“Apa yang hamba tahu, ayam akan bertenggek atas dahan pokok bila malam menjelma!” Daeng Kenut senyum.
Daeng Kesut angguk. “Jika benar, baiklah! Kita tunggu saja malam nanti!”
Mereka berdua mula berehat di perdu pokok tualang di tebing sungai sambil menanti hari gelap.Sebaik sahaja matahari mula terbenam, Daeng Kenut dan Daeng Kesut mula memerhati di atas dahan pokok.
“Ha! Itu dia ayam hutan bertenggek atas dahan sana!” Jerit Daeng Kesut sambil menuding kearah dahan pokok di sebelah kanan.
Maka bermulalah mereka menangkap ayam hutan yang bertenggek di atas dahan pokok di tepi sungai. Beberapa ekor ikan juga turut ditangkap menggunakan tombak. Daeng Kesut dan Daeng Kenut mula memanggang ayam hutan dan ikan. Seharian mereka meredah hutan,perut mula terasa kosong. Permintaan permaisuri sudah tidak dihiraukan lagi.
“Hmm..hamba rasa, agaknya daging ayam hutan berbulu hitam ini sama sahaja rasanya dengan daging ayam hutan berbulu pelangi. Kita bawa sahaja ayam hutan yang sudah siap dipanggang. Tidakkah tuan hamba setuju?” Daeng Kenut mula beri cadangan.
“Hamba setuju dengan cadangan tuan hamba. Jika kita bawa pulang ayam hutan yang masih hidup,tentu kepala kita akan dipancung nanti! Di hutan belantara seperti ini, mana hendak dicari ayam hutan berbulu pelangi?” Daeng Kesut senyum.
“Hamba rasa elok kita makan sahaja ayam hutan ini. Seekor lagi kita tambat di pokok sana.Perut hamba teringin benar menikmati daging ayam hutan ini. Jika tidak cukup, ikan di sungai juga kita boleh tangkap. Apa pandangan tuan hamba?”Daeng Kenut mula terliur dengan rasa enak ayam hutan.
“Hmm..bagus juga cadangan tuan hamba itu. Hamba juga teruja menikmati keenakan daging ayam hutan.” Daeng Kesut turut senyum.
Mereka berdua mula senyum sambil meratah daging ayam hutan yang sudah siap dipanggang tadi bersama beberapa ekor ikan.
“Eh! Apasal rasa ayam hutan ni macam ayam golek pasar malam je??” Daeng Kesut tenung paha ayam panggang di tangannya.
“Ha’a la! Aku rasa macam ayam Kenny Rogers pun ada!” Daeng Kenut senyum.
“CUT!!! “ Jerit tuan pengarah.
“Hoi! Mana skrip korang ambik ni?! Aku tahu la ayam tu aku beli kat pasar malam tadi sebelum datang shooting sini!”
Ayam panggang yang berada di tangan Kamil hampir terjatuh bila disergah pengarah. Dia pandang pengarah yang mula bercekak pinggang.
“Sorry bos! Tak tahan la tengok ayam panggang ni! Err..boleh kita shoot semula scene ratah ayam tadi?“ Kamal pula menyampuk. Tersengih-sengih.
TAMAT dah...selamat berbuka dengan ayam panggang Last edited by Ipo on 1-7-2014 11:42 AM
|