Tapi.... Bagaimana dengan Khadijah? Mohamad meraup mukanya yang mula basah. Dia yakin dengan petunjuk yang diberi. Hatinya tekad memilih Khadijah tapi di pihak Khadijah pula, dia tak pasti.
“Kalau dah jodoh tak ke mana...”
Mohamad tak akan berputus asa. Kata-kata itu akan digenggam hingga jadi debu. Biarlah takdir yang menentukan...
Cinta...Aku pasti rasa ini bukan satu dosa Sebaliknya rasa ini anugerah dari Tuhan Akan aku pagari rasa ini dengan tiang taqwa Biar nafsu tak melangkaui rasa Biar rasa tetap pada landasan iman
Aku rela teraba-raba dalam lautan rasa yang membara Aku juga rela dipanah petir asmara Namun rasa yang bergelora tak akan melepasi tiang taqwa Berpagarkan taqwa, berlandaskan iman Rasa yang kian bercambah pasti diredai Tuhan
Khadijah...aku tak akan menyingkap tabir rasa ini Biarlahcinta aku terus buta dalam lautan rasa Cantik atau buruk, kamu tetap bersemadi di hati Mekar dan terus mewangi sentiasa
Selagi rasa itu tidak berselimutkan nafsu Takdir itu pasti menjadi milik aku Di ketika itu nanti hati aku dan hati kamu akan bersatu....
Buku coretan rasa ditutup...
esok lakk...
|