View: 6522|Reply: 25
|
HARAP ADA ALIM ULAMAK YANG JAWAB SOALAN NI..
[Copy link]
|
|
Soalan ini adalah dari seorang hamba Allah yang byk sangat benda yang dia musykil..
1) Kenapa Nabi Adam diturunkan ke bumi selepas melanggar perintah Allah dari makan buah khuldi? tapi, dlm surah al-baqarah ada menyebut ttg manusia dicipta untuk menjadi khalifah di bumi. Adakah jika Nabi Adam tidak makan buah khuldi tu, nabi Adam masih disyurga? nabi adam dicipta untuk menjadi khalifah dibumi, namun diturunkan ke bumi selepas melakukan dosa..
2) Jin ifrit pada zaman Nabi Sulaiman, sangat taat pada Nabi Sulaiman..bagaimana jin ifrit boleh menurut dn taat dengan nabi sulaiman, padahal jin ialah makhluk yang sentiasa akan menyesatkan manusia hingga kiamat. apakah kisah jin ifrit ini, siapa yang memimpin semua jin2 pada zaman itu selepas kewafatan nabi sulaiman?
harap2 ada alim ulamak yang boleh mnjawab soalan ini, takmau la ada org yang dok mrepek na... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam, saya bukanlah seorang ulama dan bukan orang alim, cuma mahu menjawab sekadar apa yang difahami dengan ilmu yang secalit.
1) Kenapa Nabi Adam diturunkan ke bumi selepas melanggar perintah Allah dari makan buah khuldi? tapi, dlm surah al-baqarah ada menyebut ttg manusia dicipta untuk menjadi khalifah di bumi. Adakah jika Nabi Adam tidak makan buah khuldi tu, nabi Adam masih disyurga? nabi adam dicipta untuk menjadi khalifah dibumi, namun diturunkan ke bumi selepas melakukan dosa..
Untuk memahami perkara ini step pertama yang perlu kita faham ialah mengenal Allah swt melalui sifat 20 dan Asma al-Husna, dengan cara ini kita dapat mengenal Allah swt bahawa dia adalah pencipta dan dan pemelihara. Semuanya telah ditentukan jalan ceritanya untuk menjadi pedoman dan iktibar kepada manusia, bahawa Syaitan adalah musuh yang nyata. Syaitan akan sesatkan semua manusia supaya berpaling dari Allah swt, manakala khalifah pula berusaha untuk mengelakan manusia dari tersesat dan berpaling dari Allah swt. Syaitan mempunyai 1001 muslihat dan tipudaya, bahkan dalam agamapun manusia boleh disesatkan kecuali mereka yang ikhlas, tidak mencari keuntungan dunia untuk habuan hawa nafsu, melainkan semuanya adalah kerana Allah swt semata-mata, orang yang ikhlas seperti ini akan dipelihara.
2) Jin ifrit pada zaman Nabi Sulaiman, sangat taat pada Nabi Sulaiman..bagaimana jin ifrit boleh menurut dn taat dengan nabi sulaiman, padahal jin ialah makhluk yang sentiasa akan menyesatkan manusia hingga kiamat. apakah kisah jin ifrit ini, siapa yang memimpin semua jin2 pada zaman itu selepas kewafatan nabi sulaiman?
Soalan kedua ini, secara ringkasnya ialah Allah swt maha berkuasa ke atas semua ciptaannya, Nabi Sulaiman telan berdoa supaya diberi kerajaan yang tidak ada sebelum dan selepasnya, maka Allah swt telah memberinya kerajaan dan kuasa pemerintahan, bila Allah swt telah memberinya kekuasaan siapa sahaja akan tunduk walaupun Jin aprit sekalipun. Yang menundukkan Jin adalah kuasa Allah swt. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau org fulamak mcm saya jawab soklan ni boleh? F u l a m a k kira ulamak gak kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdullillah, memamg ada byk jawaban drp ulamak terhadap soalan soalan Tuan ni..
Tuan kenalah banyak baca kitab kitab mereka.. ![](static/image/smiley/onion/thumb.gif)
Bagi soalan 1 Tuan :..
1) Kenapa Nabi Adam diturunkan ke bumi selepas melanggar perintah Allah dari makan buah khuldi? tapi, dlm surah al-baqarah ada menyebut ttg manusia dicipta untuk menjadi khalifah di bumi. Adakah jika Nabi Adam tidak makan buah khuldi tu, nabi Adam masih disyurga? nabi adam dicipta untuk menjadi khalifah dibumi, namun diturunkan ke bumi selepas melakukan dosa..
JAWABAN soalan ni ada Uncle jumpa, dijawab dgn sgt baik oleh Ulama terkenal Indonesia...Allahyarham K.H.M Syafi'i Hadzami..dlm Rancangan Radio Cenderawasih..yg dibuku kan....
Ada kat JAWABAN 104 , ms 11 ...Jilid 2, KITAB koleksi soal jawab tu dinamakan...
"TAUDLIHUL ADILLAH "
Uncle ada yg JILID 1 sampai Jilid 5...
Jawaban Allahyarham Kiai ni sangat detail...sipa rujukan kitab kitab & petikan asal...memang asyk betoi kaau kita baca.
Memang sgt menakjubkan, jawaban di radio boleh jadi sgt hebat mcm tu!
Setakat ni..bagi Uncle..kitab ni memang "Soal Jawab Agama" yg terbaik yg pernah ada!
Sayang sekali Kiai telah kembali keRahmatullah pada 7 May 2006...memanglah...akhir zaman ni..Allah swt angkat Al Quraan dgn mematikan Ulama ulama NYA...
p/s : kalau tak dpt cari kitab tu..Insyaallah Ucle boleh salin sikit jawaban tu ke sini....tapi ..bagi masa sikitlah...
nak ke?
(cuba dptkan buku tu ! ..itu lebih baik)
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya bg jawapan paling ringkas utk menjelaskan kefahaman saya dlm TT ini. Yg mula2 sekali, sumber yg saya nyatakan ini terdpt di dlm Alquran. Saya ringkaskan aje lah yerk (supaya tak timbul isu mempertikaikan Alquran)
1) Allah tahu apa yg Dia lakukan. Dia mengajarkan Adam disyurga dan Dia jualah yg menyatakan Dia tahu apa yg malaikat tidak tahu.
2) Dia menetapkan utk para jin taat kpd Nabi Sulaiman. Jika jin2 ini ingkar, mereka akan direjam olehNya.
Usoppp nyer gelak menyebabkan saya terfikir, memang patut jugak f u l a m a k macam saya yg bodoh di dunia ini beritahu apa yg sepatutnya diberitahu. Tak gamak ler pulok mengecilkan hati tuan TT kerana saya just nak gak ushar jawapan yg lebih baik dari ringkasan saya ini. Jgn TT amik hati kat saya dan usoppp. Memang jenih kami enjoy utk gembirakan TT dan tak bermaksud memerli tuan TT. Teruskan usaha TT bertanya utk mencari kebenaran dan bukannya kehebatan.
p/s: saya tak hebat dan sudah tentu ada yg lebih hebat dari saya. jika saya kata saya hebat, perghhhhhhh jenuh cari dalil nak kuatkan hujjah utk filter hujjah. (pengalaman tue).
usoppp, komen lak. eheks.... |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan ini adalah dari seorang hamba Allah yang byk sangat benda yang dia musykil..
1) Kenapa Nabi Adam diturunkan ke bumi selepas melanggar perintah Allah dari makan buah khuldi? tapi, dlm surah al-baqarah ada menyebut ttg manusia dicipta untuk menjadi khalifah di bumi. Adakah jika Nabi Adam tidak makan buah khuldi tu, nabi Adam masih disyurga? nabi adam dicipta untuk menjadi khalifah dibumi, namun diturunkan ke bumi selepas melakukan dosa..
2) Jin ifrit pada zaman Nabi Sulaiman, sangat taat pada Nabi Sulaiman..bagaimana jin ifrit boleh menurut dn taat dengan nabi sulaiman, padahal jin ialah makhluk yang sentiasa akan menyesatkan manusia hingga kiamat. apakah kisah jin ifrit ini, siapa yang memimpin semua jin2 pada zaman itu selepas kewafatan nabi sulaiman?
harap2 ada alim ulamak yang boleh mnjawab soalan ini, takmau la ada org yang dok mrepek na...
Saya tak pasti ada tak Ulama yang baca dan cuba jawab kat sini... sambil tunggu jawapan dari Uncle Owl, di bawah ni sekadar jawapan dari saya yang cetek ilmu ni....
1) Kenapa Nabi Adam diturunkan ke bumi selepas melanggar perintah Allah dari makan buah khuldi? tapi, dlm surah al-baqarah ada menyebut ttg manusia dicipta untuk menjadi khalifah di bumi. Adakah jika Nabi Adam tidak makan buah khuldi tu, nabi Adam masih disyurga? nabi adam dicipta untuk menjadi khalifah dibumi, namun diturunkan ke bumi selepas melakukan dosa..
Allah jadikan sesuatu kejadian itu bersebab sesuai dengan Kehendak Allah. Ketetapan Allah, manusia akan menghuni Bumi, maka jika Nabi Adam AS tak makan buah tu, tetap Allah akan letak manusia di bumi, dengan apa cara sekalipun itu dalam ilmu Allah.
Turunnya Nabi Adam ke bumi itu.... dah menjadi taqdir.... dan dijadikan taqdir itu BERSEBAB... dari kesalahan mendekati pohon larangan, atas tipu daya Syaitan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal berlaku sesuai dengan Ilmu Allah
2) Jin ifrit pada zaman Nabi Sulaiman, sangat taat pada Nabi Sulaiman..bagaimana jin ifrit boleh menurut dn taat dengan nabi sulaiman, padahal jin ialah makhluk yang sentiasa akan menyesatkan manusia hingga kiamat. apakah kisah jin ifrit ini, siapa yang memimpin semua jin2 pada zaman itu selepas kewafatan nabi sulaiman?
Allah terima doa Nabi Sulaiman AS dan baginda dikurniakan kerajaan yang tidak diberikan kepada sesiapapun sebelum dan selepasnya....(rujuk hadith). Baginda Sulaiman AS diberi tempoh dalam pemerintahannya dapat menguasai makhluk-makhluk di bumi, termasuk JIN dan SYAITAN. Dari golongan Jin termasuklah Ifrit.
Selepas kewafatan Nabi Sulaiman, jin-jin dan Syaitan tersebut tidak terikat lagi kepada ta'luk pemerintahan Nabi Sulaiman AS. Mereka menempuh jalan yang berbeda-beda, ada yang termasuk golongan Muslimun dan ada juga termasuk dalam golongan Qaasituun. Rujuk Surah Al-Jin. Mana-mana keturunan Ifrit yang kafir yang jadi Syaitan termasuk dalam golongan Qaasituun. Iblis dah tentu Syaitan! Jin-jin yang jadi Syaitan ni ketua mereka adalah Iblis. Mereka juga ada puak-puak yang dipimpin oleh jin-jin yang kuat seperti dari keturunan Ifrit.
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 1-4-2014 12:48 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Soalan ini adalah dari seorang hamba Allah yang byk sangat benda yang dia musykil..
1) Kenapa Nabi Adam diturunkan ke bumi selepas melanggar perintah Allah dari makan buah khuldi? tapi, dlm surah al-baqarah ada menyebut ttg manusia dicipta untuk menjadi khalifah di bumi. Adakah jika Nabi Adam tidak makan buah khuldi tu, nabi Adam masih disyurga? nabi adam dicipta untuk menjadi khalifah dibumi, namun diturunkan ke bumi selepas melakukan dosa..
2) Jin ifrit pada zaman Nabi Sulaiman, sangat taat pada Nabi Sulaiman..bagaimana jin ifrit boleh menurut dn taat dengan nabi sulaiman, padahal jin ialah makhluk yang sentiasa akan menyesatkan manusia hingga kiamat. apakah kisah jin ifrit ini, siapa yang memimpin semua jin2 pada zaman itu selepas kewafatan nabi sulaiman? Ni jawapan dari seorang hantu![](static/image/smiley/default/lol.gif)
"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna."Furqan 02
Segalanya berbalik pada Allah, Allah yg merancang, Allah yg menentukan, Allah yg menggerakkan, Allah yg menghidupkan, Allah mengatur segala gala apa yg ada dilangit dan di bumi, tidak ada satupun kejadian ataupun perkara yg berlaku dialammaya ini yg diluar dari perancangan Allah, tak ada.
Bila Allah berkata pada para malaikat untuk mencipta khalifah dimukabumi(manusia), tetapi malaikat menyoal kerana mereka dah tau, manusia itu akan merosakkan mukabumi, tapi sebenarnya ada yg para malaikat tak tau, kerana hanya Allah yg maha mengetahui, Allah yg mengatur sesuatu yg tak diketahui oleh semua hambanya.
Mengapa Allah mencipta Adam disyurga, bukan dibumi, mengapa Allah cipta juga hawa semasa disyurga, mengapa Allah beri izin iblis untuk menyesatkan adam dengan memakan buah larangan, mengapa Allah jadikan iblis tak mau sujud pada adam, mengapa Allah jadikan dan memberi izin para penyokong iblis untuk menyesatkan anak cucu adam, semuanya adalah dibawah ketentuan Allah, Allah yg mentadbir, Allah yg menetapkan, Allah yg mengatur segalanya untuk adanya 'kehidupan' dimukabumi ini.....
Bagi persoalan kedua, ifrit
"Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api Neraka." saba' 12
Jin tak kira jin jin ifrit atau jin jin lainnya semasa nabi Sulaiman, Allah dah izinkan untuk bekerja pada nabi sulaiman tersebut. Dan mereka(jin jin) sentiasa dikawal oleh para malaikat
Shad 34
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian dia kembali (merayu kepada Kami): "
Shad 35
"Katanya: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya."
Shad 36
"Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya; "
Shad 37
"Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (dia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing)."
Shad 38
"Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu."
Dizaman nabi Sulaiman, nabi sulaimanlah pemimpin jin jin tersebut, yg tak mau dipimpin(syaitan) dipasung oleh para malaikat, selepas kewafatan baginda, tiadalah lagi jin jin berpemimpin dari kalangan manusia....
Tapi mereka yg jadi pemimpin manusia ada banyak![](static/image/smiley/default/lol.gif)
"Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia". Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: Wahai Tuhan kami, sebahagian dari kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (Syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami. (Allah berfirman): Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui." Al An'am 128
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam... nak tumpang sikit sbg ular dalam semak ke atau fulamak ... sama jer
"1) Kenapa Nabi Adam diturunkan ke bumi selepas melanggar perintah Allah dari makan buah khuldi? tapi, dlm surah al-baqarah ada menyebut ttg manusia dicipta untuk menjadi khalifah di bumi. Adakah jika Nabi Adam tidak makan buah khuldi tu, nabi Adam masih disyurga? nabi adam dicipta untuk menjadi khalifah dibumi, namun diturunkan ke bumi selepas melakukan dosa.."
|
Buah khuldi dalam Islam, pokok "kehidupan"/ "pengetahuan" dalam kristian, seperti sama sahaja. Keduanya seperti
menyatakan Alloh gagal dalam menjaga syurgaNya, setelah Iblis dicampakkan ke bumi. Tidak mungkin Iblis masuk
semula ke syurga dan menggoda insan. Adakah mempersetujui Allah lemah? Pada hal Alloh Maha Berkuasa.
Manusia itu khalifah kerana Alloh kata "manusia itu sebaik-baik kejadian" dan inna lillahi waina ilaihi rajiun (Dari
Alloh datang dan kepada Alloh kembali). Manusia ini mesti mentadbir dunia ini sebaiknya bukan memusnahkan.
Ada DUA sahaja. Baik lawan jahat. Cantik lawannya buruk. SURGA lawannya NERAKA. Kemanakah pergi Nabi Adam
dan pasangannya jika Maha Alloh buang? Bumi ini adalah neraka ke -7. Buktinya.. apa dalam perut bumi ini?
"2) Jin ifrit pada zaman Nabi Sulaiman, sangat taat pada Nabi Sulaiman..bagaimana jin ifrit boleh menurut dn taat dengan nabi sulaiman, padahal jin ialah makhluk yang sentiasa akan menyesatkan manusia hingga kiamat. apakah kisah jin ifrit ini, siapa yang memimpin semua jin2 pada zaman itu selepas kewafatan nabi sulaiman?"
Alloh mahukan jin dan manusia untuk beriman kepadaNya. Jadi mestilah difahami jin juga ingin memasukki syurga Alloh.
Mereka beramal menurut cara-cara mereka menghadir dan menyatakan diri mereka. Cara yang paling senang ialah
dengan mamasuki jasad-jasad manusia Islam yang leka. Saya tekankan di sini iaitu MANUSIA ISLAM. Mereka (jin)
berzikir mengikut cara mereka, kuat dan lantang sperti "hu Allah" berkali-kali dengan kuat!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Kiai H.Muhammad Syafii Hadzami ...sambung lagi keterangan dgn membawa sambungan kitab Imam As Sowi ni..
ebih jelasnya liat lagi tafsir Showy pd juz dan halaman yg sama:
انه اجتهد فأخطأ فسمى الله خطأه معصية فلم يقع منه صغيرة ولا كبيرة انما هو من باب حسنات الابرار سيئات المقربين فلم يتعمد المخالفة
ومن نسب التعمد و العصيان له بمعنى فعل الكبيرة او الصغيرة فقد كفر و من نفى اسم العصيان عنه فقد كفر ايضا لنص الاية
“bahwa sesungguhnya Adam berijtihad lalu salah ijtihadnya, maka Allah memberi nama kesalahannya itu dgn ma’siat padahal tak pernah terjadi dpdnya dosa kecil maupun dosa besar. Sesungguhnya ini termasuk dalam bab “hasanatul abror sayyiatul muqorrobin”(kebaikan orang abror adalah kejahatan orang muqorrobin).
BARANGSIAPA YG MEMBANGSAKAN SENGAJA N DOSA KPD NABI ADAM DG MA’NA IA MELAKUKAN DOSA BESAR ATAU DOSA KECIL MAKA IA TELAH KAFIR, SEBAGAIMANA JUGA YG MENOLAK NAMA MA’SIYAT DARIPADANYA KRN ADA NASH AYAT QUR’AN”.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah....
apa yg Uncle boleh faham...dp Tulisan Kiai ...Kiai suruh kita faham...
1. SIRRUL QADAR ...Rahsia Takdir.
2. Drp kisah Nabi Adam A.S ..dicipta memang utk jadi Khalifah di dunia..tapi, dijadikan bersalah...adalah..
Larangan Shury (Zahir larangan)..
Sedang Nabi Adam Alaihissalam akan tetap makan itu..JABARY.
3. Nabi Adam Alaihissalam tetaplah Maksum...
4. menjadi "ilustration yg baik tentang maksud... "hasanatul abror sayyiatul muqorrobin”(kebaikan orang abror adalah kejahatan orang muqorrobin).
p/s : Harap TT & Tuan Tuan enjoy dgn jawaban drp Ulama yg Uncle copy....
Sebenarnya...jawaban ni secara tak langsung adalah drp 3 org Ulama Besar!..iaitu..
1. Kiai Hj Muhammad Syafii Hadzami....melalui jawaban Radio Cenderawasih..dibukukan dlm kitab Taudlihul Adillah.
![](https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTjGg5o6KzxU8buzgvXXMSPcwPJBGKuSiLdJt8a6GEipxYlG5OR)
|
|
|
|
|
|
|
|
Muaalim Kiai Hj Muhammad Syafii Hadzamipulak...dalam menjawab..merujuk kepada Tafsir As Sowi..
Setahu Uncle...
Tafsir As Sowi yg dimaksudkan adalah..kitab..
Hasyiah Al Allamah As Showi ala Tafsir Jalalainkarya Syaikh Ahmad bin Muhammad ash-Shawi al-Maliki (w 1214 H).
So...Ulama kedua..& yg merupakan "matan asal" yg Uncle paste..setelah dipaste oleh Kiai...adalah..drp Syaikh Ahmad bin Muhammad ash-Shawi al-Maliki.
![](http://2.bp.blogspot.com/_E-Xv1mDc4Y4/TKgVlZiKLUI/AAAAAAAAAQA/j3kvI6cAKMI/s400/Hasyiyah1.jpg)
|
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 1-4-2014 03:00 PM ![](static/image/common/back.gif)
Alhamdullillah....
apa yg Uncle boleh faham...dp Tulisan Kiai ...Kiai suruh kita faham...
1. SIRRUL QADAR ...Rahsia Takdir.
2. Drp kisah Nabi Adam A.S ..dicipta memang utk jadi Khalifah di dunia..tapi, dijadikan bersalah...adalah..
Larangan Shury (Zahir larangan)..
Sedang Nabi Adam Alaihissalam akan tetap makan itu..JABARY.
3. Nabi Adam Alaihissalam tetaplah Maksum...
4. menjadi "ilustration yg baik tentang maksud... "hasanatul abror sayyiatul muqorrobin”(kebaikan orang abror adalah kejahatan orang muqorrobin).
p/s : Harap TT & Tuan Tuan enjoy dgn jawaban drp Ulama yg Uncle copy
Alhamdulillah terima kasih uncle atas perkongsian... sangat bermanfaat....
Cuma ada point yang saya kurang setuju mungkin kurang jelas pada saya, atau memang saya yang salah....
1. Pasal rahsia taqdir.... yang ni tak mampu saya nak ulas panjang lebar, maka isu ni saya cuba elak dari berbincang.
2. Pasal dijadikan bersalah ni, isu Jabary, mungkin juga termasuk dalam rahsia taqdir yang tak mampu nak diulas...
3. Maksum - setahu saya memang setiap Nabi maksum, akan tetapi Nabi Adam semasa melakukan kesalahan, darjatnya manusia yang belum diangkat menjadi Nabi. Tanpa sedikitpun niat menjatuhkan martabat Nabi Adam AS, ini menunjukkan ciri-ciri manusia adalah condong berbuat salah apabila terhasut oleh hasutan Syaitan. Kecuali para Nabi yang maksum, terpelihara dari segala dosa.
4. Kurang jelas tentang perbezaan antara abrar dengan muqarrabin... perlu penjelasan lebih
BARANGSIAPA YG MEMBANGSAKAN SENGAJA N DOSA KPD NABI ADAM DG MA’NA IA MELAKUKAN DOSA BESAR ATAU DOSA KECIL MAKA IA TELAH KAFIR, SEBAGAIMANA JUGA YG MENOLAK NAMA MA’SIYAT DARIPADANYA KRN ADA NASH AYAT QUR’AN”.
Tanpa prejudis kepada Ulama yang menjelaskan, kenyataan di atas ni bunyi macam keras sangat, dan boleh keliru adakah ia membawa maksud:
Nabi Adam buat maksiat yang ditaqdirkan padanya tanpa sebarang dosa dari maksiat itu?
Kalau kata Nabi Adam tak buat maksiat berkaitan makan buah pada pohon larangan tu, maka jatuh kafir?
Begitu juga kalau saya kata, sebelum Nabi Adam diangkat menjadi seorang Nabi, baginda pernah melakukan kesalahan (mendekati pohon larangan dan makan buahnya). Jika perbuatan kesalahan ini dinisbatkan sebagai dosa (oleh seorang yang bukan nabi sebab belum lagi jadi nabi), adakah jatuh kafir berkata macam ni?
Boleh Unlce jelaskan?
Last edited by mnm77 on 1-4-2014 03:57 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sungguh terharu kita membaca ayat ini, apatah lagi kalau dalam asli bahasa al-Qur'an.
Benar Adam telah salah melanggar larangan, tetapi karena rayuan, bujuk dan cumbu iblis. Dan dia menyesal, lalu memohonkan ampun. Oleh Allah Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang telah diberi ampun. Maksud pertama dari Adam bukanlah berbuat salah, dasar isi jiwa manusia adalah baik,bukan jahat.
Dia disuruh pindah ke bumi, karena akan diberi tugas yaitu apapun kesenangan di tempat itu, di taman atau di surga, namun tidak layak lagi baginya. Dan disuruh pindah ke bumi, karena akan diberi tugas, yaitu menurunkan umat manusia. Mengumpulkan bekal di bumi, yang akan dibawa kembali menghadap Allah.
Memang dia telah berdosa, tetapi dosanya telah diampuni. Sekarang dia harus berani menempuh hidup di bumi itu. Jangan kesana dengan hati iba dan duka-cita. Hidup di bumi berketurunan beranak cucu. Tuhan berjanji akan selalu mengiriminya tuntunan, petunjuk dan bimbingan. Lantaran itu, betapapun hebat permusuhannya dengan setan iblis, dengan adanya tuntunan Tuhan itu, asal dipegangnya teguh, dipegang teguh pula oleh anak-cucu di belakang hari, mereka akan selamat dari rayuan setan iblis. Mereka tidak akan di serang oleh rasa takut dan tidak pula akan ditimpa penyakit duka-cita.
Apabila saudara-saudara kaum Muslimin telah merenungkan ayat-ayat ini dapatlah saudara-saudara melihat perbedaan dan persimpangan jalan di antara kepercayaan kita kaum muslimin dengan pemeluk agama Nasrani. Keduanya sama mengaku bahwa Adam telah berdosa melanggar larangan.
Tetapi kita kaum muslimin percaya bahwa dosa itu telah diampuni. Dia tidak usah takut dan duka- cita lagi. Adam bukanlah diusir dari surga, tetapi diberi tugas menegakkan kebenaran dalam bumi dan diberi tuntunan. Orang Nasrani mengatakan bahwa dosa Adam itu telah menjadi dosa waris turun- temurun kepada segala anak-cucunya, dan naiknya Isa al-Masih ke atas kayu saliblah yang menebus dosa warisan Adam itu. Kita mengakui bahwa kejadian dari manusia, gabungan akal dan nafsu, pertentangan cita-cita mulia dengan kehendak-kehendak kebinatangan berperang dalam diri kita.
Kalau kita berbuat dosa, bukanlah itu karena dosa yang kita warisi dari Adam, dan kita sendiri, bisa rneminta ampun dengan sungguh-sungguh kepada Tuhan, niscaya akan diampuni, karena Tuhan itu Pengasih dan Penyayang.
Tidak masuk dalam akal murni kita bahwa Allah menurunkan dosa warisan Adam kepada anak-cucunya dan mengutus Isa al-Masih ke dunia untuk naik ke atas kayu palang, buat mati di sana bagi menebus dosa waris manusia tadi.
Padahal dikatakan pula bahwa Isa Almasih itu adalah Allah sendiri menjelma ke dalam tubuh Gadis Suci Maryam, kemudian menjelma menjadi putra. Inilah yang dijadikan dasar kepercayaan, yaitu Allah Ta'ala sendiri menjelma menjadi anakNya, yaitu Kristus.
Islam mengajarkan bahwa dosa bukanlah timbul karena warisan, melainkan karena gejala-gejala pertentangan yang ada dalam batin manusia itu sendiri. Adam sendiri terlanjur memakan buah yang terlarang, karena pertentangan hebat yang ada dalam jiwa, sehingga ciri mulia kalah oleh hawa-nafsu keinginan.
Tetapi, sebagai terdapat pada tiap-tiap manusia kemudiannya, bila telah lepas dari berbuat dosa itu, sesalpun timbul. Adam memohon ampun kepada Tuhan dengan sunguh-sungguh lalu dia diampuni. Lalu dian)urkan tiap-tiap manusia mengikuti imannya kepada Allah dengan. amal shalih. Sehingga kalahlah timbangan yang jahat oleh timbangan yang baik. Dengan tidak perlu membuat gelisah jiwa sendiri, dengan merasa berdosa terus menerus, karena dosa itu diwarisi.
|
|
|
|
|
|
|
|
HAMKA sebut dlm tafsir Al Azhar..
"...Memang dia telah berdosa, tetapi dosanya telah diampuni. Sekarang dia harus berani menempuh hidup di bumi itu. Jangan kesana dengan hati iba dan duka-cita....."
so...Uncle percaya...HAMKA & Syekh Sowi..juga Kiai ...kesemuanya adalah "bintang bintang di langit" boleh sja kita nak ambil salah satu atau kesemuanya buat panduan...
HAMKA menafsirkan ayat ni...bahawa Nabi Adam Alaihissalam dah pun diampunkan sebelum turunkan ke dunia..
(JADI..TURUN BUKAN HUKUMAN!..tapi..melaksanakan tanggungjawab... - Uncle )
Uncle petik..
Niscaya menyesallah Adam atas kesalahan yang telah diperbuamya, telah dilanggarnya larangan, karena tidak tahan dia oleh rayuan setan iblis. Lalu memohon ampunlah dia kepada Allah: فَتَلَقَّى آدَمُ مِن رَّبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ
"Maka menerimalah Adam daripada Tuhannya beberapa kalimat, maka diampunilah akan dia : sesungguhnya Dia adalah Pemberi ampun, lagi Maha Penyayang. " (ayat 37). Menyesallah Adam akan nasibnya. Dia yang bertanggung jawab, sehingga istrinyapun telah turut tergelincir karena rayuan setan itu. Dia memohonkan kepada Tuhan agar mereka diampuni, diberi maaf, diberi taubat atas kesalahan itu. Kesalahan yang timbul karena belum ada pengalaman atau karena kurang awas atas perdayaan musuh yang selalu mengintai kelemahan dan kelalaian. Tetapi Adampun tidak tahu dengan cara apa menyusun kata yang berkenan kepada Tuhan. Yang pantas buat diucapkannya agar permohonannya diterima.
Maka tersebutlah di dalam Hadits Qudsi: "RahmatKu, kasih-sayangKu, mengalahkan murkaKu. " Tuhan ajarkanlah kepada Adam betapa cara memohonkan ampun itu, itulah beberapa kalimat yang disebutkan dalam ayat ini. Dalam Surat al-A'raf ( Surat 7, ayat 23), bertemulah kalimat yang diajarkan Tuhan itu: رَبَّنا ظَلَمْنا أَنْفُسَنا وَ إِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنا وَ تَرْحَمْنا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخاسِرينَ
"Ya Tuhan kami !Kami telah menganiaya diri kami, maka jika tidaklah Engkau beri ampun kami, dan Engkau beri rahmat kami, sesungguhnya jadilah kami orang-orang yang rugi. "
HambaNya Adam dan Hawa merasa menyesal, tetapi tidak tahu dengan susun kata apa untuk menyampaikan permohonan ampun, lalu diajarkanNya. Dan merninta ampun dan diampuniNya. Adakah lagi satu kasih yang melebihi ini ? Sungguh, Dia sedia selalu mernberi ampun, Dia kasih selalu dan sayang selalu.
Setelah Adam dan istrinya diberi ampun, barulah mereka disuruh berangkat: قُلْنَا اهْبِطُوْا مِنْهَا جَمِيْعاً
"Kami firmankan: Turunlah kamu sekalian dari taman ini, " (pangkal ayat 38).
Berangkatlah dan tinggalkanlah tempat ini. Pergilah ke bumi yang telah Aku sediakan buat kamu itu. Setelah kamu sampai di sana kelak, tidaklah akan Aku biarkan saja kamu, melainkan akan Aku kirimkan kepada kamu petunjukKu kelak. فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِّنِّيْ هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُوْنَ
"Maka barangsiapa yang menurut petunjukKu, tidaklah akan ada ketakutan atas mereka dan tidaklah rnereka akan berduka-cita. " (ujung ayat 38).
Sungguh terharu kita membaca ayat ini, apatah lagi kalau dalam asli bahasa al-Qur'an.
Benar Adam telah salah melanggar larangan, tetapi karena rayuan, bujuk dan cumbu iblis. Dan dia menyesal, lalu memohonkan ampun. Oleh Allah Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang telah diberi ampun. Maksud pertama dari Adam bukanlah berbuat salah, dasar isi jiwa manusia adalah baik,bukan jahat.
Dia disuruh pindah ke bumi, karena akan diberi tugas yaitu apapun kesenangan di tempat itu, di taman atau di surga, namun tidak layak lagi baginya. Dan disuruh pindah ke bumi, karena akan diberi tugas, yaitu menurunkan umat manusia. Mengumpulkan bekal di bumi, yang akan dibawa kembali menghadap Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Setelah Adam dan istrinya diberi ampun, barulah mereka disuruh berangkat:
قُلْنَا اهْبِطُوْا مِنْهَا جَمِيْعاً
"Kami firmankan: Turunlah kamu sekalian dari taman ini, " (pangkal ayat 38).
Berangkatlah dan tinggalkanlah tempat ini. Pergilah ke bumi yang telah Aku sediakan buat kamu itu. Setelah kamu sampai di sana kelak, tidaklah akan Aku biarkan saja kamu, melainkan akan Aku kirimkan kepada kamu petunjukKu kelak.
فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِّنِّيْ هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُوْنَ
"Maka barangsiapa yang menurut petunjukKu, tidaklah akan ada ketakutan atas mereka dan tidaklah rnereka akan berduka-cita. " (ujung ayat 38).
|
|
|
|
|
|
|
| |
|