Ayrin membuka pintu rumah. Dia terkejut apabila mendapati seorang wanita berada di ruang tamu. Wanita itu sedang duduk membaca majalah. Ayrin tidak kenal wanita itu. Dia masuk dengan kehairanan.
“Eh, Ayrin kan ?” wanita itu menegur.
Wanita itu nampak seperti berumur dalam linkungan 30-an. Dia mengenakan dress paras lutut. Betisnya terdedah. Ayrin tidak suka melihatnya. Wanita itu nampak gedik semacam. Membuat Ayrin menyampah.
“Ayrin !,” tegur ayah pula yang baru datang dari dapur. Ayrin sudah memandang ayahnya satu macam.
“Ni kawan ayah, panggil Auntie Maria.” Ayah memperkenalkan wanita itu. Dia mengambil tempat duduk di sisi Maria. Ayrin masih memandang dengan pandangan benci. Dia tidak mahu lagi tunggu lama di situ. Segera Ayrin memanjat tangga.
“Ayrin !”panggil ayah. Ayrin buat tak dengar. Benci. Dia masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.
Kenapa mesti ayah memilih wanita-wanita seperti itu ? Jijik Ayrin memikirkannya. Perangai ayah tak pernah berubah. Ayrin memandang gambar emak yang terletak di meja belajar. Tak pernah Ayrin bertemu dengan arwah emak. Kata Mak Long, emak meninggal setelah melahirkan Ayrin. Selepas itu, Ayrin diserahkan kepada Mak Long untuk dijaga buat sementara waktu. ayah kemudian ke luar negara. Ketika Ayrin sudah berusia 12 tahun, barulah ayah menjaganya semula. Mujurlah ayah juga tidak berpindah dan mahu terus tinggal disitu. Kalau tidak dia tidak mungkin dapat berkawan dengan Isac sampai sekarang. Semakin lama membesar di bawah jagaan ayah, dia tidak pernah rasa cukup perhatian. Ayah sering sibuk dengan kerja dan terkini, ayah sering keluar dengan wanita yang tidak dikenali Ayrin. Sekarang bawa masuk rumah pula. Sakit hati Ayrin memikirkannya. Kalaupun ayah mahu mencari pengganti emak, bukan wanita-wanita seperti itu yang Ayrin inginkan sebagai emaknya.
***
Ayrin menuju ke padang tempat lepaknya. Setibanya di situ, dia mermarkirkan motosikal. Kemudian dia berjalan masuk ke padang dan mundar mandir tanpa tujuan. Tiba-tiba dia lihat seekor kucing yang juga sedang berjalan tanpa arah tuju sepertinya. Kemudian kucing itu berlari-lari menuju ke arah permainan terowong simen yang tidak jauh dari situ. Ayrin mengejarnya. Setibanya Ayrin di terowong simen itu ,dia mencangkung dan menmbelai kucing itu. Kucing itu menjadi manja. Tiba-tiba kedengaran tapak kaki orang sedang berlari. Ayrin memasang telinga.
“Diam ! Kau tak paham aku ! Diam jelah ! Kau tau apa !” kedengaran suara lelaki menjerkah-jerkah. Ayrin tercengang. Dia mengintai di sebalik terowong simen itu. Seorang lelaki sedang bercakap di telefon bimbit. Nada yang marah-marah.
“Diam lah ! Korang semua tak guna ! Aku benci korang sampai bila-bila !” jerit Isac lagi kemudian mematikan talian. Dia memasukkan telefon bimbit ke dalam kocek seluar. Perlahan-lahan dia menghampiri terowong simen. Ayrin menginjak sedikit untuk memastikan Isac tidak nampak dia di situ.
Isac duduk diatas terowong. Dia mengeluh seorang diri. Tiba-tiba dia terdengar bunyi kucing. Isac tertarik denga bunyi kucing itu kemudia turun dari terowong. Dia mencari-cari di mana kucing berada. Namun dia terperanjat apabila yang ditemuinya bukan kucing saja tetapi perempuan juga. Yang sedang memeluk kucing.
“Kau buat apa ni Ai ?” tanya Isac hairan.
Ayrin mengetap bibir. Nak dimarahinya kucing itu tak boleh pula. Dia hanya makhluk Allah yang tdak tahu apa-apa. Kucing itu berbunyi kerana Ayrin cuba menariknya dari pergi tadi. Ayrin melepaskan kucing lalu berdiri.
“Apa ? Aku main kucing lah.” Jawabl Ayrin nada acuh tak acuh. “Eh, kau buat apa kat sini?” soalnya pula.
“Aku.. err..”Isac tidak tahu mahu menjawab apa.
“Balik lah !”ujar Ayrin.
“Hah ?” Isac tidak faham.
“Balik lah !Aku nak lepak ni jangan kacau !”
“Eh, aku yang nak duduk sini !”
“Eh, aku dah lama sampai sini tau !”
“Aku pun nak jugak duduk sini ! Sini tempat aku tenangkan fikiran aku.”
“Hei, kau baliklah ! Aku pulak yang nak relax kat sini. Kau ingat kau sorang aje ada masalah ?”
Ayrin berkeras untuk tidak mahu beredar. Begitu juga dengan Isac. Isac tidak lagi meneruskan sesi bertekak mereka. Dia duduk di terowong simen yang paling hujung. Membiarkan Ayrin duduk di terowong simen tadi.
“Kenapa kau datang sini ?” soal Isac tiba-tiba.
“Kenapa tanya?” balas Ayrin.
“Sebab aku nak tau lah.”
“Aku nak ambik angin.”
“Hah ? Kau tipu lah.”
“Tipu apanya?”
“Selalu kau dah jarang datang sini tanpa sebab. Mesti ada apa-apa ni.” Isac menduga.
“Eh, kau pandai-pandai apa ?”
“Tadi kan kau cakap ada masalah.”
Ayrin mengeluh. Dia tidak dapat lagi berpura-pura. Dia tidak pandai berpura-pura dengan Isac. Tidak dapat menahan lagi, dia meluahkan masalah dengan ayahnya kepada Isac. Tentang bagaimana dia benci ayahnya membawa masuk wanita sebegitu ke dalam rumahnya. Isac mendengar.
“Kau tak cuba cakap dengan ayah kau ?”
“Cakap apa ?”
“Kenapa dia buat macam tu ?”
“Malas ah. Aku benci dia. Aku tak pernah rasa rapat dengan dia. Asyik pergi cari betina aje. Lelaki tak guna.”
“Wei, aku ni lelaki jugak.”
Ayrin tergelak mendengar kata-kata Isac yang menegur cakapnya tadi. Isac hairan. Entah apa yang kelakar sangat. Isac tak dapat menyatakan sama ada itu tawasindir atau pun tawa biasa saja.
“Kau kena bersedia untuk dapat emak baru.” Ujar Isac. Ayrin mendengus marah. Tidak senang mendengar ayat ‘bersedia mendapat emak baru’ itu.
“Isac, tadi aku terjumpa Adi.”
“Adi ?”
“Ya.. Adi and the gang.”
“Diorang kacau kau ke ?”
“Isac, baik kau bagitau aku sebenarnya apa yang dah jadi ?” kali ini Ayrin berpaling ke arah Isac. Isac juga duduk sambil menghadap ke arahnya. Angin tiba-tiba bertiup lembut.
“Kau potonglah rambut kau tu. Panjang sangat. Dah macam puntianak tau tak ?” tiba-tiba Isac memberi komen tentang rambutnya yang memang sudah panjang hampir mencecah pinggang.
“Eh, suka hati aku lah !” ujar Ayrin lalu membaling topi yang dipakainya sejak tadi ke arah Isac. Isac pantas menyambut topi itu. Dia menggosok-gosok lalu memakainya di kepala. Suka hati dia saja memakai tanpa izin. Namun Ayrin tidak marah. Dia membiarkan saja.
“Cerita kat aku, Isac..” pujuk Ayrin. Isac hanya memandang Ayrin tanpa bersuara.
“Eh, ni ada nama kau lah kat topi ni. Siapa jahit ni ?” soal Isac pula sambil membelek sulaman ‘Ayrin’ di topi itu. “ Nice !,” pujinya pula.
“Aku lah siapa lagi..” balas Ayrin. Isac membuat muka tidak percaya. Kemudian dia ketawa kecil.
“Gelak apa pulak ?” tanya Ayrin tidak puas hati.
“Pandai jugak kau jahit ye ? Aku ingat kau tak reti nak buat kerja-kerja orang pompuan ni,”ujar Isac sambil tersengih-sengih.
“Kau ni ! Kurang asam betul !” marah Ayrin. “Baik kau cerita kat aku cepat ! Sebelum aku pergi sepak kau !” ugut Ayrin pula.
“Kau nak sepak aku ? Apa lah sangat sepakan kau, Ai ?” balas Isac memperlekehkan Ayrin.
“Cepat cerita!” Ayrin mengeraskan suaranya.
“Sebenarnya memang aku yang cari pasal dengan Adi,” Isac membuat pengakuan.
“Hah ?”
“Aku yang mula dulu,” tambah Isac lagi.
“Kau cakap diorang yang mula dulu ? Kau tipu aku ?”
“Ya.. kau jangan kalut boleh tak ? Aku nak lepas geram aje. Padan lah dengan Adi. Aku memang dah lama meluat kat dia.”
“Kau ! Kau ni gila la !”
“Memang aku gila pun. Mana tak gila ? Kau kenal Izad ?”
“Izad ? Izad yang dah berhenti tu ?”
“Kau tau tak dia berhenti ada sebab ?”
“Apa ?”
“Dia patah kaki sebab geng Adi pukul dia.”
“Ye ke ??”
“Ya.”
“Kau tau tak Hanif ?”
“Hanif yang dah tukar sekolah tu ?”
“Dia tu kan hampir-hampir nak terputus telinga.”
“Adi buat ?”
“Budak-budak Adi yang buat. Diorang buli.”
“Sampai macam tu sekali ?”
“Ye, tapi parents dia mintak dirahsiakan supaya tak heboh satu sekolah.”
“Diorang tu kawan kau ke dulu yang dah berhenti semua tu ?”
“Yelah. Kau mana tau.”
“Kau tak kasi tau pun. Kat rumah kau macamana Isac ?”
“Kau tau bila aku mula kena gantung ?”
“Bila ?”
“Kalau tak minggu ni maybe minggu depan.”
“Cikgu tak bagi kau surat lagi ke ?”
“Kau ni tanya banyak lah, Ai.”
Isac mengeluarkan pemetik api dan sebuah kotak rokok. Dia mengeluarkan sebatang rokok pula lalu dinyalakan. Selepas dia menyimpan kembali kotak rokok dan pemetik api tadi, dia merokok tanpa rasa bersalah di hadapan Ayrin. Ayrin terlopong memandang tingkah Isac.
“Isac, kau merokok ?” soal Ayrin tidak percaya walaupun betul-betul di hadapan matanya.
“Kau tak tau ke ?”
“Kau buang benda tu !” Ayrin bertegas.
“Eh, apasal pulak ?”
“Busuk lah !”
Isac membuat muka. Kedutan di dahi kelihatan. Dia buat tidak endah dengan Ayrin dan teruskan merokok. Ayrin sudah mula tidak senang. Entah sejak bila lelaki ini belajar merokok. Ayrin tidak sukakannya. Sudah lah busuk. Ayrin turun dari terowong simen lalu berjalan mendekati Isac dengan laju.
“Isac !” Bentak Ayrin. Dia mencapai puntung rokok di bibir Isac kemudian membuang dan memijaknya. Isac terpempan dengan tindakan Ayrin yang tidak dijangka dan pantas itu.
“Hoi, ro..rokok aku !” Isac bersuara setelah terkejut.
“Dah ! Kau nak mati ke ?? Bagi aku kotak benda ni ! Bagi !” Ayrin memaksa Isac menyerahkan kotak rokok tadi.
“Kau gila ke?” Isac juga mula tidak senang.
“Cepat lah ! Mana dia !” Ayrin masih memaksa. Dia mula mendekati Isac.
“Woi, jauh sikit ! Kau nak buat apa ni !” Isac cuak apabila Ayrin sudah rapat.
“Kotak rokok tadi mana ??” Ayrin masih berdegil demi mendapatkan kotak rokok. Dia cuba mencari-cari kotak rokok tadi di kocek seluar Isac.
Isac tanpa berlengah segera menolak Ayrin agar menjauh. Tubuh Ayrin terdorong ke belakang.
“Kau ni dah kenapa, Ai ??” Isac mula bertanya seperti hendak marah.
“Kenapa kau merokok ? Nak mati ke ??” balas Ayrin dengan amarahnya.
“Biarlah.. Kau sibuk sangat kenapa ??” bidas Isac.
“Fine ! Kau merokok lah puas-puas ! Biar sampai kau mampus ! Masa tu jangan harap aku nak kesian kat kau lagi dah !” seraya berkata-kata, Ayrin berpusing dan melangkah dengan laju tanda protes.
“Siapa mintak simpati kau ?” bidas Isac lagi.
“Okay ! Lepas ni aku takkan hirau kat kau lagi ! Tambah lagi kalau kau maish merokok ! ” jerit Ayrin.
Ayrin tiba di motosikalnya. Dia duduk di seat dan menghidupkan enjin. Ayrin meninggalkan Isac di situ. Isac memandang Ayrin pergi dengan tanda tanya. Dia tidak faham. Apa kena dengan Ayrin ? Datang bulan ke apa ?
“Isac lembap! Dah lah aku tanya tak jawab ! Merokok pulak ! “ Ayrin membebel seorang diri. Dia bengang dengan Isac yang banyak mengelak pertanyaannya tadi.
***
|