View: 3232|Reply: 6
|
Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan Kecuali ia bertambah … b...
[Copy link]
|
|
Sekadar menyampaikan
Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan Kecuali ia bertambah … bertambah … bertambah …” (HR At-Tirmidzi)
Peluang untuk bersedekah memang terbentang luas. Tinggal lagi tak ramai yang tahu dimana sumbangan mereka boleh disalurkan.
Terbaru, sebuah Tahfiz (ada 30 pelajar asnaf & yatim), Jalan Kubu Gajah, Sungai Buloh yang memerlukan sumbangan dari kita semua.
rakan-rakan yg ada rezeki lebih,jom bantu.. anak2 yg anda sumbangkan... SubhanaAllah... besar pahala hgga ke alam kubur
selagi mana dorg solat/mgalunkan bacaan Al-Quran,selagi itu pahala tetap mengalir..insya Allah
Antara keperluan yang di perlukan dengan kadar segera
1)Tilam (katil dah disediakan pihak tahfiz)
2)Makanan kering @ basah(terutama beras, telur, susu, milo, biskut,roti dan sebagainya)*jajan2 @ cikedis di elakan
3)Dettol,Sabun basuh,shampo dan sebagainya.
4)Vitamin @ ubat ubatan
5)Buku buku-alat tulis...
5)guru sukarela mengajar akademik untuk pelajar rendah dan menengah (sbb mereka belajar tahfiz sepenuh masa)
Jika anda ingin menyalurkan sumbangan, boleh terus hantar keperluan tersebut di alamat di lot 1, Taman Masgenuine, Jalan Kubu Gajah 11, Sungai Buloh.Ustaz Amir-019 899 3425.
Mohon sahabat hebahkan dan share jika boleh. Semoga Allah menggandakan ganjaran dan pahala kepada hamba Allah yang menyumbangkan hatta sedikit hartanya ke jalan Allah...aaamin.
Nota: Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi) Supaya bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati erti ‘sedekah’. Beberapa perkara perlu diambil perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah.
Pertama: Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik, elok dan tidak malu untuk dipakai (boleh dipakai). Adalah tidak wajar dan paling tidak munasabah barang yang disedekahkan itu tidak tergamak kita gunakan sendiri. Biarlah bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.
“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sy merupakan sukarelawan di sebuah tahfiz lain, dan ini adalah sokongan kpd saudara yg lebih mmerlukan...sy tolong sebarkn maklumat....boleh terus berziarah jika berhajat untuk bersedekah.....pemberian bank in duit tak digalakkan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Jika kita memberi, memang secara zahirnya apa yang kita miliki itu akan berkurang. Namun, ia bertambah di sisi Allah SWT, malahan ganjarannya boleh sampai sehingga . Firman Allah SWT bermaksud: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).-Yusuf Mansur |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Allah memcukupkan keperluan anda. |
|
|
|
|
|
|
|
insya Allah...Selain itu, dikatakan dalam sebuah hadits, "Rasulullah Saw. bersabda : Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api." (HR. At Tirmidzi) juga dalam sebuah hadits yang mengatakan "Obatilah orang yang sakit dengan shadaqah, bentengilah harta kalian dengan zakat, dan tolaklah bencana dengan berdoa." (HR. Baihaqi)
|
|
|
|
|
|
|
|
insya Allah...Selain itu, dikatakan dalam sebuah hadits, "Rasulullah Saw. bersabda : Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api." (HR. At Tirmidzi) juga dalam sebuah hadits yang mengatakan "Obatilah orang yang sakit dengan shadaqah, bentengilah harta kalian dengan zakat, dan tolaklah bencana dengan berdoa." (HR. Baihaqi)
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Syukur kerana ada insan yg sudi berpesan2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|