CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4066|Reply: 33

on COMANGO : pada semua yg mengikuti

[Copy link]
Post time 4-11-2013 09:51 PM | Show all posts |Read mode
Jakim Menyertai Delegasi Negara Ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) Di Geneva, SwitzerlandSubmitted by najmuddin on November 4, 2013 - 9:57am
JAKIM MENYERTAI DELEGASI NEGARA KE SEMAKAN BERKALA SEJAGAT (UPR) DI GENEVA, SWITZERLAND.


“Saya ingin menjelaskan kepada ahli sidang sekalian bahawa, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dijamin dalam Perlembagaan Malaysia. Dalam masa yang sama, agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Dalam Perlembagaan Malaysia juga menegaskan bahawa Raja-raja Melayu merupakan ketua agama bagi setiap negeri dengan penuh hak, keistimewaan dan kuasa prerogatif.”

Demikian ucapan pembukaan yang tegas daripada Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim,Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam Universal Periodic Review atau Semakan Berkala Sejagat (UPR) Pusingan Kedua Malaysia di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober 2013 baru-baru ini. Turut hadir ialah wakil tetap JAKIM dalam hal ehwal triti dan konvensyen antarabangsa, iaitu Nik Muhd Marzuki bin Muhd Nor daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Bagi mewakili Islam dan kepentingan ummah Islam di Malaysia, JAKIM berada di Geneva, Switzerland dan bekerjasama rapat dengan agensi lain selama 10 hari, iaitu dari 21 Oktober 2013 sehingga 30 Oktober 2013.

UPR ialah proses melibatkan semakan terhadap rekod hak asasi manusia dalam kalangan 193 negara ahli Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Ia dijalankan oleh Kumpulan Kerja UPR yang merangkumi 57 negara ahli Majlis Hak Asasi; namun negara ahli PBB boleh melibatkan diri dalam perbincangan dan dialog berhubung negara yang disemak berdasarkan tiga sumber, iaitu Laporan Negara, Laporan PBB dan Laporan Masyarakat Madani atau CSO (Civil Society Organizations), seperti COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process). Semua negara telah menjalani Pusingan Pertama UPR. Pusingan Kedua UPR bermula sejak Mei 2012.

Dalam sesi kedua tersebut, Delegasi Malaysia yang terdiri daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) bersama JAKIM, Jabatan Peguam Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), SUK Sarawak dan agensi lain telah memberi maklum balas terhadap isu-isu yang menyentuh bidang kuasa agensi masing-masing. Antara isu-isu yang dibangkitkan berkaitan agama ialah isu kalimah Allah, kebebasan beragama, murtad, LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender) dan undang-undang keluarga Islam.

Manakala, terdapat sembilan (9) syor baharu daripada negara ahli PBB yang memerlukan maklum balas khusus JAKIM untuk Pusingan Ketiga UPR Malaysia yang akan datang. Antaranya ialah mengenai inter-religious dialogue, kebebasan beragama, Syiah dan LGBT.

Y.Bhg. Dato’ Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM dalam kenyataan medianya baru-baru ini turut menyatakan akan memperhalusi dan mempertimbangkan syor-syor di atas selagi mana tidak bercanggah dengan Syariah dan Perlembagaan Persekutuan. Beliau seterusnya menyatakan bahawa parameter ini juga bertepatan dengan Deklarasi Keherah Hak Asasi Manusia Islami (CDHRI, 1990) dan pendirian negara semasa meratifikasikan the Convention on Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW).

JAKIM mengucapkan terima kasih kepada Ketua Delegasi Malaysia, iaitu Y.Bhg. Dato’ Ho May Yong, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), Bahagian Hal Ehwal Multilateral, Kementerian Luar Negeri yang telah memberi peluang kepada JAKIM untuk turut serta dalam misi pada kali ini. Penghargaan juga dirakamkan kepada Penganti Ketua Delegasi Malaysia, iaitu TYT Dato’ Mazlan bin Muhammad, Wakil Tetap di Misi Tetap Malaysia ke PBB yang telah memberikan kerjasama dan kemudahan logistik sepanjang Semakan UPR berlangsung. Dengan kejayaan misi ini, peranan JAKIM di peringkat antarabangsa semakin terserlah dan diperlukan pada masa akan datang.



Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
Jakim sedang menyampaikan pendirian Malaysia berkaitan isu-isu agama.


Dewan Persidangan Semakan UPR


Ruangan Legar di Majlis Hak Asasi Manusia, Palais des Nations, PBB


Semakan rekod hak asasi bagi Malaysia yang berlangsung selama 3 jam 30 minit


Delegasi Malaysia bersama Dato' Ho Mei Yong; Ketua Delegasi Malaysia   


Sumber Oleh : Nik Muhd Marzuki Hj. Muhd Nor
                       Bahagian Pengurusan Dakwah (JAWI)


Tarikh:
Nov 04, 2013



  • 218 bacaan




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2013 09:52 PM | Show all posts
For reading purpose.

relate dengan

liberalisme, pluralisme dan humanisme - secularisme.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2013 09:54 PM | Show all posts
I wanted to know siapa yg bawa usul tu tang keluarga islam tu dan apakah 9 syor tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2013 12:20 AM | Show all posts
interesting betul tuntutan mereka.

persoalan saya berapa ramai yg prihatin dan memahami akan cabaran ini?

apakah mereka melihat poltik terasaing dari hal ini ?

adakah adakah politik mempunyai perkaitan ?

sudahkah semua membaca artikel tulian Dr Rais Yatim 25 Oktober 2013
dan saudara Azril Mohd Amin dalam artikelnya bertajuk Kembalinya gerakan LGBT
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 01:51 AM | Show all posts
again...kesemua tuntutan berdasarkan empaty humanism...

bermula dgn sifat belas kasihan, manusia mula mengabaikan agama (liberalisme) sebagai indikator...
pastu masuk bab pluralisme, apa saja yg dianggap baik itu tetap baik......walopun bercanggah dgn agama....

akhirnya menuju pada jalan2 atheist bermula dgn jalan secularism


wallahua'lam.....aturannya mungkin boleh berubah2, tapi pusing2 kat situ juga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2013 05:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat UM dibuat satu forum akan hal ini. Dan jika kita melihat sekarang pun telah ada suara suara lantang menegur atau bangkit menyanggah suara sumbang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2013 09:40 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 19-11-2013 05:13 AM
Kat UM dibuat satu forum akan hal ini. Dan jika kita melihat sekarang pun telah ada suara suara lant ...

siapa sanggah siapa ya?

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 10:30 AM | Show all posts
ussopp posted on 18-11-2013 01:51 AM
again...kesemua tuntutan berdasarkan empaty humanism...

bermula dgn sifat belas kasihan, manusia  ...

tertarik ngan maksud ayat ni.

boleh tolong huraikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2013 10:54 AM | Show all posts
mohdlorong posted on 19-11-2013 10:30 AM
tertarik ngan maksud ayat ni.

boleh tolong huraikan

insyaAllah sy cuba.....


manusia dalam pencariannya mencari kebenaran akan melalui peringkat2 intelektual dalam dirinya....

semua manusia bermula dgn ikut-ikutan ketika kanak2.....

bila membesar dewasa mereka mula faham setiap perkara perlu ada reasoning.....yakni alasan/hikmah disebalik sesuatu, baru mereka yakin utk mengikutinya.....

kemudian dari hal ini terpecah dua golongan apabila mengikuti hal agama....satu apabila mereka mengetahui dalam dunia ni memerlukan alasan, maka agama juga perlu alasan....

golongan kedua, mereka memahami agama, dgn sebaiknya, tetapi tidak begitu mengharapkan alasan dlm agama, kerana alasan paling baik bg mereka dalam agama ialah "kami dengar dan kami taat"...


salah satu perangkap syaitan dalam keintelektualan ialah kasih sayang/belas kasihan....
sikap belas kasihan dan kasih sayang kadang2 boleh melampaui agama dan melanggar syariat agama.......kedengaran seperti baik, tetapi boleh menjadi perangkap setan....


humanism adalah satu bentuk penentuan hukum melalui emosi/kasih sayang....
apa2 saja yg dinilai baik melalui emosi, maka akan dihalalkan.....


kerana itu cabang humanism lah yang menhalalkan gay/lesbian selagi mereka tidak mencederakan oang lain.....
dan berapa banyak hukum2 asas manusia yg lama , mereka akan ubah, dengan sifat kasih sayang itu...wallahua'lam....

liberalism pulak ialah kebosanan mematuhi agama lalu ingin bebas dari semua itu.....
bila mereka mendapati kasih sayang lebih penting dari akidah, maka tentu mereka mula melihat agama sebagai bukan jalan penyelesaian....
kerana dalam agama masih ada hukum2 yang seolah2 tidak mempunayi nilai kasih sayang.....padahal Allah lebih bijaksana dari manusia.....
Dia lebih tahu sifat manusia, sedangkan manusia kadang2 tidak sedar kerana kasih sayanglah ada yang ke neraka......


pluralism pula, adalah bilamana mereka sedar bahawa semua di dunia ini hanyalh ingin kebaikan, dan setiap agama/doktrin hanyalah menginginkan kebaikan, jadi bg mereka agama semua sama dan baiik.......


atheism pula ni, bila mereka nampak kasih sayang yang mereka offer lebih dari Tuhan, maka apa pentingnya lagi dalam beragama.....?
cukuplah mereka cari duit , dan sedekah pada orang miskin, tanpa berdoa pada Tuhan....padahal yg tumbuhkan biji benih pun Tuhan juga, mereka hanya menanam.....

kesimpulannya sahabat, perangkap setan bukan saja wujud dalam kebodohan manusia, malahan perangkap setan dalam keintelektualan cukup berbahaya...

Wallahua'lam....













Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:36 AM | Show all posts
ussopp posted on 19-11-2013 10:54 AM
insyaAllah sy cuba.....

sangat padat ringkas dan boleh difahami orang awam macam saya

terima kasih atas penjelasan tuan.

saya nak berkongsi artikel ini yang saye jumpa. Mungkin tuan boleh bagi huraian mengikut perspektif Islam supaya orang macam saya ini tidak mudah terkeliru. Kadang2 kita terlalu dimomokkan dengan gerakan ini sehingga kita membangkan tanpa mengeri rasional. Saya harap tuan dapat jelaskan dan rungkaikan pandangan mengikut perspektif Islam yang sebenar

ada bahagian yang saya setuju dan ada yang saya tidak bersetuju.


MINGGU lepas, saya telah menulis tentang bagaimana hak asasi manusia tidak bertertentangan dengan Islam. Saya juga menyatakan mahu meneruskan perbincangan dengan isu hak kebebasan bersuara dan berekspresi, keadilan gender, hak kebebasan beragama dan hak orang-orang lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dari didiskriminasi dan diperlakukan kekerasan.

Namun, oleh kerana ruang yang terhad, mungkin kali ini saya tumpukan perbincangan pada isu LGBT dan hak kebebasan beragama saja dulu.

Saya ingin membincangkan apakah tuntutan supaya orang-orang LGBT tidak didiskriminasi dan dilindungi oleh negara dari sebarang keganasan merupakan sesuatu yang bertentangan dengan Islam? Begitu juga, apakah dengan menghalang dan menjatuhkan hukuman keras pada orang yang mahu keluar Islam akan menunjukkan keindahan Islam di mata dunia?

Orang LGBT mungkin ada di kalangan keluarga atau teman-taman anda (sxc.hu)


LGBT dalam masyarakat Islam

Sama ada anda suka atau tidak, orang-orang LGBT memang ada di Malaysia dan mereka juga rakyat biasa seperti anda. Malahan, sama ada anda ketahui atau tidak, mahu mengakui atau tidak, kemungkin ada di kalangan ahli keluarga atau teman-teman anda yang juga LGBT.

Soalannya ialah, apa yang anda mahu lakukan pada mereka? Apakah anda mahu mereka semua dipukul, disebat, ditangkap, dipenjarakan atau didenda setiap hari?

Saya ingin merujuk terlebih dahulu pada prinsip asas dalam Islam, iaitu jika seseorang berniat untuk berbuat baik, maka dia sudah dapat pahala, walaupun belum tentu dia akan melakukan perbuatan baik itu. Akan tetapi, jika seseorang berniat untuk membuat sesuatu yang tidak baik, dia tidak akan mendapat dosa selagi dia tidak melakukan perbuatan salah itu. Maka, niat atau perasaan tidak akan dihukum sama ada dari segi dosa, atau hukuman undang-undang negara. Hanya perbuatan salah yang telah dilakukan saja yang boleh dihukum.

Maka, jika seseorang punya perasan atau rasa cinta pada sesama jenis, secara hukumnya, dia tidak boleh dikenakan sebarang hukuman kerana dia tidak melakukan sebarang perbuatan (secara fizikal) yang salah. Apatah lagi, perasaan cinta pada seseorang bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa. Jangankan negara, malah emak bapak sendiri pun tidak boleh kawal dan menentukan anak-anaknya boleh jatuh cinta pada siapa.

(Wiki commons)


Seperti yang diutarakan di artikel saya minggu lepas, Islam punya prinsip yang sangat penting iaitu jaminan hak privasi. Dalam isu zina, sebenarnya sangat sukar malah hampir mustahil untuk mensabitkan seseorang dengan kesalahan zina. Jika menurut hukum Islam, pihak yang menuduh perlu mengemukakan empat orang saksi.

Maka, jika hubungan seksual berlaku di dalam rumah, samada heteroseksual atau homoseksual, dan jika jabatan agama menghormati hak privasi yang dijamin oleh Islam dan tidak menyerbu masuk, maka tidak mungkin mereka dapat mengemukakan empat saksi, apatah lagi untuk menjatuhkan hukuman.

Nabi Muhammad s.a.w pun berat hati untuk menghukum penzina

Sepengetahuan saya, Rasulullah s.a.w atau para Khalifah Rasyiddin tidak pernah memerintahkan para sahabat atau pegawai kerajaan untuk menghendap atau menyerbu masuk ke rumah-rumah orang untuk melihat sama ada mereka berzina atau tidak. Yang ada tercatat di dalam riwayat ialah kes-kes yang mana orang-orang yang telah membuat maksiat itu sendiri yang membuat pengakuan secara sukarela tanpa sebarang paksaan.

Malahan, menurut riwayat juga, Rasulullah s.a.w sangat berat hati untuk menjatuhkan hukum hudud ke atas seorang penzina. Rasulullah berkali-kali cuba mengelak dari mendengar pengakuannya dengan meminta orang itu pulang. Setelah orang itu berkali-kali berjumpa baginda, Rasulullah kemudiannya mengajukan pelbagai soalan, kerana jika didapati perbuatan orang itu sebenarnya tidak di bawah kategori zina, dia tidak akan dihukum hudud.

Pada pandangan saya, Rasulullah s.a.w. sebenarnya menghormati hak asasi manusia. Ramai ahli fiqah klasik juga berpendapat “setiap orang berhak untuk tidak menceritakan kesalahan mereka dan mereka berhak untuk bertaubat terus pada Tuhan secara senyap-senyap”. Pada mereka, menutup aib (satr), sama ada aib orang atau aib diri sendiri, juga sesuatu yang sangat digalakkan.

Seorang ulama dari Madinah bernama Ali al-Qari al-Harawi (wafat 1614) pernah menyatakan: “Adapun syarat mengemukakan empat orang saksi ialah kerana Allah s.w.t suka agar kesalahan hambaNya ditutupi. Oleh kerana sangat sukar  empat orang boleh menyaksikan sesuatu perbuatan zina, maka dengan cara itu terhindarlah perbuatan maksiat orang itu dari terdedah pada umum.”

Bagaimanakah jabatan agama dapat menilai sama ada seseorang LGBT atau tidak?


Soalan-soalan praktikal

Maka dalam isu LGBT, persoalan-persoalan praktikal dari segi undang-undang (dan hukum hakam) serta pelaksanaannya yang perlu difikirkan oleh pegawai agama ialah, antaranya:

Apakah perasaan atau rasa cinta pada sesama jenis itu sendiri merupakan suatu jenayah yang boleh dihukum oleh negara? Nyatanya,  mencintai orang berlainan jantina pun tidak dihukum oleh negara.

Memandangkan hubungan seksual termasuklah hubungan seks sesama jenis biasanya dilakukan di dalam bilik atau rumah, maka bagaimanakan jabatan agama boleh menentukan sama ada seseorang itu LGBT atau tidak?

Apakah jabatan agama akan meredah masuk mana-mana bilik hotel atau rumah yang ada dua orang lelaki atau dua orang perempuan di dalamnya? Memandangkan budaya kita merupakan perkara biasa orang lelaki bujang dan terutamanya orang-orang perempuan untuk tidur sekatil, maka apakah jabatan agama akan menganggapnya sebagai suatu jenayah?

Bukankah amalan menyerbu rumah orang atas alasan untuk mencegah maksiat itu sesuatu yang bertentang dengan ajaran Islam?

Ada ustaz dan ustazah yang cuba memahami dan membezakan antara transeksual yang memang secara lahiriah begitu dengan transeksual yang “dibuat-buat”. Persoalannya, apakah mudah untuk menentukannya?

Pada saya, sama ada transeksual dilahirkan begitu atau tidak, jika mereka didiskriminasi, dikasari, dipukul atau dicederakan, negara punya tanggungjawab untuk melindungi mereka kerana mereka juga rakyat Malaysia yang berhak mendapat perlindungan. Pihak berkuasa termasuk pegawai-pegawai jabatan agama juga tidak boleh melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan juga hak-hak asasi manusia.

Perdebatan hukum murtad

Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah menjamin hak kebebasan beragama.  Jika menurut prinsip ini, kebebasan beragama bermakna setiap orang bebas dan berhak untuk mengimani apa juga agama yang diyakini oleh hati nuraninya. Namun, ramai pemimpin dan orang Islam di Malaysia berpendirian bahawa hak kebebasan beragama bermakna orang-orang bukan Islam boleh menganuti apa saja agama yang mereka suka, termasuklah masuk ke agama Islam; akan tetapi orang Islam tidak boleh menukar dan masuk ke agama yang lain.

(Wiki commons)


Menurut tafsiran mereka, jaminan Perlembagaan Persekutuan tidak merangkumi orang Islam yang mahu keluar Islam; maka walaupun hati orang-orang itu sudah tidak lagi beriman dengan agama Islam, negara ada hak untuk memaksa orang-orang itu agar tetap menjadi orang Islam. Jika mereka tetap mahu mengaku dirinya bukan lagi orang Islam, maka mereka haruslah dihukum.

Malah ada yang menyokong agar orang-orang murtad ditangkap di bawah ISA dan bagi penyokong hudud, orang murtad harus dihukum bunuh.

Tetapi bukankah iman (dan cinta) itu sesuatu yang tidak boleh dipaksa dan jika dipaksa akan hanya berjaya mewujudkan orang-orang yang munafik? Malahan, di kalangan ulama klasik Islam pun, telah ada perdebatan yang sangat besar dalam isu ini?

Ulama seperti Ibrahim al-Nakha’i (wafat 713M) dan Sufyan al-Thawri (w 772M) tegas menyatakan orang-orang yang keluar Islam dengan aman tidak boleh dibunuh atau dikenakan hukuman. Shams al-Din al-Sarakhsi (w. 1090M) juga tidak menyenaraikan murtad sebagai salah satu kesalahan di bawah hukum hudud. Al-Qur’an sendiri pun, walau menyebut murtad lebih dari 20 kali, namun tidak ada satu pun ayat yang memberikan sebarang hukuman dunia bagi orang-orang yang tidak lagi beriman dengan agama Islam.

Sebenarnya, Institusi Kehakiman Syariah di Malaysia sendiri pun, telah menyediakan prosedur untuk orang yang mahu keluar Islam. Jadi, isu ini bukan asing dalam sejarah Islam di Malaysia. Menurut kajian pensyarah Universiti Institut Teknologi Mara Mohd Azam Mohd Adil, Mahkamah Syariah Negeri Sembilan misalnya, pernah meluluskan 16 permohonan untuk keluar dari Islam. Sepengetahuan saya, mereka tidak dipenjara atau dibunuh selepas itu.

Dipaksa menjadi Kristian

Selain dari isu murtad, di Malaysia wujud suatu persoalan yang perlu dibincangkan oleh masyarakat Islam, iaiatu dalam hal perebutan hak jagaan anak antara ibubapa yang berlainan agama.

Dalam isu perebutan anak bagi ibubapa berlainan agama seperti yang berlaku di Malaysia, saya ingin mengulang contoh yang pernah saya utarakan di artikel saya sebelum ini. Katakanlah suami anak perempuan anda atau adik/kakak anda tiba-tiba masuk agama Kristian di England dan pergi ke Mahkamah Kristian (jika ada). Mahkamah itu memberi hak jagaan anak-anak padanya serta kebenaran untuk menukarkan agama mereka kepada agama Kristian. Bukankah anda juga akan merasakan keputusan itu tidak adil?

Sekiranya ada pihak yang menganjurkan jalan tengah iaitu agar anak-anak itu harus didedahkan kepada kedua-dua agama Islam dan agama Kristian dan setelah mereka berumur 18 tahun, bolehlah memilih sendiri mana yang lebih diyakini/diimani oleh mereka, maka apakah saranan itu anda akan tentang juga? Jika kemudiannya ada persatuan-persatuan agama Kristian yang marah-marah dan protes dengan saranan itu kerana menuntut agar anak-anak itu mestilah beragama Kristian juga dari kecil, maka apakah anda dan keluarga anda akan akur dan berdiam diri? Tidakkah mungkin anda juga akan protes atas dasar hak asasi dan hak kebebasan beragama?

Perbincangan secara demokrasi

Saya tahu banyak pegawai, jabatan dan pertubuhan Islam yang mengkritik pendirian beberapa pertubuhan hak asasi manusia termasuk Comango dalam isu hak kebebasan beragama dan LGBT. Namun, pada saya, mahu atau tidak mahu, pemimpin dan masyarakat Islam harus membincangkan isu ini dengan terbuka dan tenang untuk mencari jalan yang sesuai, adil dan manusiawi. Jika orang Islam mahu Islam dipandang mulia dan dihormati, pemaksaan dan hukuman keras bukanlah caranya.


Last edited by mohdlorong on 19-11-2013 11:38 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:56 AM | Show all posts
mohdlorong posted on 19-11-2013 11:36 AM
sangat padat ringkas dan boleh difahami orang awam macam saya

terima kasih atas penjelasan tuan ...

baiklah , apa yang dikatakan tentang hak-hak asasi semua tu memag betul.
yakni tidak boleh menghendap atau  menghukum dengan mudah,,,,,
malahan sesiapa yg mempunyai naluri itu pun bukanlah seorang yang salah selagi dia tidak melakukannya, atau dilihat melakukannya secara jelas......
islam sebenar mengajar yg demikian Alhamdulillah.......

cuma masalah sekarang ialah apakah "HUKUM UMUM "bagi masalah ini......?
apakah kesan hukum umum ini terhadap mentaliti kita.

HUKUM UMUM bagi masalah ini adalah HARAM.HARAM.HARAM. ini jelas dan perlu diingati elok2..

adapun tentang masalah asasi seperti perasaan yg tidak diundang, semua tu sudah tentu islam pun tahu untuk consider.
manusia tidak akan dihukum utk pakej yg dia dapat pada dirinya, tetapi dia akan dihukum pada tindakannya menguruskan pakej tersebut....

masalah yang timbul bagi LGBT ini ialah mereka PROMOTE secara halus menukar yg haram menjadi  HALAL, HALAL , HALAL.....yakni tidak mengapa kalau jadi gay.....

mari kita lihat ,apa bezanya pernyataan hukum umum ini.....antara halal dan haram....?

bezanya ialah,
bagi seorang yg tahu hukum umum bg gay adalah HARAM, mungkin akan cuba berubah, dan sepanjang hidupnya mungkin menderita tetapi dia bakal di balas oleh pemilikNya(Tuhan) sesuai dgn apa yg diusahakannya dan diuji atasnya....

berbeza dgn org yg memperjuang  LGBT, mereka memberi satu gambaraan bahawa tidak mengapa menjadi golongan ini....
lalu apa yg terjadi?
sudah tentulah mereka bakal meneruskan apa yg mereka mahu buat....yakni bebas....

dan apabila idea hukum UMUM pada masalah ini menjadi halal, maka masih adakah org yg benaluri songsang ingin memperbaiki diri atau menahan keinginannya?

Jika hukum UMUMNya adalah haram mereka masih diterima dalam masyarakat islam dan mereka akan dibantu....cuma mereka tidak boleh meneruskan aktiviti mereka....

namun,
jika hukum UMUMnya adalah halal, sudah tentu mereka tak ambil pusing utk berubah lagi......dan mereka meneruskan saja apa yg mereka mahu....naudzubillah himin zalik.....



sbab tu berbeza antara dua jenis manusia yg bermaksiat,
iaitu antara org yang bermaksiat tetapi dia tahu hal itu salah(1) dengan seorang yang bermaksiat tetapi dia anggap apa yg dia buat itu baik(2)....
yg tahu ia salah, mungkin dia akan berubah......

sedangkan yg menganggapnya baik pula, adalah yg tertipu....bagaimana dia mahu bertaubat sekiranya dia anggap itu baik?


ingatlah persoalan sekarang ialah tentang HUKUM UMUM.....
benar, kita tiada kawalan pada hal2 dalam rumah dan dalam bilik.....
tapi hukum umum ini akan menentukan samada mereka mahu berubah, atau mahu meneruskan apa yg mereka mahukan.....



wallahua'lam..




Last edited by ussopp on 19-11-2013 12:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 12:13 PM | Show all posts
ya tuan saya juga berpendapat yang serupa dengna tuan dalam isu ini.

Saya fikir kalau lelaki biasa yang keinginan nafsu seks yang kuat pun boleh mengawal nafsunya lillahi Taala, inikan pula golongan yang mempunyai naluri gay.

Kedua-dua nya mempunyai dorongan nafsu seks. Tetapi satu golongan yang normal dan satu yang menjurus ke arah homoseksual. Walau bagaimanapun, saya berpendapat Islam telah pun memberikan penyelesaian ke terhadap masalah ini iaitu dengan berpuasa dan mengawal nafsu.

Kalaupun nafsunya terhadap lelaki tetapi dikawal dan menjaga kemaluannya, saya percaya akan ada reward yang lebih besar untuknya walaupun naluri itu tidak normal. Sama sahaja seperti lelaki normal dengan keinginan seks yang kuat tetapi dibatasi iman. Dan tidak siapa tahu pun boleh tahu Pak Imam juga mempunyai nafsu serakah yang kuat jika pandai mengawalnya. Tidak terkecuali kepada golongan LGBT.

ringkasannya, kalau tahu naluri songsang, pendapat saya kawallah walau pun bermakna anda tidak akan menemui pasangan hidup dan berkahwin.

tapi kadang2 saya cuba meletakkan diri di pihak LGBT dan tertarik kepada ayat mengenai paksaan terutama dalam isu murtad.

Bolehkan dihukum paksaan ke atas mereka ini (LGBT) dan paksaan ke atas isu murtad? Saya juga berpendapat bukankah seharusnya Islam itu diterima didasari dengan rasa cinta dan suka rela, dan didasari dengan rasionalisasi.

Saya juga percaya pada sami'na wa ato'na tapi cuma cuba meletakkan diri pada tempat mereka.

Padangan tuan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 08:46 PM | Show all posts
tapi kadang2 saya cuba meletakkan diri di pihak LGBT dan tertarik kepada ayat mengenai paksaan terutama dalam isu murtad.


isu murtad = kena balik kepada sirah dan rujuk kepada sirah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW - selepas kewafatan baginda telah berlaku banyak perpecahan dalam kalangan org Islam sendiri - khawarij

then syiah ...

dan juga golongan murtad - semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar , beliau dikatakan memerangi golongan ini - may be ada  yg ingin berkongsi kenapa agaknya.

kedua




Bolehkan dihukum paksaan ke atas mereka ini (LGBT) dan paksaan ke atas isu murtad? Saya juga berpendapat bukankah seharusnya Islam itu diterima didasari dengan rasa cinta dan suka rela, dan didasari dengan rasionalisasi.



Islam didasari dengan keimanan = maksud iman  sebenarnya  dapat dipecahkan kepada  tiga unsur YANG SALING BERGABUNG ( dan ini mesti )  dan ini  adalah seperti di bawah :

a) yg pertama  = yakin / membenarkan sesuatu di dalam hati / iktikad / percaya dan benarkan sesuatu dalam hati  ......-  yakni mempercayai Quran TANPA RAGU , titah perintah rasul , hadith sahih dalam hati  ( dan rukun iman yg lain )

b) unsur kedua = MENGAKUI dengan lidah - yakni - mengaku dan lafaz dengan mulut / lidah organ / alat pertuturan secara expresinya mengakui secara lisan

dan unsur ketiga dalam  makna 'iman '


c) unsur perbuatan / amalan = dan mengamalkan dengan seluruh anggota - maksudnya perbuatan - manifestasi iman dan islam itu - dengan perbuatan ...yakni kalau kita yakin kenutup aurat dari Allah kita pakai tudung ...kita tak pertikai ...tudung tu wajib ke tak , cumanya kalau kita tak bersedia tapi TAK MENYANGGAH - dan tidak mempertikai atau bagi hukum baru pulak ikut suka kita ...


so , Islam didasari dengan rasional adalah tidak tepat 100 % ia bermula dengan PERCAYA ( yakni benarkan dalam hati ) sometimes  logic pun tak dapat menandingi sejauh mana iman itu , so iman itu TERATAS

saudara mahu contoh ? sebab nak guna pendekatan logic , kan?

kenapa : ini soalan saya api  tidak membakar Nabi Ibrahim?

sedangkan dalam sains well ... we know , api itu terjadi bila ada tiga unsur yakni haba, oksigen dan bahan api = maka apabila ketiga tiga ini bergabung = pembakaran berlaku

tapi dalam kisah Nabi Ibrahim AS, saudara Nampak dan tahu api itu sejuk tidak terbakar?mengapa?
kalau ikut logic , why api tu tak terbakar , of course kuasa ALLAH tapi why ? bagaiman logik boleh terangkan atau penerangan dari dusut agama boleh terangkan sebab ini amat logik , saudara.


so Islam didasari dengan kepercayaan - dan yakin benarkan sesuatu tanpa ragu tanpa soal ...kemudian logic works.


sayugia ingin saya nyatakan bahawa  Islam sama sekali tidak merendahkan fungsi akal , ya...tidak namun dalam melihat sesuatu Kedudukan AL HAQ itu yg utama. Last edited by mbhcsf on 20-11-2013 09:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 09:15 PM | Show all posts
Mungkin ada berkait dgn org politik & dikalangan org yg ada perlindungan politik.... antara yg lantang org Melayu tu sendiri....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 09:55 PM | Show all posts
turboturtle posted on 20-11-2013 09:15 PM
Mungkin ada berkait dgn org politik & dikalangan org yg ada perlindungan politik.... antara yg lanta ...

yang paling teruksnya Islam di bash di UPR Geneva ialah bilamana golongan liberali NGO yg beragama islam  dan liberal menyokong sama dan tak perlu dinyatakan siapa...yes.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 09:56 PM | Show all posts
humanisme - adalah satu cabang pemikiran yg meletak intelek dan kuasa akal keupyaan akal melebihi segala gala nya dan ini termasuk dalam penentuan kebenaran.


dalam Islam AL HAQ itu adalah berteraskan al quran dan sunnah dan juga kemudian ijma ulama...

selalunya ada harmoni di situ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2013 09:57 PM | Show all posts
RESERVE :


ISLAM LIBERAL : ALIRAN PEMIKIRAN TERKINI

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 10:17 PM | Show all posts
Kalau ada masa saya akan rumuskan dan akan kupas sejarah aliran pemikiran Islam Liberal , tokoh tokoh dan namaya nda akan familiar dalam article dan ambil maklum serta hat hati

serta saya akan huraikan ( berdasarkan satu buku yg saya baca dan boleh dapatkan buku ini  di Institut Terjemahan Negara Malaysia )  KEKELIRUAN puak puak Islam liberal terutama sekali dengan konsep keterbukaan atau pembukaan RUANG TANPA HAD  dalam PENTAFSIRAN AGAMA

yg kita dok nampak dan perhatikan

okay?

so bilakita tahu kerangka pemikiran mereka , kita tidak akan harapnya tumpul lagi dalam membrikan penilaian atau bersenang senang dengan frasa ( do not be judgemental ).

Kuat sebagai golongan yg bertanggungjawab atas diri kita  semua mestilah cuba memahami apa yg sebenarnya berlaku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 10:20 PM | Show all posts
siapa nak bincang artikel yang ditulis oleh saudara pengerusi MuslimUPro boleh juga sebab beliau sedang hangat memperkatakan isu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 10:28 PM | Show all posts
mohdlorong posted on 19-11-2013 12:13 PM
ya tuan saya juga berpendapat yang serupa dengna tuan dalam isu ini.

Saya fikir kalau lelaki bias ...

hmm....isu murtad kita ketepikan dulu.....

isu paksaan pada LGBT itu bagaimana sy tidak faham....

sebab setiap lelaki kalau boleh dihalalkan zina, sudah tentu ramai yg suka, termasuk jugak wanitalah...

jadi hukum haram zina memaksa mereka bertahan.....

maka apakah paksaan pada LGBT yang anda maksudkan yg mereka tak mahu tahan?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.068688 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list