CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18015|Reply: 127

[Contest] Cerpen: Aku, Ramadhan dan Syawal (TAMAT)

[Copy link]
Post time 6-7-2014 01:17 PM | Show all posts |Read mode
@NaylaArisha

seperti yang dijanjikan..Ipo nak tepek satu lagi citer berkisar ramadhan dan syawal..

Tiup habuk dulu..

ni juga koleksi usang ipo

nak tambah kesemakan bod ni Last edited by Ipo on 5-8-2014 12:11 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2014 01:25 PM | Show all posts
Episod Juadah ku Juadah Mu..tajuk kecik..


HABIS kelas tadi, Emi tergesa-gesa melangkah keluar dari dewan kuliah. Dia melihat jam sudah hampir lima setengah petang. Terkocoh-kocoh dia berlari ke tempat letak motosikal. Helmet digenggam kemas di tangan kanan, tangan kiri pula beg sandang yang berat dengan buku rujukan yang dipinjam dari perpustakaan pagi tadi.

Tiba di tempat letak motosikal, terkial-kial pula dia mencari motosikal yang seingatnya diletakkan di tepi pokok. Kelihatan pokok di situ semuanya seakan sama. Terjuntai-juntai akar dari celah batang pokok. Emi menggaru kepala. Melilau dia mencari motosikal modenas  warna merah miliknya. Bukan dia seorang yang memiliki motosikal warna merah begitu. Sekali lagi dia jeling jam di tangannya.Sudah lima empat puluh lima minit petang. Dia tidak mahu kempunan kuih cek mek molek kalau lambat tiba di bazar ramadhan nanti.

“Emi!”

Emi berpaling.Shidah sudah tersengih sambil berlari-lari anak membawa sebuah helmet.

“Emi! Aku nak tumpang balik, boleh tak?” termengah-mengah Shidah menahan nafas.

“Kenapa dengan kereta tunang kau ?”  Emi pandang Shidah sambilmembetulkan beg sandang yang  hampir terlurut.

“Kereta dia buat hal pulak hari ni. Dia suruh aku tumpang kau! Boleh ke?”

Emi angguk.Masih menggaru kepala memikirkan di mana dia letak motosikalnya tadi. Masa datang kuliah pagi tadi, tak banyak lagi motosikal bersidai kat situ.

“Err..kau fikir apa?” Shidah turut melihat sekitar tempat letak motosikal yang luasnya sebesar gelanggang badminton. Bersusun motosikal diletak elok mengikut barisan. Kalau satu saja yang jatuh, pasti yang lain akan rebah juga.

“Aku tengah fikir kat mana aku letak motor aku ni! Banyak sangat motor kat sini..” Emi berjalan perlahan di celah-celah motosikal yang diletakkan memanjang dan sebaris itu.

Shidah tarik tangan Emi bila ternampak motosikal warna merah plat nombor WWW 1234. Emi senyum. Dia terus pakai helmet dan menghidupkan motosikal. Shidah segera duduk di bahagian belakang motor.

Laju Emi memecut motorsikalnya ke arah bazar ramadhan yang terletak tidak jauh dari kawasan rumah sewanya. Motorsikal diparkir di tepi jalan. Bergegas dia menuju ke tapak gerai.

"Ala...dah habis.." Emi muncung. Banyak kuih yang telah habis dijual. Kuih kegemarannya cek mek  juga sudah habis.

Shidah hanya senyum melihat telatah Emi yang muncung sambil hentak kaki tanda tidak puas hati.

“Ala..kau buat je sendiri Emi! Bukan susah pun, kau cari je resipi kat internet!” Shidah sudah siap beli sebungkus air tebu dan sebungkus nasi kerabu.

Emi mula hilang mood. Dia berjalan perlahan sepanjang gerai di situ. Tidak tahu apa yang hendak dibeli buat berbuka nanti. Akhirnya dia beli juga sebungkus nasi beriani berlaukkan daging masak kurma dan agar-agar pelangi.



SAMPAI di rumah,Shidah segera mengambil bungkusan makanan dari tangan Emi dan terus masuk ke rumah setingkat itu.Emi pula masih di laman rumah sedang menolak motosikal dan diparkir dekat dengan tempat letak kasut. Setelah motorsikal dikunci, dia duduk di bangku yang terletak di tepi rak kasut sambil membuka tali kasut.

“Ehem!”

Emi menoleh,melilau mencari arah suara yang berdehem kuat. Dia jenguk rumah sebelah. Lelaki muda yang pada hemahnya juga pelajar sepertinya sedang tersenyum kepadanya. Dia tunduk semula sambil membuka kasut sukan yang dipakai. Kasut dicampak kuat ke atas rak kasut di sebelahnya.

“Ehem!” Lagi kuat lelaki muda itu berdehem  bila Emi buat tak endah.

“Awak baru balik ke?” lelaki itu jenguk di pagar putih yang memisahkan rumahnya dengan rumah Emi.

“Habis baru mandi??” Emi mencebik. Dirasakan soalan bodoh ditanya kepadanya.

“Sombongnya!”Lelaki itu terus masuk ke rumah.

Emi jeling jiran sebelah. Dia senyum. Padan muka!

Last edited by Ipo on 6-7-2014 11:49 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 01:31 PM | Show all posts
JAM sudah hampir tujuh malam. Emi mula menyiapkan meja makan untuk berbuka nanti. Kali ini gilirannya mengemas dan menyusun pinggan di atas meja. Selesai di meja, dia beralih pula ke kabinet dapur membancuh satu jag sirap bandung. Cukup untuk mereka berlima di rumah satu tingkat yang mempunyai tiga bilik. Semua makanan yang dibeli tadi disusun di atas meja. Kuih pula diletakkan dalam pinggan mengikut jenis kuih. Dia senyum. Nampaknya hari ini ada lima jenis kuih. Empat dibeli di bazar ramadhan dan satu lagi dibuat sendiri oleh kak Yati. Kak Yati, pelajar paling senior dalam rumah itu memang rajin membuat kuih dan juga memasak makanan lain. Kali ini Kak Yati buat lepat pisang!

“Wah! Emi! Laju kau bancuh air!” Shidah sudah tercegat di pintu menghala ke dapur.

Emi menoleh dan melemparkan senyuman. “ Mana yang lain?”

“Ada kat ruang tamu tu..kan lima belas minit lagi nak berbuka!” Shidah mula menolong Emi menyusun gelas di atas meja.

Guys! Jom berbuka! Dah dekat dah ni!” Shidah laung dari dapur sambil jenguk Kak Yati,Alin dan Nor yang leka menonton Jejak Rasul.

Last edited by Ipo on 6-7-2014 01:32 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 01:37 PM | Show all posts
AZAN mula berkumandang. Selesai berdoa,mereka mula berbuka. Masing-masing mula menjamah makanan yang dibeli tadi. Kak Yati seperti biasa, akan menyuruh rakan-rakan serumahnya menjamah kurma dulu. Yang lain sudah faham dengan peraturan kak Yati.

"Itu makanan.."

"Sunnah!" Serentak Emi, Alin, Shidah dan Nor menjawab.

Kak Yati sengih, belum sempat dia berkata, teman serumahnya yang lain sudah menjawab. Dia pandang lauk di depannya. Hari ini dia masak nasi dagang bersama dengan kari ikan tongkol. Alin dan Nor dilihat khusyuk menikmati nasi beriani berlaukkan ayam rendang.

“Alamak!”

Masing-masing berpaling ke arah Kak Yati. Kak Yati meluru ke ruang tamu dan kembali semula membawa sepinggan kuih. Dia letak kuih di atas meja.

“Maaf, lupa pulak pasal kuih ni!” Kak Yati senyum dan menyambung semula berbuka.

“Kak, kuih siapa ni?” Emi pandang ada lima biji kuih cek mek  molek dalam pinggan plastik berwarna merah. Dia menelan liur. Dari tadi dia kempunan merasa kuih cek mek.

“Emi! Elok sangatlah tu! Kau jugak nak makan kuih tu kan! Rezeki jangan ditolak!” Shidah menyampuk.

“Jiran sebelah yang bagi!” Kak Yati mula teringat kuih yang diberi jiran sebelah petang tadi.

Emi pandang Kak Yati yang tersenyum manis. “Err..jiran sebelah kiri ke sebelah kanan?”

Dia teringat lelaki yang menyapanya tadi adalah jiran sebelah kiri dan jiran sebelah kanan pula adalah pasangan suami isteri yang mempunyai seorang anak kecil.

“Jiran sebelah kiri la. Akak balas dengan lepat pisang pulak.” Kak Yati pandang Emi sambil mengenyit mata.

Alin dan Nor turut senyum. Shidah dari tadi asyik tersengih melihat riak Emi.

Emi mula hilang selera. Tidak berani dia makan kuih cek mek  molek pemberian jiran sebelah kirinya itu. Baru sekejap tadi dia berlagak sombong. Terasa malu sendiri. Dia pandang saja kuih itu lepak dalam pinggan merah.

Last edited by Ipo on 6-7-2014 01:39 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 01:46 PM | Show all posts
HABIS solat terawih, Emi dan teman serumah yang lain mula mengadap buku masing-masing di ruang tamu. Mereka lebih selesa menelaah di ruang tamu yang selesa dengan kipas siling yang besar.  Emi senyum melihat gelagat temannya yang lain. Ada yang baca buku sambil baring, ada yang duduk bersila atas sofa, ada yang meniarap sambil tongkat dagu. Dia pula duduk bersila atas karpet dan bukunya diletakkan di atas meja di tepi sofa.

“Laparlah pulak..” Emi pegang perut yang berbunyi.

Dia segera bangun dan mula melangkah ke dapur melihat apa yang boleh dimakan. Kuih yang dibeli tadi semuanya sudah habis. Tinggal kuih cek mek  molek saja. Itu pun hanya tinggal sebiji saja lagi.  Dia terus duduk dan mula mengunyah kuih yang tinggal sebiji itu.

“Hmm..sedapnya! Lembut pulak tu! Terasa air gula yang cair elok dalam ni..” Emi lahap menghabiskan sebiji kuih cek mek molek tadi.

Terasa menyesal pula tidak makan ketika berbuka tadi. Dia senyum. Selepas minum air kosong dari peti sejuk, dia kembali semula ke ruang tamu.

“Kak, kuih cek mek  tu jiran sebelah buat sendiri ke?”Emi mula berminat hendak tahu.

“Entahlah..Shafiq kata, dia buat sendiri! Kenapa?” Kak Yati pandang Emi.

“Tak ada apa…hihihi..terima kasih daun keladi..hantarlah lagi!” Emi sengih.

Kak Yati turut senyum mendengar kata-kata Emi. Dia tahu, Shafiq sudah lama sukakan Emi. Kuih cek mek  molek itu pun sebenarnya diberi khusus untuk Emi. Hanya Emi saja yang tidak tahu.

Emi hanya senyum. Hmm..yang mana satu Shafiq ni..dia mula meneka sendiri. Sejak dia berjiran dengan lelaki bujang itu, dia hanya kenal rupa sahaja, nama mereka tidak pernah dia nak ambil peduli.


Last edited by Ipo on 6-7-2014 01:48 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 01:55 PM | Show all posts
HARI ke lima berpuasa, Emi mula mencari resipi cek mek molek di internet. Sebelum ini dia hanya beli saja di bazar ramadhan.

“Baik aku buat sendiri..malu je kat jiran sebelah. Aku yang perempuan ni tak pandai buat kuih..emm..mana resepi ni..” Emi mengomel sendiri sambil mata ligat mencari resipi yang sesuai di laman sesawang yang terpapar di skrin komputer.

Dia senyum.Kali  ini dia akan cuba buat.  Cepat-cepat dia mengemas buku rujukan yang dipinjam dari perpustakaan tadi. Perlahan dia keluar dari bilik komputer.Kakinya laju melangkah ke dewan kuliah yang terletak tidak jauh dari situ.

Tiba di dewan kuliah, dia segera mencari tempat kosong. Panjang lehernya mencari tempat kosong. Dewan kuliah yang besar begitu, memang senang nampak. Emi jenguk lagi.Kakinya melangkah perlahan ke setiap baris tempat duduk. Dia pandang pula ke bahagian atas. Ada beberapa tempat kosong. Semuanya pelajar lelaki. Nak tak nak dia terpaksa duduk juga di situ bila bahagian bawah dan tengah sudah penuh.

“Err..boleh saya tumpang duduk di sini?” Emi senyum hambar. Seorang pelajar lelaki yang berkaca mata tersenyum kepadanya sambil mengangguk.

Emi segera duduk di bangku paling hujung. Selang satu kerusi dengan tempat duduk lelaki tadi.Dia mula keluarkan nota dari beg sandang. Beg diletakkan di tepi kaki. Kelihatan seorang pelajar lelaki lain mula mencari tempat duduk juga. Emi hanya pandang tubuh lelaki itu yang mengasakkan diri mencelah di baris tempat duduk.

"Excuse me..tumpang lalu.."

Emi cuba rapatkan kakinya dan beri laluan kepada lelaki itu. Malas dia hendak pandang. Matanya masih pada resepi yang sudah siap dicetak tadi.

“Aduh!”

Emi gosok kakinya yang dipijak oleh lelaki tadi. Habis bukunya jatuh. Terbongkok-bongkok dia mengutip buku dan nota yang berselerak atas lantai.

“Hmm..resipi cek mek  molek rupanya..”

Emi bangun dan pandang lelaki yang memijak kakinya sebentar tadi. Dia tergamam. Resepinya tadi sudah berada di tangan lelaki itu.

“Kau??” Emi renung tajam lelaki itu.

Pantas dia merampas kertas dari tangan lelaki itu. Dia cepat-cepat mengemas barangnya dan mencari tempat duduk lain. Geram dengan sikap lelaki tadi. Sudahlah tidak minta maaf masa pijak kaki tadi. Tak sangka jirannya juga satu kelas dengannya dalam subjek Falsafah Sains. Memang dia tidak berapa kenal teman sekuliah bila sudah masuk kelas subjek itu. Semua pelajar sains akan berkumpul di situ dan subjek itu wajib bagi pelajar sains tidak kira pengkhususan apa yang diambil. Setiap kali balik ke rumah, muka lelaki itu yang selalu dia nampak bersidai dekat tepi pagar. Entah apa yang ditunggu.

Lelaki itu hanya senyum. “Nanti kau…sombong!”

Last edited by Ipo on 7-7-2014 06:09 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-7-2014 02:03 PM | Show all posts
PETANG itu selepas habis kelas, Emi menunggang motosikal menuju ke pasar. Semangatnya mula berkobar-kobar untuk mencuba resipi yang baru diambil dari internet tadi. Perkara pertama yang dia harus beli adalah ubi keledek dan tepung gandum. Setelah itu pula dia segera ke bahagian sayur. Tadi sebelum ke kelas, Kak Yati sempat pesan kacang panjang untuk digoreng nanti. Semua barang yang dibeli diletak dalam bakul di depan motorsikal.

“Hmm..kali ni aku nak cuba buat kuih ni! Cayok!” Emi senyum.


Laju motosikalnya menuju ke taman perumahan rumah yang disewa seramai lima orang.Sampai di rumah dia segera parkir motorsikal modenas merahnya. Sepanjang perjalanan balik tadi, di bibirnya sentiasa diukir dengan senyuman. Seperti biasa dia buka ikatan tali kasut sukan sambil tersenyum. Aku nak lawan jiran sebelah punya kuih. Mana tahu aku punya lagi sedap! Emi berbisik sendiri.

“Ehem! Awal balik hari ni?” Shafiq jeling Emi di tepi pagar.

Emi berpaling.Jiran sebelah yang satu kuliah dengannya tadi sedang tersengih sumbing di tepi pagar. Hmm..mengapa dia pun balik awal hari ni..selalunya pukul lima baru ada kat rumah.

“Suka hati akulah! Kau apa peduli? Dahlah pijak kaki aku tak minta maaf!” Emi mengomel sendiri antara dengar dengan tidak.

“Kau mengumpat aku eh?”

“Eii!! Puasa-puasa ni tak kuasa aku nak mengumpat hal orang!” Emi terus masuk ke rumah setelah mengambil barang yang dibeli dari dalam bakul motosikalnya. Beg sandang pula disangkut di sebelah bahu kanan.

“Ooo..nak buat kuih rupanya..” Shafiq senyum sambil mata melirik ke arah tepung gandum dan ubi keledek di tangan Emi.

Last edited by Ipo on 6-7-2014 02:05 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 02:10 PM | Show all posts
LEPAS solat zuhur, Emi segera ke dapur. Dia sudah tidak sabar membuat kuih kegemarannya.Ubi keledek dibasuh bersih dan direbus. Dia senyum lagi.

“Eh, Emi..senyum sorang-sorang ni kenapa? Ada beli sayur yang akak pesan tu?” Kak Yati tiba-tiba muncul di dapur.

“Tak adalah kak. Eh, akak pun tak ada kelas ke hari ni?" Emi menoleh.

"Kelas pagi je..akak banyak buat researh. Buat Master ni banyak kerja selidik je." Kak Yati senyum.

"Oh ya, kacang panjang tu saya letak  atas meja.” Emi senyum lagi. Lupa kak Yati pelajar sarjana. Dia sendiri pula sudah tahun akhir pengajian, sama dengan teman serumah yang lain.

“Eh! Rebus ubi keledek? Nak buat kuih cek mek  ke?” kak Yati jenguk periuk atas dapur sambil tersenyum.

Emi hanya senyum. Sesekali dia jenguk ubi dalam periuk. Setelah empuk, dia segera angkat dan memulakan misinya.

Kak Yati pula sibuk memasak lauk lain untuk berbuka. Hari ini Kak Yati belanja semua teman serumahnya.  Emi senyum. Kak Yati memang suka memasak. Memang sedap masakannya.



HARI itu, Emi puas bila kuih cek mek  berjaya dibuatdengan baik sekali mengikut resipi yang diambil dari internet siang tadi. Ubi yang direbus tadi diuli dengan tepung gandum dan diletak sedikit gula sebagai inti.

“Kak..cuba jap..okay tak?” Emi hulur sebiji kuih cek mek yang telah siap digoreng kepada Kak Yati yang kebetulan uzur.

“Hmm..sedap la!Kalah jiran sebelah macam ni! Eh! Emi buat banyak tak? Sedekah la sikit kat jiran sebelah kita. Jiran sebelah kiri ada lima orang, jiran sebelah kanan pulak ada dua orang je!” Kak Yati senyum lagi.

“Boleh! Sedekah bulan puasa kan dapat pahala banyak!” Emi mula kembang hidung bila dipuji oleh Kak Yati tadi.

Last edited by Ipo on 6-7-2014 02:11 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2014 02:13 PM | Show all posts
SHAFIQ senyum.Kuih cek mek molek  yang diberi Kak Yati tadi sungguh sedap. Dia dapat mengagak mesti budak perempuan yang satu kuliah subjek Falsafah Sains yang buat kuih tadi. Huh! Agaknya nak tunjuk pandai la tu! Sayang aku tak tahu namanya…Bisik hatinya.

“Fiq! Apa yang kau senyum tu?” Halim tepuk bahu Shafiq.

Shafiq hanya senyum. Dia perlu balas  pemberian dari jiran sebelah tadi. Dia dan semua teman serumahnya memang sangat rajin memasak. Bahkan mereka berlumba-lumba mempamerkan kemahiran memasak masing-masing. Halim terkenal dengan nasi beriani istimewa resipi ibunya, Azmi pula mahir memasak daging panggang terangkat, Jo pula suka memasak ayam bakar rebah bangun! Kadang-kadang Shafiq ketawa terbahak-bahak mendengar nama resipi masing-masing. Padahal ayam rendang  dan daging panggang yang diperap saja pun!

“Hmm..aku nak buat kuih onde-onde lah! Aku nak kenakan budak perempuan sombong tu!” Shafiq senyum sendiri. Sememangnya kuih saja yang dia tahu masak.

Last edited by Ipo on 6-7-2014 02:14 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 02:18 PM | Show all posts
HARI ke tujuh berpuasa, Emi dan teman serumahnya tidak sempat memasak. Kebetulan hari itu pula Kak Yati ada kelas pagi sampai ke petang. Mereka terpaksa beli juadah untuk berbuka.

“Emi, tolong akak susun kuih ni dalam pinggan.” Kak Yati menghulurkan tiga bungkus kuih yang berlainan jenis yang dibeli di bazar ramadhan tadi.

“Eh! Kak! Ni onde-onde sapa pulak ni?” Emi pandang sepinggan buah Melaka atas meja.

“Oo..tu jiran sebelah kiri yang bagi. Tadi masa akak sampai rumah, Shafiq hulur sepinggan kuih tu kat akak!” Kak Yati mula teringat.

Emi hanya angguk. Pandai betul jiran sebelah buat kuih! Emi renung onde-onde dalam pinggan yang nampak begitu menyelerakan.

“Err..kak..Shafiq ni yang mana satu ek?” Emi mula tertanya-tanya siapa jejaka yang begitu pandai buat kuih muih.

“Alah..yang  putih-putih tu..tinggi, selalu balik awal dari kampus.” Kak Yati beria menerangkan kepada Emi.

“Maksud akak..lelaki yang bawa Satria tu ke?” Emi mula teringat lelaki yang selalu menegurnya bila terserempak di laman rumah.

Kak Yati angguk.



Tiba waktu berbuka, mereka sama-sama menikmati juadah yang cukup untuk mereka berlima. Emi pandang onde-onde dalam pinggan. Tidak luak.

“Kenapa tak makan onde-onde tu?” Kak Yati juga turut pandang onde-onde yang seperti tidak dihiraukan.

“Kenyang la kak..perut dah penuh ni..karanglah lepas terawih.” Alin senyum sambil memegang perutnya.

Nor dan Shidah turut angguk. Emi pula hanya pandang onde-onde pemberian jiran sebelah.Sebenarnya dia ingin merasa kuih itu tapi segan pada kak Yati.

“Emi..makanlah..kesian jiran buat..penat dia orang menggentel tau!” Kak Yati cuba buat lawak.

Macamlah kak Yati tahu macam mana mereka menggentel kuih itu. Emi turut tergelak bila melihat Nor, Alin dan Shidah sudah ketawa.

“Baiklah kak..”Emi ambil sebiji.

Tiba-tiba Emi melulu ke singki dapur. Dia muntahkan onde-onde yang dimakan tadi. Cepat-cepat dia berkumur.

“Emi! Kenapa?”Kak Yati mula pelik.

“Err..tak ada apa..perut saya ni tak sedap sikit..makanlah kuih tu..” Emi senyum. Biar teman serumahnya yang lain pula merasa  onde-onde jiran sebelah.

Shidah turut makan sebiji, dia juga turut meluru ke singki dan memuntahkan semula.

“Ceh! Dia orang ni bubuh inti kicap la! Ingatkan gula Melaka tadi!” Shidah ketawa sambil meluku kepala Emi yang mula terbahak-bahak melihat Shidah membebel.

Dalam hati, Emi ingin membalas kuih yang diberi oleh jiran sebelah tadi. Tak pa..aku balas balik! Siap!

Last edited by Ipo on 6-7-2014 02:20 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 02:41 PM | Show all posts
HARI KE LAPAN puasa. Emi sekali lagi bercadang hendak ke pasar membeli ubi keledek untuk membuat kuih cek mek. Dia sudah berkira nak kenakan semula jiran sebelah kirinya. Habis saja kuliah, Emi tergesa-gesa ke tempat letak motosikal.

“Emi!”

Emi berpaling.Macam mana mamat ni tahu nama aku??

“Dah makan kuih yang aku bagi tu? Sedap tak?” Shafiq sengih. Nafasnya mula mengah akibat berlari laju semata-mata hendak mengejar Emi tadi.

“Jadi kaulah yang kenakan kita orang ya?” Emi jeling Shafiq yang mula ketawa.

“Ala..aku gurau je tu..sebenarnya aku suka kuih cek mek kau tu…sedap! Kalah aku macam ni!”Shafiq ketawa lagi.

“Banyaklah kau punya sedap!” Emi terus pergi meninggalkan Shafiq yang masih ketawa.


Tiba di rumah,Emi terus ke dapur dan mula merebus ubi untuk membuat kuih cek mek. Dia lihat notis yang ditampal di peti sejuk. Kak Yati  berbuka di rumah ibu saudaranya di Keramat. Nor dan Alin pula berbuka di rumah kawannya di Setapak. Shidah pula berbuka di rumah bakal mak mertuanya di Shah Alam.

“Hmm..nampaknya aku sorang kat rumah berbuka hari ni..”

Dia cepat-cepat menggentel tepung yang diuli dengan ubi keledek tadi dan dibubuh inti. Selesai menggoreng, dia bercadang untuk menghulurkan kepada jiran sebelah. Lima biji kuih cek mek sengaja diasingkan dalam pinggan untuk jiran sebelah kiri. Jiran sebelah kanan juga Emi turut sedekah sedikit kuih yang baru siap digoreng. Masih panas-panas!

“Assalamualaikum!”Emi jenguk jiran sebelah di sebalik pagar tepi.

“Wa’alaikumussalam!”

Emi senyum bila melihat seorang lelaki yang jarang dia jumpa, keluar dari pintu depan sambil mata melilau mencari arah suara.

“Ni..ada sedikit kuih untuk berbuka..” Emi hulur sepinggan kuih.

Lelaki itu senyum sambil mengucapkan terima kasih. “Banyaknya! Shafiq sorang je berbuka kat rumah hari ni..yang lain berbuka kat luar.” Lelaki itu senyum lagi.

Emi pula mula sengih. Baguslah!

"Awak?" Emi tanya lelaki yang menyambut pinggan kuihnya tadi.

"Saya pun berbuka kat luar..anyway, terima kasih ya. Nanti saya beri pada Shafiq."

Emi senyum. Lelaki itu dilihat sudah menapak masuk ke dalam rumah. Dia pula menghulur sepinggan lagi kuih kepada jiran sebelah kanan sebelum masuk ke rumah.
Last edited by Ipo on 6-7-2014 02:44 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 02:47 PM | Show all posts
SHAFIQ letak kasut atas rak. Dia lihat jam, sudah lima setengah petang. Lepas kunci kereta,dia sempat jeling jiran sebelah kanannya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

“Hmm..senyap je.Selalunya masa ni bising je..bunyi menumbuk la, gelak-gelak la..tak padan dengan anak dara.” Shafiq mula masuk ke rumah.

Kunci kereta diletak atas meja sofa. Dia segera ke dapur. Balik dari kampus tadi, dia sempat beli makanan untuk berbuka. Hari ini dia seorang diri saja berbuka. Di dapur, dia  meletakkan juadah yang dibeli tadi di bawah saji.

“Eh! Ada kuih cek mek! Macam tahu je aku tak beli kuih hari ni!” Shafiq senyum.

Dia segera bancuh kopi ais dan diletak dalam peti sejuk sementara menunggu waktu berbuka.



Shafiq lihat jam. Sudah hampir waktu berbuka. Dia segera hidang nasi kerabu yang dibeli tadi dalam pinggan dan mula membaca doa bila mendengar azan maghrib di masjid berdekatan mula berkumandang.

“Hmm..nampak sedap ni! Ni mesti jiran sebelah yang bagi. Memang sedap!” Shafiq ambil sebiji kuih cek mek.

Puh!! Puh!”

Shafiq letak semula kuih tadi. Mukanya sudah kelat. Berkerut-kerut. Segera dia ke singki berkumur.

“Eii!! Patutlah masin! Inti budu rupanya!!” Shafiq kumur lagi.

Seketika kemudian, dia senyum kembali dan terus ketawa. Tidak jadi marah.

“Memang padanlah muka aku..aku bagi onde-onde inti kicap, dia balas cek mek inti budu! Hahaha!!”Shafiq masih ketawa. Dia geleng sendiri. Gelihati mengenangkan sikap Emi yang membalas kuih onde-onde pemberiannya  dulu.



bersambung episod seterusnya...............
Last edited by Ipo on 6-7-2014 02:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Petang jap g kompem nk g cari cek mek molek buat berbuka ni....:lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 10:30 PM | Show all posts
cindelira posted on 6-7-2014 02:51 PM
Petang jap g kompem nk g cari cek mek molek buat berbuka ni....:lol

dah jumpa cek mek molek cin?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 10:37 PM | Show all posts
BAZAR RAMADHAN


EMI mula senyum.Sejak dia pandai membuat kuih cek mek molek, dia merasakan ada satu keseronokan untuknya mencuba kuih lain.  Otaknya mula ligat berfikir tentang rezeki bulan ramadhan. Balik dari kelas tadi, sempat dia mencari resipi di internet beberapa jenis kuih yang dirasakan dapat menarik pembeli untuk mencuba kuihnya nanti.

Kelasnya  kebanyakannya akan habis awal bila bulan puasa tiba. Tambah-tambah kalau pensyarah yang suka batalkan kelas. Seawal pukul empat dia sudah ada di rumah. Kesempatan itu dia gunakan sepenuhnya untuk mempelajari cara untuk membuat kuih. Mencari duit lebih untuk menampung pengajiannya di kampus nanti. Emi senyum lagi.

Maka bermulalah misi Emi untuk menjadi seorang peniaga kecil-kecilan di rumah. Selalunya dia akan menjual kuih pada hujung minggu saja. Kebetulan ada satu gerai yang sudi memberinya tumpang di situ dengan membayar sedikit sewa.

“Err..kak..boleh saya tumpang berniaga kuih kat sini tak? Hujung minggu je. Nanti saya bayar sewa..boleh tak?” Emi mula bersemangat.

Kakak yang pakai apron di depannya senyum.

“Boleh..kebetulan hari minggu akak tak banyak kuih. Bila nak mula?”

“Hari sabtu ni!”Emi senyum lebar.




PAGI Sabtu,  Emi bangun dengan perasaan semangat di dada.Dia melangkah ke dapur dengan senyuman. Kak Yati hanya senyum melihat Emi yang tersenyum-senyum begitu. Nor, Alin dan Shidah pula tiada di rumah. Mereka pulang ke kampung masing-masing. Maklumlah rumah mereka dekat saja dengan kampus. Hari ini hanya dia dan Kak Yati saja yang lepak di rumah. Emi senyum lagi. Terasa tiada gangguan.

“Emi, nak buat apa dengan bahan-bahan yang banyak ni?” kak Yati garu kepala melihat banyak bahan untuk buat kuih tersusun atas meja makan.

“Saya nak berniaga. Bulan puasa ni banyak rezeki. Ni! Saya dah salin semua resipi kuih yang saya nak buat nanti!” Emi hulur buku nota resipinya kepada Kak Yati.

Kak Yati membelek helaian demi helaian. Ada senyuman di bibirnya.

“Hmm..not bad! Tapi..banyak ni, larat ke buat nanti? Nak akak tolong?” Kak Yati mula menawarkan diri.

“Eh! Akak tak sibuk ke? Terima kasih daun keladi!” Emi melompat gembira. Pembantu sukarela sudah ada.


Bertungkus-lumus Emi dan Kak Yati membuat kuih mengikut resipi yang ditulis dalam nota kecil itu.Satu persatu bahan-bahan yang dibeli dari pasar raya tadi diletak di sekelilingnya.Setelah memastikan semua bahan sudah tersedia di situ, Emi mula memakai apron dan sarung tangan.Kebersihan perlu dijaga.

“Ok Emi! Let’s start the mission! ” Emi senyum sambil memberi kata semangat kepada dirinya sendiri.

Kak Yati hanya gelak  melihat telatah Emi yang gila-gila. Happy go lucky orang putih kata! Dia segera menolong Emi membancuh tepung dan bahan-bahan lain mengikut sukatan. Ada lebih dari sepuluh jenis kuih yang kena buat hari itu.

“Emi! Banyaknya!Sempat ke nanti?” Kak Yati pandang senarai kuih dalam nota kecil.

“Ala kak..kuih cek mek molek tu saya dah pandai. Yang lain tu kita ikut jelah resipi dalam tu! Macam kuih seri muka tu..kan akak dah expert!” Emi senyum lagi.

Kak Yati sengih. Begitu bersemangat melihat Emi yang sentiasa riang dan berkobar-kobar menyediakan kuih.

“Semangat nampak? Puasa ke tak ni?” Kak Yati mula bergurau.

“Eh! Saya puasa la kak! Akak tu yang tak puasa! Nanti bolehlah akak rasa kuih ni nanti ya!” Emi sengih.

Kak Yati turut sengih. Terlupa yang dia masih dalam keadaan uzur.

Last edited by Ipo on 6-7-2014 10:41 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 10:43 PM | Show all posts
MEREKA mula menyediakan satu demi satu kuih yang tertulis dalam senarai tadi. Ada yang kena goreng,ada yang kena kukus dan ada juga yang kena bakar. Rumah mereka yang sememangnya lengkap dengan barang keperluan dapur seperti oven dan pengukus, membuatkan kerja mereka lebih mudah.

“Kak..terima kasih kerana beri pinjam barang akak ni..” Emi pandang Kak Yati yang begitu rajin menolongnya.

“Ala..akak kan suka masak. Korang guna aje..janji jangan jahanamkan barang tu sudah!” Kak Yati senyum lagi. Dia juga tidak berkira dengan teman serumahnya dalam banyak hal asalkan mereka tahu menghargai dan menjaga dengan baik.

Hampir pukul tiga petang mereka baru siap buat semua jenis kuih. Masuk waktu zuhur tadi, Emi tinggalkan Kak Yati seorang diri sementara dia menunaikan solat zuhur. Semua kuih dibungkus dalam bekas plastik kecil mengikut jenis kuih.

“Emi nak jual kat mana nanti?” Kak Yati betulkan urat yang terasa sedikit tegang bila agak lama duduk bersila tadi.

“Kak Eton yang jual nasi lemak tu bagi tumpang kat Emi. Emi bayar sewa tapak tu..kongsi dengan kak Eton!” Emi mula mengemas dapur yang berselerak.

Kak Yati hanya angguk. Dia turut menolong Emi mengemas bila melihat jam di dinding dapur sudah hampir tiga setengah petang.

Last edited by Ipo on 6-7-2014 11:50 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2014 10:52 PM | Show all posts
PETANG itu, Emi bersama Kak Yati mula bergerak ke bazar ramadhan berdekatan dengan rumah mereka dengan menaiki kereta Kak Yati.  Kak Yati mula menolong Emi mengangkat kuih-kuih ke gerai Kak Eton. Dari jauh Kak Eton sudah senyum melihat Emi sudah siap dengan aneka kuih.

“Wah! Banyaknya kuih ni Emi! Semua ni Emi buat sendiri ke?” Kak Eton terbeliak melihat pelbagai jenis kuih yang dibawa.

Emi angguk dan mula senyum sambil menjeling Kak Yati. “Saya dengan kak Yati ni yang buat.”

Kak Yati turut serta menjual kuih bersama Emi di gerai Kak Eton bila Emi mendesaknya berniaga bersama. Mereka mula menyusun semua kuih dengan kemas. Emi pula letak kad kuning yang telah siap ditulis nama-nama kuih dan diletakkan kad itu pada setiap bekas kuih.

“Amboi! Peliknya nama!” Kak Eton ketawa mengekek.

Kak Yati juga turut ketawa melihat nama-nama yang diberi oleh Emi pada kuih-kuih yang mereka buat tadi. Dia pandang Emi yang tersengih-sengih. Bila masa pula  Emi ni tulis nama-nama kuih itu.

“Emi ni suka buat lawak la!” Kak Yati masih menekan perutnya melihat nama-nama kuih Emi.

“Ala..kak..dengan nama pelik macam ni nanti..Emi harap orang akan beli! Orang ni kak…pantang tengok benda pelik dan nama-nama pelik ni. Mereka mesti nak cuba! Rasa pun sedap..kak Yati dah rasa tadi kan? kan?” Emi geletek Kak Yati di sebelah.

Emi mula melihat pengunjung bazar di situ mula membanjiri gerai-gerai. Dia segera memakai apron merah menyala dan mula senyum kepada pengunjung yang lalu di depan gerai Kak Eton.

“Abang, kakak,pakcik, makcik! Mari! Mari! Kuih bagus! Mari!” Emi mula memanggil pelanggan ke gerainya.

Beberapa orang pelanggan di situ mula mendekati gerai kak Eton. Terjenguk-jenguk melihat apa yang dijual di situ. Mereka mula membeli kuih Emi bila terbaca nama-nama pelik pada setiap jenis kuih yang diletak di tepi kuih.

“Kuih! Kuih!”Emi melaung dengan kuat tanpa rasa malu. Teringat masa kecil dulu, dia sering membantu ibunya menjaja kuih di kampung sambil menjerit nama-nama kuih! jadi, tiada masalah baginya untuk berniaga lagi.

Kak Yati senyum gelihati melihat gelagat Emi yang tidak segan menjual kuih. Laungannya cukup menarik pelanggan berkerumun di gerai Kak Eton. Nasi lemak Kak Eton turut terjual sama. Laku bak pisang goreng panas!

Last edited by Ipo on 6-7-2014 10:55 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 11:09 PM | Show all posts
Shimah, jiran sebelah gerai kak Eton hanya melihat orang ramai mula berkerumun gerai nasi lemak sebelahnya. Dia jenguk-jenguk melihat apa yang menarik sangat tentang gerai itu.

"Huh! Jual kuih je pun!" Shimah mencebik. Nasi tomato di gerainya hanya laku sedikit sahaja hari itu. Dia jeling lagi gerai sebelah.

Perlahan dia mendekati gerai Kak Eton yang semakin ramai pembeli. Ditepis bahu pembeli yang berdiri di situ. Dia perhatikan kuih-kuih yang dijual yang tersusun rapi di atas meja sebelah nasi lemak Kak Eton. Dia mengetap bibir. Ini tak boleh jadi! Pantas saja dia kembali ke gerainya semula. Nasi tomato berlaukkan ayam masak merah diperhatikan seketika. Dia mencubit sedikit.

"Hmm..okey je nasi aku ni." Shimah berkerut kening. Dia panggil pelanggan seperti perempuan yang baru menjual di gerai kak Eton itu memanggil pelanggan.

"Hish! Tak ada pulak yang datang. Apa yang tak kena?" Shimah berfikir sendiri. Sudah setahun lebih dia berniaga di situ. Selalunya nasi tomatonya laku saja. Kalau tak habis pun, sedikit sahaja. Dia jeling gerai sebelah. Dia perlu lakukan sesuatu. Dia mengibas-ngibas nasi tomato dalam bekas polisterin dengan kipas. Lalat yang agak banyak hinggap di situ dihalau kasar.

"Huh, ini tentu orang sebelah yang hantar lalat ni!" Shimah jeling lagi gerai sebelah yang tidak putus-putus pelanggan datang sejak dari tadi.



SHAFIQ berjalan perlahan-lahan melalui gerai-gerai di sekitar bazar ramadhan. Hari ini dia tidak bercadang memasak. Dia masih tercari-cari juadah apa yang ingin dibeli untuk berbuka nanti. Teman serumahnya ada yang pulang ke kampung. Hanya dia dengan Halim saja yang ada di hujung minggu begini.

“Lim! Kau nak beli apa? Aku tak tahu nak makan apa..” Shafiq pandang Halim di sebelah.

“Alah..tinggal kita dua je kan? Kita belilah nasi apa-apa dan kuih sikit. Untuk sahur nanti,kita beli lauk je. Nasi kita masak sendiri!” Halim senyum. Dia pandang pula sekitar gerai.

Shafiq mengangguk. Mereka mula menelusuri setiap gerai makanan di situ. Beraneka makanan dijual. Rasa nak beli semuanya!

“Eh! Tu bukan jiran kita ke?” Halim tuding ke arah satu gerai. Dia kenal dengan kak Yati. Tadi dia nampak kelibat kak Yati di situ.

“Mana?” Shafiq panjangkan leher melihat gerai yang ditunjuk Halim tadi.

“Tuuu!! Tu KakYati kan?” Halim juga turut terjenguk-jenguk di sebalik orang ramai yang mula memenuhi bazar ramadhan di situ.

“Yalah! Bila masa pulak kakak tu berniaga? Uih! Ramai la pelanggan dia! Jom-jom! Kita pergi tengok!” Shafiq menarik tangan Halim menuju ke arah gerai tadi.

Di celah-celah orang ramai, Shafiq dan Halim mula melangkah laju ke gerai Kak Yati. Pelanggan masih memenuhi gerai itu. Shafiq dan Halim terjenguk-jenguk di celah-celah pelanggan, melihat apa yang dijual di situ.

“Eh! Tu kan minah yang bagi kita kuih cek mek inti budu hari tu kan?” Shafiq renung Emi yang sibuk melayan pelanggan.

“Apa? Cek mek inti budu? Bila kau makan?” Halim pula tercengang.Rasanya dia pernah terima kuih cek mek dari Emi dulu. Mungkin kuih itu yang dimaksudkan oleh Sahfiq tadi.

“Lupa..korang tak ada kat rumah masa tu! Aku yang makan..” Shafiq senyum sendiri.
Last edited by Ipo on 7-7-2014 06:11 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 11:23 PM | Show all posts
Shafiq dan Halim segera mendekati gerai setelah melihat pelanggan mula reda. Dia melihat Emi dan Kak Yati tak menang tangan melayan pelanggan yang datang membeli kuih mereka sejak tadi.

“Eh! Shafiq!”kak Yati mula senyum bila perasan jiran sebelah kirinya tercegat di situ.

Emi memandang Shafiq dengan muka tak bersalah. Agaknya dia sudah rasa cek mek inti budu akutu..fikirnya sendiri. Dia senyum sendiri.

“Nak beli kuih ke?” Kak Yati bertanya lagi setelah melihat Emi diam. Tadi bukan main lagi Emi menjerit memanggil pelanggan.

“Nak juga rasa..mana tahu kali ni inti cuka pulak!” Shafiq jeling Emi di sebelah Kak Yati. Wajah Emi sudah berubah.

“Wow! Pelik gila nama kuih korang ni!” Halim membaca satu persatu nama kuih yang tertulis di situ.

Kaki Gangster Lompat Tikam
Minah Seksi  Puteri Mandi
Si Keji Tahi Itik
Si cute Cek Mek Molek
Wahai alim Ketayap
Wajah buruk Kuih Lompang
Dari Zoo Badak Berendam
Si Tenteram Kuih Makmur
Awek Muda Seri Muka
Si Munafik Talam
Malas mandi  Bau- Lu

“Nama tu Emi yang bagi!” kak Yati pandang Emi di sebelah. Dia ketawa mengekek.

Emi pula mula tunduk. Tidak sanggup melihat kuihnya nanti ditertawakan oleh Shafiq dan Halim. Eii! Bila nak blah ni! Emi jeling lagi.

“Kak! Saya nak belilah kuih ni. Nak rasa sedap ke tak!” Shafiq jeling Emi yang mula muncung. Suka mengusik gadis itu.

“Nak kuih apa? Boleh campur! Lima dua ringgit!” Kak Yati pula terpaksa melayan bila Emi masam begitu.

“Hmm..bagi saya kaki gangster, minah seksi, si munafik, awek muda dan si keji! Err..kak! Si cute tu saya tak nak..takut ada inti budu!” Shafiq berkata sambil ketawa geli hati.

“Saya pula mestilah nak minah seksi tu! Bagi dua ringgit!” Halim turut ketawa.

Emi hanya jeling Shafiq dan Halim yang masih ketawa. Jaga korang! Emi ketap bibir menahan marah dengan ketawa mengejek jiran sebelahnya.

“Nah! Ni Emi bagi free satu!” Kak Yati letak dua biji kuih bahulu.

“Hmm..kuih ni namanya malas mandi..mesti Emi malas mandi kan kak? Sebab tu bau semacam je!”Shafiq mengusik Emi sambil memerhati nama kuih.

Tiba-tiba dirasakan satu senduk melayang ke arahnya. Shafiq cepat-cepat mengelak sambil berlari bersama Halim. Mereka ketawa berdekah-dekah. Puas dapat mengenakan Emi semula.

Emi mengetap bibir. Tak sangka jiran sebelah kirinya datang ke gerai kak Eton. Ah, lantaklah dia orang nak ketawakan aku pun. Janji kuih aku laku!




Bersambung episod lain.... Last edited by Ipo on 6-7-2014 11:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 6-7-2014 10:30 PM
dah jumpa cek mek molek cin?

Sedih...akak yg jual cek mek molek mc gamaknya....

Tp dok usha2 gak kot2 jumpa hat serupa Syafiq ka...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.089721 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list