CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3514|Reply: 13

CERPEN : CINTA

[Copy link]
Post time 16-10-2013 10:59 PM | Show all posts |Read mode
              C.I.N.T.A! Satu perkataan keramat untuk semua makhluk ciptaan Allah S.W.T. Jika tiadanya cinta, apalah erti kehidupan ini. Dengan adanya cinta, maka lengkaplah kitaran hidup makhluk ciptaanNya di dunia nan fana ini. Apakah itu C.I.N.T.A? Setiap orang punyai pandangan tersendiri. Berbeda-beda namun tetap sama hala tujunya. Walau di mana sekalipun terpisah, kerana cinta semuanya akan bersatu.

              Cinta hakiki adalah cinta kepada Illahi yang kekal abadi. Cinta sesama makhluk adalah pelengkap dalam mencari cinta yang hakiki. Cinta..cinta..cinta! Di dalam hidup ini, semuanya berkisar tentang perkara itu. Sudah menjadi satu lumrah untuk ada sifat itu. Ibarat ‘makanan ruji’ bagi setiap makhluk. Tidak boleh dipisahkan. Andai dipisahkan, pincanglah peranan kita sebagai manusia.


*****


               Suasana suram menyelaputi kamar Ihsan. Dia yang sedang enak berbaring di atas tilam empuk berjenama antarabangsa itu seakan enggan berpisah. Sifat kemalasan semakin menjerut dirinya hinggakan sukar untuk dia bangkit. Sudah hampir tiga jam dia berkeadaan begitu. Sekejap dikalih tubuhnya ke kanan, kemudian ke kiri. Dan sekarang dia sudah terlentang dengan kedua tangan disilang di bawah kepalanya. Matanya melihat kipas siling yang sedang berpusing pada skala lima.

               Hatinya menjadi tidak keruan sejak kemunculan wanita itu. Tiga tahun wanita itu menghilang, mengapa sekarang baru dia muncul. Itu pun mengaruk mahu menuntut hak penjagaan puteri mereka. Ihsan bingung! Dia sedar bahawa kasih ibu membawa ke syurga. Tetapi layakkah untuk ibu yang seperti itu? Namun, dia bukanlah Tuhan yang boleh menjatuh hukum. Saban hari dia berdoa semoga wanita itu berubah. Adakah doanya termakbul kini?




              “Sampai hati awak buat saya macam ni Mar. Tergamak awak mahu memisahkan saya dengan anak saya. Cuba awak beritahu apa salah saya. Tiga tahun kita berpisah Mar, kenapa baru sekarang awak muncul?” soal Ihsan. Dia memandang wajah bekas isterinya, Marlina. Masih cantik seperti dulu. Jika wajahnya cantik seiring dengan akhlak, alangkah bahagianya hidup sesiapa yang mendampingi wanita itu.

             “Kalau awak tu betul sangat, kita tak berpisah Ihsan. Sebab kedunguan awak yang melampau itulah saya minta cerai. Awak tak perasan ke atau memang tak sedar yang diri awak tu bendul sangat. Awak ingat, saya kahwin dengan awak kerana cinta ke? Hanya orang bodoh saja yang akan jatuh cinta dengan awak.” Hambur Marlina. Berapa lama lagikah dia perlu berada di sini, sedangkan tekaknya sudah berasa mual mahu menghadap muka lelaki dungu ini.

            “Hanya kerana saya dungu. Itu ke yang awak anggap saya selama ini. Kalau saya dungu, itu tak bermakna yang saya tak bertanggungjawab. Apa, selama kita kahwin makan, pakai awak ada yang terkurang ke? Mar, awak jangan ingat saya tak tahu hubungan sulit awak dengan Abdurrahman yang jual karpet tu. Selama ni, saya menanggung dosa atas perbuatan awak. Hari-hari saya berdoa, semoga Allah S.W.T mengampunkan dosa saya selama menjadi suami yang dayus. Pernah ke awak merasa bersalah akan perbuatan awak tu?” soal Ihsan lagi. Selama ini dia hanya berdiam diri sahaja, tetapi tidak lagi hari ini.

           “Ihsan! Jangan nak tunjuk alim awak pada saya sekarang. Sudah takde makna semua tu. Hanya saya yang tentukan hidup saya sekarang. Soal saya nak ada hubungan dengan sesiapa, bukan urusan awak lagi. Apa yang saya tahu, saya nak anak saya kembali!” tegas Marlina. Dia nekad, mahu merampas kembali Marlia, anak perempuannya hasil perkongsian hidup dengan lelaki itu.  

Last edited by wipers81 on 19-11-2013 06:09 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2013 11:00 PM | Show all posts
Selamat Hari Raya Qurban untuk semua. buah tangan terbaru saya.
(pstt...thread yang lama2 akan saya masukkan entri baru kemudian. semuanya dah siap. tinggal nak post sahaja....) Last edited by wipers81 on 16-10-2013 11:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:20 AM | Show all posts
next!

mesti dedua ni cerai dulu pasai masing2 ego.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 03:16 PM | Show all posts

CINTA


                “Suka hati awaklah Mar. Lima tahun kita kahwin dan tiga tahun kita berpisah. Ianya cukup meletihkan saya. Dan sekarang, kemunculan awak hanya mahu membuat ‘ribut’. Selama kita berpisah, pernahkah awak fikir akan anak kita tu. Pernah awak ingat pada Marlia? Pernah..?” soal Ihsan yang mahukan kepastian. Tidak tahu apa sebenarnya terkandung dalam isi hati wanita yang bernama Marlina itu. Mengapa tiada langsung sifat keibuan tertanam dalam dirinya. Dengan wanita jenis apakah telah dia kahwini selama ini? Tidak punyai hati dan perasaan.

                “Sudahlah Ihsan! Jangan sesekali nak mempertikaikan hak aku sebagai ibu dia. Kau kena ingat, aku yang melahirkan dia tau. Sakit perit aku sepanjang mengandungkan dia, hanya aku yang tahu. Kau apa tahu, asyik kerja..kerja..kerja! Aku bosan sebab selalu ditinggalkan. Kerja bagai nak ‘rak’, tapi tak sekaya mana pun..” bentak Marlina lagi. Dia mulai bosan kini dengan lelaki di depannya yang berterusan menyerang peribadinya.

               “Ya, memang saya sibuk dengan kerja. Tapi, untuk siapa semua itu kalau bukan untuk awak dan anak kita. Saya penat-penat mencari duit dan awak... senang-senag habiskannya dengan berbelanja barang yang entah apa-apa. Sampaikan sanggup berhutang sana-sini. Sikit pun saya tak pernah ‘bunyi’ sebab saya tak kisah pun. Pada saya, kalau awak gembira.. biarlah. Dari dulu lagi awak tahu saya memang tidak sekaya mana. Jadi sekarang, mengapa perlu mengungkit soal kekayaan?” Balas Ihsan. Terbit rasa geram di hati. Namun sedaya upaya cuba disanggah. Bimbang jika ianya melarat, akan jadi ‘pertunjukkan’ lain pula.

              “Ah.. sudahlah Ihsan! Malas aku nak bertengkar dengan kau lagi. Satu aku cakap, sepuluh kau balas balik. Apa yang penting sekarang ialah.. anak aku. Apa pun yang berlaku, aku mahukan hak aku. Hak penjagaan dia! Kau jangan nak nafikan semua itu. Jangan kau rasa diri kau sudah hebat. Aku tahu, kau dah senang sekarang. Jangan pandang hina orang macam aku.” Kata Marlina lagi.Terselit sedikit nada berbaur amaran di situ. Dia sebenarnya agak terkejut dengan perubahan mendadak lelaki itu. Kalau dahulu dia lelaki dungu yang hanya menurut apa sahaja katanya, kini lelaki itu sudah pandai menentangnya. Lebih baik dia mengundur diri sekarang.

               Ihsan hanya memandang sepi wanita yang sedang bergerak keluar dari restoran milikya. Sungguh dia tidak memahami wanita itu sekarang. Dari manalah agaknya emak berjumpa dengan wanita itu.

*****

              “Kamu benar-benar tak nak kahwin ke Ihsan? Umur mak ni bukannya makin muda, nak. Sampai bila mak harus menunggu. Kalau kamu ada calonnya, janganlah segan beritahu emak..” kata Aishah. Dia bimbang sebenarnya. Hujung bulan ini umur anak bujangnya akan mencecah tiga puluh lapan tahun. Rakan-rakan sebaya Ihsan, semuanya sudah berumahtangga malah ada antara mereka sudah beranak empat. Dia kepingin sekali untuk menimang cucu. Bukanlah anak bujangnya itu tiada rupa. Sudah ramai calon yang telah diketengahkan, namun Ihsan hanya memandang sepi. Pernah juga terlintas di fikirannya ‘adakah Ihsan lelaki tidak normal’ dan dengan pantas dia membuang semua pemikiran songsangnya itu.

              “Nau’zubillah..” ucap Aishah dalam hati. Terasa berdosa pula bila memikirkan begitu. Semoga pintu jodoh anaknya itu terbuka luas.

              “Entahlah mak. Ihsan pun tak tahu nak kata apa lagi. Macam nilah, mak carikanlah calonnya. Ihsan akan setuju je mak. Baik pada mak, begitu juga pada Ihsan.” Balasnya. Sudah tidak mampu lagi dia mahu bertikam lidah dengan emaknya. Dia pun tidak tahu mengapa berat sekali jodohnya. Dia juga bukanlah seorang yang pemalu. Bukannya dua atau tiga tetapi ramai juga wanita yang ingin mendampinginya langsung tidak diendah. Tidak tahu apa yang tidak kena dengan dirinya.

              “Kalau sudah begitu kata kamu nak, mak akan usahakan. Tapi jangan kata kamu tak nak pula nanti. Buat penat saja mak mencari calon untuk kamu..” balas Aishah. Bimbang juga jika calon pilihannya akan ditolak pula. Bukan boleh diharap sangat anak bertuah itu.

             “Ihsan janji mak, kali ini takkan ditolak pilihan hati emak tu. Hanya restu dari emak yang Ihsan perlukan sekarang. Ihsan ke bilik dulu ya mak. Nak solat Asar sebentar, lepas tu Ihsan nak keluar kembali. Ada kerja yang perlu diselesaikan..” kata Ihsan lalu mengucup kedua pipi wanita yang banyak bersabar dengan kerenahnya selama ini. Kasih dan sayang pada wanita itu benar-benar utuh, walau sehebat mana badai yang datang melanda ia tetap teguh.

Last edited by wipers81 on 17-10-2013 03:22 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 03:24 PM | Show all posts
jom baca lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 05:05 PM | Show all posts
~aduh mana idea nak sambung yang ini. isinya sudah ada, hanya perlu dikembangkan lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-11-2013 06:08 PM | Show all posts
jom baca yang ini. masih mencari-cari rentak mahu menyudahkannya
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 03:53 PM | Show all posts
sila sambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2013 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Menunggu sambungan cerita....hehehe moga idea mencurah dan mencurah lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2013 09:42 PM | Show all posts
adzyla posted on 27-12-2013 08:25 PM
Menunggu sambungan cerita....hehehe moga idea mencurah dan mencurah lagi...

itulah dia adzyla... saya masih tersangkut di situ. Masih memikirkan isinya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 27-12-2013 09:42 PM
itulah dia adzyla... saya masih tersangkut di situ. Masih memikirkan isinya.

Kita doa selepas nie idea mencurah dtg..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 07:45 PM | Show all posts
Good job!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2013 09:33 PM | Show all posts
adzyla posted on 27-12-2013 10:45 PM
Kita doa selepas nie idea mencurah dtg..

terima kasih adzyla. sedang berusaha keras ni. rasa-rasanya buah tangan baru keluar dulu agaknya. nantikan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2013 09:34 PM | Show all posts
isif posted on 29-12-2013 07:45 PM
Good job!!

terima kasih isif. jemputlah baca karya saya yang lain pula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.057398 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list