CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2280|Reply: 5

M'sia Kejam Pada Kristian -The National (UAE). Abd Hadi?

[Copy link]
Post time 15-10-2013 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Posted by Ibnu Hasyim

http://www.ibnuhasyim.com/



Penganut Kristian anggap pengharaman kalimah Allah usaha Umno dapatkan sokongan, kata BBC

Ada yang berpendapat isu penggunaan kalimah Allah tercetus daripada pertelingkahan di antara Umno dan PAS. Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang penganut Kristian daripada menggunakan kalimah Allah dilihat sebagai usaha Umno memenangi semula sokongan orang Melayu menurut BBC dalam ruangan komentarnya semalam.

Wakilnya, Jennifer Pak yang hadir ketika keputusan dibacakan mahkamah menjelaskan bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana populasi penganut Kristian di Malaysia hanyalah 9%.

"Ramai yang percaya isu ini tercetus daripada pertelingkahan di antara Umno dan PAS tetapi isu sama juga yang dimainkan semasa dan selepas pilihanraya."

Katanya, bukan semua umat Islam menyokong keputusan kerajaan untuk menghalang Kristian menggunakan kalimah itu tetapi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang terlalu bersemangat menyokong usaha itu.

Sementara itu, sebuah akhbar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), The National terkejut dengan keputusan yang dibacakan oleh Mahkamah Rayuan semalam.

"Keputusan mahkamah Malaysia bukan sahaja bercanggah dengan amalan beragama tetapi sejarah kalimah itu sendiri. Kalimah Allah itu berasal daripada perkataan 'al-ilah' yang bermaksud tuhan. Kalimah itu telah digunakan di serata dunia dan memasuki alam Melayu dari negara Arab," kata pengarangnya.

"Kalimah Allah tidak hanya eksklusif untuk Islam malah Kristian dan Yahudi juga menggunakan kalimah itu merujuk kepada tuhan sebelum kedatangan Islam.
"Al-Quran sendiri dalam Surah Al-Ankabut menjelaskan umat Islam harus menjelaskan kepada kaum (Kristian dan Yahudi) bahawa tuhan adalah satu."

Akhbar itu turut mengambil contoh UAE menjadi negara Islam dengan pecahan populasi Kristian dan Hindu tetapi boleh hidup bersama mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa ada diskriminasi.

Akhbar di Timur Tengah juga kerap memainkan isu ini beberapa kali sejak ia mula didebatkan di Malaysia pada awal 2010. Pada Januari 2010, seorang kolumnis akhbar di sana menyebut,

"Malaysia telah bertindak kejam kepada penganut Kristian dengan menggunakan isu kalimah Allah yang menunjukkan mereka sendiri tidak cukup arif tentang Islam.
"Dalam Islam, Allah merujuk kepada kalimah Arab yang merujuk Tuhan Maha Besar dan Pencipta sekalian alam. Allah juga adalah tuhan kepada Nabi Noh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad dan nabi-nabi yang lain," kata Akash Sagar. – 15 Oktober, 2013. (TMI)



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lihat  'Penggunaan Kalimah Allah', ditulis oleh Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Sabtu, 09 Januari 2010 10:51..(Laman Rasmi Presiden PAS).

Penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut agama bukan Islam telah menjadi bahan polemik hangat dalam negara kita, dan ianya menjadi semakin panas setelah pihak Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi keizinan kepada pihak gereja Katholik menggunapakai perkataan Allah dalam bahan penerbitan mereka.

Realiti kehidupan dalam negara kita ialah, kedudukan masyarakat Kristian adalah dalam lingkungan kehidupan masyarakat umum yang hidup secara bersama, khususnya masyarakat yang hidup di dalamnya umat Islam, mahu tidak mahu ianya akan menyentuh perasaan mereka, kerana perkataan Allah adalah sangat mulia di sisi umat Islam.

Apa yang menghairankan ialah, sebelum ini pengamal ajaran Kristian itu menyebut ‘tuhan’ dengan bahasa mereka masing-masing. Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan “Allah” dari kitab suci mereka (Al-Quran). Perkataan “Allah” ini tidak diterjemahkan lagi ke dalam bahasa masing-masing, kerana perkataan Allah tidak mampu diterjemahkan ke dalam bahasa lain, dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa Al-Quran.

Persoalannya ialah, adakah ianya boleh dibenarkan begitu sahaja di ataskonsep kebebasan beragama? Hakikatnya, kebebasan secara saksama seharusnya mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah sehingga boleh mencetuskan perkara yang boleh merosakkan hubungan sesama manusia. Jangan sampai kita ‘terbabas’ dalam mencari kebebasan. Perkara ini perlu dijawab secara ilmu, kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah Allah mengikut maknanya yang sebenar sehingga menjadi akidah yang menjadi asas kepada amalan mereka.

Apa yang perlu difahami ialah, adakah penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama lain itu adalah mengikut makna perkataan “Allah” yang tepat, dengan maksudnya yang sebenar dari segi bahasa Arab? Atau adakah mereka yang bukan Islam itu memakai perkataan itu dengan mempunyai maksud mereka sendiri yang tidak tepat mengikut bahasa bangsa yang menggunakannya, sehingga ianya boleh menjadi ejekan atau mengurangkan maksudnya sehingga menyentuh perasaan penganut Islam yang memuja kalimah ini?

Suatu hakikat yang perlu difahami dengan terang dan nyata ialah, bahawa umat Islam di serata dunia yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bercakap berbagai bahasa pula, sedang menggunakan perkataan “Allah” mengikut maksudnya yang sebenar inilah.

Perkataan Allah disebut oleh orang Arab atau pengguna bahasa Arab yang menganut berbagai agama, sama ada penganut Yahudi, Kristian dan penyembah berhala sejak dahulu kala. Al-Quran menyebut secara jelas bahawa penganut agama-agama itu menyebut dan menulis perkataan Allah.

Firman Allah bermaksud:
  • Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya), sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?. (Surah al-Ankabut: 61)
Firman Allah bermaksud:
  • Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah al-Ankabut: 63)
Firman Allah bermaksud:
  • Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah Luqman: 25)
Firman Allah bermaksud:
  • Dan demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (Surah az-Zumar: 38)
Firman Allah bermaksud:
  • Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui". (Surah az-Zukhruf: 9)
Firman Allah bermaksud:
  • Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? (Surah az-Zukhruf: 87)
Ayat-ayat tersebut di atas mendedahkan bahawa orang-orang bukan Islam yang menganut berbagai agama itu mengaku wujudnya Tuhan yang bernama Allah mengikut naluri dalam Tauhid Rububiyyah (adanya Tuhan Pencipta Alam) dan ianya hanya sekadar itu. Namun kepercayaan mereka sebegini tidak menepati hakikat dari makna perkataan Allah mengikut maknanya yang sebenar, iaitu supaya mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup seluruhnya.

Hari ini kita melihat mukjizat Al-Quran, apabila mereka memaksa diri untuk menggunakan perkataan Allah, pada hal selama ini mereka menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa masing-masing seperti God dan Lord; dan kalau itulah Allah mengikut kefahaman mereka maka ianya adalah tidak tepat dengan maksudnya.

Umat Islam tidak boleh memaksa kefahaman mereka yang salah ini untuk mengikut ajaran dan takrifan bahasa umat Islam, walaupun mereka percaya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, tetapi mereka melantik tuhan-tuhan yang lain daripadanya dengan berbagai-bagai cara. Kalangan penganut Kristian dengan kepercayaan Trinity dengan mengadakan isteri dan anak bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Suci itu. Agama yang lain menambah perlantikan Tuhan mengikut kefahaman mereka masing-masing.

Mengikut ajaran Islam, perkataan Allah ialah salah satu daripada nama-nama yang banyak bagi Tuhan Yang Maha Esa (Al-Asma Al-Husna).

Imam Al-Baihaqi menulis dalam kitabnya (Al-Asma wa Sifat).
  • “Perkataan Allah itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak berbilang lebih dari satu dan tidak ada sekutu bagiNya (sama ada dinamakan bapa, anak dan apa sahaja). Allah mengikut bahasa Arab yang fasih dan nyata bermaksud, Dia Sahaja Tuhan, Yang Maha Esa, tidak ada lagi tuhan yang lain daripadaNya. Perkataan Allah itu daripada perkataan aL-Ilah dengan menambah al kepada perkataan asal Ilah yang bermakna Tuhan secara umum. Apabila diletakkan alif dan lam (al) menjadi yang khusus satunya yang dikenali dan diyakini benarnya, kemudian dimudahkan sebutannya dengan membuang beberapa huruf, maka disebut Allah. Penambahan al dalam bahasa Arab bertujuan makrifah (yang dikenali) secara khusus yang tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan salah, iaitu "berbilang tuhan”.
Al-Quran mengajar cara penjelasan makna yang sebenar, begitu juga hadith-hadith Rasulullah SAW. Penjelasan inilah yang dinamakan sebagai ‘menyampaikan dakwah’, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Tanpa melarang mereka dari menyebut perkataan Allah, tetapi kita memberi penjelasan berdasarkan ilmu, bahawa penggunaan perkataan Allah oleh mereka yang percaya adanya sifat ketuhanan dan nama ketuhanan yang lain daripada Allah adalah tidak tepat.

Apabila Rasulullah SAW menghantar surat kepada raja-raja yang menganut agama kitab, dan disebut dalam surat perutusan itu firman Allah yang menjelaskan kepercayaan yang sebenar kepada Allah yang bermaksud:
  • Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah". Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". (Surah Ali Imran: 64)
Perutusan Rasulullah SAW mendedahkah bagaimana golongan ahli kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut perkataan Allah, seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran tauhid, iaitu mengesakan Allah tanpa syirik, sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (pendita) dan pemimpin-pemimpin (arbab) yang mencipta undang-undang dan hukum yang menentang hukum Allah. Mereka telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada rasul mereka sendiri, atau mengharamkan apa yang dihalalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama sehingga boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah sahaja.

Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama bagi melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sama sekali. Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan  bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah Allah di hadapan umat Islam.

Imam Ali K.W, menegaskan kepada mereka yang menyalahgunakan perkataan yang benar dengan tujuan yang salah, dengan apa nama sekalipun:
  • (Kalimahnya benar tetapi dimaksudkan dengan tujuan yang salah).
Kalimah Allah adalah paling benar, tetapi kalau menulis atau menyebut perkataan Allah laksana memakai jenama barangan untuk melariskan jualan di tengah masyarakat umat Islam, maka ianya sangat menyentuh sensitiviti umat Islam. Keadaan ini akan menyebabkan semua kalangan umat Islam yang berbeza pertubuhan (NGO), fahaman politik dan individu, bersatu untuk mengeluarkan  suara hati mereka yang sangat memuliakan kalimah Allah. Suasana sebegini boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita.

Al-Quran juga memerintah penganutnya supaya tidak menghina dan mencaci penganut agama lain sehingga menyebabkan mereka mencaci Allah. Firman Allah yang bermaksud:
  • Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-An'am: 108)
Demikianlah keterbukaan Islam terhadap kebebasan beragama dengan batas sempadan yang tidak menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai agama.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2013 09:14 PM | Show all posts

Dr Asri: Takkan seluruh dunia Arab murtad?

Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri (atas) bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".

Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad.

Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.

"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.

Kalau Islam dihalang guna 'Isa' bagaimana?

Sementara itu, pendakwah bebas Wan Ji Husein (bawah) pula tampil dengan beberapa persoalan berkaitan kalimah Allah yang menurutnya patut diperjelas oleh Nooh, antaranya:

(1) Status ayat al-Quran yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang dibacakan nama Allah boleh dimakan.

(2) Status agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan kalimah Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

(3) Suruhan Allah dalam al-Quran yang menyuruh orang Kristian bersumpah dengan nama Allah jika mereka menafikan sesuatu tuduhan jenayah.

(4) Yahudi dan Kristian sejak zaman penurunan wahyu sendiri mempunyai kefahaman yang berbeza dengan Islam apabila menyatakan Uzair dan Isa anak Allah, seperti dirakam dalam al-Quran.

"Makanya, apa logiknya kata Yahudi dan Nasrani dulu tak sama dengan Yahudi dan Nasrani zaman sekarang? Nooh Gadut adajawapan tak?" tulis bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu.

Wan Ji juga menimbulkan persoalan berhubung sikap umat Islam jika mahkamah di negara yang diperintah orang Kristian, seperti England, melarang umat Islam menyebut nama Nabi Isa dalam al-Quran dengan alasan

"Noh Gadut setuju atau tidak dengan mahkamah England itu?" soalnya lagi?
VIDEO BERKAITAN / 3:32 MINIT


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 09:15 PM | Show all posts
Suara Hati Anak Sarawak yang berketurunan Melayu beragama Islam mengenai 'Isu Allah' di S.Malaysia ( Malaya ).



Bukan hanya sekadar masyarakat Kristian di
Sarawak bahkan masyarakat Melayu Islam Sarawak juga 'menyelar' tindakkan sebuah badan NGO yang bercita-cita seperti mat jenin yang ingin mempeluaskan 'jajahan' Ketuanan mereka ke Sabah dan Sarawak kerana ia umpama menganggu-gugat sebuah ketenteraman antara agama serta kaum yang telah lebih ratusan tahun terjalin di Sarawak bahkan Sabah.

Berikut di bawah adalah 'luahan' seorang anak muda Sarawak yang beragama Islam. Mr.J percaya bahkan ramai lagi penganut Islam di Sarawak juga berpendapat sama.:
-
Ini adalah suara hati saya sebagai anak Sarawak yang berketurunan Melayu dan beragama Islam. Namun begitu saya lebih suka dipanggil Bangsa Sarawak.

Kenapa Bangsa Sarawak? Kerana disamping berketurunan Melayu Muslim saya juga mempunyai uncle auntie sepupu sepapat nenek datuk yang berbangsa Melanau, Bidayuh,
Iban, Cina dan Orang Ulu. Dan ada antara keluarga saya masih lagi menganuti agama Kristian, Buddha dan pagan.

Adakah itu menyebabkan saya mahupun sepupu ataupun anak saudara saya yang lain tidak tahu membezakan yang mana satu Isa yang mana satu Muhammad. Jauh sekali tidak kerana segalanya terletak kepada ketakwaan dan pegangan agama yang utuh.


Sarawak yang terdiri daripada lebih daripada 30 Etnik , pelbagai agama tidak pernah ada

berlakunya Rusuhan 'Agama'.


Kami merayakan kesemua perayaan besar di dalam
Malaysia daripada Hariraya Aidilfitri, Hariraya Haji, Krismas, Gawai dan Tahun Baru China. Adakah kami yang muslim ini kufur? Allah hanya satu dan DIA YANG MAHA BERKUASA LAGI MAHA MENGETAHUI.

Saya tidak mahu mentaliti 'mereka' yang desperado dan cuba untuk mempengaruhi penghidupan kami yang hidup utuh sebagai 1 Bangsa Sarawak diganggu gugat oleh golongan seperti ini.

Ketahuilah Agama itu boleh ditukar tetapi bolehkah hubungan keluarga darah yang mengalir boleh ditukar. Untuk kesekian kalinya saya memohon Anak Sarawak Bangsa Sarawak bersatu dibawah Panji
Bendera Sarawak dan Jata Sarawak. Kita Perangi mereka yang adanya Unsur seperti ingin memijak Bumi Kenyalang kita..

1 SARAWAK sudah
lama kami amalkan sejak di era Dinasti Era Rajah Putih kami Rajah Brooke dan jangan kerana kami bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia maka KAMU YANG BUKAN ANAK SARAWAK CUBA UNTUK MENGATUR PENGHIDUPAN KAMI DI SARAWAK.

Jangan mendesak kami Bangsa Sarawak untuk mula mengiyakan kata-kata Tun Jugah kami.
"Anang Malaysia baka tebu, Manis ba pun, Tabar ba ujung" "Jangan Malaysia ibarat tebu, Manis di pangkal, Tawar di hujung" .
Dari , - Alex Has , Anak Sarawak-

Bukan itu sahaja , satu laman sosial Anak Sarawak (Kamek Miak Sarawak) juga menjelaskan sedikit mengenai isu tersebut bagi mereka yang tidak pernah ke Sarawak dan tidak pernah melihat secara keseluruhannya bagaimana Perpaduan Agama serta
Kaum di sana.





- Mr.J



Read more: http://www.pengerindu.com/2013/10/suara-hati-anak-sarawak-yang.html#ixzz2htGrFCZp

Last edited by abgsedapmalam on 16-10-2013 09:18 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 09:38 PM | Show all posts
Dari Akhbar harian "The National" dari Timur Tengah United Arab Emirates ( UAE) yang kini memperSOALkan dan juga menTERTAWAkan keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia berkenaan dengan Kalimah Allah baru2 ini kerana mereka tahu bahawa rata-rata Umat Islam MELAYU di Malaysia ini TIDAK FASIH atau Berbahasa Arab sedangkan Al-Quran itu di wahyukan di dalam Bahasa Arab dan perkataan 'Allah' itu juga perkataan Arab yang di pinjam oleh Melayu Islam kita di sini!

w.i.w.c




Word ‘Allah’ is not exclusive to Islam
National Editorial
October 14, 2013 Updated: October 14, 2013 12:14:00



Like the history of most religions, the history of Islam is complex and much debated. But there are a few elements that are not in dispute, chief among them that the God of the Quran is the same as the God of the Bible and of the Torah before it. The mission of Islam, as expressed in the Quran, is not to bring a new faith, but to update the messages of the monotheistic faiths before it.
Related


It is therefore surprising to see, as The National reports today, that a Malaysian court has ruled that a Christian newspaper may not use the word “Allah”to refer to God. The court overturned a previous decision by a lower court, ruling that “Allah” as a term is not exclusive to Islam. This causes a problem for the country’s substantial Christian minority, who have used the word “Allah” to refer to God for decades.
In a fellow Muslim country with substantial Christian and Hindu populations, this feels like the wrong decision. The UAE is rightly proud of its society that allows people from all over the world to practise their faiths openly and without discrimination. Indeed, that inclusiveness is inherent in Islam. One of the reasons Islam was able to spread so far, so rapidly, was the inclusive nature of the faith: for at least two centuries after the coming of Islam, the Arabs ruled vast regions where the majority were not Muslims. The word “Allah” is never exclusive to Islam – indeed, both Christians and Jews used the word “Allah” to refer to God even before the coming of Islam.
That remains the case today. When Christians across the Middle East pray to God, they use the term “Allah”. Walk into a church in Cairo, Baghdad or Beirut this coming Sunday and you will hear the name of “Allah” invoked. That also applies to the Jews of the Arab world, who for centuries have prayed to “Allah”. The Quran itself is explicit on this subject, declaring, in Surah Al Ankabut, that Muslims should tell People of the Book (Christians and Jews) that “our God and your God is one”.
The Malaysian decision overlooks not merely the theology, but also the etymology of the word. The word “Allah” is derived from the Arabic “al-ilah”, the god. It’s found its way across the world and entered Malay from Arabic.
Arabic as a language is a vehicle for faith, be that Christianity, Judaism or Islam. The God of the three monotheistic religions is the same god. It is unsurprising, therefore, that all three faiths in the Arabic-speaking world (and beyond) refer to God as “Allah”. And if they have the same God, they should have the right to call their deity by the same name.

Editor’s note: follow this link to send a letter to the editor on this or any other subject.




Related








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 09:47 PM | Show all posts
Dari akhbar harian di Timur Tengah "The National" di United Arab Emiratez ( UAE) berkenaan dengan keputusan bodoh oleh Mahkamah Rayuan Malaysia berkenaan dgn isu Kalimah 'Allah' yg kini di pertikaikan oleh Para ILMUAN Islam dan Ulama Antarabangsa yang kini tertanya...

"Apakah TARAF PENDIDIKAN dan PEMAHAMAN Islam di negara Malaysia kita ini???"

Memang ramai orang2 Arab berasa pelik kekadang, bila time Pertandingan Tilawah Al-Quran...baca bukan main sedap bunyi dia, bila peserta2 Timur Tengah datang nak berbicara dalam Bahasa Arab...sepatah haram pun tak reti!

w.i.w.c

Malaysia would be misguided to ban Arabic word for God
Khaled Diab
October 3, 2013 Updated: October 3, 2013 17:54:00



Malaysia is embroiled in a holy war of words. The government wants to ban Christians from using what it regards as a word that should be used only by Muslims.
Related


In 2008, the government threatened to revoke a publishing licence from the Catholic Herald if the newspaper did not refrain from referring to “God” as “Allah”. This would be problematic, as it would force the newspaper to misquote the centuries-old Malay version of the Bible. The local alternative, Tuhan, is used to refer specifically to “the Lord”.
Fortunately, Malaysia’s high court ruled in the newspaper’s favour. The authorities, however, have appealed the verdict.
The dispute is a symptom of deeper troubles. Despite the fact that Malaysians, in their kaleidoscope of religious and racial diversity, tend to “talk conflict, but walk cohesion”, as one academic put it, the country has been experiencing rising tensions between its various groups.
Though it is one of the world’s longest-ruling parties, Barisan Nasional (the National Front) has seen its support base dwindling in recent years. In May, Barisan – whose three race-based parties operate on sectarian grounds outside of elections – gained less than half of the popular vote.
Despite statistical evidence to the contrary, prime minister Najib Razak blamed the erosion on a “Chinese tsunami”. The Malaysian government has also been under growing pressure from Islamic parties, and this has led the government, as has occurred elsewhere, to play the piety card and engage in identity politics.
But is there any validity for limiting the use of “Allah” to Muslims?
The controversy is partly fuelled by confusion. Most Malaysians do not speak Arabicand so some of the Muslims among them may be under the false impression that “Allah” is an exclusively Islamic word. But they are mistaken. “Allah” is simply the Arabic word for “God”.
The word itself – which is probably a contraction of the Arabic al-illah (the god) – predates Islam. It was used by the Arabs to refer to the chief god of Mecca, whom they believed to be the creator of the world and the giver of rain and was venerated around the black stone of the Kaaba.
In Islam, “Allah” is one of 99 names of God. And the word still has not lost its general sense. For example, the beginning of the shahada, or Islamic creed, states that: “la illaha ila Allah”, or “there is no god but God”. The word is also used in the plural form, “alleha”, to refer to the Egyptian and Greek pantheons, for example.
It should then come as no surprise that Arabic-speaking Christians and Jews have, for centuries, referred to God as Allah. In Egypt, for instance, Copts say “Allah mahaba” or “God is love” and I have met Christians whose name is Abdullah (Servant of God).
The fact that Arab and Maltese Christians worship “Allah” while Malaysian Christians have gone to court to defend their right to do so is likely to confuse many conservatives and anti-Muslims in the West.
This is reflected in the controversy in January when a Colorado school allowed pupils to recite the pledge of allegiance in Arabic, sparking anger that the kids were expressing their loyalty to “one nation under Allah”.
But this is just plain ridiculous: Allah is God and God is Allah.
That is why it sometimes irritates me when English translations of the Quran talk of Allah, not God. After all, English translations of the Bible do not tend to use the Aramaic or Hebrew words for God but employ a Germanic one, which derives from guthan, meaning “that which is invoked”.
But some conservative Christians will invoke, in their defence, that Muslims pray to a different deity to them and so this must be distinguished. But this is also nonsense. Though they may disagree on certain ideological and doctrinal issues, and even a little on the nature of God, Judaism, Christianity and Islam all worship the same monotheistic deity.
In fact, it is not a stretch to say that the three religions are essentially branches of the same faith. That is why Muslims refer to the “People of the Book”, and all three religions trace their roots back to Abraham, whom they believe to be their common patriarch.
Khaled Diab (www.chronikler.com) is a Belgian-Egyptian freelance journalist
On Twitter: @DiabolicalIdea




Related







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2013 10:01 PM | Show all posts
Sejarah penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian di Malaysia

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.069911 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list