CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4971|Reply: 9

8 Ungkapan,Jaminan Hubungan Berkekalan

[Copy link]
Post time 7-2-2014 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Tolak tepi tanggapan buang tabiat sebaliknya gunakan lapan ungkapan di bawah untuk ditujukan kepada pasangan sehidup semati  anda dengan harapan dapat mengekalkan hubungan perkahwinan yang dibina.  Sudah bersedia?


1. "I miss you."
Beritahu pasangan anda bahawa anda merindukannya setiap saat dengan menghantar teks ringkas di telefon bimbit. Kemudahan Whatsapp, We Chat, LINE dan banyak lagi pasti lebih menarik kerana anda boleh sertakan sekali 'emoticon' comel dan mencuit hati. Jika anda sedang berehat di rumah bersama anak-anak, hantarkan gambar keluarga dengan pesanan seperti,"Kami tidak sabar menunggu awak balik dari kerja!"

2. "Bagaimana hari anda?"
Sentiasa bertanyakan bagaimana harinya di tempat kerja atau harinya bersama anak-anak. Kerap bertanya akan membuatkan pasangan anda merasa disayangi dan tenang kerana percaya di hati anda cuma anda dirinya dan anak-anak.

3. "Awak masih ingat masa ketika...?"
Mengingatkan pasangan anda tentang kenangan-kenangan menarik ketika bersama boleh membuatkan pasangan anda tersenyum simpul. Mana tidaknya, menceritakan kembali detik bulan madu, percutian kali pertama sebagai suami isteri, pengalaman pertama kali hamil dan sebagainya bisa menghangatkan kembali hubungan yang dibina. Pasti banyak kisah yang boleh dikongsi.

4. "Boleh saya bantu?"
Perasaan panik dan kelam kabut setiap pagi gara-gara terlewat bangun untuk ke pejabat boleh menimbulkan stres apabila anda tidak pandai memainkan peranan. Menyuruh pasangan bertenang dan menghulurkan bantuan boleh membuatkan pasangan kembali tenang apabila anda bersedia membantunya mencari kunci kereta!

5. "Apa pendapat anda?"
Dalam setiap perhubungan tidak sepatutnya ada sikap diktator sebaliknya biarlah bersikap demokrasi. Sentiasa bertanyakan perasaan dan pendapat pasangan meskipun perihal besar atau kecil. Sebagai contoh, jika anda merancang untuk bercuti, minta pendapat pasangan supaya sama-sama akan berpuas hati dengan pilihan lokasi percutian.

6. "Awak sangat cantik / tampan"
Jika anda tidak memuji pasangan anda, bagaimana anda mahu mereka merasa dihargai dan diperlukan? Pujian bukan dari fizikal saja tetapi beri pujian dari segi sikap dan penampilan mereka. Sebagai contoh,"Saya menyayangi sikap awak yang berkeyakinan tinggi," dan "Saya suka lihat awak mengenakan selendang merah."

7. "Maafkan saya. Awak benar."
Setiap hubungan pasti ada pasang surutnya. Membuat kesilapan itu tidak mengapa asalkan anda sentiasa merendah diri untuk mengungkap kata maaf dan bersikap bertanggungjawab. Menolak untuk mengaku kesilapan akan membuatkan persengketaan menjadi panjang dan memberi kesan buruk kepada anak-anak.

8. "I love you."
Tidak kira berapa lama anda kenal pasangan anda, ungkapan tiga perkataan ini tidak pernah hilang dan bosan maksudnya. Sentiasalah ucapkan kata sayang kepada pasangan anda kerana ucapan yang diterima tidak akan pernah basi dan bosan untuk didengar sebaliknya sentiasa rasa terharu dan malu biarpun banyak kali diungkap. Lihat betapa magisnya ungkapan "Aku cinta padamu."

Kami pasti anda mempunyai ungkapan tersendiri atau isyarat tertentu sebagi bukti cinta bersama pasangan. Biarpun 'aneh' bagi orang lain tetapi cukup romantik buat anda. Jangan lupa bagi ciuman setiap pagi kepada 'honey boo boo' anda!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2014 11:38 AM | Show all posts
no.8, selalu praktik kan.... yg lelain tu jarang2, ada yg kadang2....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 02:33 PM | Show all posts
no. 2, no.3 dengan no.8..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 12:03 PM | Show all posts
carly_lah posted on 12-2-2014 11:38 AM
no.8, selalu praktik kan.... yg lelain tu jarang2, ada yg kadang2....

........;-)
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 04:20 PM | Show all posts
1,2 & 8
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 02:41 PM | Show all posts
Macam buat semua je..

No 1&8 rajin buat time nak letak phone, nak akhiri sms wasap semua tu la..

No 2 rajin tanya pasal dah mkn, apa cita kat opis, atau ok ke?

No 3 memang masing2 rajin ingatkan kenangan indah dan lucu..

No 4 bab cari brg memang kena bantu... org laki susah nak jumpa brg yg derang letak merata2

No 5 sebagai isteri memang kena minta pendapatan suami oppss

No 6 puji2 jugak..kritik2 jugak..telus gitu

No 7 tgk pd ego...selalunya suami yg mengalah..baru sy minta maaf...

Nak tambah ungkapan terima kasih pun kena selalu ucap bila pasangan buat sesuatu utk kita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2014 01:03 PM | Show all posts
saya 1, 2 & 8...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 12:29 PM | Show all posts
sume pun tak lokek nak cakap.

4. "Boleh saya bantu?"
ni sebab terpaksa selalunya. die selalu buat2 cemas tak jumpa barang, buat2 confuse, buat2 tak tau nk carik or handle things or busy sangat. aku pun akan cakap takpe nanti aku buat. lama2 aku dah tau dah tu memang taktik die nak suruh aku buat!

5. "Apa pendapat anda?" hal-hal keje selalu tanye die sebab die lagi byk experience. actually banyak hal kat rumah pun tanya die. sebab kat rumah ade PIL. hal2 lain pun tanya jugak. haha. sebab aku diajar utk guna more we than i, bcs thats what he does. so lama2 aku pun terikut. padahal die kan suami, die takyah ikut cakap aku pun, tapi die tanye jugak pendapat aku. macam, 'boleh tak nanti kite beli motor BMW...' ape motor tah die nak. padahal die yg nak main motor, duit die, tp tanya aku jugak. aku sah2 la cakap takleh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 05:35 PM | Show all posts
No. 1 & 8.. everyday.. everytime over the phone.. without miss.. even tgh marah atau merajuk pun.. .. yg lelain tu ada jugak... cuma ayat tu lain sikit.. lebih santai...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2015 07:52 PM | Show all posts
Without any shadow of doubt......tred buang tebiat.........

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.075206 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list