CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2597|Reply: 0

Rossi yakin naik podium

[Copy link]
Post time 13-9-2013 02:46 PM | Show all posts |Read mode


BEKAS juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi dari pasukan Yamaha yakin naik kedudukan podium menjelang perlumbaan MotoGP San Marino, Ahad ini.

Digelar ‘The Doctor’, beliau optimis menguasai Litar Misano kerana jaraknya terletak cuma 10 kilometer dari kampung halaman Rossi di Tavullia, Itali.

"Litar Misano adalah 'rumah' saya dan cukup suka dengan balapannya. Saya kerap naik podium bersama Yamaha dan akan berusaha sebaiknya untuk tidak merosakkan rekod ini.

"Ketika mewakili Ducati, saya juga miliki rekod cemerlang," katanya.

Untuk rekod, Rossi muncul pemenang pada 2008 dan 2009 dan akhiri saingan di tempat ketiga pada 2010.

Begitu pun, dalam tiga aksi terakhir Rossi, beliau sekadar tamatkan pertandingan di kedudukan keempat.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050898 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list