CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1518|Reply: 1

Siapa tahu? : Cukuplah DIA

[Copy link]
Post time 22-11-2013 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Siapa tahu? : Cukuplah DIA





Hati siapa tidak panas kalau doktor yang menjalankan pembedahan terlewat sejam dari waktu yang sepatutnya. Lantas si ayah melahirkan kekesalannya bila melihat doktor mula berjalan ke laluan bilik bedah dengan langkah selambanya.

“Adakah awak akan berjalan begini sekiranya anak anda sendiri mengalami kesakitan yang anak saya alami sekarang ini” kata si ayah.

“Tuan, bertenanglah , segalanya dalam ketentuan-NYA” jawab doktor.

“Bolehlah awak cakap sebab bukan anak awak yang kena” kata si ayah.

“Apa kata kalau tuan pergi ambil air wuduk dan solat hajat, mohon dimudahkan urusan” kata doktor.

Si ayah memalingkan wajahnya dengan jelingan tajam.

Setelah sejam setengah, doktor keluar dengan keadaan tergesa-gesa dan apabila ia terpandang si ayah, sempat dia mengucapkan ucapan tahniah kerana pembedahan tadi telah berjaya dan selamat.

Belum sempat si ayah menanyakan perkembangan anaknya doktor tadi terus bergegas meninggalkan ruang hospital .

Si ayah mendapatkan anaknya. Kelihatan seorang jururawat wanita sedang mengemas. Lalu si ayah merungut kepada jururawat tadi. Kata si ayah : ”Sudahlah doktor tu datang lewat, dah siap pula dia tak sempat-sempat nak keluar . saya tak tahu apa cerita anak saya".

Wajah jururawat tadi yang tenang menjadi sayu dan seperti menahan sebak dia berkata :

“Tuan, sebenarnya doktor tadi sedang bercuti dan hanya beliau sahaja boleh melakukan pembedahan. semasa kami menelepon doktor tadi beliau sedang berada di sisi jenazah anaknya. Jenazah anaknya ketika itu sedang tunggu untuk dikebumikan”.







BerHati-HatiLah :


Tengah hujan tadi teringat kisah lama.Kadang pedih menyimpan rahsia tapi bila diadukan pada Allah... ada kelembutan salji di dalam hati





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2013 03:05 AM | Show all posts
X laksana tuntutan yg dipikul kelak tersaka...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.043977 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list