CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4985|Reply: 29

Manhaj Salaf Akidah Salaf

[Copy link]
Post time 18-12-2013 12:35 AM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2013 12:43 AM | Show all posts
Assallamualaikum


TAK USAH bawaklah video2 Ustaz Rasul Dahari....


Terlalu banyak keburukan drp kebaikan.


Pandangan Ustaz Rasul Dahari sepatutnya disekat drp merebak !
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 12:53 AM | Show all posts
Pengharaman Buku-Buku Tulisan Saudara Rasul Dahri Yang Telah Diperakui Haram.


Tarikh Keputusan:
20 Aug, 2003


Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada Ogos 2003 telah membincangkan mengenai “Pengharaman Buku-Buku Tulisan Saudara Rasul Dahri Yang Telah Diperakui Haram”. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:   

1. Bahawa buku-buku tulisan Encik Rasul Dahri adalah diharamkan di Negeri Pulau Pinang sebagaimana pengharamannya di peringkat kebangsaan.

2. Buku-buku tersebut ialah :-
    i) Tajuk : Bahaya Taqlid Buta Dan Ta'sub Mazhab
       Penulis : Rasul Dahri
       Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu

    ii)  Tajuk : Imam Syafie (Rahimahullah) Mengharamkan Kenduri Arwah Tahlilan, Yasinan dan Selamatan       Penulis : Rasul Dahri
       Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu

   iii) Tajuk : Amalan-amalan Bid'ah  Pada Bulan Sya'ban       Penulis : Rasul Dahri
       Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu

   iv)  Tajuk : Bahaya Tariqat Sufi / Tasawuf Terhadap Masyarakat       Penulis : Rasul Dahri
       Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu

  v)  Tajuk : Hukum Mengenai Rokok Dan Mencukur Janggut       Penulis : Rasul Dahri
       Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu

vi)  Tajuk : Setiap Bid'ah Menyesatkan       Penulis : Rasul Dahri
       Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu

vii)  Tajuk : Persoalan Bid'ah Menyesatkan       Penulis : Rasul Dahri
       Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu

3. Pengharaman buku-buku ini adalah kerana didapati boleh :-

i) Bercanggah dengan garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam.

(i) Mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang bercanggah dengan Mazhab Ali Sunnah   Wal Jamaah.

(ii) Menyebarkan kenyataan yang menggemparkan fikiran orang ramai dan menimbulkan keraguan dan kegelisahan kepada masyarakat awam.

4. Oleh itu, mana-mana orang Islam yang mengajar, mengamal dan menyebar kandungan buku tersebut adalah dilarangsama sekali.

5. Pengharaman ini juga meliputi untuk menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasi atau apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau apa-apa media atau apa-apa media atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran dan isi kandungan buku-buku tersebut.












Status Penwartaan:
Diwartakan


Tarikh Diwartakan:
15 Jan, 2004


Nombor Rujukan:
PU/PP 3200 Jld. 1






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2013 09:00 AM | Show all posts
burungantu posted on 18-12-2013 12:53 AM
Pengharaman Buku-Buku Tulisan Saudara Rasul Dahri Yang Telah Diperakui Haram.
  • Akidah ...

  • thx for the info
    Reply

    Use magic Report

    Post time 18-12-2013 09:30 AM | Show all posts
    Malaysia tidak berpegang kepada sumber-sumber yang datang sumber yang tidak sohih, sebab sumber yang datang dari sumber yang tidak sohih bercampur baur dengan hadis palsu dan penyelewengan fakta sejarah. Malaysia hanya berpegang kepada kitab sohih yang telah selesai dibukukan dan diiktiraf oleh seluruh dunia.

    Iaitu Ihya Ulumiddin, Kitab sohih bukhari, muslim dan sebagainya, kitab dari 4 mahzab Imam Hambali, Imam maliki dan sebagainya. Semua kerja-kerja memelihara islam yang suci telah selesai. Tidak apa yang perlu dibimbangkan lagi. Kita yang hidup pada zaman ini hanya perlu amalkan Islam dengan ikhlas, itu sahaja.

    Reply

    Use magic Report

    Post time 18-12-2013 03:32 PM | Show all posts
    zamkumis posted on 18-12-2013 09:30 AM
    Malaysia tidak berpegang kepada sumber-sumber yang datang sumber yang tidak sohih, sebab sumber yang datang dari sumber yang tidak sohih bercampur baur dengan hadis palsu dan penyelewengan fakta sejarah. Malaysia hanya berpegang kepada kitab sohih yang telah selesai dibukukan dan diiktiraf oleh seluruh dunia.

    Iaitu Ihya Ulumiddin, Kitab sohih bukhari, muslim dan sebagainya, kitab dari 4 mahzab Imam Hambali, Imam maliki dan sebagainya. Semua kerja-kerja memelihara islam yang suci telah selesai. Tidak apa yang perlu dibimbangkan lagi. Kita yang hidup pada zaman ini hanya perlu amalkan Islam dengan ikhlas, itu sahaja.

    Terima kasih atas peringatan ni, cuma sedikit perkongsian yang mungkin boleh mengejutkan...

    Dalam Ihya Ulumuddin terdapat beberapa hadith yang diklasifikasikan dan disepakati Ulama hadith sebagai hadith palsu. Pun begitu, ini bukan bermaksud kitab tersebut patut dibakul sampahkan, cuma bahagian hadith yang dikenal pasti palsu tu kena rujuk kepada yang pakar, supaya kita tak beramal dengan hadith palsu.

    Dalam kitab hadith yang masyhur yang lain, seperti sunan Ibnu Majah pun ada beberapa hadith yang dikategorikan palsu, namun ini bukan bermakna keseluruhan kitab itu dibakul sampahkan. Dalam sunan Ibnu Majah juga mempunyai hadith-hadith yang sangat kuat sanadnya, malah ada penjelasan dari yang pakar terdapat hadith yang lebih kuat dari segi sanad bila dibandingkan dengan persyaratan Bukhari dan Muslim.

    Imam Ghazali (Rah) merupakan imam dan Shaikh dalam bidang Tasawwuf, tazkiyah an-nafsi. Namun beliau sendiri mengaku ada kekurangan dalam bidang hadith, maka kalau kita nak menela'ah kitab Ihya Ulumuddin karangannya, pastikan kita berguru juga dengan yang tahu dalam bidang hadith, supaya kita tidak terlencong.... apa pun, banyak kebaikan boleh diperolehi dari kitab tersebut.

    WAllahu a'lam

    Reply

    Use magic Report

    Follow Us
    Post time 18-12-2013 03:53 PM | Show all posts
    Alang-alang dalam thread ni...

    Manhaj Salaf..... merupakan manhaj yang benar yang patut dicontohi semua umat Islam

    Cuma masalah timbul bila ada yang pakar bidang hadith, tetapi tidak pakar atau kurang pakar dalam bidang fiqh, lalu banyak mengeluarkan fatwa... hukum... hingga ada yang bertentangan dengan penjelasan Ulama terdahulu.... boleh timbul salah faham dan perpecahan dalam masyarakat yang menghormati Ulama terhadulu...

    Ulama-ulama Mujtahid, mereka pakar dalam bidang hadith juga pakar dalam bidang fiqh. Orang kebanyakan seperti kita, banyaknya muqallid, bukan macam Imam Mujtahid yang boleh istinbat hukum terus dari Al-Quran dan Hadith.

    Bila orang awam diajak untuk jadi ghair muqallid (tidak bertaqlid) secara berlebihan, boleh timbul banyak masalah sebab asas ilmu fiqh belum cukup untuk keluarkan hukum...ini belum lagi ilmu tafsir, ilmu Al-Quran ilmu hadith dan cabang-cabang ilmu yang perlu untuk istinbat hukum....

    Justeru, pada pandangan saya, cara atau bawaan Ustaz rasul Dahri tu lebih sesuai untuk yang dah rasa pakar, dah rasa mampu dan boleh keluarkan hukum dari Al-Quran dan Hadith terus tanpa merujuk kepada Ulama Mazhab... ada kebaikan yang dibawa...... dengan seruan berpegang kepada Al-Quran dan hadith sahih, cuma dalam masalah khilaf, selalu timbul perpecahan sebab yang sokong atau bantah, masing-masing bawa dalil tapi dalil 'lawan' tak boleh diterima atau dibida'ahkan saja walaupun dalam isu yang Ulama terdahulu tidak perbesarkan, contoh seperti isu Di Mana Allah?

    Ini sekadar pendapat peribadi saya yang lemah ini...
    Last edited by mnm77 on 18-12-2013 03:55 PM

    Reply

    Use magic Report

    Post time 21-12-2013 02:14 PM | Show all posts
    Kitab Ihya Ulumuddin bukan kitab rujukan hadith dan bukan kitab untuk rujukan shariah.
    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


    Post time 21-12-2013 02:18 PM | Show all posts
    mnm77 posted on 18-12-2013 03:53 PM
    Alang-alang dalam thread ni...

    Manhaj Salaf..... merupakan manhaj yang benar yang patut dicontohi ...

    Saya setuju kalau dikatakan kuliah atau kitab Rasul Dahri untuk yang pakar-pakar sahaja.

    Ada masanya Rasul Dahri sebut Allah ada tangan ketika merujuk yata Quran yang menyebut "tangan Allah".  Ustaz Rasul Dahri menyebut tangan Allah tanpa takwil.  Massalahnya, mungkin dia kengkadang tersasul, ditunjukannya tangan dia.  Kalau orang yang asyik dengar kuliah Youtube yang dah kena edit, otomatik orang tu terus kata Rasul Dahri mujassimah!!  Tapi sebenarnya orang tu tak dengar pun kuliah tu secara live.
    Reply

    Use magic Report

     Author| Post time 21-12-2013 07:33 PM | Show all posts
    Salam...

    Kalau drpd yg sy dgr, Manhaj Salaf ni merupakan pegangan terus kpd Al-Quran dan hadis... Menolak sebahagian pandangan ulama dengan dalil2 dan bukankah itu adalah akidah Islam yg sepatutnya(berpandukan Al-Quran dan Sunnah)? Di Malaysia, rakyat/org Islam yg bersikap lepas tangan bab ambil tahu ini kpd ulama... Bukankah orang biasa seharusnya mengambil tahu juga bab ilmu yg ada di dalam Al-Quran dan hadis ini?

    Jika kita mengambil tahu, dan ambil berat ttgnya, inshaAllah kita dapat merasakan suasana yg berbeza yg diterapkan pada zaman sekarang; yang lebih mementingkan kemajuan dari segi ekonomi dan teknologi daripada akhlak.

    Wallahualam.
    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-12-2013 01:08 AM | Show all posts
    shahizul posted on 21-12-2013 07:33 PM
    Salam...

    Kalau drpd yg sy dgr, Manhaj Salaf ni merupakan pegangan terus kpd Al-Quran dan hadis... ...

    Waalaikumussalam waramatullahi wabarakatuh..

    Bunyinya memanglah sedap dan senang ...utk terus kpd Al Quraan & Hadith..sumber hukum...


    Malangnya....


    Adakah semua org berkemampuan???


    Agama akan jadi hancur lebur...bilamana semua org menafsir sendiri...

    Istimbat hukum sendiri..

    Semua jadi mujhtahid mutlak...buat hukum sendiri???




    Sedang...Ulama dah bagi garis panduan bagi yg nak menafsir sendiri......sekurangnya...Uncle copy paste sayartnya...

    Baca & rasa rasa...kalau cukup syarat...dengan senang hati...silakan Tuan shahizul...  




    ADAB DAN SYARAT MUFASSIR


    Menafsirkan Al-Quran merupakan amanah berat. Oleh karena itu, tidak setiap orang memiliki otoritas untuk mengemban amanah tersebut. Siapa saja yang ingin menafsirkan Al-Quran harus memenuhi syarat-syarat tertentu. Adanya persyaratan ini merupakan suatu hal yang wajar dalam semua bidang ilmu. Dalam bidang kedokteran misalnya, seseorang tidak diperkenankan menangani pasien jika tidak menguasai ilmu kedokteran dengan baik. Bahkan jika ia nekad membuka praktek dan ternyata pasien malah bertambah sakit, ia akan dituduh melakukan malpraktek sehingga bisa dituntut ke pengadilan. Demikian juga halnya dengan tafsir Al-Quran, syarat yang ketat mutlak diperlukan agar tidak terjadi kesalahan atau kerancuan dalam penafsiran. Menurut Ahmad Bazawy Adh-Dhawy, syarat mufassir secara umum terbagi menjadi dua: aspek pengetahuan dan aspek kepribadian.



    3.1 Syarat Pertama: Aspek Pengetahuan

    Aspek pengetahuan adalah syarat yang berkaitan dengan seperangkat ilmu yang membantu dan memiliki urgensitas untuk menyingkap suatu hakikat. Tanpa seperangkat ilmu tersebut, seseorang tidak akan memiliki kapabilitas untuk menafsirkan Al-Quran karena tidak terpenuhi faktor-faktor yang menjamin dirinya dapat menyingkap suatu hakikat yang harus dijelaskan. Para ulama memberikan istilah untuk aspek pengetahuan ini dengan syarat-syarat seorang alim.
    Syarat yang berkaitan dengan aspek pengetahuan yang harus dikuasai oleh seorang mufassir ini dibagi menjadi dua, yaitu: syarat pengetahuan murni dan syarat manhajiyah (berkaitan dengan metode). Imam Jalaluddin As-Suyuthy dalam Al-Itqan fî ‘Ulûm al-Quran menyebutkan lima belas ilmu yang harus dikuasai oleh seorang mufassir. Lima belas ilmu tersebut adalah sebagai berikut:


    1.        Bahasa Arab karena dengannya seorang mufassir mengetahui penjelasan kosakata suatu lafal dan maksudnya sesuai dengan objek.
    Oleh karena demikian urgennya penguasaan terhadap bahasa Arab dalam menafsirkan Al-Quran, Mujahid bahkan mengatakan,

    لا يحل لأحد يؤمن بالله واليوم الآخر أن يتكلم في كتاب الله إذا لم يكن عالمًا بلغات العرب‏.


    “Tidak halal bagi seorang yang beriman kepada Allah dan hari akhir berbicara mengenai sesuatu yang terdapat dalam Kitabullah apabila ia tidak mengetahui bahasa Arab.”

    Amacam....boleh dgn syarat pertama....???



    Alhamdullillah...kalau boleh baguslah..



    Ini yg pertama...seterusnya?
    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-12-2013 01:15 AM | Show all posts


    Menafsirkan Al-Quran merupakan amanah berat.


    seterusnya..



    2.        Nahwu karena suatu makna bisa saja berubah-ubah dan berlainan sesuai dengan perbedaan i’rab.

    3.        Tashrîf (sharaf) karena dengannya dapat diketahui bina’ (struktur) dan shîghah (tense) suatu kata.

    4.        Isytiqaq (derivasi) karena suatu nama apabila isytiqaqnya berasal dari dua subjek yang berbeda, maka artinya pun juga pasti berbeda. Misalnya (المسيح), apakah berasal dari (السياحة) atau (المسح‏).

    5.        Al-Ma‘ani karena dengannya dapat diketahui kekhususan tarkîb (komposisi) suatu kalimat dari segi manfaat suatu makna.

    6.        Al-Bayan karena dengannya dapat diketahui kekhususan tarkîb (komposisi) suatu kalimat dari segi perbedaannya sesuai dengan jelas tidaknya suatu makna.

    7.        Al-Badî‘ karena dengannya dapat diketahui kekhususan tarkîb (komposisi) suatu kalimat dari segi keindahan suatu kalimat.

    Ketiga ilmu di atas (5, 6, dan 7) disebut ilmu balaghah yang merupakan ilmu yang harus dikuasai dan diperhatikan oleh seorang mufassir agar memiliki sense terhadap keindahan bahasa (i‘jaz) Al-Quran.

    8.        Ilmu qira’ah karena dengannya dapat diketahui cara mengucapkan Al-Quran dan kuat tidaknya model bacaan yang disampaikan antara satu qari’ dengan qari’ lainnya.





    Sampai 8 syarat ini sja.....jujur dengan diri....adakah cukup dah ilmu alat ni pada diri???


    Kalau YA...SILAKAN!...


    Cukup sampai no.8 ni pun...Tuan Tuan dah bolehlah Uncle anggap...melebihi tahap Professor.....!



    Tapi...ini pun sebenrnya belum cukup....ada lagi syarat tambahan...





    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-12-2013 01:23 AM | Show all posts


    9.        Ushûluddîn (prinsip-prinsip dien) yang terdapat di dalam Al-Quran berupa ayat yang secara tekstual menunjukkan sesuatu yang tidak boleh ada pada Allah ta‘ala. Seorang ahli ushul bertugas untuk menakwilkan hal itu dan mengemukakan dalil terhadap sesuatu yang boleh, wajib, dan tidak boleh.


    10.        Ushul fikih karena dengannya dapat diketahui wajh al-istidlal (segi penunjukan dalil) terhadap hukum dan istinbath.


    11.        Asbabun Nuzûl (sebab-sebab turunnya ayat) karena dengannya dapat diketahui maksud ayat sesuai dengan peristiwa diturunkannya.


    12.        An-Nasikh wa al-Mansûkh agar diketahui mana ayat yang muhkam (ditetapkan hukumnya) dari ayat selainnya.


    13.        Fikih.


    14.        Hadits-hadits penjelas untuk menafsirkan yang mujmal (global) dan mubham (tidak diketahui).


    15.        Ilmu muhibah, yaitu ilmu yang Allah ta‘ala anugerahkan kepada orang yang mengamalkan ilmunya.





    TERUS TERANG...memenuhi syarat sampai 15 ni pun...Tuan Tuan dah peringkat Ilmu....munkin seperti Syekh Wahbah az zuhaili...atau Syekh Yusuf AL Qaradawi!....atau Syekh Said Ramadhan Bothi..munkin..



    So..kalau Tuan Tuan tahap Profesor bidang agama di Malaysia ni......munkin ..... ..????


    Bayangkan..

    Dalam sejarah Islam...antara Ulama yg terkenal..mampu menulis kitab Tafsir.....seperti Imam Jamaluddin As Sayuti.....Ulama sezaman menganggap beliau dah munkin mencapai tahap Mujhtahid...

    Tapi Imam Sayuti sendiri...menolak anggapan ini....malah dia tak malu mengaku bermazhab Syafie...


    So......munkin Tuan Tuan terlebih alim....Uncle tak kata apalah....silakan...




    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-12-2013 01:37 AM | Show all posts


    Tulisan iiakan jadi terlalu panjang....dan pasti akan jemu membacanya sebab dah byk kali ulang...


    So...baik kita dengar apa kata Ulama dlm masalah ini...

    Berkata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi:

    Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda pada zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadis.
    Lantas merasakan mereka sudah pakar di dalam ilmu padahal mereka belum pun mengecapi permulaannya.
    Mendakwa mereka mampu berijtihad di dalam urusan agama, di dalam masa yang sama ilmu Bahasa Arab serta komponen-komponennya serta nahu dan saraf tunggang langgang.
    Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Mereka juga tidak mempelajari usul fiqh!
    Hanya meneka-neka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan sebarang permasalahan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahir dengan ilmu fiqh apatah lagi untuk menyelami lautan perbahasan yang luas yang akan menjadikan mereka lebih mahir dan berkemampuan untuk memahami dengan baik. Sesungguhnya mereka ini sepertimana kata Imam Zahabi:
    Teringin untuk terbang tetapi tiada sayap. – (Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd).

    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-12-2013 01:42 AM | Show all posts
    Kata-kata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi ini sememangnya benar-benar berlaku di kalangan masyarakat kita di Malaysia. Kita berani mengatakan jikalau kita bertanya kepada golongan ini, berapa banyakkah ayat-ayat al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. yang mampu mereka hafal dan fahami, kita yakin jawapan mereka ialah amat sedikit hafalan dan fahaman mereka walaupun telah memiliki segulung Phd.

    Adalah menjadi satu kesilapan besar apabila mencari hukum-hakam agama di dalam kitab-kitab matan hadis secara mentah.

    Seseorang yang hanya mengetahui nas-nas hadis tidak boleh berijtihad sendiriran tanpa bantuan ahli fiqh yang mahir. Sedangkan ahli fiqh ini pula terdiri daripada golongan yang mesti menguasai ilmu-ilmu al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W.

    sebelum mereka layak untuk mengeluarkan hukum-hakam. Golongan yang menegah orang lain daripada mengikut mazhab dan ulama muktabar adalah pencetus kepada tertubuhnya sebuah lagi mazhab yang baru.

    Mazhab ini adalah mazhab yang kelima tajaan mereka diri sendiri.


    (maaf...Uncle tak munkin terima MAZHAB RASUL DAHRI! )



    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-12-2013 01:44 AM | Show all posts

    Berkata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi:

    Ada golongan yang memerangi konsep bermazhab, memerangi mazhab fiqh dengan melarang walaupun daripada golongan awam untuk bertaqlid. Pada masa yang sama mereka bertaqlid dengan pandangan guru mereka maka jadilah mazhab yang kelima. – (Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Min Murahaqah Ila al-Rusyd).

    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


    Post time 22-12-2013 01:46 AM | Show all posts
    Akhir jawaban Uncle...hayatilah ayat ini..

    Firman Allah Taala bermaksud:

    Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikir (alim ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya. – (Surah al-Nahl: Ayat 43).

    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-12-2013 02:47 AM | Show all posts
    Abg @ussopp mana?

    Comments

    baru je baca....Alhamdulillah....tenkiu call..  Post time 22-12-2013 03:23 AM
    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-12-2013 03:19 AM | Show all posts
    Ada sesuatu yang boleh diambil iktibar dari thread ini......


    yakni, Rasul dahri bukanlah betul semua, ini pasti...insyaAllah.....

    dan dia jugak bukan salah semua.....ambil perhatian....


    sikap kritis ini perlu ada pada kita terhadap siapa2 saja , walaupun kita tidak ada ilmu yg tinggi, tetapi kita mesti kata bahawa tidak akan ada org yg akan betul semua termasuk ulamak muktabar.....

    ini adalah hal akidah......(betulkan sy jika saya salah jika ia tidak masuk hal akidah tentang kemaksuman manusia)

    jika kita sentiasa memikirkan bahawa setiap manusia pasti ada salah, pada masa yg sama bukan semua darinya adalah salah.....yakni akan ada yg benar juga jika ia benar....
    maka ini akan membenihkan  satu sikap dlm diri kita yakni sikap menyelidik, belajar, mendalamis sesuatu hal.....

    selagi mana anda menyedari bahawa setiap ustaz, ulamak, pasti akan ada salah(1), pasti akan ada betulnya....(2)
    maka ini pemikiran yg sihat, bebas dari menghina dan bebas dari taksub pada masa yg sama....jika anda mempunyai dua pemikiran ini insyasAllah, ilmu anda bermanfaat....

    dan bilakah anda boleh tahu yang anda akan salah, dalam arena menuntut ilmu....????


    ia adalah apabila anda bersikap berlawanan dgn apa yg ditulis di atas yakni,
    ketika mana anda mula katakan , semua yg keluar dari mulut si polan adalah benar belaka......(1)

    atau ketika mana anda mula mengatakan, semua dari mulut si polan adalah salah belaka.....(2)

    jika anda mula mempunyai dua pemikiran ini, maka anda sudah pun terpesong....
    ketika ini anda akan hilang sifat menyelidik, dan anda akan menyemai sifat taksub......


    hati-hati lah.....


    pengalaman kita semua  belajar agama, kita akan  jumpa dua jenis manusia dlm menuntut ilmu....

    satu, dia tidak biasa menolak pandangan ustaz yg dikaguminya....baginya , jika menolak membawa maksud menghina....
    dan jika dia telah menolak satu pendapat kerana salah, maka  dia tidak akan terima lagi pendapat ustaz tersebut dlm hal yg lain...

    jenis yg pertama ini, hanya berharap seseorg ustaz itu seakan2 maksum...begitu....
    jika tidak maka ustaz tersebut OUT!
    dan boleh jadi jika sudah terlalu banyak betul pada ustaz tersebut maka lama2 dia tidak akan menolak lagi kata2 ustaz tersebut kerana masuk pada peringkat taksub....

    satu jenis lagi penuntut ilmu ialah, dia mula faham tentang kelemahan manusia....
    ketika mana dia menjumpai kesilapan pd seseorg yg dirujuknya, maka dia tinggalkan pendapat itu,
    TANPA MENGHINA org tersebut...
    dan dia masih ada pengetahuan untuk menerima pendapat org tersebut walaupun org tersebut telah tersalah dlm sesuatu hal,

    bermakna kebenaran yg dtg masih diiktiraf.....


    maka semaklah diri kita dalam golongan mana kita berada....



    wallahua'lam....



    Last edited by ussopp on 22-12-2013 03:24 AM

    Reply

    Use magic Report

     Author| Post time 22-12-2013 10:11 AM | Show all posts
    burungantu posted on 22-12-2013 01:46 AM
    Akhir jawaban Uncle...hayatilah ayat ini..

    Firman Allah Taala bermaksud:Maka hendaklah kamu berta ...

    Salam uncle,

    Maaf, saya bukan kata kita harus mendalami ilmu alquran dan hadis utk bertaqliq...atau mengeluarkan hukum untuk orang awam ikuti... tapi setiap seorang Islam harus berpegang kpd hadis ini "sampaikanlah daripada aku kepada mereka yang tidak hadir, walau sepotong ayat." Ayat ni bukan utk alim ulama sahaja.

    Saya pun bukan kenal pun Ustaz Rasul Dahri ni... baru je belek2 youtube, jumpe video ni... pada pandangan saya, kembali kepada Al-quran dan Sunnah adalah apa yang ingin diketengahkan... bukannya bermazhab/manhaj Salaf ini menolak 4 mazhab yang lain... tetapi ada dikatakan didalam video tersebut, ke empat2 imam untuk ke empat2 mazhab tersebut bersetuju dengan satu pandangan yakni; Dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang terbukti kesahihannya patut didahului daripada pandangan mazhab mereka. Contoh spt kata imam syafi'i dibwh:

    Kata Imam Syafi’i,
    إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم فقولوا بسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم ودعوا ما قلت
    وفي رواية : فاتبعوها ولا تلتفتوا إلى قول أحد
    “Apabila kamu mendapati di dalam kitabku sesuatu yang bercanggah dengan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, maka berkatalah kamu dengan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan tinggalkanlah apa yang aku kata.” Dan dalam riwayat lain: “Maka ikutlah ia (Sunnah Nabi) dan janganlah kamu berpaling-paling kepada perkataan seseorang yang lain.”


    Btw, nape uncle tak setuju ngn Rasul Dahri ye?

    Satu contoh lagi ye, kalau kita bermazhab imam syafi'i, imam syafi'i bermazhab ape? kalau kita bermazhab Hanbali, Imam Hanbal bermazhab ape?
    dan lain-lain lagi laaa... mazhab ni untuk memudahkan orang Islam....pandangan imam yang terdahulu, yang di akui keilmuan mereka.... Tahap mereka tu tak sama dengan tahap kita... tapi bagaimanakah dengan akidah mereka?adakah mereka berpegang kepada mazhab?

    Kembali kepada AlQuran dan Sunnah, kerana ia lah satu-satunya jalan. Last edited by shahizul on 22-12-2013 10:16 AM

    Reply

    Use magic Report

    12Next
    Return to list New
    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    13-3-2025 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.345808 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list