CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5097|Reply: 16

My Sweet Girl - Bab 2

[Copy link]
Post time 3-11-2013 12:31 AM | Show all posts |Read mode
Bab 2


Mini Cooper S milik Dania meluncur laju di atas jalan raya.Beberapa kali nombor telefon si kekasih hati didail, tapi hampa. Suara ‘perempuan’pulak yang rajin tolong jawabkan panggilannya. Haih!

“Alaa, angkat lah.”


Beberapa minit kemudian, Dania mengalah lalu membaling iPhonenyake seat sebelah.

“Ish, dye ni! Kalau marah pun janganlah sampai tak angkat callorang.” Degus Dania.

Dania membelok ke simpang masuk perkarangan TR Holdings. KeretaMini Cooper S di parking di sebelah kereta Bmw X6 berwarna putih itu.

“Hmm, nampaknya my love ada kat office.” Kata Dania sambilmemandang ke arah kereta tunangnya.

******************************************************************************************

Dania melangkah masuk ke dalam bangunan tinggi itu. Dia berjalanmenuju ke kaunter yang disediakan di lobby syarikat itu.

“Hai, Stella!” Sapa Dania dengan mesra.

“Hai, Cik Dania. Cik Dania cari Tengku Raffe ke? Nak sayamaklumkan kepada Tengku?” Tanya gadis bernama Stella itu.

“Yes. No need. Lagipun dia tengah merajuk dengan saya tu. Sayanak suprisekan dia ni. Saya pergi dulu ya. See ya.”

“Baiklah Cik Dania. Good luck.”

******************************************************************************************

Dania melangkah masuk ke dalam lif lalu menekan nombor 11.Pejabat Tengku Raffe ditempatkan. Ting! Sebelum melangkah keluar dari lif,Dania menarik nafas dan hembus dengan perlahan. Bedebar!

Yelah, nak jumpa buah hati yang tengah marah, sapa tak takut,Kan dia baling aku dari tingkat 11 sampai ke bawah tak ke mati aku! Kesianmummy and daddy, sebab anak kesayangan dorang mati. Ish!’ Omel Dania dalamhati.

Selepas dia yakin dengan dirinya, Dania melangkah keluar darilif itu.

“Hai Syaza. Tengku busy?” Tanya Dania kepada PA Raffe yangbernama Syaza itu. Gadis yang berusia 25 tahun itu. Yes, cantik. Dengan blouseyang berwarna hitam and skirt ketat paras lutut. Dengan rambut yang separapinggang itu beralun cantik. Nampak elegan sangat. Pandai Tengku Raffe dia cariPA.

“Errr, hai. Cik Dania. Yes, Tengku is here. But,” Belum sempatsi PA habiskan ayatnya, Dania terus memotong.

“It’s okay. Saya nak jumpa dengan dia. Hmm, tak payah informkankepada dia. Saya nak suprisekan dia.” Kata Dania sambil mengeyit matanya.

Belum sempat Syaza menghalang Dania, Dania terlebih dahulumemulas tombol pintu office yang tertera nama Tengku Raffe Tengku Ryzal as aCEO’s TR Holdings. Muda-muda lagi dah jadi CEO.

“Hey, sayang! Opss! So, sorry. Nia tak tahu yang Abang Raftengah busy.” Ucap Dania dengan nada bersalah.

Terkejut si Raffe apabila gadis itu tiba-tiba je muncul katoffice dia. Bukan ke dia dah cakap tak payah datang ke tadi? Argghh! Dania. Sigadis yang manja tapi degil. Sifat yang Tengku Raffe paling tidak suka.Bukannya dia nak dengar kalau orang cakap. Ikut kepala dia je.

“Why are you here, Dania?” Tanya Raffe dengan datar.

“Err. Sorry Tengku. Saya dah cuba halang tapi..” kata Syazadalam ketakutan. Yelah, sapa yang tak takut dengan CEO muda ni? Silap-silap diadipecat sebab tak mengikut arahan. Awal-awal lagi Tengku Raffe dah maklumkankepada Syaza, kalau si Dania datang, cakap
yang dia sibuk tak ada masa nakjumpa dengan sapa-sapa.

“It’s okay, Syaza. You can go. And you too, Firdaus. Nanti awaktolong kasi file tu kepada Syaza.” Kata Raffe kepada dua orang pekerjabawahannya itu.

Selepas mereka keluar, Dania mendekati Raffe lalu memeluk leherkekasih hatinya itu dari arah belakang.

“Nia datang nak jumpa dengan Abang Raf lah. And nak ajak AbangRaf lunch date. Tadi kita tak sempat, right?” kata Dania dengan nada yangmanja.

“Please behave yourself,Dania. This is my office.” sambil merungkaikan pelukkan Dania. Dia rimas dengangadis itu. Akibat rungkaian itu, Dania tertolak kebelakang.

‘Ish, Abang Raf ni. Nak tolak Nia pun agak-agaklah. Nasib baikada almari ni, kalau tak tergolek aku kat bawah!’ Omel Dania di dalam hati.

“Ala, sayang. Nia just nak bermanja dengan Abang Raf je pun.Salah ke?” Tanya Dania sambil menjuihkan bibirnya.

“Dania, I ada banyak lagi kerja yang I nak kena siapkan. Bolehtak kalau you jangan ganggu I?” kata Raffe dengan suara yang datar.

“Tapi, kita kan ada lunch date.”

“Bila I cakap I nak lunch dengan you?” Tanya Raffe sambilmemandang tajam ke arah Dania.

“Tadi pagi kita tak sempat nak breakfast, right? And that’sbecause of my fault, so sebagai tanda maaf, Nia treat Abang Raf lunch. Please?”Rayu Dania sambil memegang lengan Raffe. Dia berharap sangat bahawa Raffe akansetuju dengan perlawaan dia.

“Abang Raf, please?” Rayu Dania lagi.

“Please, Dania. I ada banyak sangat kerja. And I think, I don’thave a time for lunch.” Tegas Raffe sambil membelek laporan di atas meja yangberwarna hitam itu.

“Hmm, kalau macam tu, Nia order Pizza? Hmm, Mcd? What else? Kitalunch kat sini sama-sama. Or Abang Raf nak makan na..”

“Dania Eysha!” Tengking Raffe. Huh! Aku cakap aku tak nak lunchtak nak lah. Minah ni tak faham ke? Rimas betul dengan dia ni.

Terangkat kedua-dua bahu Dania apabila ditengking Raffe. Daniarasa matanya dah nak pecahkan empangan. Tapi, dia akan tahan selagi dia bolehtahan. Tapi, perlu ke Raffe tengking dia macam ni?

“Listen here! Apa yang I kasi tahu you tadi? I said, I don’thave a time to lunch. So that’s mean, I tak nak lunch walaupun kat sini.Faham?”

Dania hanya mendengar dan menunduk memandang stilettonya itu.Padang stiletto aku lagi cantik daripada aku pandang muka Raffe yang garangmacam singa nak telan orang je.

“Dania! I’m talking to you. When I’m talking to you, look atme.” Marah Raffe.

“Kalau Nia tak pandang Abang Raf pun, Nia still dengar apa yangAbang cakapkan. Ya, ya. Nia faham. Abang Raf busy. Abang Raf tak nak lunch.Apatah lagi dengan Nia. Right? Okey, Nia pergi lunch sorang-sorang.” Kata Niadengan nada merajuk lalu mencapai handbag nya yang berjenama Coach Poppy itudari atas meja kerja Raffe.

Dumm!

Huh. Merajuk lah tu. Jangan harap aku nak pujuk kau, Dania. Raffemengeluh kasar. Dia meraup rambutnya ke belakang lalu melabuhkan punggungnya keatas kerusinya yang empuk itu. Sambil bersandar, Raffe teringat perbincangannya3 bulan yang lepas dengan papanya, Tengku Ryzal.

Tengku Ryzal ingin jodohkan dia dengan Dania Elysha puteritunggal kepada Datuk Emir dan Datin Delisha itu. Raffe tidak berapa sukakanDania kerana sifatnya yang kebudak-budakkan itu. Yelah, anak bongsu. MemanglahDania tu comel tapi kalau dengan sifatnya yang terlebih manja itu, Raffe tidakdapat bertahan dengan lama. Dia akan cepat naik rimas. Dia sukakan perempuanyang pandai berdikari, yang matang.

Bukannya dia tidak mahu membantah, tapi kerana dia menghormatimereka dia ikutkan sahaja keputusan mereka berdua. Dia tidak akan pernahsayangkan Dania, apatah lagi cinta. Hatinya hanya milik perempuan itu, bukanmilik Dania Elysha.
Kata papanya lagi. Dania cintakan dia dari dulu. Betul atau puntak, dia sendiri tak tahu. Tapi daripada cara Dania layan dia, dia dapatmerasakan kasih sayang Dania yang ikhlas. Arghh! Tapi, itu tidak akanmembuatkan hatinya cair. Dia tak akan jatuh cinta dengan Dania Elysa si manja!Sampai mati!

Last edited by NHSMUM on 3-11-2013 12:32 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2013 05:50 PM | Show all posts
kenapa nak bukak benang baru?
kenapa x sambung jer kat benang yang satu lagik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 08:37 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 7-11-2013 05:50 PM
kenapa nak bukak benang baru?
kenapa x sambung jer kat benang yang satu lagik?

Actually, saye salah buat. Well, budak baru katekan. Sorry, insyaAllah bab-bab yang seterusnye saye akan sambung kat sini je. Okay.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 11:58 PM | Show all posts
Bab 3

Dania mengeluh perlahan. Hmm, kenapa Abang Raf tak boleh layan aku dengan cara yang elok? Tahulah dia terpaksa bertunang dengan aku. Tapi janganlah tunjukkan sangat. Hmm, kenapalah aku boleh jatuh cinta dengan mamat iceberg tu?

Yes, Dania Elysha. Dah lama dia jatuh cinta dengan si jejaka tampan yang berusia 28 tahun itu. Tapi, bukan disebabkan Tengku Raffe itu kacak, kaya. Entahlah, dia sendiri tidak tahu mengapa dia boleh cintakan si iceberg tu.

Nak cakap Raffe tu baik dengan dia, memang taklah. Sebab setiap kali berjumpa, mesti mamat tu akan marah-marah dia. And then, pertemuan mereka berdua akan berakhir dengan pertengkaran.
Walaupun Raffe layan dia dengan kasar. Tak pernah berlembut. Cakap pun mendatar. Dania tetap cintakan Raffe. It’s okay. Lepas kahwin nanti, aku akan mulakan Projek Memikat Suami macam dalam novel keluaran Hanina Abdullah tu.

Tengku Raffe, we will see.

******************************************************************************************

Dania meberhentikan keretanya ditempat yang telah disediakan untuk tetamu VVIP hotel terkemuka itu.
Hmm, lunch sorang-sorang bosan lah pulak. Baik aku call Rania.

Dania mencapai iPhone nya di dalam handbagnye lalu menekan nombor-nombor di atas papan kekunci itu.

Beberapa saat kemudian,

“Hello, Rania”

“Hello. What’s up, babe?” Jawab Rania.

Rania Dahlia. Siapa tak kenal anak perempuan tunggal kepada Datuk Mustafa dan Datin Asmidar. Suka berparti sana sini. Lelaki keliling pinggang. Memang tak boleh nak jadikan contoh langsung.

Tapi ada perkara yang membuatkan Dania tabik dengan kawan baiknya itu. Walaupun Rania selalu berparti sana sini,  bertukar pasangan, Rania tidak pernah sentuh air haram dan dia tidak akan izinkan lelaki menyentuhnya dengan sesuka hati. Tidak pernah membawa pasangannya ke bilik tidur walaupun beberapa kali dipaksa. Rania tetap dengan pendiriannya,

‘My virgin just for my husband’

“Woi! Dania! Kau dengar tak aku tanya kau ni?” Jerit Rania apabila pertanyaannya tidak dijawab oleh Dania.

“Aaa? Kau tanya apa tadi? Aku tak beberapa dengarlah.”

“Ish! Kau ni. Kau berangan ae? Berangankan sapa? Abang Raf sayang ae?” Usik Rania.

“Eh, mana adalah. Eh, kau tanya apa tadi?” Dania menukar topik. Dia tidak mepunyai mood untuk berbual
mengenai Raffe. Buat sakit hati je.

“Eleh, tukar topik plak. Tak, aku tanya, ada apa kau call aku ni?” Tanya Rania.

“Erm, aku nak ajak kau lunch lah. Aku sorang-sorang je ni.” Jawab Dania.

“Laa, bukan ke kau ada lunch date dengan Abang Raf kau?” Pelik. Semalam cakap nak lunch date dengan
Raffe. Tapi, hari ni tetiba plak ajak aku. Gaduh ke?

“Hmm, taklah. Sepatutnya kitorang breakfast sama-sama pagi tadi. Tapi, disebabkan aku terlajak tidur so, Abang Raf cancelkan breakfast date kitorang. Aku ada ajak dia lunch tapi, Abang Raf, biasalah tak akan kau tak kenal dia tu. Busy je memanjang. Takde masa langsung dengan aku.” Luah Dania sambil diselangi dengan keluhan kecil.

“So, kau nak pergi lunch tak?” Tanya Dania sekali lagi. Haih, minah ni. Banyak cakap plak. Nak ke tak nak ni. Perut aku dah buat konsert dah ni.

“Err, aku bukannya tak nak tapi,” Ish, lunch? Aku dah lah tengah lunch dengan buah hati ni. Tak akan nak cancel plak. Nanti merajuk plak pakcik ni. Kalau tolak ajakan Dania, nanti Dania plak yang merajuk. Arghh, susah lah. Sebelah sana kawan baik. Sebelah sini, cinta hati. Rusing aku macam ni. Mengerutu Rania di dalam hati.

“Tapi apa? Eh, straight to the point jelah. Aku dah lapar sangat dah ni.” Marah Dania.

“Err, sebenarnya aku tengah lunch dengan Jeff lah.” Fuh, lega Rania apabila dapat berterus terang dengan kawan baiknya itu. Dania merajuk tak?

“Ohh, ermm, Untunglah kau. So, terpaksa lah aku makan sorang-sorang. Erm, it’s okay lah Rania. Aku tak kisah. Kau lunch jelah dengan Jeff.” Hmm, untung Rania dapat Jeff. Si jejaka tampan. Dahlah kacak, lepas tu baik plak. Selalu ada untuk Rania. Aku? Hmm. Keluh Dania.

“Kau tak kisah ke kalau aku tak lunch dengan kau ni? Kalau kau nak, aku boleh cancel lunch date aku dengan Jeff. Aku spend time dengan kau hari ni. Or kau nak join kitorang lunch? Nanti aku inform kat Jeff.” cadang  Rania.

“Eh, it’s okay lah Rania. Aku tak kisah. Kelamrin pun kita dah spend time together. Hari ni kau dengan Jeff plak. Nanti, Jeff kata apa plak, kan? Aku tak kisah. Aku okey je.” Tolak Dania. Hmm, aku tak nak ganggu lunch date korang lah. Tak akan 24jam kita nak berkepit.

“Betul ni?” Tanya Rania lagi untuk mendapat kepastian daripada Dania. Mana tahu, tup tup Dania ubah fikiran nak lunch date bersama dia dan Jeff.

“Yes. I’m sure. Aku okay je. Eh, kau makanlah. Jangan risau pasal aku. Macam tak biasa plak. Aku dah biasalah makan sorang-sorang. So, have fun, babe. Love you. And say hi to Jeff.”

“Erm, kalau kau dah cakap macam tu. Okaylah. Take care, dear. Love you too. Okay, bye.”

Selepas tamat perbualan antara mereka, Dania memerhatikan hotel 5 bintang di depan matanya itu. Hmm, again lunch di sini. Alone. Dania mematikan enjin keretanya. Belum sempat dia membuka pintu kereta, sebuah kereta BMW X6 berwarna putih yang terletak di hujung itu menarik perhatian Dania.

Eh, bukan ke tu kereta Abang Raff? Apa dia buat kat sini? Tadi cakap busy. Hmm.

Dania menapak masuk kedalam hotel itu lalu menuju ke  restoran yang telah disediakan untuk tetamu-tetamu hotel itu. Sampai saja didepan pintu restoran itu, seorang pelayan datang menghampiri Dania lalu menyapanya “Good afternoon, Miss. How many person?” Tanya si pelayan.

“One person only” Jawab Dania. Semasa si pelayan mengiringi Dania ke tempat duduk, Dania terpandang susuk tubuh jejaka yang dia teramat kenal. Jejaka itu sedang merangkul pinggang wanita seksi disebelahnya itu. Dania memandang dengan penuh teliti takut tersilap orang.

Bum!

Terkejut Dania apabila jejaka itu memusingkan badannya. Tengku Raffe! My fiancée! And that woman…
Syaza? Apa yang dorang buat kat sini? Tadi cakap ada kerja berlambak sampai tak sempat nak keluar lunch. And now?

Dania, jangan fikir yang Tengku Raffe curang dengan kau. Think positive Dania. Kata Dania kepada diri sendiri. Arggh! No! I can’t!

Laju Dania menghayungkan kakinya keluar dari restoran itu. Tak tahan. Dia terasa panas apabila dia duduk didalam walaupun dalam restoran itu mempunyai berpuluh-puluh aircond.

“Miss!” Jerit si pelayan. Si pelayan plak pelik dengan sikap pelanggannya itu.
Laju kaki Dania berjalan meninggalkan tempat itu. Air mata mula membanjiri matanya. Arghh, dia tidak kisah padangan sekeliling.

Apa hubungan Abang Raff dengan Syaza? Apa hubungan dorang? Majikan dan pekerja? As a friend? Or more than that? Dania tidak mahu fikirkan lagi. Dia benar-benar kecewa dengan Tengku Raff. Air mata laju membasahi pipi gebu Dania.

Tiba-tiba…

“Auchh!” Terduduk Dania apabila badan tingginya itu dilanggar oleh seorang lelaki. Apa yang malang sangat nasib aku hari ni? Rintih Dania dalam hati. Air mata dipipi dibiarkan. Tidak ada hati nak sapukan air matanya itu.

Dania menonggak kepalanya untuk melihat siapakah lelaki yang telah melanggarnya sebentar tadi sampai dia jatuh terduduk.

“Miss? Are you alright?” Tanya lelaki itu.

Terkejut Dania saat dia memandang lelaki dihadapannya itu.

“Rayyan” Perlahan nama itu meniti dibibir mungil Dania.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 08:09 AM | Show all posts
ada citer baru.......
next pleaseeee.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2013 09:30 PM | Show all posts
cegitu posted on 8-11-2013 09:09 AM
ada citer baru.......
next pleaseeee.....

Thanks sbb bace. Next chapter is otw.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-11-2013 09:43 PM | Show all posts
Rab 4

Tengku Rayyan memandu keretanya yang berjenama Lamborghini Gallardo yang berwarna putih. Tengku Rayyan teringat akan gadis yang dilanggarnya sebentar tadi di hadapan pintu hotel itu tadi.

“Siapa perempuan itu? She was so familiar. Hmm.” Fikir Tengku Rayyan sambil jari terlunjuknya di ketuk-ketuk ke dagunya.

Dia mula mengingati perempuan-perempuan yang pernah dibawa kehulu hilir. Kalau perempuan yang dilanggarnya sebentar tadi adalah salah seorang teman tidurnya, mesti dia ingat. Tapi, dia masih tidak dapat mengingati siapa permpuan tersebut.

Hmm, kalau perempuan tersebut pernah menjdi teman tidurnya, mesti perempuan  itu tak akan larikan diri seperti tadi. Macam nampak hantu saja.

******************************************************************************************

Tengku Rayyan meberhentikan keretanya di tempat yang telah disediakan. Dia  ada temu janji dengan salah seorag teman wanitanya di hotel terkemuka itu. Dia mengerling jam berjenama mahal ditangan kirinya itu.

“Damm! I’m late” Kata Tengku Rayyan sambil melangkah keluar dari keretanya.

Laju kakinya melangkah ke pintu besar hotel tersebut. Belum sempat melangkah masuk, beberapa gadis cantik dan seksi yang berdiri di hadapan pintu itu telah menarik sepasang mata Tengku Rayyan.

“Wow! Sexy! I like it” bisik hatinya.

Sepasanag kakinya berubah arah. Dia menuju ke arah gadis-gadis tadi berdiri. Apalagi kalau bukan untuk tujuan memasang umpan. Dasar lelaki buaya. Pantang Nampak perempuan berdahi licin. Mulalah nak mengurat.

“Hai, ladies.” Tegur Tengku Rayyan sambil tersenyum penuh menggoda itu.

“Hai, charming.” Balas gadis-gadis tersebut dengan serentak.

Jerat mengena! Senang je nak mengumpan dorang ni. Just keluarkan ayat-ayat manis. Then, gotcha! Kata Tengku Rayyan didalam hati dengan penuh rasa bangga.

Selepas berbual-bual dan dia telah mendapat apa yang diinginka cepat-cepat Tengu Rayyan meminta diri untuk ke restoran di hotel tersebut.

Namun, malang tidak berbau. Semasa dia hendak berpusing dia telah terlanggar seseorang sampai orang itu jatuh terduduk. Gadis! Yeah! New victim.

“Aduhhh!” Kata gadis itu.

“Are you alright?” Tanya Tengku Rayyan dengan penuh makna.

Apabila gadis itu mendongak, jelas sekali wajah itu menunjukkan reaksi terperanjat.

Mungkin terkejut tengok muka handsome aku kot. Bisik hati Tengku Rayyan.

“Rayyan.” Terkejut Tengku Rayyan apabila namanya meniti dibibir nipis si gadis itu.

Belum sempat Tengku Rayyan memulakan langkah seterusnya, laju saja gadis itu berlari keluar dari bangunan hotel itu. Tengku Rayya cuba mengejar gadi itu untunk bertanya adakah mereka saling kenal.

Namun, gadis itu sempat melarikan dirinya.

Tengku Rayyan tidak jadi untuk meneruskan hasratnya untuk mengikut langkah gadis itu apabila dia teringat bahawa dia ada lunch date dengan teman wanitanya.

Dia berpusing lalu berlari anak menuju ke restoran.

******************************************************************************************
Dia tersentak apabila telefonnya bordering dan bayangan gadis terebut telah lenyap.

“Hello.” JAwab Tengku Rayyan.

Selepas tamat perbualannya di telefon dia kembali mengingati gadis tadi.

“Who is she actually?”

“She’s so cute. Sweet. And hmm, se….xy! I like it.” Dia memuji sambil tersenyum herot.

“I need to know about that sweet girl.” Nekad Tengku Rayyan. “I will!” Sambil tersenyum degan pernuh makna.

Dia menekan pedal minyak untuk menambahkan kelajuan keretanya dengan nekad di hati untuk menyiasat tentang gadis itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2013 09:51 PM | Show all posts
Sorry. Sya mintak maaf sangat-sangat kalau apa yang Sya persembahkan kat korang semua tak memuaskan hati korang semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2013 01:30 PM | Show all posts
nexftttt....................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 01:39 AM | Show all posts
Bab 5

Sudah 2 hari berlalu sejak pertemuannnya dengan jejaka itu di hotel, Dania masih dalam keadaan tidak percaya dengan apa yang dia nampak. Arghhh! Kepalanya bertambah serabut memikirkan tentang hubungan Tengku Raffe dengan PA nya. Belum selesai masalah itu, masalah baru pulak yang muncul.

“Macam mana plak dia boleh muncul kat situ? Bukan ke dia dah pergi jauh dari Malaysia? Bila dia balik?” Fikir Dania sambil memintal-mintal hujung bantal kecilnya.

Dania bangun dari duduknya. Sambil memikirkan tentang manusia yang dia terserempak 2 hari lepas, dia mundar mandir didalam biliknya yang bersaiz sederhana itu.

Bilik yang dihias bersama mummynya. Gabungan warna antara white purple and black. Datin Delisha mengikut kehendak puteri manjanya itu. Walaupun sebenarnya dia ingin menghias bilik Dania dengan warna pink, dia terpaksa mengikut kehendak si manja itu. Puterinya itu tidak mahu hiasan didalam biliknya terlalu mewah. Dania hanya mahukan yang simple. But class.

Semua perabot-perabot didalam bilik itu berwarna putih. Dengan queen bad yang berwarna putih juga dibaluti cadar berwarna putih juga. Tapi blanketnya berlainan warna. Purple. Di hiasi pula dengan akuariam ikan berwarna hitam bersebelahan dengan katilnya. Sebuah televisyen LCD dan meja belajar yang bhadapan dengan katil. Itu sudah cukup buat Dania. Tidak perlu lebih-lebih.

Tok! Tok! Tok!

Dania berhenti mundar mandir apabila pintu biliknya diketuk dari luar.

“Yes?” Laung Dania dari dalam.

“This is mummy. Open the door, Nia.” Arah Datin Delisha dari luar.

Dania melangkah ke arah pintu biliknya lalu memulas tombol pintu. Sebaik dia membuka pintu biliknya, Datin Delisha terpacak di depan pintunya.

“Ada apa mummy?” Tanya Dania.

“Nia, daddy nak jumpa Nia. Kat bawah. Nia turun ya.” Jawab Datin Delisha.

“Kenapa daddy nak jumpa Nia, mummy?” Tanya Nia sekali lagi dengan perasaan berdebar-debar. Tak pernah daddynya ingin berjumpa dengannya waktu pagi sebegini. Ada apa, ya? Dania mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Nia turun jelah. Adalah tu daddy nak cakap something dekat Nia.”

“Okey.”

******************************************************************************************

“Nia…”

Dania mendongak kepalanya lalu memandang ke arah daddynya.

“Yes, daddy?”

“I have something to tell you.” Kata Datuk Emir.

“About what?” Tanya Dania. Haih! Daddy ni. Macam perkara penting je. Nak kahwin baru ke? Eh! Jangan! Daddy, Nia tak nak mak tiri. Mak tiri jahat. Eh, Dania Elysha! Apa yang kau merepek ni. Belebel Dania sambil mengetuk kepalaya.

“Eh, Nia. Apasal pergi ketuk kepala sendiri ni?” Tanya Datuk Emir. Dari tadi dia tengok anaknya itu, bercakap sendirian lepas tu ketuk kepala sendiri. Dah kenapa dengan puterinya ni? Kena sampuk ke apa?

“Hah? Err, takde pape lah daddy. Hah! Tadi daddy cakap nak beritahu Nia something. Apa dia?” Tanya Nia. Saja nak cover line. Hehe.

“Hmm, he’s back.”

“Who’s back, daddy?” Tanya Dania. Siapa yang dah balik? Abang Danial dah balik ke?

“Abang Danny yang balik ke, daddy?” Tanya Dania lagi apabila kedua-dua orang tuannya itu hanya mendiamkan diri.

Abang Dania. Satu-satunya putera Datuk Emir dan Datin Delisha, Danial Emraz. Berumur 25 tahun. Seorang pelajar tahun akhir di University Of Bremen. German. Belajar dalam jurusan Business Studies and Economics. Asalnya, Danial nak ambil jurusan medical. Tapi, daddy mintak Danial ambil business. Dapatlah Danial ganti tempat daddy. Nak harapkan aku? Memang taklah. Awa-awal lagi aku dah cakap dekat daddy

I want to be a full housewife and be a great mother.

Then, daddy pun terpaksa lah ikut. Danial, sebab tak nak kecewakan daddy, ikutkan lah sahaja kehendak daddy. Selama ni daddy je yang ikutkan kehendak dia. Sekarang giliran dia untuk gembirakan daddy. Mummy plak, mana-mana pun boleh, asalkan anak-anak dia bahagia.

“No. He’s not Danny.” Kalau bukan Abang Danny, habis tu siapa?

“Habis tu, siapa daddy? Mummy?” Ish, dorang ni. Cakap jelah. Nak main teka-teki plak dah.

“Tengku Rayyan.”

Dumm!       

Tengku Rayyan. Lelaki yang dia terserempak di hotel 2 hari yang lalu.

“Nia dah tahu.” Beritahu Dania sambil menekur ke lantai.

“Macam mana Nia tahu?” Tanya Datin Delisha. Datin Delisha memandang Datuk Emir. Rasanya Tengku Ryzal dah berjanji dengan dia dan suaminya tidak akan memberitahu Dania mengenai kepulangan Tengku Rayyan

“Nia, Tengku Raffe kasi tau Nia ke?” Tanya Datin Delisha.

“Not, not him.”

“Habis tu, siapa yang kasi tau Nia pasal Tengku Rayyan?”

“Nia terserempak dengan dia.” Jawab Nia perlahan.

“What?! When?!” Terkejut Datuk Emir dan Datin Delisha. Macam mana anak mereka boleh terserempak dengan pemuda itu?

Dania biarkan soalan yang ditanyakan tadi oleh daddy dan mummynya. Dia lebih senang berdiam diri daripada menjawab soalan tersebut.

Tengku Rayyan bin Tengku Ryzal, why are you come back? Keluh Dania.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 01:42 AM | Show all posts
Sorry lambat post Internet buat hal tertekan hidup tanpa internet

Okay, selamat membaca
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 11:07 AM | Show all posts
NHSMUM posted on 28-11-2013 01:42 AM
Sorry lambat post  Internet buat hal  tertekan hidup tanpa internet

Okay, ...

tu jer ke? tepek lah bebanyak sayangg ooii...


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 04:19 PM | Show all posts
ALAHAI...CIPUTNYA...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2013 04:34 PM | Show all posts
sorry sorry. idea tak dapat lagi ni. Tengah usehekan. Sabar ye.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 11:05 AM | Show all posts
dah takde update ke cite ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 02:03 PM | Show all posts
interesting... sambung lg TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 04:32 PM | Show all posts
best...nk lagi n3...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.069030 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list