CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13196|Reply: 143

Makan Dalam

[Copy link]
Post time 8-11-2013 02:12 PM | Show all posts |Read mode
‘Moody’ adalah biasa bagi gadis yang sedang ‘datang bulan’. Ada saja yang tak kena dan emosi memang tidak stabil membuatkan rasa marah mudah saja berlaku jika salah percaturan.

Tapi lelaki yang ‘moody’ pula adalah kerana sikap-nya yang suka memendam rasa atau menyembunyi masalah hingga akhirnya emosi itu menyerang fikiran dan meletus hingga bertindak di luar jangkaan.
Begitulah teruk ‘mood’ jika salah dikawal. Semua benda boleh terbalik kerana ketika itu, jiwa memberontak dan hanya inginkan rasa puas tanpa fikir kesannya kemudian hari. Namun tidak semua individu ‘moody’ itu tidak baik sebaliknya mereka hanya terjerat dengan sikap begitu.

Tapi ada juga sebab lain yang boleh mengganggu ‘mood’ seseorang termasuk individu yang gemar mengkritik dan mengomel tanpa alasan konkrit. Mereka hanya suka memberikan komen negatif dan berfikir buruk sebelum mengetahuinya lagi.


Jiwa suka merungut-rungut, selalu tidak puas hati. Orang yang demikian tidak pernah menikmati sejahtera dan istirahat di dalam jiwanya. Itulah yang menyebabkan ‘mood’ mereka kemudiannya terganggu.

Kemudian individu yang pendiam dan jenis yang ‘makan dalam’. Hati sempit dan suka berdendam. Dendam yang tidak dibuang atau diluahkan akan membuat dirimu tidak sejahtera.

Hati yang sempit tidak mudah melupakan kesalahan orang lain dan akan selalu mengikat dirimu untuk tidak bisa menikmati sejahtera yang sungguh-sungguh. Ini kerana jiwa itu tidak tenteram dan hanya memikirkan soal tidak puas hati itu saja.

Alasan ketiganya adalah individu yang suka merasa iri kepada orang lain. Iri hati adalah kanser yang menghancurkan dalaman jiwa secara perlahan tanpa disedari. Malah lebih kronik, individu yang mempunyai sikap sebegini ada kalanya tidak sedar akan sikapnya itu.

Sebab keempat yang boleh mengganggu ‘mood’ adalah mereka yang suka marah. Mengapa seseorang marah? Kerana terlalu tertekan dengan keputusan atau keinginan hati yang tidak berjaya dipenuhi. Atau mungkin kerana marahkan keadaan dan benda sekeliling.

Marah membuktikan yang seseorang individu itu sudah tidak berdaya. Marah hanya menyelesaikan kerisauan yang ada di dalam dirimu lalu melemparkannya kepada orang lain hingga mengundang rasa tidak selesa.

Itu adalah sebab yang akan mengganggu ‘mood’ seterusnya merosakkan fokus.
Terakhir, sebab kelima yang boleh merosakkan ‘mood’ seseorang adalah kerana rasa takut. Ia adalah suatu perasaan yang membuat seseorang tidak stabil, sentiasa rasa tidak selamat atau dalam bahaya dan timbul saat keadaan di luar kawalan kita.

Sebenarnya yang penting bukanlah kita mampu mengawal situasi atau tidak, sebaliknya mampukah kita mengawal hati kita sendiri. Tiada siapa mampu mengawal perasaan dalam jiwa kita melainkan diri sendiri.

Justeru jangan ada rasa takut terutamanya dengan individu lain kerana kita perlu terap dalam jiwa yang rezeki itu milik Allah dan ia sudah merencana jalan terbaik untuk hamba-Nya.

Jika bukan untuk kita, jangan sekali mempertikaikan orang lain kerana itu akan menjurus perasaan dengki, iri dan benci dalam jiwa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2013 02:13 PM | Show all posts
ku seru nama @somaki @miawpink

sila bace..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 02:17 PM | Show all posts
tak semua pompuan period yang emosi nya celaru...

rumusan nya bagus artikel ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2013 02:19 PM | Show all posts
miawpink posted on 8-11-2013 02:17 PM
tak semua pompuan period yang emosi nya celaru...

rumusan nya bagus artikel ni

aaah miaw.. i kalau period tak de plak moody
tapi sakit pinggang ye.

pastu rasa nak tido
haha


Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 02:20 PM | Show all posts
saya mengalaminyer..

tetapi tak menentu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2013 02:21 PM | Show all posts
@aQuA_dIaMoNd uolss kuat moody bila period kannn.

baik ngaku
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-11-2013 02:22 PM | Show all posts
intan_smsb posted on 8-11-2013 02:20 PM
saya mengalaminyer..

tetapi tak menentu

i kalau peod paling kuat pun sengugut je la.

tapi tak selalu la.

jarang2 hehe



Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 02:22 PM | Show all posts
Jenabmurai posted on 8-11-2013 02:19 PM
aaah miaw.. i kalau period tak de plak moody
tapi sakit pinggang ye.

mungkin poreber alone membuat kn emosi tak stabil
pendam emosi , x ada orang nak di luah kan...
tu yang jd cepat marah, iri hati tu semua...

kemudian tetibe time tu period
so mang jadikan keadaan period sebagai alasan bila moody

ramai wanita begini
bila mood kurang bagus jadi kan alasan period
mengapa mood swing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2013 02:24 PM | Show all posts
bagus artikel ni
sy kalo diambang keguguran tu memang cpt moody
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2013 02:25 PM | Show all posts
miawpink posted on 8-11-2013 02:22 PM
mungkin poreber alone membuat kn emosi tak stabil
pendam emosi , x ada orang nak di luah kan...
...

owhh fakta tu..

i paling kuat kalau moody pun ubat dia adalah tido

penat meroyan moody bagai ni.

hilang kalori
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2013 02:26 PM | Show all posts
RosesAre_Red posted on 8-11-2013 02:24 PM
bagus artikel ni
sy kalo diambang keguguran tu memang cpt moody

i tak period pun cepat moodyy miahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 02:26 PM | Show all posts
Jenabmurai posted on 8-11-2013 02:22 PM
i kalau peod paling kuat pun sengugut je la.

tapi tak selalu la.

dulu ai selalu kene sengugut tu

sampai xleh bangun n duduk rasa rahim nak tercabut... voley ker

tp now da ok.. cuma peyed ai datang kerap lak.. sebulan 2 kali weh
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 02:27 PM | Show all posts
Jenabmurai posted on 8-11-2013 02:21 PM
@aQuA_dIaMoNd uolss kuat moody bila period kannn.

baik ngaku

i tgk cuaca gak lah nk moody ni kan kalu dtg bulan..kalu org provoke ai opkos lah org kne sembur balik ngn ai..sia2 jah nanti..


Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 02:28 PM | Show all posts
orang yg slalu moody tak tentu pasal selalunya hudoh pastu terasa diri insecure. . if u know what i meant
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 02:29 PM | Show all posts
Jenabmurai posted on 8-11-2013 02:26 PM
i tak period pun cepat moodyy miahhahaha

kurang lebih gak la sama gan iols
tp lebih cepat sentap bila dekat nk period
kadang2 rasa nk bg penampar je kt org kt sebelah walhal tak bersalah pun (dlm hati je la)
tp iols kalo time marah suka pegi tido je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2013 02:29 PM | Show all posts
intan_smsb posted on 8-11-2013 02:26 PM
dulu ai selalu kene sengugut tu

sampai xleh bangun n duduk rasa rahim nak tercabut... vo ...

u should check ngn doc kot. sbb iolss dulu ada problem jugak dtg lamabt

doc ckp hormon..

hehehe..

kalau teruk sgt senggugt ce try bertungku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2013 02:30 PM | Show all posts
miawpink posted on 8-11-2013 02:22 PM
mungkin poreber alone membuat kn emosi tak stabil
pendam emosi , x ada orang nak di luah kan...
...

stuju sgt ngn u b..org kata pas kawen kalu peyed x de moody2 lgk...baik kawen cpt uols haha
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 02:30 PM | Show all posts
Jenabmurai posted on 8-11-2013 02:25 PM
owhh fakta tu..

i paling kuat kalau moody pun ubat dia adalah tido

hanya pandangan dr sy yang kerdil ini
jika pendam perasaan terlalu lama
banyak kesan buruk yang kita tak sedari...

jika tiada orang yang mahu mendengar, luah la ke diary atau kucing...
kucing juga mampu menjadi pendengar yang setia..
ini bukan auta ye
sesetengah kucing dapat memahami emosi tuan dia
jika tuan dia sakit kucing turut bersedih...
kucing sy pernah mencari sy sekeliling umah bila sy tiada seminggu di umah
mak pulak yang risau keadaan kucing tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2013 02:31 PM | Show all posts
aQuA_dIaMoNd posted on 8-11-2013 02:27 PM
i tgk cuaca gak lah nk moody ni kan kalu dtg bulan..kalu org provoke ai opkos lah org kne sembur b ...

hahahhahahahahahhahaa

org suka provoke ni ada masalah dlman yg telah bernanah
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 02:31 PM | Show all posts
aQuA_dIaMoNd posted on 8-11-2013 02:30 PM
stuju sgt ngn u b..org kata pas kawen kalu peyed x de moody2 lgk...baik kawen cpt uols haha

terima kaseh kerna sependapat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.128995 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list