Bacaan Kuat Selain AzanDisiarkan pada January 15, 2011
BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)
Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
[size=1em]“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
[size=1em]“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
[size=1em]“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.
Bacaan selain azan di pembesar suara patut dihentikan – Dr Mohd Asri Zainul Abidin
APRIL 15, 2014
Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan selain azan yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan Al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;
Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain daripada itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
Walaupun bacaan Al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain.
Ramai orang bukan Islam keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih lima minit.
Sebenarnya, Nabi Muhammad sendiri melarang orang menguatkan bacaan Al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi Muhammad, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (Al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat.” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi Muhammad melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin mengulas hadis ini dengan katanya:
“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa, tiada syak lagi meninggalkan perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid. Dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya imam masjid jangan lakukan ini. Boleh jadi sesetengah orang sudah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduk semuanya Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
Ulama silam juga mengingatkan hal ini, bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi pernah berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampuradukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca Al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajud. Semuanya itu adalah perkara-perkara munkar.” ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salah faham banyak pihak. – drmaza.com, 15 April, 2014.
* Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Perak.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Last edited by abgsedapmalam on 15-4-2014 08:27 PM
Post time 15-4-2014 07:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ini pandangan saya menurut kajian terbaru kebaikkan mendengar bacaan Alquran. Jika dipasangkan bacaan Alquran pada pembesar suara, byk penyakit boleh diselesaikan.
Kekadang kita kena tgk juga masaalah penyakit org sekitar. Alquran adalah mukjizat. Tidakkah menguntungkan org yg bukan Islam jika dgn bacaan Alquran di pasang antara penyumbang memperbaiki kesihatan dgn izin Allah. Rugi ler kalau tak mahu.
Byk kajian yg dilakukan yakni apabila kita membaca Alquran atau mendengar bacaan Alquran, struktur air berubah seakan2 kristal dan tidak boleh disamakan dgn kristal air zam zam. Tidak sukakah kita melihat semua org sihat?
Org yg sakit selalunya byk mendengar lagu2 rock. Mengikut kajian, memasang lagu rock atau heavy metal antara punca rosaknya struktur air di dlm tubuh badan dan majoriti peminat lagu ini bermasaalah dari semua sudut. Utk mengubah struktur yg sudah terbiasa dgn kerosakkan struktur air adalah amat sukar kerana mereka2 ini dah terbiasa dgn kerosakkan struktur air dlm tubuh badan. Inilah antara agenda syaitan utk merosakkan jiwa manusia dgn izin Allah.
So perangai manusia takkan berubah jika tidak melihat kebaikkan utk semua manusia kerana Alquran itu mukjizat yg memberi byk manfaat walaupun jika hanya mendengar
Umat Islam zaman ini jahil, tu pasal statement keluar dari manusia yg tak faham makna mukjizat utk manusia. Saya menyeru, ulama2 perlu ketengahkan kajian ini kpd org bukan Islam supaya mereka memperolehi manfaat dari kajian yg sahih.
Jika tak mahu bantu manusia, bantulah diri sendiri menghindar penyakit2 yg semakin menjadi2. Apa nak heran jika yg byk mati lepas ini org yg byk merungut dan jahil ilmu ini?
Saya pun heran, benda menguntungkan pun tak mahu? Ikut suka kamu ler labu oit... hehehe.
p/s : perumpamaan org sakit, jika ambil ubatan2 belum tentu sembuh sepenuhnya, dan jika diambil makanan utk kesihatan yg bertindak memulih sel, ramai yg tak tahan sakit sedangkan jika mereka bersabar, sakit itu akan berkurangan dan akhirnya hilang dgn izin Allah. Samalah juga jika benda tak perlu bayar hanya dgn mendengar bacaan Alquran boleh memulihkan struktur yg rosak, cuma dah badan pun rosak teruk, hati lagi ler teruk tak gitu?
Manusia hanya merancang, Allah yg menentukan. Last edited by Abangcute on 15-4-2014 07:44 PM
Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itudilarang oleh Nabi s.a.w
penerangan pendek, asalkan padat dengan makna dah cukup. kalau panjang tapi meleret-leret pun takde guna. orang jadi malas nak baca.
tambah lagi, tempat2 camni penerangan haruslah UMUM. mudah difahami SEMUA golongan.
cukup kat sini mengatakan, suara tidak kuat tidak bermakna orang tak sembahyang. azan utk mengajak orang sembahyang. kalau orang dah sembahyang, ini TITIK segala persoalan.
Post time 15-4-2014 11:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sebelum saya undur diri, saya ingin memberikan pendapat, boleh jadi pendapat saya benar boleh jadi tidak benar.
Baru2 ini saya mendengar khabar seorg lelaki Islam yg tinggal menyewa selama 2 tahun di kawasan sering mendengar azan tiba2 membuat laporan polis.
Pada pandangan saya, Allah sedang memberi peringatan dan ujian kpd lelaki ini dan kita semua. Jika ada hamba2 Allah memohon utk kita semua diberikan petunjuk hidayahNya, pasti doa yg dimakbulkan itu mendatangkan mudarat kpd org yg JAHIL ILMUNYA dan AMALNYA. Berhati2 ketika berbicara kerana saya pernah lalui keadaan itu dan juga selepas itu ujian kematian. Alhamdulillah, Allah izinkan saya hidup selepas melalui salah satu ujian yg dimaksudkan di atas.
Ramai ulama2 suruh kita berdoa diberikan hidayah kpd org2 yg kita sayangi akan tetapi berapa byk ulama2 yg faham penyakit itulah tanda hidayah kpd hamba2 yg kita doakan. Sebaik2 ulama adalah ulama yg faham apa yg di ajar dan apa yg bakal terjadi. Dan kita semua perlu sedar kita SEMEMANGNYA UMAT AKHIR ZAMAN. Jika kita abaikan peringatanNya yg berbentuk hidayah utk mengislah diri, saya khuatir ada manusia yg Allah kembalikan dgn penuh kehinaan.
Selaku umat Islam yg perihatin dgn masaalah azan ini, kita sewajarnya memandang kejadian ini suatu anugerah Allah utk merapatkan lagi hubungan silaturrahim dgn org yg tidak kita kenali sambil menjelaskan makna hidayah Allah kpd kita dlm meneruskan kehidupan.
Janganlah kita mengeluarkan sebarang hukum jika kita tidak mengetahui pengertian hidayah.
Bacalah surah Al-Kahfi dan fahamkan betul2 dimana silapnya kita ketika berhukum. Boleh jadi org yg memarahi azan dilaungkan itu memperolehi pahala percuma dari kita kerana berhukum tanpa petunjukNya.
Jika tak puas hati dgn kata2 saya, saya mohon maaf. Akan tetapi jika tak puas hati dgn ketetapan Allah sambil berhukum tanpa petunjukNya, saya khuatir kitalah antara penghuni neraka yg dijanjikan olehNya.
Sama2lah kita bertaubat dan mengislah diri kita dgn izinNya. Allah Jua Yg Maha Mengetahui perihal ini
Saya x kisah apa pun. Bukalah hadis qudsi dan baca utk maklumat (Manusia terakhir dan cita2) :
Berkata Imam Muslim rahimahullah di dalam Shahih Muslim diriwayatkan daripada, Abu Hurairah Radiallahu`anhu bercerita, bahwa para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah ShallallahuAlaihi wa Sallam, "Ya Rasul Allah, apakah kita boleh melihat Tuhan kita pada Hari Kiamat?".Maka beliau menjawab, "Apakah kamu merasa samar ketika melihat bulan pada malam purnama?" "Tidak, ya Rasulullah," Jawab mereka. "Apakah kamu merasa samar ketika melihat matahari yang tidak dilindungi awan?" tanya Rasul pula, mereka menjawab "Tidak." Rasulullah Shallalhhu Alaihi wa Sallam bersabda, "Sesungguhnya kamu akan melihat-Nya dalam keadaan seperti itu." Pada Hari Kiamat nanti
Rasulullah bersabda lagi : Allah akan mengumpulkan seluruh umat manusia, lalu berfirman, "Barangsiapa yang dulu menyembah sesuatu, maka ikutilah dia." Oleh karena itu, maka para penyembah matahari kemudian mengikuti matahari, para penyembah bulan mengikuti bulan, dan para penyembah berhala lainnya mengikuti berhalanya. Dan tinggallah umat ini, termasuk orang-orang munafik. Allah datang kepada mereka dalam rupa yang tidak mereka kenali seraya berfirman, "Akulah Tuhanmu." Tetapi mereka menjawab, "Kami berlindung kepada Allah darimu. Biarlah kami tetap di sini, sampai Tuhan kami datang menemui kami. Jika Tuhan kami datang, kami pasti boleh mengenalNya." Maka Allah pun datang dalam rupa yang mereka kenal seraya berfirman, "AkulahTuhanmu." Mereka menjawab, "Engkaulah Tuhan kami." Lalu terus mereka mengikutiNya. Dan ternyata apabila titian Shirath telah dibentangkan di antara dua pinggir Jahannam. Dan aku bersama umatku adalah yang pertama sekali melintasinya. Pada waktu itu tidak ada yang berbicara kecuali para Rasul.Dan doa yang selalu mereka ucapkan pada waktu itu adalah, "Ya Allah,selamatkanlah, selamatkanlah!"
Sementara itu dari dalam Jahannam muncul kait-kait seperti duriduri pohon Sa'dan. Tahukah kamu pohon Sa'dan?" "Tahu, ya Rasulullah," jawab mereka. Rasulullah menerangkan, "Kait-kait itu seperti duri-duri pohon Sa'dan, hanya saja tidak ada yang mengetahui seberapa besarnya selain Allah. Kait-kait itu menyambar orang-orang sesuai amal mereka masing-masing. Oleh karena itu diantara mereka ada yang binasa gara-gara perbuatannya, dan ada yang berjaya melintasi." Manakala Allah memberi keputusan di antara hambahamba- Nya, dan hendak mengeluarkan beberapa orang penghuni neraka yang dikehendakiNya atas rahmatNya, maka Dia perintahkan para malaikat mengeluarkan dari neraka orang-orang yang dulu tidak menyekutukan Allah, yang mendapat rahmatNya, yaitu mereka yang dulu mengucapkan, "La Ilaaha Illallah". Para malaikat itu dapat mengenali mereka, meskipun mereka berada dalam api, dengan adanya bekas sujud pada anggota tubuh mereka. Memang, api menghanguskan seluruh tubuh anak Adam kecuali bekas sujudnya.
Demikianlah, mereka dikeluarkan dari neraka dalam keadaan hangus, lalu disiram air kehidupan (Maa' Al-Hayat). Maka mereka pun tumbuh bagaikan biji-biji yang tumbuh di antara sampah-sampah yang hanyut terbawa arus air. Sehinggalah Allah memberi keputusan di antara hambahambaNya, dan tinggallah seorang lelaki yang wajahnya selalu menghadap ke neraka. Dialah penghuni neraka yang paling akhir masuk syurga. Orang itu memohon, "Ya Tuhanku, palingkanlah wajah hamba dari neraka”. Hamba masih juga mencium baunya dan masih terasa terbakar oleh nyalaan apinya." Selanjutnya dia memohon kepada Allah permohonan-permohonan lainnya yang dia inginkan. Maka Allah pun bertanya, "Jika Aku penuhi semua permintaanmu itu, barangkali kamu masih akan meminta lagi yang lain?" Orang itu menjawab, "Hamba tidak akan meminta yang lain," lalu dia mengucapkan berbagai macam janji dan sumpah sekehendak hatinya kepada Tuhan. Dan oleh karenanya Allah memalingkannya dari neraka. Namun, ketika dia menghadap ke syurga dan melihanya, maka dia terdiam entah berapa lama sesuai kehendak Allah. Kemudian dia berkata, "Ya Tuhan, sampaikan hamba ke pintu syurga." "Bukankah kamu tadi telah mengucapkan berbagai janji dan sumpahmu, kamu tidak akan meminta apa pun selain yang telah Aku berikan?" tanya Allah. "Celaka kamu, hai anak Adam, betapa curangnya kamu ini!" "Ya Tuhanku," kata orang itu, dan selanjutnya dia memohon kepada Allah dan memohon, hingga akhirnya Allah berfirman, "Jika Aku penuhi permintaanmu itu, barangkali kamu masih akan meminta kepadaKu yang lain lagi?". "Tidak, demi keagunganMu," kata orang itu, lalu dia mengucapkan kepada Tuhannya berbagai janji dan sumpah sesuka hatinya.
Allah pun menyampaikan dia ke pintu syurga. Dan ketika orang itu berdiri di depan pintu syurga, maka nampak olehnya syurga yang begitu luas. Dia melihat keindahan dan kesenangan yang ada di dalam sana. Dan dia pun terdiam selama yang dikehendaki Allah, kemudian dia berkata, "Ya Tuhanku, masukkanlah hamba ke syurga." "Bukankah kamu tadi telah mengucapkan berbagai janji dan sumpahmu, tidak akan meminta selain yang telah Aku berikan?" tanya Allah Ta'ala. "Celaka kamu, hai anak Adam, betapa curangnya kamu ini!" Orang itu berkata, "Ya Tuhanku, hamba tidak ingin menjadi makhlukMu yang paling celaka." Lalu dia memohon dan memohon kepada Allah, sampai Allah tertawa karenanya, kemudian berfirman kepadanya, "Masuklah ke surga." Maka orang itu pun masuk ke surga, lalu Allah berfirman kepadanya, "Berangan-anganlah!" Maka dia pun meminta kepada Allah dan berangan-angan, sampai Allah sendiri mengingatkan dia begini begini, sampai berakhir segala angan-angannya. Maka Allah pun berfirman, "Kamu memperoleh itu semua(apa yang diangan-angankan), dan ditambah lagi dengan yang seperti itu."
Atha' bin Yazid mengatakan, bahwa waktu itu Abu Sa'id bersama Abu Hurairah, sedang dia tidak membantah apa pun dari hadithnya(apa yang Abu Hurairah riwayatkan) itu. Sehinggalah Abu Hurairah mengatakan, bahwa Allah berfirman kepada orang itu: "Dan ditambah lagi dengan yang seperti itu," maka berkatalah Abu Sa'id, "Dan ditambah lagi sepuluh kali ganda, hai Abu Hurairah." Jawab Abu Hurairah, "Aku tidak hafal kecuali perkataan, 'Kamu memperoleh itu semua, dan ditambah lagi dengan yang seperti itu." Abu Sa'id berkata, "Aku bersaksi bahwa aku hafal dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam sabdanya, 'Kamu memperoleh semua itu, ditambah sepuluh kali lipatnya.'" Maka Abu Hurairah berkata (melanjutkan ceritanya), "Orang itu adalah orang yang terakhir sekali masuk syurga."
Demikianlah lafaz hadith menurut Muslim dari jalur Abdur Razzaq, dari Ma'mar, dari Hammam, dari Abu Hurairah. Kemudian hadith ini dikeluarkan pula oleh Muslim dari riwayat Atha' bin Yasar dan lainnya, dari Abu Sa'id. Dia sampaikan hadith itu selengkapnya yang panjang seperti tadi, dimana terdapat kata-kata, "Sesungguhnya Dia memberikan semua itu dan sepuluh kali lipatnya." Dan menurut sebagian ungkapan: Bahwa orang itu berpindah dari neraka menuju pintu surga dengan menempuh tiga tahap. Pada tiap tahap, dia duduk di bawah sebatang pohon. Pohon yang satu lebih baik daripada pohon sebelumnya. Demikian pula hadith ini diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Mas'ud, dimana terdapat kata-kata: "dan sepuluh kali lipatnya," seperti yang dihafal oleh Abu Sa'id. Wallahu Subhanahu A'zhamu wa Akram. Begitu pula yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Ibnu Mas'ud, juga terdapat kata-kata, "Dan sepuluh kali ganda", .
HR. Muslim dalam Shahihnya 2/64-65. dan Al-Bukhari dalam Shahihnya 8/118
(Disalin dan disusun kembali oleh: Abu Ayyub dari Terjemahan Ringkasan An-Nihayah (Huru-hara Hari Kiamat, hal. 417-429), Peringkas dan Muhaqiq: Muhammad Ahmad Abdul Aziz,; Penerbit: Pustaka Al-Kautsar)
Siapakah penyelamat manusia sekelian manusia sedangkan Allah jua yg Maha Mengetahui? Buatlah apa pun jika ada sebab k? tiada sebab utk bergaduh.
Post time 21-4-2014 12:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Okeylah, jgn gado2 k? Tak perlu lihat si pulan itu gitu dan gini dgn niat dihati berbeda2. Tahu tidak akan sama maksudnya dgn faham.
Saat huru-hara itu amatlah dahsyat. Dari ketandusan kpd kebanjiran. Dari kebanjiran kpd kebekuan. Dari kebekuan kpd kemusnahan mutlak jika tanpa redha Allah. Jika saya berdusta sekalipun, tiada siapa yg rugi tak gitu?
Redha Allah bersama apa yg Dia redhai. Mengkhianati redha Allah itu menyusahkan diri sendiri.
Ada org berkata, kita buat gitu gini dan PASTI si dia milik kita. Pada pandangan saya, siapa pula milik Allah?
Menyusahkan akan menyusahkan diri sendiri. Menyenangkan akan menyenangkan diri sendiri. Tanpa redha Allah siapalah diri kita ini? Last edited by Abangcute on 21-4-2014 01:41 PM
Post time 21-4-2014 03:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Saya ingin tahu, apakah kebolehan seseorg yg boleh berdusta kpd Allah sambil Allah redha kpdNya dihari akhirat kelak? Apakah syarat2 utk berdusta dihadapan Allah. Jika TIDAK TAHU, gi lah cari guru k?