JOMPUT MASUK GHUMAH WAGHIH
NAK MASUK BULAN PUASO NI BAHASO BIAR SOMONGGAH YO
sebelum orang tanya nak tepek definisi memantai
MANTAI mungkin satu istilah yang agak asing bagi rakyat negara ini kecuali yang berasal dari Negeri Sembilan atau daerah-daerah yang bersempadan dengannya di Selangor dan Melaka.
Di daerah seperti Rembau, Jelebu, Jempol dan Mantin di Negeri Sembilan serta Beranang dan Semenyih di Selangor, tradisi mantai yang semakin ditelan arus kemodenan masih boleh dirasai kemeriahannya.
Mantai merupakan hari jualan daging yang dianjur secara berkelompok bagi memudahkan masyarakat mendapat bekalan daging dari gerai atau tapak jualan yang disediakan.
Berbeza dengan jualan daging di pasar biasa, hari mantai hanya diadakan dua kali setahun iaitu pada dua atau sehari sebelum tiba bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Kebiasaannya, hari mantai diadakan pada hari melihat anak bulan bagi menentukan 1 Ramadan dan 1 Syawal.
Di NEGERI SEMBILAN, adat mantai diteruskan melalui penganjuran program Mantai Perdana yang diadakan secara besar-besaran setiap tahun dengan penyembelihan beratus-ratus ekor lembu, kerbau dan ayam untuk jualan.
Mantai peringkat negeri yang biasanya diadakan di tapak bekas Kem Paroi, Seremban turut melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta.
Kemeriahan masyarakat Negeri Sembilan memantai boleh dirasai bermula dari awal pagi ketika orang ramai membanjiri tapak jualan untuk membeli daging. Daging-daging pada hari mantai juga biasanya dijual lebih murah berbanding harga pasaran.
Bagaimanapun, keseronokan memantai pada masa kini dikatakan tidak semeriah seperti dilakukan oleh masyarakat terdahulu.
Dahulunya, tradisi warisan Adat Pepatih itu dilakukan mengikut konsep perkongsian 'bahagian' seperti yang diamalkan ketika umat Islam menyertai ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha.
Melalui cara itu, kira-kira 15 hingga 20 orang penduduk akan berkongsi membeli seekor lembu atau kerbau untuk disembelih dan daging yang diperolehi akan dibahagikan sama rata.
Pembelian secara kongsi merupakan amalan biasa suatu ketika dahulu kerana kebanyakan penduduk tidak mampu membeli haiwan ternakan secara perseorangan.
Dikatakan juga, daripada persepakatan itu juga datangnya perkataan mantai yang berasal daripada perkataan 'membantai' merujuk kepada aktiviti gotong-royong penduduk ketika melakukan penyembelihan, melapah daging sehinggalah memasak gulai dan rendang.
Namun peredaran zaman menyaksikan konsep perkongsian daging semakin tidak mendapat sambutan terutama dalam kalangan masyarakat bandar yang lebih mudah mendapatkan daging di pasar raya.
Konsep memantai kemudian berubah menjadi aktiviti jualan yang disertai oleh kumpulan peniaga atau penternak seperti yang diamalkan sekarang.
Di SELANGOR, mantai bagi menyambut Ramadan masih boleh dirasai di Pekan Sehari Beranang yang dianjurkan setiap tahun.
Ketua Kampung Sungai Jai, (Mukim Beranang), Md. Asnawi Md. Daud berkata, ketibaan Ramadan di Beranang biasanya disambut dengan 'adat mogang' iaitu kenduri kecil antara ahli keluarga untuk menyambut bulan puasa dengan membakar lemang dan memasak rendang.
"Untuk mogang puasa, orang kampung perlukan daging untuk memasak lauk dan rendang.
"Oleh kerana itu, mantai Ramadan dikekalkan juga seperti mantai Aidilfitri.
"Bagi menampung permintaan terhadap bekalan daging, Pejabat Penghulu Mukim Beranang pada tahun ini menerima penyertaan kira-kira 15 ekor lembu daripada peniaga daging dan penternak,'' katanya kepada S2, baru-baru ini.
Tambah beliau, sambutan terhadap daging mantai masih tinggi di kawasannya kerana orang ramai lebih menggemari kesegaran daging mantai berbanding daging yang dijual di pasar raya.
Md. Asnawi berkata, mantai di sekitar Beranang masih boleh dirasai terutama ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Setiap kali raya, kami sediakan lebih 15 khemah di Pekan Sehari Beranang untuk jualan daging lembu sahaja,'' katanya.
Sementara itu, Md. Asnawi berkata, mantai seharusnya dikekalkan sebagai identiti budaya kerana amalannya memupuk semangat bermuafakat.
@intan_smsb @punkerzoe @NaylaArisha @anniez08 @novelloverzz @lavender_aqua @flarengirl
@ip_lepat @bianglala @amiraira @ciksurie @moyas @dellema @tari @Tashu
@duniaku85 @lil_honey @cantleyi @penchintadea
@azie.dz @tapibukanaku
puh puh tolong lekat semua 
Last edited by anna-zara on 26-6-2014 10:53 AM
|