View: 1464|Reply: 2
|
Kasih sayang: Indahnya jika dapat dikongsikan
[Copy link]
|
|
Kasih sayang: Indahnya jika dapat dikongsikan
Seorang lelaki bijak pandai di Negara Turkey kerajaan Uthmaniyah ditanya, apakah perbezaan antara orang yang pandai bercakap dengan orang yang sebenar-benarnya memiliki perasaan kasih sayang. Beliau berkata "Kalau kamu ingin tahu perbezaannya maka kamu semua ikut aku pergi meraikan sebuah majlis jamuan esok".
Setelah itu lelaki yang mulia tadi mengarah dibawa semangku besar berisi makanan. Kemudian diminta beberapa orang yang dikenali sebagai suka bercakap tentang kasih sayang tetapi hanya pada lidah sahaja. Mereka dipersilakan mengambil tempat dan diberikan pada setiap seorang satu sudu yang panjang iaitu lebih kurang satu meter setengah.Mereka cuba menyuap dengan memegang hanya pada hujung sudu sahaja tetapi tidak berjaya.
Setelah itu dipanggil sekumpulan kedua dikalangan manusia yang hidup harmoni dan berkasih sayang untuk mengambil tempat dan mereka diberi sudu yang sama panjang. Sebaik sahaja mereka telah diberi arahan mengambil makanan, mereka telah menyuapkan makanan tadi pada mulut rakan-rakan mereka antara satu sama yang lain. Dengan ini setiap orang dapat menjamah makanan yang dihidangkan.
Lalu berkata orang mulia tadi :
Barangsiapa hidup untuk menikmati hidangan dunia ini bersendirian akan sentiasa dalam kelaparan dan barangsiapa yang hidup untuk berkongsi kenikmatan akan kenyang bersama orang yang disayangi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Isk isk...seorang bijak pandai tu..sorang je kat turkey, hmmm....kalau macam tu baik bagi sudu setengah 10 cm....
I guess , ini bukan soal kedua dua group tu ada kasih ke tak der kasih, ini just cara menyelesaikan masalah....awat tak mkn dengan tangan je...ikut sunnah, kan practical...lagi kasih sayang gittew..
Citer ni isk isk...
Mkn haagen dasz...hmm... |
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke?in hunger??? Hmmm....interesting |
|
|
|
|
|
|
| |
|