CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26825|Reply: 183

Amnesia (Epilog) -TAMAT- (01/04/2015)

[Copy link]
Post time 27-5-2014 07:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Leafumi at 11-6-2015 08:59 PM

Novel pertama oleh Leafumi@Leana.

Visit website here: http://liyanamohdnoor.wix.com/leanastorytelling
Like facebook page: https://www.facebook.com/penulisanleakuma



Prolog



Telah seminggu Adira menikmati cuti semester. Adira melilit selendang di kepala. Beberapa minit kemudian, selendang di kepalanya telah sempurna. Dia merenung imbasan dirinya di cermin. Sopan dan manis menutup rambut. Inilah pemakaiannya yang baru. Kalau sebelum ini dia tidak bertudung, kini dia mula berjinak-jinak dengan tudung. Kalau dulu dia ke kelas tanpa tudung, kini dia mahu memakai tudung ke kelas. Dia pasti akan lakukannya apabila kelas bermula nanti. Bukan saja ke kelas malah ke mana-mana pun. Dia ingin mengubah gaya dan memberikan hidupnya dengan nafas baru. Dia mahu memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik.

Adira menyapu sedikit bedak pada wajahnya. Bibirnya dicalit dengan lip balm. Adira mengenakan celak pula di sekitar matanya. Ringkas saja solekannya. Adira bukanlah jenis yang suka bersolek tebal-tebal. Dia tidak biasa. Lagipun dia selesa dengan penampilan yang ringkas dan selesa. Asalkan dia berpuas hati dengan gayanya itu sudah memadai. Telefon bimbitnya berdering. Adira memandang skrin telefon bimbitnya dan tertera nama Sofia. Pasti Sofia sudah sampai di hadapan rumahnya.Adira mendekati tingkap dan menjenguk. Benarlah andaiannya. Kereta Viva Putih diparkir betul-betul di hadapan pagar rumahnya. "Ira ! Sofia dah sampai !," kedengaran laungan emak.

Adira keluar dari bilik dan turun ke ruang tamu. Dia mencapai tas tangan kemudian bersalam dengan emaknya. Selepas itu Adira terus keluar dan mendapatkan Sofia yang sedang menanti di dalam keretanya. Adira masuk ke dalam kereta dan duduk di seat bersebelahan pemandu. Dia memakai tali pinggang keledar.

"I'm ready !," ujar Adira riang.

"Wah, happy aje kau ni ? Ada apa-apa ke ?,"soal Sofia yang kehairanan melihat Adira yang dari tadi tidak lekang dengan senyuman.

"Tak ada apalah. Pelik sangat ke kalau aku happy-happy ni ?,"balas Adira.

"Kut lah ada boyfriend baru ke.. Tapi aku tak kisah pun. Tengok kau happy macam ni baguslah. Lega sikit aku," balas Sofia sambil menguntum senyum. Dia mula memulakan perjalanan.

"Boyfriend ? Tak ada maknanya !,"balas Adira macam biasa.

Itu dia. Adira yang Sofia kenal di institusi pengajian mereka sejak dari semester pertama. Mereka adalah dari jurusan yang sama. Mereka juga rakan sebilik. Jadi mereka rapat dan ke kelas bersama-sama. Kebetulan pula mereka tinggal di tempat yang sama. Oleh sebab itu, mereka dapat keluar bersama-sama seperti waktu ini. Adira, orangnya manis. Tidak banyak bercakap dan tidak pula terlalu pendiam. Sederhana saja orangnya. Namun adakalanya mood gadis ini sukar diramal. Kadang-kadang ceria dan kadang-kadang muram. Adakala perangai gila-gilanya keluar tiba-tiba.

"Aku cuma rasa lebih bersemangat sekarang. Lagipun sejak aku dah mula bertudung ni, aku rasa macam baru,"ujar Adira.

"Kalau macam tu baguslah. Kau nampak lebih ayu bila bertudung,"puji Sofia.

"Mana ada. Malu lah aku. Kau ni puji-puji aku pula. Nasib baik kau bukan hero movie Jepun yang aku minat tu, kalau tak aku dah tergoda dengan kau,"Adira melalut.

"Gila. Tadi cakap tak ada maknanya nak ada boyfriend. Aku Sofia lah. Kau nak berangan aku ni mamat Jepun apahal pulak,"balas Sofia sambil mata memandang depan sambil memandu. Adira ketawa seorang diri. Sofia tersengih-sengih saja.

Mereka selamat tiba di shopping mall. Adira telah berjanji mahu menemani Sofia datang ke situ untuk window shopping. Lagipun boleh lah dia mencuci mata melihat tudung-tudung yang baru di pasaran. Adira dan Sofia melewati lot-lot kedai baju. Tanpa sedar ada seorang lelaki memerhatikan mereka. Adira yang baru menyedarinya terkedu kemudian menjadi resah sedikit. Namun dibiarkan saja. Dia kembali melihat-lihat ke kedai-kedai.

"Assalamualaikum," suara lelaki memberi salam kepadanya. Adira tercengang. Dia berpaling sambil menjawab salam tadi,"Waalaikumusalam." Namun dia terkedu kerana yang menegurnya itu adalah lelaki yang memerhatikan mereka sejak tadi. Kini dia berdiri betul-betul di hadapan Adira. Adira kehairanan. Lelaki yang berkulit kuning langsat dan berkening lebat itu ditenungnya. Terasa ada debar di dada. Tak sangka pula lelaki itu akan mendekatinya.

"Awak.. I mean.. what's your name ? Maisarah ?," soal lelaki itu dengan wajahnya yang keliru.

"Bukan. Awak.. silap orang kut,"balas Adira.

"Oh, sorry.."

"Okay,"balas Adira kemudian mahu berlalu pergi.

"Kejap, awak. Boleh saya tahu nama awak ? Saya rasa macam kenal awak. Tapi I confused," lelaki itu menahannya dari pergi.

"Saya..," Adira menarik nafas sebelum menyambung,".. Adira." Resah kian menguasai diri.

"Oh, Adira. By the way saya Faiz. I thought I know you somewhere,"ujar Faiz sambil dahi berkerut-kerut. Mungkin sedang berusaha mengingat kembali tentang Adira.

"Tapi saya rasa awak memang salah orang kut. Err.. saya pergi dulu, ya ?"Adira meminta diri. Kali ini dia melangkah laju. Mujur Faiz tidak menahannya lagi. Tapi jangkaannya meleset. "Adira !" Adira berpaling sedikit. Kali ini Faiz mengekorinya. Aduh ! Dah kenapa pulak mamat ni ! Jadi Adira pun berhenti melangkah. "May I have your phone number ?,"soal Faiz. Adira memandang Faiz. Lama. Faiz nampak sangat berharap.

"Boleh ?,"gesa Faiz apabila menyedari Adira memandangnya tanpa bersuara selama beberapa minit. "Saya nak ber.." belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Adira menyampuk,"No. Sorry I can't." Tegas bunyinya. Faiz seperti terpana sebentar. Adira sudah melangkah pergi. Kali ini lebih laju.

Adira sudah tiba di salah satu kedai baju. Dia mendekati Sofia yang sedang rancak berbual dengan salesgirl kedai itu yang bernama Iman. Iman merupakan kawan sekolah Sofia. Adira dan Sofia merupakan regular customer di kedai itu. Jadi Iman juga sering beramah mesra dengan mereka. Adira hanya diam di sisi mereka. Sesekali dia mengerling ke arah luar kedai. Kelihatan Faiz sedang duduk di bangku panjang yang menghadap kedai di mana dia berada sekarang. Dan yang pasti Faiz sedang memandang ke arahnya. Adira berasa tidak selesa. Namun dia sabar menunggu Sofia yang sudah ke kaunter untuk membayar blaus yang dipilihnya tadi sambil rancak berbual dengan Iman. Sesekali kedengaran mereka ketawa. Adira tidak pasti butir bicara mereka kerana dia keresahan diperhatikan oleh Faiz.

"Kau kenapa ?,"soal Sofia yang menyedari akan Adira yang tiba-tiba berubah menjadi diam dan tertunduk-tunduk. Mereka beriringan keluar dari kedai baju. Adira sudah masam mencuka. "Jom blah cepat. Mamat tu tengok aku macam nak telan dari tadi," Adira menjuihkan bibirnya ke arah Faiz yang sedang memerhatikan mereka. Sofia mencuri pandang ke arah Faiz.

"Kenapa ? Entah-entah dia kenal kau kut."

"Tadi dia tegur aku. Tapi dia silap orang. So aku malas nak layan. Alih-alih dia minta phone number aku pulak. Tapi aku tak bagi pun."

"Ceh,taktik lama. So, dia buat apa kat kau?"

"Tak ada apa-apa. Cuma usha aje dari tadi."

"Jom blah."

"Jom."

Apabila mereka sudah berada di dalam kereta, Sofia lihat Adira diam tiada bicara. Adira nampak seperti mengelamun. Entah apa yang difikirkannya. Mungkin pasal mamat tadi ! Getus hati Sofia. Sofia melihat lagi ke arah Adira. Wajahnya muram. Sofia akhirnya membuka mulut untuk bertanya.

"Kau kenapa? Macam susah hati aje ? Seriously mamat tadi tak buat apa-apa kat kau ?"

"Tak ada apa.. just minta number aje.."

"Habis kau mengelamun apahal ? Dah jatuh cinta ?"

"Isy.. ke situ pulak. Tak ada apa-apa lah." Cinta ? Tak mungkin ! Desis hati Adira.

"Kalau macam tu, kenapa ? Tiba-tiba aje muram pulak ni ?"

"Eh, muka aku nampak muram ke ?"

"Yalah. Baru awal tadi kau nampak happy aje. Now dah macam mati laki pula."
Adira malas mahu membalas kata-kata Sofia itu. Dia tiada mood. Adira melemparkan pandangannya ke luar tingkap kereta. Tanpa dia sedari, mereka telah pun keluar dari kawasan parkir shopping mall itu. Sungguh dia tidak perasan sejak bila Sofia memulakan pemanduannya. Memang tadi dia hanyut dek lamunan tentang Faiz. Cuma dia sengaja tidak mahu memanjangkan cerita. Jadi dia pura-pura seperti tiada apa yang mengganggu fikirannya kepada Sofia. Rupa-rupanya Sofia dapat membaca dari riak wajahnya. Namun dia akui memang dia tidak dapat menutup riak wajahnya yang muram itu.

---BERSAMBUNG--- Last edited by Leafumi on 27-5-2014 06:32 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2014 09:00 AM | Show all posts
sebarang komen membina/teguran dialu-alukan. feel free to read !   TQ
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:47 AM | Show all posts
Sila sambung ya.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:50 AM | Show all posts
"Oh, Adira. By the way saya Faiz. I thought I know you somewhere,"ujar Rizal sambil dahi berkerut-kerut. Mungkin sedang berusaha mengingat kembali tentang Adira.


nape tiba2 ada Rizal plak ni..

tepek byk2 dulu baru bleh komen..
setakat ni ok ..slmt brkarya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:53 AM | Show all posts
Dik,

Pesan akak, jangan Amnesia nak sambung cerita sampai habis...sudah.

Comments

sokong Nicki  Post time 28-5-2014 02:32 AM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2014 02:59 PM | Show all posts
awanjingga posted on 27-5-2014 01:50 AM
"Oh, Adira. By the way saya Faiz. I thought I know you somewhere,"ujar Rizal sambil dahi berkerut-ke ...

hehe.. da betulkan.. TQ2.. sy lak yg amnesia.. ok nt free sy continue g..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2014 10:20 PM | Show all posts
best teruskn lg nk tahu sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 11:48 PM | Show all posts
Wahhhh, ade bhn bacaan baru... Hihihi..
Keep up d gud wek dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2014 02:33 AM | Show all posts
Bab 1

Adira menyusun buku-buku sekolahnya dengan kemas. Dia bangun dari kerusi kemudian menggalas beg sekolahnya di bahu kanan. Kemudian tangannya mencapai dan memeluk buku-buku yang telah disusun tadi. Adira melangkah untuk keluar kelas. Hanya tinggal beberapa orang saja lagi rakan sekelasnya yang sedang bersiap-siap untuk pulang. Cikgu yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu tadi telah lama pergi sebaik saja loceng berbunyi.

"Adira," kedengaran suara yang sangat asing memanggil namanya ketika dia sudah beberapa meter jauh dari kelasnya. Adira menoleh. Rupa-rupanya Iqbal yang memanggilnya. Adira kehairanan. Sangat hairan. Iqbal menghampirinya. Dia kenal Iqbal. Tapi Iqbal tidak pernah mengenalinya. Iqbal adalah kawan kepada Haikal. Tiba-tiba saja Iqbal menegurnya. Bila pula Iqbal kenal dirinya ?

"Adira, Haikal nak jumpa kau. Sekarang," ujar Iqbal seperti sedang mengarahnya.

Adira terasa seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Haikal mahu berjumpa dengannya ? Untuk apa ? Mungkin disebabkan dengan apa yang telah dilakukannya beberapa tempoh hari. Kali ini dia sudah gemuruh.

"Di mana dia ?,"soal Adira.

"Di kantin."

Usai berkata Iqbal terus berlalu pergi. Meninggalkan Adira. Adira mengeluh. Laa.. Blah macam tu aje ? Sibuk kut ! Getus hatinya. Adira menggigit bibir. Dia masih belum berganjak dari tempat dia berdiri.

Peliknya ! Kenapa Haikal tiba-tiba nak berjumpa dengannya ? Apakah Haikal sudah tahu hakikat yang sebenarnya ? Tetapi bukankah hal itu telah dirahsiakan ? Tak mungkin Mimi yang telah membocorkan rahsianya. Bukankah Mimi telah bersetuju untuk merahsiakan identitinya dari pengetahuan Haikal ? Sekarang Haikal sendiri mahu bertemu dengannya. Mungkinkah Haikal akan memaki hamun dirinya tanpa belas kasihan ?

Dengan berat hati Adira mengatur langkahnya menuju ke kantin. Akhirnya dia akan bersemuka dengan Haikal sendiri. Tetapi bukan ini yang dimahukannya. Dia tidak merancang seperti ini. Dia belum bersedia. Terlalu awal untuk dia bersemuka dengan Haikal. Adira semakin takut.

Adira mengintai disebalik dinding ke arah kantin. Dalam hati dia berharap benar agar Haikal telahpun pulang. Namun harapannya hilang setelah dia lihat Haikal masih setia menanti di meja kantin. Seorang diri. Sanggup pula Haikal menunggu. Does it matter for him ? Getus hatinya lagi. Adira sudah pun berdiri berhampiran Haikal. Namun dia datang dari belakang. Jadi Haikal tidak nampak kedatangannya. Adira menarik nafas panjang-panjang sebelum melepaskannya. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk berdepan dengan lelaki itu.

"Assalamualaikum, Haikal."

"Waalaikumusalam."

Haikal berdiri dan berpusing menghadap Adira. Adira dapat lihat Haikal memandangnya. Adira tertunduk. Bercampur baur perasaan yang dirasainya kini. Malu. Takut. Nervous. Haikal pula masih diam namun matanya masih memandang Adira.

"Kenapa.. awak nak jumpa saya?" soal Adira. Dia cuba bersuara biasa. Padahal dia sedang menahan rasa gemuruh yang maha dahsyat.

"Adira.. awak yang buat lukisan tu,ya ?,"soal Haikal.

Adira teringat kembali lukisan yang telah dihasilkannya. Benar. Lukisan itu adalah portret wajah Haikal. Portret itu telah dihasilkannya sebulan lepas. Kemudian Mimi telah membantunya sebagai orang tengah dengan memberikan portret itu kepada Haikal. Adira telah berpesan kepada Mimi agar merahsiakan identitinya. Dan semuanya berjalan lancar. Adira memang ikhlas mahu menghasilkan portret itu dan memberikannya kepada Haikal. Namun kini rahsianya telah diketahui. Haikal tahu dia yang melukis portret itu.

"Ya, saya yang lukis."

"Very impressive !"

Adira mengetap bibir. Macam tidak percaya pula dengan apa yang didengarinya. Haikal memujinya. Malah wajah Haikal nampak benar-benar teruja. Perlahan-lahan Adira menguntum senyum.

"Thanks."

"Tak sangka ada orang yang nak lukiskan muka saya ni," ujar Haikal.Adira senyum lagi. Nampaknya Haikal benar-benar gembira dengan hasil karyanya itu. Siapa yang tidak gembira apabila wajah mereka dilukis menjadi portret. Tanpa perlu disuruh pula tu. Adira memang mahu Haikal gembira dengan apa yang dilakukannya. Dia suka lihat Haikal begitu. Dia suka. Lebih-lebih lagi apabila dapat menatap senyuman Haikal.

"Awak memang berbakat."

Adira rasa seperti hendak terbang ke udara dan selamat mendarat di padang bunga selepas mendengar pujian daripada Haikal. Perasaan malu, gemuruh dan takut tadi berkurangan. Bahagia mula membenih.

"Kenapa saya tak pernah kenal awak sebelum ni ? Awak dari kelas mana ?,"soal Haikal. Kali ini dia kembali duduk di bangku. Adira juga mula duduk di sebelah Haikal namun berjarak sedikit. Nampaknya Haikal mahu mengenalinya.

"Saya kelas 4 Harmoni. Saya tak famous macam awak," balas Adira mrendah diri.

"Famous ?" balas Haikal sambil ketawa. "Sorry. Seriously awak betul-betul nak bagi portret tu macam tu aje ?," soal Haikal lagi.

"Saya ikhlas. Awak simpan aje. Free," balas Adira.

"Ya ke ? Kalau macam tu, nanti saya belanja awak makan," Haikal berkata sambil bibir tidak lekang dengan senyuman.

"Eh, tak payah lah. Saya ikhlas," Adira menolak dengan baik.

"Eh, jangan macam tu. Saya pun ikhlas nak belanja awak. Tak apa. Nanti waktu rehat esok, saya belanja awak makan. Saya janji," ujar Haikal bersungguh-sungguh. "Okay, awak menang,"balas Adira pula. Sungguh dia sedang menikmati senyuman manis Haikal yang sering menjadi dambaannya sejak dari tingkatan 2 lagi.

Benar. Sebenarnya dia sudah lama menaruh perasaan minat terhadap Haikal sejak tingkatan 2 lagi. Tiada siapa yang tahu rahsianya itu selain Mimi, rakan yang paling dipercayainya. Selama ini Adira hanya memendam rasa dan memerhatikan Haikal dari jauh. Haikal memang dikenali ramai. Dia memang manis orangnya. Apatah lagi ketika dia tersenyum. Seperti melihat senyuman Haruma Miura, pelakon lelaki Jepun kegemaran Adira. Haikal juga seorang yang peramah. Tidak hairanlah namanya begitu dikenali dari kalangan pelajar hinggalah ke kalangan guru.

Adira pulang dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Setibanya di rumah, emak yang perasan akan dirinya yang senyum sendirian mula kehairanan. Baru saja Adira hendak menapak di anak tangga, emak menegurnya.

"Ira, lambat balik hari ni ?"

"Ada hal sikit tadi mak."

"Mak tengok Ira dari tadi senyum aje. Haa.. Ada apa-apa ke ni ?"

"Ira dah couple dengan Haruma Miura."

"Hah ?"

Adira ketawa sendiri selepas melihat reaksi emaknya.

"Haruman murah ?," ujar emaknya yang keliru.

Ketawa Adira pecah lagi. Dia memanjat anak tangga. Menuju ke bilik. Kelakar pula rasanya apabila emaknya salah dengar apa yang dikatakannya. Emak tidak tahu menahu tentang pelakon Jepun. Yang emak tahu hanyalah pelakon-pelakon Korea, Filipina dan Indonesia. Tidak lupa juga pelakon-pelakon Malaysia.

Adira masuk ke bilik dan meletakkan beg sekolah serta buku-buku di atas meja belajar. Dia merebahkan tubuhnya di atas katil bercadar ungu lembut. Adira baring sambil merenung ke luar tingkap. Dia tersenyum lagi. Fikirannya masih tidak dapat melupakan detik-detik berbual dengan Haikal tadi. Ditambah lagi dengan puji-pujian yang Haikal taburkan kepadanya. Dia masih terasa seperti mimpi. Lain yang dirancang lain pula yang jadi. Tetapi apa yang telah berlaku tadi benar-benar membuatkan dia gembira dan bertambah angau kepada Haikal.

Adira berasa puas. Dapat juga dia berkenalan dengan Haikal. Haikal sudah sedar akan kewujudannya. Bolehlah dia berkawan dengan Haikal dengan lebih rapat lagi. Adira memejamkan mata. Terbayang wajah Haikal. Senyumannya. Tawanya. Gila. Teruknya angau yang dirasakannya. Adira menggeleng-geleng kepala sambil menampar lembut kedua-dua belah pipinya. Perlahan-lahan dia terlena dengan sendirinya.

"Ira.. Adira.." sayup-sayup kedengaran suara emak memanggil Adira. Adira membuka mata. Emak sedang berdiri di sebelahnya. Adira bangun dan megubah ke posisi duduk.

"Ira.. Isy, kamu ni. Kenapa tidur di sofa macam ni ? Nak tidur pergi naik atas," emak mengomel sambil melabuhkan punggung di sisi Adira. Emak mencapai remote control televisyen. Dia menekan butang switch on. Kaca televisyen mula bergambar dan hidup.

"Emak, sekarang pukul berapa ?" soal Adira.

"Pukul 3.00 petang dah ni. Kamu balik tadi terus tidur atas sofa ni. Penat sangat ke window shopping tadi ?" balas emak.

"Boleh tahan juga teman Sofia tadi. Dia yang belek lama-lama baju-baju tadi,"balas Adira sambil meraup wajahnya.

"Kamu tu belum solat Zohor lagi,"tegur emak.

Adira bingkas dari sofa. Dia melangkah ke tangga. Dipijaknya anak-anak tangga hingga tiba di tingkas atas. Sebelum sempat dia masuk ke bilik, kedengaran emak melaung," Lepas solat turun makan !"

Adira masuk ke dalam bilik. Dia mencapai tuala. Seketika dia kaku di tengah-tengah ruang bilik. Dia teringatkan mimpinya tadi. Dahinya berkerut-kerut. Ya, dia bermimpi. Mimpi tentang zaman sekolahnya. Adira mengeluh. Dia masih ingat lagi babak perbualannya dengan Haikal. Haikal, nama itu sudah lama tidak berada di ingatannya. Kini dia termimpikan lelaki itu pula. Lelaki yang pernah menjadi sejarah zaman persekolahannya. Zaman cinta monyet.

Mimpi tak boleh blah ! Tak ada maknanya ! Getus hatinya.

Adira masuk ke dalam bilik air. Beberapa minit kemudian dia keluar dan menyangkut tuala. Adira mencapai kain telekung dan menyarungnya. Dia menunaikan solat Zohor. Usai solat, dia duduk di birai katil. Dia terikirkan Faiz. Jejaka yang ditemuinya di shopping mall tadi.

"Ira ! Turun makan! " kedengaran laungan emak. Adira bangun dan membuka telekung. Kemudian dia keluar dari bilik dan menuruni anak tangga. Dari tangga lagi dia sudah nampak emak menunggu di meja makan. Adira segera mendapatkan emak. Kasihan emak. Terpaksa menunggunya untuk makan bersama. Memang dia sudah biasa makan bersama emak. Ayah selalu saja sibuk outstation. Abang pula sudah berkeluarga dan menetap di Johor. Jadi di rumah tinggal dia dan emak saja. Itupun bila dia kembali ke asrama, tinggal emak saja di rumah.

Adira terus kembali ke bilik setelah selesai makan. Dia mahu melepak di dalam bilik saja. Lagipun fikirannya sedikit kusut selepas bertemu Faiz tadi. Adira memakai headphone di kepala. Dimainkannya lagu-lagu mp3 yang berisi di dalam telefon bimbitnya. Mendengarkan lagu Avril Lavigne- Slipped Away benar-benar membuai perasaannya. Meskipun lagu itu telah lama namun masih digemarinya.

Tiba-tiba lagu yang didengarinya berubah kepada nada dering SMS. Adira terkejut. Dia membelek skrin handphone. Tertera nombor yang tidak dikenali. Adira mengeluh. Janganlah mesej orang nak promote apa-apa ! Aku rimas ! Desis hatinya. Adira membaca mesej tersebut. Bukan dari promoter. Tetapi dari seseorang. Eh ? Siapa ni ?

Assalamualaikum.

Adira mencebik. Bosan mendapat mesej dari orang yang tidak dikenali. Tapi kerana perasaan ingin tahu, dia membalas mesej tersebut.

Waalaikumusalam. Siapa ni ? Mana dapat number ni ? Jangan nak main-main.

Adira senyum puas. Sengaja dia membalas dengan ayat yang berbaur ugutan. Kadang-kadang memang ada orang yang tak dikenali menghantar mesej kepadanya hnya dengan tujuan untuk mempermainkannya. Orang gila.

Saya Faiz.

Faiz ? Ah sudah ! Desis hati Adira. Dia mula mengerutkan dahi. Faiz ? Faiz yang mana ? Tak mungkin yang baru ditemuinya di shoping mall tadi. Tak mungkin ! Dia langsung tidak memberikan nombor handphone nya kepada Faiz itu.

Faiz yang mana ? Beribu orang nama Faiz kat Malaysia ni.

Send.

Faiz kat shopping mall tadi.

Adira terkejut. Memang Faiz yang tadi ! Damn ! Mana mamat ni dapat number aku ? Desis hatinya.

Boleh awak bagitau mana awak dapat number ni ?

Send.

Iman. Salesgirl tu. Jangan marah dia. Saya yang paksa dia bagi.

Adira mengeluh sebaik saja membaca mesej dari Faiz. Iman ! Kenapa kau buat macam ni ! Jerit hatinya. Tidak sangka Faiz bertindak sampai begitu sekali untuk menghubunginya. Iman pula kenapa mudah sangat termakan dengan pujuk rayu Faiz. Entah-entah Faiz itu psycho dan mengganggu gadis-gadis. Adira mengetap bibir. Dia tidak lagi membalas mesej Faiz. Dia malas mahu melayan Faiz. Dia langsung tak berminat. Dia juga geram. Nanti tak pasal-pasal pula Faiz dimakinya.

Last edited by Leafumi on 1-6-2014 10:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 02:34 AM | Show all posts
Leafumi posted on 27-5-2014 09:00 AM
sebarang komen membina/teguran dialu-alukan. feel free to read !   TQ

Nay tinggal jejak dulu yer......

Make sure cerita ini bersambung.

Sekian terima kasih







Poyosnya ayat aku
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:57 PM | Show all posts
brilliant idea TT... sila sambung lg ya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2014 01:06 AM | Show all posts
Bab 2


Adira menarik kerusi meja belajar. Dia menarik keluar sebuah sketchbook dari celahan buku-buku yang disusun rapi di rak meja belajar. Dia mencapai pula sebuah set kotak sketching pencil jenama Faber Castle. Set kotak sketching pencil itu mengandungi pensel dari HB hinggalah ke 8B. Dibukanya kotak itu dan mengeluarkan sebatang pensel HB. Sebelah tangan Adira membuka helaian sketchbook tadi. Beberapa helaian awal sketchbook itu telah mempunyai isi. Lukisan-lukisan itu semua telah dilukis olehnya di kala bosan dan mendapat ilham. Banyak lagi koleksi lukisan dan lakarannya yang lama. Kesemua koleksi itu disimpan rapi di dalam rak buku yang lebih besar.

Dia memang minat melukis. Sejak dari kecil dia gemar melukis. Hampir setiap hari ada saja lukisan-lukisan yang dilukisnya. Emak juga pernah memarahinya kerana terlalu sibuk melukis hingga lewat tidur dan melewat-lewatkan untuk menyiapkan kerja sekolah. Tetapi bagi Adira dia tidak kisah. Kerana semua masa yang dihabiskan untuk melukis itu telah membuatkan kemahiran melukisnya semakin mantap. Pelbagai pertandingan melukis disertainya. Pelbagai hadiah dan penghargaan diterima. Pernah juga dia mewakili sekolah untuk bertanding. Kini dia hanya melukis jika ada waktu lapang kerana sibuk dengan kelas dan assignments.

Adira mengambil pula sebuah majalah hiburan. Diselaknya helaian-helaian mukasurat. Dia berhenti di mukasurat yang menampilkan ruangan lirik lagu. Di situ terdapat lirik lagu Lana Del Rey- Summertime Sadness. Terdapat juga gambar Lana Del Rey. Adira mahu melukis portret penyanyi Amerika itu. Dia meminati penyanyi tersebut. Lagu-lagu Lana Del Rey begitu membuai perasaan dan sering didengarinya. Lebih-lebih lagi ketika waktu hampir tidur. Boleh terlena dibuatnya.

Dia mula membuat lakaran kasar menggunakan pensel HB tadi. Untuk membuat lakaran dia lebih selesa menggunakan pensel HB yang tidak begitu terang kerana mudah untuk memadamkan apa-apa kesilapan yang ketara. Tak sampai beberapa minit, lakaran kasar sudah siap. Adira mula melukis bahagian muka. Baginya bahagian yang paling mencabar dalam melukis portret wajah adalah bahagian hidung dan bibir.

Sedang dia sibuk melukis di bahagian mata, handphone berbunyi menandakan bunyi mesej masuk. Adira hanya berpaling dan mencapai handphone di birai katil yang tidak jauh dari meja belajar. Adira melihat nama pengirim mesej. Faiz Rock Lee. Dia menambah nama watak rakan Naruto pada nama itu kerana kening Faiz dengan kening Rock Lee hampir sama. Teringat pula kepada anak saudaranya yang gemar menonton anime Naruto itu. Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk meletakkan nama yang spesifik untuk orang-orang yang asing dan pelik baginya dalam contacts handphone. Senang untuk diingat. Wajah Adira yang tenang tadi berubah terus selepas membaca nama itu. Dibuka mesej Faiz.

Assalamualaikum, Adira. Kenapa awak tak reply mesej saya ?

Adira mengeluh. Kacau aje lah aku nak melukis ni ! Keluh hatinya. Nampaknya mamat ini tidak faham-faham lagi. Memang dia tidak membalas mesej-mesej yang dihantar oleh Faiz selepas dia mengaku Iman yang memberikan nombor handphone Adira kepadanya. Adira langsung tidak membuka mesej-mesej tersebut. Sakit betul hatinya. Mungkin Faiz belum mahu berputus asa. Pelik. Dalam banyak-banyak perempuan, kenapa dia yang mahu didekati Faiz ? Faiz tidak kenal dirinya. Memang lah tidak salah jika mahu berkenalan. Cuma Adira memang malas mahu melayan. Dia pun tidak peduli jika orang mahu mengatakan yang dia jual mahal. Itu pendapat mereka. Dia hanya membuat pilihan dan keputusan mengikut kehendak dan keselesaannya. Bukan mereka yang menentukan hidupnya tetapi dia yang berhak menentukan sendiri.

Satu lagi mesej diterima.

Adira, please say something.

Awak nak apa ? Jangan harap saya nak layan awak. Better jangan kacau saya lagi lepas ni. Stop mesej saya.

Send.

Saya just nak kawan dengan awak.

Adira geram. Mesej dibalas.

Saya tak nak kawan dengan awak.

Mesej masuk lagi.

Please, bagi saya peluang. I want to know you.

Adira mendengus. Mahu saja dimakinya Faiz itu. Tetapi dia bersabar.

But I dont ! Goodbye !

Send.

Selepas itu mesej masuk lagi. Kali ini Adira tidak membacanya lagi. Jauh sekali mahu membalasnya. Dia juga menukarkan handphone ke silent mode. Adira memainkan lagu-lagu mp3. Lagu Stacy-Bosan berkumandang. Sesuai dengan mood Adira sekarang yang bosan mahu melayan Faiz. Kemudian dia menyambung kembali lukisan tadi yang terhenti.

"Ira, jom ikut mak pergi kenduri rumah Auntie Nina esok," ujar emak ketika mereka sama-sama menonton televisyen di ruang tamu.

Emak menekan butang remote control berkali-kali. Channel di kaca televisyen juga bertukar-tukar. Akhirnya emak berhenti menekan butang ketika channel KBS World muncul di kaca televisyen. Channel Korea. Rancangan Runningman sedang ditayangkan. Selain dari meminati drama Korea, emak juga meminati rancangan Runningman. Kelakar katanya. Adira juga adakalanya menonton rancangan itu dengan emak. Namun Adira sebenarnya lebih gemar menonton drama dan movie Jepun yang telah dimuat turun ke dalam komputer riba miliknya.

"Kenduri apa tu mak ?,"soal Adira.

"Kenduri kahwin anak sulung dia, Si Irfan tu," jawab emak.

"Irfan yang kerja doktor tu ke ?," soal Adira.

"Yalah."

"Oh, dah kahwin dah dia. Eh, umur dia berapa ya sekarang, mak ?," soal Adira pula.

"Kalau tak silap dah 31. Eh, kan adik dia sebaya dengan kamu kan ? Apa entah nama dia mak tak ingat," balas emak sambil mata tak lepas dari menonton Runningman. Sesekali dia ketawa.

"Err.. Junaidi ?," Adira meneka-neka sambil cuba mengingat nama adik Irfan itu.

"Eh, Junaidi tu abang dia yang tengah. Alah, takkan kamu sendiri pun tak ingat ? Bukan dulu kamu dengan dia pernah kawan dengan dia ?," ujar emak.

"Eh, Azim kan ?," Adira meneka lagi.

"Haa ! Azim," balas emak setuju.

"Oh, Si Azim tu. Saya pernah kawan dengan dia ke, mak ? Macam tak aje ?," balas Adira tidak yakin dengan dakwaan emak yang mengatakan mereka pernah berkawan.

"Alah, masa tu kamu berdua kecil lagi. Umur dalam 7 ke 8 tahun."

"Mak, lama dah kut. Ira pun tak berapa ingat. Mak, ayah bila nak balik ? Abang tak balik ke ?,"

"Ayah kamu lagi 3 hari nanti dia balik lah. Abang kamu tu mak tak pasti pulak."

"Kalau abang balik, boleh lah main dengan Danisha," ujar Adira sambil terkenangkan anak saudaranya yang baru berusia 2 tahun itu.

"Nak sangat main dengan budak. Nikah aje lah kamu," usik emak.

"Hah ? Orang nak kerja dulu lah mak. Nak simpan duit. Hidup zaman sekarang ni bukan senang nak cari makan tau. Bukan macam zaman mak dulu.
Kahwin muda pun tak apa. Then tak kerja. Laki boleh tanggung."

Emak hanya ketawa mendengar kata-kata Adira. Emak dulu kahwin pada umur 20 tahun. Usia yang masih muda. Beza umur emak dan ayah pula 8 tahun. Sebab itu ramai orang cakap emak dan dia nampak sebaya. Ada yang kata emak adalah kakaknya. Malah dalam facebook pun, jika ada gambar Adira bersama emak, mereka yang tidak tahu akan menyangka bahawa itu kakaknya. Abang pula pernah disalah anggap sebagai kekasih emak. Kelakar pula bila Adira ingatkan semula.

Kedengaran bunyi deringan telefon bimbit Adira berdering menyanyikan lagu Lonely In Gorgeous nyanyian Tomoko Kawase. Lagu itu telah dijadikan lagu tema bagi anime Paradise Kiss. Adira amat menyukai anime tersebut. Sudah beberapa kali dia menontonnya. Sesetengah orang berpendapat bahawa anime hanya untuk budak-budak. Namun bagi Adira pendapat itu tidak relevan. Kerana terdapat juga anime yang rumit dan gaya kartun serta gaya penceritaannya sesuai untuk orang dewasa. Apa-apa pun terpulang kepada selera dan minat masing-masing.

Adira mendapatkan handphone yang terletak di hujung kabinet tv. Tertera nama Sofia Comot di skrin. Adira menjawab panggilan Sofia. Dia menghampiri tangga dan memanjat tangga. Emak pula masih setia menonton rancangan Runningman. Setibanya di tingkat atas, dia terus masuk ke bilik. Sengaja dia masuk ke bilik untuk mendapatkan privasi.

"Hello, Adira. Aku nak ajak kau ni."

"Ajak apa ni ? Shopping lagi ?"

"Bukan. Memang ada niat nak ajak shopping pun. Tapi itu tolak tepi dulu. Aku nak ajak kau kerja part time."

"Part time ? Kat mana tu ?"

"Kat mana lagi ? Butik mak cik aku lah."

"Butik mak cik kau ? Kau serious ? Bukan ke kau cakap nak kerja kat tempat lain ?"

"Tak apalah. Kalau kerja dengan mak cik aku senang sikit."

"Senang kau nak curi tulang kan ?"

"Eh,suka hati aku lah. Kau tak nak ke ?"

"Bukan ke kat butik mak cik kau tu dah ada 2 orang pekerja ?"

"Alah, mak cik aku tak kisah pun kalau kita pun join sekali."

"Ya ke ? Bila kau nak mula ?"

"Itu nanti aku bagitau."

"Yelah. Aku nak story something."

"Pasal apa ?"

"Faiz."

"Faiz yang mana ni ?"

"Faiz, mamat yang usha aku masa shopping hari tu."

"Oh, mamat tu. Kenapa ? Kau rindu dia ?"

"Bukanlah ! Mamat tu sekarang duk mesej aku."

"Ya ke ? Macamana dia tau number kau ?"

"Iman yang bagi."

"Iman ? Kawan aku tu ?"

"Yup."

"Takkan senang-senang aje dia nak bagi ?"

"Itulah. Aku pun pelik."

"Kalau kau nak sekarang pun aku boleh call dia. Tanya dia."

"Tak apa. Aku nak dengar sendiri dari mulut dia."

"Kalau macam tu ikut kau lah."

"Wechat and whatsapp aku pun dia add tapi aku tak approve pun."

"Entah-entah dia syok kat kau tu. Layan ajelah."

"Never."

"Kau ni pun apasal sombong sangat ?"

"Eh, lantak aku lah aku nak layan ke tak."

"Susah betul lah kau ni."

"Eh, yang susah dia. Bukan kau."

"Aku yang dengar ni pun stress. Kesian lah mamat tu."

"Oi, kau ni sokong aku ke mamat tu ?"

"Aku sokong kau lah. Tapi kesian jugak kat mamat tu."

"Kau nak kesian sangat kau jelah yang layan dia."

"Hahaha.. So apa kau nak buat?"

"Aku nak buat apa ? Buat bodoh jelah."

"Alah, boring lah macam ni."

"Kau ingat cerita aku ni drama Korea ke ? Dah. Aku nak letak call."

"Yelah. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

"Eh, jangan nanti kau call aku cakap kau rindukan Faiz sudah."

"Kau gila ke ?"

Sofia ketawa sebelum panggilan dimatikan. Aku nak rindukan Si Rock Lee tu ? Jangan harap ! Desis hati Adira.

Pada keesokkannya, Adira menemani emak menghadiri kenduri kahwin Irfan, anak sulung Auntie Nina. Majlis perkahwinan diadakan di rumah Auntie Nina sendiri. Rumah Auntie Nina pula dekat saja dengan rumah mereka kerana terletak dalam taman perumahan yang sama. Bezanya rumah Auntie Nina terletak di lorong Persiaran Mahsuri 2/5. Manakala rumah Adira pula terletak di lorong Persiaran Mahsuri 2/1. Jadi mereka pergi dengan berjalan kaki.


Sambil menikmati lauk kenduri, mata Adira meliar memandang sekitar. Penuh dengan tetamu-tetamu yang sedang makan dan berbual. Ada yang sedang bergambar. Kelihatan beberapa orang gadis sedang 'berselfie'. Adira tersenyum saja melihat mereka. Beberapa orang kanak-kanak sedang berlari berkejaran. Emak juga sedang menikmati lauk kenduri di sebelahnya sambil berbual dengan Auntie Aishah, adik kepada Auntie Nina.

Pasangan pengantin pula berada di dalam . Mungkin masih bergambar di pelamin bersama photographer. Adira sudah lihat ketika ketibaan mereka tadi. Irfan dan pasangannya nampak secocok dan manis bersama. Adira terfikir pula kalau-kalau dirinya pula yang bersanding nanti entah macamana lah rupanya. Baju pengantin apa yang hendak dipakai. Warna apa yang akan dipilih. Adira tersenyum sendiri. Berangan pula dia nak naik pelamin. Masak pun belum pass. Belajar pun tak habis lagi.

Sedang dia tersenyum sendiri, Auntie Nina yang baru tiba di sebelahnya terus menegur," Amboi senyum sorang-sorang anak dara Syahirah ni." Hampir tersedak dibuatnya Adira. Itulah berangan lagi ! Katanya dalam hati. Adira tersipu-sipu. Emak, Auntie Aishah dan beberapa wanita yang sebaya ketawa. Adira terasa mahu menyorokkan wajahnya tetapi tidak tahu di mana harus disorokkan. Logik tak kalau tiba-tiba saja dia masuk ke bawah meja ? Nanti orang ingat hantu Ju ON mana lah yang datang buat kacau di kenduri anak lelaki Auntie Nina ni.

"Dah besar panjang dah anak kamu ni, Syahirah,"ujar Auntie Nina kepada emak.

"Dah 20 tahun dah pun, Nina,"jawab emak. Adira diam saja sambil berusaha menghabiskan makanannya.

"Manis anak kamu ni ya,"puji Auntie Nina sambil memandang Adira dengan enuh minat. Syahirah senyum lebar. Adira hanya tersenyum simpul. Tetapi dalam hati terasa kembang semangkuk.

Selesai menikmati selera, Adira meminta diri untuk membawa pinggan ke besen. Tiba di besen, Adira membongkok sedikit untuk meletakkan pinggan ke dalamnya. Kemudian dia bangun semula. Saat dia mahu berpusing ke kiri, dia berlanggar dengan seseorang. Lebih malang apabila tangannya yang masih melekat sisa nasi dan lauk terpalit pada baju orang itu. Alamak ! Desis hatinya. Dia mendongak memandang tuan punya badan yang lebih tinggi. Seorang lelaki.

Lelaki itu menunduk melihat kotoran yang melekat di baju melayunya yang berwarna merah hati. Kemudian dia memandang Adira pula. Wajah Adira nampak terkejut. Lelaki itu menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan sehelai sapu tangan kemudian disapukan ke atas kotoran tadi.

"Sorry ! Sorry sangat-sangat !,"ujar Adira dengan sangat serba salah.

"Baju ni mahal tau," balas lelaki itu. Dingin

"Sorry. Saya betul-betul tak sengaja," Adira masih cuba meminta maaf.

"Baju ni saya beli dekat Jakel. Ni bukan yang murah-murah macam kat pasar malam," lelaki itu mencekak pinggang pula.

"I'm so sorry," ujar Adira walaupun dalam hati dia mula merasakan sikap lelaki itu menjengkelkan. Poyonya ! Desis hatinya.

"Sebagai balasan, awak kena bayar ganti."

"Ganti ?," Adira rasa seperti tidak percaya. "Awak.. Serius ?,"sambungnya lagi. Ceh, macam budak-budak ! Kata hatinya.

"Kalau tak saya report mak saya."

"Hah ?" Adira kehairanan lagi. Dia ni betul ke tak ? Perangai macam budak darjah 1 kenapa ? Ke dia ni memang tak berapa betul ? Tapi takkan lah orang tak betul macam ni boleh terlepas datang kenduri pulak ? Bicara Adira dalam hati sambil matanya memandang lelaki itu dari atas ke bawah berulang kali.

"Handsome ke ?," ujar lelaki itu apabila menyedari Adira merenungnya atas bawah.

Dahi Adira sudah berkerut-kerut mendengarkan kata-kata lelaki itu. Dia tak tahu apa yang perlu dikatakannya. Kalau diikutkan mahu saja dicalit lagi tangannya ke atas baju melayu lelaki itu. Biar padan muka. Biar habis bajunya comot. Biar lelaki itu meraung satu khemah.

"Jun ! Kamu buat apa dengan anak dara Auntie Syahirah tu !,"kedengaran Auntie Nina melaung dari meja kenduri tadi. Adira dan lelaki tadi menoleh ke arah Auntie Nina.


Junaidi tersengih-sengih saja kepada emaknya, Auntie Nina. Adira pula terkejut. Junaidi ? Lelaki yang berperangai seperti budak darjah 1 ini Junaidi ? Abang kedua Azim ?

"Adira, saya bergurau aje !,"ujar Junaidi sambil ketawa kecil. Tak senonoh ! Desis hati Adira. Dia tak sangka lelaki itu Junaidi. Sudah lah lama tidak bersua, alih-alih Junaidi mempermainkannya pula.

"Gila !," ujar Adira sambil melangkah pergi. Dia menuju ke paip air berhampiran kemudian memulas kepala paip. Dia membasuh tangannya.
"Adira, jangan marah. Saya bergurau aje."

Rupa-rupanya Junaidi masih belum pergi. Malah dia mengekori Adira hingga ke paip air. Adira malas mahu melayan. Dia buat tak tahu saja dengan Junaidi. Kalau dia cam yang itu Junaidi bukan setakat calit, pinggan tadi pun dihumban ke arah lelaki itu.

Adira tidak ingat kesemua kenangan ketika sekolah rendah dulu. Kerana sudah bertahun-tahun mereka tidak bertemu. Namun dia masih ingat serba sedikit tentang Junaidi. Mereka memang saling mengenali sejak dari bangku sekolah rendah. Tetapi Adira berpindah ketika usianya 10 tahun. Rumah yang diduduki mereka telah dijadikan sebagai rumah sewa. Setelah tingkatan tiga, mereka sekeluarga berpindah semula ke rumah itu. Junaidi itu tua 5 tahun dari Adira.

Yang dia ingat, Junaidi itu seorang pelajar yang pintar. Namun boleh tahan nakal. Berbeza dengan adiknya, Azim yang sebaya dengannya. Azim pula pasif dan pemalu. Junaidi ini pula ramah. Namun senakal-nakal Junaidi, dia masih dapat menjadi pengawas sekolah.

"Adira, takkan awak betul-betul marah? Saya bergurau aje. Lama tak mengusik awak," ujar Junaidi masih mengekori Adira.

"Awak ni tak senonoh. Ingatkan dah besar, dah berubah. Nakalnya tak hilang pun," Adira mengomel.

"Awak lagi kelakar, Adira. Awak sikit pun tak cam saya. Padahal saya duk tengok awak tadi, saya dah cam dah awak ni Adira."

"Memang lah tak cam. Awak dah berkacamata bagai."

"So, awak nak cakap saya handsome ?"

"Hishh !," balas Adira sambil membuat mimik muka.

Last edited by Leafumi on 23-12-2014 12:52 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2014 09:34 PM | Show all posts
Bab 3


"Junaidi tu entah apa-apa lah mak," Adira mengadu kepada emak. Emak yang mendengar hanya tersenyum. Adira membawa dua biji mug berisi milo panas lalu diletakkan di atas meja makan.

"Ada ke patut dia kenakan Ira masa kenduri tadi. Tak senonoh," Adira mengomel lagi.

"Dia tu memang macam tu kan, Ira," balas emak.

"Hish, perangai dari kecil sampai besar tak berubah. Ira ingat lagi dulu dia memang nakal. Ira pun pernah dibulinya," omel Adira lagi.

"Dia nak mengusik aje tu," balas emak masih membela Junaidi.

"Pernah sekali tu, dia kena jaga kelas kami masa cikgu mesyuarat. Dia kan pengawas masa tu. Ada ke patut dia ajak Ira bertanding dengan dia lukis robot dekat papan hitam. Ira manalah reti lagi masa tu. Dia lain lah. Dah darjah 6. Ira baru aje darjah 1. Ira lukis orang lidi boleh lah masa tu. Memang menang kat dia lah. Lepas tu satu kelas ketawakan Ira. Buat malu aje," cerita Adira panjang lebar.

Kini dia sudah dapat mengingati beberapa peristiwa yang berlaku bersama Junaidi. Emak hanya ketawa mendengar kisahnya.

" Masa tu memang Ira menyampah gila kat dia. Mentang-mentang pengawas suka hati aje kenakan orang. Adiknya Azim tu lain pulak perangainya. Pendiam dan pemalu. Sopan aje," Adira mengomel.

" Kamu pun satu, yang pergi ikut cakap dia tu kenapa ?," balas emak masih dnegan sisa tawanya.

" Dia ugut nak denda. Kita pun baru darjah 1 kan, takut punya pasal ikut ajelah," balas Adira.

"Mak ingat kamu baik aje dengan Junaidi tu. Takpun baik dengan adik dia," balas emak.

"Junaidi tu kerja membuli aje. Azim tu pula pendiam. Kita orang kawan biasa-biasa aje,"balas Adira.

"Lepas tu, dia pergi MRSM kalau tak silap mak," emak bersuara pula.

"Lega jugak masa dia dah tak ada tu. Tapi kawan-kawan yang lain asyik ejek Ira dengan nama 'Budak Ekor Dua' sebab masa tu emak suka ikatkan rambut Ira gaya tocang dua. Tu semua Junaidi punya pasallah. Dia yang kasi nama tu," cerita Adira lagi. Emak ketawa lagi. Adira juga perlahan-lahan turut ketawa.

Junaidi pergi meneruskan pengajiannya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) selepas tamat sekolah rendah. Dia memang pelajar yang bijak. Itu tidak dapat dinafikan oleh Adira. Cuma sikap Junaidi yang kadangkala menjengkelkan sewaktu kecil dulu. Tidak banyak yang boleh diingatinya namun yang sedang jelas di fikirannya kini Junaidi banyak membulinya. Namun dia tidaklah berdendam cuma dia rasa geram namun kelakar. Geram mungkin kerana Junaidi telah mengenakannya sewaktu di kenduri kahwin abang Junaidi. Kelakar apabila mengingat kembali kenangan dibuli ketika kecil. Mungkin tanggapan emak bahawa dia pernah berkawan dan bermain dengan Azim salah kerana umur mereka yang sebaya. Tetapi sebenarnya dia bermain dan berkelahi dengan Junaidi yang selalu membulinya.

"Tapi kalau tak silap mak, dia pernah tolong kamu kan ?" tiba-tiba saja emak bersuara.

"Junaidi ke mak ? Tolong ? Tolong apa ?," balas Adira yang kehairanan.

"Ingat tak masa tu Ira balik dengan dia sambil menangis-nangis ?," emak cuba mengingatkannya.

"Balik dari mana ?"

"Masa balik dari pergi mengaji waktu petang lepas sekolah dengan anak bekas jiran sebelah kita tu. Kamu panggil dia Kak Ati."

"Kenapa mak ? Ira tak ingat."

"Masa tu dia yang temankan kamu balik. Dia cakap masa kamu dengan Si Ati tu balik dari mengaji, ada anjing datang lepas tu kejar kamu dua orang. Kebetulan masa kamu lari depan rumah dia, dia ada di luar. Dia nampak kamu kena kejar. Terus dia ambil batu-batu baling dekat anjing tu. Anjing tu pun lari patah balik. Kak Ati kamu tu pulak lari tak tengok belakang dah. Dia tinggal aje kamu macam tu. Nasib baik Junaidi tu ada temankan kamu balik. Dia cerita lah kat mak apa jadi lepas tu," emak bercerita panjang lebar. Adira hanya terkedu mendengar cerita emak.

"Eh, abang pulak buat apa masa tu mak ?," soal Adira.

"Abang kamu demam masa tu. Dia tidur aje kat rumah."

Sungguh Adira lupa akan peristiwa itu. Nampaknya Junaidi yang dikenalinya itu tidaklah teruk sangat. Apabila difikirkan semula, semua kenangan yang berlaku itu kelakar dan manis juga.

Selepas selesai menikmati milo panas, Adira mengutip mug yang digunakannya dan emaknya lalu dibawa ke sinki dapur. Adira mencuci mug-mug itu kemudian disimpan di rak gelas dan cawan. Kemudian dia melangkah ke tangga. Dia memnajat anak tangga dan menuju ke bilik. Emak pula membaca majalah di ruang tamu.

Adira lihat beberapa notification menandakan mesej-mesej diterimanya terpapar di skrin telefon bimbitnya. Adira memeriksa mesej-mesej tersebut. Semuanya kiriman Faiz Rock Lee. Adira mengeluh. Itu belum lagi ditambah dengan kiriman melalui Wechat dan Whatsapp. Adira belum lagi mem'block' Faiz di aplikasi-aplikasi itu. Dia membiarkan saja mesej-mesej tadi. Adira menarik komputer riba miliknya kemudian dia meniarap sambil menghadap komputer ribanya. Dia menghidupkannya. Dia membuka akaun Facebook miliknya. Terdapat beberapa notifications. Adira memeriksa notifications itu. Bosan.. Bosan.. Bosan.. Eh tak habis-habis dengan selfie minah ni ! Getus hatinya sambil mata memandang skrin laptop. Kemudian dia memeriksa pula satu friend request. Adira tercengang apabila mendapati Junaidi yang memohon friend request itu kepadanya.

Muhammad Junaidi Dasuki.. Adira membaca nama akaun Facebook Junaidi di dalam hati. Aku nak approve ke  tak eh.. Bicara hatinya lagi. Biarlah dulu ! Sambung hatinya lagi.

Adira lihat Sofia sedang online. Adira pun menghantar mesej melalui inbox kepada Sofia. Dia mahu berkongsi cerita tentang Junaidi.

Sofia, aku jumpa someone hari ni.

Siapa ? Faiz ?  Balas Sofia

Bukan ! Kau ni tak habis-habis dengan Faiz. Aku jumpa kawan childhood aku.

Siapa ? Pakwe lama ke ?

Junaidi. Bukan pakwe tapi orang gila. Hahaha ! Kami panggil dia Jun.

So kenapa dengan pakwe childhood kau tu ?

Kan aku dah cakap dia orang gila. Bukan pakwe aku. Dia kenakan aku time kenduri abang dia siang tadi. Ada ke patut. Padahal dah berapa kurun tak jumpa dia. Dia ni memang suka buli aku time sekolah dulu.

Kau ni macam-macam lah. Yang pergi couple dengan orang gila siapa suruh !

Adira mencebik. Sofia ni tak habis-habis nak berloyar buruk dengannya. Nasib baik mereka hanya chat online. Kalau tidak memang Sofia kena cubit dengannya.

Jaga kau Sofia ! Faiz pun tak habis-habis duk mesej aku bagai. Aku dah malas nak layan dia. Aku tak bukak pun mesej dia.

Kau ni at least kau kena baca dulu apa yang dia mesej kau. Tengok apa yang dia nak cakap.

Aku tak nak.

Keras kepala !

Sofia comot ! Sofia comot !

Adira sasau ! Pakwe mental !

Adira ketawa membaca chat yang dihantar Sofia. Beginilah dia dengan Sofia. Berkongsi kisah bersama sambil bergurau senda. Adakalanya gurauan mereka kasar juga. Namun masing-masing tidak ambil hati dan sudah faham dengan sikap masing-masing.

Sofia itu selamba saja orangnya. Peramah. Dan aktif. Sofia selalu pergi bermain futsal. Dia gadis yang lasak. Selain futsal, sukan badminton dan hoki juga menjadi permainan masa lapangnya. Namun di sebalik sifat lasaknya dia masih suka membeli belah dan bergaya. Sofia juga menceritakan yang dia punya ramai kenalan lelaki. Adira tidak pasti yang mana satu teman lelakinya kini kerana dia kerap bertukar-tukar teman lelaki. Adira pula jenis malas nak melayan.

Adira mencapai telefon bimbitnya kemudian membuka mesej-mesej dari Faiz satu persatu.

Assalamualaikum Adira. Still ignoring me ?

Adira saya berharap sangat awak balas mesej saya.

Adira sampai bila awak nak buat tak tahu macam ni ?

I really want to know you. Awak takkan faham apa yang saya lalui ni. I just cant get you out of my head. It's like something.

Adira mengerutkan dahi. Kenapa Faiz bertindak sedemikian. Faiz tidak kenal siapa dirinya. Tak mungkin dengan hanya sekali pandang, Faiz tertarik dengan dirinya. Adira memang tak percaya dengan semua itu. Dia tidak percaya dengan apa-apa yang dikatakan seperti love at first sight. Bagi dirinya love at first sight itu hanya wujud dalam movie dan kalau betul pun berlaku di dunia nyata, boleh kah ia menjadi kenyataan dan berkekalan ?

Kenapa Faiz ini seperti tidak faham Bahasa Melayu ? Malah Bahasa Inggeris pun dia seperti tidak memahaminya. Ataupun dia mahu Adira gunakan bahasa Indonesia mahupun Bahasa Jepun yang telah dipelajari sedikti melalui hobinya ynag selalu menonton drama dan movie Jepun ?

Ataupun Faiz mahu dia gunakan bahasa badan iaitu front kick dan side kick yang telah dipelajari dalam latihan seni mempertahankan diri Taekwando ketika tingkatan 4 ? Namun yang sebenarnya ilmunya dalam Taekwando memang tidak cukup. Kerana dia berhenti di separuh jalan. Boleh dikatakan tak sampai separuh pun ! Setelah berjaya melepasi ujian tali pinggang Kuning 1, dia berhenti. Alasannya kerana dia sendiri malas mahu teruskan. Training memang menyeksakan baginya. Staminanya tidak kuat. Mungkin kerana dia jarang bersenam. Pernah sekali dia termuntah-muntah selepas habis training.

Terasa sayu pula bila ingatannya kembali ke alam sekolah menengah. Dia pelajar yang biasa saja. Tidaklah terlalu pandai tapi masih boleh lulus setiap kali peperiksaan. Pernah juga dia mendapat anugerah matapelajaran terbaik antara keseluruhan tingkatannya. Namun bukan itu yang membuatnya sedih. Sebaliknya oleh sebab lain. Adira melepaskan keluhan berat. Tegar dia melupakan semua kenangan pahit itu namun kini kenangan itu perlahan-lahan terlukis kembali di ingatannya.

Adira membaringkan tubuhnya. Laptop telah dimatikan dan ditolak hingga ke kepala katil. Lengan kanan diletakkan di atas dahi. Matanya merenung siling. Ingatannya kembali kepada zaman sekolah menengahnya. Perlahan-lahan. Ia muncul. Kali ini Adira sendiri merelakan. Membiarkan memori-memori itu terlukis di fikirannya.

"Assalamualaikum, Haikal."

"Waalaikumusalam."

Haikal berdiri dan berpusing menghadap Adira. Adira dapat lihat Haikal memandangnya. Adira tertunduk. Bercampur baur perasaan yang dirasainya kini. Malu. Takut. Nervous. Haikal pula masih diam namun matanya masih memandang Adira.

"Kenapa.. awak nak jumpa saya?" soal Adira. Dia cuba bersuara biasa. Padahal dia sedang menahan rasa gemuruh yang maha dahsyat.

"Adira.. awak yang buat lukisan tu,ya ?,"soal Haikal.

"Ya, saya yang lukis."

"Very impressive !"

Adira mengetap bibir. Macam tidak percaya pula dengan apa yang didengarinya. Haikal memujinya. Malah wajah Haikal nampak benar-benar teruja. Perlahan-lahan Adira menguntum senyum.

"Thanks."

"Berapa harga portret tu ?"

"Harga ?"

Adira pelik. Kenapa Haikal bertanya soal harga sedangkan dia memang ikhlas melukis portret wajah Haikal.

"Penat-penat awak buat. Awak tak rasa rugi ke bagi free aje kat saya ?,"soal Haikal.

"Eh, tak apa. Saya ikhlas."

"Kalau macam tu, awak rasa sesuai tak kalau dijadikan hadiah untuk girlfriend saya ?"

Soalan Haikal membuatkan dia terpana. Girlfriend ? Bukankah Haikal tidak mempunyai girlfriend ? Setahu Adira, Haikal memang tidak ada girlfriend yang sahih. Kalau-kalau sebelum ini dia dengar gosip-gosip mengatakan Haikal ada couple dengan sesiapa di sekolah, itu cuma gosip semata.

"Awak ?,"gesa Haikal apabila mendapati Adira terdiam.

"Se..sesuai. Sangat sesuai."

"Ya ke ? Kalau macam tu baguslah."

"Siapa girlfriend awak tu, Haikal ?,"soal Adira. Dia memang ingin tahu.

"Girlfriend saya budak sekolah Bandar Baru.Terima kasih banyak-banyak ya, Adira."

Oh, patutlah. Rupa-rupanya Haikal bercinta dengan pelajar sekolah lain. Pernah juga dia terdengar gosip itu dahulu namun Haikal tak mengakuinya. Mungkin kini Haikal mula mengakuinya kepada orang ramai.

"Thanks. Saya kena pergi. Nak celebrate birthday dia. Saya just nak tahu siapa pelukis potret tu and say thanks. Okay, bye !," ujar Haikal. Dia menggalas beg dan berlalu pergi.

Adira pula masih terpaku di situ. Dia terasa sesuatu seperti menusuk ke dadanya.  Sakit. Pedih. Mungkin inilah yang dikatakan frust. Memang patut pun dia frust. Haikal itu baginya adalah cinta pertamanya. Belum pernah dia merasakan perasaan sebegitu rupa terhadap lelaki. Ah ! Cinta monyet. Manakan berbalas. Manakan menjadi. Mungkin dia silap. Ini mungkin bukan cinta pandang pertamanya. Ya, mungkin bukan. Bukan !

Pada keesokkan harinya, seperti biasa Adira akan pulang dari sekolah dengan menaiki van. Seperti biasa, dia menunggu ketibaan van di hadapan sekolah. Adira selalu bersandar di tembok sekolah yang paling hujung. Sedang dia menunggu, matanya meliar ke sekeliling. Dia terpandang Haikal dan rakan-rakannya sedang melepak di jejantas di hadapan sekolah. Sekolahnya berhadapan dengan jalan besar. Jadi jejantas telah dibina bagi memudahkan orang ramai terutamanya pelajar sekolah untuk melintas.

Tanpa disangka-sangka, terasa tudung sekolah yang dipakainya ditarik. Tarikan begitu kuat hingga menyebabkan tudungnya tertanggal. Rambutnya terdedah. Sebenarnya dia hanya bertudung di sekolah demi memenuhi syarat bertudung. Di luar sekolah, dia membiarkan saja rambutnya. Ketika itu, dia masih belum mahu bertudung. Adira terkejut bukan kepalang lagi. Dia berpaling. Seorang pelajar perempuan yang langsung tak dikenalinya berdiri di sebelah kiri sambil mengenggam tudungnya. Lencana sekolah pelajar itu pula jelas menunjukkan bahawa dia merupakan pelajar sekolah lain.

"Apa ni ?!," jerkah Adira. Panas benar hatinya diperlakukan begitu.

"Kau tak malu !,"balas perempuan itu.

"Kau ni apahal, hah ?! Aku tak kenal pun kau ! Datang-datang nak cari gaduh !,"marah Adira.

"Kau cakap apa ?? Kau tu nak balas boyfriend aku lah, betina !," perempuan itu menengking kembali lalu menampar pipi Adira.

"Arhh !," Adira sudah tidak dapat menahan perasaan amarahnya. Dia membalas dengan melempang perempuan itu pula. Lalu berlakulah pergaduhan antara mereka. Saat itu mereka telah dikelilingi ramai pelajar yang berada di sekitar. Keadaan menjadi kecoh. Mereka bersorak-sorak.

"Hey, stop ! Apa awak dua orang buat ni !," Haikal yang sudah tiba dekat dengan mereka menjerit. Namun Adira dan perempuan tadi masih menggila. Masih cuba menyerang antara satu sama lain.

Haikal menarik Adira dan menolak perempuan itu hingga kedua-dua mereka jatuh terduduk. Rambut masing-masing juga sudah berserabut. Adira bangun sendiri. Perempuan itu pula dipimpin Haikal untuk bangun. Pelajar-pelajar yang mengerumuni mereka diam memerhati. Keadaan menjadi senyap seketika.

"Aina, apa awak buat ni ? Datang sini buat kecoh. Malu lah!," ujar Haikal kepada perempuan tadi yang bernama Aina. Aina pastinya girlfriend Haikal yang dikatakannya itu.

"Haikal, awak diam ! Perempuan ni yang buat portret awak tu kan ! Saya tahu, dia ni mesti nak rampas awak dari saya ! I knew it !,"balas Aina masih marah.

"Kau gila ke ! Tak ada maknanya aku nak rampas dia !," balas Adira. Juga amarah.

"Habis,apa tujuan kau buatkan portret tu dan bagi pada dia ! Kau memang sengaja nak menggatal !," jerit Aina.

Adira terdiam. Memang benar dia yang berikan portret itu kepada Haikal. Tetapi andai dia tahu Haikal sudah berpunya, memang dia tak akan sesekali berbuat begitu. Tak sangaka pula begini yang jadi.malah dia tak sangka girlfriend Haikal ini segila itu hingga sanggup menyerangnya di sekolah.

"Enough ! Dah Aina. Stop this ! Awak just memalukan diri awak aje. Saya pun malu jugak ni ! Jom balik !," ujar Haikal sambil memujuk Aina pergi.

"Jaga-jaga kau lepas ni!," ujar Aina tanda memberi amaran. Dia dan Haikal beredar.

Adira tunduk mengutip tudungnya. Pelajar-pelajar yang mengerumuni tadi pun beransur-ansur beredar. Adira terdengar suara-suara yang mengumpatnya dari belakang. Tak kira juga yang pandai-pandai membuat cerita. Adira mendengus. Biarkan saja mereka. Semuanya telah berlaku. Dia tidak sempat berbuat apa-apa. Dia juga tidak dapat menahan amarahnya tadi. Dan tidak mungkin dia hanya akan membiarkan Aina memukulnya begitu saja. Pastinya dia membalas balik serangan tadi demi melindungi diri. Mujurlah dia belum habis belajar Taekwando. Kalau tidak, memang habislah Aina dibelasahnya.


Last edited by Leafumi on 1-6-2014 10:18 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 08:42 AM | Show all posts
cerita yg semakin menarik... sila sambung lagi ya TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2014 05:48 AM | Show all posts
ada lagi ke yg minat nak baca citer nie.. nanti sy update g.. skrg takde mase nk spent utk karang panjang2 n idea tak banyak.. story ni dikarang masa idea2 mari aje... ingat nak post cerpen lama yg ditulis dulu.. tapi baru ingat dah buang kepada yg menanti sambungan harap bersabar  ye.. TQ sebab luangkan masa utk baca..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2014 09:13 AM | Show all posts
takde hallah TT... ada masa boleh sambung... menarik jgk cite ni... keep up the good work....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2014 04:14 PM | Show all posts
Leafumi posted on 6-6-2014 05:48 AM
ada lagi ke yg minat nak baca citer nie.. nanti sy update g.. skrg takde mase nk spent utk karang pa ...

msti lah nak baca lagi TT...
smbung lagi plss
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 07:41 PM | Show all posts
cerita menarik! Sambung2..

Ipo nak baca citer orang lain plak ni..

* citer sendiri duk tang tu lagi ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 02:38 AM | Show all posts
Bab 4

"Mak,abang balik !," laung Adira apabila mendapati sebuah kereta Kia Forte merah berhenti di hadapan pagar rumahnya. Memang tidak syak lagi itu kereta abangnya, Akil. Emak yang sedang menonton televisyen menoleh ke luar dari sliding door. "Laa.. Abang kamu ni balik tak bagitau mak pun," ujar emak.

Selepas bersalam-salaman, Adira membantu abangnya dengan membawa beg-beg pakaian ketingkat atas. Tidak banyak. Hanya dua buah beg pakaian. Akil dan isterinya Suria duduk di ruang tamu bersama emak. Danisha, anak Akil yang masih kecil sudah berada dalam dakapan emak. Emak sudah tidak sabar-sabar untuk bermain dengan cucu perempuannya. Hadif, anak sulung Akil pula sudah berlari-lari memanjat tangga mengekori Adira.

"Hadif! Jangan lari !," laung Akil. Namun Hadif tidak mempedulikannya. Dia seronok dapat berlari di tangga. Adira sempat lagi menoleh ke belakang untuk memastikan Hadif tidak apa-apa.

"Hadif,sini bilik ayah, tahu ?," ujar Adira sambil meletakkan dua beg pakaian tadi di lantai bilik abangnya. Hadif yang baru tiba di muka pintu bilik menapak masuk.

"Habis, Hadif tidur bawah ke ?," soal Haidf yang baru berusia 5 tahun itu.

"Hadif tidur sini lah. Dengan ayah. Dengan mak. Dengan adik Isha," balas Adira sambil duduk di birai katil.

"Tapi Hadif nak tengok Naruto. Tv kan kat bawah," ujar Hadif pula.

"Masa tidur mana boleh tengok tv. Nanti mak tok marah Hadif pulak," balas Adira.

"Tapi Hadif nak tengok kartun," balas Hadif masih tidak bersetuju.

"Kartun esok pun boleh tengok. Lepas ni jom mak su bawak Hadif pergi main dekat taman, nak ?," Adira cuba memujuk.

"Bawak Adik Isha sekali ke ?," tanya Hadif.

"Mak tok kan tengah main dengan Isha. Kita pergi berdua ajelah," balas Adira.

"Tapi Hadif nak makan keropok dulu. Ada dalam beg plastik kat tepi sofa tadi,"ujar Hadif.

"Yelah. Jom kita turun makan keropok. Tapi mak su nak sikit, tau ?," ujar Adira sambil menarik tangan Hadif dan membawa budak lelaki itu keluar dari bilik abangnya. Mereka menuruni anak tangga.

"Mak su makan sikit aje. Hadif nak makan banyak-banyak," ujar Hadif memberi peringatan.

"Kalau makan banyak-banyak nanti gemuk lah Hadif. Tak handsome macam Aaron Aziz," Adira mengusiknya.

"Tapi badan Aaron Aziz tu besar aje, mak su ?," balas Hadif kehairanan.

"Itu bukan gemuk. Itu tough," balas Adira sambil ketawa.

"Kenapa dia tough ? Sebab makan keropok banyak-banyak ke ?," soal Hadif lagi.

"Bukanlah," jawab Adira sambil ketawa. Dia kemudian menyambung," Sebab dia selalu exercise. Makan sayur. Haa.. Hadif kenalah makan sayur. Baru jadi macam dia."

"Hadif tak suka makan sayur," ujar Hadif sambil memuncungkan bibir.

"Kalau tak makan sayur, macamana nak jadi Aaron Aziz ?," balas Adira.

"Tak jadi Aaron Aziz pun tak apalah, mak su. Hadif jadi Ultraman ajelah. Dia tak makan sayur, kan ?," balas Hadif yang sekali lagi membuat tawa Adira pecah.

"Eh,tapi Hadif tengok kat iklan, Aaron Aziz makan megi Big Kari aje, mak su. Tak tau pulak dia selalu makan sayur. Ingatkan dia besar sebab makan megi tu,"ujar Hadif lurus bendul.

Sekali lagi Adira ketawa. Kali ini bagai nak mati. Ketika itu mereka sudah tiba diruang tamu. Akil, Suria dan emak masing-masing memandang ke arah Adira. Danisha yang tidak tahu apa-apa pula sedang duduk di karpet berhadapan dengan televisyen. Dia sedang bermain dengan anak patung beruang.

"Dah kenapa kamu ni, Ira ?," tegur emak.

"Hadif ni mak. Buat lawak," balas Adira masih dengan sisa tawanya. Emak tersenyum sambil menggeleng-geleng.

"Merepek lah tu. Ira mesti ajar Hadif yang bukan-bukan," duga Akil. Suriasenyum saja mendengarnya.

"Mana ada. Hadif sendiri yang buat lawak," balas Adira. Dia menghampiri beg plastik yang dimaksudkan Hadif tadi. Beg plastik itu berada di tepi sofa dimana Akil dan Suria sedang duduk.

Adira membuka beg tersebut. Terdapat beberapa makanan ringan, roti dan biskut. Adira mengeluarkan sebungkus keropok. Hadif yang sudah tidak sabar-sabar menghampiri Adira.

"Mak su, cepat bagi Hadif," Hadif merengek.

"Eh,budak ni. Kalau makanan ringan tu cepat aje. Sayur tak nak pulak dimakannya," Akil membebel.

"Erghh..Sayur.. Sayur..," kata Hadif sambil meniru gaya budak lelaki yang tidak mahu makan sayur dalam iklan susu Sustagen di tv.

Adira tersenyum saja melihat telatah Hadif. Akil pula menggeleng-geleng. Suria sibuk melayan Danisha bermain. Emak juga terhibur dengan keletah Hadif. Dia ketawa kecil.

"Amboi,cucu mak tok ni. Makan keropok banyak-banyak pun tak elok. Nanti sakit perut tu," emak menasihati cucu lelakinya itu.

"Haa..Hadif dengar cakap mak tok tu," Akil bersuara pula.

Hadif pula selamba saja membuka plastik keropok kemudian dia menyuapkan keropok ke dalam mulutnya. Hadif berjalan dan duduk bersebelahan emak di sofa. Adirajuga mengekori Hadif dan menghimpit di sebelah Hadif. Sengaja dia mahu menyakat budak lelaki itu. Dimasukkannya tangan ke dalam plastik keropok itu kemudian menyuapkan ke mulutnya. Hadif memandangnya.

"Mak su makan sikit aje, tau," kata Hadif.

"Ira ni pun sama aje. Gila keropok," Akil mengomel.

"Keropok ni sesuai menghilangkan stress," balas Adira selamba.

"Merepek. Menghilangkan stress makan coklat. Bukan makan keropok. Mana tak gemuk,tiap-tiap kali stress pergi bantai keropok. Makanan tak sihat," Akil menyambung lagi omelannya.

"Stress tu apa, ayah ?," soal Hadif ingin tahu maksud perkataan 'stress'.

"Orang bermasalah. Macam mak su kamu," jawab Akil sambil mengenakan Adira. Adira mencebik kepada abangnya.

"Maksu ada masalah apa?," soal Hadif kepada Adira pula. Ingin tahu.

"Mana ada. Mak su okay je," balas Adira. Banyak pula budak ni tanya ! Getus hatinya. Anak saudaranya itu memang suka bertanya.

“Mak su, jom pergi taman !,” ujar Hadif sambil mengoncangkan tangan kiri Adira tanda menggesa.

“Aik, tu keropok tak habis lagi makan,” tegur Adira.

“Hadif bawak sekali pergi taman. Jom lah cepat, mak su,” balas Hadif. Dia sudah menapak ke pintu. Adira menurutinya.

“Haa.. main tu elok-elok,” pesan Suria.

“Tak apa, Kak Suria. Biar aje anjing kejar dia,”Adira mengusik.

“Hadif tak takut lah ! Silap-silap mak su yang kena kejar,” balas Hadif sambil menyarung selipar dikaki. Adira tersengih-sengih. Dia terkenang pula saat-saat dikejar anjing kemudian Junaidi datang menyelamatkannya.

Mereka berjalan sambil berpegangan tangan menuju ke taman permainan kanak-kanak tidak jauh dari rumah Adira. Sambil mereka melangkah, Adira memerhatikan keadaan sekeliling. Cuba mengimbas kembali memori-memori zaman kanak-kanaknya di situ. Diaingat dahulu ada juga berbasikal di situ.

“Mak su, mak su kena kejar anjing kat sini ke dulu ?,”tiba-tiba saja Hadif bertanya.

“Eh, macamana Hadif tahu ?,” soal Adira. Dia pasti dia tidak pernah menceritakan hal itu kepada Hadif. Malah dia sudah melupakannya.

“Ayah pernah cerita kat Hadif.”

“Oh, patutlah Hadif ejek mak su kena kejar dengan anjing,”Adira bersuara sambil mengeletek Hadif.

“Ish, mak su ni. Jangan lah geletek tepi jalan. Kita tak sampai lagi ni,” Hadif menepis tangan Adira.

Mereka tiba di taman permainan. Banyak yang sudah berubah di taman permainan itu berbanding zaman kanak-kanaknya dulu. Hanya terdapat dua orang budak perempuan yang sedang bermain di gelongsor. Gelanggang bola keranjang pula lengang. Adira suka keadaan sebegini. Tidak ramai orang. Tidak sesak. Dia selesa. Sesuai untuk dia bertenang sambil menikmati pemandangan taman permainan.

Hadif terus meletakkan plastik keropok yang dibawa bersama tadi di atas bangku batu. Kemudian dia dengan tergopoh-gapah menuju ke gelongsor. Adira mengeleng-geleng. Budak itu bersikap seperti sudah setahun tidak bertemu gelongsor. Dua budak perempuan yang leka bermain tadi juga terkejut dengan kemunculan Hadif yang boleh diibaratkan seperti watak kartun Sonic X yang laju.

Adira duduk di bangku batu tadi. Bersebelahan dengan plastik keropok. Dia lihat saja Hadif yang bersemangat bermain walaupun seorang diri. Agaknya Hadif sedang menghayati watak Spiderman. Mungkin juga Masked Rider. Dua budak perempuan tadi bermain di papan jungkit pula selepas Hadif menguasai gelongsor. Agaknya mereka takut Hadif salah anggap bahawa mereka adalah musuh Cicakman, Rrama. Tak pasal-pasal pula mereka kena bertarung dengannya. Adira ketawa sendiri dengan fikirannya. Sempatlagi dapat ilham merepek yang tidak masuk akal dengan memerhatikan telatah anak saudaranya.

Tiba-tiba Hadif menjerit. Adira terpana. Rupa-rupanya Hadif menjerit sambil mengejar seekor kucing dengan gaya tangan Ultraman menembak musuh. Adira mendengus. Itu dia Hadif Si Ultraman sedang mengejar raksasa kucing pula. Nakal betul. Mengusik kucing. Kucing yang lari dari Hadif itu mendekati Adira. Adira yang memang sukakan kucing terus mendukung kucing itu.

“Manjanya,” ujar Adira sambil mengusaptubuh kucing itu. Hadif pula sudah terpacak di hadapannya dengan muka tidak puas hati.

“Mak su, letak balik kucing tu. Hadif nak main dengan dia. Kan Hadif tengah jadi Ultraman tadi,” ujarnya.

“Apa Hadif ni. Buli kucing. Kesian dia,” balas Adira.

“Habis, Hadif nak main dengan siapa lagi. Takkan nak kacau budak-budak perempuan tu pulak,” Hadif merungut. “Kalau macam ni Hadif lawan dengan mak su jelah. Hiyahh,” dia membuat gaya ingin bertinju.

“Nakal betullah,” ujar Adira. Dia masih mendukung kucing tadi. Hadif dengan tiba-tiba berlari kembali ke gelongsor. Adira menggeleng-geleng. Kalau jatuh nanti jenuh dia yang kena pujuk.

“Letak balik kucing tu !”

Adira mengerutkan dahinya. Dia pasti itu bukan suara Hadif. Garau. Tegas. Suara lelaki dewasa. Hadif pun sudah pergi. Tak mungkin ada hantu di situ. Adira berpaling mencari gerangan pemilik suara. Dia terkedu. Junaidi di belakangnya.

“Takut ?,”soal Junaidi sambil mengangkat kedua-dua keningnya. Senyum muncul di hujung bibirnya. Adira hanya memandang Junaidi tanpa perasaan.

Handsome ke ?,” ujar Junaidi sambil menolak rambut depannya ke belakang. Tidak ubah seperti gaya model rambut.

“Memang tak lah !,” balas Adira sambil mencebir bibir.

Junaidi ketawa melihat reaksi Adira.

“Perangai tak berubah,” ujar Junaidi tersenyum-senyum. Adira memberikan jelingan kepadanya.

“Tommy ! Tommy suka ya awek garang ni. Jangan nakal-nakal tau,” ujar Junaidi kepada kucing yang berada dalam dukungan Adira.

“Kucing awak ke ?,” soal Adira.

“Ni Tommy family saya. Adikkesayangan saya,”Junaidi mengosok-gosok kepala Tommy.

“Tommy ni baik je. Tak macamtuan dia kan ? Kan, Tommy ?,”Adira berkata kepada Tommy.

“Tapi Tommy ni comel. Macam tuan dia,” ujar Junaidi pula sambil tersenyum bangga.

“Tolonglah. Tak habis-habis dengan perasan,” kata Adira pula.

“Perasan tu bagus untuk motivasi diri,”balas Junaidi dengan gaya yang meyakinkan.

“Doktor falsafah mana pulak yang cakap ?,” perliAdira kepada Junaidi.

“Falsafah sendiri. Kalau tak ada orang nak cakap awak handsome, siapa lagi kalau bukan diri sendiri. Bila dahtak ada langsung yang puji awak, even yourself, tak ada lah motivasi. Tak ada keyakinan. Tak ada semangat. Macamana nak berdepan dengan orang ramai ? Samalah dengan benda lain. Kerja.. hubungan..,” ujar Junaidi panjang lebar.

“Saya tahu. Wow, budak Junaidi yang nakal dulu dah jadi lelaki berfalsafah,”balas Adira sambil senyum sinis.

Matured dan handsome,” ujar Junaidi dengan lagaknya.

Matured ?,” balas Adira dengan dahiberkerut. “Perangai merepek awak tu tak berubah pun. Awak mungkin nampak macam orang tua tapi mengenakan orang masih sebati dengan awak,”sambung Adira.

That’s me. Tua ? Dewasa lah. Baru 25 tahun. Im still young.”

I’m younger than you,”balas Adira.

“Awak budak lagi. Hingus keluar. Kena buli. Tengok tu makan keropok je kerjanya.” Junaidi menuding ke arah plastik keropok Hadif.

“Siapa berani buli saya !,” Adira menjegilkan matanya kepada Junaidi.

“Saya ?,” balas Junaidi mengusik.

“Awak tu memang tak betul.”

Don’t worry. I’m senior. I’m here now. I will guide you.”

For what ?”

“Untuk beri tunjuk ajar tentang hidup.”

“Awak nak beri tunjuk ajar kat saya dengan perangai gila awak tu ? Gila saya jadinya nanti,” balas Adira .

“Baguslah. Bolehlah kita gila-gila bersama.”Junaidi ketawa sendiri.

Adira terus terbayangkan anime Lovely Complex. Watak pasangan dalam anime itu memang kelakar dan gila-gila kedua-duanya. Anime itu juga telah difilemkan. Dia lebih suka versi anime berbanding live action. Aku dengan Junaidi pasangan gila ? Tak hendaklah ! Getus hatinya.

“Awak gila lahsorang-sorang,” balas Adira.

“Mak su, ni siapa ? Boyfriend ke ?,”tegur Hadif tiba-tiba. Entah bila dia mendekati mereka.

Boyfriend ? Ni makhluk asing dari planet Pluto, Hadif. Cepatlah fire dia,” balas Adira. Junaidi ketawa.

“Jom bertarung, perwira kecil !,” ujar Junaidi sambil membuat aksi mahu berlawan.

“Cabaran diterima ! Wachaa !,” balas Hadif lalu meluru ke arah Junaidi dengan laju. Mereka bertarung bersama. Hadif Si Ultraman bertarung dengan Makhluk Asing Junaidi. Adira senyum sambil menggeleng-geleng. Elok benarlah dia orang ni ! Getus hatinya.

Kemudian Hadif dan Junaidi bermain kejar-kejar pula. Adira duduk di bangku tadi bersama Tommy. Dia baru perasan dua budak perempuan tadi sudah tiada. Entah bila mereka beredar. Mungkin mereka takut dengan Makhluk Asing Junaidi yang muncul dan mengganas sambil bertarung dengan Hadif Si Ultraman.

“Adira, bila nak approve friend request saya kat facebook !” laung Junaidi sambil bermain dengan Hadif.

“Eh, saya tak tahu pulak !,” balas Adira. Dia mengelat .Memang dia belum lagi menerima permintaan menjadi rakan facebook dari Junaidi. Memang dia sengaja.

“Saya bagi masa seminggu !,” laung Junaidi lagi.

Setahun saya biarkan !, balas Adira lagi. Dia tidak peduli. Apa sajalah yang Junaidi boleh buat kepadanya. Ini bukan lagi zaman kanak-kanak mereka.



P/S: sorry lama tak sambung. dah ada kelas. busy dengan assignmen. lagipun ni final sem. ada masa lagi sy sambung. TQ kepada yg setia membaca.
Last edited by Leafumi on 4-7-2014 11:33 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 08:20 AM | Show all posts
yeah... finally ada sambungan... tq TT...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.516869 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list