CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14545|Reply: 52

[INFO]MANUSIA TIDAK PERNAH MENDARAT DI BULAN

[Copy link]
Post time 22-11-2013 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Aku dengan penuh confident nya mengatakan yang tiada manusia lain yg mampu sampai ke bulan kecuali Rasulullah s.a.w dan inilah pendirian aku sampai bila2 pun.  Pesanan arwah moyang aku dulu amat logic kalau kita tengok dari segi Islam mmg hanya Nabi Muhammad je yg sampai sana melalui peristiwa Israk & Mikraj. Pada aku kita selama ini dipaparkan dgn penipuan terbesar oleh Amerika khasnya NASA. Di bawah ini adalah persoalan dan fakta-fakta yang menguatkan lagi kesahihan pesanan moyang aku tu.  Satu lagi persoalan, apakah hukumnya sebagai seorang Islam yang percaya? Dulu aku masa budak2 mmg la terkesima dan percaya dgn benda2 ni semua (*rasa bodoh pulak hehehe). Sama2 kita fikirkan

Info adalah dari http://mediaserius.com/penipuan-pendaratan-manusia-di-bulan/

Manusia tidak pernah mendarat di bulan ? Persoalannya jika pada 1969 kita telah mendarat di bulan, ketika ini 2011 sepatutnya kita sudah tinggal di bulan. Malah pada masa itu tiada teknologi wireless pada 1969 bagaimana kita boleh mengambil gambar roket berlepas pulang ke bumi. Banyak lagi alasan-alasan yang ditunjukkan di sini yang perlu dijawab..



Antara yang perlu dijawab dengan baik oleh NASA
1 – Kenapa bendera Amerika Syarikat yang dipacakkan ke bulan berkibar? Jika di permukaan bulan tidak ada oksigen dan udara, dengan kata lain suasana hampagas, bendera itu tidak sepatutnya berkibar.  Memang NASA telah meletakkan satu batang paip horizontal pada bendera tersebut, tetapi tidak diletakkan kipas angin untuk membuatkannya berkibaran dan bergoyang-goyang. Jika hanya diletakkan batang paip, maka sepatutnya bendera itu hanya tegak diam-diam, bukan menari-nari seperti ditiup angin.


2 – Tidak ada kesan hentaman jet modul pendaratan pada permukaan bulan. Sepatutnya ada kesan berlepas dan tapak-tapak kaki angkasawan berdekatannya akan terhapus. Tetapi tapak-tapak kaki di situ masih wujud.

3 – Tapak kaki angkasawan tersangat jelas. Sedangkan graviti di bulan tidak kuat. Permukaannya tidak lembab. Tetapi kesan tapak kaki tersebut seolah-seolah permukaan di situ lembab dan tarikan gravitinya kuat.  Debu-debu di permukaan bulan dikatakan sangat nipis, tetapi mengapa masih wujud kesan tapak kaki yang dalam dan jelas.


4 – Pergerakan para angkasawan di bulan jika dilajukan filemnya sedikit akan menunjukkan pergerakan yang sama jika mereka di bumi. Bermakna filem yang merakamkan pergerakan-pergerakan mereka itu kemungkinan besar telah di gambar gerak perlahankan (slow motion).

5 – Batu-batu yang dibawa pulang adalah serupa dengan batu-batu yang dikumpul pada ekspedisi saintifik ke Antartika.  Kemungkinan batu-batu itu adalah meteor-meteor yang jatuh ke bumi.

6 – Bayang-bayang yang wujud pada subjek-subjek di permukaan bulan seperti yang dirakam oleh NASA kadang-kadang tidak menepati yang sepatutnya berlaku. Contohnya, arah muncul bayang tidak kena dengan arah cahaya matahari. Lagi pun angle kamera yang diambil bukan matahari membelakangi jurugambar. Jika matahari membelakangi jurugambar, logik lah bayang dilihat menuju arah yang berlainan sedikit, kerana perspektif jurugambar dari bayang tersebut.

7 – Seolah-seolah digunakan tali lutsinar dari atas disangkut pada angkasawan-angkasawan itu yang kadangkala dapat kelihatan dalam video rakaman NASA.

8 – Kesemua 6 kali pendaratan manusia di bulan dilakukan pada masa pemerintahan Presiden Nixon, dan tidak ada satu pun selepas zamannya hinggalah sekarang.  Zaman dulu mudah untuk menipu dan memainkan pemikiran orang, tetapi cuba buat zaman sekarang. Silakan NASA hantar seorang ke bulan sekarang kalau dapat, sedangkan teknologi sekarang jauh lebih maju.

9 – Suasana langit ketika di permukaan bulan adalah hitam gelap pekat. Tetapi kenapa sampai langsung tidak nampak bintang di langit? Sedangkan atmosferanya bukan macam bumi, yang ketika matahari memancar terik di atas langit jadi biru.  Tetapi alasan aperture kamera dan setting-settingnya untuk mengelakkan over expose mungkin munasabah.

10 – Perekabentuk kamera untuk misi ke bulan itu iaitu Jan Lundberg juga mengakui hairan melihat keadaan gambar-gambar yang diambil oleh angkasawan. Dengan hanya cahaya bersumber dari matahari, tanpa flash kamera, mustahil wujud pencahayaan seperti yang dirakamkan. Dengan beberapa bayang-bayang wujud ditempat yang salah. Dan bagaimana kamera yang disangkut ke dada angkasawan itu, boleh merakam gambar-gambar yang jelas dan kemas, sepertimana diambil oleh jurugambar professional.
Dan banyak lagi keadaan-keadaan lain yang jelas lagi membuktikan bahawa pendaratan di bulan itu hanyalah satu hoax. Dan mengikut kajian para pengkaji teori konspirasi, semua aktiviti yang kononnya di permukaan bulan itu dibuat di dalam studio dan juga di sebuah kawasan padang pasir yang top secret di AS yang diberi nama Area 51.
Setelah bertahun-tahun NASA dituduh memalsukan pendaratan di bulan, baru kini mereka tampil dengan gambar-gambar kononnya bukti pendaratan manusia di bulan itu adalah betul-betul berlaku?
Gambar-gambar permukaan bulan yang terbaru itu dirakam oleh Lunar Reconnaisance Orbiter (LRO). Mereka mengatakan ianya jelas menunjukkan kesan tapak kaki angkasawan, lunar rover dan tanda-tanda kesan bakar kapal angkasa.
Sedangkan mereka mempunyai teleskop-teleskop yang berkeupayaan mengambil gambar permukaan matahari yang lagi tersangat beza jauhnya. Dapat zoom ke planet-planet lain dan galaksi-galaksi lain, takkan gambar permukaan bulan setakat itu saja mereka mampu? Kenapa tidak bawakan imej yang lagi dekat dan jelas?
Lagi pun sekadar gambar-gambar ini, amat mudah untuk dipalsukan. Zaman Photoshop kalau setakat bawa gambar begini, bagaimana untuk dijadikan hujjah? Takkan ini saja yang NASA boleh lakukan, setelah mengambil masa bertahun-tahun untuk membawakan bukti bergambar?
p/s : Wallahu a’lam
Last edited by medangmru on 1-12-2013 09:20 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 11:37 AM | Show all posts
aku mmg tak percaya pun. cuba pikir...zaman perang dingin...russia org pertama pergi ke luar bumi. keliling bumi. kenapa mereka tak teruskan je keluar dari bumi dan ke bulan? punca dia adalah masalah radiasi diluar bumi.

saintis mengatakan jika lapisan ozon kita tiada langsung suatu hari nanti. seluruh air dilautan akan kering, bumi akan terbakar. seperti planet marikh. jadi adakah logik angkasawan mampu keluar dari bumi hanya dgn baju yg senipis itu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 11:40 AM | Show all posts
lompatikam posted on 22-11-2013 11:37 AM
aku mmg tak percaya pun. cuba pikir...zaman perang dingin...russia org pertama pergi ke luar bumi. k ...

betul tu..lagi satu bulan kan bercahaya, walaupun xlah sepower matahari, dah tentu ianya panas kan? terfikir pasal tu sampai skrg nih..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 11:47 AM | Show all posts
aku penah baca.. semua tu dlm studio je..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 12:08 PM | Show all posts
akupun tak pernah percaya manusia ni sudah jejakkan kaki ke bulan
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 12:17 PM | Show all posts
ko caye ke ngan amerika budus ni? kalu part aerospace ni yg 1st semua russia us tarak pun tadak..sbb dia nak poyo so dia kata org dia 1st gi bulan...cam hampeh je kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2013 01:25 PM | Show all posts
Memang tak percaya la manusia boleh jejak bulan... tak de sapa yang boleh kecuali Rasulullah

Amerika propa je tu..hampeh... dorang sampai kat satu tempat yang seakan bulan...tapi entah2 hoax juga


Cemuih dah aku bila US dok canang satu donia depa land on the moon

US buat citer dongeng lagi...siannn...

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 02:20 PM | Show all posts
NBM posted on 22-11-2013 11:40 AM
betul tu..lagi satu bulan kan bercahaya, walaupun xlah sepower matahari, dah tentu ianya panas kan ...

NBM bulan x de cahayanya sendiri la.. dia cuma memantulkan cahaya dari matahari ja. bab panas tu memang betul la x sepanas matahari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 02:27 PM | Show all posts
dedulu kekecik aku caya lah..skang dah besor,dah tau sume agenda yahudi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 02:32 PM | Show all posts
aku pernah dengar, US  belanjakan juta-juta buat kajian supaya dakwat pen tak kering di angkasa lepas, sekalinya Russia gunakan pensel 2B je...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:23 PM | Show all posts
aku salah masuk bod MPS ke...??? bukan ke sepatutnye masuk bod peristiwa dunia atau Lagenda,mitos dan sejarah ke...???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 03:37 PM | Show all posts
mnSK posted on 22-11-2013 03:23 PM
aku salah masuk bod MPS ke...??? bukan ke sepatutnye masuk bod peristiwa dunia atau Lagenda,mitos da ...

tu laa dah post baru perasan, nak tukar aku x tau dah caner nak buat..mintak mahapp
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:50 PM | Show all posts
saya pun tak caya manusia pernah ke bulan, kalau pernah kenapa tidak ada lagi misi ke bulan berkali kali sedangkan teknologi masa kini jauh lebih maju dari dulu, kalau alasan masalah kewangan tipu lah
rusia pun tak boleh..
penipuan dunia..sampai masuk dalam sejarah dan exam...yahudi licik menipu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 03:53 PM | Show all posts
cik_ainol posted on 22-11-2013 03:50 PM
saya pun tak caya manusia pernah ke bulan, kalau pernah kenapa tidak ada lagi misi ke bulan berkali  ...

kaannnn...sakit hati pulak kena menghafal benda2 x betul sb nak jawab exam kannn...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:57 PM | Show all posts
mnSK posted on 22-11-2013 03:23 PM
aku salah masuk bod MPS ke...??? bukan ke sepatutnye masuk bod peristiwa dunia atau Lagenda,mitos da ...

ha tu la pasal...aku bab2 propaganda ni malas nak melayan....
us tu bukan sbb nk sampai ke bulan sangat pun....dia pun bukan peduli kita percaya x...
cuma masa cold war tu dia menang la dengan hoax ni sbb russian percaya....
kalau kantoi sekarang pun xde pekdah pun...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 04:02 PM | Show all posts
NBM posted on 22-11-2013 03:37 PM
tu laa dah post baru perasan, nak tukar aku x tau dah caner nak buat..mintak mahapp

try tanya momod, kot2 dorg buleh tolong tukarkan...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 04:33 PM | Show all posts
NBM posted on 22-11-2013 03:37 PM
tu laa dah post baru perasan, nak tukar aku x tau dah caner nak buat..mintak mahapp

x kisah sbb ianya bersangkut paut dengan misteri jugak...misteri yg belum terungkai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2013 11:11 PM | Show all posts
coco_chanel posted on 22-11-2013 01:25 PM
Memang tak percaya la manusia boleh jejak bulan... tak de sapa yang boleh kecuali Rasulullah

Amer ...

Amerika kan gila kuasa, perasan dia la yg paling powerful
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:32 PM | Show all posts
Tak kisahlah, sekarang mrk dah teroka angkasa yg lebih jauh dari bulan.... Kita? Harap2 akan lahir pakar angkasa ( bukan pelawat angkasa) dari Malaysia soon
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 07:56 AM | Show all posts
Paling aku tak percaya ialah, berapa banyak kali nak bukak thread ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.143022 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list