CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15304|Reply: 77

Cerpen: Pertemuan Seindah Mimpi...

[Copy link]
Post time 24-12-2013 08:48 AM | Show all posts |Read mode
My third attempt...idea datang di kala hujan turun...jiwang la plak! Last edited by Lynn9 on 24-12-2013 10:17 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2013 08:49 AM | Show all posts
Petang itu aku ke McDonalds dengan Soraya.  Sudah lama rasanya kami tidak pekena Fillet O’ Fish.  Seperti biasa aku cop tempat manakala Soraya akan beratur untuk order makanan.  Sementara menunggu aku menguis beg mencari diari.  Malam tadi tak sempat nak tulis diari sebab aku keletihan.  Elok sahaja badan aku rebahkan ke katil terus hanyut dibuai mimpi.  Mimpi yang indah.  Aku tersenyum sendiri.

Tiba-tiba mata mengarah ke satu sudut.  Terleka seketika aku memandang tiga orang pemuda yang mungkin sebaya aku sedang rancak berbual menggunakan bahasa isyarat.  Terbit rasa simpati di hati.  Pandangan aku putus apabila salah seorang daripada mereka memandang tepat ke muka aku.  Segera aku mengalih pandang.  Pura-pura membelek diari.  Sesekali mata aku mengerling ke arah mereka.  Terutama yang duduk bertentangan dengan aku.  Hati aku berdetik.  Boleh tahan juga.  Hehehehe.

Punggung aku mula kepanasan, Soraya masih tak sampai-sampai lagi.  Ramai betul orang beratur.  Aku melepas keluh.  Lagipun aku sudah tidak betah duduk seorang diri di situ.  Pemuda bisu tadi asyik pandang-pandang ke arah aku.  Aku jadi serba tak kena.  Itulah siapa suruh gatal-gatal tengok orang tadi. Tiba-tiba mata kami bertemu.  Dia melempar senyum.  Terkulat-kulat aku mengulum senyum sumbing.  Kalau tak balas senyuman nanti kecil pula hati dia.  Orang lain upaya ini mungkin sedikit sensitif.  

Lebih kurang 10 minit lepas itu barulah Soraya sampai.  Dia meletakkan tray yang sarat dengan makanan di meja.  Muka sedikit mencuka.  Mungkin kerana lama beratur menunggu giliran.  

“Lembab betul la service kat sini…” gerutu Soraya.

“Tulah..lama tu kebas bontot aku tunggu” ujar aku.
  
“Ala kau duduk…aku ni berdiri lama tau…”

“Alololo…ciannya…mesti burger hari ini sedap daripada biasa…” aku cuba menceriakan hati sahabat aku itu. Barulah dia mengukir senyum.

“Beb…kau tengok mamat hujung sana tu..your 9 O’clock…handsome tak? Tapi kau jangan tengok sekarang…tunggu 20 seconds baru toleh tau..”

Soraya mengangguk-angguk kepala macam ayam patuk padi.  Lepas 20 saat berlalu dia melempar pandang ke arah pemuda yang aku maksudkan.  Soraya menguntum senyum.

“Gedik hang ni…” ujarnya sambil ketawa kecil.  Aku tersengih sumbing.
  
“Bisu ke wey?” tanya Soraya lagi.

“Ishh! Slowlah sikit cakap…kau ingat dia orang tak dengar ke?”

“Oh..ye ke? Bukan bisu selalunya pekak ke?”

“Tak baik tau…kau ni…”

Tanpa sedar rupanya gelagat kami diperhatikan.  Tiba-tiba pemuda bisu itu bangun dari tempat duduknya dan mengarah ke meja kami.  Mulalah aku naik gelabah.  Soraya sudah mula menendang-nendang kaki aku dari bawah meja.  Pemuda bisu itu telah berdiri di hadapan kami sambil tersenyum.  Dia menghulurkan sekeping nota kepada aku. Last edited by Lynn9 on 24-12-2013 08:55 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 08:54 AM | Show all posts
Boleh berkenalan?

Alamak.  Aku main-main je.  Saja tengok-tengok tak sangka dia serius.  Takkanlah aku nak tolak salam perkenalan dia macam itu saja.  Takut-takut nanti dia berkecil hati pula.  Wahai pemuda bisu yang handsome!

Tanpa dijemput dia menarik kerusi di hadapan kami.  Untuk minit-minit yang pertama aku dan Soraya terkial-kial cuba memahami bahasa isyarat.  Jenuhlah kami suruh dia tulis di kertas.  Dia memberitahu kami bahawa dia bisu sejak lahir.  Hati aku simpati pada dia.  Lagi berat untuk aku menolak salam perkenalan si pemuda bisu.

Tiba-tiba suasana jadi hingar bila ada sekumpulan lelaki masuk.  Sepantas kilat pemuda bisu di hadapan aku menutup muka dengan kertas di tangan.  Salah seorang daripada kumpulan lelaki tadi terus menuju ke meja kami.  Dia menepuk-nepuk belakang bahu si pemuda bisu tadi.

“Dahlah…tak yah nak jual minyak sangat kat sini…”

Si pemuda bisu bingkas bangun sambil tersengih-sengih.  Aku dan Soraya berpandangan.  Cuba mentafsir apa yang sedang berlaku sebenarnya.

“Kacau daunlah korang ni…sorry…abang pergi dulu eh…”

Aku meneguk liur.  Aku kira muka aku sudah merah padam saat itu.  Kurang ajar!! Dia kenakan aku rupanya.  Dia berlalu sambil mengenyit mata.  Tersengih-sengih macam kerang busuk.  Benci!!

Aku menarik tangan Soraya mahu meninggalkan tempat itu dengan segera.  Tak sanggup rasanya nak memandang sekeliling.  Lebih-lebih lagi muka si penipu itu.  Mungkin satu McDonalds tu gelakkan kami.  Dia cuba mengejar dari belakang.

“Sis..tunggu!”

Aku mempercepatkan langkah.  Sakit betul hati aku dipermain-mainkan begitu.  Yang aku ni punyalah simpati dekat dia.  Ingat kan bisu betul-betul.  Rupanya, hidup-hidup dia mengenakan aku.  Termengah-mengah Soraya mengejar aku dari belakang.
  
“Oi…tunggulah…cepatnya kau jalan…” jerit Soraya dari belakang.  Sambil membetulkan penutup minuman ringan yang hampir terbuka. Aku menghentikan langkah menoleh ke arah Soraya.  Yang terkocoh-kocoh mengejar langkah aku.
  
“Aku tak habis makan lagilah Ad…kau ni…” gerutu Soraya.  

Dada aku berombak.  Mata mula berkaca.  Terkedu Soraya melihat aku.  

“Benci tau! Tak pasal-pasal aku malu…” aku bukannya menangis sebab sedih.  Tapi sebab marah.  Geram bercampur malu.

Sorry beb kenapa kau nangis…” ujar Soraya.

“Nangislah…malu campur geram kuasa dua!” Last edited by Lynn9 on 24-12-2013 09:00 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 09:03 AM | Show all posts
Lima minit jugalah Soraya terpaksa menunggu aku mententeramkan hati yang sakit.  Tiba-tiba aku tergelak besar.  Membuatkan Soraya kaget.  Gila ke? Sebenarnya gelihati pula aku bila kenang-kenangkan peristiwa tadi.  Bodoh! Akhirnya Soraya pun tergelak sama.  Itulah gatal-gatal tengok orang siapa suruh! Lain kali tak payah nak simpati sangatlah!

Sesampai di rumah hari sudah merembang.  Bising pula papa nanti.  Aku membuka pintu perlahan-lahan takut papa perasan pula nanti.  Nasib aku baik kali ini papa ada di atas.  Mungkin tengah mandi.  Bergegas aku berlari ke bilik.  Selamat.

Aku bernyanyi kecil sambil mencapai tuala.  Hendak berendam lama-lama.  Aku ini memang kuat berangan.  Konon-kononnya diri seorang puteri raja.  Kalau ada sesiapa yang terbaca diari aku mesti terlopong mulut mereka.  Ternganga.  Mimpi-mimpi aku semua indah-indah belaka.  Semuanya angan-angan aku!

“Baiklah…beta nak bersiram sekarang…” aku bercakap sendiri.

Kekadang mama dan papa berpandangan.  Mana tidaknya sedang menyuap nasi tiba-tiba aku termenung.  Berangan sebenarnya.  Konon-konon aku sedang bersantap di dalam istana yang penuh dengan dayang-dayang yang melayan aku.  Tiga kali jugalah papa terpaksa sebut nama aku untuk mengejutkan aku dari dunia mimpi.  

Pernah juga mama bertanyakan hal ini pada aku.  Katanya papa risau tengok aku selalu termenung dan tersenyum sendiri.  Gila ke?  Apalagi aku menarik muka masamlah.  Sampai hati papa beranggapan begitu.  Sampaikan nak bawa aku jumpa Psychiatrist.  Ada ke patut?

“Ada imaginary friend ke?” tanya mama.  Lagi mengarut.  Tak tahu agaknya yang anak gadis mereka ini kuat berangan.  Aku tergelak kecil.

Sejak itu segala angan-angan aku luahkan di dalam diari.  Ye lah daripada aku tersenyum sorang-sorang lebih baik aku berkongsi cerita dengan diari.  Soraya memang dah masak dengan perihal ini.  Memang dia bantai gelakkan aku.  Katanya esok aku jadi macam Mat Jenin, mati jatuh dari atas pokok kelapa sebab berangan.  Apalah punya sahabat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 09:38 AM | Show all posts
Pagi itu seperti biasa papa menghantar aku ke kelas.  Aku terus ke library untuk mengambil buku yang seberat directory yang aku tinggalkan di locker.  Mahu patah bahu aku kalau tiap-tiap hari kena bawa buku-buku tebal macam ini.  Mungkin kerana aku sudah terlewat, aku membuka pintu locker agak kasar.  Pintu locker itu terkena muka orang yang berdiri di locker sebelah.  

Aduh! Dia terduduk sambil menutup muka dengan tangan.  Mulalah aku panic.  Terus menerpa ke arah pemuda itu.  

“Err…awak ok ke ni? Alamak…saya tak sengaja lah…”

“Saya rasa pening…berpinar…dah nampak bintanglah…”

Aku meneguk liur.  Bertambah paniklah aku.  Aduh, just not my day today!Accidentlah pulak.

“Jom gi klinik…” ujar aku takut biul pulak nanti mamat itu.

Dia mengangkat muka memandang aku sambil tersengih sumbing.  

“Awak lagi??”

Ish! Buang karen aku je.  Pemuda tadi segera membontoti aku dari belakang.  

“Amboi..awak dah hantuk kepala saya dengan pintu locker tak minta maaf pun eh?”

Aku menjeling.  Sambil menggeleng kepala.

“Kalau ikutkan hati, saya hentak bagi pecah kepala orang penipu macam awak ni!”

Dia tersengih-sengih.  Menambahkan panas hati aku.  Pagi-pagi lagi view dah tak menarik.  Banyak-banyak orang dalam kampus ini, mamat poyo ini juga yang nak accident dengan aku.

“Pasal hari tu…sorry…saya tahu saya salah..”

Aku mempercepatkan langkah.  Tak ada masa aku nak jejak kasih dengan dia.  Aku dah lambat.  Tapi dia masih membototi aku.

“Saya Jimmy…” dia menghulur tangan.  

Tak ingin aku nak sambut salam dia.  Manusia penipu macam itu.  Kerana kaulah aku tak habis makan burger hari tu walaupun dah lama aku mengidam Fillet O’ Fish dan hari ini aku lambat masuk kelas.  Sesampai di pintu dewan kuliah aku segera masuk.  Dia melambai-lambai tangan ke arah aku sambil beredar pergi.  Mental! Dahlah nama Jimmy.  Jimi Asmara?  Kalau Jimmy Shanley gagah juga aku nak melayan.  Choi! Last edited by Lynn9 on 24-12-2013 09:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 09:44 AM | Show all posts
Cerpen ke E-Novel ni?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2013 09:58 AM | Show all posts
Peristiwa pagi tadi aku ceritakan pada Soraya.  Lain yang aku cakap lain pula yang dia fikirkan.  Dia mulalah merepek cakap pasal coincidentlah, pasal destinylah..menambahkan panas hati aku.  Ini bukan coincidentlah tapi accident!

Tengahari itu kami ke kafe Menara untuk makan tengahari.  Selalunya aku dan Soraya hanya lunch di kafe di Business School sahaja, tapi sebab kami nak ke pusat bahasa lepas lunch nanti terpaksalah aku menurut kehendak Soraya.  Aku sememangnya tidak berapa gemar makan di situ sebab ramai sangat budak-budak Engineering.  Ada segelintirnya yang lagak macam setan.  Tak bertamaddun.  Pernah sekali itu dia orang masukkan pinggan kotor dalam beg aku gara-gara aku tidak menyambut salam perkenalan.  Bukan hell’s engine tapi Hell & Jin! Bangga sangatlah.

Ketika menuruni tangga untuk ke kafe aku terpandang muka Jimmy.  Nak patah balik takut dia kata aku perasan yang dia syok dekat aku.  Terpaksalah aku lalu juga depan dia dan kawan-kawannya.  Budak Engineering rupanya.  Patutlah perangai macam jin!

Hi…pergi makan?”

Aku buat tak layan.  Soraya sudah mula senyum-senyum kambing dengan aku.  Destiny…destiny…tak habis-habis perkataan itu keluar dari mulutnya.  Jimmy mula mengekori dari belakang.  Dia ingat ini zaman Ali Setan gamaknya.  Membuatkan aku kurang selesa dan patah selera.  Tiba-tiba dia melutut di hadapan aku.

“Maafkan saya wahai tuan puteri..” sambil mendepakan kedua-dua belah tangan.  Macam dalam cerita kartun classic Cinderella.  Semua mata mengarah ke kami.  Ada yang bersiul nakal dan bersorak.  Riuh.  Muka aku sudah merah padam malu bercampur geram.

“Apa awak buat ni?”

“Selagi tuan puteri tak maafkan patik…selagi itu patik tak akan bangun..”

Tak pasal-pasal aku glamour hari tu.  Glamour murah pulak tu.  Lepas ini taubat aku tak makan kat kafe ini lagi.

“Ok..oklah saya maafkan awak! Ishh! Mental!”

Jimmy bingkas bangun sambil mempersilakan aku berlalu.  Lagak gentleman konon.  Benci betul aku.  Tak habis-habis nak mengacau hidup aku hari ini.  Seluruh masyarakat di kafe mula senyum-senyum kambing dengan aku.  Ada yang pandang-pandang, jeling-jeling.  Membuatkan aku lemas.  Nasi yang aku suap serasa tersekat di kerongkong.  Semuanya kerana dia.  Mental!!

Muka aku serasa tebal seinci.  Semua orang yang berselisih aku kira semua menyaksikan peristiwa bodoh tadi.  Janganlah ada spesis-spesis budak Law kat sini.  Mana aku nak taruk muka aku ini.  Dengan Soraya tak payah nak bawa berbincang hendak saja aku bawa bertendang dengan dia tu.  Tak habis-habis dengan teori destiny dia membuatkan aku hangin satu badan. Last edited by Lynn9 on 24-12-2013 01:36 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 09:59 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 24-12-2013 09:44 AM
Cerpen ke E-Novel ni?

kategori cerpen la niatnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 01:52 PM | Show all posts
Lynn9 posted on 24-12-2013 09:59 AM
kategori cerpen la niatnya...

Jangan jadi macam ai. Niat cerPEN dah jadi cerPAN.

Err...next... Hehehe...



Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 02:03 PM | Show all posts
Lynn9 posted on 24-12-2013 09:59 AM
kategori cerpen la niatnya...

saya highlight under cerpen ok

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 02:33 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 24-12-2013 01:52 PM
Jangan jadi macam ai. Niat cerPEN dah jadi cerPAN.  

Err...next... Hehehe...

@Nicki_Meow ~ camtu la gamaknye...niat lain...jadi lain huhuhu....

@NaylaArisha  ~ thank you
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 02:36 PM | Show all posts
Usai kelas hari itu aku segera pulang ke rumah.  Cukuplah satu hari yang menyeksakan hidup aku.  Tak pasal-pasal hidup aku jadi kucar-kacir hari ini.

“Eh! Tuan Puteri dah balik?” sapa mama sebaik aku melangkah masuk.  

Hati aku berdetik.  Tuan Puteri?  Aku melempar senyum tawar.  Papa pun sudah mula senyum-senyum kambing dengan aku.  Apa ni?  Bala apa lagi yang nak menimpa aku hari ini.  Suasana di rumah petang itu juga agak berlainan.  Aku ke depur menjenguk periuk.  Special masakan mama malam ni.  

Oh ye! Kereta siapa kat laman tadi?  Papa tukar kereta baru agaknya.  Naik pangkat.  Bolehlah aku minta dia tambah elaun aku bulan ini.  

“Pa…papa naik pangkat ke? Naik gaji?” papa memandang muka aku kehairanan.  

“Kereta baru papa ke kat luar tu?” ujar aku sambil menghenyak punggung di sebelah papa.  Saja nak bermanja.  Memasang strategi.  

“Assalamualaikum? Tuan Puteri apa khabar?”

Aku menoleh.  Abang Long tersenyum lebar sambil menuruni anak tangga.  Aku menjerit kegembiraan terus merangkul tubuh Abang Long.  Mama dan papa tersenyum bahagia.   Tapi yang aku pelik kenapa semua orang panggil aku Tuan Puteri? Oh tidak! Aku bergegas ke bilik mencari diari kesayangan aku.  Habis aku selongkar laci tapi tak jumpa juga.
  
“Cari yang ini ke?” ujar Abang Long.

Kenapa baca diari adik!!! Pendek kata malam itu aku menarik muka masam.  Kata Abang Long dia bukan sengaja nak baca diari aku.  Bila mama dan papa cerita perihal aku kebelakangan ini, dia pun jadi risau.  Takut-takut aku ambil benda-benda yang tidak sihat.  Ada ke patut.  Aku ni masih waras dan berakallah.

“Lagi pun..diari tu terbuka waktu tu..” Abang Long kata dia terpandang lantas terbaca.

“Terbaca sikit ke, terbaca semua?”

Puaslah juga mereka memujuk aku malam itu.  Akhirnya aku beralah.  Nasib baik Abang Long ada malam tu.  

Malam itu kami makan malam bersama.  Setelah lama tak menikmati makan malam bersama Abang Long.  Semenjak Abang Long ditukarkan ke Norway.  Aku bertambah happy bila mama beritahu yang Abang Long akan berkahwin tak lama lagi.  Yahoo! Seronoklah aku dapat kakak ipar.  Kami hanya dua beradik.  Akrab. Walaupun berlainan ibu.  Papa berkahwin dengan mama selepas lima tahun ibu kandung Abang Long meninggal dunia akibat penyakit SLE.  Walaupun hanya anak tiri, namun kasih mama tidak pernah berbelah bagi.
  
Kegembiraan malam itu melenyapkan peristiwa siang tadi dari kotak fikir.  Selesai makan malam kami berborak panjang malam itu.  Tapi mata aku sudah tidak mampu bertahan lagi.

“Oklah ye…Tuan Puteri nak pergi beradu dulu” ujar aku sambil berlalu.  Mereka semua ketawa besar.  Mungkin pelik dengan angan-angan aku.  Nak jadi Tuan Puteri konon! Last edited by Lynn9 on 22-1-2014 11:09 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 02:37 PM | Show all posts
Tamat kelas Jurisprudence petang itu Soraya mengajak aku ke ATM.  Nak jolok duit katanya.  Aku akur.  Walaupun hati rasa tak sedap.  Bukannya apa, takut-takut terserempak dengan mamat mental itu lagi.  Tolonglah.  Dan di saat itu jugalah mata aku terpandang muka Jimmy yang duduk bersebelahan tembok berhampiran mesin ATM.  Psycho ke mamat ni.  Kat mana aku ada kat situlah dia muncul.  Aku menggaru kepala yang tidak gatal.  Kalau ikutkan hati nak saja buat U turn tapi memandangkan langkah kami dah semakin hampir dan dia pun dah nampak muka aku terpaksalah aku meneruskan langkah.  Berlagak biasa.  Dia melempar senyum ke arah aku.  Aku mengalih pandangan.  

Tiba-tiba kaki aku tersadung sesuatu.  Apa lagi.  Tersungkurlah aku jatuh.  Terdengar deraian ketawa.  Aku rasa dia sengaja menjulur kaki sewaktu aku melintas di hadapannya tadi.  Berdebuk aku jatuh.  Soraya terkejut.  Seorang pemuda menghulur tangan kepada aku.  

“Are you ok?”

Jimmy yang sedang ketawa besar dengan kawan-kawannya terus terdiam.  Aku menyambut tangan pemuda itu dengan mata berkaca.  Habis siku aku berdarah.  Pemuda itu mengeluarkan sapu tangan di kocek dan menghulurkan kepada aku.

Sempat juga aku melempar pandang ke arah Jimmy.  Air mukanya sedikit keruh.  Aku tak tahu samada dia atau salah seorang kawan dia yang membentes kaki aku.  Nasib baik aku pakai seluar hari ini.  Kalau aku pakai baju kurung dah tentu pandangan yang tidak mahu dilihat terjadi tadi.  Aku menjeling marah.  Biar dia tahu aku benci dengan dia.  Kalau diikutkan hati aku mahu sahaja aku menghadiahkan sebiji pelempang ke muka dia tapi masih lagi ada sisa-sisa kesabaran di hati.  Aku menoleh semula ke arah pemuda yang sudi menghulur tangan di saat aku jatuh berdebuk tadi.  

“Thanks…” itu sajalah ayat yang mampu keluar dari bibir.

“No problem…next time be careful ok? Mind your step…” ujarnya sambil berlalu pergi.

Aku masih memandang ke arah pemuda tadi dan mengekori langkah dia dengan anak mata.  Entah kenapa hati aku berdetik.  Putera impian aku.  Yang aku impikan dalam mimpi-mimpi indah aku.  Itulah My Prince Charming! Sempat juga aku berangan walaupun dalam kesakitan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 02:38 PM | Show all posts
“Adoi!” suraya mencubit aku.  Mematikan angan.

“Ee..sempat juga kau nak berangan time-time sakit macam ni?” gerutu Soraya.  Aku masih menekap siku dengan sapu tangan pemberian My Prince Charming.  Bila aku menoleh kepala, Jimmy sudah berdiri di hadapan aku.  Aku menjeling tajam kepadanya seraya berlalu pergi.  Dia mengekori langkah aku.  

“Sorry…saya tak sengaja..”

Aku tak sudi nak tengok muka dia.  Dia dah jatuhkan maruah aku depan kawan-kawan dia dan entah berapa orang lagi warga kampus yang menyaksikan kejadian itu tadi.  Jadikan aku bahan lawak untuk hidangan kawan-kawan dia.  Nak minta maaf? Dia menarik tangan aku bila aku buat bo layan.  Awww!

“Apa kau nak ni huh?” dada aku sudah mula berombak.  Menahan marah.  Sakit.  Malu.  

“Saya minta maaf…sorry tak sengaja…”

PANG! Aku bagi dia satu hadiah.  Yang dia perlu ingat sampai mati.  Pelempang aku hinggap dekat muka dia.  Dia hanya tercegat di situ memandang ke arah aku yang sudah berlalu pergi.  Puas hati aku.  Biar dia betul-betul bisu kena penampar aku.  Soraya terlopong memandang sambil mengejar langkah aku yang semakin jauh.  Meninggalkan Jimmy yang terpisat-pisat di situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 02:55 PM | Show all posts
“Abang dengar ada orang cedera parah siang tadi?” ujar Abang Long sebaik menguak pintu bilik.  Aku tersengih sumbing.  

“Sikit je…”sambil cuba mengangkat siku.  Awww! Sakit juga.  Mungkin sebab kulit di sekitar siku dan lutut sudah mula menarik.  Rasa tegang.

“Macamanalah boleh jatuh ni Adriana? Clumsy sangat ni…mata ke lain?”

Kalau ikutkan hati nak sahaja aku beritahu Abang Long apa sebenarnya yang terjadi.  Mahu Abang Long cari mamat *tut* tu sampai lubang cacing.  

“Ala…tak perasaan yang lantai tu tinggi sikit..tu yang jatuh berdebuk tu”

Abang Long hanya menggeleng kepala.  Pelik agaknya dengan sikap cemerkap adiknya.  Andai sahaja dia tahu apa yang terjadi sebenarnya.  Tapi aku malas nak memanjangkan isu.  Tidak mahu ada kejadian yang tidak diingini berlaku.  Abang Long sangat mengambil berat perihal keluarga.  Kalau dia tahu perkara sebenarnya aku tak jamin apa yang akan berlaku dekat mamat mental itu, walaupun itu yang aku mahukan saat ini.  Biar dia tahu bila bertemu buku dengan ruas.  

Aku pun naik pelik.  Apa pasal yang dia seronok sangat nak mengenakan aku.  Salah ke aku cuma tertengok je pun hari tu.  Itu pun sebab atas rasa simpati.  Kesian.  Bukannya aku malukan dia ke yang sampai dia nak malukan aku sebegitu rupa.  Mental betullah mamat ini.  Sakit hati aku.  Sakit di siku ini aku boleh tahan lagi tapi sakit di hati ini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 02:56 PM | Show all posts
Sebaik Abang Long melangkah keluar dari bilik aku baring semula ke atas katil.  Dah lah siku kanan pula tu yang luka, nak menaip pun rasa tak selesa.  Aku kan dah berjanji semalam nak habiskan assignment malam ini.  Nampaknya terpaksalah aku tangguh lagi.  Tertangguh lagi projek perumahan aku ni.  Aduh.  Aku menghela nafas panjang.  

Telefon di sisi mula menjerit.  Aku mengamati nama pemanggil sambil mengukir senyum.  

“Huh beb…kau buat apa tu? Berangan?” ujar Soraya di hujung talian sebaik aku mengangkat telefon.

“Berangan apa nye…nak buat assignment la..kan nak kena hantar lusa”

“Alololo…baik pulak kau eh…berdedikasi betul” perli Soraya.  

“Camane siku ngan lutut kau? Sakit lagi?” ujarnya lagi.  Terharu aku mendengar.  Prihatin betul kawan baik aku ini.  

Walaupun dia gelakkan aku juga sewaktu kami berjalan balik ke Business School.  Terencot-encot.  Lagi satu mana aku nak sorok muka aku yang lawa ini kat semua makhluk yang menyaksikan kejadian tadi?  Walaupun cuma ada dua tiga kerat orang selain mamat mental and the gang tu tapi mesti berita aku jatuh berdebab dah tersebar di seluruh pelusuk kampus.  Silap haribulan masuk youtube! Naya aku.  Memang dasar lelaki tak guna.  Teringat pula aku kat lagu Yuna.  Memang sesuai part yang last tu aku tujukan dekat mamat mental macam *tut* ni.

“Tapi kan beb…mamat yang bagi aku sapu tangan tadi tu…so sweet kan…Oh My Prince Charming”

“Apa la kau ni…sempat lagi kau nak fefeeling time macam tu?  Kalau aku mesti dah tak tau nak letak muka kat mana…” ujar Soraya sambil tergelak.
  
Aku hanya tersengih sumbing.  Apa salahnya aku nak fefeeling time tu.  Memang mamat tu boleh tahan hensem dan yang paling penting sikap  gentleman dia tu.  Itulah lelaki idaman aku.  My Prince Charming!

Entah kenapa aku  masih teringatkan pemuda siang tadi.  Yang menghulurkan tangan di saat-saat aku menjadi bahan ketawa.  Serasa macam pernah bermimpi tentangnya.  Bila aku ajukan kepada Soraya, dia gelakkan aku.  Katanya, aku ni kan kuat berangan.  Mungkin itu salah satu babak yang terdapat dalam mimpi-mimpi aku.  Aku menguntum senyum.

"Yaya...when I looked into his eyes...my heart was pounding like hell...dug! dug! dug! berdebar-debar" ujar aku dengan hati yang berbunga-bunga.  Terlupa sekejap tentang siku dan lutut aku yang sakit itu.

"Aku malas nak comment lebih-lebih Ad, karang aku bukak teori destiny aku kau marah.." ujar Soraya.  Sibuk nak mempromosi teori destiny dia dekat aku.  Destiny sangatlah sampai aku jatuh berdebuk.

"Kali ini lain...kali ini ada kuch-kuch" ujar aku lagi.

"Kuch-kuch apa kebendanya Ad?"

"Ala kau ni...lembablah...kuch-kuch hota hai..."

"Kuch-kuch hotak kaulah! dah gi tidolah...esok pagi kita ada kelas Insolvency..."

Last edited by Lynn9 on 24-12-2013 03:13 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2013 04:43 PM | Show all posts
Sewaktu aku sampai di hadapan dewan kuliah aku dah nampak mamat mental *tut* tu menunggu di depan pintu.  Tak tahulah samada dia tunggu orang lain atau tunggu aku.  Aku cuma menjeling tajam ke arah dia sambil berlalu masuk ke dalam dewan kuliah.  Tak ingin aku nak tengok muka orang yang menyakitkan hati aku.  Dan yang paling penting sakit di siku dan lutut aku ini masih lagi aku terasa.  Dah macam lirik lagu Gersang.

“Boleh saya cakap dengan awak sekejap?” ujar dia sebaik aku melintas depannya.  Aku pura-pura tak dengar.  Terus sahaja melangkah masuk.

Nak cakap apa lagi.  Tak puas-puas kau nak malukan aku.  Sekarang sampai kat Fakulti aku pun kau berani tunjuk muka.  Nak saja aku menyanyi lagu Yuna tu dekat depan dia sekarang ni.  Dia mengekori aku masuk ke dalam dewan kuliah.  Aku cuba menahan rasa marah.  Apa masalah mamat mental ini pun aku tak tahu.  Dia berdiri betul-betul di hadapan aku.  Aku tak kuasa nak angkat muka memandang muka dia.  Aku keluarkan buku letak atas meja.  Tiba-tiba dia tarik tangan aku keluar dari dewan kuliah.  Dahlah tangan dengan lutut aku tengah sakit.  

“Oi! Apahal kau ni huh?” jerit aku.  Sakit betul hati, siku dan lutut aku.   Dia ingat aku ini apa? Nak heret-heret macam tu.

“Kan saya cakap saya nak cakap dengan awak sekejap.”

“Siapa nak dengar cakap kau? Mental!” bentak aku sambil melangkah masuk semula ke dewan kuliah.  

Soraya muncul di depan pintu memandang pelik.  Dia melempar pandang ke arah mamat mental *tut* itu sambil menunjukkan jari telunjuknya memberi isyarat jangan menganggu aku.  Sebelum dia terkocoh-kocoh pergi mendapatkan aku.  Merah padam muka aku menahan geram.  Mamat mental itu beredar pergi.

“Apahal mamat tu?” ujar Soraya sambil melabuh punggung di sebelah.

“Mental!” bentak aku.  Dada aku berombak sedikit menahan rasa geram.

“Apa dia nak?” ujar Soraya lagi bila soalan dia tidak berjawab.

“Entah! Manalah aku tau!” tak pasal-pasal aku tertinggi suara dekat Soraya.  Bukannya aku nak marah dia cuma rasa sakit hati dengan mamat psycho itu yang terlampias kemarahan kepada Soraya.  Mujurlah persahabatan kami yang sudah terjalin sekian lama cukup membuat Soraya faham akan perangai aku.  Jadi isu berkecil hati tidak wujud di sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2013 06:44 AM | Show all posts
Usai 2 jam kelas pagi itu aku dan Soraya berkira-kira mahu ke Pusat Bahasa maklumlah semalam niat suci murni aku terbantut sebab dah jatuh berdebuk.  Tapi mamat mental itu masih ada di situ.  Duduk di tepi tangga seperti menunggu seseorang.  Tunggu aku lagi ke? Aduh! Aku dan Soraya berjalan melewati dia di tangga.  

“Saya nak cakap dengan awak sekejap”

Soraya menarik tangan aku mengajak aku pergi.  Tak perlu memperdulikan mamat mental itu.  Aku menghentikan langkah.  Aku turun semula dua anak tangga ke arahnya.

“Apa kau nak cakap? Tak puas lagi kau buat aku jadi bahan lawak untuk kawan-kawan kau?” sungguh indah bahasa aku pagi itu.  Itulah kata-kata yang paling baik untuk lelaki yang tak guna macam tu. Dia memandang tepat ke wajah aku.  Aku hanya menjeling tajam.

“Saya nak minta maaf pasal semalam..” mata dia meliar melihat ke arah lengan aku.  

“Kau simpan je maaf kau tu aku tak ingin!” aku terus berlalu meninggalkan dia yang terpisat-pisat di situ.  Aku menarik tangan Soraya sambil mempercepatkan langkah.  Rasa sakit di lutut seperti hilang seketika.  Tak kuasa aku nak melayan mamat mental itu.  

“Apa dia nak?”

“Nak minta maaf…sorry ok…mental!”

Dah malukan aku dua kali senang-senang nak minta maaf.  Pergilah buat public announcement biar semua orang tahu yang dia yang bentes kaki aku sampai aku jatuh tersembam macam itu.  Dia ingat aku tak berani nak sue dia.  Ini Adriana ok budak Law.  Walaupun baru Part 5.  Tak kiralah.   Menyampah.  Dia ingat malu aku ini boleh terpadam dengan maaf dia tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2013 06:46 AM | Show all posts
Dan dengan tidak disangka-sangka aku terserempak dengan My Prince Charming sewaktu melintasi PTAR 1.  Alamak.  Aku meneguk liur.  Entah kenapa hati berdebar-debar.  

“Eh! You? Yang semalam tu…” ujarnya.  Aku sudah tersengih sumbing.  Malu pun ada.  

“Camane tangan you?” ujarnya lagi sambil melempar pandang ke arah lengan aku.  

“Err…dah ok…” ye lah tu Ad.  Dah ok?

“Err..thanks ye semalam…”

“No problem…small matter…”

“Sapu tangan you tu…I tak bawak…cuci ada kat rumah…” ujar aku lagi sedikit gementar.

“Oh…it’s ok…ambik je la…hadiah…lagi pun dah seminggu tak cuci”

Kurang asam!

“Adam..” ujarnya sambil menghulur tangan.  Entah kenapa laju saja aku menyambut salam.  Walaupun tangan sedikit menggeletar.

“Ad…Adriana…”

“Hey you noticed tak nama kita begins with the same 2 letters la…AD.  Tapi nama I, AD is pronounced as A for Ayam not for Apple…A-D-A-M not Aydam” ujarnya lagi sambil tersengih.  So sweet.  Berangan lagi kau Ad!

“My AD is pronounced as A for Apple not Ayam…” aku buat lawak ke?  Bolehlah.  Sebab dia pun tergelak kecil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2014 04:19 PM | Show all posts
Semenjak hari itu aku dan Adam mula rapat.  Kami mula berkongsi cerita.  Aku benar-benar senang dengan sikapnya, kelakar dan humble.  Dan hobi waktu lapang Adam ialah melukis.  Jadi di hujung minggu aku sering menemaninya melukis gambar permandangan.  Yang nampak seolah hidup.  Dia memang berbakat dalam bidang seni walaupun dia bukan budak Arts & Design.  Bila aku ajukan soalan kenapa dia tidak mengambil jurusan yang sealiran dengan minat dan bakatnya.  Dia hanya tersenyum.  

“Kadang-kadang dalam hidup ni, tak semua yang kita nak kita boleh dapat..” ujarnya membuat aku mengerut dahi.  

“Sebagai anak, kadang-kadang kita terpaksa ketepikan kemahuan sendiri untuk kebahagiaan orang tua kita kan?” sambung Adam lagi.  

Ayahnya memiliki sebuah syarikat kejuruteraan yang terkemuka di selatan tanah air.  Sudah tentu ayahnya mahu dia menyambung legasi keluarga.  Membuatkan aku meneguk liur.  Papa tak pernah pula cuba menentukan cita-cita aku.  Memberi aku kebebasan penuh untuk menentukan hala tuju cita-cita aku.  Kalau aku di tempat Adam, sudah tentu aku memberontak.  Umpama selera nak makan nasi tapi disuap mee goreng.  Macamana tu?

Tapi kata Adam, apa kesudahannya kalau dia berdegil, membentak?  Hanya melukakan hati banyak pihak.  Hati sendiri boleh dipujuk, hati orang susah nak pujuk kalau dah terluka.  Sejuk perut aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Adam.  Membuat aku jatuh hati padanya.  

“Kenapa Ad nak jadi lawyer?” aku tersentak.  Tak pernah pula aku terfikir kenapa aku nak jadi lawyer.  Lama Adam menunggu jawapan dari aku.  Ligat otak aku memikirkan jawapan.

“Entah…” itu sahajalah jawapan yang terkeluar dari bibir.  Adam tersengih.

“Entah? Cakaplah syok pergi court, gaduh-gaduh dalam court ke…bela orang bersalah ke tak bersalah ke…” ujar Adam berseloroh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.338135 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list