|
Assalam,
Adakah dengan cakap "Bulu (tangan) awak banyak/lebat macam adik perempuan saya" jatuh hukum zihar? Adakah bulu roma termasuk dalam anggota badan yang disabitkan zihar?
Saya ada baca rambut bukan anggota yg sabit zihar. |
|
|
|
|
|
|
|
Inoi jawapan dari program Tanyalah Ustaz.
Jawapan
Berdasarkan huraian dalam penilaian hukum Syarak, terutama Mazhab Syafie, zihar biasanya didefinisikan sebagai membuat perbandingan sama antara mana - mana anggota yang sama bagi mana-mana mahram suami.
Dalam tradisi masyarakat Arab Jahiliah, ia merupakan cara terhormat bagi menceraikan isteri. Ia memberi erti pengharaman apa-apa hubungan suami isteri sama haramnya dengan mahramnya sendiri seperti ibunya. Sebab itulah istilah yang digunakan bagi tindakan tersebut adalah 'belakang' sebagai bandingan. Kes ini berlaku kepada Khaulah binti Sa'labah oleh suaminya Aus bin Samit.
Merujuk kembali kepada tradisi ini, zihar merupakan satu cara menceraikan isteri pada waktu itu. Caranya ialah membuat satu pernyataan bahawa isterinya itu haram baginya samalah seperti haram belakang ibunya. Dalam menafsirkan tentang zihar ini, para ulama' tidak begitu sependapat. Ini kerana Al- Quran dan Sunnah tidak menerangkan secara terperinci apa sebenarnya zihar itu.
Sekiranya perkara ini berlaku maka talak bain kubra akan jatuh atau mesti membayar kirafah (memerdekakan hamba, berpuasa dua bulan berturut-turut, memberi makan enam puluh fakir miskin) sebagai denda terhadap perbuatan tersebut. Sebenarnya zihar dalam konteks masyarakat Malaysia sekarang perlu dihuraikan berasaskan kepada semangat yang terdapat makna zihar itu sendiri pada zaman jahiliah sebagaimana yang terdapat dalam Al- Quran dan Sunnah.
Ringkasnya, kalau setakat membandingkan mulut isteri dengan mulut ibu suami, gigi dan sebahagian anggota bukan atas roh ingin menceraikan maka ianya belum dikatakan sebagai zihar. ( Rujuk: Buku Anda Bertanya Saya Menjawab Tentang Masalah Agama - Prof Dato' Mahmood Zuhdi ms 116).
Alasannya ialah masyarakat melayu tidak tidak pernah menggunakan cara ini untuk bercerai dan pemakaian 'bahasa' itu tidak melambangkan niat@ erti sebenar cuma ianya atas aspek kecantikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Merujuk kepada Fatwa Malaysia:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa- ... -melayu-di-malaysia
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Jamadilawal 1423 bersamaan 30 Julai 2002 telah membincangkan mengenai Hukum Zihar Di Kalangan Umat Islam Melayu Di Malaysia
Alhamdulillah fatwanya:
"Sekiranya suami menyamakan anggota badan isteri dengan mahramnya ( orang yang haram dinikahinya ) tanpa niat zihar dan untuk tujuan bergurau atau penghormatan maka ia tidak jatuh zihar, tetapi jika ada niat zihar, maka jatuhlah hukum zihar. Walaubagaimana pun budaya atau amalan seperti ini hendaklah dijauhi. "
Tapi banyak saya baca yang cakap tetap jatuh zihar walaupun menyamakan anggota badan isteri dengan ibu tanpa niat. Saya confuse sekarang. Mohon pencerahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam 
bulu roma .. rambut itu semua sifat ..
bukan zihar ..
waimma apapun perkara ini tak boleh buat main²
terutama sekali kalam sentiasa nak kena jaga apabila sudah jadi suami ..
wassalam
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|