|
aku nak tanya, ada ke hukum dia or boleh ke seorang lelaki nak kawin dengan gadis yang sedang koma, tapi dipersetujui oleh bapak si gadis?
kalau ada mod tolong merge. thank you. ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ade jgak dgr kt radio psl ni..
tp nk explain mcm xberapa nk igt,takut salah...
tggu abam2 otai explain berkenaan hukum pasal ni..
boleh tmbh ilmu ... |
|
|
|
|
|
|
|
-electrifying- posted on 21-4-2014 03:58 PM ![](static/image/common/back.gif)
ade jgak dgr kt radio psl ni..
tp nk explain mcm xberapa nk igt,takut salah...
tggu abam2 otai exp ...
tulah. try google tapi x jumpa. tunggu yg otai2 jela.
|
|
|
|
|
|
|
|
wanawina posted on 21-4-2014 04:01 PM ![](static/image/common/back.gif)
tulah. try google tapi x jumpa. tunggu yg otai2 jela.
lambat plak depa ni... mgkin busy kerja kot *positif ![](static/image/smiley/onion/sing.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
koma tu ratu universe ka?tu dan dan nak nikah,macam amik kesempatan ja?tunggu jawapan relevan yang lain la dari ustat jadian..
|
|
|
|
|
|
|
|
ada ulama kata...contohnya hanafi...persetujuan dari anak gadis perlu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Perkahwinan itu sah jika mengikut kaedah fardu ain samaada gadis itu koma atau pun tidak, itu bukan sebab utama dari konteks ilmu perkahwinan. Syarat2 utama perlu dipenuhi jika berkahwin tanpa persetujuan perempuan yg kini dalam keadaan koma. Contohnya setaraf dan tiada unsur subahat yg tidak dibenarkan dalam syarak. Contohnya si perempuan itu sebenarnya tidak suka kpd lelaki itu sebelum koma. Perkara2 fitnah sewajarnya diperhatikan
Cuma tertanya2, kenapa berkahwin dgn perempuan yg koma?
Wallah Hu`alam |
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 21-4-2014 05:57 PM ![](static/image/common/back.gif)
Perkahwinan itu sah jika mengikut kaedah fardu ain samaada gadis itu koma atau pun tidak, itu bukan ...
erm, let say laki tu boyfriend gadis si koma. lepas tu mcm dia rasa dia nak jaga gadis koma tu.
macam mana ye?
|
|
|
|
|
|
|
|
wow, macam satu movie ni plak - reese witherspoon ...
anyway - apa syarah sah bakal isteri ?
berakal...mumaiyiz , baligh, islam
tapi tang loss of consciousness ni ...dia faham ke ? sedar ke?
kat sini kena buat study neuroimaging - locked in syndrome ni i citer based on citer satu consultant ni ye ......satu ketika dia bagi lecture on consciousness...
sebab ada satu kajian ini depa nak pastikan yg org koma ni bebetul braind dead atau tidak tau...so
depa takut pesakit ni ada LOCKED IN SYNDROME
maksudnya pesakit ni Nampak zahirnya koma , pemeriksaan perubatan menunjukkan dia koma tapi kita tak tahus ejauh mana aktiviti otak dia ada dan sama ada dia faham ke tak u know..
so kar Barat doctor ada yg dah sedar satu ketika dulu yg depa selama ni tersalah switched off mesin bantuan hayat semata mata bersandarkan dapat pemeriksaan klinikal je yg tak mampu nak bagi tahu sama ada
subjek yg koma tu a'live' atau dah 'brain dead'
so apa yg berlaku ialah ada satu kajian yg pandai ye
kat sini kita kena akui dan tunduk yg ALLAH jadikan manusia sebaik baik kejadian ada manusia yg bijak atas kurniaan akal dari ALALH SWT ni kata
buat imaging brain / scan the brain
okay why?
depa nak pastikan sama ada subjek ni faham dan aware tak ? so depa uji permainan yg dia suka dan tak suka
so ada signal paling kuat dalam mainan yg subjek ni familiar tennis and badminton
so melalui ujian ni
doctor / researcher tu bagi arahan
sila bayangkan tennis kalau SUKA X
sila bayangkan badminton kalau TAK SUKA X
camtu so
kat sini depa tahu dan learnt bahawa - org yg Nampak koma ni kena pastikan tak ada LOCKED IN SYNDROME.
dalam locked in syndrome - subjek tu boleh dengaq, faham dan tahu apa yg dikatakan dan ngeri bila dia dengaq org dok bincang pasal life support termination
so dalam soal ini kan
ya allah itulah keterbatsan manusia
dalam mendifinisikan
APA ITU BEING ALIVE?
what is CONSCIOUSNESS
how to know that a person is alive?
menarik kan ? topic consciousness and awareness ni ... Last edited by mbhcsf on 22-4-2014 02:36 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
wanawina posted on 21-4-2014 08:20 PM
erm, let say laki tu boyfriend gadis si koma. lepas tu mcm dia rasa dia nak jaga gadis koma tu.
...
Jika itu niatnya, saya no komen. Jika niat nak bantu kerana Allah, semoga Allah bantu kamu dan bakal isteri kamu dlm erti kata yg sebenar2nya dgn izinNya.
Berdoalah semoga Allah permudahkan urusan didunia utk bekalan diakhirat kelak k? Insya`allah Last edited by Abangcute on 22-4-2014 12:52 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Minta rujuk hadith berikut:
“Al-Ayyimu (wanita yang pisah dengan suaminya karena meninggal atau cerai) tidak dinikahkan mendapatkan perintah darinya (harus diungkapkan dengan jelas persetujuannya). Dan gadis tidak dinikahkan sebelum diminta persetujuannya (baik dengan perkataan atau diam). Para shahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana persetujuannya?' Beliau menjawab, 'Dia diam (sudah dianggap setuju)." (HR. Bukhori, no. 4741)
Sudah dapat ke persetujuan sebelum dia koma?
|
|
|
|
|
|
|
|
ibnur posted on 22-4-2014 03:01 PM ![](static/image/common/back.gif)
Assalamualaikum,
Minta rujuk hadith berikut:
erm, kalau ada perancangan untuk berkahwin, tapi tak tahu bila. dah anggap perempuan tu setuju ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
wanawina posted on 22-4-2014 04:12 PM ![](static/image/common/back.gif)
erm, kalau ada perancangan untuk berkahwin, tapi tak tahu bila. dah anggap perempuan tu setuju ke? ...
Assallamualaikum warahmatullah
"GADIS " tu maksudnya...anak daralah kan...Bukan Janda..
Jadi Hak memang terletak pada wali Mujbir kalau ikut mazhab kita Syafi'e...
Maksudnya, bolehlah....
Untunglah sigadis, dapat dijaga suami ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif)
(Bagaimana pun, sebelum nak bernikah , kena Rujuk Ulama secara direct....tak leh main forum je..![](static/image/smiley/default/titter.gif)
lagi pun....kena isi surat kebenaran pej agama kan....masa tu cubalah rujuk...kalau elok, pi terus jumpa Mufti atau ustaz Ustaz kat sana,...
Utk bacaan awal, cuba fahamkan yg Uncle copy paste ni..
(bukan Uncle yg tulis ya...nanti ada yg jata "ustaz jelmaan/ jadia jadian pulak.. ...Uncle memng Hantu jadian je..![](static/image/smiley/default/3laugh.gif)
Wali Mujbir
Wali mujbir ertinya wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin perempuan itu terlebih dahulu. Menurut Mazhab Shafi’e, wali mujbir itu terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya sampai ke atas. Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa memaksa perempuan berkahwin. Dalilnya ialah:
'Perempuan janda lebih berhak pada dirinya daripada walinya dan perempuan perawan atau dara dikahwinkan oleh bapanya'.
(Riwayat Darul-Qutni)
Hadith ini menunjukkan bapa atau datuk mengahwinkan anak perempuan yang perawan tanpa meminta izin anak perempuan itu terlebih dahulu adalah sah.Dalam kes Syed Abdullah Al-Shatiri lawan Syarifah Salmah (1959, Jld. I, II, JH), ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura, Yang Arif Hakim Ahmad bin Ibrahim menyatakan, mengikut Mazhab Shafi’e, apabila seorang anak dara dikahwinkan oleh bapanya tanpa minta izin anak dara itu terlebih dahulu, maka adalah sah perkahwinan itu.
Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang bapa Syed Abdullah Al-Shatiri mengahwinkan anak daranya Syarifah Salmah dengan Syed Idros bin Saggof Al-Jofri tanpa izin anak dara itu. Bapa itu bertindak sebagai wali dan ia sendiri menikahkan perkahwinan itu. Anak perempuan itu enggan menerima suami pilihan bapanya. Anak perempuan itu membawa kes itu ke Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah Singapura telah mengeluarkan perintah bahawa perkahwinan itu tidak sah berdasarkan hadith: Pertama:
Rasululah saw bersabda:
'Janganlah kahwinkan seseorang perempuan yang tidak anak dara (janda) sehingga kamu mendapat kuasanya terhadap perkahwinnan itu dan janganlah kahwinkan seorang anak dara sehingga dipinta izinnya'.
(Riwayat Al-Bukhari)Kedua:
Rasulullah saw bersabda:
'Seseorang yang bukan anak dara mempunyai hak yang lebih besar mengenai dirinya daripada penjaganya. Persetujuan seorang anak dara haruslah dipinta berkenaan dengan sesuatu mengenai dirinya dan diam membisu pada haknya itu adalah bererti memberikan persetujuan'.
(Riwayat Muslim)Bapa telah membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura bahawa ia mengahwinkan anak dara perempuannya tanpa izin perempuan itu atas bidang kuasanya sebagai wali mujbir.
Menurut Ahmad Ibrahim ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura itu menyatakan:
'Hadith-hadith yang menjadi alasan Mahkamah Syariah Singapura itu sebenarnya dipertikaikan oleh ulama mengenai makna 'meminta izin anak dara' yang terdapat dalam hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Menurut Imam Malik, Imam Shafi’e, Imam Ahmad dan ulama-ulama dalam Mazhab Syafi’e seperti Imam Nawawi, maksud 'meminta izin anak dara' adalah sunat bagi wali mujbir meminta izin terlebih dahulu daripada pengantin perempuan seperti mana dengan maksud hadith yang dieriwayatkan oleh Darul-Qutni'. Selanjutnya Ahmad Ibrahim memetik pandangan Mazhab Syafi’e sepertimana yang terdapat dalam kitab Minhaj Talibin, karangan Imam Nawawi:
'Seseorang bapa boleh mengikut kehendaknya mengahwinkan anak perempuannya tanpa meminta izinnya, tidak kira berapa umurnya dengan syarat anak itu masih anak dara. Walau bagaimanapun adalah sunat berunding dengannya mengenai bakal suaminya itu; dan izin rasminya ke atas perkahwinan itu adalah perlu jika dia telah kehilangan daranya. Manakala seseorang bapa mengahwinkan anak perempuan sewaktu anak itu masih di bawah umur, maka anak perempuan itu tidaklah boleh diserahkan kepada suaminya sebelum dia mencapai umur akil baligh. Jika berlaku kegagalan pada pihak bapanya, maka bapa kepada bapanya (datuknya sebelah bapa) hendaklah menjalankan semua kuasanya. Kehilangan dara menghapuskan hak mengahwinkan anak perempuan tanpa izinnya, dan tidaklah ada perbezaan di dalam aspek ini bahawa kehilangan Ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan itu juga Ahmad Ibrahim merujuk kepada buku 'Mohamed Law Of Inheritance, Marriage And Right Of Women' oleh Syeikh Abdul Kadir bin Muhammad Al-Makkawi menyatakan : Seseorang bapa atau datuk mengahwinkan seorang anak dara tanpa persetujuan anak dara itu adalah sah dengan syarat: Janganlah hendaknya terdapat antara anak dara itu dengan bapanya atau datuknya yang mengahwinkannya itu apa-apa sifat permusuhan yang nyata dan tidak pula terlindung daripada pengetahuan orang-orang di tempat anak dara itu berada. Si suami itu hendaklah sama tarafnya (sekufu) dengan anak dara itu. Si suami itu hendaklah mampu membayar mas kahwin. Janganlah hendaknya terdapat sifat permusuhan baik di luar mahupun di dalam antara anak dara itu dengan si suami. Bapa atau datuk itu tidak boleh mengahwinkan anak daranya dengan mas kahwin yang terkurang menurut nilai mata wang negara itu. Berdasarkan alasan-alasan di atas, Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura berpendapat bahawa perkahwinan yang dianjurkan oleh wali mujbir tanpa izin perempuan itu adalah sah. Maka keputusan Mahkamah Syariah yang terdahulu itu telah dibatalkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ibnur posted on 22-4-2014 03:01 PM ![](static/image/common/back.gif)
Assalamualaikum,
Minta rujuk hadith berikut: “Al-Ayyimu (wanita yang pisah dengan suaminya karena meninggal atau cerai) tidak dinikahkan mendapatkan perintah darinya (harus diungkapkan dengan jelas persetujuannya). Dan gadis tidak dinikahkan sebelum diminta persetujuannya (baik dengan perkataan atau diam). Para shahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana persetujuannya?' Beliau menjawab, 'Dia diam (sudah dianggap setuju)." (HR. Bukhori, no. 4741)
Berkenaan Hadith yg di bawa Tuan Ibnur....ada disebut dlm artikel di atas..
Menurut Ahmad Ibrahim ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura itu menyatakan:
'Hadith-hadith yang menjadi alasan Mahkamah Syariah Singapura itu sebenarnya dipertikaikan oleh ulama mengenai makna 'meminta izin anak dara' yang terdapat dalam hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Menurut Imam Malik, Imam Shafi’e, Imam Ahmad dan ulama-ulama dalam Mazhab Syafi’e seperti Imam Nawawi, maksud 'meminta izin anak dara' adalah sunat bagi wali mujbir meminta izin terlebih dahulu daripada pengantin perempuan seperti mana dengan maksud hadith yang dieriwayatkan oleh Darul-Qutni'. Selanjutnya Ahmad Ibrahim memetik pandangan Mazhab Syafi’e sepertimana yang terdapat dalam kitab Minhaj Talibin, karangan Imam Nawawi:
'Seseorang bapa boleh mengikut kehendaknya mengahwinkan anak perempuannya tanpa meminta izinnya, tidak kira berapa umurnya dengan syarat anak itu masih anak dara. Walau bagaimanapun adalah sunat berunding dengannya mengenai bakal suaminya itu; dan izin rasminya ke atas perkahwinan itu adalah perlu jika dia telah kehilangan daranya
Last edited by burungantu on 22-4-2014 06:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 22-4-2014 06:52 PM
Berkenaan Hadith yg di bawa Tuan Ibnur....ada disebut dlm artikel di atas..
Assalam tuan burungantu,
mengikut posting tuan, hadith tersebut dipertikaikan. Maksudnya ada masaalah khilaf. Dan gadis itu dalam koma pula.
satu lagi hadith di rujuk
Dari Ibnu Abbas ra, bahwa ada seorang gadis datang kepada Nabi saw., lalu mengadu bahwa bapaknya telah mengawinkan dirinya padahal ia tidak mau, maka kemudian Nabi saw. menyerahkan sepenuhnya kepadanya antara membatalkan perkawinannya atau meneruskannya.” (Shahih: Shahih Ibnu Majah:1520, ‘Aunul Ma’bud VI: 120 no:2082, dan Ibnu Majah I:603 no:1875). |
|
|
|
|
|
|
|
ibnur posted on 22-4-2014 07:07 PM ![](static/image/common/back.gif)
Assalam tuan burungantu,
mengikut posting tuan, hadith tersebut dipertikaikan. Maksudnya ada ma ...
Kalau gadis tu boleh buat pilihan utk batalkan...Ini membawa maksud..Pernikahan tu SAH...
(Kalau dah tak sah..tak perlu dah dibatal batal.. )
Bagaimana pun...kes ni merujuk kepada Mahkamah Syariah Singapura....& Keputusan Mahkamah Rayuan tu yg paling kuat...
|
|
|
|
|
|
|
|
ibnur posted on 22-4-2014 07:07 PM ![](static/image/common/back.gif)
Assalam tuan burungantu,
mengikut posting tuan, hadith tersebut dipertikaikan. Maksudnya ada ma ...
Sebab Rasullullah s.a.w telah bagi piihan utk diteruskan atau dibatalkan....menjadi bukti yg sangatkuat..IANYA PADA ASALNYA ADALAH SAH.
waAllahu a'lam..
|
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 22-4-2014 06:47 PM ![](static/image/common/back.gif)
Assallamualaikum warahmatullah
"GADIS " tu maksudnya...anak daralah kan...Bukan Janda..
oooo... mcm tu ye uncle. thanks eh.
|
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 22-4-2014 07:15 PM ![](static/image/common/back.gif)
Sebab Rasullullah s.a.w telah bagi piihan utk diteruskan atau dibatalkan....menjadi bukti yg s ...
assalamualaikum tuan brungantu,
Saya bukan hendak mempertikaikan status pernikahan jika ia berlaku. Imam Malik dalam kitab Muwatta' menyebut 'harus' meminta izin (matan hadith yang sama dgn hadith buhkhari/muslim di atas). Dalam sunan ibnu majah dalam riwayat lain ada penambahan ayat "dia adalah janda" dalam hadith ibnu majah 1825 di atas. Jadi, kalau nak dikatakan hukum, saya pun setuju kalau dikatakan ikut ijmak ulamak ia adalah sunat.
Dalam keadaan gadis koma, katalah kita ni wali mujbir itu, adakah kita nak utamakan hukum sunat itu atau kita nak gunakan rukun nikah sahaja?
Adakah wajar seorang wali itu percaya bila datang sorang lelaki menyatakan dia nak jaga anak orang yang sedang koma dan kononnya mereka adalah pasangan kekasih? Ada ilmukah dia nak jaga orang koma?
Ini berlainan kalau pasangan itu sedang bersiap utk berkahwin tetiba perempuan tu menemui kemalangan lalu koma. Ini pun sesilap perkahwinan ditangguhkan.
Adakah nanti tak ada isu-isu lain yang perlu difikirkan. Satu contohnya, bapa perempuan koma mati lalu perempuan koma tu mewarisi harta. Belum sempat dia sedar, dia mati. Lalu laki dia dapat pula bahagian yang akan difaraidkan .......pulak.... perempuan yang koma tu pun tak tahu apa-apa sehingga lah hari dibangkitkan.
Ampun dan maaf kalau ini satu pertikaian, saya cuma memikirkan hak seorang yang sedang tidak sedarkan diri untuk tempoh yang lama. Bukan pitam sekejap tapi koma.
|
|
|
|
|
|
|
|
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh
Terima kasih Tuan Ibnur Jazakallahu khairan khatsira....
Uncle setuju 100% dgn penerangan Tuan Ibnur ...& percaya ianya patut diambil berat .
Cumanya....Uncel cuma sentuh "BASIC HUKUM" nya...makanya...sebab dah drp hukum syara' nya SAH....maka ianya..SAH.
Kalau kita rujuk kisah perkahwinan Rasullullah s.a.w dgn Syadatina Aishah R.A pun...ianya melibatkan "pernikahan"dgn gadis yg tak tau apa apa (Masa pernikahan..Usia Ibunda kita Aishah baru 6 tahun! tak tau apa! )...TAPI TETAP SAH...
TAPI....Betul sangat kata Tuan Ibnur...ada banyak perkara yg wajib diteliti....spt yg Tuan Ibnur sebutlah...JANGAN ADA PENGINYAAN...JANGAN ADA PENIPUAN, ...DSBNYA...
Tapi..kalau spt kata TT...si gadis dan teruna memang sepasang kekasih...dah memang berkasih kasihan...& memang si teruna Iklas nak mejadi suami supaya boleh menjaga sigadis tanpa sekatan hukum, aurat dsbnya..
Ini sudah spt satu pengorbanan yg sgt baik..
Jadi...jawaban Uncle hanyalah menyebut HUKUM ASAS : SAH NIKAH.
TAPI...DRP SEGI PERLAKSANAAN.....perlu kpd penelitian spt yg dibawa oleh Tuan Ibnur.
wallahuyahdi ilaa sawaussabil...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|