Sebuah rumah banglo lama yang dikatakan dibina pada 1916 yang menjadi rumah kepada seorang ahli perniagaan British di Seberang Perai. Rumah ini kemudian yang ditukarkan menjadi pusat pentadbiran tentera Jepun bagi kawasan tersebut. Rumah yang terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit ini dikatakan menyimpan pelbagai kisah-kisah misteri dan menyeramkan. Tambahan pula rumah ini dikaitkan dengan tentera Jepun yang seringkali dikatakan menyiksa penduduk yang tidak memberikan kerjasama kepada tentera Jepun. Rumah dua tingkat yang mempunyai 10 bilik ini dikatakan mempunyai 99 pintu. Mempunyai ciri-ciri senibina Inggeris. Rumah ini terletak di Ladang Bryam yang pernah dimilik oleh syarikat Penang Estate. Salah seorang anak pemilik syarikat Penang Estate ini pernah tinggal di banglo ini selepas Perang Dunia Ke II. Beliau ditemui mati di dalam rumah ini selepas diserang oleh pengganas komunis. Jika anda seorang yang berminat dengan aktiviti yang mencabar dan menyeramkan, maka rumah ini semestinya berada di dalam “senarai wajib’ anda.
http://www.youtube.com/watch?v=39YR4iHsyQs - seekers buat kajiann kt banglo niee ! . . . Last edited by lokmanwawa on 7-1-2014 04:16 PM
|