|
KISAH BENAR BERLAKU DI JERMAN.
Air liur anjing memang diakui mempunyai pelbagai bakteria dan kuman yang berbahaya sama ada kpd manusia atau haiwan lain.
Seorang pakar perubatan dari Universiti Munich mengatakan bahawa memelihara anjing meningkatkan risiko kanser payudara.Ini berikutan air liur anjing mengandungi banyak kuman penyebab kanser.
Seorang doktor perubatan bukan Islam lain pula di Jerman sedang membuat kajian air liur anjing di luar makmal dan balang mengandungi air liur anjing jatuh ke tanah.
Beliau melihat dengan teleskop,kuman dalam air liur anjing tersebut mati setelah terkena tanah .
Kehairanan dan sifat ingin tahu,beliau membuat kajian dan bertemu dengan seorang Imam Masjid di Jerman.
Imam tersebut memetik pendapat Imam Ibn Qudamah rahimullah dalam kitab Mughni (1/73): “Tidak ada khilaf dalam mazhab (Hanbali) bahawa najis anjing hendaklah disucikan dengan 7 basuhan. Salah satu dengan tanah.Ini juga pendapat Imam Syafie”.
“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan Ahmad).
DOKTOR TERSEBUT MEMELUK ISLAM
Kisah ini dibaca dalam sebuah majalah berbahasa arab
WALLAHUA'LAM.................

|
|
|
|
|
|
|
|
Subhanallah..
kalam Allah yg mencakupi segala aspek kehidupan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Majalah bahasa arab tu majalah apa?
Dah terlalu banyak artikel macam ni yang sebut ada buat kajian, dah buat kajian, tapi kertas kajian nya sebaris ayat pun tak jumpa dalam dunia.
Saya bukan menentang hadith nabi s.a.w. yang menyuruh sertu bijana yang kena jilatan anjing. tapi bila alasan yang kita tak pasti betul ke tidak, ini yang lebih banyak jadi bahan-bahan yang tak sepatutnya jadi.
Pula...... hanya paste artikel ini untuk nak dapat sokongan insan-insan yang senang percaya dengan artikel-artikel tak ada bukti?
atau artikel ni di paste sebab ada tujuan lain? |
|
|
|
|
|
|
| |
|