CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7107|Reply: 11

Cara perempuan meminang lelaki

[Copy link]
Post time 11-2-2014 07:17 PM | Show all posts |Read mode
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdullillah

Sering kita dengar org melayu kita mecemuh dgn kata kata "takkanlah perigi mencari timba"

Bagaimanapun, apa yg dilihat dalam Islam sebenarnya amat berbeza
munkin dengan teknologi yg tak berapa maju pun
dlm bottling proses
memang bekas air/botol/timba...yg bergerak atas conveyor ..utk diisi airnya


So...dengar penjelasan yg cukup baik walaupun ringkas sja berkenaan ini daripa aUstaz Azhar Idrus.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2014 07:31 PM | Show all posts
Uncle bawakan Hadith yg disebut Al fadhil Ustaz Azhar  


Rasulullah bersabda :

“Jika datang kepada kalian (wahai calon mertua) orang yang kalian sukai (ketaatan) agamanya dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan putrimu). Sebab, jika kamu sekalian tidak melakukannya, akan lahir fitnah (bencana) dan akan berkembang kehancuran yang besar di muka bumi”.

Kemudian ada yang bertanya :
“Wahai Rasulullah bagaimana jika orang (pemuda) itu mempunyai (cacat atau kekurangan-kekurangan)?

Maka Rasulullah menjawab (mengulangnya tiga kali) :
“Jika datang pada kalian orang yang bagus agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan putrimu)!

(HR Imam Tirmidzi dan Abu Hatim Al-Mazni)


Daripada Hadith ni, jelas sekali untuk "pihak wanita" meminang pihak lelaki adalah SUNNAH dan disuruh Rasullullah s.a.w.



Tapi...bukanlah pihak perempuan pi hantar tepak sirih pulak.

Maksudnya, katakan seorg gadis A berkenan dgn lelaki B.

Atau ....bapa/saudara (pihak gadis A ) berkenan dgn lelaki B.


Bolehlah ditanyakan si B tu tentang maksud tersebut....munkin kalau gadis A, cubalah mintak tolong saudara lelaki (abang/adik) utk sampaikan hasrat ke lelaki B.

Sekiranya B bersetuju dgn hasrat tersebut, maka peminangan secara rasminya tetaplah daripada pihak silelaki juga...






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2014 07:35 PM | Show all posts
Hadith ni sedikit berbeza, tapi uncle paste juga..


Hadits Tirmidzi 1004

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْحَمِيدِ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ ابْنِ عَجْلَانَ عَنْ ابْنِ وَثِيمَةَ النَّصْرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَطَبَ إِلَيْكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوهُ إِلَّا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيضٌ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي حَاتِمٍ الْمُزَنِيِّ وَعَائِشَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ قَدْ خُولِفَ عَبْدُ الْحَمِيدِ بْنُ سُلَيْمَانَ فِي هَذَا الْحَدِيثِ وَرَوَاهُ اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ ابْنِ عَجْلَانَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرْسَلًا قَالَ أَبُو عِيسَى قَالَ مُحَمَّدٌ وَحَدِيثُ اللَّيْثِ أَشْبَهُ وَلَمْ يَعُدَّ حَدِيثَ عَبْدِ الْحَمِيدِ مَحْفُوظًا


Jika seseorang melamar (anak perempuan & kerabat) kalian, sedangkan kalian ridha agama & akhlaknya (pelamar tersebut), maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan atau kerabat kalian). Jika tidak, niscaya akan terjadi fitnah di muka bumi & kerusakan yg besar. (Abu Isa At Tirmidzi) berkata; Hadits semakna diriwayatkan dari Abu Hatim Al Muzani & Aisyah. Abu Isa berkata; Tentang hadits Abu Hurairah, Abdul Hamid bin Sulaiman menyelisihi hadits ini. Laits bin Sa'ad meriwayatkannya dari Ibnu Ajlan dari Abu Hurairah dari Nabi secara mursal. Abu Isa berkata; Muhammad berkata; 'Hadits Laits lebih kuat & hadits Abdul Hamid bukan hadits yg mahfuzh (terjaga) '.

[HR. Tirmidzi No.1004].



Hadits Tirmidzi 1005

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو السَّوَّاقُ الْبَلْخِيُّ حَدَّثَنَا حَاتِمُ بْنُ إِسْمَعِيلَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُسْلِمِ بْنِ هُرْمُزَ عَنْ مُحَمَّدٍ وَسَعِيدٍ ابْنَيْ عُبَيْدٍ عَنْ أَبِي حَاتِمٍ الْمُزَنِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا جَاءَكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَأَنْكِحُوهُ إِلَّا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنْ كَانَ فِيهِ قَالَ إِذَا جَاءَكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَأَنْكِحُوهُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ وَأَبُو حَاتِمٍ الْمُزَنِيُّ لَهُ صُحْبَةٌ وَلَا نَعْرِفُ لَهُ عَنْ النَّبِيِّ

صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَيْرَ هَذَا الْحَدِيثِ


Jika seseorang datang melamar (anak perempuan & kerabat) kalian, sedang kalian ridha pada agama & akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Jika tak kalian lakukan, niscaya akan terjadi fitnah di muka bumi & kerusakan. Para shahabat bertanya; Meskipun dia tak kaya. Beliau bersabda:
Jika seseorang datang melamar (anak perempuan) kalian, kalian ridha pada agama & akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Beliau mengatakannya tiga kali. Abu Isa berkata; Ini merupakan hadits gharib. Abu Hatim Al Muzani adl seorang sahabat, namun tak kami ketahui dia meriwayatkan hadits dari Nabi selain hadits ini.

[HR. Tirmidzi No.1005].


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2014 07:46 PM | Show all posts
Ini ada suatu kisah dalam lipatan Seerah.....Untuk menjadi contoh..

Dalam kisah ini, Syaidina Umar telah meminang Syaidina Othman utk dikahwinkan dgn putrinya Syadatina Hafsah R.A !


Dan tidaklah mengapa apabila seorang wali menawarkan puteri atau saudara wanitanya kepada orang-orang yang shalih,
sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar Radhiyallahu anhu, ia berkata,

“Bahwasanya tatkala Hafshah binti ‘Umar Radhiyallahu anhuma ditinggal mati oleh suaminya yang bernama Khunais bin Hudzafah as-Sahmi, ia adalah salah seorang Sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang meninggal di Madinah.

‘Umar bin al-Khaththab berkata, ‘Aku mendatangi ‘Utsman bin ‘Affan untuk menawarkan Hafshah, maka ia berkata,

‘Akan aku pertimbangkan dahulu.’

Setelah beberapa hari kemudian ‘Utsman mendatangiku dan berkata,

‘Aku telah memutuskan untuk tidak menikah pada saat sekarang.’

‘Umar berkata, ‘Kemudian aku menemui Abu Bakar ash-Shiddiq dan berkata,

‘Jika engkau mau, aku nikahkan engkau dengan Hafshah binti ‘Umar.’

Akan tetapi Abu Bakar diam dan tidak berkomentar apa pun dan pada saat itu aku merasa lebih kecewa terhadap Abu Bakar daripada kepada ‘Utsman.



Beberapa hari berlalu sampai kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam meminangnya, maka aku nikahkan ia dengan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Kemudian Abu Bakar menemuiku dan berkata,

‘Engkau marah kepadaku tatkala engkau menawarkan Hafshah akan tetapi aku tidak berkomentar apa-apa?’

‘Umar menjawab  ‘Ya’

Abu Bakar berkata, ‘Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang menghalangiku untuk menerima tawaranmu kecuali karena aku tahu bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah menyebutnya (Hafshah). Aku tidak ingin menyebarluaskan rahasia Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, jika beliau meninggalkannya, maka niscaya aku akan menerimanya.’”





Nampaknya kemulian yg lebih tinggi untuk Sy Hafsah ...iaitu utk menjadi Ummul Mukminin...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 08:39 PM | Show all posts
ustaz kazim bilang gini,pihak pompuan guna orang tengah yang memahami dan waras serta kenal laki tu atau lebih tepatnya ketiga2 memang mengenali.gadis sampaikan hasrat nak meminang laki tu ke orang tengah..

orang tengah pura2 bertanya ke laki tentang marka ada ka x lg,xda aku nak rekemen ang p meminang budak nie,promote kaw kaw,tengok samada laki tu setuju atau x,kalo setuju atur pertemuan mak pak depa berdua suruh p kira..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 01:39 AM | Show all posts
Alhamdullillah

Uncle suka nak bawa satu cerita...KISAH BENAR ...sebelum nak masuk tidur ni...


Salah seorang Tabi'in yg terkenal ...Alim & kaya raya...adalah Imam Said Ibn Musayyab Rahimahullah...seorang yg dikurniakan Allah harta yg banyak, Ilmu yang luas dan segala yg baik baik. Namun beliau amat wara' , Zuhud dan bertakwa...
Walau amat kaya, beliau telah memperisterikan Putri kpd Abu Hurairah R.A (Sahabat Rasullulah s.a.w ...antara yg paling miskin...ahli sufah Baginda s.a.w)

Imam Said ibn Musayyab juga sempat berguru dgn Sydina Zaid Bin Tsabit R.A, Ibn Abbas R.A,Ibn Umar R.A ...pernah mendengar Sydina Uthman, Sydina Ali, Shuaib dan ramai lagi Sahabat Rasullullah s.a.w !

Beliau merupakan antara Imam yg sangat terkenal di Masjid Nabawi Madinah dgn halaqah ilmunya yg sangat besar.




Salah seorg anak murid Imam Said Ibn Musayyab adalah Abdullah Ibn Abu Wada'ah....seorang yg baik, sangat mencintaan Ilmu dan sentiasa menghadiri kuliah Imam Said Ibn Musayyab tanpa jemu jemu.Abdullah ini pula sangat miskin.




Pada suatu hari, Imam Said Ibn Musayyab mendapati muridnya Abdullah Ibn Abu Wada'ah tidak hadir kuliahnya.

Imam Ibn Musayyab pun tanya murid2 lain kemana hilang Abdullah....tapi tak ada jawaban....Hinggalah pada waktu solat Subuh esoknya, barulah Abdullah hadir.
Al Imam lalu bertanya kenapa Abdullah tidak hadir, lalu Abdullah pun memberitahu yg Isteri beliau telah telah meninggal dunia, & dia terpaksa tidak hadir atas urusan janazah...Lalu Imam menyatakan kesal kerana tak tahu & tak dapat turut serta.
(yg sebenarnya Abdulah Ibn Abu Wadaah sengaja tak mau bagitau gurunya...takut akan menggangu kulish2 Imam atau menyusahkan Imam yg sudah berusia yg sangat dia cintaai itu)


Tiba tiba, Imam Said bertanya seakan berbisik dgn Abdullah Ibn Wadaah...." Adakah kamu nak cari penganti Isteri mu itu, wahai Abdullah? "


Abdullah Ibn Abu Wadaah, menyedari dirinya yg sangat miskin lalu menjawab..." Semoga Allah sentiasa merahmati Tuan guru....siapalah yg sudi nak kahwinkan anaknya dgn saya Tuan?..Saya ini yatim piautu sejak kecil, fakir...sekarang saya cuma ada 3 dirham"...Abdullah menjawab dengan jujur & menyedari dirinya yg sgt miskin..


Imam Said Ibn Musayyab Rahimahullah lalu jawab..."  Aku nak nikahkah kamu dgn putri aku....adakah kamu sudi terima?"


Terkejut Abdullah!...terdiam


Lalu Imam membaca Hadith spt diatas lalu kata.. “Ya,…kenapa tidak, karena ketika telah datang seseorang yang aku ridha terhadap agamanya dan akhlaknya maka aku akan kawinkan anak perempuanku dengan orang itu, dan engkau termasuk orang yang aku ridha.”



Imam Said ibn Musayyab pun kumpul anak murid dia.....& terus jalankan upaca Akad Nikah Abdullah dgn Putrinya dalam Masjid Nabawi...



Yg Abdullah pulak.....rasa mcm tak percaya...selepas nikah..terus balik rumah.


Lamaaaa duk terfikir macamana pulak tiba tiba dia dapat isteri?..hinggakan nasib tak terlupa yg dia sedang puasa, Magrib dah nak masuk...lalu kelam kabut nak masak serba ringkas utk berbuka...


Tiba tiba...dengar pintu rumah diketuk...Siapa?....tanya Abdullah..

"Said"...

Abdullah langsung tak terfikir itu pak mertua juga gurunya iaitu Imam Said RH...dia sangka Said yg lain....

Lalu bila dia buka pintu...dia terkejut melihat Imam Said RH berada didepan pintu...


Perasaan dia terus down....


Dia terasa munkin Imam terasa kesal & nak batalkan perkahwian...atau munkin anak gadis Imam yg tak sudi mejadi isteri dia...maklumlah, walau anak Ulama besar Madinah, dia juga kaya raya...





p/s : alamak...Uncle ngantuk le......nanti lah sambung cerita...hehe  (nak disambung ke? )










Last edited by burungantu on 12-2-2014 01:41 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2014 05:41 AM | Show all posts
sesungguhnya cinta itu rezeki...mawaddah  dan sakinah...uncle mengingatkan saya pada sijil kursus kahwin yang tertinggal di belakang kereta...hendaknya tidak  hilang....hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 05:44 AM | Show all posts
burungantu posted on 11-2-2014 07:31 PM
Uncle bawakan Hadith yg disebut Al fadhil Ustaz Azhar  

agama dan akhlak ye yang ditekankan...3 kali. makna kata benarlah kata  siapa ya antaranya manifestasi iman adalah akhlak.

nak capai akhlak macam baginda Rasulullah SAW wow memangnya satu impian sungguh sebab wow u know, to err is human.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2014 05:54 AM | Show all posts
perkattan redha itu membawa implikasi makna  yg sangat luas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 12:35 PM | Show all posts
Dewa19XKangen posted on 11-2-2014 08:39 PM
ustaz kazim bilang gini,pihak pompuan guna orang tengah yang memahami dan waras serta kenal laki tu  ...

Thanks Dewa atas tambahan ilmu..


Thanks juga Da @mbhcsf  atas input Ilmu...




Uncle sambung cerita....


Abdullah Bin Abu Wada'ah Rahimahullah ...memang tak menjangka langsung Imam Besar iaitu Imam Said Bin Musayyad RH yg datang mengetuk pintu pondok buruknya.

& terdetik dihatinya....dan dia pasrah sja....kalau Imam ingin membatalkan perkahwinan yg telah berlangsung.

Mana tidaknya...anak Imam Said Bin Musayyab bukanlah calang calang anak gadis!
Selain mempunyai Ilmu yg tinggi sesuai dgn dirinya sebagai anak Imam Besar Madinatu Munawwarah....Anak gadis ini tersangatlah cantik rupawan!

Cucu Sahabt Rasullullah s.a.w yg terkenal iaitu Abu Hurairah R.A ! teramat cantik....hinggakan baru saja dipinah oleh Amirul Mukminin, Khalifah Abdullah Bin Marwan utk anaknya iaitu Putera Mahkota !


Tentang pinangan Khalifah....
Syaikh Sa’id hanya menjawab,“Tolong sampaikan kepada Amirul Mukminin bahwa saya menolak pinangan ini.”

Utusan itu pun berkata, “Apa alasan engkau menolak pinangan Amirul Mukminin?.”

Syaikh Sa’id, “Karena putra mahkota adalah laki-laki yang tidak terpuji perilakunya.”

Kemudian utusan tersebut berkata,
“Apakah engkau menolak kekuasaan, kemegahan, kekayaan, dan harta benda yang melimpah ruah ? Apakah engkau menolak kekuasaan Amirul Mukminin?”

Syaikh Sa’id menjawab, “Apabila harga dunia dengan segala isinya tidaklah lebih dari harga satu sayap nyamuk di sisi Allah, maka sebesar apakah kiranya harga kekuasaan Amirul Mukminin itu?”

Setelah gagal dengan cara lunak, utusan itu akhirnya memakai cara kekerasan, “Saya khawatir, apabila engkau akan merasakan kekerasan hukuman Amirul Mukminin yang tidak terpikul oleh manusia akibat siksaan dan kehinannya.”
Syaikh Sa’id menjawab, “Allah telah berfirman, “Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman….”(QS. Al-Hajj : 38).  




Terkejut melihat Imam Said RH dihadapan pintunya...
Abdullah lalu berkata kpd Imam : " Apa yg menyebabkan Tuan datang ke sini wahai Syekh?" tanya Abdullah dgn nada ragu2....

Kerisauan Abdullah segera hilang, apabila terpandang anak gadis Imam ada dibelakangnya,...lalu Imam Said RH menjawab..

“Sesungguhnya Allah membenci jika salah seorang di antara kita bermalam tanpa memiliki istri. Sehingga, setan tidak mengganggunya wahai Abu Wada‘ah. Inilah aku bawakan istrimu, semoga engkau diberkahi dengannya, dan semoga ia juga mendapatkan barakah denganmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam naungan kebaikkan.”


Sekejap sja, gempar kejiranan Abdullah dgn kejadian tersebut....tambahan Abdullah bukanlah calang calang pemuda ...miskin tetapi berilmu & baik budi...Lalu mereka segera membuat kenduri beramai ramai bagi meraikan perkahwinan Abdulah & Putri Imam Said saat itu juga!



Berbahagilah kedua pengantin ini.....tamat cerita...   





--------






Syaikh Sa’id bin al-Musayyib ditanya tentang alasannya menikahkan putrinya dengan Abdullah, dia menjawab,

“Aku tidak pernah memandang masalah kaya atau miskin dalam menikahkan putriku dengan seseorang, tetapi aku melihat seorang laki-laki yang aku kenal sebagai pahlawan dari para pahlawan kehidupan, yang mempunyai senjata agama dan kemuliaan akhlak. Aku yakin, bahwa ketika aku mengawinkan putriku dengannya, dia akan memahami kemuliaan dirinya dan kemuliaan suaminya. Oleh karena itu, bertemulah dua tabiat yang harmonis, sedangkan kebahagiaan tidak akan timbul dari laki-laki dan wanita apabila tabiat mereka tidak cocok. Saya tahu dan semua orang juga tahu, bahwa tidak ada satu pun di dunia ini yang akan dapat membeli kecocokan atau keharmonisan ini, karena itu merupakan hadiah satu hati kepada hati yang lain, sehingga keduanya saling terbiasa dan saling mencinta.”



Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 04:49 AM | Show all posts
burungantu posted on 12-2-2014 12:35 PM
Thanks Dewa atas tambahan ilmu..

Uncle doakan saya agar Allah redha pada pihan hati saya  sayang padanya dan segala nya ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2014 01:21 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 14-2-2014 04:49 AM
Uncle doakan saya agar Allah redha pada pihan hati saya  sayang padanya dan segala nya ye?




Yaa Allah..semoga Allah REDHO akan pilihan hati mbhcsf dan hati hati kami & Kami juga Redho...
dan perkenankan permohonan kami semua....

spt firman mu...

Yaa ayatuhan nafsul mutmainah
irjii ila robiki
rodiatal mardiyyah



aminnn  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.401021 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list