View: 2268|Reply: 3
|
Soalan saya pasal pinjaman RM110 ribu dengan BSN
[Copy link]
|
|
Salam..maaflah jika saoalan saya ini bukan berada di board yang betul. Saya tidak tahu apakah board yang sesuai.
Bakal isteri saya, telah buat kesilapan..dan silap ini dia telah buat ketika sebelum mengenali saya. Senang cerita, dia yang merupakan seorang kakitangan kerajaan telah ditipu oleh seorang lelaki..yang mana dia telah buat loans sebanyak RM110 ribu dengan BSN. Saya tidak berapa jelas tentang pinjaman ini..yang saya tahu RM85 ribu diguna (ditipu) oleh lelaki itu..so bakal isteri saya ini kena bayar hampir RM1000 setiap bulan selama 20tahun..jika mengikut perkiraan saya, ia lebih kurang RM220K ++..iaitu 2x ganda dari nilai yang dipinjam. Entahlah..jika difikir logik, kenapa tinggi sangat? Adakah sebab 20 tahun? If ia pinjaman 10 tahun, adakah ansuran bulanan lebih tinggi? Saya ada minta nak tengok dokumen perjanjian ini..tetapi pasangan saya telah lupa letak di mana..hmm..jadi saya tidak selalu membangkitkan perkara ini (untuk tengok dokumen itu).
Seorang kawan saya kata, dia tidak tahu apa namanya, tapi pinjaman ini boleh diconvert untuk mendapatkan ansuran yang lebih rendah (sekaligus pembayaran balik yang lebih rendah)..iaiitu berurusan dengan Bank Rakyat..adakah ini betul? Ada sesiapa forummer yang tahu??
Entahlah..siapa saya hendak menghukum bakal isteri saya ni sebab kebodohan dia dulu dalam mempercayai lelaki...saya redha dan terima ujian ini.. Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
klu ambik pinjaman dgn tempoh yg max mmg jumlah pinjaman jadi 2kali ganda..
mean nak buat overlap loan ker?? |
|
|
|
|
|
|
|
nak buat dgn Bank rakyat skang ni maksimum term laun pun 10 tahun jer....so mmg sukar dan agak mustahil nak dapatkan kadar bulanan yg rendah ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|