CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13637|Reply: 77

Novel Sains Fiksyen : Unik

[Copy link]
Post time 31-3-2014 07:07 PM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum kepada warga forumer....saya Slasher, orang baru kat page ni....saya sebenarnye nak post novel yang saya tulis dan nak tahu pendapat para forumers berkenaan dengan tulisan saya..harap para forumers boleh bagi idea yang bernas. novel yang saya tulis ni baru sahaja siap 2 bab...yang selebihnya tengah cari idea.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2014 07:10 PM | Show all posts
    Bab 1 : Pengenalan

   "Ha...penatnya hari ni" aku mengeluh sambil baring di cerun bukit. Aku suka baring di sini kerana angin menghembus dengan lebih kuat. Memang inilah kerja aku setiap petang. Aku hanya tinggal di asrama. Ahli keluarga pula sungguh jauh. Jadi, aku hanya baring di sini untuk menenangkan fikiran. "Oi Sidiq, sudah-sudahlah tu baring dekat situ. Jom la balik asrama dengan aku," jerit kawan sebilik aku dari kejauhan. Ha..dia ini selalu bising. Memang susah nak diam. Tapi kalau dia tiada, rasa macam hari aku tak lengkap pula. "kejap lagi aku balik! Aku nak tenangkan fikiran aku  sekejap" balas aku dengan agak kuat. Ya, aku tengah agak kusut sekarang. Aku perlukan ketenangan. Dia tidak pula membalas sahutanku. Mungkin dia telah berlalu pergi.

         Dari kejauhan aku ternampak dua orang pelajar yang mempraktiskan kebolehan masing-masing di tengah-tengah padang. Bukan sebarang kebolehan, tetapi kebolehan luar biasa. Ya,kebolehan luar biasa. Faham ke tidak? Kalau tidak faham, biar aku jelaskan secara terperinci.

             Nama aku Sidiq. Aku berusia 17 tahun, iaitu pelajar tahun akhir di Sekolah Elit Negara. Sekolah Elit Negara ini ditubuhkan pada tahun 2013. Sekolah ini menempatkan pelajar yang mempunyai kuasa luar biasa. Mereka akan mempelajari bagaimana untuk mengawal kuasa mereka di sini.

         Pada tahun 2011, sekumpulan saintis telah menemukan satu rahsia yang langsung tidak diketahui oleh manusia umumnya. Rahsia tersebut ialah manusia mempunyai satu kebolehan luar biasa yang sangat hebat. Penemuan ini ditemui secara tidak sengaja oleh ketua kumpulan tersebut.Kuasa ini dikenali sebagai Unik.Hasil daripada penemuan tersebut, mereka membuat kajian yang lebih mendalam. Hasilnya, mereka telah mencipta satu kapsul yang mampu mengaktifkan kuasa tersebut secara  sedar sepenuhnya. Kemudian, mereka memgumumkan penemuan tersebut kepada masyarakat dunia. Kapsul itu pula diedarkan ke seluruh dunia. Kapsul ini mampu mengaktifkan kuasa seseorang dan generasi mereka yang seterusnya. Bermakna, jika generasi X memakan kapsul tersebut, maka generasi Y akan mempunyai kuasa yang boleh digunakan secara sedar sepenuhnya. Mereka tidak perlu memakan kapsul tersebut.

      Tetapi, penemuan ini ada pro dan kontranya. Penjenayahan semakin berleluasa, sama ada dalam masyarakat setempat ataupun di peringkat antarabangsa. Maka, dengan sebab itulah Sekolah Elit Negara ditubuhkan demi untuk mengawal tingkah-laku pengguna Unik daripada melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Di sekolah ini juga, silibus pembelajaran sangat berlainan daripada sekolah menengah biasa. SPM tidak lagi digunakan. Sebaliknya diganti dengan sistem peperiksaan yang baru. Walaupun perubahan ini adalah sesuatu yang sangat mengejutkan, tetapi kebanyakkan pelajar di sini dapat menyesuaikan diri mereka dengan cepat. Yalah, siapa yang tidak suka apabila diri mereka bebas daripada cengkaman SPM. Di sini, setiap pelajar boleh merialisasikan impian masing-masing. Sekolah ini juga dikenali sebagai sekolah Utopia kerana kelebihan tersebut.
   
     Ha...itulah penerangan ringkas pasal kemunculan kuasa yang dikenali sebagai Unik. Sekarang, berbalik kepada kehidupan aku.

          Aku bangun dari pembaringanku sambil menatap dua orang pelajar tersebut. Kuasa mereka memang hebat. Aku ingin berlawan dengan mereka, tetapi aku ada urusan yang lebih penting. Apa-apa hal pun aku kena selesaikan solat asar aku dulu. Maka, aku terus menuju ke asrama aku untuk menyelesaikan urusan akhirat tersebut.Selalunya, dalam perjalanan menuju ke asrama, aku sangatt suka menuju  ke asrama kawan-kawan aku yang lain.Tapi, disebabkan aku sudah kelewatan untuk melakukan urusan wajib itu, aku terus melupakan hasrat aku untuk melakukan hal yang sedemikian.        

            Aku berdiri tegak di depan pintu asrama aku. Aku dapat rasakan sesuatu yang menjengkelkan berlaku dalam bilik aku. Dengan teragak-agak, aku membuka pintu bilik tersebut. Kemudian, beberapa biji bola api menuju ke arah aku.Aku cepat-cepat membengkokkan badan aku kebelakang. Hampir-hampir sahaja muka aku terbakar. Dengan cepat, aku meluruskan kembali badan aku dan aku terus bertempik.        

          "WEI!!! Kau dah gila ke apa? Apa hal kau main api dalam bilik aku!?" aku bertempik ke arah kawan-kawan aku yang berada dalam bilik aku. "Ouh,Sidiq dah balik. Sorry aku berlatih cara menggunakan api hahaha," ketawa Zai, rakan sekelas aku. Zai merupakan Pyromaster, manusia yang boleh mengawal api, tapi tak cerdik untuk kawal api.      

           Dengan pandangan jengkel, aku berkata, " kau nak berlatih bukan dekat sini la! Pergi berlatih dekat arena atau padang,". Dia terus ketawa. Apa yang kelakar sangat? " Hahaha aku memang nak berlatih dekat padang, tapi Programmer cakap dia nak analisis kuasa aku," sambungnya lagi. Ha....aku dah agak dah, mesti dia punya kerja.         

     Programmer ialah orang yang memanggil aku ketika aku sedang baring di kaki bukit sebentar tadi. Nama sebenarnya ialah Safwan. Seorang genius komputer. Tapi perangai langsung tidak sama dengan keginiusannya. Safwan seorang yang suka main-main dan langsung tidak ambil serius. Dia inilah rakan sebilik aku yang paling bising.            

             "Safwan, kalau kau nak analisis pun, pergi la bawa laptop kau ke padang. Analisislah dia dekat sana. Zai kau ke tepi sikit, aku nak solat," aku berkata dengan suara yang rendah.Zai berganjak dari tempat duduknya. Safwan memandang aku dan kemudian berkata, "haha maaf. Aku nak cuba mesin ciptaan aku yang terbaru. Mesin ni masih lagi tidak boleh digunakan diluar sebab semua program-program mesin ni aku tak masukkan lagi ke dalam laptop aku.Sebab tu aku panggil dia ke sini," dia menjawab apa yang aku katakan. Aku mengeluh. Ada-ada sahaja ideanya." Ha...ada saja benda baru yang kau cipta," aku menyatakan keluhanku. Aku memandang alat yang dia cipta. Mesin itu bentuknya seperti cermin mata. atau lebih tepat sebenarnya mesin itu sememangnya berbentuk cermin mata. Tapi apa fungsinya?

        "Tadi kau kata analisis kuasa Zai. Lepas tu kau kata kau cuba mesin baru. Mana satu yang betul ni?" tanya aku kepadanya. " Mana ada aku analisis. Aku cuma cuba mesin baru ni. Dia ni yang salah faham," balasnya pula. Aku memandang Zai. Dia Tersengih. "Ha......aku nak solat. Lepas solat, kau terangkan apa fungsi mesin tu," beritahuku kepada Safwan.
   
      Usai solat, aku terus duduk di atas katil. "Safwan, apa fungsi benda ni?" aku bertanya kepada safwan. Safwan mengambil cermin mata itu. "Dia memandang aku. Mungkin dia cuba menyusun ayat supaya aku mudah faham.

      "Cermin mata ni aku namakan sebagai Power Measure," beritahunya kepadaku. "Fungsi cermin mata ni mudah. Cermin mata ni adalah untuk mengukur tahap penggunaan kuasa kau," tambahnya lagi.

   " Mengukur tahap penggunaan kuasa aku? Maksud kau?" tanyaku lagi. Dengar macam menarik. " Sidiq, selama kau dekat sekolah ni, kau tak pernah tunjukkan kuasa kaukan? Walaupun sekali?" dia menjawab soalanku dengan memberi soalan. Aku hanya mengangguk. Memang betul bahawa aku tidak pernah tunjukkan kuasa aku walaupun sekali.

    " Kau tak pernah tunjukkan kerana kau tak mampu kawal kuasa kau, betul tak?" tanyanya lagi. Aku sekali lagi mengangguk. " Jadi, nak mudahkan cerita, bila kau pakai cermin mata ni,benda ni akan memberitahu kau berapa banyak peratus yang perlu kau guna untuk kau buat sesuatu teknik menggunakan kuasa kau," kali ini dia menjelaskan apa fungsi cermin mata ini. Hmm aku faham, sikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2014 07:11 PM | Show all posts
   " Hmm kau masih kurang jelas. Macam ni, aku ambil Zai sebagai contoh. Salah satu teknik yang dia gunakan adalah Fire Tempest. Untuk gunakan Fire Tempest, dia perlu menggunakan kuasanya sebanyak 30%. Jadi, cermin mata ini akan mengukur tahap penggunaan kuasa Zai untuk menghasilkan Fire Tempest. Sekarang kau faham?" Terang Safwan panjang lebar.

     Aku rasa aku dah faham, sikit. Secara teknikalnya, aku boleh faham bila aku buat sesuatu secara praktikal. Tapi kali ni mungkin aku faham. Jadi aku hanya membalas dengan anggukkan. Aku rasa cermin mata ni fungsinya adalah untuk membantu aku. Sebabnya, aku langsung tidak tahu mengawalnya. Aku raasa aku nak cerita dekat korang kenapa aku tak boleh gunakannya. Tetapi buat  kali ni, kita tinggalkan hal ni dulu.      

          "Ok, kalau kau  kata kau faham, kau pergi dulu bersiap," katanya kepadaku. Bersiap di sini bermakna aku perlu mandi dan bersiap untuk solat maghrib di surau. Yalah, aku solat asar tadi pun dah nak dekat pukul 7 malam. Aku tak membantah mahu pun mengangguk. Aku terus pergi mandi.   

            Selesai mandi, aku bersiap untuk pergi ke surau. Lebih kurang 30 minit aku menunggu di surau untuk mendengar azan dan seterusnya aku solat secara berjemaah. Selesai solat, aku kembali ke asrama  untuk menukar pakaian kerana selepas ini aku mahu ke kafeteria.  

              Safwan melihat telefon bimbitnya. Kemudian, dia menoleh ke arah aku dan berkata, " Sidiq, ada orang nak jumpa kau di kafeteria,". " Siapa?" tanyaku. " Aku sendiri pun tak tahu," balasnya pula. Haih, dia kata ada orang nak jumpa aku tapi dia sendiri tak tahu.  

            Tanpa membuang masa, aku terus menuju ke kafeteria. Kebanyakkan pelajar selalu merenung aku apabila aku pergi ke situ terutamanya perempuan. Hal ini berlaku kerana aku masih lagi tidak tunjukkan kuasa aku. Bukan aku tak mahu, Tapi aku tak pandai mengawal kuasa aku sendiri. Terima kasih kepada Safwan sebab dia cipta cermin mata itu. Sekarang bolehlah aku berlatih.        

              "Jadi itulah abang senior yang masih lagi tak tunjuk kuasanya," kata salah seorang junior perempuanku kepada kawannya. "Hmm, itulah dia orangnya. Hebat sangatkah kuasa dia?" bisik junior perempuan yang kedua kepada yang pertama. Ha.....aku tak suka betul bila orang mengumpat aku.         

              "Entah. Main sembunyikan kuasa pula. Kau dengar tak berita yang terbaru?" tanya perempuan pertama kepada perempuan kedua pula. "Berita apa?" perempuan kedua itu membalas dengan pertanyaan. "Aku dengar dia sekarang tengah berdating dengan pengetua," balas perempuan ketiga. Eh???????? Aku keluar dengan pengetua???? Apa Jadah???         

               "Ha? biar betul??? Dating dengan pengetua??? Dia jadi anak ikan ke????" tanya junior yang kedua. " Aku pun tak berapa pasti. Aku dengar daripada mulut Senior Zakuan," balas perempuan yang ketiga.

    Zakuan? Zakuan?? Macam pernah dengar. Ya, tak salah lagi, dia sekelas dengan aku. Teruk betul zakuan buat lawak macam ni. Dia memang nak kena.

       "Oi,Sidiq!!!" jerit seorang perempuan di kafeteria itu. Aku mencari-cari dari mana jeritan itu muncul. Kemudian, aku perasan seorang perempuan melambai-lambai aku. Dia bersama lagi seorang budak perempuan yang berumur 13 tahun dan seorang budak lelaki berumur 15 tahun. Jadi merekalah yang Safwan maksudkan.
   Aku menuju ke arah mereka. Budak perempuan yang berumur 13 tahun tersenyum apabila aku  berjalan ke arahnya. Jadi, aku senyum kembali kepadanya.     

       "Jadi, apa budak post-graduate buat dekat sini?" tanya aku kepada perempuan yang melambai aku tadi. " Haha, nak jumpa adik sendiri, tak boleh ke?" katanya kepadaku. Ya, sebenarnya, budak perempuan yang berumur 13 dan budak lelaki yang berumur 15 tahun itu ialah adiknya.

     "kalau itu sebab kau datang ke sekolah, rasanya macam membuang masa saja," aku memberitahu dia. Dia ketawa. Aduh, aku buat lawak ke? " Haha Sidiq, kecil hati aku dengar kau cakap macam tu. Kau tak nak jumpa aku ke? Kau tak rindu aku ke? Kau tak sayang aku ke?" tanya dia kepadaku. Ha.... dia ni betul-betul menjengkelkan aku.  

       " Masalahnya kakak, kau boleh talifon  kami kalau kau nak cakap yang kau rindu kami. Lagi pun, dua minggu lagi kami cuti pertengahan tahun. Ahhhhh....aku betul-betul tak faham dengan kau la kakak," aku luahkan apa yang tersirat dalam hati aku. Oh ya, aku sendiri adalah adiknya.

   " Ouh.... itu bekas ketua pelajarkan? apa yang dia buat dekat sini? Kenapa dia mesra dengan Sidiq?" kata salah seorang pelajar lelaki kepada pelajar yang duduk di depannya. " Ha? kau tak tahu ke? Sidiq tu adik dia la. Semua yang duduk dekat meja tu adik-beradik mereka. Ha....gossip lagi, tak habis-habis.

    "Hahaha...bertenanglah Sidiq. Sebenarnya aku temankan Aziah. Lagi pun aku adahal ngan cikgu-cikgu dekat sini. Pasal Hari Graduasi juga. Sebab tu aku datang hari ni. Alang-alang aku dah sampai, boleh la aku jumpa kamu bertiga," terang Kakak aku dengan panjang lebar. Cakaplah dari awal. Tak payah buat lawak. Menjengkelkan.  

       " Ouh, macam tu," kataku pendek. aku tak tahu nak kata apa. Apa pun, aku belum memperkenalkan adik-beradik aku lagi. sekarang aku memperkenalkan mereka.  

        Nama kakak aku ialah Asiah. Dia merupakan bekas pelajar di Sekolah Elit Negara. Dia ni suka main-main. Tapi, walaupun dia macam tu, dia tetap merupakan top student di sekolah kami. Kuasa dia juga agak menyusahkan. Dia ialah Gravity Manipulator. Sekali dia kata " Tunduk," semua orang di sekolah ini akan terbungkam atas lantai. Tapi, itu boleh diterima lagi.      

      Kalau dia betul-betul marah, dia akan cipta Black Hole. Habis harta-benda disedut ke dalam lubang tu. Lebih teruk, Bangunan dekat padang sekolah kami habis disedut ke dalam lubang tersebut. Tinggal tapak sahaja. Nasib baik tak kena bayar. Jadi, nasihat aku agak mudah. Dia ni susah sangat nak marah. Tapi bila marah, semua orang tak boleh jangka. Jadi, jangan buat dia marah.     

     Sekarang, adik aku yang berumur 15 tahun. Nama dia ialah Salahudin.Dia ni memang susah buat muka yang ada emosi. Kalau gelak ke, marah ke, seorang pun tak tahu. Tapi, yang pasti, dia ni kuat makan. Cuba bayangkan, setiap kali dia berlawan, mesti ada roti dekat mulut dia. aku dengar dia selalu makan dalam kelas walaupun cikgu sedang mengajar. Ha...perangai dia memang macam tu. Aku pun tak tahu apa nak buat.   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2014 07:12 PM | Show all posts
    Kuasa dia pula Shadow Manipulator. aku dengar tak ramai yang ada kuasa macam ni. Dengar cerita, dia mampu mengawal kegelapan. Macam mana dia guna, aku pun tak tahu. Sebabnya, setiap kali dia berlawan, dia tak gunakan kuasa dia pun. Dia guna waktu dalam kelas saja. Tapi, aku dengar lagi, dia antara budak yang terkuat dalam tahun dia.  

        Sekarang adik perempuan aku pula. Nama dia ialah Sarah. Dia punya perangai sebiji macam kakak aku. jadi aku tak payah terangkan macam mana perangai dia. Dan sekali lagi, jangan buat dia marah. Kuasa dia yang paling merbahaya. Fictionise Reality. Semua bentuk realiti jadi imaginasi dan semua bentuk imaginasi jadi realiti. Itu saja yang dapat aku terangkan pasal dia. Dan lagi, Fictionise Reality ni juga tak ramai orang guna.  

         Jadi itulah serba ringkas pasal adik-beradik aku. Sekarang, kembali kepada cerita.

          "Sidiq, sebenarnya kakak ada sebab lain kenapa kakak nak jumpa dengan kamu," katanya kepadaku dengan wajah serius. " Apanya?" tanyaku kepada dia. Dia mendiamkan diri buat seketika. Mungkin tengah berfikir bagaimana dia hendak terangkan hal itu kepadaku.  

      " Kakak ada buat kaji selidik dua minggu lepas. Sebenarnya, ada organisasi gelap yang mencari manusia yang mampu menggunakan Unik. Mereka hanya akan buat dua perkara. Pertama, membunuh pengguna Unik dan mencuri kuasa mereka dan yang kedua mereka akan merekrut ppengguna Unik yang mempunyai kuasa yang lain daripada yang lain," Terang Asiah panjang lebar. Aku mendengar dengan teliti.  

     "Organisasi gelap? Apa nama kumpulan mereka?" tanya aku kepada dia. Kakak aku teragak-agak nak menjawab. "Nama organisasi itu ialah Black Rose. Ketua kumpulan meraka adalah orang Perancis, Rose De Balnare. Rose  merupakan salah seorang daripada 15 orang Invicible Slayer. kakak nak kamu hati-hati dan jangan terlibat dengan organisasi ini. Faham???" kata kakak aku dengan panjang.

    Aku mengangguk faham. Begitu juga dengan Salahudin dan Sarah.  Nanti sekejap..... salah seorang daripada 15 orang Invicible Slayer? Biar  betul??? Invicible Slayer bermaksud pembunuh yang tak dapat dikalahkan. Dalam dunia ini, hanya ada 15 orang sahaja yang dapat gelaran Invicible Slayer. Dan lagi, pengetua sekolah ini juga merupakan salah seorang daripada Invicible Slayer.
   " Apa pun, aku nak tanya kau lagi Sidiq. Aku dengar daripada Aira yang kau masih lagi tak gunakan kuasa kau dekat sekolah ini. Kenapa?" tanya Asiah kepada aku. Ha...Aira memang tak tahu tutup mulut dia. " Kan aku dah cakap, setakat ni, aku masih lagi tak tahu gunakan kuasa aku. Safwan baru hari ini siapkan satu alat khas yang dapat bantu aku kawal kuasa," kata aku dengan bersahaja.

    "Ouh... kalau macam tu baguslah. Kau tahukan yang Pemilihan Invicible Slayer akan diadakan tak lama lagi?" tanya dia kepada aku. Aku memandang mukanya.  " Ya aku tahu," balasku pendek. Semua orang yang ada kuasa Unik pasti tahu akan hal ini. Maklumlah, pada hari itulah para pengguna Unik dapat menunjukkan kebolehan maksimum masing-masing.

    " Kenapa?" tanya aku pula kepadanya sambil memegang secawan milo untuk dihirup. " Aira masukkan nama kau untuk hari itu," katanya selamba. Aku tersedak. begitu juga dengan Salahudin dan Sarah. "HAH????" kami menjerit serentak. Ha....Aira kenapa kau main selamba letak nama aku?

    " Nanti sekejap, kau tak tahu ke?" tanya Asiah lagi. " Mestilah aku tak tahu. Aduh, macam mana ni? Kuasa aku pun aku masih lagi tak dapat kawal. aduh..." aku mengeluh.Hari pemilihan itu bukanlah sesenang seperti orang lain jangkakan. Ramai pengguna unik yang sangat hebat. Aku terus bangkit dari tempat dudukku untuk pergi berjumpa dengan Aira.

   "Kau nak ke mana?" tanya Salahudin. "Aku nak berjumpa dengan Aira. Ada banyak soalan yang aku nak tanya dia. Termasuklah organisasi itu," kataku untuk membalas pertanyaannya. Pada mulanya, kakak aku ingin membantah tindakkan aku untuk bertanyakan hal yang berkenaan dengan organisasi Black Rose. Tetapi sebelum sempat dia buat begitu, aku memberitahunya sesuatu.

   " Baik kau lupakan untuk halang aku,kakak. Kalau aku kena masuk pemilihan itu, bermakna aku terdedah dengan kumpulan mereka. Kau kena fikir segala kemungkinan. Ketua organisasi Black Rose itu salah seorang daripada Invicible Slayerkan? Aku rasa ada kemungkinan yang dia akan muncul di situ.  Jadi aku kena bersiap sedia. Apatah lagi kalau mereka dapat tahu bertapa menakutkan kuasa aku ini," aku memberitahunya dengan panjang lebar.

   Setelah mendengar bicaraku, kakak terus terdiam. Aku rasa dia dapat mengesan kebenaran kata-kataku. Oleh sebab tiada lagi halangan, aku meninggalkan meraka dan  terus menuju ke arah pejabat pengetua. Sememangnya pengetua kami ada tabiat duduk di pejabat sehingga lewat malam. Menyiapkan kerja katanya. Jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk bertemu dengannya.

   Aku terus membuka pintu pejabat tersebut dan berkata " Aira, aku nak bercakap dengan kau," tanpa teragak-agak. Aira yang memandang ke arah luar tingkap memalingkan muka ke arah aku. Kemudian, sambil tersenyum, dia berkata " Sidiq.....apa yang kau nak bincangkan?" dengan suara yang keanak-anakkan dan berlagu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2014 07:13 PM | Show all posts
maaf sebab bab 1 pun dah panjang lebar...thanks for reading
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 07:24 PM | Show all posts
sama2..saya tk baca pun..tp saya sokong awak menghasilkan cerita2 berbahasa melayu..harap boleh menjadi modal untuk anak2 bangsa kita membaca...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-3-2014 07:44 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 31-3-2014 07:24 PM
sama2..saya tk baca pun..tp saya sokong awak menghasilkan cerita2 berbahasa melayu..harap boleh menj ...

haha saya harap macam tu jugak..tetapi melayu sekarang x brape minat membaca

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 07:45 PM | Show all posts
Slasher^^Buzz posted on 31-3-2014 07:44 PM
haha saya harap macam tu jugak..tetapi melayu sekarang x brape minat membaca

mntang2 aku mengaku tk baca cerita ko ni terus ko kata melayu tk berapa minat membaca..ish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2014 07:51 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 31-3-2014 07:45 PM
mntang2 aku mengaku tk baca cerita ko ni terus ko kata melayu tk berapa minat membaca..ish

rasenye bro dah salah faham nie...saya bukan maksudkan bro...maaf2 kerana buat bro marah

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 09:04 AM | Show all posts
Salam,

Tertarik dengan jalan cerita yang agak 'komik'. Macam ada unsur Harry Potter di situ....

1) Banyak sangat benda yang nak dimasukkan dalam bab 1. Tak perlu rushing sebab bab 1 adalah bab pengenalan. Go slow and steady.

Cari titik fokus untuk satu-satu bab. Contoh:
    Bab 1 - Pengenalan: Fokus pada siapa Sidiq, penerangan tentang sekolah elit, tujuan sekolah elit ditubuhkan. Dan bolehlah selit sikit-sikit watak tambahan i.e Safwan, Zai etc. Tak perlu nak kenalkan semua watak dalam satu bab. Banyak sangat info, poning nak baco....

   Bab 2 - Baru masukkan scene di Cafeteria dan pengenalan pada Invicible Player

2) Ada masa-masanya, bila baca macam feeling santai. Ada masanya bila baca, feelingnya macam baca buku teks. Tak seragam. Cuba fikir balik, nak buat stail santai ke, stail buku teks.


Keep it up. Jangan buat separuh jalan....

Sekian komen buat masa ni, dari saya yang masih belajar menulis juga....
    Last edited by Nicki_Meow on 1-4-2014 09:08 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2014 10:48 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-4-2014 09:04 AM
Salam,

Tertarik dengan jalan cerita yang agak 'komik'. Macam ada unsur Harry Potter di situ....:l ...

waalaikummussalam, haha saya nampak kelemahan saya di situ....yea agak rushing. nampaknye kene outer balik. cuma saya masih x dapat kesan dekat part mana yg dibaca seperti buku teks..harap nicki boleh tunjukkannya. pengenalan main character saya buat dari satu bab ke satu bab. tetapi nicki betul sebab pengenalan semua ahli keluarga hanya dalam satu bab. mungkin saya akan buat ahli keluarganya keluar satu persatu di bab yang lain. terima kasih atas pendapat nicki yang bernas. terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 11:38 AM | Show all posts
Slasher^^Buzz posted on 1-4-2014 10:48 AM
waalaikummussalam, haha saya nampak kelemahan saya di situ....yea agak rushing. nampaknye kene out ...

Macam baca buku teks sebab skema bebenor bunyik bila baca.

Contoh ayat:

Aku berdiri tegak di depan pintu asrama aku. Aku dapatrasakan sesuatu yang menjengkelkan berlaku dalam bilik aku. Dengan teragak-agak,aku membuka pintu bilik tersebut. Kemudian, beberapa biji bola api menuju kearah aku.Aku cepat-cepat membengkokkan badan aku kebelakang. Hampir-hampirsahaja muka aku terbakar. Dengan cepat, aku meluruskan kembali badan aku danaku terus bertempik.        

Contoh kalau diolah lebih santai (ikut citarasa saya )

Depan pintu bilik asrama, aku berdiri tegak. Terasa seperti ada sesuatu yang menjengkelkan berlaku di dalamnya. Teragak-agak, pintu bilik aku buka. Dengan tiba-tiba, beberapa biji bola api melayang. Untuk mengelakkan bola-bola api itu dari terkena muka, aku pantas membengkokkan badan ke belakang dan meluruskannya kembali.

Cis! Nyaris muka aku terbakar dibuatnya.

"WEI!!! Kau dah gila ke apa? Apa hal kau main api dalam bilik aku?!" Aku bertempik garang.

Part cis tu saja tambah buat lebih feel gitu. Hehehheheh



Tak le pandai sangat sebab saya pun budak masih belajar. Sama-sama belajar gitu...

Last edited by Nicki_Meow on 1-4-2014 11:41 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 11:51 AM | Show all posts
Ya betul macam Nicki_Meow tulis. Adik ikut apa yang dia cadangkan, Insya Allah... adik akan jumpa rentaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 05:03 PM | Show all posts
wipers81 posted on 1-4-2014 11:51 AM
Ya betul macam Nicki_Meow tulis. Adik ikut apa yang dia cadangkan, Insya Allah... adik akan jumpa re ...

Cerita awak, bila nak sambung?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 05:08 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-4-2014 05:03 PM
Cerita awak, bila nak sambung?

Cerita yang mana Nicki_Meow? MDPB sedang dalam proses penambahbaikan. Rombakan rakus sedang giat dijalankan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2014 05:19 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-4-2014 11:38 AM
Macam baca buku teks sebab skema bebenor bunyik bila baca.

Contoh ayat:

macam tu rupanya...faham2...saya masih blom sampai tahap tu...kene adi feel2 memang x sampai lagi....terima kasih banyak2 sebab tunjuk ajar dekat saya.Saya nak buat extended and penambahbaikan dekat bab ni nanti.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2014 05:20 PM | Show all posts
wipers81 posted on 1-4-2014 11:51 AM
Ya betul macam Nicki_Meow tulis. Adik ikut apa yang dia cadangkan, Insya Allah... adik akan jumpa re ...

saya masih blom sampai tahap tu lagi...hahaha tapi saya akan cuba yg terbaik

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 06:07 PM | Show all posts
Slasher^^Buzz posted on 1-4-2014 05:20 PM
saya masih blom sampai tahap tu lagi...hahaha tapi saya akan cuba yg terbaik

Adik Slasher, dalam ni pun kamu boleh perbaiki mutu penulisan. Cuba latih diri gunakan BMT (Bahasa Melayu Tinggi). Asah diri untuk menaip ayat penuh, contohnya blom=belum. Walaupun ala-ala komik karya adik ni tapi kalau kena dengan gaya bahasa, pasti seronok untuk dibaca. Jangan putus asa, kerana tiada istilah itu dalam kamus hidup mereka yang ingin bergelar penulis. Jatuh bangun pasti akan dirasai dan semua itu akan menjadi kekuatan bagi penulis.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2014 07:46 PM | Show all posts
wipers81 posted on 1-4-2014 06:07 PM
Adik Slasher, dalam ni pun kamu boleh perbaiki mutu penulisan. Cuba latih diri gunakan BMT (Bahasa ...

hahaha saya faham wiper saya akan cuba guna BMT setiap masa untuk mahirkan diri saya dengan gaya penulisan yang menarik

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 08:23 PM | Show all posts
Slasher^^Buzz posted on 1-4-2014 07:46 PM
hahaha saya faham wiper saya akan cuba guna BMT setiap masa untuk mahirkan diri saya dengan gaya p ...

Bagus. Semangat macam nilah yang digemari. Apa pun, nasihat itu untuk saya juga yang baru nak bertatih ni. Karya orang lain bagus-bagus, karya saya agak ketinggalan sikit. Semoga berjaya, ya dik.  


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.344427 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list