CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54893|Reply: 576

ARISSA DANIEL

[Copy link]
Post time 9-4-2014 06:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Ipo at 22-10-2015 07:01 PM




BAB 1



SUASANA meriah jelas kelihatan di majlis keraian di rumah Tan Sri Johari Nasir. Semua jemputan yang hadir adalah dari rakan kongsi dan juga orang kenamaan. Tidak lupa juga kenalan ahli perniagaan yang dijemput khas dari luar negara.

Tan Sri JN! Congratulations!” Datuk Chong peluk Tan Sri Johari seketika.

Thanks!”

Well, how did you get this things happened so fast? I mean..in just less than two years?” Datuk Rabindra pula menyampuk.

Just my luck!” Tan Sri Johari berseloroh.

“Semua orang ada tuah!” Balas Datuk Chong.

Well..actually I’m lucky to have a very determine and passion scientist. She’s very very hardworking! I’m proud of her!” Tan Sri Johari mula memuji Arissa.

Wow! She?? You mean..your scientist is a woman??” Tercengang Datuk Rabindra.

Tan Sri Johari senyum lebar.

Anyways, thanks for coming. Enjoy the party!” Tan Sri Johari berpindah ke sekelompok tetamu lain yang mula memenuhi ruang tamu.

Arissa hanya pandang rumah banglo besar yang tersergam indah. Dia jeling jam. Lapan setengah malam. Malas sebenarnya hendak menghadiri majlis seperti ini. Tambah lagi bila mendapat tahu Tan Sri Johari ingin memperkenalkan dia kepada tetamu yang hadir. Dia tidak suka bila menjadi tumpuan. Tidak betah dengan semua itu. Perlahan dia mengatur langkah. Gaun labuh yang dibeli dua tahun dulu tersarung indah di tubuhnya. Gaun yang memberi kenangan manis dalam hidupnya. Warna pastel ungu mutiara dengan hiasan mutiara putih kecil serta manik juga berona sama di sekeliling kain dan di bahagian leher, cukup elegen digayakan sewaktu majlis penyampaian anugerah hadiah kecemerlangannya sebagai pelajar terbaik dalam bidang mikrobiologi di universiti dulu sebaik tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda.

Sampai di muka pintu, Arissa sekali lagi berhenti melangkah. Teragak-agak melangkah masuk ke ruang tamu yang cukup luas dan cantik.

“Arissa!”

Arissa mendongak. Suara kuat Tan Sri Johari melaung namanya tadi cukup membuatkan semua tetamu memandang ke arahnya.

Err...”Arissa terpaksa senyum.

Wow! So gorgeous! That’s my girl!!” Tan Sri Johari merapati Arissa.

Arissa tunduk malu.

Come!”Tan Sri Johari menarik tangan Arissa masuk ke ruang tengah tamu yang cukup luas.

Arissa perhatikan sekeliling. Terasa semua mata memandang ke arahnya. Matanya melirik pada tetamu yang hadir.Semuanya berpakaian cantik dan penuh elegan. Tetamu lelaki lengkap dengan tuksedo warna hitam dan tetamu perempuan pula bergaya dengan rekaan gaun masing-masing. Dari pengamatannya, sudah tentu baju dan gaun yang tersarung di tubuh mereka adalah dari pereka fesyen yang terkenal.

“Arissa!” Nelissa peluk Arissa yang sudah mula menapak ke ruang tamu.

You’re so beautiful tonight..” Bisik Nelissa ke telinga Arissa. Mereka melangkah beriringan ke arah Tan Sri Johari Nasir.

Everyone! May I have your attention please! Let me introduce my lovely scientist and of course, my lovely daughter! Arissa Lee Badlisha! ” Tan Sri Johari mula perkenalkan Arissa  kepada semua tetamu.

Nelissa hanya senyum melihat tingkah Arissa yang mula mencuit lengannya dari tadi.

And my lovely daughter of mine, Nelissa, she’s my heir!” Tan Sri Johari juga turut perkenalkan anak gadisnya Nelissa yang akan mewarisi segala harta kekayaannya.Nelissa perlu didedahkan kepada umum.

Semua yang hadir mula bertepuk tangan.

Nelissa hanya senyum kelat. Dia jeling Arissa yang tersipu malu. Malam itu Arissa menjadi tumpuan tetamu. Cantik,elegan dan sungguh mempesona mata memandang. Dia tidak cemburu dengan semua itu. Arissa layak mendapat pengiktirafan seperti itu. Nelissa membawa Arissa berkenalan dengan setiap tetamu yang hadir.

Beb! Cangrats!!” Sebuah ciuman singgah di pipi Arissa.

Thanks..”Arissa berkata perlahan. Masih tergamam dengan apa yang berlaku. Terasa seperti cinderella yang baru muncul di tengah-tengah tetamu Putera Raja di sebuah ballroom yang besar.

Wow! So, you are  scientist?”

Arissa menoleh. Seorang lelaki berkulit agak cerah menegurnya, sudah tersengih di sebelah. Mungkin baru tiba.

Nelissa hanya memandang lelaki itu yang nyata tidak lepas merenung tajam ke arah Arissa.

“Kau anak Datuk Mustafa kan?” Nelissa perhatikan wajah lelaki yang agak gelap sedikit kulitnya namun cukup maskulin dan bergaya. Ada gaya tersendiri.

Sharif angguk. “Kenapa?”

“Tak ada apa..” Nelissa memang tidak senang jika lelaki itu hadir di situ. Sudah banyak kali dia mendengar anak Datuk Mustafa itu digelar kasanova. Pantang melihat perempuan cantik dan seksi.Ah! Apa kurangnya aku? Nelissa senyum sendiri.

Sharif senyum sinis. Dia lihat Nelissa atas bawah. Gaun labuh warna kelabu dengan bahagian leher berbentuk V memang jelas menampakkan sebahagian mahkota depan gadis itu. Seksi!

Wow! Sexy! So, you ni kakak ke adik?” Sharif turut menegur Nelissa. Dia mengorak senyum.

Arissa berkerut kening. Dia jeling Nelissa yang juga berubah wajah. Apa maksud Sharif??

So,I feel so lucky to meet a beautiful scientist and of course a lovely daughter of millionare!” Sharif semakin dekat dengan Arissa.

Arissa menelan liur. Daughter of millionaire?? Pantas dia berpaling kepada Nelissa. Nelissa hanya senyum.

“Cantik kan?” Nelissa paut lengan Arissa. Dia kenyit mata kepada Arissa memberi isyarat supaya Arissa mengiakan kata-katanya tadi.

So, your real name is Arissa Lee Badlisha huh?” Sharif senyum sinis.

Arissa tunduk. Pecah tembelang selama ini. Ni semua gara-gara Nelissa la ni! Bukan main lagi Nelissa perkenalkannya sebagai Nely Badlina kepada setiap kawan lelakinya dan sekarang ini lelaki berkulit sawo matang di depannya ini pula yang tahu nama rekaan Nelissa itu.

Psst...macam mana dia tahu nama tu?” Arissa bisik ke telinga Nelissa.

“Aku yang beritahu dia..sibuk nak tahu tadi, tadi..dia sempat tanya aku masa kau sibuk layan tetamu lain....” Nelissa turut berbisik.

Sharif hanya memerhati gelagat kedua gadis itu.

“Betul tapi dia lebih dikenali dengan Nely Badlina!” Pantas Nelissa menjawab. Riak Arissa sudah lain tadi.

Oh really?”

Nelissa angguk.

“Kalau macam tu, saya nak panggil apa? Arissa, Nely or what?” Sharif semakin ingin tahu. Matanya tidak lepas dari memandang Arissa yang nyata lebih cantik dari Nelissa.

“Panggil je Nely!”

Sharif tenung Nelissa. Sibuk je minah ni. Aku tanya Arissa, dia pulak yang banyak mulut menjawab itu ini!

Err..maaf,kami ada hal sikit. Girls matter!”Arissa tarik tangan Nelissa ke suatu sudut.

“Kenapa kau cakap macam tu tadi?”Arissa bertanya perlahan.

“Cakap apa?” Nelissa berkerut kening.

“Kau mengiakan yang aku ni anak Tan Sri! Gila ke?” Arissa mencebik.

Laa..bagus la tu cik Arissa oi! Biar semua mata luas melihat kau yang cantik lawa ni. Kau bukan saja bijak tapi anak jutawan Tan Sri Johari Nasir! Ha! Bunyi macam meletop gitu!” Nelissa berkata bangga.

“Banyaklah kau punya meletop! Aku ni yang rimas tahu tak. Lepas ni orang ingat aku ni anak Tan Sri Johari, .tentu ada yang suka usik aku atau ambil kesempatan kat aku. Macam kau dulu masa di kampus, bila mereka tahu kau tu anak Tan Sri, berbondong mereka datang nak jadi kawan kau. Aku tengok pun dah rimas!” Arissa sudah resah. Memang dia tidak suka!

Nelissa ketawa mengekek.

“Nely..aku serius ni. Kau tu sepatutnya kenalkan diri kau tadi pada Sharif Dol tu.” Arissa berpeluk tubuh.Mukanya sudah masam mencuka.

Nelissa ketawa lagi semakin kuat.

“Eh, yang kau ketawa tak ingat ni kenapa?” Arissa pula bingung. Aku serius, dia pula buat main-main.

“Sejak bila kau panggil dia Sharif Dol?” Nelissa masih ketawa.

“Kan Sharif Dol dalam cerita P.Ramlee tu gatal dan penyangak. Memang tepatlah nama tu!” Arissa turut ketawa.

“Kau lapar tak? Kita makan nak? Aku lapar ni.” Nelissa tarik tangan Arissa menuju ke tempat meja bufet.

Tangan Arissa ditarik ke sudut meja bufet yang penuh dengan pelbagai makanan.Selepas habis makan, mereka berdua melayan dan bermesra dengan semua tetamu yang hadir sekali lagi.

Arissa mula rasa tidak selesa. Dia sudah dianggap sebagai anak gadis Tan Sri Johari. Semua mata asyik memandang dan merenungnya dari tadi.

Sharif dari tadi asyik memandang ke arah Arissa dan Nelissa. Padanya dua-dua cantik dan manis tetapi dia lebih tertarik pada saintis muda itu.


DI LUAR BANGLO, Datuk James masih termenung di dalam kereta. Dia masih berfikir untuk hadir ke majlis itu. Tiga hari lepas, dia terima panggilan dari Tan Sri Johari menjemputnya ke majlis itu. Dia faham sangat dengan niat lelaki itu. Tidak lain dan tidak bukan, hanya untuk menunjuk-nunjuk dan ingin membuatkannya lebih sakit hati.Sengaja dia tidak beritahu anak lelakinya tentang hal itu. Kalau anaknya tahu,sudah tentu dia tidak akan dibenarkan hadir di majlis itu.

I can’t do anything...” Datuk James mengeluh. Nampaknya kes itu lebih memihak kepada Tan Sri Johari Nasir.

Dia menapak perlahan keluar dari perut kereta Mercedes 7 series hitam yang diparkir di luar. Kakinya diatur kemas menuju ke muka pintu banglo yang terbuka luas.

Hi! Datuk JB! What a suprise!” Tan Sri Johari menyambut Datuk James di muka pintu sebaik terpandang lelaki Inggeris itu tercegat di situ.

Mereka berjabat seketika. Datuk James hanya senyum kelat. Dia tahu, banyak mata yang memerhati. Matanya sempat melirik pada Datuk Mustafa yang sudah tersenyum dari sudut meja bufet. Senyuman yang cukup dia kenal.

So,how’s your business?” Sengaja Datuk James bertanya.

As what you see! Marvellous!” Tan Sri Johari juga sengaja menunjuk depan Datuk James. Kejayaannya yang dicapai dalam tempoh tak sampai setahun.

Well,congratulations! I hope your lab can still survive in two years time.”

Tan Sri Johari agak terkedu.

Well,as long as I have my beautiful scientist by my side.” Tan Sri Johari tudingke arah Arissa yang leka berborak dengan Nelissa.

Oh..I see. Yeah...so brilliant and gorgeous too!” Datuk James tenung Arissa seketika.

So,enjoy the food.” Tan Sri Johari tepuk-tepuk bahu Datuk James.

We meet again Datuk JB!” Datuk Mustafa pula mendekati Datuk James.

Datuk James hanya senyum kelat. Dia tenung Datuk Mustafa yang memandangnya tidak berkelip. Dia tahu kerana lelaki itulah dia kehilangan tiga puluh juta!

How was it feel?” Sengaja Datuk Mustafa tanya.

Riak Datuk James sudah berubah. Dia masih diam.

Was it wonderful huh?” Datuk Mustafa semakin galak menyindir Datuk James.

You know something....it was not so hard to pick a penny in a small jar with the right way. It just that you have to know the right technic.” Datuk Mustafa senyum sinis.

Datuk James mula berubah riak.Kata-kata Datuk Mustafa tadi memang sengaja untuk menyindirnya. Dia menekan dadanya sendiri. Terasa berdenyut. Berat!

Erghh!!”

Semua mata memandang Datuk James yang sudah rebah di lantai.

Arissa menelan liur. Dari tadi dia perasan,lelaki Inggeris itu seperti tidak berapa sihat. Dengan wajah pucat dan agak lemah lelaki itu dilihat menapak masuk ke ruang legar di tengah-tengah majlis.Dia menjenguk ke arah tetamu yang sudah mengerumun seseorang. Dia tepis bahu tetamu yang masih berkerumun di situ dan menyelinap di celah-celah tetamu.Tubuh lelaki yang rebah tadi dipangku di ribanya. Pipi lelaki Inggeris itu ditepuk banyak kali.

“Sir! Are you ok?”Sekali lagi Arissa menepuk pipi lelaki Inggeris itu yang sudah pengsan.

Tan Sri Johari dan Datuk Mustafa hanya senyum memerhati.

Please! Somebody call ambulance!!” Arissa cemas. Dia hairan kenapa tetamu yang lain hanya melihat dan tidak membuat sesuatu. Dia pandang pula wajah lelaki Inggeris yang dipangkunya. Pucat dan termengah-mengah seperti sesak nafas.

Nelissa yang mengikut Arissa dari belakang tadi segera menghubungi ambulan.



Last edited by NaylaArisha on 22-6-2014 03:12 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2014 06:28 PM | Show all posts
Sambung lagi...

DI DAMANSARA SPECIALIST HOSPITAL, suasana masih tegang. Daniel segera ke hospital sebaik menerima panggilan dari Gagak. Dia memang sudah tahu yang ayahnya akan keluar malam tu. Gagak sudah diberitahu awal-awal supaya mengekori ayah. Tak sangka ayah menghadiri majlis musuhnya sendiri!

Doc..how’s my dad?” Daniel bingkas bangun sebaik melihat seorang doktor keluar dari bilik kecemasan.

We have to send him to ICU room..his condition is very critical...”

Oh my..” Sekali  lagi Daniel menekup muka.

Dia segera mendapatkan ayah yang mula disorong keluar dari bilik kecemasan menuju ke bahagian ICU.

Dad! Dad!” Daniel seperti orang gila.

“Bos..sabarlah..” Gagak yang dari tadi berada di hospital hanya mampu menenangkan bos mudanya.

“Maaf encik, kami kena bawa ayah encik ke ICU room sekarang.” Seorang jururawat segera mengarahkan dua orang pekerja lain menolak stretcher yang membawa Datuk James.

Daniel mengiringi ayahnya sehingga ke muka pintu bilik ICU.

“Bos..kalau bos nak apa-apa..saya boleh buat.” Gagak mula serba salah. Pertama kali melihat bos mudanya menangis teruk macam tu.

Daniel geleng. Dia bersandar di dinding. Muka ditekup lama. Masih memikirkan kejadian yang tidak disangka tadi.

“Gagak..awak ikut ayah saya sampai rumah Tan Sri tu..awak nampak apa yang mereka buat kat ayah saya sampai ayah saya jadi macam ni?” Daniel mula reda. Air mata lelakinya yang tumpah disapu rapi. Mata masih merah.

“Bos..saya ikut Datuk sampai rumah Tan Sri tu. Saya hanya berdiri di muka pintu, bimbang Datuk perasan saya ada kat situ. Saya beranikan diri masuk ke ruang tamu bila saya tengok dia sedang berbual dengan Datuk Mustafa. Lepas tu, Datuk rebah. Mujur ada seorang gadis yang memangku kepala Datuk yang terlentang atas lantai masa tu. Saya segera angkat Datuk masuk ke dalam ambulans yang tiba sepuluh minit lepas tu.” Gagak mula menceritakan keadaan sebenar.

Daniel angguk-angguk.

“Bos..ada apa-apa yang saya boleh buat?” Gagak masih rasa tak sedap hati.

Where's the nearest hotel here?”

One World Hotel boss.

Ok! Then get me a room. I need to be near  to my dad.” Suara Daniel sudah lemah.

Perlahan dia menapak ke arah bilik ICU. Ada deretan kerusi untuk pelawat di situ.


DI BILIK hotel, Daniel masih bersedih. Kalau boleh dia nak menemani ayahnya di hospital tapi keadaan ayah yang sudah kritikal di bilik ICU tidak membenarkan sesiapa berada di situ buat masa ini.

If anything happen to my dad...” Daniel mengetap bibir. Sudah terbayang wajah Tan Sri Johari dan Datuk Mustafa yang tersenyum sinis mendengar keadaan ayahnya yang kini terlantar sakit.


HAMPIR sebulan Daniel ulang alik ke hospital melawat ayah yang masih tidak sedarkan diri. Segala tugas pejabat terpaksa diserahkan kepada pembantu kanannya. Dia hanya dapat melihat wajah ayah melalui cermin bilik.Telefon bimbit dicapai dari dalam poket seluar. Nombor Gagak dan Robin dihubungi.

“Kita jumpa tempat biasa.” Daniel matikan talian.

Dia menapak ke kereta dari tempat letak kereta di depan hospital. Kereta Lamborghini kelabu dipandu keluar dari kawasan hospital menuju ke Bangsar.

Sebaik tiba di Bangsar, Daniel terus ke sebuah restoran. Gagak dan Robin sudah sedia menunggu di situ. Daniel menapak perlahan ke sebuah meja.

Anything boss?” Robin mula bertanya. Dari riak Daniel jelas ada sesuatu yang sarat di benak bos mudanya.

I need you to do something for me. These are the information that you’ve given to me last time. I need you two..follow this car..it’s Tan Sri JN daughter’s car.” Daniel hulur semula sampul surat kepada Robin.

Robin melihat isi kandungan dalam sampul itu. Ada maklumat Tan Sri Johari, Datuk Mustafa dan anak gadis Tan Sri Johari. Tiada sebarang foto.

Ok boss!” Robin angguk.

“Bos, ikut saja ke?” Gagak masih tidak faham.

“Buat masa sekarang ni..ikut saja ke mana perempuan tu pergi. Jangan buat apa-apa dulu. Just follow her. Ingat! Jangan sampai dia tahu.” Daniel mula beri arahan.

Ok boss!” Gagak mula angguk tanda faham.

I will let you two know when and what to do.” Daniel mula bingkas bangun.

If you want to eat, just order. Take this!” Daniel letak lima ratus ringgit atas meja.

Gagak dan Robin tersenyum.

Daniel menapak keluar dari restoran. Dia perlu ke hospital semula. Semalam doktor mengatakan kesihatan ayahnya semakin tidak stabil. Sepanjang perjalanan, ligat otaknya memikirkan apakah tindakan yang bakal diambil sekiranya ayah tidak dapat diselamatkan. Tidak sesekali membiarkan maruah ayah dipijak sesuka hati. Selama ini dia hanya mendiamkan diri tapi tak sangka tindakan ayah menghadiri majlis sempena kejayaan Tan Sri Johari Nasir dalam projek Bioremediasi itu telah menjatuhkan maruah keluarganya selama ini.

Why dad?? Why??” Tangan sasa Daniel menghentam kuat stereng kereta. Kereta Lamborghini terbabas ke bahu jalan. Hampir melanggar batang pokok!

Lama Daniel bersandar di kerusi. Kedua tangannya masih melekat pada stereng. Perasaan geramnya semakin membuak. Terang-terang ayahnya menyuakan diri untuk dicemuh dan dihina.

I hate all these!!!” Jeritan Daniel begitu kuat dari dalam kereta.

Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:37 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 07:07 PM | Show all posts
BAB 2




TIGA bulan berlalu. Daniel lega. Ayahnya sudah kembali sihat. Sebulan lebih ayahnya berada di hospital Damansara Specialist. Keadaan kesihatan ayah semakin pulih tetapi doktor menasihatkan ayah supaya berehat panjang. Jenuh dia pujuk ayah untuk berehat di rumah mereka di Edinburgh. Akhirnya ayah mengalah juga dengan pujukan Daniel. Hampir seminggu dia berada di sisi ayah di sana sebaik keluar dari hospital. Dia kembali ke Malaysia semula setelah seminggu menemani ayah. Banyak kerja yang perlu diuruskan dengan sepuluh syarikat yang terpaksa dikendalikan seorang diri tanpa ayah.

“Aku kena lebih kuat bekerja. Ayah kena berehat panjang.” Daniel melepaskan keluhan kecil.

Fikirannya mula teringat cerita Gagak pada malam majlis keraian itu di rumah Tan Sri Johari.

“ Siapa Tan Sri Johari ni? Kenapa ayah aku pergi majlis dia malam tu?” Daniel bersandar di kerusi. Masih memikirkan kejadian di majlis keraian di rumah Tan Sri Johari. Sehingga ke hari ini dia masih belum sempat bertanya tentang hal itu pada ayah. Kesihatan ayah perlu dijaga. Itu lebih penting.

“Aku harap Gagak dan Robin sedang siasat hal ini..aku perlu tahu.” Daniel menyambung semula kerjanya. Dia tidak perlu tergesa-gesa mendapatkan maklumat itu tetapi jika berlaku apa-apa pada ayah, dia tidak akan teragak-agak bertindak!

Telefon bimbitnya berdering kuat.Daniel menjawab perlahan. Sesekali dia berkerut kening. Aunt Beth menelefonnya memberitahu keadaan ayah yang tiba-tiba rebah.

What?”

Daniel mula tidak sedap hati. Bimbang ayahnya menagalami kesihatan yang sama seperti dulu selepas kejadian dia rebah di rumah Tan Sri Johari dulu.

Bergegas Daniel meninggalkan pejabat.Dia perlu ke Edinburgh segera. Ayah perlu diutamakan! Laju kereta Mercedes hitam membelah kesibukan jalanraya menuju ke KLIA.


DI KLIA, pengumuman penerbangan ke London mula kedengaran. Daniel terkocoh-kocoh melangkah ke arah balai pelepasan. Beg diheret laju.


NELISSA melihat jam di pergelangan tangannya. Dia mendongak melihat papan kenyataan. Pesawat MH43 dari lapangan terbang Heathrow yang membawa penumpang ke Malaysia sudah mendarat di lapangan terbang KLIA.

Terjenguk-jenguk Nelissa mencari kelibat Arissa.

“Hmm..baru mendarat kut. Yang aku dengar tadi, flight ke London.” Nelissa mendongak ke arah papan kenyataan. Ketibaan pesawat dari London sudah ada. Hmm...mungkin Arissa sedang mengambil bagasi. Nelissa mula mencari bangku.Sudah setengah jam dia berdiri menunggu di situ. Terasa lenguh lutut dan kakinya.

Sesekali dia panjangkan leher ke arah balai ketibaan. Masih belum nampak kelibat Arissa.

Ambik bagasi ke buat bagasi?” Sekali lagi dia jeling jam di pergelangan tangan.Matanya menala ke arah jam di dinding lapangan terbang. Mana tahu jarum jamnya tak sama dengan jarum jam di dinding tu.

Majalah yang sempat dibeli semasa perjalanan ke KLIA tadi dibelek sekilas. Banyak fesyen terkini dipaparkan dihalaman majalah itu. Nelissa senyum. Di benaknya, sekejap lagi selepas mengambil Arissa, dia akan terus ke butik atau ke Pavillion. Ah! Kalau bab shopping memang nombor satu!



ARISSA mengheret beg pakaiannya menuju ke balai ketibaan. Terjenguk-jenguk mencari kelibat kawan baiknya.

Ish! Mana la minah ni? Semalam beria chat dengan aku nak ambik aku kat sini.” Sekali lagi matanya meliar mencari kelibat Nelissa.

“Beb!!”

Arissa terteleng. Nelissa berada dicelah-celah orang ramai yang turut sama menunggu  di situ.

Nely!! I’m here!” Arissa melambai-lambai ke arah Nelissa.

Cepat saja dia melangkah ke arah Nelissa yang sudah tersenyum dari jauh. “Datang jugak kau ya! Ingatkan dah lupa! Kalau tak datang tadi, alamatnya aku kena naik teksi la. Tak pun naik ERL.”

Nelissa mendekati Arissa. Senyumannya sudah lebar. Arissa dilihat semakin cantik dengan blaus warna biru muda dan skirt labuh kembang warna yang sama tetapi agak gelap sedikit. Rambut ikal yang melepasi bahu cukup menambahkan lagi kecantikan wajah kacukan Arissa. Cemburu tiba-tiba!

“Sampai jugak kau ya! Ingatkan tak nak balik Malaysia dah! Mana tahu kau dah tersangkut dengan mamat saleh kat sana!” Nelissa turut menolong Arissa mengheret beg.

“Tak ada la sampai macam tu cik Nelissa oi! Tak main la mamat saleh! Not my taste! Aku ni keturunan melayu tulen tau!” Arissa gelak.

Nelissa jeling. Dia mencebik.Tulenlah sangat! Mak kau tu orang Korea la! Dah tak ada maknanya tulen ni!

“Kenapa tengok aku macam tu?” Arissa sengih.

“Tak ada..” Nelissa sengih sumbing.

“Aku ni keturunan pendekar tau!”Tambah Arissa.

“Pendekar?” Nelissa tercengang.

“Moyang aku kan keturunan Mat Kilau!”Arissa berkata bangga. Arwah ayahnya yang berasal dari Pahang memang dari keturunan pendekar ternama itu.

Nelissa sengih. Kemudian ketawa mereka berdua pecah berderai.

So,how’s your trip? Best tak? Bertuah kau Arissa, papa aku siap beri kau pakej melancong round Europe lagi! Jealous aku!” Nelissa mencebik.

“Alhamdulillah...papa kau sangat baik hati. Thanks!” Arissa sengih. Sejak projek itu berjaya, Tan Sri Johari menghadiahkan percutian kepadanya selama seminggu! Di London dia tinggal di rumah rehat Tan Sri Johari. Rasanya baru semalam dia menjejakkan kaki ke kota London, belajar di sana dan terasa baru semalam juga dia balik  ke Malaysia dan ditawarkan bekerja di makmal milik Tan Sri Johari sehinggalah dia digelar saintis muda.

Err..kau tunggu sekejap. Aku bayar tiket parking dulu.” Nelissa bergegas ke mesin Auto pay.

Arissa duduk di bangku. Dia memandang sekitar KLIA. Masih seperti dulu. Sibuk dan tak pernah lengang dengan manusia yang sentiasa memenuhi segenap ruang di lapangan terbang terkemuka di Malaysia itu.

Dia kemudian membuka beg tangan yang disandang di bahu kiri. Teringat hadiah yang dibeli untuk ibu. Sebuah kotak kecil turut dikeluarkan dari beg tangan. Lama dia memerhati kalung kecil yang dibeli di Oxford Street, London.

Uh!”

Tercampak kotak merah itu ke lantai.Tangannya dirempuh seseorang dengan kasar. Arissa mendongak. Seorang lelaki berkulit putih kemerahan segak berbaju kot putih dan berkaca mata hitam terkocoh-kocoh berjalan ke arah balai pelepasan sambil mengheret beg yang agak besar. Langsung tidak pandang ke arahnya.

Langkah Daniel terhenti seketika. Sebuah kotak sudah berada di kakinya.

“Ah! Aku dah lambat!” Dia memang nampak kotak kecil itu tercampak di kakinya tetapi saat ini fikirannya hanya pada ayah yang sedang sakit. Dia tidak hiraukan gadis itu yang menjeling tajam ke arahnya tadi. Dia perlu ke balai pelepasan segera. Pengumuman ke London sudahpun kedengaran tadi.

“Huh! Bukan nak minta maaf apa ke! Main rempuh je!” Arissa capai kotak merah yang tercampak di lantai tadi. Kotak itu dimasukkan semula ke dalam beg tangan. Nasib baik tidak disepak lelaki tadi. Kotak itu jatuh betul-betul di kaki lelaki tadi.

“Kau cakap dengan siapa?” Nelissa tiba di tempat Arissa.

“Tak ada siapa. Kau dah bayar?”

Nelissa angguk.

Mereka berdua mula menuju ke tempat letak kereta.



SEMENTARA itu,di Edinburgh, Daniel masih menemani ayahnya yang terbaring lemah di atas katil.

Daddy..please..don’t think too much..” Daniel memujuk ayahnya. Dia sebak melihat keadaan ayahnya yang masih lemah.

Tadi, dia sempat mengambil penerbangan pertama ke London. Tergopoh-gopoh dia menapak ke balai pelepasan. Teringat di kejadian di KLIA, memang dia sedar, dia telah melanggar sesuatu semasa di KLIA tadi sehingga tercampak sebuah kotak kecil jatuh di kakinya tapi fikirannya sarat dengan keadaan kesihatan orang tuanya. Sebaik terima berita ayahnya jatuh sakit, dia terus meninggalkan pejabat dan bergegas ke London. Dari kota london, dia terus ke Edinburgh.

Aunt Beth! Come here! Quick!!” Laung Daniel dari bilik ayahnya. Nafas ayahnya berombak-ombak.

Dad...please...don’t be like this..” Daniel sebak. Dada ayahnya diurut lembut. Selama ini dia tidak pernah menumpahkan air mata. Jiwa lelakinya cukup kental bila berdepan dengan apa saja. Urusan perniagaan yang dijalankannya saja cukup membuatkan dirinya kebal dengan sikap dan karenah ahli perniagaan yang cukup licik dalam merebut peluang. Tapi kali ini...jiwanya kalah dengan ayah.

Daniel,what happened?” Aunt Beth mendekati katil ayah Daniel.

We need to do something!” Daniel bingkas bangun dan menelefon doktor peribadi ayahnya.


DANIEL lega. Selepas mendapat rawatan dari Dr. Albert, kesihatan ayahnya semakin pulih.

Daniel, don’t let your dad think too much. Let him have a lot of rest. He need a long rest.” Dr. Albert menasihati Daniel sebelum beredar dari situ.

Sure! I will! Thanks doc..”

Daniel kembali menapak ke bilik ayahnya. Tangan ayahnya diusap lembut.

“Daniel..”

Dad...just rest ok?”

Daniel..I need to tell you something..”

What is it dad?”

Daniel mendekatkan telinganya ke mulut ayahnya. Suara ayahnya sudah tersekat-sekat.

Dad..please, don’t think too much. Just rest ok?” Daniel selimutkan tubuh ayahnya dan mula duduk di sofa sebelah katil.

Lama dia termenung memikirkan kata-kata ayahnya sebentar tadi. Wajah ayahnya ditatap lagi. Kasihnya pada ayah tidak pernah surut malah semakin menebal. Dia pewaris tunggal harta dan segala syarikat dan perniagaan milik ayahnya. Di London, ayahnya dikenali di kalangan ahli perniagaan di sana. Dengan hampir dua puluh anak syarikat yang ada, tidak mustahil ayahnya mempunyai musuh. Di Malaysia saja, ada sepuluh buah anak syarikat yang harus dikendalikannya seorang diri. Tak sangka ayah telah menambah satu lagi anak syarikat bersama rakan kongsi. Syarikat yang telah membuatkan ayahnya terlantar sakit.

I love you dad..so much..” Daniel meraup muka. Kepalanya ditundukkan ke lantai. Kedua sikunya diletakkan atas kedua lutut.


SUDAH seminggu Daniel berada di Edinburgh. Rumah di tepi laut milik ayahnya itu diperhati seketika. Rumah lama yang diperbuat daripada batu bata besar yang tidak bercat itu sememangnya nampak unik dari luar. Siapa sangka, keadaan dalam rumah cukup elegan dengan perabot mewah.

Daniel menapak ke balkoni, mengadap laut yang terbentang luas. Burung camar berterbangan mencari makanan. Memang di situ, penduduk gemar menikmati juadah ikan atau apa jua makanan laut.

Angin sejuk dengan suhu mencecah 2 darjah celcius itu cukup membuatkan tulangnya terasa sengal. Sejak menetap di Malaysia, dia seakan tidak berapa gemar dengan cuaca sejuk begitu. Kalau boleh ingin menjadikan Malaysia tempat tinggalnya sehingga akhir hayat dan di bumi London dan Edinburgh pula, hanya menjadi tempat persinggahan sahaja. Dia tiada sesiapa lagi di situ jika ayah tiada kelak kecuali Aunt Beth yang telah banyak berjasa dengan ayah.  Ayah juga anak tunggal dan mewarisi harta datuknya yang berasal dari Switzerland.

If something happened to my dad..I will not let you and your family live happily! Just wait and see!” Daniel mengetap bibir. Jiwanya memberontak. Sukar untuknya terima apa yang dikatakan ayah tadi. Benar, dunia perniagaan terlalu banyak mainan kotor!! Esok, dia akan bertolak semula ke Kuala Lumpur. Urusan perniagaan sudah seminggu tertangguh walaupun ramai pekerjanya yang boleh diharap tapi dia lebih senang melakukannya sendiri.


DI KLIA, Daniel menapak malas ke balai ketibaan. Terpaksa meninggalkan ayahnya dalam jagaan Aunt Beth. Urusan perniagaan yang memaksa dirinya tinggal berjauhan dari ayah.

Boss!This way!”

Daniel angguk. Ali a.k.a Gagak,merangkap pengawal peribadinya sudah menunggu di ruang legar depan balai ketibaan. Dia melangkah masuk ke dalam perut kereta. Mercedes 7 series hitam mula meninggalkan KLIA.

Where to boss?”

Daniel berpaling kepada Gagak. Dia melemparkan pandangannya ke arah luar tingkap. Masih berfikir. Nak kembali ke pejabat  atau terus ke rumah. Atau...

Boss?”

Emm...send me to Cameron. I need to see someone.”

Mercedes hitam meluncur laju menuju ke lebuhraya PLUS.

Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:38 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 09:22 PM | Show all posts
BAB 3





ARISSA terpaksa mengikut Nelissa bercuti ke Cameron Highlands. Nelissa beria mengajaknya bercuti ke sana. Nak tak nak, dia terpaksa mengalah. Rumah rehat yang terletak di Tanah Rata yang dibeli Tan Sri Johari memang cukup luas. Rumah banglo dua tingkat itu sering menjadi tempat famili Nelissa berehat di hujung bulan. Balik dari London semalam, belum sempat lagi dia berehat panjang. Cuti dua minggu yang diberi khas oleh Tan Sri Johari masih lagi berbaki lima hari.

“Arissa!”

Arissa berpaling. Nelissa sudah melambai ke arahnya. Di tangan Nelissa ada sejambak bunga ros merah segar.

“Kau ni, bunga kat dalam rumah tu elok lagi. Buat apa nak ganti lagi?” Arissa geleng.

Nelissa senyum. Dia mencium bunga ros merah itu berkali-kali. Memang setiap kali berkunjung ke situ, semua bunga dalam pasu bunga diganti dengan bunga baharu yang lebih segar.

I feel so fresh with all these beautiful flowers! Soothing...calming...” Nelissa tukar bunga ros putih dalam pasu dengan bunga ros merah di tangannya.

“Nely..kau nak tinggal sini berapa lama?” Arissa hanya memerhati gelagat Nelissa menyusun bunga. Dia tergelak kecil. Nampak sangat minah tu tak pandai menggubah bunga. Pakai letak je!

“Aku ingat nak tinggal dua tiga hari. Cuti kau masih ada lagi kan? Why so rushing?” Nelissa senyum. Tangannya masih membelek bunga ros merah.

Arissa bangun dan menapak ke arah Nelissa.

“Alah..rileks la beb. Buat apa nak cepat sangat. Masa macam nilah kita kena enjoy our life!”

Arissa geleng. Nelissa hanya tahu berseronok.

“Beb..lepas ni kita jalan-jalan nak.Terperap je dalam rumah. Kita datang sini nak enjoy kan?” Nelissa mula tarik tangan Arissa.

“Kau nak ke mana?”

“Kea Farm!”

Mercedes V5 hitam milik Nelissa mula menuju ke Brinchang.


DI SEKITAR KEA FARM.Teruja Nelissa melihat pelbagai barangan dan cenderahati dijual di situ.Gerai-gerai yang berderet sepanjang jalan di situ memang sungguh menarik minatnya.

“Arissa..kau pilihlah nak apa. Aku bayar. Tu! Strawberri coklat! Take as many as you want!” Nelissa senyum. Dia menapak ke gerai cenderahati meninggalkan Arissa memilih buah strawberri.

Arissa melihat-lihat sekitar gerai.Memang banyak strawberri coklat yang sudah siap dibungkus. Buah strawberri segar dari ladang itu penuh dalam bakul.

“Hmm...macam sedap je..” Sebiji strawberri coklat disumbat ke mulutnya setelah dihulur oleh penjual tadi untuk dirasa. Ada rasa masam dan manis coklat.

“Amoi! Beli la! Kasi sama itu boyfriend!?” Sapa penjual di situ.

Arissa senyum kelat. Boyfriend? Selama ini dia tidak pernah serius dengan lelaki. Bukan tak ada lelaki yang ingin mendekatinya tapi semuanya dianggap kawan. Tidak lebih dari itu.

“Beri saya dua bungkus ya.” Arissa senyum.

Matanya menala pula pada  buah jambu dan limau besar. Semuanya masih segar. Sayur-sayuran juga turut dijual di situ.

“Buah apa pulak ni?” Arissa membelek sebiji buah seakan buah mangga.

“Itu epal Cameron amoi!” Jawab penjual itu. Ramah.

Epal?? Langsung tak ada rupa epal! Arissa perhati lagi. Buah itu diletak semula di tempatnya. Dia kemudian membayar strawberri coklat tadi.

Ish! Mana pulak Nely ni pergi?” Lehernya dipanjangkan ke arah gerai cenderahati. Tiada kelibat Nelissa di situ.

Arissa mula menapak ke kereta.

“Aduh!” Arissa berpaling. Seorang lelaki melanggar bahunya. Dia mendongak. Gulp! Dia menelan liur. Dia ni??

Sorry!”Lelaki itu terus berlalu pergi tanpa menoleh sedikit pun ke arah Arissa.

Huh! Sorry je? Dulu kau langgar aku jugak masa di KLIA. Poyo je lebih!” Gumam Arissa sambil menggosok bahunya yang terasa sedikit kebas. Kuat juga mamat tu langgar bahunya tadi. Nampak tergesa-gesa.

Come again? What did you say?”

Arissa menelan liur. Alamak! Lelaki tadi sudah berpatah balik ke arahnya.

Err..nothing..”Senyuman Arissa sudah kelam kabut. Eii!Telinga lintah ke apa dia ni!

Watch your mouth!”

Arissa terdiam. Slanga British yang terkeluar dari mulut lelaki tadi begitu jelas di telinganya. Dia mengundur sedikit. Lelaki itu tadi sudah rapat dengannya. Mata mereka bertembung seketika.

Arissa tergamam. Panahan mata lelaki itu sudah menusuk tembus ke anak matanya. Wuih!Sebiji pelakon Korea, Lee Dong Wook! Arissa terpana dengan kekacakan lelaki tadi. Lelaki itu hanya senyum. Dia kembali beredar. Lama lelaki itu ditenung. Orang apa dia tu? Mat saleh? Cina? Korea? Tapi rambut hitam berkilat. Mata hazel..

“Beb!”

Arissa berpaling.

“Kau tengok apa? Macam dah ternganga mulut kau tu?” Nelissa turut jenguk ke arah pandangan mata Arissa tadi.

“Tu! Nampak tak mamat yang pakai baju sejuk biru tu? Aku pernah jumpa dia di KLIA.” Arissa tuding ke arah lelaki tadi yang sudah menuju ke kereta.

“Hmm..” Nelissa masih memerhati. Tak nampak rupa paras. Lelaki tadi membelakanginya.

“Jom! I’m starving! Lets’s have some food.” Nelissa pegang perutnya sendiri.

“Nak makan kat mana?”

“Tu!” Nelissa tuding ke arah Hotel Equitorial yang hanya terletak bersebelahan dengan Kea Farm.

“Hotel? Mahal tu beb!” Arissa menelan liur.

“Alah..kau ni! Aku kan ada! Come!” Sekali lagi tangan Arissa ditarik.


MEREKA berdua mula menapak ke kafe hotel. Nelissa mengambil beberapa jenis makanan yang terhidang di meja bufet.

“Kau tak lapar ke?” Nelissa jeling Arissa yang hanya mengambil sekeping roti croissant dengan butter milk.

“Cukup la ni..”

Nelissa geleng. Dia menapak ke arah meja bufet dan mengambil beberapa kek dan sepinggan spagetti. Sepinggan lasagna turut diambil.

“Siapa nak makan semua ni?” Arissa menelan liur. Banyaknya mak ai! Ni...nak makan ke nak melantak?

“Makan jelah. Kalau kau tak habis,biar aku yang habiskan nanti.” Laju Nelissa menyuap lasagna ke dalam mulutnya.

Arissa senyum. Dari dulu Nelissa kuat makan tapi badan masih langsing. Nelissa direnung seketika. Cantik dengan rambut ikal paras bahu, kulit putih macam papanya, bibir kecil comel...tak ada yang kurang. Memang cukup pakej. Anak orang kaya, bergaya, cantik dan seksi!

“Kau tenung aku macam nak tembus tu kenapa?” Nelissa hirup jus fruity yang dikisar bersama buah markisa.

“Kau bertuah Nely. Cantik, kaya, baik,pandai..semua ada.” Arissa jujur memuji Nelissa.

“Kau ni perli aku ke? Kau tu lagi cantik. Bila kita berjalan bersama, aku perasan mata lelaki akan menjeling kat kau. Aku jealous tau! Ilmu apa yang kau pakai?” Nelissa senyum.

“Ya ke? Lelaki malang mana tu?” Usik Arissa.

Nelissa ketawa. Sempat dia memerhati Arissa yang turut ketawa. Kau lagi cantik Arissa. Rambut hitam lebat, sopan,kulit putih bak kapas, pipi macam pakai blusher..bibir mungil..jauh lebih cantik dari aku.

“Apasal ni tiba-tiba pandang aku macam tu?” Arissa menahan sisa ketawanya.

“Tak ada apa...aku ni..dah rasa terlebih seksi pulak.” Nelissa pandang pada pakaian yang melekat di tubuhnya. Seluar jeans biru ketat ala legging, baju tube yang hanya ditutup dengan Kardigan merah hati. Memang jauh beza dengan Arissa yang mengenakan blaus longgar dan seluar jeans lembut yang agak longgar.

“Seksi ke seksa?” Arissa mengusik lagi.

Sekali lagi pecah ketawa mereka berdua.

“Beb..tu la lelaki yang rempuh aku takingat tu!” Arissa terpandang lelaki tadi yang berada di hujung meja di kafe itu. Serius berbincang dengan seseorang.

“Mana?”

“Tu! Yang pakai baju biru tu!” Arissa muncungkan mulutnya ke arah lelaki tadi.

Wow! He’s drop dead gorgeous! Mat saleh ke apa?” Nelissa turut menjenguk.

Arissa jongket bahu.

“Kau tengok betul-betul....ada tak macam pelakon drama Korea tu, Lee Dong Wook?” Arissa masih perhatikan lelaki tadi.

“Lee Dong Wook?” Nelissa berkerut kening.

“Alah..hero drama Korea My Girl tu la!” Arissa mengetap bibir. Cepat sangat lupa minah ni padahal dulu dia juga yang beria tengok sampai menangis atas bahu aku!

Nelissa sengih. Dia panjangkan lehernya ke arah lelaki tadi. Dahinya berkerut.

“Ya la beb...handsome tu beb! Kalau aku dapat dia..best kan?” Nelissa kenyit mata.

Gatal minah ni! Boyfriend dah keliling pinggang! Ada hati nak tambah koleksi!

“Aku cabar kau!” Arissa turut kenyit mata.

Really??”

Arissa angguk.

Ok! One fine day, he will be one of my collections!” Nelissa senyum penuh makna.

Are you sure? You know what?” Arissa teguk sekejap jus epal hijau.

What?” Nelissa sengih.

I think...he is not just an ordinary guy..like your collections species. He’s different.” Arissa senyum.

What do you mean?”

“Dua kali dia rempuh aku dan dua kali juga dia tak pandang langsung kat aku. So,...dia tidak termasuk lelaki yang suka pandang perempuan. So, teori kau tadi mengatakan lelaki suka pandang aku tu adalah salah sama sekali!  And that is mean..he is not like other guys out there yang kau selalu jumpa.” Arissa mengalih matanya pada lelaki tadi. Lelaki itu masih serius berbincang. Bincang bisnes agaknya..tengok pada gaya..dia lelaki maskulin dan penuh elegan. Tentu dia seorang ahli perniagaan berjaya.

“Aku sahut cabaran kau tu. Dia mesti tunduk dengan aku!” Nelissa jeling lelaki tadi. Hmm..Lee Dong Wook Malaysia ni cepat je lentuk dengan perempuan melayu.

Arissa geleng. Tak serik minah ni. Esok-esok maruah kau tergadai.

“Nely..aku tanya sikit boleh?”

“Apa dia?”

“Kau tak bosan ke hidup macam ni? Tak ada hala tuju. Aku tahu kau kaya raya tapi kau macam tak ada matlamat. Pernah ke kau terfikir untuk ubah cara hidup kau?” Arissa mula serius.

“Maksud kau?”

“Ya la..like..one day kau akan kahwin and have kids..kau tak terfikir ke soal tu?” Arissa sandar di kerusi.

Nelissa diam seketika. Kahwin? Anak? Dia senyum sinis. Baginya semua itu sudah tidak ada makna lagi. Hidupnya sudah punah. Punah sejak di universiti lagi. Biarlah Arissa tidak tahu. Rahsia itu tetap tersimpan kukuh.

“Kenapa kau diam?”

Can we talk something else?” Nelissa berpeluk tubuh.

Sorry beb..aku tak bermaksud nak buat kau masam mencuka macam ni. Sorry ya. Kalau kau tak suka..ok fine. Off topic! Kita cakap hal lain.” Arissa mula tidak sedap hati dengan tingkah Nelissa yang sudah berubah.

Nelissa tunduk. Memang selama ini hidupnya tidak terarah. Selepas kejadian itu, dia seperti putus asa. Cinta yang diberi sepenuh hati dikhianati!

“Oh ya, semalam papa aku cakap, dia nak kau jadi ketua kat makmal tu, jadi gaji kau akan bertambah!” Nelissa mula ubah topik.

“Ya ke? Betul ni?” Arissa sudah bulat matanya. Itulah yang ditunggu selama ini.

“Betul..aku tak tipu! Sumpah!”Nelissa angkat tangan kanannya lagak bersumpah. Senyum menampakkan sebaris gigi putih.

“Tak baik sumpah ni. Beb..thanks! Famili kau dah banyak berjasa pada aku. Aku...aku..malu..” Air mata Arissa mengalir perlahan.

Weh!Kau dah buat dah! Stop it ok! Habiskan spagetti kau tu. Lepas ni banyak lagi tempat yang kita nak pergi.”Nelissa sengih.


TIGA hari Nelissa dan Arissa menghabiskan masa bersama di Cameron Highlands, mereka berdua mula bertolak balik ke Kuala Lumpur semula.

Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:38 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 09:41 PM | Show all posts
BAB 4






MERCEDES V5 hitam Nelissa membelah lebuh raya PLUS menuju ke pusat bandaraya.

Weh! Lagu di radio kau tu melalak kuat. Slow la sikit. Bingit telinga aku tahu tak!” Arissa tutup lubang telinga. Nelissa memekik bila bercakap. Mana taknya, suara dari radio dah bergema sakan dalam kereta. Macam nak pecah cermin kereta! Nasib suara tu tak macam suara soprano penyanyi opera tu!

Sorry beb!” Laju je jemari Nelissa pulas punat volume radio.

“Macam tu la! Ni dah macam dalam kelab malam!” Arissa mencebik.

“Kau pernah masuk ke?” Nelissa jeling sekilas. Matanya beralih semula ke arah depan jalan.

“Aku agak je la. Kat tv tu, aku tengok terkinja-kinja menari dengan alunan muzik kuat. Tak pening ke?” Arissa sekali lagi mencebik.

“Kalau dah biasa, apa nak peningnya beb! Kau tak nak try?” Usik Nelissa.

Arissa cepat-cepat pandang Nelissa yang sudah tersengih. Eii! Minah ni! Bukan nak ajak ke arah kebaikan!

“Aku bukan macam kau! Dari buang masa ke kelab malam tu, baik aku lepak kat rumah lagi best!” Arissa melepaskan pandangan ke luar tingkap. Terasa tenang melihat keindahan bumi bertuah Malaysia. Tanah air dan tanah tumpah darah.

Amboi! What a cinderella! Hidup hanya sekali beb! Kita masih muda. Enjoy!” Nelissa ketawa kuat.

Arissa hanya menggeleng. Memang sejak zaman universiti lagi Nelissa suka bersosial tak ingat. Ya la...anak orang ternama. Kaya raya. Apa jua yang dia nak tercapai. Habis ijazah, lepak setahun di London, baru pulang ke Malaysia dan bekerja dengan syarikat papanya. Aku pula menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Berkawan dengan buku lagi.

“Beb...kau marahkan aku ke?” Nelissa jeling lagi Arissa yang tiba-tiba diam.

“Tak...aku terfikir. Sampai bila kau nak macam ni? Mati tu tak kira usia beb. Kena ingat tempat terakhir kita di dunia ni ialah lubang tanah. Bukan masuk bodoh macam tu aje. Kena ada bekalan akhirat. Rumah tersergam indah, kereta menjalar, duit berkepuk pun nak buat apa kalau bekalan tak ada..” Arissa cuba menyedarkan Nelissa. Entah ke berapa kali ayat tu dilontarkan kepada kawan baiknya. Semuanya bagai angin lalu. Ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

“Kau ni tak serik kan? Telinga aku ni dah tersumbat la Arissa. Dah tak boleh masuk apa lagi dah.” Nelissa gelak.

Arissa sekali lagi geleng. Nyata Nelissa tak pernah serius. Payah nak berubah.

Kereta menderum laju menuju ke Bukit Antarabangsa.


KERETA Nelissa mula memasuki perkarangan rumah banglo tiga tingkat.

“Beb, kita singgah rumah aku dulu. Aku nak ambik sesuatu kejap. Jom masuk dulu!” Nelissa mengajak Arissa yang masih membatu dalam kereta.

Err..segan la beb.” Mata Arissa menala ke banglo besar yang tersergam indah. Masih seperti dulu. Banglo yang ibarat istana!

“Alah..nak segan apanya! Malam tu bukan main lagi kau bergaya dengan gaun ala cinderella kau tu! Tak segan apa pun aku tengok! Hari ni pandai nak segan pulak! Come on!” Tangan Arissa ditarik setelah pintu kereta dibuka.

Terpaksa Arissa mengikut rentak Nelissa. Entah kenapa, setiap kali melangkah masuk ke ruang legar tamu yang cukup luas itu, perasaannya terus jadi lain. Rasa rendah diri yang teramat.Agaknya terus sampai ke dasar lubang paling dalam! Begitu sekali dia merasa rendah diri. Kali pertama dulu, sebaik tamat sekolah menengah. Waktu itu,bersama arwah ayah. Ayah, bekas pekerja kesayangan Tan Sri Johari sehinggakan kami sekeluarga diberikan tempat tinggal percuma di sebuah  kondominium di Sri Hartamas. Hanya mereka berdua tinggal di situ selepas ayah berpisah dengan ibu yang kembali ke Korea.Ayah pula meninggal sebaik sahaja Arissa diterima belajar di London. Sejak itulah famili Nelissa menjadi keluarga angkat dia dan Nelissa menjadi kawan baiknya. Ya! Nelissa anak orang kaya ternama yang tidak pernah memilih kawan.Kami berdua sama-sama belajar di universiti yang sama di UK. Aku bidang mikrobiologi dan Nelissa pula ambil bidang bisnes studi. Dan semestinya,pengajiannya ditaja Tan Sri Johari. Siapa tak kenal Tan Sri Johari Nasir? Seorang jutawan berjaya yang memiliki berpuluh syarikat. Syarikat minyak dan gas miliknya sering menjadi pilihan pertama Petronas untuk berkolaborasi.Syarikat Real Estet JN Bhd pula menduduki carta dalam bursa saham utama Malaysia. Terbaru, Tan Sri Johari melabur pula dalam bidang bioteknologi yang membuat penyelidikan makanan dan perubatan menggunakan teknologi terkini. Itu belum cerita bab syarikat kereta mewah import yang dikendalikan syarikatnya.

Weh!”Bahu Arissa ditepuk kuat.

Kaget seketika. Arissa mendongak.Nelissa sudah tersengih di depannya.

“Apa hal kau ni? Macamlah tak biasa masuk rumah aku. Nanti aku panggil Mak De. Kau lapar kan?”Nelissa menapak pula ke ruang legar dapur.

Seketika kemudian, pembantu rumah Nelissa yang dipanggil Mak De keluar menatang sebuah dulang berisi jus oren dan kek coklat bersama roti croissant.

“Susah je Mak De..” Arissa melemparkan senyuman. Mak De yang dikenali sejak dulu masih setia berkhidmat dengan keluarga Tan Sri Johari.

“Ni Arissa kan?” Mak De teruja. Diaterus peluk gadis yang manis dengan rambut mengurai melebihi paras bahu. Alis lentik, mata bundar dan bibir kecil yang merah semulajadi. Segala yang ada pada gadis itu diperhati lagi. Pipi putih kemerahan. Masih manis seperti dulu.

“Kenapa Mak De tengok saya macam tu?”Arissa mula tidak selesa bila ditenung.

“Arissa ni cantik semula jadi. Kulit putih gebu. Tentu mak ayah bukan orang asal sini kan?” Mak De mula ramah. Jus dituang dari dalam jag. Kek dan roti dihulur kepada Arissa.

“Mak saya asal orang Korea. Ayah pula memang melayu tulen.” Arissa berbahasa. Sepotong kek dijamah.

“Patutlah..rupa Arissa ni tak macam gadis melayu lain.” Mak De senyum. Namun di wajahnya ada riak keliru. Mirip seseorang yang dikenalinya dulu.

“Mana Nelissa?” Arissa menukar topik.

“Dia ke bilik sekejap. Tukar baju latu. Apa lagi?” Mak De senyum.

Arissa anguk-angguk.

Mak De minta diri ke dapur semula menyediakan juadah tengahari.

“Wah! Ni dah macam kebulur ni!”

Arissa menoleh. Nelissa sudah tukar penampilan. Dari seluar jeans ketat dan baju tanpa lengan telah bertukar kepada blaus ketat dan skirt paras lutut. Arissa hanya sengih. Memang dia sangat lapar. Perjalanan dari Cameron Highlands tadi Nelissa sedikitpun tidak berhenti di R & R.

Nelissa duduk sebelah Arissa. Jus oren dituang ke dalam gelas. Dia meneguk seketika.

“Ni pakai lawa macam ni, nak merambu kat mana pulak?” Arissa jeling Nelissa yang sudah bersandar di sofa empuk warna coklat muda yang sudah tentunya buatan Italy.

“Macam tahu je kau eik! Aku nak pergi shopping la. Aku dengar sudah ada stok baru kat Butik Datin Laila tu.” Nelissa sengih semakin lebar.

Arissa geleng. Dah anak orang kaya,membeli belah pun semuanya di butik. Ya la..nak ekslusif lah katakan!

“Dah kenyang? Kalau dah, jom teman aku shopping!” Nelissa habiskan jus oren.

Shopping?Kita kan baru balik  dari Cameron! Penat belum habis lagi ni.” Arissa merengus.

“Alah..penat apanya! Bukan kau kayuh basikal atau berlari ke apa ke! Aku yang drive! Kau siap lentuk lagi kepala kau kat kusyen kereta tu!”

“Ya la tu. Dah naik kematu punggung aku ni tahu tak.” Arissa turut habiskan jus oren.

“Eh, papa dan mama kau mana? Tak nampak pun dari tadi?” Arissa jenguk sekitar ruang tamu yang luas.

Nelissa senyum sumbing. Tanya lagi minah ni. Macam tak tahu kedua orang aku tu. Sibuk memanjang! Agaknya tak cukup lagi harta dan kekayaan yang dimiliki selama ini.

Weh!Aku tanya ni! Mana orang tua kau?” Arissa tepuk bahu Nelissa.

“Ah! Sudahlah! Mereka sedang berusaha cari harta karun!” Nelissa bingkas bangun. Muncung! Terus ke laman.

Arissa turut bangun dan membuntuti Nelissa ke laman.

“Jom!” Nelissa buka pintu kereta.

“Ke mana?”

“Ikut je la!”

Arissa terpaksa mengikut rentak Nelissa.




Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:39 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 09:41 PM | Show all posts
MEREKA berdua mula merewang sekitar pusat membeli belah Pavillion. Dari satu kedai ke satu kedai.

“Beb..kau ni nak beli apa sebenarnya?” Arissa sudah urut betis. Lenguh. Terasa semakin penat. Sepatutnya sampai di KLIA tadi, dia terus balik ke Sri Hartamas. Ni, terpaksa ikut rentak Nelissa.

Hah! I’ve found it!!” Nelissa tuding ke sebuah kedai menjual tas tangan.

Arissa mendongak pada papan tanda di pintu masuk. Louis Vuitton! Dia menelan liur. Selamba je Nelissa mencapai sebuah beg tangan yang cukup elegan. Warna coklat muda dengan hiasan ringkas. Memang elegan!

“Eh, kau rasa yang ni ke...atau yang tu? Which one is better?” Nelissa sudah kelabu mata. Kalau boleh, semua beg dalam kedai tu hendak diangkut!

“Alah...pilih je la. Semua cantik apa!” Arissa senyum kelat. Sempat jeling tanda harga pada tag. Huih! Empat puluh lima ribu?? Sekali lagi dia menelan liur.

“Hmm...aku rasa aku ambil keduanya sekali.” Nelissa lambai pada pekerja di situ yang terpacak di tepi meja cermin.

Selesai membeli tas tangan, mereka menala pula ke arah Butik Datin Laila yang terletak di tingkat dua pusat beli belah itu. Sekali lagi Nelissa memilih baju yang terkini yang sudah ada di butik milik kawan baik mama Nelissa.

“Beb! Kau rasa yang ni okey ke?” Gaun labuh warna jingga muda lengkap dengan hiasan manik mutiara kecil ditayang di badan.

“Alah..kau pakai apa pun, memang cantik! Badan macam kau ni, sarunglah apa pun, memang tip top lah!!” Arissa turut melihat gaun yang dipegang Nelissa.

Nelissa menapak ke dalam bilik persalinan. Seketika kemudian dia menapak keluar mendekati cermin besar. Berkali-kali dia melihat cermin besar, menggayakan gaun persis seorang peragawati.

“Dah la tu. Dah cantik tu.” Arissa sengih. Dia tarik tangan Nelissa ke kaunter bayaran.

Nelissa sempat capai satu lagi blaus dan skirt labuh dari rak.


PENAT membeli belah, baharulah Nelissa menghantar Arissa ke kondominium Villa Indah di Sri Hartamas.

“Lepas ni kau nak buat apa?” Nelissa jeling Arissa di sebelah. Matanya menala semula ke arah jalan raya.

“Kerja la..aku ni tak macam kau. Kau tu tak kerja pun tak apa. Anak tauke.” Arissa menutur perlahan.

“Aku pun kerja juga tahu tak. Kerja menghabiskan duit mama dan papa aku! Hahaha!!” Nelissa ketawa kuat.

Arissa geleng. Agaknya kehidupan Nelissa hanya tahu berseronok saja. Bukan Nelissa tak pernah masuk universiti. Bukan Nelissa tak pernah dapat keputusan peperiksaan yang hebat. Bukan! Nelissa adalah salah seorang pelajar kelas pertama di universiti!! Ya! Pencapaian yang sememangnya dibanggakan tapi itu semua tidak penting bagi Nelissa. Sebaik tamat ijazah, Nelissa masih berada di London di rumah rehat yang dibeli papanya dulu. Aku yang masih mengadap buku meneruskan pengajian ke peringkat sarjana. Setahun Nelissa lepak di London, dia kemudian pulang ke Malaysia. Itu pun  atas desakan Tan Sri Johari yang inginkan Nelissa menguruskan syarikat yang baru dibuka.

Weh! Berangan! Dah sampai!” Nelissa parkir di petak letak kereta.

Thanks Nely. For everything!” Arissa mula sebak.

“Apa hal kau ni beb...dah tukar cerita sedih la pulak.” Nelissa mengiringi Arissa menuju ke lif.

“Aku banyak terhutang budi dengan keluarga kau. Kos pengajian aku, kondo ni..semuanya papa kau yang beri. Aku malu pada famili kau.” Arissa menutur lemah. Memang malu!

What a nonsense! Dah! Simpan je la rasa malu kau tu pada mamat tu!” Nelissa tuding ke arah seorang lelaki yang kebetulan lalu di situ.

Arissa menoleh. Dia menelan liur.

“Apa kena mengena mamat tu dengan aku?” Arissa jeling Nelissa yang sudah senyum.

“Macam la aku tak tahu..kau suka dia kan?” Usik Nelissa.

Arissa pandang lagi lelaki yang berjaket hitam dengan helmet dikepit di antara lengan kanan dan badannya.

“Dia..masih tinggal kat sini lagi ke?” Arissa berkerut kening. Seingatnya pertama kali berpindah ke kondominium Villa Indah itu, lelaki itu sudah pun menetap di sini.

“Ya la cik Arissa oi. Kau tu..almost five years kau kat London. Kau kan dah dua tahun balik Malaysia, takkan tak pernah terserempak dengan mamat tu?” Nelissa pula berkerut kening.

“Entah...mungkin aku tak perasan kut..” Arissa sengih.

Sebaik menghantar Arissa, Nelissa mula memecut laju ke pusat bandaraya semula.


ARISSA berehat di atas katil. Dia memerhati sekitar bilik. Kemas dan bersih. Memang setiap hari seorang pembantu rumah dihantar untuk mengemas dan membersihkan rumah itu sepanjang ketiadaannya. Dia melepaskan keluhan panjang. Rumah itu hanya dia seorang saja yang menghuninya. Hanya aku seorang.
Arissa menapak ke meja kecil. Foto ibu masih elok tersimpan di situ.

“Omma..rindu sangat kat omma.” Foto dalam bingkai itu dipeluk erat. Tak sedar ada titis jernih melurut jatuh ke pipi. Rindunya pada ibu yang sudah lama tidak bersua. Sejak ayah bercerai dengan ibu, sejak itulah perasaan rindunya tidak pernah padam. Ibu yang berasal dari Korea, tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Malaysia. Mungkin rajuk ibu tidak lagi dapat dipujuk. Bukan salah ayah, ibu merajuk. Ayah hanya tidak mahu mengikut kata ibu yang inginkan mereka sekeluarga menetap di Korea. Kerana itu, ibu minta diceraikan. Kerana itu saja!

Matanya menala pula ke satu foto yang sempat diabadikan bersama Nelissa dan seluruh famili Nelissa. Foto yang diabadikan semasa bercuti di London dulu. Memang itu yang dilakukan setiap tahun sepanjang Nelissa belajar di UK.

“Tan Sri sungguh baik hati...dengan apalah nanti aku nak balas..” Lama foto itu ditatap.

“Hmm..apa khabar agaknya Tan Sri sekarang? Sihat ke dia?” Arissa teringat kesihatan Tan Sri Johari yang selalu merosot sejak akhir-akhir ini. Itu pun dia dapat tahu dari Puan Sri Zarina, isteri Tan Sri Johari yang selalu menghubunginya di London.


SEMENTARA itu, suasana di bilik pejabat Tan Sri Johari sungguh tenang. Alunan muzik sentimental dari corong radio beralun lembut memenuhi segenap ruang bilik pejabat yang luas. Lengkap dengan set perabot mahal dari Italy dan sedikit sentuhan perabot jati.

Interesting! Nampaknya pelaburan aku menampakkan hasil....” Tan Sri Johari bersandar di kerusi empuk. Kedua jemari tangannya bertaut. Tersenyum lebar.

Sebulan yang lalu JN Biotechnology Sdn Bhd telah berjaya dipilih dalam senarai tender untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam menyelidik makanan dan status kehalalan pula. Sebelum ini JN biotech sudah berjaya dalam projek Bioremediasi iaitu projek  rawatan air sungai tercemar.

“Tan Sri, ada tetamu ingin jumpa.”

Suara interkom dari Zalina menyedarkan Tan Sri Johari dari lamunannya.

“Siapa?”

“Datuk Mustafa Kasim dari MK Holdings Bhd.”

Ok! Let him in!”

Pintu dikuak perlahan. Tan Sri Johari tersenyum puas. Datuk Mustafa melangkah masuk ke pejabat.

Hello! My friend!” Tan Sri Johari memeluk kawan baiknya.

So, how’s your investment?” Tak sabar Datuk Mustafa mengetahui pelaburan terbaru Tan Sri Johari.

Wonderful!” Senyuman lebar sudah meniti di bibir Tan Sri Johari.

Really? Wow! Congratulation!” Tangan berjabat seketika.

Well, what’s your next plan?” Datuk Mustafa kenyit mata. Dia melabuhkan punggung di sofa.

Not decided yet...but there is something in my mind. I’m sure you’ll gonna be like it! And...as promised, you will be getting 25% profit!” Tan Sri Johari tepuk-tepuk bahu Datuk Mustafa.

Datuk Mustafa tersenyum puas. Usahanya selama ini membuahkan hasil. Tender yang dihantar akhirnya berjaya dipilih. Bukan sukar untuk memenangi tender seperti itu. Pesaing yang sudah lama bertapak dalam bidang bioteknologi dengan mudah ditewaskan.

I can imagine..how sad was Datuk JB. You perasan tak riak dia masa di majlis malam tu?” Tan Sri Johari pandang Datuk Mustafa sekilas.

Of course! His face looks pale! What a pity..”

Serentak mereka berdua ketawa. Adat perniagaan, siapa pandai gali lubang, akan dapat hasilnya dengan cepat walaupun sesusah mana lubang yang digali itu.

So, let’s celebrate! Come to my house this weekend.” Sekali lagi Tan Sri Johari menepuk bahu Datuk Mustafa.

Sure!”

As for now, let’s have some nice food. I’ll buy you!” Tan Sri Johari bingkas bangun.

Mereka berdua beriringan keluar dari bilik pejabat menuju ke foyer. Bentley hitam milik Tan Sri Johari sudah sedia menunggu.

Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:40 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-4-2014 11:00 PM | Show all posts
BAB 5





BALIK dari Cameron Highlands semalam, dia hanya terperap dalam rumah. Penat masih terasa. Ke hulu ke hilir mengikut rentak Nelissa. Dah rasa kematu tapak kaki!

“Aduh...bosannya.Esok baru aku mula kerja balik...” Arissa campak majalah Vogue ke atas katil.Dia menapak ke beranda bilik mengadap panorama bandar Kuala Lumpur.

“Hmm...agaknya macam nilah hidup seorang diri. Nak berbual tak ada orang. Adik beradik tak ada. Ayah sudah lama tak ada. Ibu...rindunya!!!” Arissa tekup muka. Dia menjerit kuat.

Jam bulat di atas meja dijeling sekilas. Hampir maghrib. Segera dia masuk ke bilik air mengambil wudhuk. Walaupun hampir lima tahun berada di kota London, solat tidak pernah ditinggalkan. Terkadang masih berfikir, solat tak pernah tinggal tapi masih bebas membuka aurat. Mendedahkan rambut. Ah! Hati aku masih tak mampu nak mengikut suruhan tuhan sepenuhnya!

“Ya Allah...berilah aku hidayahMu. Aku ingin sekali menjadi seorang muslimah yang istiqamah..” Air mata berjujuran mengalir di pipi. Lama Arissa berteleku di tikar sejadah. Terasa hidup begitu kosong. Hidup sebatang kara. Matanya menala pada sebuah buku yang dibeli dua tahun lepas yang masih belum dibaca.Tugasan dan tesis yang menimbun yang memaksanya melupakan buku itu buat sementara. Perlahan dia bangun dan mencapai buku yang sudah agak berhabuk. Buku itu dibelek sekilas. La Tahzan..jangan bersedih.

“Mungkin aku diuji dengan hidup sebatang kara. Ya Allah...tabahkan hati aku ni..” Sekali lagi Arissa meraup muka.

Telefonnya berdering kuat.

“Assalamualaikum! Nak jumpa? Bila? Okey!”

Arissa senyum. Tan Sri Johari nak jumpa esok di pejabatnya di Kota Damansara.

“Hmm...apa agaknya dia nak cakap. Segan pun ada. Keluarga aku dah banyak terhutang budi dengan Tan Sri.” Arissa buka telekung yang masih membaluti tubuhnya. Esok dia akan ke pejabat Tan Sri Johari. Hatinya berbunga riang.


ARISSA mendongak. Kali kedua dia menjejakkan kaki di bangunan lima belas tingkat itu. Pertama kali semasa dia masih di alam persekolahan. Waktu itu arwah ayah membawanya ke situ selepas ada kes kecemasan di pejabat. Tan Sri Johari waktu itu yang hanya bergelar Datuk mengalami sakit jantung. Pengsan dibilik pejabat. Arwah ayah yang baru mengambil aku dari sekolah terpaksa bergegas ke pejabat Tan Sri Johari dan terus membawa Tan Sri Johari ke hospital. Mungkin kerana itu, sampai sekarang Tan Sri begitu mengambil berat hal aku.

Perlahan Arissa menapak ke kaunter tetamu. Dia dibenarkan berjumpa Tan Sri Johari setelah diberitahu hal sebenar.Teragak-agak Arissa jenguk ke dalam pejabat yang hanya berdindingkan cermin. Nampak semua pekerja Tan Sri Johari yang begitu berdedikasi.

“Cik nak jumpa siapa?” Seorang lelaki yang agak muda menegur Arissa.

Err..saya nak jumpa Tan Sri.” Arissa melemparkan senyuman manis.

“Dah buat appoitment?”

Arissa angguk.

“Cik duduk dulu di situ.” Lelaki tadi menuding ke arah set sofa untuk tetamu.

Perlahan Arissa menapak ke arah sofa. Matanya menala ke segenap ruang pejabat yang nyata amat luas. Pekerja di situ rasanya melebihi tiga puluh orang, hanya di situ sahaja. Seluruh bangunan Wisma JN itu adalah pejabat Tan Sri Johari yang menempatkan beberapa buah anak syarikat. Bayangkan berapa ramai pekerja!

“Cik Arissa boleh masuk sekarang.” Lelaki tadi kembali ke tempat Arissa.

Arissa bingkas bangun. Perlahan dia menapak ke bilik Tan Sri Johari. Pintu bilik diketuk.

“Masuk!”

Jelasdi telinganya suara Tan Sri Johari menyuruh masuk. Tombol pintu dipulas perlahan.

“Arissa! My dear daughter! Come! Have a seat!”Tan Sri Johari tersenyum lebar.

“Terima kasih Tan Sri..” Arissa turut senyum. Dia kemudian menapak ke meja Tan SriJohari. Dari dulu, Tan Sri Johari suka memanggilnya dengan gelaran itu.

“Duduklah..”

Arissa mula melabuhkan punggung di kerusi tetamu berhadapan dengan Tan Sri Johari.

So, how was your vacation??” Tan Sri Johari bersandar di kerusi. Matanya masih pada Arissa yang tunduk.

“Baik Tan Sri..” Jawab Arissa. Segan dengan Tan Sri Johari sebenarnya.

Just call me uncle, ok?” Tan Sri Johari sekali lagi tersenyum.

Arissa senyum malu.

“Memandangkan Arissa pun dah jadi microbiologist sekarang ini dan berjaya dalam penyelidikan rawatan air sungai tu, Arissa akan dinaikkan pangkat sebagai ketua di makmal tu dan gaji Arissa juga akan dinaikkan, 100%! Uncle nak Arissa buat kajian dan analisa ke atas ubat dan makanan menggunakan mikroorganisma. Banyak faedah yang boleh kita gunakan. Penghasilan baja organik dan dari segi ubatan pula, boleh buat kajian ke atas bahan semulajadi termasuk rumpai laut. Uncle akan tambah  kelengkapan untuk kajian dan analisa ada di makmal. Macam mana?” Tan Sri Johari pandang Arissa. Manis. Lama wajah Arissa diperhatikan. Sejak menginjak usia remaja dan sudah mencapai usia dua puluhan ini, wajah Arissa seperti wajah seseorang yang cukup dikenalinya. Lama dia merenung wajah manis gadis itu.Tak mungkin....

Err..saya rasa saya tak layak untuk jawatan tu. Tapi saya akan berusaha untuk menjadi seorang pekerja yang baik dan berdedikasi.” Arissa menjawab dengan nada yang agak berhati-hati.

That’s my girl! This is your appointment letter.” Satu sampul surat coklat dihulur kepada Arissa.

Berhati-hati Arissa membuka sampul. Jelas tertera namanya di situ sebagai ketua pengawai penyelidik.

“Nelissa macam  mana?” Arissa mendongak semula.Teringat Nelissa yang beria hendak join sekali bekerja di JN Biotech.

Nelissa? She just know how to enjoy! Uncle harap Arissa dapat nasihatkan Nelissa tu. Sepatutnya dia kerja di pejabat ni tapi degil. Dalam sebulan, boleh kira berapa hari saja dia datang kerja.” Tan Sri Johari sedikit mengeluh.

“Saya rasa dia masih belum biasa lagi. Berilah dia peluang untuk membiasakan diri dengan semua ini. InsyaAllah, saya akan cuba nasihatkan dia.” Arissa senyum.Terasa bersalah pula bila Tan Sri Johari mengeluh begitu. Selama ini dia telah berjanji pada dirinya sendiri. Nelissa perlu diubah sikapnya. Mungkin itu salah satu cara untuknya membalas budi baik Tan Sri Johari.

Ok! Good job Arissa. Projek Bioremediasi tu sangat berjaya! Tahniah untuk you Arissa! Selamat bekerja.” Tan Sri Johari menghantar Arissa sehingga ke pintu.

Arissa sempat mencium tangan Tan Sri Johari. Terkedu seketika Tan Sri Johari melihat tingkah Arissa.

Why you act like that?” Terasa pelik.

Err..saya dah biasa cium tangan orang yang lebih tua dari saya uncle. Itu yang arwah ayah ajar sejak kecil.” Arissa tunduk malu. Pertanyaan Tan Sri Johari tadi sudah terasa lain. Macam aku ni makhluk yang datang dari planet lain!Pelik sangat ke apa yang aku buat tadi??

Oh...you're such a good girl. I don’t think Nelissa will do the same thing..” Tan Sri Johari mengusap lembut rambut Arissa.Sikap Arissa jauh berbeza dengan anak tunggalnya. Bukan salah Nelissa kalau sikapnya tidak seperti Arissa. Kehidupan yang dilaluinya tidak pernah selaras dengan kehidupan orang timur. Lebih tepat lagi, jauh dari budaya Islam!

“Saya minta diri dulu uncle.” Arissa mula minta diri.



Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:40 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 11:01 PM | Show all posts
LAMA Arissa termenung di birai katil. Terkadang rasa nak tolak tawaran Tan Sri Johari. Selama ini hidupnya dirasakan bergantung sepenuhnya pada Tan Sri Johari. Sampai bila?? Lama Arissa berfikir. Serba salah.

“Ah...terima je lah jawatan tu. Mungkin dengan cara tu aku boleh balas budi baik Tan Sri selama ini....” Arissa menopang dagu. Masih berfikir.

Dia jeling telefon bimbitnya yang berdering kuat.

“Assalamualaikum!”

“Arissa!!”

Telefon dijauhkan dari cuping telinga. Suara menjerit Nelissa di hujung talian begitu kuat menerjah lubang telinga.

Hish minah ni! Suka sangat jerit! Beb! Mana salam kau!” Arissa turut jerit.

Jelas dia mendengar suara ketawa Nelissa. Bukan nak jawab salam! Ketawa pulak dia ni.

“Arissa! Kita jumpa? Aku tunggu kau kat bawah ni!”

“Hah??” Cepat saja Arissa bingkas bangun. Dia menapak laju ke balkoni bilik. Nelissa sudah melambai dari bawah.

“Kau ni! Nanti aku turun!”

Arissa segera menukar baju. Dari baju kelawar, dia memakai blaus lengan panjang dan skirt labuh kembang berona biru. Rambut disikat. Dia terus capai beg tangan dari atas meja solek.


NELISSA sengih. Cepat juga minah ni bersiap.

“Cantik kau hari ni?” Tanya Nelissa sebaik melihat Arissa terkedek-kedek berjalan ke arahnya.

“Cantik? Cantik apa macam  ni? Kan aku selalu pakai macam ni!” Arissa berkerut kening. Blaus dan skirt labuh kembang.

“Kau pakai apa pun nampak cantik. Sweet sangat!” Nelissa mengusik.

“Dah la! Kau nak ke mana ni malam buta ni?” Arissa pandang sekeliling. Dia jeling jam di pergelangan tangannya. Hampir sembilan malam.

“Malam buta? Kau tu yang buta! Baru pukul sembilan la cik Arissa oi!” Nelissa gelak.

“Waktu macam ni aku suka lepak kat rumah je. Kau tu yang dah jadi kelawar!” Arissa mencebik.

“Kelawar pun kelawarlah! Aku nak ajak kau makan je pun. Kau laparkan?” Nelissa kenyit mata.

“Kau ni asyik ingat makan je tau!” Arissa mula ketawa.

“Mestilah! Hidup untuk makan! Enjoy!

Arissa geleng. Hidup untuk makan??Whatever!

“Eh, mana kereta Merc kau?” Arissa jeling kereta di tempat letak kereta. Kali ini Nelissa bawa kereta Nissan Fair Lady putih.

“Masuk bengkel. Semalam, aku mabuk. Aku langgar tiang elektrik.” Selamba Nelissa menutur.

Arissa membuntang. Nelissa mabuk?? Sejak bila minah ni pandai togok arak??

“Beb...kau serius ke?” Arissa sudah berkerut kening.

“Serius apa?”

“Tadi kau kata kau mabuk? Kau minum eh?” Arissa mula tidak sedap hati. Nampaknya tugasnya semakin rumit.

“Alah..sikit je pun. Aku nak lepaskan tension! Papa aku sibuk suruh aku kendalikan syarikatnya di Kedah. Tak nak aku! Jauh tu beb! Lagi pun, kat Kedah tu, apa ada? Tak macam KL ni. Heaven!!” Nelissa mula buka pintu kereta.

Arissa membuntuti Nelissa menaiki kereta.

“Papa kau nak kau pergi Kedah?” Arissa tercengang. Patutlah minah ni melenting sakan!

Nelissa angguk. Enjin dihidupkan. Fair Lady putih dipecut laju meninggalkan Kondominium Villa Indah menuju ke Bukit Bintang.

Arissa hanya mengikut rentak Nelissa menuju ke sebuah restoran terkenal di situ yang menyediakan makanan Barat.

“Nely..tempat ni halal ke?” Arissa teragak-agak.

“Halal..tengok?” Nelissa tuding kepada beberapa pelanggan melayu yang sedang menikmati juadah makan malam.

“Tapi...mengapa ada jual arak sekali?” Arissa tuding ke arah deretan botol arak di tempat membuat minuman.

“Ala..restoran macam ni memang la. Kita order la soft drink. Kau ni kolot betullah! Lima tahun kau kat London tu, takkan tak tergerak sedikit pun dalam hati kau tu nak cuba liqour tu?” Nelissa sengih.

Eh! Minah ni! Aku bukan macam kau la! Togok minuman setan tu!

“Kita pergi restoran lain je la. Aku tak sedap hati la...” Arissa tarik tangan Nelissa. Cuba keluar dari situ.

“Alah..nothing la. Kita nak makan je pun. Kau order je air sejuk. Tak pun kau minum je air mineral dari botol tu. Ok?” Nelissa berkeras. Dia segera mencari meja kosong.

Arissa sekali lagi terpaksa mengikut rentak Nelissa. Tak apa...aku order minuman dalam botol tu. Makan tu memang tak arr..

Nelissa mula memesan makanan. Arissa pula hanya pesan jus oren dalam botol.

“Kau tak nak makan ke? Sedap tau makanan kat sini. Menyesal kau nanti beb!” Nelissa senyum. Matanya meliar melihat sekitar restoran.

“Nely..aku bukan apa. Makan minum kita kena jaga. Itu menjadi darah daging kita nanti. Benda ni akan sebati dalam diri kita. Kalau benda macam ni kita tak jaga, hati lama kelamaan akan berkeladak. Bila dah berkeladak, susah nak dibentuk semula menjadi jernih. Itu belum cerita makanan syubahah.” Arissa mengingatkan Nelissa. Biarlah dia bertatih dalam memberi nasihat. Biar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Janji Nelissa tidak marah dan melenting.

“Syubahah? Apa tu?” Nelissa berkerut kening.

“Syubahah ni...benda yang was-was. Unsur syubahah ialah apa-apa makanan, perbuatan, perniagaan atau apa sahaja yang bersangkutan dengan perbuatan hamba samada dari sudut amal ibadah atau sebagainya mengandungi unsur-unsur yang diragui.” Terang Arissa bersungguh. Tak apa...sekurangnya Nelissa nak juga tahu.

“Diragui?” Sekali lagi Nelissa berkerut kening.

Arissa angguk.

“Ya..macam kat sini. Ada jual arak. Gelas yang digunakan tu mungkin juga digunakan untuk minuman lain seperti jus dan soft drink yang lain. Belum tentu dia basuh bersih gelas tu. Jadi ada unsur diragui di situ.”

“Oh..jadi makanan kat sini ada unsur syubahah juga ke?” Nelissa sudah bingung. Keliru.

“Makanan tu aku tak pasti. Tapi kalau dah ada arak macam ni...baik kita elakkan. Syubahah ni lagi bahaya dari benda haram. Kalau yang haram tu memang jelas dan nyata.” Arissa senyum. Dia menutur perlahan. Matanya melilau melihat sekitar restoran. Buatnya pengurus di situ mendengar apa yang dituturkannya tadi, mahunya dia dihalau keluar nanti. Pandai je mengomen!

“Kau perli aku ke?” Suara Nelissa sudah berubah nada.

“Perli? Perli apa pulak?”

“Aku tahu la...aku pernah minum minuman setan tu. Jelas haram kan?” Nelissa sudah bersandar di kerusi.

“Kalau dah tahu haram..kenapa kau togok jugak?” Arissa pulangkan semula soalan.

“Ah, biul otak aku ni kalau cakap dengan ustazah macam  kau ni. Ni, yang kau masih free hair ni kenapa? Takkan kau tak tahu haram buka aurat?” Nelissa juga tak nak mengalah.

Arissa terdiam. Memang dia tahu rambut adalah juga aurat. Semua orang tahu hal tu tapi tak semua sedar tentang haram mendedahkan rambut. Termasuklah aku sendiri. Kalau bab lain, aku boleh jaga, kenapa yang satu ni aku liat sangat nak jaga!!

“Kau marah ke? Aku gurau je la beb.” Nelissa pegang tangan Arissa yang ternyata tersentuh dengan soalannya tadi.

“Tak apa..memang betul pun apa yang kau cakap tadi. Aku masih tak ada kekuatan untuk menutup rambut aku ni dalam erti kata berhijab. Mungkin aku belum bersedia..atau..entah la..” Arissa mengeluh. Sejak dulu dia masih tercari-cari diri sendiri.

“Eh! Tu bukan mamat yang kita nampak kat Cameron tu ke?” Nelissa tuding ke arah satu meja di penjuru restoran. Agak jauh dari meja lain. Cahaya suram dari lampu agak samar.

“Mana?” Arissa turut jenguk.

“Tu!” Nelissa tuding lagi.

Arissa cuba mencari wajah yang dilihat agak samar dalam cahaya lampu romantik macam tu. Memang sah! Itu lelaki yang merempuhnya dulu.

“Eh..dia minum?” Terpacul soalan dari mulut Arissa.

Nelissa turut memerhati. Dia kemudian melemparkan senyuman lebar.

“Memang la. Aku tengok rupa dia pun aku dah tahu dia bukan muslim. Kenapa?” Nelissa beralih mata ke arah Arissa yang tercengang di depannya.

“Tak ada la..aku ingatkan dia tu orang Islam. Mungkin kacukan ke apa ke..” Arissa masih memerhati kelibat lelaki itu yang bergelak ketawa bersama dua lagi rakannya. Jelas ada botol minuman keras di atas meja.

“Kau nak tackle ke? Beria kau tengok dia?” Usik Nelissa.

Ish! Aku kalau nak cari pakwe, aku akan cari orang melayu tulen. Kalau boleh sama dengan aku. Ada keturunan pendekar!” Arissa sengih.

“Banyaklah kau punya pendekar! Entah-entah pendekar Mustar dalam Pendekar Bujang lapuk tu! Hahahah!!” Nelissa ketawa mengekek.

“Ada ke? Oh...tak sangka orang macam kau ni minat juga cerita klasik P. Ramlee tu..” Arissa mencebik.

“Kalau cerita P.Ramlee tu aku suka tengok. Kelakar! Tapi kalau drama tangkap leleh tu..eii..kembang tekak aku!” Nelissa menggeliat geli.

Arissa ketawa mengekek mendengar kata-kata Nelissa. Mereka mula menikmati hidangan yang telah sampai. Arissa hanya minum jus.
Usai makan, Nelissa menghantar semula Arissa ke Sri Hartamas.


MALAM itu, tidur Arissa tidak lena. Esok akan bermula tugas baharunya sebagai ketua pegawai penyelidik.

“Senior microbiologist..lepas tu Head of Microbiologist.” Arissa senyum. Menjadi ahli mikrobiologi adalah menjadi impiannya selama ini.

“Aku akan bekerja bersungguh-sungguh..” Arissa senyum. Lampu tidur kecil di tepi katil ditutup. Gelap.


Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:41 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2014 11:14 PM | Show all posts
BAB 6




ARISSA menapak perlahan ke arah makmal yang tersergam besar di Serdang. Bangunan dua tingkat yang lengkap dengan peralatan makmal yang canggih itu memang cukup megah berdiri di kawasan yang agak besar di pinggir UPM.

“Tak sangka aku dapat kerja kat sini. Peralatan semua lengkap. Lagi hebat dari makmal yang aku selalu guna masa kat UK dulu.” Arissa senyum.

Arissa menapak riang ke bilik makmalnya. Sekali lagi dia melihat sekitar makmal.Memang peralatan di makmal itu cukup lengkap. Ada beberapa bilik yang dipisahkan dari bilik besar di luar. Sejak pertama kali menjejakkan kaki ke makmal itu, dia sudah boleh agak, ruang yang luas di luar tu adalah makmal untuk ujian kimia dan bilik yang terpisah itu mungkin bilik analisa yang menempatkan mesin yang agak sensitif seperti HPLC, GC dan FTIR yang memerlukan penjagaan yang rapi. Matanya melirik pula pada bilik yang besar. Siap dengan tulisan di pintu ‘Authorized Personnel Only’. Itulah bilik mikrobiologi yang lebih rapi penjagaannya dari makmal lain. Bilik yang memerlukan keadaan yang sentiasa bebas atau kurang dari pencemaran mikroorganisma.

Hariini dia perlu jumpa Syed Faizal tentang surat perlantikan itu. Syed Faizal yang memegang jawatan pengurus makmal merangkap Qaulity Manager di JN Biotech itu.

“Cik Arissa, sila masuk ke bilik bos.”

Arissa tersedar dari lamunan. Dia menapak mengikuti wanita tadi menuju ke sebuah bilik.

“Ada Tan Sri cakap apa-apa tak?”

Arissa mendongak. “Err..cakap apa Encik Syed Faizal?”

“Awak ni..dari dulu lagi saya pesan jangan panggil saya encik. Panggil je Faizal. Maksud saya tadi, ada tak Tan Sri suruh awak kerja di bahagian mana?”

Err..tak rasanya. Dia hanya cakap..saya akan jadi ketua pegawai penyelidik saja..” Arissa menutur lembut.

“Oh...sebab mana tahu bila dah naik pangkat ni, awak ditempatkan di bahagian admin sahaja dan tak perlu buat semua ujian tu..” Syed Faizal angguk-angguk.

Arissa senyum. Faham maksud Syed Faizal tadi.

“Ada bawa surat perlantikan?”

“Ni surat perlantikan saya.” Arissa hulur surat yang diberi oleh Tan Sri Johari.

Syed Faizal melihat seketika dan dia mula mengukir senyum.

“Awak memang layak untuk jawatan ni. Projek Bioremediasi tu pun dah berjaya dan sekarang ni Tan Sri cukup berpuas hati dengan hasil kerja awak.” Puji Syed Faizal.

“Tapi saya pun masih dalam proses belajar. Banyak lagi yang perlu saya belajar Faizal.”Arissa merendah diri.

“Ok..mari kita ke bilik makmal. Semalam, ada peralatan baharu sampai.” Syed Faizal bimgkas bangun. Dia mengajak Arissa melihat peralatan yang baharu sahaja sampai dari Amerika Syarikat melalui pihak pembekal. Peralatan makmal di bilik mikrobiologi juga memang canggih dan terkini. Biosafety Cabinet Class 11 yang mempunyai kapaisiti sehingga 20 ribu meter kuib. Sangat besar! Laminar Flow dan Autoclave juga dari model buatan Jepun dan terkini. Itulah peralatan makmal yang diperlukan dalam mengendalikan ujian bakteria dan mikroorganisma lain. Laminar Flow, tempat untuk buat analisa dan Autoclave pula alat untuk menyahkuman pada suhu tinggi melebihi 100 darjah celcius.

“Ni..autoclave yang terbesar pernah dibeli oleh Tan Sri untuk memudahkan kerja awak nanti. Dan yang ni pula, incubator berkapasiti lebih sepuluh ribu meter kiub. Cukup untuk memuatkan kultur bakteria yang banyak. Tan Sri pun ada tempah Biosafety Cabinet yang lebih besar.” Syed Faizal tunjuk semua perlataan makmal kepada Arissa yang sudah hampir dua minggu tidak masuk kerja kerana bercuti.

Arissa hanya mengangguk. Dia lebih berminat pada autoclave tadi, alat untuk mensterilkan semua bahan dan peralatan makmal supaya bebas dari kuman. Bermakna dengan kapasiti yang besar itu, dia boleh menjimatkan masa dan tenaga!

“Ok..saya rasa dengan adanya semua ni, awak akan lebih bersemangat untuk memajukan makmal ni.” Syed Faizal senyum lagi. Dia juga kagum dengan kebolehan Arissa menyelidik dan membuat ujian dengan mudah.

“Ok..saya minta diri dulu.” Syed Faizal mula beredar dari bilik pejabat Arissa.

Arissa senyum lebar. Tak sangka Tan Sri Johari begitu berusaha untuk menjadikan makmal itu makmal yang paling berjaya di Malaysia. Dia kembali duduk di tempatnya di dalam bilik analisa mikrobiologi. Bilik yang penuh dengan dokumen tentang prosedur analisa mikrobiologi.

Uih..banyak juga nak belek benda ni.Esok pun tak habis ni..” Arissa mula membelek dan membaca dokumen yang tersedia di situ untuk projek baharu nanti.

Dari pagi sampai ke petang, dia hanya berjaya menghadam tiga prosedur dokumen untuk analisa. Arissa pandang jam. Hampir enam petang. Patutlah semua orang meluru ke tempat punch kad!


BALIK dari makmal tadi, Arissa singgah di restoran Thai Seafood dekat dengan kondominium Villa Indah.

“Hmm..aku nak makan apa eik?” Arissa mengusap dagu. Mata melirik pada lauk pauk yang terhidang di situ.

“Hmm..makan yang bergorenglah. Berselera sikit makan panas-panas.” Arissa duduk di meja. Seorang pelayan restoran mula mengambil pesanan. Nasi goreng ikan masin dipesan bersama telur mata dan segelas jus oren.

Arissa menopang dagu di meja. Dia memerhati sekitar restoran.

“Eh,macam lelaki tu...ya la!” Arissa menelan liur. Jumpa lagi lelaki yang merempuh bahunya dulu semasa di Cameron Highlands. Arissa tunduk. Lelaki itu bersama seorang lelaki lain sedang melihat-lihat lauk di situ.

“Cik,ni jus oren.” Seorang pelayan letak jus oren di meja.

“Terima kasih..” Arissa senyum. Matanya menjeling lelaki tadi.

Dia cepat-cepat menundukkan wajah bila lelaki itu mula berpaling.

“Aduh...kenapa la asyik jumpa dia ni je? Dah la poyo!”Arissa tutup muka dengan beg tangannya yang agak besar. Jus oren diteguk seketika. Haus dari tadi lagi.

“Cik!”

Arissa mendongak. Pelayan restoran tadi membawa pula nasi goreng ikan masin yang dipesan tadi. Cepatnya siap?

“Terima kasih..”

Well..I think I know you.”

Arissa sekali lagi mendongak. Dia menelan liur. Lelaki tadi sudah terpacak di depannya.

Err...really?

What a small world!”

Arissa sekali lagi menelan liur. Lelaki itu ketawa dan terus berjalan ke sebuah meja.Dari situ, dia dapat rasa lelaki itu masih memandang ke arahnya. Kawan lelaki itu pula macam pernah dia kenal. Arissa cuba mengingati rupa lelaki itu.

Laju dia mengunyah nasi goreng. Jus oren diminum perlahan. Haish...mengapalah dia asyik tenung aku je..

Arissa cepat-cepat bayar selesai menghabiskan nasi goreng. Jus oren masih tinggal suku. Ah! Lantaklah! Dia terkocoh-kocoh menapak ke kereta.


DANIEL senyum melihat gelagat gadis tadi. Kecantikan gadis itu sedikit sebanyak telah menggugat naluri lelakinya. Pertama kali jantungnya berdegup laju. Bergetar kuat. Ah!Perasaan apakah yang aku rasa ini?

“Kau senyum-senyum ni kenapa bro?”

Daniel menoleh ke arah kawan di sebelahnya. Zarul, satu-satunya kawan melayu yang dia rapat. Memang satu kepala.

“Kau perasan tak tadi?” Daniel sengih lagi.

“Apa?”

There was a beautiful girl just sit there.”Daniel senyum lebar.

“Mana?”Zarul jenguk ke semua meja.

“Dia dah blah!” Daniel ketawa.

Zarul mencebik. Pantang mamat ni tengok perempuan cantik. Mulalah otak biru. Daniel,walaupun keturunan Inggeris- Korea- Cina, dia fasih berbahasa Melayu. Ayah Daniel sudah lama menetap di Malaysia. Ada rumah sendiri di sebuah pulau peranginan di Terengganu dan Pulau Pinang. Malah ada resort peranginan sendiri di sana.

I know what is on your dirty mind right now!”Zarul sengih.

Really? Aku ingat agama kau melarang semua tu. Kau selamba je buat kerja haram tu?” Daniel turut sengih.

“Hidup mesti enjoy bro!” Zarul teguk teh tarik. Tahu pulak mamat ni pasal halal haram ni! Memang selama ini dia tidak kenal erti halal haram. Semuanya main sapu je. Semua itu a bermula dari satu sebab sahaja. Wajah gadis pertama yang dicintainya mula bermain di ruang mata.

You know what...there is something that I feel so sorry about you Zarul..” Daniel teguk jus karot susu.

Zarul angkat kening. Dia kunyah mee goreng yang baru tiba di meja.

You are so careless! Look at you! Why you let that girl went away? Like...the girl yang kau cerita kat aku dulu tu?”Daniel petik jari beberapa kali, cuba mengingati semula cerita Zarul yang pertama kali merosakkan perempuan.

“Aku blah dari hidup dia ada sebab bro! Kau tahu,  dia anak orang berpengaruh.Sebelum dia cerita apa-apa kat bapak dia, baik aku lenyap dari hidup dia. Tapi itu tak bermakna aku kalah. Aku pun nak hidup juga.” Zarul sengih. Teringat zaman universiti dulu. Pertama kali merasa nikmat tubuh perempuan. Ah! Heaven!Dan wajah gadis itu mula muncul kembali. Antara rasa cinta dan dendam.

What a shit kau ni! Tak baik kau buat macam tu. Dia ada upah orang bunuh kau ke?” Daniel masih korek cerita Zarul.

Look at me! I’m still alive!” Zarul tepuk dadanya sendiri.

Daniel geleng. Zarul begitu bangga dengan perbuatannya. Patutlah sampai sekarang asyik tanya aku je pasal perempuan.

Err..kau ada sesiapa tak?” Zarul sengih.

Daniel faham sangat dengan senyuman Zarul.

“Aku bukan pembekal perempuan bro! Aku ni berniaga balak! Bukan perempuan!” Daniel ketawa.

“Dah lama aku tak rasa ni.” Zarul habiskan mee goreng. Cuba bergurau.

You what? Jadi kau lagi teruk dari aku la? OMG!!” Daniel ketawa lagi kuat. Nafsu buas gila mamat ni!

This week end kau nak ke mana? Hard Rock Cafe?” Zarul bersandar di kerusi. Kenyang!

“Aku tak boleh cakap la bro. Banyak kerja ofis aku kena selesaikan. Ayah aku sakit tiba-tiba. Semalam Aunt Beth aku call lagi, kesihatan ayah aku semakin teruk.” Daniel mula sugul.

“Ayah kau sakit apa?”

“Jantung.Dia terkejut dengar berita yang pelaburannya selama ini ditipu. He’s been cheated by his old friend! Trusted friend! And now, I feel like to make a revenge if anything happened to my dad! No matter what!” Daniel mengetap bibir.

“Hah??Sampai macam tu sekali? Siapa kawan ayah kau tu? Do I know him?”.

I think you dont know him. But anyway, as for now, just let it be. My dad still ok and I hope he will getting well soon.”Suara Daniel sudah kendur.

Where’s your dad now? Still kat sini?” Zarul ambil sebatang rokok. Dia menyalakan api dari pemetik api. Asap rokok disedut lama dan dihembus sehingga berkepul.

“Dia di Edinburgh...rumah lama ayah aku.”

Oh...so, what’s your plan? Kalau kau nak aku buat sesuatu, aku on je!” Rokok yang masih bernyala dibuang habuknya di dalam bekas bulat kecil atas meja.

“Buat masa ni..aku tak akan buat apa-apa tapi aku dah upah seseorang untuk siasat apa yang berlaku. Just wait and see.”Daniel habiskan jus karot susu.

Ok! Let’s go!” Mereka berdua mula menapak ke kereta Lamborghini kelabu milik Daniel.



SEAWAL lapan setengah pagi, Daniel sudah terpacak di pejabat.Banyak urusan yang belum selesai. Dua minggu dia bercuti, segala urusan pejabat semuanya sudah kelam kabut.

Sherry! Come and see me!” Interkom ditekan.

Daniel perhatikan fail pelaburan yang dimaksudkan ayahnya dulu. Satu persatu fail itu dibelek.

Yes boss?”

Daniel angkat muka. Sherry sudah tersenyum di muka pintu pejabatnya.

Please get me a file of investment on Biotechnology.” Daniel senyum. Wajah gadis cina itu kelihatan manis.

Which one boss? Is it investment on Biotechnology of Bioremediation?” Sherry bertanya lebih lanjut. Inginkan kepastian.

Daniel angguk. Fail yang berada di tangannya tidak lengkap. Tidak menyatakan berapa jumlah yang ayahnya melabur.

Sherry kembali semula ke bilik Daniel dengan dua buah fail.

These are the files. If you need anything,just intercom me.” Sherry senyum. Wajah bos mudanya memang selalu menjadi igauannya. Sampai sanggup dia menawarkan diri untuk bermesra dengan Daniel tapi sudah menjadi prinsip Daniel. Tak akan buat onar dengan pekerja sendiri. Daniel sangat tegas bila bekerja. Tidak pernah mencampurkan urusan peribadi dengan kerja. Sebab itulah semua kerjanya tiptop!

Daniel hanya senyum kelat. Faham denganrenungan mata Sherry. Sudah menjadi prinsipnya. Dia mesti hormat semua pekerja terutama pekerja wanita. Kalau dah gian sangat nak tubuh perempuan, berlambak kat luar sana yang menanti. Hanya keluar duit saja. Fikirannya mula melayang pada gadis di restoran semalam.

Who’s that girl?” Daniel senyum sendiri.


Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:41 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 11:36 PM | Show all posts
BAB 7




ARISSA masih memikirkan hal semalam. Perasaannya mula gelisah sejak bertemu lelaki kacukan semalam. Siapa agaknya mamat tu? Dari renungan lelaki itu, dia mengagak, tentu lelaki itu 'somebody' yang berpengaruh.

“Kenapa aku rasa macam ni? Ah! Gila! I don’t even know him, not even know his name!” Arissa luku kepalanya sendiri.

Fail dari atas rak dicapai dan dibaca sekali lagi. Tidak susah untuknya memahami semua prosedur analisa.

“Cik Arissa, yang ini nak buat test tak?” Suzana tunjuk sebuah bungkusan yang mengandungi serbuk susu.

“Hmm..kat borang tu ada tulis apa-apa tak?” Arissa bingkas bangun. Borang di tangan Suzana diperhatikan seketika.

“Tak ada pulak...kat sini hanya tulis nak buat test saja. Tak ada pulak specified test apa?” Suzana garu kepala.

“Hmm..tak apa. Sampel tu letak dulu dekat rak unknown sample. Nanti saya confirmkan dengan client.” Arissa senyum.Rupanya dia menjadi bos muda di situ. Seramai empat orang ahli mikrobiologi dan dua orang juruteknik makmal di bawah kawal selia dan juga arahannya.

Err...dah siap ke analisa untuk projek air sungai tu?” Arissa teringat projek penyelidikan rawatan air sungai yang tercemar.

In progress. Lusa baru dapat result cik Arissa.” Suzana senyum.

“Awak ni..panggil je kak Arissa.” Arissa senyum. Sejak dulu lagi pekerja di makmal itu suka memanggilnya dengan gelaran cik. Macam terlalu ikut protokol!

Dia kemudian meneruskan bacaannya untuk mengetahui kaedah terbaik yang boleh digunapakai dalam penyelidikan air sungai tercemar. Rawatan yang sesuai menggunakan bakteria. Siapa sangka, bakteria juga memberi manafaat pada manusia. Contohnya minuman yogurt. Bakteria baik yang dimasukkan ke dalam minuman itu adalah sangat baik untuk perut di mana bakteria tersebut boleh membantu perut memproses makanan dengan lebih cepat dan menolong pembersihan perut dari bakteria bahaya. Banyak jenis bakteria yang sudah ditemui oleh para saintis. Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei yang paling popular untuk menghasil air minuman yogurt. Bifidobacteria contohnya, juga digunakan dalam penghasilan minuman baik ni. Bukan sedikit yang dimasukkan ke dalam minuman itu. Lebih dari lapan juta koloni bakteria!!

“Hmm..aku boleh buat kajian untuk penghasilan minuman yogurt ni..macam yakult, nitrogen dan vitagen tu. Buat research pada jenis bakteria baik ni dan aku akan hasilkan sejenis minuman yang kaya dengan bakteria baik. Tan Sri Johari pun ada kilang minuman ni..emm..apa aku nak letak nama minuman ni...JN yogurt drink?” Arissa senyum sendiri. Berangan lebih je aku ni. Telefon berdering kuat di atas meja.

Hello! Yes boss? Ok!”

Arissa menapak ke bilik Syed Faizal.

“Ha..tadi Tan Sri call, macam mana kerja?”Terus Syed Faizal tanya.

Erk! Tan Sri Johari call semata-mata nak tanya tu je??

Err...okey boss. Everything is okey.” Arissa senyum kelat.

Okey..saya kena up date Tan Sri. Hmm...boleh saya tanya sikit?” Syed Faizal pandang Arissa tak berkelip. Nak tahu sangat siapa Arissa pada Tan Sri Johari.

“Awak ni..ada apa-apa ke dengan Tan Sri?”

Pantas Arissa mendongak. Mencerlung.

“Maksud awak?”

“Maksud saya..apa kaitan awak dengan Tan Sri,anak sedara ke, cucu ke...atau...kekasih?” Syed Faizal senyum sinis. Arissa diperhati atas bawah. Gadis secantik Arissa siapa yang tidak tergoda. Kulit putih gebu, pipi kemerahan. Walaupun pakai baju kurung tapi tetap nampak seksi.

Arissa membuntang! Kekasih?? Gila!

“Kenapa?”

“Sebab malam majlis di rumah Tan Sri Johari dulu tu, dia kenalkan awak sebagai anak gadisnya..betul ke?” Syed Faizal merenuang Arissa tidak berkelip.

Err..actually saya ni hanya anak kepada pekerja Tan Sri sahaja. Arwah ayah saya banyak menolong Tan Sri dulu..” Arissa tunduk. Eii..sibuk je mamat ni! Macam mana dia boleh jadi bos dalam usia muda macam ni?? Rasanya umur Syed Faizal ni mungkin dalam lingkungan tiga puluhan.

Oh..I see. Anyway, thanks. You may go now.”Syed Faizal senyum. Lega.



TUBUHNYA dihenyak di kerusi. Kenapalah Tan Sri tak call aku direct?? Kan dah kena jelaskan kisah peribadi kau Arissa!!Arissa luku kepala sendiri. Mana tahu kisahnya dicanang di makmal tu. Aku tak mahu dituduh dapat kerja di sini atas belas ehsan Tan Sri Johari! Tidak!

Arissa! Miss you so much!”

Arissa mendongak. Nelissa sudah tercegat di depannya.

“Bila kau masuk??”

“Saja aku nak surprise!” Nelissa duduk di depan Arissa.

“Oi cik Nelissa! Kat sini ada peraturan! Please put on the lab coat!” Arissa tolak tubuh Nelissa ke arah almari baju putih makmal yang disediakan untuk tetamu.

Eiiyer! Nak kena pakai ke?” Nelissa mencebik.

“Kat sini ada undang-undang! Mana tahu kau tu bawa bakteria dari luar tu! Environment kat sini bersih. Aku selalu pantau setiap hari.” Arissa gelak melihat gelagat Nelissa yang menekup hidung.

“Apasal?”Tanya Arissa. Muka Nelissa sudah mencebik.

Eii! Bau macam bau hospital! Ni makmal ke hospital?” Sekali lagi Nelissa menutup hidung.

“Dah!Jangan nak merepek! Kau kena pakai baju tu. Makmal di sini bersih. Setiap hari dibersihkan dengan dettol! Kau apa tahu!” Arissa senyum lagi.

Nelissa melihat baju makmal yang berwarna putih yang sudah disarung ke tubuhnya.

“Kau tak rimas ke pakai ni semua?”

“Aku dah biasa beb. Sejak zaman universiti lagi. Kau apa tahu...kau tu ambik course business study.” Arissa menapak semula ke mejanya.

Nelissa membuntuti Arissa.

“Beb..aku datang ni nak ajak kau keluar makan. Jom!” Nelissa melihat sekitar makmal.

“Baru pukul sebelas beb. Nanti apa pulak kata staf kat sini. Aku tak berdisiplin.” Arissa jenguk jam di dinding.

“Alah..sejam je lagi nak pukul dua belas. Let’s go! Mereka tak akan kata apa la. Aku bos kat sini. Kalau ada orang complain, aku cakap kat papa aku!”Nelissa buka semula baju makmal dan diletak di kerusi.

Ish! Kau ni! Letak la balik kat tempat asal. Makmal ni ada ISO tahu tak!” Arissa terus capai baju makmal dari atas kerusi dan diletakkan semula dalam almari.

“Banyaklah kau punya ISO! Kau sendiri pun tunggang langgang!” Nelissa sengih. Teringat Arissa yang selalu gelabah bila ada lelaki cuba usik atau mengurat.

“Maksud kau?”

“Kau tu..bila lelaki nak dekat je..kau dah gelabah tahap gaban!” Nelissa ketawa.

“Apa kaitan dengan ISO pulak?” Arissa geleng.

“Yala..ISO kan kena ikut prosedur. Ikut standard procedure. Samalah tu cik Arissa oi! Bila dah berdepan lelaki, langsung tak ikut peraturan. Menggelabah!”

Erk!Tak ada kena mengena langsung! Arissa menjeling Nelissa.

“Dah!Jom kita keluar makan! Aku lapar ni. Jauh aku datang tau!” Nelissa segera tarik tangan Arissa.


FAIR LADY PUTIH meluncur laju menuju ke Damansara Utama. Nelissa mula membelok ke bangunan The Curve.

“Ok,kita dah sampai!”

“Kau nak makan apa kat sini?” Arissa jenguk.

“Banyak tanya la kau ni. Ikut je!”

Mereka berdua mula melangkah masuk ke restoran Bumbu Desa.

“Hmm..ok jugak makanan kat sini.” Arissa senyum.

“Ha...tadi bukan main tak nak. Aku bawa kat restoran halal tau. Aku tak nak kau pot pet pot pet!” Nelissa sengih.

Arissa dan Nelissa mula menikmati makanan. Waktu makan tengahari macam ni, restoran penuh sesak.

“Nely...kau tak kerja ke hari ni?” Arissa mulakan perbualan. Dari tadi masing-masing diam menikmati juadah tengahari.

“Tak..aku malas. Papa aku tu..tak habis-habis nak membebel. Bosanlah!”

“Membebel pasal apa?”

“Pasal aku tuang kerja la. Aku rimas la kerja macam tu.” Nelissa teguk jus tembikai.

Laa..aku ingatkan apa la tadi. Nely..itu untuk kebaikan kau jugak. Kaulah satu-satunya pewaris papa kau. Kau kena ambik tahu semua tu. Kau kena ingat, dunia perniagaan ni banyak mainan kotor. Mana tahu, papa kau ada musuh di luar sana. Kau nak papa kau mati dibunuh?”Arissa cuba mengugut Nelissa.

“Apa kau cakap ni? Bunuh bagai! Aku tak terfikir langsung benda tu semua. Lagi pun,aku tak suka la bisnes gila ni. Penat otak tahu tak!” Nelissa mengeluh lagi.

“Habis,yang kau ambik course bisnes studi tu kenapa?” Arissa jeling Nelissa yang sudah monyok.

“Papa aku suruh!”

Arissa geleng. Inilah padahnya bila dimanjakan sangat. Semuanya nak tersedia depan mata! Tak nak bersusah payah dan belajar selok belok perniagaan dari bawah. Dia tahu Nelissa ditempatkan bekerja di bawah Encik Malik dan dikawal selia dengan ketat. Nelissa kena buat kerja kerani dulu. Belajar dari situ.

“Aku kerja kat makmal boleh? Boleh la kita keluar hari-hari?” Nelissa kenyit mata.

Arissa geleng. Dah buat dah minah ni!

“Kau jangan nak merepek! Papa kau dah letak kau kat syarikat induk, JN Berhad. Kau tu salah seorang pemegang saham syarikat tahu tak. Mengada-ngada!” Arissa habiskan nasi dalam pinggan. Sempat dia menoleh pada seseorang. Gulp!

Weh! Apa hal kau ni? Pucat muka tu!”Nelissa teguk lagi jus tembikai.

“Tak..tak ada apa..” Arissa tunduk. Dia sengaja sembunyikan wajahnya di sebalik pokok bunga yang agak rendang yang sememangnya ada di situ.

“Hmm..dia tengok siapa?” Nelissa turut melihat sekitar restoran. Terlalu ramai orang yangmemenuhi restoran itu.

“Beb..jom kita balik. Dah kenyang kan?” Arissa bingkas bangun.

“Eh,kenapa nak cepat sangat? Kita shopping dulu la.” Nelissa turut bangun.

Shopping nenek kau. Aku kerja la beb!”Arissa merengus. Sebenarnya dia takut bertembung dengan lelaki kacukan tadi.

“Ni yang leceh ni. Kan baik kau tak kerja je. Payah dah aku nak ajak shopping. Nanti jap, aku nak ke tandas.”Nelissa melangkah ke arah tandas.

Arissa masih tercegat di situ. Dia terpaksa menapak ke muka pintu restoran bila mejanya digunakan oleh orang yang ingin menjamu selera di situ. Sengaja dia membelakangi dari arah restoran. Mengadap ke arah luar restoran. Tidak mahu lelaki itu menyedari kehadirannya di situ.

“Mana la Nely ni. Berak batu ke apa?” Arissa jenguk jam di pergelangan tangan. Sudah sepuluh minit berlalu.

Hi! We meet again!”

Arissa pantas mendongak dan menoleh. Sah! Lelaki tadi tersenyum kepadanya.

Dia hanya senyum hambar.

So, what’s your name?”Daniel menegur ramah.

Arissa diam seribu bahasa.

Ok....well, nice meeting you!” Daniel mula melangkah pergi meninggalkan Arissa di situ.

Arissa hanya memerhati dengan ekor mata. Lega. Tanya nama aku?? Mimpi apa dia nak tahu nama aku? Nampak gaya macam playboy!Aku kena berhati-hati. Tambah dia bukan muslim. Bukan kira halal haram ni!

Eii! Mana la cik Nelissa ni??” Arissa jenguk ke dalam restoran semula.

Sorry beb! Aku touch up makeup kejap tadi.” Nelissa sengih sambil menapak ke arahArissa.

Makeup? Setengah jam?” Arissa bulatkan mata.

Nelissa sengih. “You know girls!”

Nelissa menghantar Arissa ke makmal semula. Dia pula memecut kereta ke Pavillion.

Arissa geleng. Begitu senang hidup Nelissa. Bosan dengan kerja, pergi shopping. Merayap dan melepak kat kompleks beli belah.

Arissa menapak ke makmal. Pertemuannya dengan lelaki tadi pun sudah cukup membuat hatinya resah. Pandangan lelaki itu begitu tajam.




Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:42 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 11:37 PM | Show all posts
DANIEL menapak semula ke bilik pejabat. Jam d pergelangan tangan hampir dua petang. Dia henyakkan tubuh di kerusi empuk. Teringat pada gadis tadi. Perasaannya mula terbuai-buai. Pelik!

First time aku jumpa perempuan yang tak layan aku..” Daniel menyandarkan belakangnya ke kerusi. Mata menala ke siling. Kalaulah aku dapat gadis tu. Dia senyum lagi. Memang tak ada masalah untuknya menyiasat siapa gerangan gadis tadi tapi bukan waktu sekarang ini.Deringan telefon kuat mematikan lamunan Daniel. Dia capai gagang telefon.

Yes Gagak!You got it? Ok! Good!”

Gagang diletak semula. Gagak sudah mendapat maklumat yang diingininya. Robin yang diupah untuk menyiasat kes pelaburan ayahnya sudah pun mendapat maklumat itu. Segala maklumat itu diserahkan kepada Gagak, pengawal peribadinya yang bertubuh sasa. Robin memang boleh diharap bila membuat kerja seperti ini. Tak sia-sia dia ke Cameron Highlands tempohari.

“Hmm...tak sabar aku nak tahu. You will know your fate!”Daniel mengetap bibir. Kedua tangannya digenggam kuat. Dia bingkas bangun.

Sekejap lagi dia perlu ke utara. Gagak sudah berjanji akan memberi maklumat itu di rumah rehatnya di Batu Feringghi.

Sherry! I’ll be away for two days. Anything, please update me. You know my cellphone number.” Daniel interkom Sherry.

Ok boss!”

Daniel mengemas sekejap mejanya dan mula menapak keluar. Kereta Lamborghini kelabu dipandu laju menuju ke Pulau Pinang.



TIBA di perkarangan halaman rumah rehat, dia melangkah perlahan ke anjung rumah. Gagak sudah sedia menunggunya di situ.

“Ada maklumat?” Daniel mendekati Gagak yang sudah tercegat di anjung rumah.

“Ni bos! Robin sudah siasat semuanya. Tunggu arahan seterusnya dari bos!” Gagak menghulurkan sekeping sampul surat besar berwarna kuning kepada Daniel.

Daniel tidak segera membuka sampul itu. Dia menapak masuk ke dalam rumah. Gagak hanya mengekor dari belakang.

Do we have  any food?” Daniel menghala ke ruang dapur. Rumah rehat dua tingkat yang terletak di tepi pantai itu memang dibeli sejak pertama kali ayahnya menetap di Malaysia dulu. Semasa ayah mula-mula berkahwin dengan wanita tempatan. Di sini jugalah dia dilahirkan. Bermakna dia memang warganegara Malaysia yang sah. Melihatkan rupa parasnya yang mewarisi ayah, dia sering disalah anggap sebagai pelancong asing!

Gagak bergegas ke ruang dapur dan membuka peti sejuk. Jus oren dari kotak Marigold dibuka dan dituang ke dalam gelas. Ayam panggang yang ditempah dari Kenny Rogers dipanaskan dalam ketuhar. Sudah faham kehendak bos mudanya.

Hmm..thanks.” Daniel meneguk jus oren sampai habis.

Gagak berdiri di tepi meja makan. Memerhati bos mudanya menikmati ayam.

“Marilah makan sekali! Tak habis saya makan sorang ni.” Daniel hulur ayam panggang kepada Gagak.

“Bos, ada apa-apa lagi yang perlu saya buat?” Gagak angkat pinggan yang sudah siap dan diletak dalam singki. Dia terus mencuci pinggan dan diletak atas rak.

Daniel tersenyum melihat gelagat Gagak. Badan sasa macam Malek Noor tapi tidak kekok membuat kerja mencuci macam tadi.

“Setakat ni tak ada. Malam ni saya tidur di sini.” Daniel menapak masuk ke dalam bilik. Hampir empat jam dia memandu tadi. Penat.

Gagak angguk.



DANIEL mengambil udara segar dari balkoni bilik mengadap pantai. Angin sejuk dari pantai bertiup lembut. Pajamas yang tersarung di tubuhnya dibuka perlahan. Hanya tinggal boxer brief. Daniel membuat tekan tubi. Perlahan dia bangun. Matanya melirik pada sampul tadi. Sampul itu dibuka perlahan. Satu persatu maklumat dalam sampul itu dibaca.

Hmm...interesting.” Daniel senyum lebar. Semua maklumat mengenai gadis itu dibaca penuh minat.

Hmm..so, her name is Nelissa. There’s no photo?” Sampul itu ditonggeng berkali-kali, mencari gambar anak gadis Tan Sri Johari. Mana tahu foto terselit di celah sampul.. hampa..

Sampul itu disimpan semula atas meja. Sekali lagi dia membuat tekan tubi. Sekali lagi Daniel melihat isi kandungan sampul tadi.


Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:42 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2014 12:04 AM | Show all posts
BAB 8




NELISSA termenung di meja. Fail bertimbun di atas meja  hanya dipandang sepi. Dua minggu dia macam tu. Malas! Dia mula membelek laman sesawang untuk membeli belah secara online.

“Hmm..macam best ni.” Nelissa senyum. Fesyen baju terkini diperhatikan dari laman sesawang itu.

“Cik Nelissa, Tan Sri panggil!” Sarina mendekati meja Nelissa yang asyik menatap komputer.

“Dia nak apa?” Cebik Nelissa. Matanya masih melekat pada skrin komputer.

“Entah tapi Tan Sri suruh masuk sekarang juga.” Sarina mula menapak ke mejanya semula.Tidak betah dengan sikap Nelissa yang acuh tak acuh bila bercakap. Sombong!

Nelissa menapak malas ke bilik ayahnya. Pintu dikuak luas.

“Papa nak apa?” Nelissa hanya berdiri di muka pintu.

“Nely..kalau ya pun, masuk dulu. Please close the door!”Tan Sri Johari geleng.

Nelissa melangkah malas ke tempat sofa. Tubuhnya dihenyak kuat.

“Macam mana kerja?” Tan Sri Johari turut duduk di sofa sebelah Nelissa.

“Okey..”Nelissa menjawab acuh tak acuh.

“Okey je? Dah tahu semua kerja? Proposal?”Tan Sri Johari menduga.

Proposal? Untuk apa?” Nelissa tercengang.

Laa..kan semalam papa suruh Nely buat proposal pasal projek di Temerloh tu. Proposal untuk dapatkan tender!” Tan Sri Johari sudah pening. Nyata Nelissa tidak pernah serius dengan kerja.

Nelissa sengih. Memang dia tak ingat. Masa papa bagi arahan semalam, dia tidak dengar betul-betul. Matanya sibuk menala ke skrin komputer. Keluaran terkini tas tangan jenama LV.

Haih..sampai bila Nely nak macam ni? You must learn from now. If not, I wont give you any money. Not even one cent!” Ugut Tan Sri Johari. Geram dengan sikap sambil lewa anak gadisnya.

“Alah papa...takkan sampai macam tu sekali. Kan Nely ni satu-satunya anak papa. Ke mana lagi papa nak bagi harta ni semua, kalau bukan pada Nely?” Nelissa sengih lagi. Manja!

I don’t care. If you dont do something starting from today, all my assets will go to charity!” Tan Sri Johari bingkas bangun.

Nelissa menelan liur. Papa aku ni serius ke ni??

Err..papa, kekayaan papa sudah banyak pa. Berpuluh syarikat papa ada. Berkepuk duit dalam bank. Papa nak apa lagi? Harta yang ada ni pun dah bertimbun! Nak kerja keras apa lagi?” Nelissa tak puas hati.

Oh..so, you think all these assets akan tumbuh dengan sendiri? Bertambah macam tu je tanpa usaha? Begitu??” Tan Sri Johari sudah menyinga.

“Apa bising-bising ni?”

Serentak mereka berdua berpaling. Puan Sri Zarina sudah tercegat di muka pintu.

“Mama..papa ni.” Nelissa peluk ibunya.

“Kenapa?”Puan Sri Zarina pandang suaminya.

Look at your pampered daughter! Kalau I ni ada anak lelaki, tak payah I suruh dia kerja kat sini!” Tan Sri Johari semakin geram.

“Oh..itu rupanya. Biarlah dia. Dah dia tak suka kerja, nak buat macam mana? Don't force her like you force your staff!”Puan Sri Zarina menyebelahi anak gadisnya. Menempelak!

“Tengoklah!Bukan nak menyebelahi I! You pun sama!!” Tan Sri Johari mula menapak keluar.

You nak ke mana?”

Out of here!”

“Tengoklah tu! Cakap sikit dah melenting tak tentu pasal.” Puan Sri Zarina pujuk Nelissa.

“Sayang dah makan?” Tanya Puan Sri Zarina. Wajah Nelissa sudah mencuka.

“Belum..mama belanja?” Nelissa sengih.

Puan Sri Zarina hanya senyum. Faham sangat dengan karenah anak gadisnya. Nelissa,satu-satunya anak yang dia ada.  Dia pernah keguguran bila mengandungkan anak pertama dulu. Lepas kelahiran Nelissa,dia tidak boleh mengandung lagi. Penyakit Thalasemia yang dihidapinya tidak membenarkan dirinya hamil lagi. Kekurangan hemoglobin dan eritrosit dalam darah merah tidak memungkinkannya untuk hamil kali ketiga. Semasa melahirkan Nelissa dulu pun, dia banyak tumpah darah. Sekarang ini, dia hanya bergantung pada transfusi darah setiap bulan. Selalu kena perihatin.

Menurut doktor peribadinya, penyakit Thalasemia yang dihidapinya sudah agak kronik.Mukanya mudah pucat dan lemah badan. Kemampuan tubuhnya untuk menghasilkan sel darah merah terutama eritrosit dan hemoglobin adalah rendah. Tan Sri Johari pula tiada penyakit itu. Kalau kedua mereka ada penyakit Thalasemia, memang sejak dulu lagi mereka tidak boleh berkahwin. Itu yang diberitahu oleh doktor.Jika berkahwin juga, kemungkinan penyakit Thalasemia itu akan diturunkan kepada anak dan yang paling ketara, anak yang dikandung mungkin tidak boleh hidup lama atau mungkin cacat anggota akibat kelainan sel darah merah.

Puan Sri Zarina dan Nelissa mula melangkah keluar menaiki kereta menuju ke Bangsar.



BALIK dari restoran di Bangsar tadi, Nelissa memecut keretanya menuju ke makmal JN Biotech di Serdang. Jam di pergelangan tangan hampir lima petang. Niatnya ingin mengajak Arissa membeli belah di KLCC.

“Hmm...dia mesti nak. Lagipun dah nak habis waktu kerja ni..” Nelissa senyum. Pedal minyak ditekan kuat.

Sampai di makmal, Nelissa mengatur langkah ke tingkat dua. Dia jenguk melalui pintu cermin yang memisahkan bilik mikrobiologi dengan bilik makmal yang lain.

“Cik Nelissa cari siapa?” Tegur Roslan, salah seorang pekerja di situ di bahagian ujian kimia. Lengkap dengan baju makmal putih dan memakai goggles. Memang pekerja di makmal itu sudah kenal dengannya. Sejak penubuhan JN Biotech setahun yang lalu. Dia yang datang merasmikan makmal itu bersama papa dan beberapa jemputan lain dari kalangan Datuk dan ahli perniagaan yang lain. Siap jemput Menteri di bawah Kementerian Sains dan Teknologi.

Err..saya cari Arissa. Dia ada?” Nelissa senyum. Roslan dipandang seketika. Emm..boleh tahan dia ni. Kacak juga.

“Ada dalam bilik tu. Masuklah!”

“Boleh tolong panggil dia sekejap.” Nelissa sengih. Tak nak mengenakan baju makmal kalau masuk ke dalam bilik tu. Rimas!

Roslan menapak ke bilik mikrobiologi. Seketika kemudian, Arissa keluar dari bilik itu.

Laa..kau ke? Ada apa kau nak jumpa akuni?” Arissa buka sarung tangan getah yang dipakainya. Tadi dia kena buat analisa ke atas sampel air yang tercemar. Ujian untuk bakteria Eshcerichia coli dan Coliform yang selalu terdapat dalam air.Jadi dia kena pakai sarung tangan yang sudah disembur dengan alkohol untuk mengelakkan sebarang kontaminasi lain.

“Aku nak ajak kau ke KLCC. Kau ni rajin betul la kerja. Dah pukul lima tahu tak?”Nelissa jeling jam tangan jenama Rolex di pergelangan tangannya.

“Kat makmal ni kami kena balik pukul enam petang. Ada sejam lagi. Lagipun, hari ni aku kena buat kerja lebih sikit. Projek bioremediasi tu kena handle betul-betul.” Arissa berterus terang.

Bio what?” Nelissa berkerut kening.

Arissa gelak. Itulah asyik dengan shopping je memanjang! Dah tu, nama je ambil  kursus bisnes tapi tak pernah nak apply pada kerja. Maknanya selama ini Nelissa tak pernah ambil kisah apa pun. Masa majlis keraian malam tu, ramai tetamu yang bertanyakan projek itu tapi Nelissa buat acuh tak acuh saja.

“Bioremediasi la!” Arissa ketawa mengekek.

“Apa tu?”

“Bioremediasi tu..kita kena guna mikroorganisma untuk merawat air yang tercemar. Jadi mikroorganisma ni menghasilkan enzim yang boleh memodifikasi pencemaran yang beracun dengan mengubah struktur kimia pencemaran itu.” Arissa senyum kelat.Ah! Kalau aku terang banyak-banyak pun, bukannya minah ni faham! Buang karan je nanti!

“Maksud kau..all these small things can change the polluted water?”

Arissa senyum. Hmm..tak sangka Nelissa ni nak tahu juga. Cara dia bertanya tadi seperti berminat nak tahu lebih lanjut.

Yup! So, jangan ingat bakteria ni hanya pandai buat manusia sakit je. Bakteria ni ada juga manafaatnya. Setiap apa yang dijadikan Allah ada kegunaannya. Tinggal kita kena kaji dan selidik je. Sama juga macam tumbuhan, macam kegunaannya untuk buat ubat herba. Semalam, ada lagi projek baru untuk membuat ubat dari herba pokok dukung anak. Pokok ni sangat baik untuk pelbagai penyakit terutama penyakit kencing manis. Dan untuk penyakit wanita pun bagus. Rawat peranakan. Kau tahu, pokok tu boleh didapati di mana-mana. Even, kat dalam pasu bunga pun, pokok tu boleh tumbuh!” Arissa sengih.

“Pokok dukung anak??” Nelissa berkerut dahi pula.

Arissa angguk.

So, semua tu adalah anugerah Allah untuk hambaNya yang rajin mencari. Macam papa kau..dia mempunyai sikap yang sentiasa ingin mencuba sesuatu benda baru dan tidak lokek untuk melabur. Jadi, dengan pengetahuan yang aku ada ni, aku nak kembangkan lagi projek ni. Mungkin aku nak buat sejenis minuman yogurt menggunakan bakteria baik yang baru. Aku nak buat research.” Arissa berkata penuh semangat.

Like the one in the yogurt drink?”sambung Nelissa.

Arissa angguk lagi.

Wow! Very interesting!” Nelissa angguk-angguk.

Arissa hanya senyum.

“Jadi tak kau ikut aku ni?” Nelissa kembali ke topik asal.

“Aku segan la beb. Orang lain masih kerja tu..” Arissa jeling jam di dinding. Baharu pukul lima suku.

“Alah..kau ni takut sangat dengan papa aku tu. Tak apa..kalau dia tanya kau nanti, tahulah aku nak jawab. Now,  change your stupid lab coat! Kita keluar! Hurry up!” Nelissa sengih sumbing.

Arissa jeling Nelissa. Stupid lab coat??Whatever!!




Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:43 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2014 12:04 AM | Show all posts
DI KLCC, Nelissa tersenyum lebar. Syurga membeli belah! Arissa jeling Nelissa. Dia geleng. Matanya menala pada sekitar pusat beli belah itu. Di paras concourse saja, bermacam jenis kedai menjual pelbagai barangan. Sudah banyak yang berubah. Ya la..hampir lima tahun aku di bumi Eropah.

“Kau ni..kat sini pun sempat termenung lagi.” Nelissa tepuk bahu Arissa.

Weh! Kau ni suka sangat buat macam tu.” Arissa terkejut. Memang dia mengelamun tadi.

“Sekarang ni kita nak serbu kedai mana dulu?” Mata Nelissa meliar melihat kedai-kedai di situ.

Arissa senyum kelat. Tanya lagi minah ni. Kalau tak kedai pakaian, mesti kedai beg tangan. Tak pun..tempat jual barangan kosmetik dan minyak wangi. Yang hairannya, minyak wangi baru pakai dua tiga hari, sudah beli yang lain. Akulah yang jadi mangsa menjadi ‘penghabis’ minyak wangi dia.

“Kau yang nak shopping kan? Beb..kita makan dulu nak? Aku lapar la..” Arissa pegang perut.

“Dulu kau kata kat aku..” Nelissa sengih. Dia pandang Arissa yang memakai baju kurung biru air laut. Rambut pula diletakkan riben putih kecil di sudut kiri rambut. Baru perasan perubahan Arissa berpakaian hari ni.

“Kau tengok apa?”

“Hmm..cute sangat kau hari ni!” Nelissa senyum.

Cute? Aku pakai biasa je la.” Arissa turut melihat baju kurung yang tersarung di tubuhnya.

“Manis sangat. Macam dara pingitan!” Nelissa memuji. Memang dia akui, Arissa memiliki wajah dan tubuh yang didambakan oleh gadis lain. Walaupun mengenakan solekan nipis, Arissa tetap ayu dan anggun dengan baju kurung macam tu.

“Merepek la kau ni! Aku ni anak dara bandar!” Arissa gelak.

Serious! Aku tengok kau hari ni macam comel je..macam cantik je..macam cute je...” Nelissa cuba buat lawak.

Arissa ketawa mengekek. Minah ni dah pandai tiru gaya ayat popular sekarang ni!

“Kau ni...ada sifat humor jugak kan?” Arissa masih menahan ketawa. Sejak dulu, Nelissa memang senang bergaul. Happy go lucky girl!

Whatever! Let’s go!”



DI RESTORAN CHILLIE’S, Nelissa dan Arissa menapak mencari meja. Kebetulan tidak ramai yang datang. Jadi mudah mendapat tempat duduk. Mereka mula memesan makanan.

“Beb..tadi kau kata kau handle projek air sungai tu kan?” Nelissa teringat perbualan tadi.

Arissa angguk.

“Hmm..kau tahu, projek tu sangat mahal kosnya. Aku ada nampak fail atas meja papa aku tentang projek tu.” Nelissa menopang dagu.

“Ya? Berapa?” Arissa pandang Nelissa tak berkelip.

“Papa aku melabur dalam projek tu hampir lima juta. Pelaburan untuk pembinaan makmal pula, papa aku melabur dua puluh juta. Kau tahu, kos pembinaan makmal tu, mencecah lebih lima puluh juta! Sebab projek itulah makmal tu dibina. Jadi projek tu memang penting.”

Arissa menelan liur. Lebih lima puluh juta?? Patutlah semua kultur bakteria yang terdapat di makmal itu diimport dari luar negara. Peralatan makmal pula memang terkini dengan teknologi tinggi. Satu alat saja harganya sudah mencecah puluhan malah ratusan ribu ringgit.

“Tadi kau cakap papa kau melabur hampir dua puluh juta...yang selebihnya siapa yang melabur?” Arissa berkerut kening.

“Dia joint venture dengan kawan dia selain mendapat bantuan sikit dari pihak kerajaan yang meluluskan geran untuk membuat projek tu. Baru semalam, aku masuk meeting. Papa aku cakap, kalau berjaya projek tu, imbuhannya boleh berlipatkali ganda dari kos!” Nelissa senyum.

“Maknanya ni memang projek mega la?” Arissa terlopong.

Nelissa angguk.

Arissa mula menggelabah. Bermakna dia kena bersungguh membuat penyelidikan dan meastikan projek bioremediasi itu akan sentiasa mendapat sambutan. Tak boleh main sambil lewa saja!

Our food is ready! Let’s dig in!” Nelissa senyum sebaik melihat pelayan restoran membawa makanan yang dipesan. Kedua tangannya sudah sedia dengan sudu dan garfu.

Arissa turut senyum. Dari tadi perutnya berkeroncong. Tengahari tadi, dia hanya sempat menjamah dua keping roti. Tugas di makmal yang banyak  tadi membuatkan dia tidak sempat keluar makan tengahari.

"Beb..itu macam lelaki hari tu kan?” Nelissa jeling ke sudut kiri restoran. Lelaki itu bersama dua orang lagi rakan. Tidak jelas siapa.
Arissa turut panjangkan lehernya. Memang sah!

Aduih...kenapalah asyik jumpa mamat ni??” Arissa buat tak nampak. Laju dia mengunyah spagetti carbonara dalam pinggan.

“Beb! Kau tak nak tackle ke?” Nelissa mengusik.

“Kau jelah yang tackle! Dulu, kau jugak yang kata nak jadikan dia one of your collections kan?” Arissa senyum kelat.

“Memang la tapi setelah aku pasti yang kau tu tak ada apa-apa dengan mamat tu. Kalau kau nak, aku undur diri. Ramai lagi koleksi aku.” Nelissa gelak kecil.

Arisa mencebik. Senang je Nelissa ni bercakap. Lelaki ni dah dianggap macam patung mainan!

“Kenapa kau diam?”

“Aku tak nak fikir lelaki ni. Menyesakkan otak je. Banyak lagi benda lain yang aku kena fikir.” Arissa mencebik.

“Eleh..tak nak fikir konon. Eh, lelaki yang dekat kondo kau tu macam mana?” Nelissa kenyit mata.

“Siapa?”

“Alah..yang selalu bawa motor besar tu. Yang pakai jaket hitam tu. Macho tu beb!” Nelissa senyum lagi.

“Kau ni! Pantang tengok lelaki handsome!” Arissa jeling Nelissa yang sudah tersengih di depannya. Namun dia tahu jauh di sudut hati Nelissa, semua itu hanya untuk suka-suka.

“Siapa nama mamat tu?”

“Entah! Aku tak pernah tegur dia. Kenapa? Kau nak kenal ke?” Usik Arissa.

“Aku tak ambik boyfriend orang..tambah lagi dia tu boyfriend kau.” Nelissa habiskan Neslo ais.

Boyfriend aku? Gila kau!” Arissa tepuk bahu Nelissa.

“Hah! Tadi kata kat aku, kau pun sama tepuk bahu aku!” Nelissa ketawa.

“Beb..aku ingat nak minta cuti la seminggu. Aku nak ke Korea, nak cari ibu aku. Rindu sangat kat dia..” Suara Arissa sudah berubah.

“Hmm..cakap pasal ibu kau ni. Dia tinggal kat mana? Maksud aku...di Korea tu, area mana eik?” Nelissa teguk pula Neslo ais.

“Pulau Nami. Itu alamat yang arwah ayah aku beri dulu. Sekarang ni tak tahu la kat mana. Aku harap dia masih kat situ..”

“Eh, tempat tu menarik tu beb. Bila kau nak pergi? Aku ikut?” Nelissa sengih.

Arissa jeling Nelissa. Tahu nak berseronok je minah ni. Aku pergi bukan nak berseronok, aku nak jenguk ibu aku yang sudah lama tak berjumpa.

“Boleh la beb...” Pujuk Nelissa.

“Tengoklah...kalau kau nak ikut, kau kena belanja semua tiket dan penginapan serta makan minum sekali, deal?” Kali ini Arissa pula beri syarat.

Deal!!”

Erk! Aduh! Minah ni! Aku cakap macam tu supaya kau cancel je tadi...haih. Arissa menopang dagu. Matanya menala ke arah lelaki tadi. Dia cepat-cepat tunduk. Rupanya lelaki itu juga memandang ke arahnya dengan senyuman di bibir.

“Dia senyum kat aku?” Gumam Arissa.

“Kau cakap apa ni beb?” Nelissa pandang Arissa yang tunduk dari tadi.

Err..tak ada apa. Kau dah habis makan?” Arissa ubah tajuk.

“Dah full ni!” Nelissa sengih.

Arissa bingkas bangun.

“Kau nak ke mana?” Nelissa turut bingkas bangun.

“Kau nak shopping kan?” Arissa betulkan rambutnya yang terjuntai di dahi.

Yup! Aku bayar dulu!” Nelissa angkat tangan, minta bil.

“Ya cik?”Seorang pelayan restoran di situ menghampiri Nelissa.

Bill please!” Nelissa senyum.

“Paid already.” Pelayan restoran itu senyum.

“Hah? Dah bayar? Siapa yang bayar?” Nelissa tercengang. Dia pandang Arissa yang turut tercengang.

That guy!” Pelayan itu tuding ke arah lelaki tadi.

Arissa terkedu. Nelissa senyum.

“Beb! Itu maknanya kita ada peluang nak tackle mamat tu!” Muka Nelissa sudah macam bintang berkerlip.

Arissa geleng. Ada makna tu beb...

“Eh, kau nak ke mana?” Arissa tarik tangan Nelissa yang menonong berjalan ke arah meja lelaki tadi yang masih berbual dengan dua orang kawannya di situ.

“Aku nak ucap terima kasih la! Come! Temankan aku!” Nelissa tarik pula tangan Arissa. Hampir tersadung Arissa ditarik Nelissa menuju ke meja lelaki tadi.

“Hai!” Manis senyuman Nelissa sebaik tiba di meja lelaki tadi. Matanya sempat melirik pada lelaki di sebelah Daniel. Huh! Muka dia ni lagi!

“Hai!” Daniel senyum. Matanya mengerling gadis di sebelah Nelissa.

Aa...thanks for the food.” Nelissa senyum menggoda.

Arissa hanya diam. Sesekali dia melarikan matanya melihat ke arah lain. Renungan lelaki itu sudah dirasakan tembus ke anak matanya. Bak anak panah yang terkena tepat di sasarannya!

Small matter.” Daniel senyum lagi.

Dua lagi rakannya yang tersenyum nakal turut memandang kedua gadis itu.

Oh,  let me introduce...friends of mine,  Ben and Sharif.” Daniel perkenalkan kedua orang rakannya.

Nelissa menghulurkan tangan berjabat. Dia cepat-cepat tarik tangannya yang digenggam lama oleh Sharif.

Hi..I’m Ary..Ary Rose!” Nelissa kenalkan diri.

Arissa mendongak. Ary Rose?? Dia cuba menahan dari ketawa.

Nelissa senyum. Sengaja dia guna nama lain. Setiap kali berkenalan dengan lelaki, setiap kali itulah dia guna pelbagai nama samaran. Padanya tidak perlu lurus bendul sangat mendedahkan nama sebenar.

Sharif senyum sinis. Ary Rose?? Malam tu aku dengar Tan Sri Johari kenalkan perempuan itu sebagai Nelissa.

If you are Ary Rose, I’m Sharif Dol then!” Sharif sengaja sindir Nelissa.

Nelissa cuba menahan ketawa. Dia jeling Arissa di sebelah. Arissa juga mempunyai riak yang sama. Nyata lawak Arissa malam itu benar-benar terjadi. Tuan badan sendiri yang mengaku! Pandai juga mamat ni buat lawak bodoh dia tu!

Daniel dan Bennett turut ketawa.

So, you pulak Ben apa?” Ramah Nelissa bertanya. Mata beralih pula pada jejaka Cina sebelah Sharif. Arissa dari tadi tidak bersuara. Dia hanya membiarkan Nelissa beramah mesra dengan ketiga-tiga lelaki tadi. Tak kuasa melayan lelaki gatal macam tu.

“Ben Ten!” Kali ini giliran Bennett pula membuat lawak.

Pecah ketawa mereka bertiga.

Arissa mencebik. Tak kelakar langsung! Dia jeling Nelissa yang turut ketawa.

And..you?”Mata Nelissa menala pula ke arah Daniel.

I’m Adam!” Tangan dihulur. Daniel melemparkan senyuman manis.

Nelissa senyum lebar. Oh....Adam rupanya...

Okey...so, who’s this gorgeous girl?”Mata Daniel melirik pula pada Arissa. Dari tadi dia menunggu gadis itu perkenalkan diri.

Nelissa cuit lengan Arissa yang mula tunduk.

Err..she’s Nely.” Nelissa jeling Arissa. Tolong jawab bagi pihak Arissa.

Arissa jeling Nelissa. Selamba dek je minah ni guna nama tu! Betullah minah ni tak betul!

Oh..Nely? Nely what?” Sekali lagi Bennett senyum.

Nely Futado!” Nelissa senyum lagi. Cuba juga bergurau.

Sharif senyum sinis. Loyar buruk juga  minah ni. Dia masih memerhati gelagat Nelissa dan Bennett berbual mesra.

Nely Futado?? Arissa jeling lagi sekali ke arah Nelissa yang sudah senyum. Pandai betul kau menipu eik!!

What? Nely Futado? That singer?” Bennett, lelaki cina yang bertatu di lengan sudah sengih. Juga turut bergurau.

No..just kidding! She’s Nely Badly!”Nelissa jeling lagi Arissa.

Hah? Badly?”

I mean..Nely Badlina!” Nelissa gelak. Matanya melirik pada Sharif yang asyik memerhati dari tadi tingkahnya.

Nice name. So, care to join us?” Bennett sengih.

No thanks.” Nelissa saja jual mahal. Memang itu caranya melihat reaksi lelaki.

Ok..nice meeting you two..” Daniel mencelah. Mata Daniel masih melekat pada Arissa dari tadi.

Same to you guys!” Nelissa senyum lagi. Dia dan Arissa mula menapak keluar dari restoran itu.

Daniel hanya memerhati gelagat dua orang gadis tadi. Huh..terang-terang menipu..sorang muka dah terang-terang melayu, sorang lagi dah macam cina, jepun atau pun Korea. Nely Badlina? Ary Rose?? Dia gelak.

“Kenapa kau gelak?” Sharif tepuk bahu Daniel.

“Kenapa kau kenalkan diri kau Adam?” Bennett pula bertanya pada Daniel.

“Saja...aku tahu  mereka tu guna nama tipu. Kau percaya?” Daniel jeling Bennett dan Sharif. Mereka serentak ketawa.



ARISSA berhenti melangkah. Dia pandang Nelissa.

“Kenapa kau pandang aku macam tu?”

“Eh, kau ni selalu buat kerja macam tu!” Arissa tenung mata Nelissa.

Nelissa sengih. Naif betul la minah ni.

“Kenapa kau kenalkan diri kau Ary Rose dan aku Nely Badlina?” Arissa seperti tidak mengerti.

“Saja aku switch nama. Kau Nely Badlina dan aku Ary Rose. Orang lelaki ni tak boleh beri nama betul. Mereka tu bukan nak serius pun beb.” Nelissa senyum lagi. Puas hati dapat kenakan ketiga lelaki tadi.

Eleh..kata orang. Kau pun sama! Bukan serius pun dengan lelaki ni.”Arissa gelak.

“Hmm...baru aku tahu nama dia Adam. Memang handsome! Macam Pan Asia aku tengok.” Nelissa masih terbayang wajah Daniel.

“Dah la tu. Kata nak shopping kan?” Arissa sedarkan Nelissa yang sudah mula berangan.

“Ya la! Let’s shopping!!” Nelissa sedikit melompat.

Arissa geleng.

Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:44 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 11:05 AM | Show all posts
Teruskan sambung ya... bahasa & jalan citer menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 03:04 PM | Show all posts
tinggal jejak dulu...lom baca lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 04:23 PM | Show all posts
    

    

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2014 06:36 PM | Show all posts
sellie003 posted on 10-4-2014 11:05 AM
Teruskan sambung ya... bahasa & jalan citer menarik...

makacih..

Jenuh perah otak ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2014 06:37 PM | Show all posts
lina21 posted on 10-4-2014 03:04 PM
tinggal jejak dulu...lom baca lagi

ok je..tinggal jejak pun dah bertapak kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2014 06:43 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 10-4-2014 04:23 PM

.....hanya senyum je la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2014 06:56 PM | Show all posts
BAB 9





PULANG dari KLCC tadi, Arissa terus balik kerumah. Dia tidak singgah di mana-mana lagi dah. Sampai di rumah, dia terus ke bilik. Penat! Tubuhnya direbahkan di atas katil. Jam di atas meja dijeling. Hampir sepuluh malam. Lenguh kaki masih terasa. Nelissa sakan membeli tadi. Pakai ambik je!

“Aku belum solat isyak lagi ni..”

Lantas Arissa bangun dan terus mengambil wudhuk. Dia mula menunaikan suruhan wajib.Tadi masa di KLCC, bersungguh dia ajak Nelissa menunaikan solat maghrib bersama. Ada saja alasan Nelissa sedangkan dia tahu solat itu wajib. Alasan yang sama selalu diberi, period!

“Ya Allah..ampunkan dosaku. Aku banyak melakukan dosa padaMu ya Allah..” Muka diraup perlahan. Lama Arissa berteleku di sejadah.

Sungguh sukar baginya menjalani kehidupan tanpa bimbingan dari kedua orang tua. Arwah ayah selalu berpesan  agar jangan sesekali tinggalkan solat kerana solat adalah amalan yang pertama akan dihisab oleh Allah SWT di hari akhirat nanti. Bila solatnya diterima maka barulah amalan-amalan yang lain di terima seperti puasa, zakat. haji, sedekah, bacaan al-Quran, berzikir, berbuat kebaikan kepada kedua orang tua dan berjihad dijalan Allah SWT akan diterima dan dihisab. Jika solatnya ditolak maka amalan kebaikan yang lain tidak akan dihisab dan ianya akan terus dimasukkan ke dalam neraka, nauzubillah! Bila teringat semua itu, terasa gementar. Pesanan arwah ayah masih kemas di hati. Solat adalah perkara asas dalam Islam, ia ibarat tiang bagi agama, dan ia juga merupakan anak kunci untuk memperoleh syurga Allah. Ia merupakan rukun kedua daripada rukun-rukun Islam yang lima. Ini jelas sebagaimana diriwayatkan oleh Rasullah s.a.w dalam satu hadisnya yang bermaksud:

"AgamaIslam itu terbina di atas lima asas, iaitu mengucap dua kalimah syahadah,menunaikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan ibadah haji bagi orang-orang yang mempunyai kemampuan". (Hadis riwayat Imam Bukhari)
Dari Abdullah bin Qurth ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Yang paling pertama dihisab atas seorang hamba pada hari Kiamat adalah solat, jika ia (solat) baik maka baik pula seluruh amalannya dan jika ia (solat) rosak maka rosaklah pula seluruh amalannya."(Hadis riwayat ath-Thabrani, dinilai Sahih oleh Albani)

“Mungkin aku masih tidak khusyuk dalam solat walaupun aku tidak pernah tinggal solat. Aku masih tak mampu menutup aurat sepenuhnya. Hati aku ni degilnya ya Allah. Berilah aku kekuatan untuk menjadi hamba Mu yang solehah..” Sekali lagi Arissa menekup muka.


TUJUH pagi, Arissa siap mengemas dan menyediakan sarapan ringkas. Roti bakar dengan sapuan mentega dan dua biji telur separuh masak dihidangkan bersama secawan kopi o panas.Usai sarapan, dia mula menuju ke makmal. Kereta MyVi dipandu berhati-hati.

“Cik Arissa awal sampai hari ni?” Tegur Syed Faizal.

“Ya..”Arissa tunduk. Langkahnya laju menuju ke bilik mikrobiologi. Baju makmal putih dipakai dan menukar kasut kepada kasut makmal.

“Kak Arissa, semalam ada satu sampel dari syarikat makanan. Dia nak buat analisa Staphylococcus aureus. Ada kes keracunan.” Wati, salah seorang ahli mikrobiologi yang baru saja tamat belajar muncul di muka pintu bilik pejabat.

“Mana sampel tu?” Arissa bingkas bangun. Dia baru melabuhkan punggung tadi.

“Ada dalam incoming sample tray.” Wati berjalan ke arah bilik kecil yang diletakkan semua barang yang hendak dibuat analisa.

“Hmm...macam mana roti ni boleh ada kes keracunan? Selalunya makanan basah saja yang boleh ada kes keracunan ni.” Arissa belek-belek roti di tangannya.

“Entahlah kak. Mungkin semasa pengendalian makanan tu.” Jawab Wati ringkas.

“Akak tahu...roti ni ada intikan? Cuba tengok, ada tulis inti sardin. Mungkin inti tu yang tercemar dengan Staphy ni. Cuba check tengok. Buat dalam Biosafety Cabinet. Kalau ada apa-apa yang tak faham, panggil akak. Oh ya, mana Shahrul?” Mata Arissa menala ke arah sebuah bilik lain yang menempatkan semua bahan-bahan untuk pengkulturan bakteria.

“Tadi dia ada kat situ, kenapa kak?” Wati turut jenguk.

“Kalau jumpa dia, nanti suruh jumpa akak. Akak nak bincang hal projek air sungai tu.”Arissa menapak semula ke dalam bilik pejabat. Fail untuk projek Bioremediasi dibuka.

“Baiklah kak!” Wati kembali ke dalam bilik analisa. Roti tadi turut dibawa bersama.


ARISSA mula menyemak kaedah analisa untuk mengekstrak enzim dari bakteria yang digunakan dalam perawatan air sungai tercemar.

“Hmm..Nely kata, projek ni mencecah lebih lima puluh juta. Tan Sri hanya melabur dua puluh juta, bermakna ada lagi tiga puluh juta. Jadi orang yang melabur selebihnya tu memang kaya la..lagi kaya dari Tan Sri tu agaknya. Tapi mengapa nama syarikat ni hanya ada nama Tan Sri saja? Hmm...” Arissa teringat kata-kata Nelissa semalam. Macam ada sesuatu yang tidak kena.

“Fikir apa, sampai saya masuk pun tak sedar?” Syed Faizal tersenyum. Arissa dilihat mengelamun. Fail prosedur terbentang luas di depan. Apa agaknya dia ni fikir?

“Eh,Faizal! Err..ada apa?” Arissa senyum kelat. Tak sedar bos mudanya muncul di situ. Aku mengelamun sakan ke tadi??

“Macam mana dengan audit??” Syed Faizal mula duduk di depan Arissa.

“Maksud Faizal. Audit dari DSM....ISO 17025?”

Syed Faizal angguk.

“InsyaAllah minggu depan mereka datang.” Arissa senyum.

“Hmm..bagus.saya tengok awak ni tahu semua tu. Masa mula-mula masuk kerja dulu lagi.” Syed Faizal pandang lama ke arah Arissa.

“Saya ada baca sikit pasal pensijilan makmal. Untuk makmal industri macam ni, ISO17025 diambilkira. Kalau makmal perubatan pula, lain ISO.” Arissa senyum.Memang dia sudah tahu mengenai pensijilan makmal.

“Oh..jadi awak memang dah terdedah dengan ISO makmal?”

Arissa angguk.

“Patutlah cepat je awak siapakan semua dokumen tu. Semua SOP lengkap!” Puji Syed Faizal.

Arissa pandang Syed Faizal yang tersenyum didepannya.

“Awak ni..tengok saya macamlah saya ni hebat sangat. Saya pun ada kekurangan juga.”Arissa senyum lagi.

“Saya ikhlas puji awak. Ni, ada satu lagi test method untuk awak kaji.” Syed Faizal hulur sebuah fail kepada Arissa.

Arissa membelek sekali imbas. Dia mengangguk faham.

Syed Faizal mula beredar dari situ. Baju makmal putih disangkut di dalam almari semula. Kasut makmal pula diletakkan di bawah kabinet kecil dekat dengan almari.

Arissa senyum. Syed Faizal memang mengikut peraturan makmal dan yang penting ikut GLP,Good Laboratory Practice!


BERGEGAS Arissa menuju ke kereta. Tadi, dia terima panggilan dari Nelissa. Minah tu menangis teresak-esak. Dia lihat jam. Hampir enam setengah petang.Kereta dipandu laju menuju ke  Bangsar. Nelissa sudah berjanji berjumpanya di situ.

“Mana pulak minah ni?” Arissa jenguk kearah kedai butik Daisi Ratna.

Dia menapak perlahan ke dalam butik.

“Arissa!”Nelissa peluk kuat tubuh Arissa.

“Kenapa ni?” Mata Arissa menala pada seorang pekerja butik yang turut tercengang.

“Beb..aku dah gemuk..” Nelissa sapu air mata.

“Apa?”Arissa membuntang.

“Cik..tadi cik Nelissa ni try baju kat sini. Tak muat. Saya suruh dia try baju lain tapi dia nak juga baju tu..”

Arissa pandang Nelissa. Matanya menala pula pada pekerja tadi. Muka pekerja tu sudah pucat. Agaknya Nelissa marah-marah tadi.

Laa...jadi yang kau menangis bagai nak rak ni sebab baju tu tak muat?” Arissa mengetap bibir. Tergesa-gesa aku memandu menuju ke Bangsar hanya semata-mata kerana alasan bodoh tu?? Geram!

“Badan aku ni dah gemuk..ni yang aku menyampah ni!” Nelissa merungut lagi.

“Dah la! Kau ni buang masa aku je. Dah nak maghrib ni. Disebabkan kau dah menyusahkan aku, aku nak kau solat sekali dengan aku. Tak ada alasan lagi.”Geram Arissa sudah ketara.

Nelissa mencerlung.

“Cik, saya ambik baju ni juga.” Nelissa tanggalkan baju yang dicuba tadi dan mula membayar di kaunter.

“Arissa!Kau nak ke mana?” Nelissa terkocoh-kocoh mengejar Arissa yang sudah menapak keluar dari butik.

“Aku nak cari masjid..”

Err..aku kena ikut ke?” Nelissa garu kepala. Tersengih-sengih.

Arissa angguk.

Terpaksa Nelissa mengikut rentak Arissa. Masjid Abu Bakar As-Siddiq hanya terletak tidak jauh dari butik tadi. Azan mula berkumandang. Arissa mula segera menapak ke bahagian wudhuk wanita.

“Yang kau tercegat kat situ kenapa?” Arissa jeling Nelissa yang terkebil-kebil ditepi paip.

Err..beb..aku ni pakai seksi macam ni boleh ke masuk masjid?” Nelissa mula bertanya. Dari tadi dia perasan banyak mata memandang kepadanya terutama kaum lelaki yang kebanyakannya memakai kopiah dan songkok. Blaus ketat yang membaluti tubuhnya sudah dirasakan menjadi tatapan liar mata lelaki. Mana taknya, segala lurah nampak!

“Mana ada kau seksi. Kau pakai seluar dan blaus lengan panjang tu beb. Dahlah! Jangan dihirau sangat apa orang tengok, yang penting kita solat. Lepas ni, kau tahulah nak pakai sopan sikit..” Arissa sengih. Kelakar melihat gelagat Nelissa yang sudah kebingungan dan serba tidak kena.

Selesai mengambil wudhuk, mereka berdua mula menapak ke tempat solat wanita.

Err..Arissa..kau ajar aku boleh?” Bisik Nelissa ke telinga Arissa.

“Kau..”Arissa berkerut kening. Dia segera tarik tangan Nelissa ke tepi dinding, jauh sedikit dari jemaah lain.

“Kau tak tahu solat?” Arissa turut berbisik.

Nelissa geleng.

Arissa terkedu. Tak kan sampai begitu sekali??

“Jadi bacaan dalam solat pun kau tak tahu?” Tanya Arissa lagi.

Sekali lagi Nelissa geleng.

Don’t tell me that you can’t recite syahadah!”Arissa sudah menelan liur berkali-kali. Sedikit pucat.

“Kalau yang tu aku tahu la..”

Arissa mengurut dada. Lega. Dia mengucap panjang. Patutlah Nelissa selamba dek je togok arak sampai mabuk!

“Macam nilah...sekejap lagi nak berjemaah. Kau duduk sebelah aku, ikut apa yang aku buat. Soal bacaan tu..biar dulu. Al Fatihah tahu?" Arissa menelan liur. Nidah kes parah. Rasanya semasa di universiti dulu, dia pernah lihat Nelissa solat walaupun tak pernah penuh lima waktu.

“Al Fatihah? Yang mana satu eik?” Nelissa garu kepala.

“Kalau dah tanya macam tu..kau tak tahu  la tu.Dah jom. Bilal dah iqamat tu..get ready tau! Kau tiru aku..” Arissa mula pakai telekung. Dia turut pakaikan telekung kepada Nelissa yang terkial-kial dari tadi.


NELISSA tunduk. Air matanya menitis perlahan. Usai berdoa tadi,semua jemaah wanita mula bersalaman sesama sendiri.

“Nely...kenapa ni?” Arissa sentuh bahu Nelissa yang terhenjut-henjut.

“Aku..aku malu Arissa..” Nelissa menekup muka. Telekung yang dipakai sudah basah dengan air mata yang mengalir laju.

“Nely..dah la. Itu tandanya Allah masih sayangkan kau. Apa yang aku harap, kau berubahlah kerana Allah, bukan kerana aku suruh atau paksa kau...” Tubuh Nelissa dipeluk erat.

Mereka berdua mula meninggalkan masjid dan beriringan berjalan ke tempat letak kereta semula.

“Arissa..thanks!” Nelissa sekali lagi peluk Arissa.

“Nely..aku nak sangat tengok kau gembira dan berubah..” Arissa sapu air mata Nelissa yang masih menangis.

Nelissa cuba senyum.

“Dah,aku pun nak balik dah ni.” Arissa buka pintu kereta MyVi.

“Arissa..boleh tak aku tidur di rumah kau?”

“Boleh je..itukan rumah kau jugak. Papa kau hanya pinjamkan kepada arwah ayah aku dulu..” Arissa senyum lega. Nampaknya Nelissa sudah mula berubah.

“Yake? Bukan ke rumah tu papa aku beri percuma pada ayah kau?” Nelissa berkerut kening.

“Tak..aku dah tengok geran rumah tu. Masih nama papa kau. Bermakna aku ni tak ada rumah sebenarnya. Kalau papa kau nak semula rumah tu, aku kena pindah..” Arissa menutur perlahan.

Nelissa hanya mengangguk lemah. Wajah gadis  itu ditatap seketika. Memang benar...

Fair Lady putih dan kereta MyVi merah mereka berdua mula membelah jalanraya menuju ke Kondominium Villa Indah di Sri Hartamas.




Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:44 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.090043 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list