|
Takiyuddin Hassan
"PENDEKATAN terbaik ialah Khairy Jamaluddin Abu Bakar sendiri memanggil barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan duduk berbincang."
Itu kata Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan mengenai kemelut yang melanda badan induk bola sepak kebangsaan itu, ekoran terpalit dengan beberapa isu sehingga menjadi sasaran kritikan Menteri Belia dan Sukan sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, Khairy berhak membuat teguran terhadap persatuannya namun biarlah berlandaskan platform yang betul dan bukan secara terbuka di mana ia dilihat boleh menimbulkan lebih banyak polemik.
“Dalam kes ini, ia seperti teguran seorang bapa terhadap anaknya. Beliau bertanggungjawab kepada semua persatuan sukan dan kami (FAM) juga tidak terkecuali untuk menerima nasihat atau teguran daripadanya.
“Namun dengan membuat teguran secara terbuka, rasanya tidak sesuai dan jalan terbaik ialah memanggil pihak FAM. Saya percaya kami pun hendak tahu apa interpretasinya terhadap FAM dan berharap beliau bersedia mendengar masalah kami," katanya.
Takiyuddin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) berkata demikian kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin bahawa beliau sudah bosan ekoran badan bola sepak kebangsaan itu dikatakan tidak mahu menerima teguran.
Menurutnya, sejak dilantik menjadi menteri Mei lalu, Khairy Jamaluddin tidak pernah memanggil barisan kepimpinan FAM untuk duduk semeja dan berbincang mengenai pembangunan bola sepak negara.
Tambahnya, FAM sentiasa bersikap terbuka dan dakwaan persatuannya tidak boleh menerima kritikan adalah tidak tepat kerana pihaknya turut bertanggungjawab untuk memajukan pembangunan bola sepak negara.
“Beliau seorang menteri yang mempunyai visi yang jelas tetapi beliau tidak boleh cepat ‘fed-up’ dengan apa yang berlaku ketika ini. Cabaran mengendalikan bola sepak semakin sukar tetapi FAM akan terus menjalankan tugas dan membantu beliau sebaik mungkin,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak bincang FAM la kena jumpa KJ.
Dah sah2 Menteri tak leh masuk campur urusan FAM.
Sebab tu KJ hanya mampu kritik sebab dah berkerak! |
|
|
|
|
|
|
|
Khairy berhak membuat teguran terhadap persatuannya namun biarlah berlandaskan platform yang betul dan bukan secara terbuka di mana ia dilihat boleh menimbulkan lebih banyak polemik. Sejak dilantik menjadi menteri Mei lalu, Khairy Jamaluddin tidak pernah memanggil barisan kepimpinan FAM untuk duduk semeja dan berbincang mengenai pembangunan bola sepak negara. Apa tunggu lagi dah lebih 5 bulan... jadi menteri
|
|
|
|
|
|
|
| |
|