CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3905|Reply: 29

mencari redha ibu

[Copy link]
Post time 20-11-2013 08:00 PM | Show all posts |Read mode
salam

sy dalam kondisi yg sgt 'fragile' saat ini. segala mcm usaha yg dibenarkan syarak, doa dn slt saya usahakan. tp terasa masih belum makbul doa2 sy dan jodoh pun berat. kadg2 terasa rezeki sy sgt mahal!!.semalam sy terasa mgkn sy byk dosa, byk abaikan perasaan mak sy, jd sy cuba merenung diri. bagaimana sy nak dpt keredhaan mak. sebab bukan ke keredhaan Allah terletak pada keredhaan mak ayah. sy pun terpikir kalau mak redha mesti doa sy senang makbul..x perlu sgt nak sedekah sana sini, mintak org nu doa org ni doa.
doa mak je dah ckup..
tolong nasihat dan bagi pencerahan kpd sy.
sy sgt sedih.kd2 hilang semngt nak melakukan amalan.astaghfirullahal'azim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 08:55 PM | Show all posts
Maaf bertanya..tt gado ngn mak tt ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 10:00 PM | Show all posts
kenape ye?


awak dalam keadaan 'feeling low' sebab sesuatu atau berhadapan dengan sesuatu ke sejak kebelakangan ini?

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 10:06 PM | Show all posts
tentang doa ni u know...

kita berdoa ,dan Allah

sama ada makbulkan doa itu - fine

atau

ALLAH GANTIKAN DENGAN LAIN ( yg LEBIH BAIK dalam PENGETAHUAN-NYA ) ini wow u know...ujian dan ALlah has better plans for you , heeeee....wellhard to digest, painful to swallow but well you will learn tinggi rendah langit ...yup...dan kat sini anda kan tahu bahawa u know...iktikad yg ALLAh sentoasa menolong dn mendengar rintihan , rengekan , rintihan hamba-nya dalam air mata dalam solat akan didengari, dimaklumi malah dilihati-Nya pun...

so keep on praying ALLAh loves you saying His  name...



atau ALLAh tangguhkan permintaan anda dan balasnya

DI ALAM KEKAL - nahhhh.....gembira tak ....

di alam akhirat kekal itu anda mendapat doa itu

so

la tahzan?

jgn bersedih

senyum


okay?

no reason untuk bersedih , terkilan may be a bit but alas.....u know...headed on with life

buka mata luas luas, fikirkan nikmat ALLAH kat awak

rezeki dia kat awak

pemberian DIA kat kita u know

Dia ambil rezeki di aspek lain , DIA bagi kitasatu jalan yg kita tak sangka

uknow....

celebrate and embrace life with gratitute ....


Allah letakkan kita di dalam alam yg penuh excitement dan bebenda untuk kita perhati, selidik , syukur  , dan sujud pada-Nya tanpa syarat,
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 10:08 PM | Show all posts
learn to smile and say

I Am stronger than this...well Allah gives me this ( read: ujian ) so , I insya ALLAH can overcome this.

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 03:21 PM | Show all posts
salam

Ketika kita masih kecil,
ibu dan bapa kita merupakan segala-galanya untuk kita.
Merekalah insan yang membawa
  • kebahagiaan dan
  • kegembiraan
kepada kita.

Mereka jugalah merupakan
  • wira atau
  • jaguh
kepada kita.

Kita melihat bagaimana ibu dan bapa kita
meskipun sibuk dengan pekerjaan
namun mereka masih mempunyai tenaga untuk
  • mendidik kita,
  • bermain dengan kita,
  • menghantar kita ke tempat-tempat menarik dan
  • sebagainya.
Merekalah yang telah d'pilih Allah s.w.t. untuk merawat kita dalam
  • kesakitan dan
  • memelihara kita
daripada segala
  • bahaya dan
  • ancaman.

Kita terpaksa bergantung kepada mereka untuk segala keperluan kita.

wassalam



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2013 03:30 PM | Show all posts
*sambungan ..

salam

Kemudian pada suatu masa kita dapati wira dan wirawati yang pernah
mampu melakukan segala-galanya untuk kita mula berubah.

Mereka sudah tidak sekuat dahulu.
Kaki yang dahulunya mampu untuk membawa kita ke pelbagai tempat,
tiba-tiba tidak lagi bermaya meskipun untuk memanjat beberapa anak tangga.

Mereka yang pernah suatu ketika selalu riang ..
menjadi mudah tersinggung perasaannya tanpa kita sedari.

Itulah sunnatullah dalam kehidupan ini.
Manusia akan berubah bukan hanya daripada sudut fizikal
tetapi juga daripada sudut emosinya dengan meningkatnya umur.

Ini bukan suatu penyiksaan bahkan suatu kelebihan yang d'berikan Allah s.w.t.
kepada insan agar mereka ketika waktu senja ..
mereka dapat lebih memberikan tumpuan ..
kepada tempat pulang mereka yang abadi d'sisi Allah.

Jika pada waktu mudanya manusia akan
  • sibuk mengejar kemewahan material,
  • sibuk dengan pekerjaan dan
  • urusan hidup.
Namun apabila mereka mula menua,
semua nikmat itu d'kurangkan agar mereka dapat
lebih ingat akan ketibaan saat kematian yang pasti.
Ia d'gantikan dengan kelebihan jiwa yang lebih
  • sensitif dan
  • lunak
agar lebih mudah dekat pada Allah s.w.t.

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 03:38 PM | Show all posts
*sambungan ..

salam

Ketika perubahan ini berlakulah maka Allah s.w.t.
mengingatkan kita sebagai anak didalam surah Al-Isra' ayat 23:
۞ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا‌ۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا
23. “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya kamu tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata
dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali
sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan “ah” dan janganlah engkau menengking,
menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Allah s.w.t. Maha Mengetahui keadaan emosi manusia pada waktu tua.
Oleh itu, Dia mengingatkan manusia untuk amat berhati-hati
dalam hubungan dengan ibu bapa dan jangan menuturkan sesuatu perkataan pun
yang mungkin mempunyai nada yang menyinggung perasaan mereka.

Untuk mereka yang sudah menjadi ibu dan bapa d'dalam Forum ini sekarang,
mereka pasti mengetahui bahawa membesarkan anak itu bukanlah sesuatu yang mudah.
Pelbagai pengorbanan kesenangan dan keselesaan serta kadang kala kesengsaraan
yang perlu d'lalui ibu dan bapa di dalam membesarkan anak-anak.

D'atas pengorbanan inilah maka kedua ibu dan bapa kita
d'berikan oleh Allah s.w.t. darjat yang tinggi.
Oleh itulah, kita dapati hadith Nabi s.a.w
yang d'riwayatkan oleh Ibnu Hibban d'dalam Shahihnya yang bermaksud:
“Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan orang tua dan
kemurkaan Allah itu juga terletak pada kemurkaan orang tua.”

wassalam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2013 03:44 PM | Show all posts
*sambungan ..

salam

Kadang kala ..
kita keluar mengembara mencari doa orang-orang yang soleh beribu batu jauhnya.

Tetapi kita lupa kemuliaan yang ada pada kedua ibu bapa d'rumah
serta makbulnya doa mereka untuk kita .

Santunilah mereka selagi ada peluang .
Jangan kita sia-siakan mereka ..
kerana pada mereka terletak kunci
  • keberkatan dan
  • syurga.

Semestinya d'dalam
  • menyantuni dan
  • menjaga
ibu bapa yang sudah berumur
terdapat cabaran-cabaran tersendiri,
sama sepertimana kita membesarkan anak.

Namun ada beberapa perkara dapat d'perhatikan ..
agar ia tidak terlalu menyulitkan .

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 04:04 PM | Show all posts
*sambungan ..

salam

Pertama:
Tanggungjawab menjaga ibu bapa adalah amanah ..
yang d'pikul sama d'antara anak lelaki dan perempuan.

Hanya kerana ada d'antara adik beradik kita telah menjaga ibu dan bapa,
itu tidak bermakna kita boleh berlepas tangan.

Kita wajib berkongsi sama dan menjaga mereka dengan adil.
Kita harus memberi sokongan
  • emosi,
  • kewangan dan
  • tenaga
kepada mereka yang menjaga ibu bapa kita sepenuh masa.

Jika saudara kita sudah kepenatan merawat mereka
maka kita pula perlu memain peranan membantu agar mereka dapat
  • juga berehat dan
  • bersama keluarga mereka.

Kedua:
Kita perlu membetulkan pandangan ..
bahawa menjaga ibu dan bapa
meskipun ada kalanya mencabar,
adalah bukan suatu bebanan
bahkan ia membawa keberkatan.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda d'dalam hadith yang d'riwayatkan Imam Muslim:
"Celakalah, celakalah, celakalah.”
Ditanyakann kepada beliau:
“Siapakah yang celaka wahai Rasulullah?”
Beliau bersabda:
“Siapa saja yang menemui orang tuanya yang sudah tua,
salah satunya atau keduanya kemudian tidak dapat masuk syurga."  

Janganlah sampai kita terlepas peluang meraih syurga.
Pastikan kita berusaha berkhidmat kepada ibu bapa
sehingga apabila ajal datang menjemput mereka ..
moga kita tidak merasa terkilan dan menyesal.

Ingatlah apabila mereka sudah d'undang Allah s.w.t.,
maka hilang satu keberkatan yang tidak ternilai daripada kehidupan kita.


Tanamkan d'dalam anak-anak kita nilai dan
cinta kepada orang tua dengan kita sendiri mengasihi dan menjaga mereka.

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 04:11 PM | Show all posts
*sambungan ..

salam


Ketiga:
Pastikan kita mengenang ibu dan bapa selalu d'dalam doa kita setiap masa.  
sama ada ibu dan bapa kita masih bersama ataupun sudah tiada ..
jangan pernah putus mendoakan kesejahteraan dan kebaikan mereka.

Sekurang-kurangnya ingatlah apa yang d'ajarkan oleh Allah s.w.t.
d'dalam surah Al-Isra’ ayat 24:
وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
23. “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya
kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):
Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya
  • memelihara dan
  • mendidikku
  • semasa kecil.”

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 04:17 PM | Show all posts
*sambungan ..

salam

Ibu bapa kita tidak pernah bakhil d'dalam mencurahkan kasih sayang kepada kita
sehingga kita ini dapat hidup dengan baik.

Oleh itu,
sekiranya mereka ada melakukan kesilapan ..
hendaklah kita berusaha memaafkan kelemahan itu.
Jangan biarkan syaitan
  • menguasai dan
  • menghasut
kita ini menjadi anak yang kemudian durhaka dan gagal meraih syurga.

Semoga Allah s.w.t. memberi kita
  • keikhlasan dan
  • kekuatan
untuk terus berkhidmat kepada orang tua kita ..

sama ada mereka masih d'dunia mahupun telah meninggalkannya.

Semoga Allah s.w.t. mengampunkan
  • dosa dan
  • noda
ibu dan bapa kita dan mencurahkan rahmahNya ke atas kita semua.

Amin Ya Rabbal Alamin ..

wassalam



p/s ..
.. TammaT ..

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 04:54 PM | Show all posts
Talking about keredhaan ibu ni..

Iols nak share my story la..

Actually sepanjang I hidup kan..i memang ada simpan satu luka di hati I terhadap my mom..

And sometimes I blame her I ungkit cara dia didik kami..

Now entah I kadang kadang rasa mcam terasa berdosa je…
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 05:07 PM | Show all posts
kisah kita hampir serupa..ats mungkin byk sebab mengapa rezeki tidak melekat dan berkat...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 06:18 PM | Show all posts
salam


Dari Ibnu Mas’ud r.a.
bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.;
‘‘Manakah amal yang lebih utama?’’,

Rasulullah s.a.w. menjawab;
  • ‘‘Sembahyang dalam waktunya,
  • berbakti kepada ibu bapa dan
  • berjuang di jalan Allah.’’

Sahih Bukhari

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 09:41 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

harap ini dapat membantu dan harap boleh faham arab atau subtitle bahasa inggeris



"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.  (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;  Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).  Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya)
Surah Nuh 10-13

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”(Riwayat Abu Daud)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2013 12:09 AM | Show all posts
NorAddin posted on 21-11-2013 04:04 PM
*sambungan ..

salam

alaaaaa...u ni tulis sedih sedih janganlaaaaaa.....tang part mak ayah diundang Allah tu....

tapi .. u know ...if anything, hati dah lega bilamana mom and abah says , we all  redha ....hmm....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 12:10 AM | Show all posts
macam twrasa satu scenario hunger games...catching fire
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 06:22 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 26-11-2013 12:09 AM
alaaaaa...u ni tulis sedih sedih janganlaaaaaa.....tang part mak ayah diundang Allah tu....

tap ...

salam

haha ..
well .. if they all redha .. then Alhamdulillah syukran ..
yap .. worry not ..



Oh .. if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you ..


wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:35 PM | Show all posts
NorAddin posted on 27-11-2013 06:22 PM
salam

haha ..


i have been meaning to ask you this...

yg penting kan

selama i faham

redha ibu
redha ayah ni - ? jarang

kedua ialah biasa dengar dan lihat ungkapan :  redha ibu bapa?

so ...hmm ...dari pandangan Islam ...macam mane ye?

tapi yg mana Quran dan hadith tekankan?

mohon penerangan.

sebab i know yg dekat di hati saya dan buatkan apa apa pun yg stress jadi tenang ialah Allah , dan ALLAh telah anugerahkan saya ibu yg  compatible dengan my perangai hehehee

so i just wondering ...that question.

sebab nak tahu jugak. Last edited by mbhcsf on 27-11-2013 11:37 PM

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.150540 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list