Berbagai caramengenalpasti suami anda sedang curang (mai kayu tiga di belakang isteri)dengan anda (isteri). Di antaranya adalah:
1) Suami tiba-tiba menjadi sibuk. Sebelum ini suami tidakpernah sesibuk itu tetapi sejak akhir-akhir ini ada saja alasan diberikan suamiseperti terpaksa bertugas di luar. Malah, ada ketikanyaalasan suami itu tidak boleh diterima. Tetapi apabila isteri cuba mendapatkanpenjelasan, suami buat tidak peduli dan tidak sanggup bertentang mata denganisteri. Dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakankhidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.
2) Suami tiba-tiba menjadi panas baran. Menjadi lumrah kepadaisteri bertanya sesuatu yang mungkin mencurigakan apabila melihat perubahansikap suami. Tetapi, pertanyaan itu dibalas dengan jawapan yang kasar. Malah, isteri dimarahidengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelumini suami tidak bersikap demikian.
3) Suami cuba pertahankan diri.
Tidak ada suami yang mahumengaku dia berlaku curang terhadap anda. Apabila isteri cuba mendapatkan penjelasan,suami kerap kali mempertahankan diri, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Bahkan suami cubamenyalahkan isteri atau orang lain yang dituduh cuba memfitnah bagimemecah-belahkan rumah tangga mereka.
4) Suami terlalu berahsia.
Biasanya apabila telefonbimbit berbunyi, suami akan menjawab dengan kadar segera walaupun di hadapanisteri. Tetapi, tiba-tiba suamitidak berbuat demikian sebaliknya apabila telefon bimbit berbunyi, suami akanmenjawab di tempat yang jauh. Percakapan suami seolah-olah membisik agar tidakdidengari isteri. Apabila ditanya siapayang menelefon, suami sekadar menjawab kawan lelaki.
5) Suami tampil dengan gaya baru.
Suami yang anda kenaliseorang yang ringkas, tiba-tiba bertukar wajah kepada penampilan berbeza.Pakaian, rambut, kasut dan minyak wangi daripada jenama mahal. Apabila melihat situasiini, anda harus berwaspada kerana besar kemungkinan suami anda bercinta denganwanita lain.
6) Suami tiba-tiba menjadi intim dan mesra.
Apabila kemesraan suamiagak keterlaluan berbanding kebiasaan, anda harus berhati-hati kerana suamimungkin memasang perangkap. Biasanya, dalam situasi ini, suami akan memberikanapa saja yang isteri inginkan malah dia (suami) akan lebih banyak memuji andadengan kata-kata romantis. Dan, ia nyata berkesan bagi mengaburi isteri.
7) Suami kerap makan luar.
Apabila diajak makan,suami akan memberi alasan sudah makan bersama rakannya. Jika sekali-sekalamungkin tidak apa tetapi jika kerap alasan yang sama diberikan, anda perlumenyelidik, mungkin ada udang di sebalik batu.
8) Suami sering menerima SMS daripada wanita.
Ada ketikanya, isteriperlu membuka telefon bimbit suami. Jika terlalu banyak SMS diterima apatahlagi daripada wanita malah dengan kata-kata menggoda, anda perlu bertindak samaada menghubungi nombor itu untuk mendapatkan kepastian.
9) Suami selalu kerja luar.
Kadangkala mungkin pelikkerana suami selalu memberi alasan terpaksa bertugas di luar daerah atau luarnegara. Jika sekali-sekala mungkin tidak mengapa tetapi apabila setiap bulanalasan itu diberikan, ia patut menjadi keresahan anda.
10) Suami minat memancing.
Suami yang anda kenalitidak minat memancing tiba-tiba membeli peralatan memancing atau joran. Tentupelik kerana setiap malam minggu, dia memberitahu anda, dia pergi memancingbersama kawan. Sebaiknya jika perkaraini berlaku, anda perlu menyiasat kerana banyak kes, suami bukan memancing ikantetapi memancing wanita lain. Apapun, lelaki memangbijak berlakon kerana ada banyak kes, suami tidak menunjukkan sebarang perubahanmalah anda tidak mengesyaki apa-apa tetapi akhirnya diberitahu atau andamendapat tahu suami berkahwin lain. Justeru, sebagai isteri,anda perlu berwaspada tetapi bukan mengongkong suami. Perkara yang paling baikialah memberi layanan yang baik kepada suami seperti yang anda lakukan apabilabercinta dulu. Jika ini mampu andalakukan, insya-Allah suami tidak akan curang atau bermain kayu tiga di belakanganda kerana di rumah, suami sudah menerima layan kelas A.
|