|
Assalamulaikum , bro dan sis .... nak tanya sikit ttg solat ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
1) Masa rakaat 1 dan 2 , baca An Nas dan Al Falaq selepas Al Fatihah boleh x ?
2) kalau baca , An Nas utk rakaat 1 dan Al falaq utk rakaat 2 ? ada langkah tertentu tak ?
3) Biasa sy solat seorg , sy ada baca Al Ititah , Al Fatihah , An nas pd rakaat pertama ....kalau jd imam , Al Ititah perlu baca x ? sb sy x pernah dengar ada org baca .
4) Bila baca Tahiyat awal dan Tahiyat akhir nak bersuara kuat tak ? ada beza kalau solat seorg dan jd imam ?
Terima kasih ...... ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Walaikumsalam..
1) boleh je nak baca apa2 surah lepas Al-Fatihah.. sebaik2nya ikut urutan dalam Al-Quran, surah yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan.
2) langkah apa yang dimaksudkan? surah tu baca seperti menerangan saya di atas.
3) Doa iftitah terpulang sebab hukumnya sunat (rujuk rukun solat ada 13). lagi satu doa iftitah baca secara berbisik sahaja.
4) tidak perlu baca kuat. apa beza solat seorang dan solat jadi imam? tidak ada beza melainkan bacaan niat seorang imam dan niat berseorangan.
*jika ada sebarang kesalahan harap forumer dalam membetulkanlah. wallahualam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Masa rakaat 1 dan 2 , baca An Nas dan Al Falaq selepas Al Fatihah boleh x ?
2) kalau baca , An Nas utk rakaat 1 dan Al falaq utk rakaat 2 ? ada langkah tertentu tak ?
3) Biasa sy solat seorg , sy ada baca Al Ititah , Al Fatihah , An nas pd rakaat pertama ....kalau jd imam , Al Ititah perlu baca x ? sb sy x pernah dengar ada org baca .
4) Bila baca Tahiyat awal dan Tahiyat akhir nak bersuara kuat tak ? ada beza kalau solat seorg dan jd imam ?
Wa alaikum salam.
Boleh baca tapi susunannya perlu dikemaskini. Rakaat pertama baca Al-falaq dan rakaat ke2 baca an-nas. Surah yang dahulu didahulukan. Atau bahagian surah yang dahulu didahulukan.
Doa iftitah adalah sunat untuk imam dan makmum. Iftitah tu maksudnya pembukaan. Baca sebelum alfatihah. Kalau dah terbaca alfatihah, tak payah baca iftitah lagi.
Baca bersuara kuat tu, kuatnya sekadar boleh dengar ditelinga sendiri sahaja.
Solat berjemaah dapat 27 kali ganda dari solat bersendirian. Imam dapat ganjaran lebih lagi. Dan juga imam bertanggungjawab ke atas makmumnya. Kalau solat sendiri, dapat satu kali pahala sahaja. sesilap solat sendiri tak dapat apa-apa, hanya sekadar melepaskan diri dari kewajipan sahaja. iaitu bila seorang lelaki mendengar azan dari tempat dilaungkan azan tapi tak pergi ke tempat azan tu dilaungkan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih sgt2 .... amat membantu utk sy ... |
|
|
|
|
|
|
|
good topic, thanks ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
okay lagi satu dalam solat ada rukun solat yg 13, mostly perbuatan dan bacaan al fatihah tu dan tahiyyat akhir tu mesti.
dan berguna juga kalau awak boleh bincangkan bebenda yg masih kabur dalam solat umpamanya apa yang dikatakan sunat dalam solat
yes dalam solat ada perkara rukun - yak ni wajib buat; tak buat tak sah solat.
dalam solat juga ada perkara sunat = yakni buat dapat pahala dan digalakkan dan tak buat tak dapat apa apa cumanya bila kita maghadap ALLH , buatlah yg terbaik...
sunat solat ni terbahagi kepada dua hai ah dan ab ad.
|
|
|
|
|
|
|
|
MAKNA BACAAN DALAM SOLAT
Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
Last edited by hantukiller on 27-2-2014 05:27 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
salam ![](static/image/smiley/default/1.gif)
maafi ..
bagi saya .. solat ini mestilah belajar berguru ..
tidak bolehlah kita yang bereducated atau bersekolah ..
membaca buku dua riggit setengah .. lalu mendirikan solat ..
pada awal nya .. memang d'galakkan .. just to break d'ice ..
later mesti cari guru .. untuk perbaiki solat kita ini ..
Nabi kita d'jemput .. dari israj ke mekraj .. untuk mendapatkan solat .. untuk umatnya ..
kemudian d'ajar oleh malaikat cara ruku' sujud dan seterus nya ..
solat adalah salah satu ibadah ..
yang mana kita dapat berhubung dengan khalik nya ..
hadith rasulUllah tentang sembahyang dan pesanan beliau ..
الصلاة عماد الدين
sembahyang itu tiang ugama
بين الرجل وبين الکفر ترک الصلاة
beza antara beriman dan kafir ialah meniggalkan sembahyang
اول مايحاسب عليه العبد يوم القيامة الصلاة
amal pertama yang d'hisab dari seorang hamba pada hari qiamat adalah sembahyang
فان صلحت صلح سائر عمله
jika sembahyang nya baik .. maka baiklah seluroh amalan nya
وان فسدت فسد سائر عمله
jika sembahyangnya buruk .. maka buruklah seluroh amalan nya
wassalam
![](static/image/smiley/default/1.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
ibnur posted on 22-2-2014 10:37 AM ![](static/image/common/back.gif)
1) Masa rakaat 1 dan 2 , baca An Nas dan Al Falaq selepas Al Fatihah boleh x ?
2) kalau baca , An ...
lelaki mendengar azan dari tempat dilaungkan azan tapi tak pergi ke tempat azan tu dilaungkan.
kalo pompuan x pe ke....ke still berdosa ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
kita solat....ALLAH tetap akn terima... |
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 5-3-2014 01:38 PM ![](static/image/common/back.gif)
salam
yap ..
pe maksud ...solat tp berdosa...
|
|
|
|
|
|
|
|
fifie_olin posted on 5-3-2014 03:42 PM ![](http://mforum2.cari.com.my/static/image/common/back.gif)
pe maksud ...solat tp berdosa...
solat tp berdosa... banyak sebab.. boleh bagi 1000 sebab
1. solat zohor buat dalam waktu asar tanpa keuzuran (kecuali solat jamak)
2. solat tapi tak pernah check betul ke al-fatihahnya
3. solat tapi tak tutup aurat masa solat
4. solat tapi tak ambik wudhu
5. solat tapi tak ikut kiblat
6. solat tapi tak ikut rukun
7. solat tapi macam burung belatuk
8. solat tapi... |
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 5-3-2014 01:51 PM ![](static/image/common/back.gif)
salam
rukun Qalbi .. 2 perkara ..
dlm kita berdosa dlm solat (tanpa kita sedar)...
x byk skit...dpt x pahala nya...
|
|
|
|
|
|
|
|
tintabiru73 posted on 5-3-2014 01:54 PM ![](static/image/common/back.gif)
solat tp berdosa... banyak sebab.. boleh bagi 1000 sebab
1. solat zohor buat dalam waktu asar t ...
knp awk byk listnya....
noraddin skit je...terang lg jelas..
list yg awk bg tu...biasanya x disengajakn...still berdosa?
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 5-3-2014 04:02 PM ![](static/image/common/back.gif)
salam
kalau syirik .. tiada keampunan ..
Syirik tu sedang berleluasa as we say. Tengok sajalah para biznes Melayu Islam kit.. tak sah kalau takde "pelaris". Kalau biz down sikit.. mulalah cari bomoh minta tabur...
Itu belum lagi yang ngangkong kat kubur, pokok menurun nombot ekoq.
Kat asrama sekolah pulak... seronok main spirit of the coin..![](static/image/smiley/onion/decide.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|