan belum berkemampuan untuk berkahwin. tapi aku nasihatkan kat korang, lain kali kalau tak tahu pangkal hujung cerita, jangan buat andaian sendiri. mentang2 lah kaum hawa tu kaum yg lemah, korang terus sokong dia walaupun dia ni perangai tahap puaka.
1. begini ceritanya. dulu masa umur aku 19 tahun, masa Awal tahun 2011, masa tu aku belum kahwin dan belum kenal lagi isteri aku. aku bekerja sambilan kat pasaraya Tesco. lepas 3 bulan aku bekerja, ada sorang perempuan ni umur dia 18, datang kat aku kata nak berkenalan. aku gelar perempuan ni sebagai SA je kat sini dah cukup kot.
2. aku ni jenis tak layan perempuan bila ada yg datang nak berkenalan... bukan benci atau tak suka, tapi malas nak layan sebab aku jenis tak pandai berbual dengan perempuan. aku jenis pemalu. jadi si SA ni pun aku tak layan. tapi aku tak tahu, bila aku tak layan, dia makin galak pulak datang kat aku duduk sebelah aku ajak berbual. aku tak syak apa2 pun masa tu, mungkin dia memang ikhlas nak berkenalan dengan aku. tapi aku tetap buat2 tak layan.
3.sampai lah pada satu hari ni...... dia dah mula fed up dengan aku sebab dia dah cuba dekat dengan aku tapi aku masih tak layan.
dia pun ajak aku ke dalam bilik stor dalam pasaraya tu... aku kata taknak. tapi dia paksa aku jugak. last2 aku terpaksa ikut cakap dia. aku tak tau pasal apa dia nak ajak aku kat tempat tu yg takde apa2.
4.dalam bilik stor tu dia ada tanya aku.. "awak benci dengan saya ke? kenapa awak tak nak layan saya?" pastu aku terangkanlah yg aku tak benci dia, cuma aku tak pandai bergaul dengan perempuan sebab aku jenis lurus bendul. nanti cepat bosan dengan aku.
5.tiba2 lepas beberapa minit kitorang berbual, dia tiba2 menangis. lepas tu dia menjerit macam orang sakit jiwa. pastu beberapa orang datang masuk dalam bilik stor tu nak tahu apa yg terjadi. aku kena paksa dengan salah seorang orang kat situ untuk call boss aku dan beritahu pasal benda ni sekarang. boss aku apa lagi, dia terus cari aku dan masuk bilik stor tu nak tahu apa yg terjadi dengan beberapa lagi orang ramai datang dalam tu ramai2. boss aku tanya kenapa, pastu perempuan ni kata dia dah terlanjur dengan aku.. tapi aku memang betul2 tak buat apa2. aku pelik kenapa dia cakap macam tu??? aku bingung. aku tak tau dugaan apa yg menimpa aku sedangkan aku langsung tak pernah buat masalah dengan orang lain. aku baik dengan semua orang, tapi ini ke balasan yg aku terima lepas aku buat baik dengan orang???
6. boss aku cakap dia nak report polis, tapi SA cakap jangan. dia kata dia nak terus nikah dengan aku... aku betul2 terkejut bila dia cakap macam tu. belum terlintas lagi dalam otak aku untuk berkahwin masa umur 19 tahun ???????????????????????
SA cakap dia dah mengandung anak aku. sekali lagi aku terkejut macam nak tercabut jantung. bila masa aku buat dia mengandung sedangkan nak bertentangan mata dengan dia pun aku malu, inikan pulak bersentuhan??? pastu boss aku cakap "pencuri mana ada mengaku dia mencuri". aku faham maksud boss aku tu.
7. akhirnya aku ngan SA pun nikah dan sah jadi suami isteri.nasib baik ayah dan mak aku ada beli rumah 20 tahun lalu. rumah tu ada orang sewa. tapi mak aku cakap dia dah suruh orang tu berpindah sebab aku dah berkahwin. penyewa tu pun ok2 je dia hormati keputusan mak dan ayah aku. jadi aku tak perlu bayar duit sewa rumah tu sebab tu rumah mak bapak aku sendiri... tapi aku betul2 kecewa masa tu... kalau boleh aku nak ambil pisau sodok kat perut aku biar mati lagi bagus dari hidup difitnah macam ni... aku sedih.
8. masalah paling besar sekarang, rupa2nya isteri aku ni memang betul2 mengandung. aku rasa betul2 pelik macam mana dia boleh mengandung. aku syak dia mengandung bukan anak aku. tapi aku buat2 tak tahu. aku redha dan aku pujuk hati aku sendiri, benda dah berlaku, menyesal pun tak guna.
9. aku malas nak tanya anak siapa yg isteri aku mengandungkan tu dan sepanjang aku berkahwin dengan dia, aku langsung tak tegur atau bersentuhan dengan dia dan aku tak hingin nak ambil tahu pasal dia. sampailah pada satu hari lepas 4 bulan usia anak dalam kandungan tu, dia sendiri yang buka cerita dan ceritakan macam mana dia boleh mengandung.
10. dia cerita yg dia pernah terlanjur dengan bekas pakwe lama dia. dia pernah bersetubuh dengan pakwe dia dan sebab itulah dia mengandung!!!! pakwe dia berjanji akan bertanggungjawab, tapi lepas isteri aku mengandung, lelaki kaki betina tu pun menghilangkan diri lepas dah sedap pancut isteri aku. memang makcik...
11. aku kecewa dengan isteri aku lepas aku dengar cerita tu.... aku rasa nak terjun dari bangunan 20 tingkat biar aku mati terus. tapi aku tak tahu kenapa. aku tiba2 rasa kesian dengan isteri aku ni sebab dia jadi mangsa keadaan. dia terangkan kat aku lagi, lebih baik dia cari lelaki lain untuk dijadikan suami, daripada dia terpaksa gugurkan atau sumbat anak tu dalam lubang jamban. lepas dia cakap macam tu, tedetik perasaan kesian dan simpati. sebab gejala buang bayi bunuh bayi memang banyak masa tu. jadi aku redha dengan keputusan isteri aku... dan buat julung kalinya aku terima dia sebagai isteri aku. tapi aku masih ada perasaan kecewa sikit.
bila aku tanya kenapa dia pilih aku untuk jadi suami dia, dia cakap sebab aku ni baik dan jenis suka maafkan kesalahan orang lain. mungkin betul apa yg dia cakap tu. sebab aku jenis lurus bendul...
12. walaupun aku dah terima dia jadi isteri aku, tapi aku masih susah untuk terima dia jadi teman hidup aku sampai ke lubang kubur. jadi aku pun buat satu perjanjian dengan SA, yg aku akan ceraikan dia lepas anak tu dah lahir. dia pun bersetuju dan berterima kasih dengan aku walaupun difitnah orang perangai tak senonoh buat maksiat belum kahwin....
sepanjang isteri aku sarat mengandung, dia layan aku macam raja. tiap2 kali aku balik kerja, dia dah sediakan makanan atas meja dan dia akan sambut aku depan pintu rumah dengan senyuman yang memang cantik... memang sedap2 makanan dia. jarang betul orang yg seusia macam dia pandai masak. itu antara sebab aku suka dengan dia. tak perlu aku beli makanan kat kedai lagi.
13. aku suruh dia jangan susah2 masak untuk aku, jaga bayi dalam perut tu. tapi dia kata itu adalah tanda dia berterima kasih dengan aku sebab sanggup jadi suami dia. dia cakap dia tak mampu lagi cakap terima kasih melalui mulut dan inilah satu2nya cara untuk dia berterima kasih. sejak itulah aku mula jatuh cinta dengan dia dengan budi baik dia. aku mula sayangkan dia.
14. akhirnya dah tiba waktu untuk dia melahirkan bayi lepas 8 bulan setengah dia menanggung kesusahan untuk berjalan sebab sarat mengandung dn muntah2 pening kepala. alhamdullilah, anak yg dia lahirkan tu sihat dan takde sebarang cacat celanya. sekarang ni umur aku dah 20 tahun dan masih bekerja kat pasaraya tu dan aku niat untuk sambung belajar ambil diploma dan buka bisnes dengan duit yg dah aku kumpul.
15. aku terpaksa tepati perjanjian yg aku dengan dia akan berpisah lepas dia melahirkan bayi. tapi aku tak sampai hati tengok dia dalam pantang. jadi aku terpaksa tangguhkan perjanjian tu sampailah dia habis pantang dan aku akan jaga dia sebaik2nya macam mana dia jaga aku dulu masa dia tengah mengandung dulu..
16. sekarang ni dia dah makin sihat, jadi aku terpaksa ikut perjanjian yg dah ditetapkan dulu. perjanjian tetap perjanjian. tapi dalam hati, aku keliru. aku sebenarnya dah sayangkan dia. dia baik hati. pandai masak tak macam orang seusia dengan dia. jadi buat apa aku nak ikut perjanjian ???? tapi dalam masa yang sama, aku terpaksa ceraikan dia untuk kejar cita2 aku sebab aku masih muda lagi untuk berkahwin. aku nak sambung belajar. jadi aku tersekat di tengah2 dua keadaan, ceraikan atau tidak.........
17. akhirnya tibalah waktu, genap 18 disember 2012. hari tu merupakan hari sedih aku. aku terpaksa ceraikan dia walaupun aku sayangkan dia. aku kena kejar cita2 aku. aku masih muda untuk berkahwin. masih banyak perkara aku perlu belajar.
18. masa tu, aku lafaskan cerai talak.... aku pun sebut nama penuh dia, dan talak berapa yg aku nak ceraikan. dalam kekeliruan nak ceraikan atau tidak dan hati yang sebak, aku tersasul cakap "talak 3". niat aku nak cakap talak 1. tapi secara pantas aku betulkan balik aku nak ceraikan talak 1 bukan 3!!!!!!!
19. lepas tu aku rasa keliru, sah ke lafas cerai aku??? aku tertanya2 dalam hati. akhirnya aku buat keputusan masuk dalam forum CARI ni, dan aku tanya soalan2 samaada sah atau tidak aku punya lafas talak. dia masih duduk kat rumah aku, aku pulak duduk kat rumah mak bapak aku buat sementara waktu.
20. jadi lepas aku tanya, aku masih tak dapat jawapan yg pasti. jadi aku buat andaian dan ikut cakap salah sorang forumer yg replay dalam thread aku aritu yg aku dengan dia masih belum bercerai dan masih sah suami isteri... sekarang ni aku duduk serumah balik dengan dia.... dan aku ceritakan yg aku dengan dia masih sah jadi suami isteri... sekarang ni aku TRAUMA dengan lafas talak...
21. aku sayang dia dan kalau boleh aku taknak ceraikan dia, tapi disebabkan usia aku yg masih muda, aku buat keputusan untuk ceraikan dia. sekarang ni aku tak berani lagi nak lafaskan cerai talak. aku ingat nak sambung belajar tanpa perlu ceraikan dia.... aku rasa tu keputusan yg bagus dan bijak. aku terlalu sayangkan dia untuk ceraikan dia. SA pun terima dan gembira dengan keputusan aku untuk hidup sama2 sampai ke hari tua dan mati.... aku niat dalam hati aku nak jaga anak SA macam anak kandung aku sendiri. bayi tu tak berdosa.
22. aku nak didik anak SA dengan penuh ilmu agama. aku taknak anak dia jadi macam bapak dia. aku nak dia jadi anak yg baik... aku pegang pada prinsip "anak itu ibarat kain yang putih. kitalah yang mencorakkan kain tersebut. dan kalau kita tersalah corak kain tersebut, maka kain tersebut akan hilang serinya dan rosak, begitulah jugak dengan perangai anak tersebut."
23. sekarang ni aku berharap aku masih sah jadi suami isteri... aku kesal sebab terlampau ikutkan perjanjian tersebut dan aku rasa tak perlu ceraikan dia sedangkan aku dah sayangkan dia, dan dia seribu kali ganda lagi sayang dari aku... aku taknak pergi ke jabatan agama, aku takut... aku takut aku tak dapat hidup sehidup semati dengan dia. cukup2lah masalah yg menimpa aku satu persatu. CUKUPPPPPPPPPPPPPPPPPP!!! aku dah penat hidup penuh dengan penderitaan....
aku mintak maaf kalau cerita aku membosankan atau menggelikan korang semua. tapi apa yg aku tulis ni aku anggap sebagai diari perjalanan hidup aku... aku harap kisah hidup aku yg penuh kepahitan ni dapat jadi pengajaran kepada korang semua. aku harap korang tak terjebak dalam kegiatan maksiat terutama sekali kepada lelaki2 yg gila nafsu. perkara macam ni bukan je setakat berdosa besar, tapi akan beri 1001 kesan negatif dalam kehidupan orang lain terutama kaum hawa yg lemah ni.... kesiankanlah mangsa keadaan macam isteri aku ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku cadangkn ko g umrah/haji dgn mak ko dan g melancong tmpt2 menarik..lagi satu kna luaskn pergaulan..klau idup ko balik kje g kje..potensi laki yg ok nk tau ko wujud pn tak ada..dah ko duk umah je..muka lawa blh la duk umah tunggu org datang pinang..yg lain kna la ada inisiatif mencari jodoh tu dtg.. Last edited by tiramisuu on 14-7-2014 05:29 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Wkmslm tt
Adik muda lagi,fokus dgn kehidupan dulu. Elok kumpul duit skg,sok2 x nyusahkn org lain. Bagus la berbakti pada org tua tapi kena ingat diri sendiri gak. Langit x selalu cerah dik. Tentang jodoh, semua di atas kehendakNYA, insyaAllah dh tentukn jodoh adik,its just a metter of time je. Sabar la, sabar itu sentiase bersama org2 yg beriman.
Apa pn all the best for u ya, doa dan ikhtiar is the best medicine for all. As salam |
|
|
|
|
|
|
|
rileks la.
awk tu baru masuk 23 tahun..masih jauh lg perjalanan hidup awk tu.
so far masalah kita sama..cuma im late 20an..tahun dpn dh 30.
and im happy with my life.
klau ada jodoh tu ada la..tak perlu pikir.cuma cpt atau lmbt je. yg penting DOA.
no worries. lg pun buat ape tergesa2 nk kawen? |
|
|
|
|
|
|
|
salam tt...masalah awk ni lebih kurang dgn sy je...sy pon baru 23tahun..masalah sy ditambah dgn tekanan mak sy..asyik ugut nk carikan jodoh..pening... |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat2 la carik laki.... Kang jd andartu kang, potensi hg jd gila tu ada dik
Hanya yg kuat jiwa & akal diuji jd andartu... |
|
|
|
|
|
|
|
23...baru nak mula faham hidup...agaknya tt ni jenis perempuan yg prioriti die suami dan anak2..keluarga..tak boleh nak buat apa la...dah memang fikiran dia cenderung ke situ...
Walau apa pun ada di sekeliling dia tak kisah la harta ke, kerja ke, pangkat ke, selagi tak de suami dan kahwin dia rasa tak lengkap...asyik nak bersuami je...
agaknya kalau tak de pangkat, harta, kete, umah pun dia tak kisah sangat...asalkan ade suami dan kahwin...dia dah bahagia..
Cepat2 la cari calon dik..usaha..doa...insyaAllah..Allah permudahkan.. Last edited by shahana on 14-7-2014 09:02 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
agaknya tt ni x menarik dan membosankan. ya ampunnn...... dont take serius k.
rileks la tt, 23 ni muda lg.
aku rs hidup ko bosan sbb ko tade apa nak buat dlm hidup tu sbb asyik teringt nak kawen jerk. kalo hidup ko bz (mcm aku) mmg bab kawen ni tolak ke blkg dulu.
ko tade apa2 hobi ker? pnjt gunung ker, tanam pokok ker, main game ker, melancong?
time2 mcm ni la ko buat semua hobi ko tu sbb bila da kawen nant da bz dgn bnd2 lain plk.... |
|
|
|
|
|
|
|
jodoh ni bukan bnd yg sng2 boleh jmp mcm jmp buah tepi jalan..ko kena laa byk2 sabar..maybe ko ni pompuan yg baik n jodoh ko mst laa dgn laki yg baik gak sbb tu agk lmbt laa ko nk jmp..pompuan yg baik utk laki yg baik dan sebaliknya lah..so xperlu laa ko rendahkan nilai maruah ko dgn main bedal je dgn laki yg tah ape2..cari yg betul2 boleh bimbing ko untuk lebih ke jalan yg diredhai allah..biar laa laki tu yg tak tak penting kan paras rupa dan duniawi sbb semua tu sementara.tp nk suruh org tua carikan jodoh pon boleh gak.sbb restu dari dorg tu penting gak.sekian bebelan dari aku Last edited by banditzguy on 14-7-2014 10:16 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
aku ni 28tahun baru dapat kawin..baru bertemu jodoh..ko xyah nak kecewa sgt tt..ada la Allah susun yang terbaik utk ko punyer.. |
|
|
|
|
|
|
|
23 muda lg.. ada duit beli umah, pastu ada duit lg byk, gi jln2, gi umrah..
pastu sambung blaja lagik.. tu antara yg aku dah penah buat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|