CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6205|Reply: 24

Cerpen : Cik Kerani Pos ~TAMAT~

[Copy link]
Post time 13-1-2014 07:51 PM | Show all posts |Read mode

Last edited by wipers81 on 18-1-2014 08:44 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2014 07:51 PM | Show all posts

RE: Cik Kerani Pos


Berkelip-kelip mata Nuran Syaziah cuba menahan air matanya dari tumpah. Kelopak matanya terasa pedih. Sekali-sekala dia menggosok hidungnya yang kelihatan merah itu. Sungguh, dia merasa sangat sebak saat itu. Sampai hati lelaki di hadapannya. Tergamak lelaki itu menghancurkan hati dan perasaannya dengan kata-kata yang berbisa. Mengapa sukar dia mahu menerima cinta yang tulus dan murni? Air matanya berjujuran jatuh, tersangatlah sedih. Pantas Nuran Syaziah bangun menuju ke arah lelaki itu lalu memetik butang alat kawalan televisyennya, habis cerita. Kaca televisyen yang sedang memaparkan cerita sedih tentang cinta tiga segi itu pun hilang sekali dengan lelaki itu.

Sudah dua jam dia bermalas-malasan. Selama lima hari dengan hampir lapan jam sehari waktunya diperuntukan di pejabat dan hari itu adalah untuk rumahnya. Kini, dia sedang berbaring di atas katilnya. Jam berbentuk epal yang berwarna hijau muda tergantung elok di dinding biliknya yang bercat biru itu menunjukkan pukul 12.00 tengahari. Sayang rasa hati mahu berpisah dengan katilnya. Mujurlah rumahnya telah siap didobi sejak awal pagi tadi. Semangat rajin telah meresap ke dalam dirinya waktu itu. Nuran Syaziah sedikit tersentak, terasa sesuatu yang berbulu sedang menggesel kakinya.

“Alah kau ni moni, kacaulah. Tak bagi peluang kat aku nak rehat sekejap. Mari sini,” arah Nuran Syaziah kepada kucing peliharaannya itu. Bagai mengerti akan kata-kata tuannya, moni melompat dan kini kucing berbulu gebu yang berwarna oren keemasan itu sudah berada di dalam pelukan Nuran Syaziah. Dia membelai lembut tubuh gempal haiwan itu. Kuyu jadinya mata moni apabila diusap seperti itu oleh tuannya. Terlelap seketika Nuran Syaziah.

Hallo cik. Mahu tanya, saya mahu pos ini barang hari ini. Bila boleh sampai?” tanya seorang lelaki tua berbangsa cina. Dihulurkan satu bungkusan yang dibalut dengan kertas coklat kepada Nuran Syaziah yang bertugas sebagai seorang kerani pos di bahagian kaunter.

“Esok dijamin sampai uncle. Mahu hantar ke mana bungkusan ni, uncle?” soal Nuran Syaziah tanpa melihat kotak bungkusan itu.

“Haiya, dekat itu bungkusan sudah tulis ma. Lagi mau tanya.” Balas lelaki itu selamba. Nuran Syaziah menarik nafas, sabar kata hatinya. Salah dirinya juga yang bertanya tanpa mahu melihat terlebih dahulu. Lain kali, sumpah dia akan melihat bungkusan pelanggan terlebih dahulu sebelum bertanya.

Last edited by wipers81 on 13-1-2014 07:49 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2014 07:52 PM | Show all posts
Jom baca. Yang ini telah selamat dihabiskan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2014 07:53 PM | Show all posts

RE: Cik Kerani Pos


“Maaf uncle. Nah ambil ini borang, uncle kasi tulis alamat dan semua maklumat lepas tu kasi sama saya balik itu borang sama bungkusan, ya.” terang Nuran Syaziah. Lembut sahaja suaranya walaupun hatinya sedikit kepanasan. Pelanggan selalu betul.

Terus sahaja pelanggan itu berlalu ke meja kosong yang disediakan. Setelah hampir beberapa minit lelaki itu menyerahkan bungkusan kepadanya dan berlalu pergi. Tinggallah Nuran Syaziah dan rakan-rakannya yang lain di situ meneruskan kerja-kerja mereka sehinggalah jam di dinding pejabat pos itu menunjukkan pukul 5.00 petang.

Hallo cik.” Macam kenal sahaja Nuran Syaziah dengan suara itu. Dia mendongakkan kepala melihat ke arah lelaki itu.

“Oh uncle. Ya, apa mau?” soal Nuran Syaziah dengan penuh hemah.

“Mahu tanya, itu barang yang pagi tadi saya kasi sudah sampai ka?” tanpa rasa bersalah lelaki itu menanyakan soalan yang jika orang lain pasti sudah dihambur dengan makian. Muka Nuran Syaziah sudah kemerah-merahan menahan geram. Tetap sahaja dia memaniskan muka.

Uncle, itu barang pagi hantar mana boleh sampai ini petang. Kan sudah ada tulis dekat itu borang, ‘dijamin sampai esok’ bukan petang ni, uncle.” Dengan senyuman manis dia menuturkan ayat itu. Hamzah yang berada di sebelahnya hanya menahan diri dari mengahmburkan gelak. Merah muka Hamzah saat itu.

“Itu macam ka. Sorry, saya mahu tanya saja.” Lelaki itu terus melangkah pergi. Hamzah terus sahaja terburai gelaknya. Nuran Syaziah juga sudah tidak dapat menahan dan turut menyertai Hamzah. Macam itu punya orang pun ada ke?

“Miau…” bunyi yang terhasil dari moni. Kucing itu menggigit manja kaki tuannya yang sedang lena diulit mimpi itu. Hilang dengan sekelip mata mimpi Nuran Syaziah. Nampaknya kejadian semalam telah berjaya menembus ke dalam mimpinya.

“Ish, kacaulah kau ni moni. Kenapa?” Nuran Syaziah terus sahaja bangun dan kini duduk bersila di atas katilnya. Dia merenung kucing kesayangannya. Nasib baik kucing kesayangan, kalau tidak sudah lama kucing itu tinggal di pasar.

“Miau,” kata moni lagi. Kalaulah kucing itu bercakap pastinya tidak cukup tanah tuannya lari nanti. Moni menuju ke pintu bilik. Mata Nuran Syaziah juga terarah ke sana. Patutlah, pintu biliknya tertutup. Pasti moni mahu ke tandas. Bergegas Nuran Syaziah bangun dari katilnya menuju ke pintu.

Last edited by wipers81 on 13-1-2014 07:56 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2014 07:57 PM | Show all posts
“Maaflah moni. Ingatkan kau nak apa tadi. Nasib baik kau tak melepas dalam bilik aku ni.” kata Nuran Syaziah dan dengan pantas dia membuka pintu biliknya dan sebaik terkuaknya daun pintu itu terus sahaja moni meluru keluar.

Nuran Syaziah hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Dia mengerling jam di dinding, sudah pukul 1.45 petang. Dia menghayun langkah menuju ke bilik air. Membersihkan diri dan kemudian dia mahu mendirikan solat Zohor. Ada tugas yang menantinya sebentar lagi. Setelah selesai segala urusan ibadahnya, Nuran Syaziah bersiap. Ringkas sahaja penampilannya hari itu. Dia perlu keluar sebentar, menguruskan hal perbelanjaan rumah yang masih belum dibuat.

Kini, Nuran Syaziah sedang beratur di mesin ATM. Dia mahu membuat sedikit transaksi di mesin itu. Baru dia teringat, sewa rumahnya masih belum berbayar. Mujurlah tidak ramai yang menunggu giiliran di situ. Apabila tiba gilirannya dengan cermat dia memasukkan kad ATMnya ke dalam mesin itu. Pantas jarinya menekan butang-butang yang ada di situ mengikut arahan.

Urusan anda dibatalkan. Terpapar ayat itu di skrin. Dia tidak mengalah. Sekali lagi memasukkan kad ATM ke dalam mesin tunai itu.

Urusan anda dibatalkan. Sekali lagi? Hatinya sudah kepanasan. Nasib baik ada orang di belakangnya. Kalau tidak, macam-macam sumpah seranah mesin itu akan dapat. Benar-benar menguji kesabarannya. Melampau betul gurauan mesin itu hari ini. Sudah berpeluh-peluh dia ketika itu. Sudahlah dalam dompetnya hanya tinggal lima puluh ringgit sahaja. Kali ketiga dia mahu mencuba.

“Maaf saudari.” tegur lelaki itu. Nuran Syaziah menoleh apabila ada seseorang berdiri di tepinya.

“Kau nak apa?” sedikit kasar nada suaranya.

Dia memandang lelaki itu dari atas ke bawah dengan pandangan yang begitu sarat dengan sinis. Bukan boleh percaya sangat dengan orang yang tidak dikenali. Sedang dalam hatinya sudah bertandang rasa gentar terhadap pemuda itu. Mulalah fikirannya mahu menyimpang, memikirkan yang bukan-bukan.

Last edited by wipers81 on 14-1-2014 12:10 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2014 08:00 PM | Show all posts

RE: Cik Kerani Pos


“Maaf, saya tak ada niat nak apa-apakan saudari. Rasanya, lebih baik saudari tengok dulu kad yang saudari pegang tu. Kali ketiga, takut kad saudari tu kena telan pula dengan mesin ni.” pinta lelaki itu. Dari tadi dia melihat gelagat gadis itu dan kalau dia tidak menegurnya, pasti masalah lain yang timbul pula.

“Terima kasihlah. Saya tahu apa saya buat, tak payah nak sibuk-sibuk. Tunggu jelah giliran awak.” Dengan nada sombong Nuran Syaziah menuturkannya. Sedikit pun tidak mahu membuat apa yang pemuda itu arahkan.

Dia memalingkan wajah namun sempat memberikan jelingan maut kepada lelaki itu. Nuran Syaziah melihat ke arah kad ATM di tangannya. Matanya terbeliak, dia menggigit bibir. Betapa malunya dia kerana kad yang dimasukkan ke dalam mesin itu adalah kad ASTRO. Mukanya terasa panas, panas sangat dan rona-rona kemerahan mula kelihatan kerana menahan malu. Perlahan-lahan dia berundur sedikit dan terus sahaja meninggalkan tempat itu. Langsung tidak memandang ke arah pemuda yang sebenarnya berniat budiman mahu menolongnya tetapi sikap salah sangkanya menguasai diri. Nuran Syaziah mahu gelak tetapi dia tidak dapat lakukannya.

Peristiwa itu benar-benar memberi pengajaran hebat buat dirinya. Jangan sesekali meyalah sangka teguran seseorang walaupun kita tidak mengenalinya.Terus sahaja Nuran Syaziah melakukan transaksi di bank yang lain. Dia benar-benar malu dengan  apa yang diciptanya sendiri. Dia berjalan, berjalan dan terus berjalan. Peristiwa tadi berterusan menyesak kepalanya.

“Saudari,” suara itu memanggilnya ke? Nuran Syaziah berpaling dan kali ini matanya kembali membulat. Ingin sahaja dia lari tetapi langkahnya seperti dipasung, seinci pun tidak mampu bergerak.

“Saya minta maaf atas kekasaran saya tadi.” Itulah yang akan dilakukan apabila dia bertemu kembali dengan pemuda itu. Kata-kata yang keluar setelah beberapa minit keadaan sepi.

“Saya Azril. Awak?” dia menyoal gadis itu.

“Nuran Syaziah.” Jawabnya pula.

“Selamat berkenalan, Nuran Syaziah.” Ucap lelaki itu. Leka memandang wajah gadis yang telah berjaya mencuri perhatiannya hari ini. Masing-masing menyimpul senyum yang seakan susah untuk dileraikan.


~TAMAT~

Last edited by wipers81 on 13-1-2014 08:02 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-1-2014 08:32 PM | Show all posts
Macam mana pendapat para pembaca dengan karya saya yang ini. Sedikit kontang idea nak buat cerita cinta. Baru siap petang tadi. Saya nantikan komen dari kalian.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 11:21 AM | Show all posts
wipers81 posted on 13-1-2014 08:32 PM
Macam mana pendapat para pembaca dengan karya saya yang ini. Sedikit kontang idea nak buat cerita ci ...

cerita dari you tak pernah menghampakan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2014 12:04 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 14-1-2014 11:21 AM
cerita dari you tak pernah menghampakan

Terima kasih NaylaArisha
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 07:01 PM | Show all posts
Muqaddimah ok

Tp kalu cerpen Sronok d bc jika d tepek skligus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2014 07:08 PM | Show all posts
sarizu posted on 14-1-2014 07:01 PM
Muqaddimah ok

Tp kalu cerpen Sronok d bc jika d tepek skligus

Terima kasih Sarizu atas pendapat. Saya memang nak tepek sekaligus sebab cerpen ni hanya dalam 1300 patah perkataan je. Takut ada yang kata fuyoo.. banyaknya. Sebab itu saya letak satu muka surat dan satu muka surat hingga habis empat muka surat. Cerpen ni memang ringkas saja. Idea tengah kering sekejap nak habiskan cerpen cintan cintun saya yang lain tu. Nantikan kemunculan

Aku bukanlah untukmu...


sikit saja lagi nak diselesaikan, dan saya akan sambung letak kat thread saya yang itu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 05:06 PM | Show all posts
menarik...tapi cam tak puas plak baca..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2014 09:16 PM | Show all posts
tiputipujah posted on 21-1-2014 05:06 PM
menarik...tapi cam tak puas plak baca..hehe

Tak puas ke? Itulah, kalau saya panjangkan lagi tak tahu apa yang nak saya repekkan. Itu pun saya ceduk pengalaman sepupu saya yang memang itu nama dia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 08:56 AM | Show all posts
Ibarat naik kereta pergi kedai kat hujung simpang...

Enjin tak panas lagi, dah sampai kedai....tak sempat tengok pemandangan kiri-kanan.

Ecewah....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 09:57 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 22-1-2014 08:56 AM
Ibarat naik kereta pergi kedai kat hujung simpang...

Enjin tak panas lagi, dah sampai kedai....ta ...

Ewah Nicki_Meow. Itulah yang sempat saya nukilkan setelah agak lama menyepikan diri. Insya Allah, nanti saya akan cari bahan baru. Sengaja ending dia biar macam tu, nak minta para pembaca fikir sendiri dengan imiginasi masing-masing akan keadaan mereka selepas itu.

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 10:25 AM | Show all posts
best citer ni...kalau kembangkan kisah Azril n Nuran mesti lagi syok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2014 12:25 PM | Show all posts
wipers81 posted on 22-1-2014 09:57 AM
Ewah Nicki_Meow. Itulah yang sempat saya nukilkan setelah agak lama menyepikan diri. Insya Allah,  ...

Kalau ikut imaginasi ai....

Endingnya Nuran kawen dengan Azril bertemakan Pejabat Pos. Nuran pakai baju uniform akak kaunter pos, Azril pakai baju posmen....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 12:33 PM | Show all posts
Berat nanang imaginasi nicki

Tp berat lg ending cte ni...Huhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 01:09 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 22-1-2014 12:25 PM
Kalau ikut imaginasi ai....

Endingnya Nuran kawen dengan Azril bertemakan Pejabat Pos. Nuran pa ...

Amboi imiginasi kamu Nicki_Meow. Tapi menarik juga ya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 02:33 PM | Show all posts
sarizu posted on 22-1-2014 12:33 PM
Berat nanang imaginasi nicki

Tp berat lg ending cte ni...Huhu...

Berat manalah agaknya ending cerita saya tu.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.435651 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list