CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2815|Reply: 9

Penerangan tentang CCRIS, sangat baik dan banyak info.

[Copy link]
Post time 16-9-2013 03:07 PM | Show all posts |Read mode



Idea Hartanah: CCRIS report yg mungkin menyebabkan pinjaman anda gagal.

1. Jgn biasakan bayar pinjaman kenderaan @ hire purchase Selepas due date. Biasanya due date bg hire purchase pd 26 & 27 haribulan setiap bulan. Sekiranya anda membayar pd 1 haribulan bulan berikutnya wlupon hakikatnya anda cuma terlewat 4 atau 5 hari shj, CCRIS report akan memaparkan anda tersangkut bayar utk 1 bln. Klu sampai bulan depan nya lg dh 2 bln, anda fikir baru 1 bulan tersangkut. Check semula dgn bank due date dan baki tertunggak jika ada.

2. Rescheduled @ Restructured loan. Jgn accept offer dari bank jika mereka offer facility ini. Sbnrnya facility ini baik utk pelanggan kerana offer ini diberi kpd pelanggan yg mempunyai masalah utk melakukan pembayaran berikutan commitment yg tinggi. Facility ini utk mengurangkan monthly bulanan dan memanjangkan tempoh pinjaman. Jika anda terima offer ini, akibatnya anda sukar utk membuat pinjaman akan datang kerana dlm CCRIS ada mention proses restructure ini. Oleh ini lebih baik perbetulkan sendiri pembayaran supaya lebih berdisiplin drpd buat restructure loan ini.

3. AKPK - bg yg melakukan urusan kredit dgn AKPK juga akan terpapar pd report ini dan anda sukar utk mendapatkan pinjaman sehingga pinjaman tersebut selesai.

4. Special Attention A/C - pinjaman lapuk yg tidak berbayar. Tunjuk kan surat full settlement pd bank apabila membuat pinjaman sekiranya hutang tersebut telah diselesaikan.Simpan surat itu baik2 kerana pasti akan perlu digunakan lg kelak kerana ini spt hukuman penjara, tunjuk surat baru boleh dipertimbangkn utk dilepaskan.

# Hati-hati dgn CCRIS report. Jgn bila ingin membuat pinjaman lg kelak, menyesal dgn record yg sering diabaikan dan kecewa pinjaman ditolak. -KEY-




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 11:03 AM | Show all posts
tq atas info...
hari tu print ccriz report kat bank negara... monthly bayar je instalment tp sbb terlewat 4-5hari spt dicakapkan tu, jadi tak cantik lak..apprear 1 bulan outstanding..lepas ni penting kena bayar sblm due date..

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 02:47 PM | Show all posts
ladyfree posted on 19-9-2013 11:03 AM
tq atas info...
hari tu print ccriz report kat bank negara... monthly bayar je instalment tp sbb te ...

apa prosedur nak mintak ccris report? susah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 10:39 PM | Show all posts
cronix posted on 27-9-2013 02:47 PM
apa prosedur nak mintak ccris report? susah tak?

Mudah je, pergi BNM, tanya sesapa kat situ mana mesin utk check CCRIS. Caranya utk cetak, letak IC kad mesin tu, letak ibu jari, then print.

Lepas tu mana record yang kita dah clear, tapi still appear kat situ, call setiap bank tu minta clearkan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 10:41 PM | Show all posts
Info tambahan: Jaga-jaga dengan semua pre-approve loan by call tu. Sebab ade yang akan appear dlm CCRIS tu walau pun kita just terima call je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 09:57 AM | Show all posts
mhh4554 posted on 27-9-2013 10:39 PM
Mudah je, pergi BNM, tanya sesapa kat situ mana mesin utk check CCRIS. Caranya utk cetak, letak IC ...

senang jela ek. mcm nak print epf statement je. thanks for the info. nnt bebila boleh try gi print.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2013 02:10 PM | Show all posts
nice info... thanks!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 12:00 PM | Show all posts
cronix posted on 30-9-2013 09:57 AM
senang jela ek. mcm nak print epf statement je. thanks for the info. nnt bebila boleh try gi print ...

Sama mcm EPF eh. Cuma saya tak pernah ade EPF, tu tak tau sama je dgn mesin EPF.

Galakkan semua member2 pergi check. Baru kita boleh sedar kita ni bagus atau tak dlm membayar hutang. Pastikan payment semua 0 1 0 0 0 0 1 0 0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2013 12:35 PM | Show all posts
cronix posted on 27-9-2013 02:47 PM
apa prosedur nak mintak ccris report? susah tak?

anta email pun boleh.. tapi kena print borang dulu.. saya pernah buat, sebb nk g bank negara tu jauh..  isi form tu dulu & kita kena attch salinan ic, 1 i bil utiliti & buku simpanan (muka depan jea - yg ada no akaun & nama kita). dorang akan reply dalam tempoh 1 - 2 minggu.

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 05:21 PM | Show all posts
izzyanna posted on 4-10-2013 12:35 PM
anta email pun boleh.. tapi kena print borang dulu.. saya pernah buat, sebb nk g bank negara tu ja ...

oh boleh request online juga.. tq for the info. sgt membantu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.047673 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list