Nak tepek satu lagi cerita masa ipo mula2 cuba menulis (Sebelum cerita bulan posa nanti..)..maaf kalau cerita ni pun pasal bidang belajar yg sama..kalau muak..boleh muntahkan...
*Nay...cerita ni dah lama masak..hasil peram dulu
selamat membaca..
LISA mengetuk meja dengan hujung jari. Helaian kertas berupa surat permintaan untuk ujian analisis yang diterima dari bahagian forensik tadi cukup membuatkan kepalanya pening dan mata berpendar-pendar. Ditatap pula sebungkus nasi lemak yang telah dimasukkan dengan kemas dalam plastik beg tanpa ada sedikit ruang untuk udara bernafas di dalamnya. Tertera jelas tulisan di atas pelekat kuning ‘BUKTI UTAMA KES’.Surat iringan di tangannya dibaca dengan hati-hati. Ayat demi ayat.
“Hmm....” Lisa masih berfikir.
Pening!Bahan uji kaji yang diterima hari ini cukup berlainan. Tidak pernah terfikir olehnya yang dia akan menjadi sebahagian dari pasukan penyiasat. Bungkusan nasi lemak direnung lagi.
“Lisa,kau fikir apa?” Amri duduk di sebelah Lisa.
“Amri…bila kau sampai?” Lisa sedikit terkejut bila Amri, rakan sekerjanya tiba-tiba sudah tercegat di muka pintu. Dia jeling jam di tangan, sudah hampir sembilan pagi.
“Baru je..err..kau fikir apa sampai berkerut kening?” sekali lagi Amri melontar soalan.
Lisa pandang Amri yang semakin dekat dengannya. Tangan Amri mula merayap menyentuh tangannya. Cepat-cepat dia mengelak, tangannya diletak bawah meja. Kadang-kadang terasa rimas dengan sikap Amri yang terlalu mendesak. Ah! Tak ingin aku bercinta dengan teman sepejabat! Choi!!
Amri hanya senyum. Dia tahu setiap kali dia ingin menyentuh tangan mulus Lisa,itulah tindakan yang Lisa lakukan. Seolah-olah tangannya penuh dengan Staphylococcus.
“Aku hairan..mengapa sampel ni dihantar ke makmal kita?” Lisa masih merenung bungkusan nasi lemak. Tangannya sengaja dimasukkan dalam poket baju makmal.
“Sampel?”Amri pandang Lisa dengan wajah berkerut.
“Ni…”Lisa tuding ke arah sudut meja panjang.
Amri berpaling mengikut arah jari telunjuk Lisa menghala. Sebungkus nasi lemak dalam plastik yang dibalut kemas dan bertanda bahan bukti.
“Err..siapa hantar?”
“Jabatan Kimia.” Lisa melihat pula surat iringan yang dihantar bersama dengan nasi lemak tadi.
“Kenapa pula dia orang hantar sini? Bukan ke dia orang juga ada makmal sendiri?” Amri renung wajah Lisa yang masih kebingungan.
Lisa hanya angkat bahu. “Aku rasa dia orang nak double check!”
Amri mengusap dagu dengan hujung jari. Dalam hatinya tertanya-tanya tindakan Jabatan Kimia berbuat demikian. Dia jeling Lisa yang masih merenung surat dari tadi. Wajah Lisa diamati perlahan. Ada riak resah.
Lisa sesekali pandang Amri yang merenungnya dari tadi. Apa kena mamat ni??
“Lisa,kau rasa kes apa? Keracunan?” Amri turut berkerut.
“Entah! Mungkin juga.” Lisa segera mengemas kini borang yang diterima dan dicatat segala butiran penting di dalam buku log.
Amri hanya pandang Lisa yang mula menulis tanpa menghiraukan kehadirannya di situ.Dia mula berlalu pergi setelah menyedari Lisa tidak pernah ingin mesra dengannya.
Lisa sesekali menjeling ke arah Amri yang sedang termenung di dalam bilik analisa yang hanya dipisahkan dengan dinding cermin. Dia cepat-cepat tunduk bila menyedari Amri masih memandangnya. Amri,teman sekerja yang sudah lama menghuni makmal bahagian kajian bakteria.Seingatnya, sejak mula-mula dia diterima masuk ke situ, Amri sudah berkhidmat lebih dua tahun.
“Lisa!You ada terima sampel dari Jabatan Kimia?” Tiba-tiba Harry sudah tercegat di muka pintu.
Lisa mendongak. “Ya ada. Kenapa bos?”
“You hold that sampel first. I need to make a clarification with Puan Noreen!” Harry senyum dan terus berlalu pergi.
Lisa angguk. Dia mengurut dada. Nasib baik dia tengah sibuk buat kerja ketika itu.Kalau tadi dia tengah termenung atau melayan facebook, tidak fasal-fasal kena marah percuma saja! Sempat dia jeling Amri yang tersenyum memandangnya dari tadi. Dia mula menggelabah bila Amri mula melangkah ke arahnya.
Harry,lelaki Cina yang hampir separuh abad umurnya dan juga seorang bos yang begitu tegas bila bekerja tapi tidak pernah memberi tekanan kepada pekerjanya. Ayat yang sering menjadi trademark Harry ‘ You can enjoy as long as you settle your work!’. Ayat itu juga sudah menjadi trademarknya sendiri.Lisa senyum sendiri.
“Bos nak apa tadi?” Amri senyum.
“Dia suruh hold sampel tu.” Lisa jawab acuh tak acuh.
“Kenapa dia tak tanya aku? Kenapa kau?” Amri seolah tidak puas hati.
Lisa hanya angkat bahu. Dia tahu sejak dia mula menjejakkan kaki ke situ, Amri seperti tidak puas hati dengannya. Kadang terasa pelik juga bila Harry lebih percayakan dia dari Amri. Sepatutnya Amri yang dipilih untuk mengendalikan kes seperti itu kerana dia lebih senior, lebih tahu selok belok analisa. Dia mula merasa rimas bila menyedari Amri sering memerhatikannya. Mungkin Amri tidak puas hati dengan situasi yang dilalui.
“Lisa,kau jangan nak berlagak pandai. Aku lebih tahu dari kau!” Amri mula memberi amaran. Jelas di wajahnya ada riak tidak puas hati. Sebenarnya dia mula sakit hati dengan sikap Lisa yang dirasakannya mula menunjuk-nunjuk.
“Kau kenapa? Kalau kau nak sangat analyse sampel tu, kau buatlah!” Lisa lempar borang di tangannya ke arah Amri. Habis bertabur di atas lantai. Dia mengetap bibir. Sikap Amri memang menyakitkan hati.
Amri renung Lisa yang mula marah-marah. Dia kutip semula borang dan letak di atas meja Lisa. Kali ini dirasakan khidmatnya tidak penting. Dia segera ke bilik Harry.
Last edited by Ipo on 30-6-2014 01:26 PM
|