CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19271|Reply: 133

Untuk Mengenali Perawat Islam Yang Didampingi Jin

[Copy link]
Post time 24-11-2013 01:55 PM | Show all posts |Read mode
  Tips 1: Nilai Kehebatan Perawat
Terdapat perawat yang amat hebat kebolehannya. Berikut adalah ciri-ciri yang menunjukkan betapa hebatnya mereka ini:
1) Ada perawat yang boleh mengetahui punca sakit pesakit sebelum sempat pesakit membuka cerita. “Aku dah tahu tujuan kamu ke mari….” . Lantas dia pun bercerita tentang masalah pesakit. Maklumat yang diberi semuanya tepat, sedangkan dia tak tahu pun latarbelakang masalah pesakit. Kadang-kadang perawat boleh tahu objek-objek yang ada di rumah pesakit. Macam cerita P. Ramlee pun ada. Pesakit pun dapat mengetahui apa yang mengganggu atau menyusahkan mereka selama ini.

2) Ada perawat yang akan bertanya nama pesakit. Ada yang perlu nama ibu pesakit sekali. Yang lebih hebat, tak perlu tanya nama pun. Ada juga yang hanya tengok gambar pesakit. Ada yang menengok dari jarak jauh. Lepas itu, perawat ini dapat memberitahu apa masalah pesakit. Saka, sihir, santau, terlangkah. Punca masalah pesakit pun terbongkarlah.

3) Ada perawat yang bersolat hajat dan terus dapat memberitahu jenis sakit si pesakit.

4) Ada perawat yang dapat memberitahu jenis jin dalam badan pesakit, siap dengan jantinanya sekali. Yang pernah saya dengar, “Dalam badan kamu ni ada 13 ekor jin. 7 jantan 6 betina”. Kecut perut pesakit mendengarkannya. Kasihan dia.

Kadang-kadang sebagai pesakit, kita amat berpuas-hati apabila bertemu perawat sebegini. Setidak-tidaknya kita tahu punca sakit kita. Tak kisahlah walaupun ada 13 ekor jin saka dan 41 ekor jin sihir dalam badan kita. Yang penting, hati kita puas sebab dah tahu siapa yang mengganggu kita atau mendengki kita.

Cuma  bagi mereka yang berfikir dan mempunyai sedikit ilmu tentu tidak mahu mendapat khidmat perawat sebegini. Pembongkaran ini bukannya kerana saya cemburu atas kehebatan mereka dan bukannya kerana saya ingin menjatuhkan mereka angkara rasa hasad dan rasa dengki yang menikam kalbu. Pembongkaran ini adalah kerana janji saya di Baitullah. Ramai di antara mereka yang mempunyai kehebatan ini tidak sedar sebenarnya mereka didampingi oleh jin. Mungkin bukan hasrat mereka untuk berdamping dengan jin, tetapi mereka sendiri telah terpedaya dengan tipu helah iblis. Dengan coretan ini saya berharap juga agar perawat-perawat sebegini dapat berfikir dan muhasabah kaedah rawatan mereka.

Di dalam Surah Al-A’raf ayat 27, Allah telah berfirman “Sesungguhnya syaitan itu dapat melihat kamu dari tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka”. Sebenarnya mata manusia itu telah dihijab oleh Allah untuk tidak dapat melihat syaitan. Antara sebab mengapa manusia tidak dapat melihat syaitan ialah kerana rupa mereka yang kurang “handsome”. Kita pasti akan merasa seram sejuk kiranya dapat melihat keayuan wajah mereka. Walaubagaimanapun, dengan izin Allah, ada manusia yang diganggu jin dapat melihat jin dalam bentuk jelmaan mereka (iaitu pocong, hantu raya, pontianak dan kaum kerabat mereka yang lain).  Apabila manusia diganggu atau disakat barulah jin menunjukkan wajah-wajah “kacak” jelmaan mereka. Sebenarnya perawat yang dapat melihat jin juga telah diganggu. Cuma gangguan ke atas mereka bukanlah disakat sepertimana pesakit disakat, tetapi gangguan ke atas perawat ini adalah dalam bentuk pendampingan jin ke atas mereka.

Kalau ada yang tak yakin dengan dalil di atas, cuba renungkan pula sirah Rasulullah saw. Renungkan saat Rasulullah saw disihir. Sebenarnya sihir ke atas Rasululllah saw, bukanlah jenis sihir yang menjatuhkan martabat baginda. Rasulullah saw cuma berasa tidak sedap badan dan tertanya-tanya samada Allah telah melakukan sesuatu ke atas baginda. Rasulullah saw juga berasa tidak pasti tentang perkara-perkara yang telah dilakukan baginda dan sering tertanya-tanya tentang perkara tersebut. Itu sahaja. Martabat baginda sebagai kekasih dan pesuruh Allah tidak langsung tercalar. Antara sebab mengapa Allah mengizinkan sihir ini berlaku, adalah supaya Rasulullah saw dapat mengajar kita cara-cara menangani sihir, khasnya melalui amalan Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Berbalik kepada kisah Rasulullah saw disihir. Rasululllah saw sebenarnya tidak tahu baginda telah disihir ataupun punca masalah baginda. Hal ini berlanjutan sehinggalah turun 2 Malaikat datang untuk merawat baginda. Pada ketika ini barulah Malaikat memberitahu Rasulullah saw bahawa baginda telah disihir oleh Labid iaitu seorang Yahudi yang mendengki baginda.

Kisah ini terbukti di dalam sebuah hadis sahih “Kata A’ishah ra, telah disihir Rasulullah saw oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah saw berasa tidak keruan, perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya A’ishah, “Wahai A’ishah, apakah kamu tahu bahawa Allah swt  telah melakukan sesuatu ke atas diriku? Nabi menyambung dengan katanya, “ada dua orang laki-laki (iaitu Malaikat) datang kepada ku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada di sisi kepalaku, seorang lagi berada di sisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, ‘apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini? Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah menyihirnya? Dijawab lagi, disihirkan oleh Labid bin al-A’sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawabnya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut? Dijawabnya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan. Maka ditanya lagi, dengan apakah kita akan merawatkan Muhammad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad saw sedar dari tidurnya maka diberitahu kepada A’ishah, “Bahawasanya, Allah swt telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Maka kita harus berfikir dan mengambil iktibar daripada peristiwa ini. Rasulullah saw, seorang kekasih Allah swt, seorang manusia yang paling hebat di muka bumi ini, tetapi baginda tidak tahu apakah sakit yang menimpa diri baginda sendiri. Rasulullah saw tidak tahu baginda telah disihir. Akan tetapi, pada zaman sekarang, terdapat manusia boleh mengetahui sakit seorang manusia yang lain hanya dengan melihat muka pesakit, bertanya nama atau melihat gambar. Adakah manusia ini atau ustaz ini atau perawat ini lebih hebat daripada Rasulullah saw? Kata mereka, mereka mendapat “kelebihan” ini berkat zikir atau berkat mereka sentiasa hampir kepada Allah. Adakah zikir mereka atau munajat mereka atau amalan mereka lebih mulia daripada Rasulullah saw sehingga kebolehan mereka merawat seolah-olah lebih hebat daripada baginda?

Saya tak berapa pasti pula tentang perawat yang mendapat petunjuk melalui solat hajat. Tapi saya tertanya-tanya, kusyukkah solat mereka itu sebab semasa bersolat mereka boleh diberitahu pula  tentang perkara-perkara yang ghaib. Terus terang saya tak pasti tentang hal ini dan ianya masih dalam “Edisi Siasat” lagi. Tetapi yang saya amat pasti, syaitan juga mampu mengganggu manusia ketika kita bersolat. Macam-macam syaitan boleh bisikkan kepada kita semasa kita bersolat. Rasulullah saw sendiri pernah diganggu syaitan ketika baginda bersolat, lantas baginda menangkap dan mencekik syaitan itu kerana mengganggu baginda ketika solat. Ketika Rasulullah saw mengerjakan solat wajib, tiba-tiba baginda menggenggam tangannya. Selepas solat sahabat bertanya  “Wahai Rasulullah, apakah ada sesuatu yang baru dalam solat?” Rasulullah saw bersabda “Tidak, tetapi sesungguhnya syaitan hendak lalu di hadapanku, lalu aku cekik sampai tanganku berasakan dinginnya mulut syaitan itu. Demi Allah, seandainya saudaraku Nabi Sulaiman, tidak mendahuluiku, nescaya akan aku ikat syaitan itu pada salah satu tiang masjid ini supaya boleh dilihat oleh anak penduduk Madinah (Hadis Sahih Riwayat Ahmad, Daraqutni dan Thabarani).

Berbalik kepada kaedah menerima maklumat ketika solat hajat, adakah maklumat yang diterima sewaktu perawat ini bersolat hajat adalah juga satu bentuk bisikan syaitan? Perawat yang bijak dan berpengalaman tentu tidak mahu menerima maklumat ini bulat-bulat kerana dia tahu keupayaan syaitan dalam membuat tipu helah.

Perlu diingatkan bahawa syaitan sentiasa ingin memecah-belahkan umat manusia. Maka kebanyakan perawat yang didampingi jin akan mengatakan bahawa pesakit telah disihir orang. Biasanya penyihir adalah orang yang rapat dengan pesakit dan tidak disangka-sangka tergamak melakukannya. Apabila sahaja pesakit diberitahu sedemikian, teruslah timbul perasaan syak-wasangka dihatinya. Mulalah orang-orang di sekelilingnya menjadi mangsa tuduhan percuma. Syaitan pun segera memulakan pesta suka-ria.

Saya ingin menambah di sini, satu pesanan kepada mereka yang sakit. Janganlah mencari perawat dengan niat untuk mengetahui punca sakit kita. Memadailah untuk mengetahui samada kita menghidapi sakit medikal ataupun sakit gangguan jin. Tidak penting untuk tahu lebih daripada itu, kerana jin atau syaitan yang mengganggu itu semuanya adalah konco-konco iblis tidak kiralah samada masalah saka ataupun sihir, terlangkah ataupun terpijak. Tambahan pula apabila kita meminta perawat untuk “menengok” masalah kita, tidak jauh bezanya perbuatan itu daripada perbuatan menelek. Menengok dan menelek adalah adik-beradik sepusat sepusing kerana kedua-duanya bertujuan mendapatkan maklumat yang ghaib ataupun yang tidak nyata pada mata kasar. Orang biasa tidak boleh melakukannya kerana hanya mereka yang ada ilmu tertentu yang boleh menengok atau menelek. Hanya mereka yang didampingi makhluk ghaib yang mampu menengok atau menelek perkara ghaib.  Ingatlah sabda Rasululllah saw  ’Barangsiapa mendatangi ‘arraaf’ (tukang telek) tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari.” (Riwayat Muslim).  Rasulullah saw juga bersabda “Barangsiapa yang mendatangi kahin (dukun) dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad saw.” (Riwayat Abu Daud). Oleh itu, jauhilah amalan meminta perawat untuk menengok-nengok tentang sakit kita, kerana apabila kita meminta sahaja, maka solat kita tidak akan diterima selama 40 hari. Apabila kita percaya kepada apa yang diberitahunya pula, maka takut-takut kita sudah syirik dan jatuh kufur kepada Allah swt.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2013 03:22 PM | Show all posts
Jin ni sebenarnya genius. Ianya berada dengan kita cuma demensinya sahaja yang berbeza.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan demi mengabdi padaKu." (Surah Adz-Dzariyaat : Ayat 56)

Nabi Sulaiman semua orang maklum bahawa baginda boleh memerintah jin dan binatang. Walaupun jin ni genius dan boleh menggunakan kelicikannya termasuk penyamaran dan sihir yang berbagai tetapi baginda tidak diperintah oleh jin.

Surah Al-Tin
95:4. Sesungguhnya Kami mencipta manusia dalam bentuk yang paling baik,
95:5. Kemudian Kami kembalikan dia yang paling rendah daripada yang rendah,

Dalam surah Al-Tin jelaslah Allah menyatakan manusia adalah ciptaan yang terbaik. kenapa bukan jin atau malaikat yang paling baik? Apa istimewanya manusia. jika manusia begitu istemewa mengapa manusia harus diperintah oleh jin. bagi saya tak salah jika kita memerintah jin tetapi jangan sampai kita diperintah jin.

Jika jin dah menyawal badan kita sedarlah jin telah pun memerintah kamu.

Secara zahir dan batin manusia sebenarnya lebih hebat dari jin, malaikat, iblis, binatang, tumbuhan dan sekelian makhluk. sedarlah wahai insan.

Sayang sekiranya manusia tidak cuba mengenali potensi sebagai ciptaan yang paling baik yang ada pada diri mereka. Nampaknya Jin lebih mengenali potensi yang ada pada manusia dari kebanyakan manusia itu sendiri hinggakan mereka mampu memanipulasinya. Last edited by NasrullahHaq on 26-12-2013 12:23 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 06:15 PM | Show all posts
Salam OB, penulis tu perawat jugak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 12:43 AM | Show all posts
offtopic sat: Apa komen incik OB tentang air perawat yg dibaca ayat al-quran yg berlumba-lumber di pasaran......boleh jadi syirik kahfi kaaaaa....barangkali mereka lupa Allah yg berkuasa tp bukan air yg cuma menjadi medium ikhtiar shaja....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2013 06:10 PM | Show all posts
NasrullahHaq posted on 24-11-2013 03:22 PM
Jin ni sebenarnya genius. Ianya berada dengan kita cuma demensinya sahaja yang berbeza.

"Dan Aku ...


memang - jin2 ni genious
tapi kan
manusia LEBIH DISEMPURNAKAN
dan bukannya puak2 tuuuu


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2013 06:13 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 24-11-2013 06:15 PM
Salam OB, penulis tu perawat jugak kan?

wasalam

hehehe
ye le tuuu
cuma aku copy sikit.......
pas tu nambah2 sikit
n hentam apa yg patut


kan AD DEEN tetap terus berjalan

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-11-2013 06:17 PM | Show all posts
turboturtle posted on 25-11-2013 12:43 AM
offtopic sat: Apa komen incik OB tentang air perawat yg dibaca ayat al-quran yg berlumba-lumber di p ...

tu masalah kecil je kan
walaupun ada tanda2 mensyirikkan ALLAH
dan
MASALAH YG SANGAT BESAR
iaitu
camna nak menyedarkan org2 islam ni
yg perbuatan sebegitu adalah jalan2 kebinasaan!!!

cuba saudara berikan pandangan. tq
wasalam

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 01:06 AM | Show all posts
orangbesi posted on 25-11-2013 06:13 PM
wasalam

hehehe

Tp manusia mana yg x didampingi jin?

Cuma  bagi mereka yang berfikir dan mempunyai sedikit ilmu tentu tidak mahu mendapat khidmat perawat sebegini. Pembongkaran ini bukannya kerana saya cemburu atas kehebatan mereka dan bukannya kerana saya ingin menjatuhkan mereka angkara rasa hasad dan rasa dengki yang menikam kalbu. Pembongkaran ini adalah kerana janji saya di Baitullah. Ramai di antara mereka yang mempunyai kehebatan ini tidak sedar sebenarnya mereka didampingi oleh jin. Mungkin bukan hasrat mereka untuk berdamping dengan jin, tetapi mereka sendiri telah terpedaya dengan tipu helah iblis.

Penulis buat perjajian apa dan dgn siapa?
- Semacam ada yg tersekat dek kerana...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2013 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Parkim....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 03:31 PM | Show all posts
Ada ke perawat atau manusia yg tak didampingi jin?????

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 03:44 PM | Show all posts
SEPATUTNYA TAJUK THREAD INI IALAH" MENGENALI PERAWAT YG DIBANTU ATAU MINTA BANTUAN JIN", BUKAN DIDAMPINGI



SAPALAH YG TAK DE JIN YEK, PALING KURANG PUN SEEKOR, YG ADA TU BERJUTA EKOR... HAHAHA
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 04:43 PM | Show all posts
Salam..mohon permission nak share ni bule? tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 08:53 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 26-11-2013 01:06 AM
Tp manusia mana yg x didampingi jin?

Tp manusia mana yg x didampingi jin?

manusia...boleh diterima lagi kannn
tapi kalau perawat tu...akan bermasalah
dah terbukti dah kannnn


Cuma  bagi mereka yang berfikir dan mempunyai sedikit ilmu tentu tidak mahu mendapat khidmat perawat sebegini. Pembongkaran ini bukannya kerana saya cemburu atas kehebatan mereka dan bukannya kerana saya ingin menjatuhkan mereka angkara rasa hasad dan rasa dengki yang menikam kalbu. Pembongkaran ini adalah kerana janji saya di Baitullah. Ramai di antara mereka yang mempunyai kehebatan ini tidak sedar sebenarnya mereka didampingi oleh jin. Mungkin bukan hasrat mereka untuk berdamping dengan jin, tetapi mereka sendiri telah terpedaya dengan tipu helah iblis.

Penulis buat perjajian apa dan dgn siapa?
- Semacam ada yg tersekat dek kerana...

aku pun tak sempat baca
copy dulu leeee
kasi para hamba2nya yg ada........leraikan permasalahan yg timbul
moga semua selamat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 08:57 PM | Show all posts
arthos7 posted on 26-11-2013 04:43 PM
Salam..mohon permission nak share ni bule? tq

alamak...nak share ke?
ni aku copy je
pasal isu ni leh le di bawa bincang kat sini
mana yg elok mana yg tak elok

pas tu pandai2 le bawa diri
tq

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 09:01 PM | Show all posts
hantukiller posted on 26-11-2013 03:44 PM
SEPATUTNYA TAJUK THREAD INI IALAH" MENGENALI PERAWAT YG DIBANTU ATAU MINTA BANTUAN JIN", BUKAN DIDAM ...

SEPATUTNYA TAJUK THREAD INI IALAH" MENGENALI PERAWAT YG DIBANTU ATAU MINTA BANTUAN JIN", BUKAN DIDAMPINGI

SAPALAH YG TAK DE JIN YEK, PALING KURANG PUN SEEKOR, YG ADA TU BERJUTA EKOR... HAHAHA

ahaaaaa
kalau tak salah aku le
yg dok cakap cam ayat di atas cam jin je yg cakap
atau manusia yg di tipu hidup2 oleh jin2 tu

ooo wak tukiran
yg maksud DIDAMPINGI tuuu laaaaa yg di kata: QORIN atau teman yg akrab
yg ni lagi bahaya wooooo
dan ngam habis cam kerbau kena cucuk idung
dgn tuannya pun jadi jin - cam hang leeeee

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:02 AM | Show all posts
orangbesi posted on 26-11-2013 09:01 PM
SEPATUTNYA TAJUK THREAD INI IALAH" MENGENALI PERAWAT YG DIBANTU ATAU MINTA BANTUAN JIN", BUKAN DID ...

dah tajuk pun salah, isinya apa lagi


Kalau jin dampingan ko ada 10000 ekor samada dari saka, sihir atau jin jin yg ko puja, takkan semuanya jadi qarin ko..... hahaha

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2013 12:17 PM | Show all posts
hantukiller posted on 27-11-2013 11:02 AM
dah tajuk pun salah, isinya apa lagi

Saya rasa tiada masalah dengan tajuk, sebab ini suatu perbincangan yang ingin dikongsi. Jika nak kata salah, sila lampirkan dalil2 Al-Quran dan Hadith

Bagi yang dakwa tahu bilangan Jin 10000 ke, sejuta ke, pada seseorang, dari mana dapat tahu? Ada dalilnya? Atau maklumat dari Jin juga pasal bilangan Jin2 pada seseorang?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 03:29 PM | Show all posts
mnm77 posted on 27-11-2013 12:17 PM
Saya rasa tiada masalah dengan tajuk, sebab ini suatu perbincangan yang ingin dikongsi. Jika nak k ...

DAH TENTU TENTU SEMUA ORANG(TERMASUKLAH PERAWAT KE, NABI KE) ADA DAMPINGAN JIN(QARIN), MACAMANA PULAK NAK MENGENALI LAGI??? DAH SEMUANYA ADA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2013 03:33 PM | Show all posts
hantukiller posted on 27-11-2013 11:02 AM
dah tajuk pun salah, isinya apa lagi

dah tajuk pun salah, isinya apa lagi
Kalau jin dampingan ko ada 10000 ekor samada dari saka, sihir atau jin jin yg ko puja, takkan semuanya jadi qarin ko..... hahaha

hang yg salah bawa - kata tajuk plak yg salah
kalau tajuk biasa yg banyak2 tu
tertumpu pada
PERAWAT YG DIBANTU ATAU MINTA BANTUAN JIN
tapi yg ni - pasal perawat2 yg kononnya perawat islam
tak sedar mereka dipergunakan oleh jin2 jeeeee
cam hang le
tak berani ke nak kasi ayat2 rukyah yg hang baca tuuu
takpe nanti aku buka satu thread lagi pasal AYAT-AYAT RUKYAH
   dan penggunaannya secara bathil oleh perawat2
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 03:33 PM | Show all posts
mnm77 posted on 27-11-2013 12:17 PM
Saya rasa tiada masalah dengan tajuk, sebab ini suatu perbincangan yang ingin dikongsi. Jika nak k ...
Bagi yang dakwa tahu bilangan Jin 10000 ke, sejuta ke, pada seseorang, dari mana dapat tahu? Ada dalilnya? Atau maklumat dari Jin juga pasal bilangan Jin2 pada seseorang?
DUIT DALAM AKAUN SENDIRI, SENDIRILAH TENGOK, KALAU DUIT DALAM AKAUN ORANG LAIN, TAPI ORANG LAIN BAGI TENGOK AKAUNNYA, YE BOLEH TAU NILAINYA KAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.342283 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list