View: 1807|Reply: 0
|
Sedarkah KIta Akan Kehilangan?
[Copy link]
|
|
http://youtu.be/8WJ76qspdfw
<iframe width="560" height="315" src="//www.youtube.com/embed/8WJ76qspdfw" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Marilah berharap dan berusaha agar pesawat yang hilang ditemui semula.
Di samping itu,
jangan lupa berharap dan berusaha.......
agar kekuatan berdakwah
yang telah hilang dari diri kita
ditemui semula
agar kekuatan untuk menutup aurat dengan sempurna
yang sudah hilang dari diri kita
ditemui semula
agar kekuatan untuk berkorban pada jalan Allah
yang sudah hilang dari diri kita
ditemui semula
agar kekuatan untuk sensitif akan hal ehwal agama
yang sudah hilang dari diri kita
ditemui semula
agar kekuatan istiqamah dalam amal
yang sudah hilang dari diri kita
ditemui semula
agar kekuatan mempraktikkan sunnah-sunnah Nabi
yang sudah pergi dari diri kita
ditemui semula
agar kekuatan untuk selalu hadir ke majlis-majlis keagamaan
yang sudah lama hilang dari diri kita
ditemui semula
agar kekuatan untuk sentiasa mengingati Allah
atau sekurang-kurangnya selalu ingat akan Allah
yang sudah lama menghilang dari diri
ditemui semula
agar kekuatan untuk membaca, memahami dan menghayati Al-Quran setiap hari
yang dulu pernah ada pada diri
ditemui semula
agar kekuatan untuk membaca bahan-bahan agama setiap hari
yang uatu ketika dahulu memang menjadi hobi
ditemui semula
agar kekuatan menambah amalan-amalan sunat
yang pernah ada pada diri kita
ditemui semula
agar kekuatan untuk bersabar
yang pernah ada pada diri
ditemui semula
agar kekuatan untuk tidak terpengaruh dengan umumnya dunia hiburan masa kini
yang pernah ada pada diri
ditemui semula
agar kekuatan untuk bersikap adil dalam membuat pertimbangan dan keputusan
yang sudah menghulang dari diri
ditemui semula
agar kekuatan untuk bersopan, berbudi bahasa dan lemah-lembut
yang sudah lama pergi dari diri
ditemui semula
agar kekuatan untuk tidak taksub kepada apa-apa atau siapa-siapa
yang sudah lama hilang dari diri
ditemui semula
agar kekuatan mendahulukan sangka baik berbanding sangka buruk
yang sudah hilang dari diri
ditemui semula
agar kekuatan untuk taat apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang dilarang
yang sudah hilang dari diri
ditemui semula
Begitulah seterusnya
banyak lagi yang sudah hilang dari diri
harap dan usaha untuk dtemui.
Masalahnya...
sedarkah kita akan kehilangan semua ini dari diri?
Orang yang tidak sedar akan kehilangan
tentu dia tidak akan mencari.
Mari muhasabah diri.
- Tazkirah Facebook 87 (Mac 9, 2014)
Abu Zulfiqar
Last edited by pasarmalam on 29-3-2014 11:15 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|