CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3871|Reply: 3

KISAH BENAR ... KAWANKU..

[Copy link]
Post time 12-11-2013 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Ni ceritanya:

"Ayah.. kena tinggal kat sini jugak ke?" tanya Ina dengan penuh harapan agar ayahnya membawanya sekali berpindah ke Lahad Datu, Sabah, memandangkan ayahnya dinaikkan pangkat.

"Tinggal je di sini, tiap-tiap bulan ayah akan contact selalu", kata ayahnya

Ina tidak bersetuju dengan ayahnya yang inginkannya tinggal bersama tok dan tokwannya  kerana ayahnya tidak mahu menganggu pelajaran anak nya yang ketika itu berjaya masuk ke kelas Sains Tulen. Ina berpendapat belajar di mana pun sama, antara kita yang pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ataupun tak.

Ina terpaksa bersetuju dengan kehendak ayahnya. Ayahnya telah menyerahkan Ina bersama adiknya, Nuri kepada tok dan tokwan belah ayah, dan adik lelaki diserahkan kepada keluarga mentua ayah (keluarga ibunya). Ibu pula tidakberani melawan ayah, walaupun sebelum ini ibu tak sekali kali akan menyerahkan anaknya kepada orang lain hatta ibu bapanya sendiri. Ayah berfikiran akan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka sekeluarga disebabkan mereka memang punya sedikit krisis keluarga.

"Inaa... Nurii.. jom pergi kedai" jerit ibu saudaranya. Sekarang ibu saudaranya yang dipanggil Mak Njang itu sudah mempunyai pembantu sejak Ina dan Nuri menetap di rumah itu. Setiap hari, Ina dan Nuri akan menolong Mak Njang nya bersama suaminya (Pak Njang), di kedai makan yang mana rata-rata pelanggannya adalah orang-orang FELDA yang meloading buah sawit, pemandu lori buah sawit dan pemandu treler.Kedai makan tersebut
sangat strategik kerana laluan sibuk para peladang FELDA. Kebiasaannya, Ina dan Nuri sangat sibuk membasuh pinggan, mengambil pesanan pelanggan, dan membuat air.

"Apa ni buat kerja lambat sangat!!! pelanggan dah ramai ni, jangan nak menonong je!!!" jerit Pak Njang yang sangat baran itu. Pantang buat silap, ada saja suara tingginya itu terhambur. Mak Njang hanya tersenyum di hujung meja pembayaran. Setiap hari Ina dan Nuri berhadapan dengan kata-kata kasar. Lebih teruk, adik Ina, Nuri selalu di hamburkan dengan kata kata kasar kerana memang Nuri agak lembut apabila melakukan sesuatu kerja. Ina hanya mampu menahan geram dengan sikap mereka tetapi tidak mampu berbuat apa apa kerana mereka tidak ada sesiapa dan tempat untuk mengadu. Ina hanya mampu diam seribu makna.

Setiap hujung bulan, Ina dan Nuri akan menolong tok (yang sebenarnya adalah isteri kedua tokwannya), namun mereka masih dianggap keluarga dalam islam kerana satu bapa, membuatkan Ina dan Nuri wajib menerima dan hormat tok nya itu.

Setelah beberapa bulan Ina dan Nuri bersekolah dan cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran di sana, Nuri tidak dapat lagi menghadapi persekitaran baru. Disebabkan mindset keluarga di sana yang sudah mempunyai krisis keluarga. Tetapi, Ina terus terusan memberi semangat kepada Nuri kerana bimbang Nuri akan menceritakan perkara yang buruk dan tidak mahu bimbangkan ibu dan ayah yang berada jauh seberang Laut China Selatan. Namun, Nuri tekad untuk menceritakan segalanya kepada ibu dan ayahnya semasa mereka akan pulang untuk berhari
raya di Sabah... Ayah mereka merupakan seorang pekerja kilang FELDA kilang sawit. Segala tiket penerbangan MAS pergi dan balik adalah ditanggung sepenuhnya kilang ayahnya bekerja.

Dua tiga hari sebelum raya aidilfitri, Ina, Nuri dan Nizam berangkat pulang untuk berhari raya bersama ibu dan ayah mereka. Nuri lega sebentar kerana dapat melepaskan diri dari keluarga di semenanjung itu. Pertama kali dia merasakan sangat menghargai masa-masa yang terluang bersama ibu dan ayanhnya memandangkan selama ini tidak pernah berpisah. Peluang bertemu dengan keluarga di Sabah amat-amat digunakan sepenuhnya.

Di Sabah, mereka juga mengetahui yang Nizam tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Dia sanggup melawan kata-kata orang tua kerana tidak tahan dengan layanan mereka. Nuri juga menceritakan keadaan sebenar, dan ibunya bersedih mengetahui keadaan anak-anak nya itu. Ibu mereka tekad untuk membawa anak2 bersekolah di Sabah, tetapi ayah enggan. Entah kenapa, dan apa yang ayah fikirkan idea untuk meninggalkan mereka bersekolah di semenanjung adalah pendapat yang bijak. Kadang kala, Ina terasa dibuang oleh ayahnya kerana sampai hati ayah tinggalkan mereka jauh di perantauan. Mereka perlukan tempat mengadu.

Terasa sedih apabila berada di Airport Lahad Datu, Sabah yang mengambil masa dua jam untuk sampai dari Bandar Chenderawasih, Sabah. Mereka tidak merasa hari-hari yang berlalu itu, sedar tak sedar mereka harus pulang ke semenanjung. Sayu hati mereka akan meninggalkan keluarga. Semasa trip ke Kuala Lumpur dipanggil utk menaiki kapal terbang MAS, terdengar suara tangis yang kuat dari adik bongsu mereka, Adam. Ibu puas memujuk tetapi dia tak mahu diam. Mereka terpaksa keluar dari lapangan itu untuk menaiki penerbangan yang sedang menunggu mereka yang hanya lagi sepuluh minit akan berlepas. Setelah semua penumpang melalui pegawai yang memeriksa tiket, pintu ditutup. Dari jauh terdengar sayup-sayup suara Adam menangis dan mengetuk ngetuk pintu yang telah ditutup itu kerana melihat abang dan kakak-kakak nya pergi. Mereka bertambah tambah sebak apabila juruterbang menghidupkan enjin kapal terbang dan meneruskan perjalanan. Ina memandang sekilas adiknya, Nizam, menitis air matanya dalam diam, dan mata Nizam nampak kemereh merahan kesan terlampau sedih. Ina tak dapat menahan titisan air mata
dari keluar sehingga dia tertidur letih menangis.

Last edited by ISTRIMITHALI on 10-11-2014 09:46 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2013 04:51 PM | Show all posts


sambung,sambung!
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak hapdet ke ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 05:46 PM | Show all posts
Esmiria posted on 10-11-2014 09:04 AM
Tak hapdet ke ni?

kehkeh.. ni cite lame.. saje nak try2.. haha.. baca balek..mcm ntah pape je.. haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.059061 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list