CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13989|Reply: 61

Cerpen: Sinar Cintamu~Tamat

[Copy link]
Post time 11-9-2013 08:09 PM | Show all posts |Read mode
Hi all...I'm a newbie here...cuba berjinak2 berkarya...still amature..

So appreciate any constructive feedbacks or comments..
  1. Improvement begins with "I"
Copy the Code
Last edited by Lynn9 on 26-9-2013 07:32 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2013 08:12 PM | Show all posts

Inilah kali pertama aku mejejak kaki ke bumi Malaysia setelah bertahun di rantau asing.  Inilah udara yang aku rindukan selama ini.  Masih ingat lagi mandi sungai bersama Ujang, Ijoi, Ahmad dan Mira. Tiba-tiba aku menguntum senyum. Teringatkan Mira.  Lagaknya bagai lelaki.  Sama-sama terjun ke jeram.  Sama-samalah juga turun ke bendang menarik lintah, umpan untuk memancing.  Tak pernah aku lihat budak perempuan seperti Mira. Adik aku Zita, geli-geleman melihat lintah tapi si Mira galak mengusik persis jantan.  Tapi ubahlah macamanapun kalau dah memang tuhan jadikan perempuan tetaplah perempuan.  Bila kena sakat dengan Pak Mail kedai depansimpang, balik menangis.  Tak malu.  Kalau nak jadi jantan mana boleh menangis.


Masih terbayang-bayang di mata aku, waktu kami menahan lukah menangkap puyu dan keli sewaktu banjir di bendang.  Bermain layang-layang di musim menuai.  Itulah pengalaman yang tak dapat dijual beli.  Diam-diam aku bangga jadi anak kampung.  Anak Malaysia.

Di balai ketibaan, Abang Long, ibu dan ayah telah menunggu.  Segera aku kucup tangan tua mereka.  Ibu menangis terharu, gembira kerana sudah bertahun tidak bertemu.  Itulah orang perempuan! Gembira pun menangis, sedih apatah lagi.  Galak aku mengusik ibu.  Semenjak aku melanjutkan pelajaran ke negara orang, aku tidak pernah balik bercuti ke tanah air.  Maklumlah kami orang susah.  Aku lebih memilih untuk bekerja sementara waktu cuti.  Sekurang-kurangnya ada duit poket.  Dapatlah tampung-tampung duit biasiswa.  Dapatlah juga aku tour Europe,tengok-tengok negara orang.

Wajah ayah dan ibu nampak dimakan usia. Kedut-kedut di muka mereka sudah jelas terlihat.  Mungkin kerana ayah seorang petani.  Hidup susah. Terpaksa membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi untuk kami lima beradik.  Kerperitan inilah penguat semangat untuk aku berjaya dalam hidup. Pemangkin kejayaan.  Abang Long hanya kerja kampung.  Mengambil upah menebas dan meracun di kebun.  Cukuplah hanya untuk tampungan keluarganya sendiri. Untuk duit sekolah anak-anaknya.  Keletah anak-anak buah membuat aku menguntum senyum. Kak Ngah pun dah berkahwin dengan askar. Sekarang ini mengikut suami ke PULADA di Ulu Tiram, Johor nun di selatan tanah air.  Kak Cik pula jadi jururawat di Hospital Taiping.  Memanglah sesuai dengan perwatakannya yang lemah-lembut. Zita pula masih belajar di Uitm Arau. Sebagai anak lelaki yang masih bujang tentulah menjadi tanggungjawab aku untuk menyara keluarga.  Cukuplah pengorbanan ayah dan ibu dulu.  Untuk menjadikan kami manusia.  Tiba masanya aku membalas jasa.  Budi yang tidak terbayar.

Aku masih ingat lagi kata-kata ayah.  Tidakada harta yang nak ditinggalkan, tidak ada wang berjuta yang hendak diwasiatkan.  Hanyalah ilmu agama dan dunia secukupnya untuk kami adik-beradik. Dengan ilmu itulah orang mengumpul harta.  Masih segar dan itulah nasihat yang aku semat di hati ini.  

“AwatPak Lang tak bawak balik salji?” rengek si Hanif.  Anak Abang Long.  Aku tersenyum lebar.  

“PakLang, pernah main salji dak?”

Bertubi-tubi soalan yang ditanya.  Sudahnya aku suruh dia belajar pandai-pandai nanti boleh pergi main salji.  Itulah penghibur hati.  Yang penuh dengan keletah.  Cucu kesayangan ibu.  

Usai mandi aku merebah punggung di anjung rumah. Melempar pandang ke arah bendang yang sedang menghijau.  Ayah duduk berehat di kerusi malas di hujung sana.  Sambil menggulung rokok daun.  Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa menjengah ke muka.  Sejuk hingga ke tulang sum-sum.  Bahagia sedetik.  Namun hati terasa sunyi seketika.  Teringatkan teman-teman sepermainan.  Dengar cerita Ujang telah berhijrah keKL.  Ijoi pula belajar di USM,Penang.  Ahmad sudah berkahwin.  Mira?  Apa khabarlah dia agaknya. Macam dulu lagi ke?


Last edited by Lynn9 on 11-9-2013 08:17 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2013 08:44 PM | Show all posts

Aku menyalin baju dan terus ke rumah Ahmad.  Mungkin ada banyak cerita sensasi yang belum sampai ke telinga aku.  Motor kapcai buruk ayah jadi sasaran.  Rasa rindu pada sahabat lama menghenyak ke benak.

“Ahmad pi padang” beritahu orang rumahnya.  Maksud dia Ahmad ke bendang lah tu.  Dia menyuruh aku menunggu di anjung.

“Sat lagi dia baliklah tu” ujarnya lagi.  Apabila melihat aku terpisat-pisat.  Sudahnya aku memutuskan untuk mencari Ahmad di bendang.  Tak betah pula aku menunggu di rumah Ahmad.  Isterinya masih dalam pantang.  Tak manis dan takut mengganggu.  Aku menyusur Ahmad ke bendang.  Dari jauh aku dah nampak kelibat Ahmad.  Aku melambai sambil melaung memanggil Ahmad.  

“Hisham Iskandar!!!” pekik Ahmad sambil berlari-lari anak ke arah aku.  Kami berpelukan.  Ala-ala hero dengan heroin bollywood la pulak.

“Sorrylah Sham, baju aku berselut” Ahmad merendah diri.

“Inilah bau yang aku rindu hang tau dak!”

Mata Ahmad merah berair.  Terharu.  Rindu kat aku katanya.  Kawan-kawan semua dah tinggalkan kampung.  Ijoi ada juga balik bila cuti semester.  Ujang langsung tak dengar khabar berita.  Lepas mak dia meninggal hilang terus.  Tak pernah balik kampung lagi.  Tapi ada dengar cerita yang Ujang ada di KL.  Cerita Ahmad panjang lebar.  Sesekali menarik nafas.  Kampung dah banyak berubah katanya.  Ramai orang kita jual tanah pada pemaju.  Buat rumah.  Buat Highway.  Tak apalah kataku.  Untuk pembangunan, untuk kesenangan kita juga nanti.

Bila aku bertanyakan khabar Mira, si Ahmad tersenyum sumbing.  Mengusik.  Rindu ke?  Segera aku mengeleng.  Takkan salah bertanya khabar.

“Awek hang tu ada kat Uitm Shah Alam”

Ahmad galak mengusik.  Buah hati?  Tidaklah sampai ke situ.  Bukannya apa, dah berubah jadi perempuan ke belum?  Ahmad menyeringai.  Menampakkan baris giginya.  Mira dah berubah katanya.  Dah cun-melecun ala-ala Rani Mukherjee dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.  

Last edited by Lynn9 on 11-9-2013 08:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 08:59 AM | Show all posts
nnti sambung lagi yea.
setakat nie ...best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2013 09:43 AM | Show all posts
kenapaaku posted on 12-9-2013 08:59 AM
nnti sambung lagi yea.
setakat nie ...best

terima kasih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2013 09:45 AM | Show all posts
Lynn9 posted on 11-9-2013 08:44 PM
Aku menyalin baju dan terus ke rumah Ahmad.  Mungkin ada banyak cerita sensasi yang belum sampai ke  ...
“Dah tak jadi jantan?”  

Dah besar-besar ni dah berubahlah kata Ahmad.  Kami sempat mengimbau zaman kanak-kanakdulu.  Si Mira masih berlagak jantan sampai ke Sekolah Menengah.  Pergi sekolah pakai tudung, balik sekolah tudung entah ke mana.  Kadang-kadang dia ikat kat pinggang.  Sarung seluar dengan kamilah dia terjun tiruk di jeram.  Bila Ahmad kata dia dah berubah sejak masuk Uitm.  Hati ini terusik juga.  Teringin sangat nak berjumpa.  

“Bulan lepas ada dia balik sini..term break” ujar Ahmad.  Sambil tersengih macam kerang busuk.  Nak mengenakan aku lagilah tu.
“Hang kena tunggu 6 bulan lagi kalau nak jumpa dia” Ahmad galak mengusik.
Kami berborak panjang. Bertahun lama tak berjumpa.  Semua cerita keluar.  Sesekali kedengaran Ahmad ketawa besar.  Menggamatkan keadaan.  Itu baru kami berdua.  Kalau Ijoi, Ujang dan Mira versi “jantan”join sekali, mahu pecah kampung dibuatnya.
“Takkan hang tak sangkut dengan awek mat saleh kat sana?”tanya Ahmad.  

Geleng.  Aku menarik nafas.  Mengimbau kenangan aku dan dia.  Aku pernah putus cinta sewaktu dirantau orang.  Tapi bukan dengan awek mat saleh.  Dengan student Malaysia juga.  Mungkin bukan jodoh aku dengan dia.  Dua tahun aku menyemai kasih dan tempoh itu jugalah aku menyimpan hasrat menyunting dia menjadi isteri.  Tapi tidak kesampaian.  Cinta beralih arah.  Walau hati terluka aku akur, cinta tak boleh dipaksa.  Setahun aku merajuk, memujuk hati yang luka.  Bukan senang nak melupakan kisah cinta kami.
Ahmad mendengar dengan tekun. Sampai sejuk air kopi di cawan. Kepada Ahmad aku luahkan rasa kecewa yang aku pendam.  Aku cinta bagai nak rak.  Maklumlah dia cinta pertama aku.  Tapi mungkin aku yang syok sendiri, kalau tidak masakan cinta dia berubah arah. Sejak dia hadir dalam hidup, aku lebih bersemangat.  Dalam diam, si dia menjadi pemangkin untuk aku cemerlang dalam akademik.  Tapi cinta kami putus di tengah jalan.
  
“Relaxlah...bunga bukan sekuntum!” Ahmad menyedapkan hati aku.
  
“Mira kan ada...” tambah Ahmad lagi.
Tak habis-habis lagi si Ahmad mengusik aku.  Mira ada katanya.  Ahmad memang suka mengusik.  Katanya aku secocok dengan Mira.  Tapi tak penah pula terlintas di hati ini nak bercinta dengan Mira.  Mungkin kerana lagaknya bagai jantan.  Setahu aku Ijoi yang minat kat Mira dulu.  Pernah dia hantar surat cinta kat Mira, tapi “si jantan” tu campak dalam bakul sampah.  Sejak itu Ijoi membatalkan hasrat untuk tackle Mira.





Last edited by Lynn9 on 12-9-2013 09:48 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-9-2013 09:55 AM | Show all posts
Minggu berikutnya aku galak membelek akhbar.  Mencari-cari peluang pekerjaan.  Muak rasanya terperap di kampung.  Sesekali aku menolong Abang Long menebas.  Banyak dah job applications yang aku hantar tapi satu pun belum ada jawapan.  Kekadang rasa sedih juga.  Penat aku belajar sampai ke luar negara tapi kerja tak dapat.  Bila terdengar lagu “Aku Penganggur” nyanyian Allahyarham Sudirman, aku tersenyum sendiri.  Aku Penganggur!!

Ada juga budak-budak kampung yang memperlekehkan aku.  Belajar tinggi-tinggi pun tak dapat kerja.  Dia orang kerja kilang pun gaji cecah angka ribu.  Boleh pakai kereta.  Tapi kata ibu sabar...belum ada rezeki.  Sabarlah Hisham..

Sedar tak sedar dah 6 bulan aku menganggur.  Tak betah rasanya.  Motor kapcai ayah itulah yang aku tunggang ke sana ke mari.  Setiap kali posmen datang akulah orang pertama yang menerpa.  Tapi hampa.  Setiap kali telefon berdering, akulah yang bergegas.  Hampa juga.  Sabarlah wahai hati.

Dan di saat aku putus asa, tiba-tiba aku mendapat panggilan kerja.  Tak cukup tanah aku lompat. Gembira.  Dan hari itu jugalah aku dengar cerita yang Mira akan balik cuti semester.  Yahoo!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 10:08 AM | Show all posts
semoga terus berjaya...untuk penulis, hisyam iskandar & mira
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2013 10:50 AM | Show all posts
Selesai solat Maghrib, aku ke rumah Mira.  Cuma nampak kelibat emaknya.  Segan pun ada.  Tapi aku tak peduli, aku nak sangat jumpa Mira versi perempuan dalam erti kata sebenar.  Aku memberi salam.  Emaknya terjengul di depan pintu.
  
“Oh Hisham..mailah masuk” pelawa emaknya.  Aku bersalaman dengan emaknya.

“Makcik apa habaq?” aku bertanya.  Mukadimah.  Takkanlah terus-terus nak bertanyakan Mira.  Nampak sangat gelojoh.

“Dah lama hang balik, ni lah baru nampak muka hang”

Alamak! Aku terkena.  Se das.  Aku cuma tersengih sumbing.  

“Sibuk sikit...” serasa tersekat di kerongkong.  Sibuk?  Lawak ke der?  Sudahnya aku menggaru-garu kepala yang tak gatal.  

“Mira ada ka makcik?” aku memberanikan diri.  

Emaknya bingkas ke dalam memanggil Mira.  Aku menunggu di pangkin depan di beranda.  Malas nak masuk.  Alasan nak balik cepat.  

“Assalamualaikum?”

“Err...Waalaikumussalam..” meleret aku menyambut salam.

Mira telah berdiri di depan aku.  Entah kenapa hati aku berdebar-debar.  Malu pun ada.  Macam tak percaya pun ada.  Betul ke Mira yang berdiri di depan aku ni?  Mira melempar senyuman.  Manis.  Aku yang tersengih sumbing kejanggalan.  Macam tak pernah berjumpa sebelum ini.  Bila dia bertanya khabar aku macam dengar tak dengar je.  Entah ke mana fikiran aku melayang.
  
“Lama dah hang balik?” tanya Mira.

“Boleh tahan lama la jugak...kalau mengandung dah beranak la kot” aku cuba buat lawak bodoh.
  
Dia bagai orang asing.  Betullah kata Ahmad yang Mira dah jadi perempuan.  Aku jadi serba tak kena dibuatnya.  Kalau dulu aku dan dia bertepuk-bertampar tapi kali ini lain sangat.  Berubah betul dia.  Mira pun macam malu-malu, membuat aku bertambah gelabah.  Kekadang lain yang dia tanya, lain yang aku jawab.  Kenapalah dengan kau ni Hisham...controllah sikit!

“Lama hang cuti?.  Itu sajalah soalan yang muncul di kotak fikir.
  
“Sebulan lebih..” jawab Mira pendek.
  
Tak sampai setengah jam beborak belum tolak dengan dia pergi ke dapur bancuh air, aku dah minta diri.  Malam tu pula cuaca tak berapa elok.  Macam nak hujan.  Sesekali angin menderu menambahkan lagi kedinginan yang sedia ada.  Mati kutu betul aku malam itu.  Mira pun tak banyak bercakap.  Kalau dulu dia selamba berceloteh tak berhenti.  Membuatkan aku serba tak kena.
  
Entah kenapa sejak pertemuan tempohari, hati aku selalu berdebar-debar bila terserempak dengan Mira.  Takkanlah aku jatuh cinta?  Ahh!! Bangun dari mimpi Hisham.  Dua tiga kali berjumpa tak terasa sangat kejanggalan.  Lebih-lebih lagi bila aku mengajak dia ke rumah Ahmad.  Kami berborak panjang.  Ada si Ahmad beranilah aku berceloteh panjang.  Muka Mira merah padam bila aku ungkit cerita dulu.  Masa kecik-kecik dulu tu...yang dia mandi dekat paya dengan aku.  Sesekali cubitan hinggap di lengan aku.

Semenjak itu aku sering bertemu dengan Mira.  Berkongsi cerita.  Tapi ada cerita yang tak berapa syok untuk aku dengar.  Di saat hati aku dah terpaut pada dia.  Rupanya dia dah nak bertunang tak lama lagi.  Bagaikan halilintar membelah bumi.  Melepaslah peluang aku.

“Dengan siapa?” terkeluar soalan itu dari mulut aku.  Soalan bodoh rasanya.  Dengan oranglah, takkan dengan beruk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2013 10:50 AM | Show all posts
kenapaaku posted on 12-9-2013 10:08 AM
semoga terus berjaya...untuk penulis, hisyam iskandar & mira

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 11:11 AM | Show all posts
Lynn9 posted on 12-9-2013 10:50 AM
Selesai solat Maghrib, aku ke rumah Mira.  Cuma nampak kelibat emaknya.  Segan pun ada.  Tapi aku ta ...

salam..

ada citer baru...best ..

mira tunang dgn ijoi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2013 01:06 PM | Show all posts
awanjingga posted on 12-9-2013 11:11 AM
salam..

ada citer baru...best ..

salam,
hehehe...thank you thank you...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2013 01:10 PM | Show all posts
“Mira tak kenal..”

Tak kenal? Anak kawan ayahnya.  Alahai...kenapalah ayahnya sibuk-sibuk nak menetapkan jodoh.  Biarlah Mira cari sendiri.  Zaman dah berubah.  Cari orang jauh-jauh nak buat apa? Aku kan ada...

Aku meneguk liur.  Tak tahu apa nak cakap lagi.  Hati rasa berdarah.  Kalau aku ni perempuan, tentu aku dah meraung depan dia.  Tapi aku jugak bagitau dia dulu, jantan tak boleh menangis.  Siapalah malaun yang nak merampas Mira dari aku tu!

Malam itu aku benar-benar hilang mood.  Makan pun tak berapa selera.  Ibu jeling-jeling, pandang-pandang juga.  Mungkin terasa perubahan pada diri aku.  Bila aku cerita hal ini pada Ahmad, aku pula yang dimarahnya.  Katanya aku yang lembab.  Kalau dah suka, kenapa tak berterus-terang?  Macamana aku nak berterus-terang?  Cinta itu datang tiba-tiba.  Mungkin aku hanya bertepuk sebelah tangan.  Entah-entah Mira tak ada segelumit pun perasaan pada aku.  Tak terlintas langsung agaknya nak jatuh cinta kat aku.  Apalah yang aku ada..rupa pun tak ada, harta apatah lagi.  Mira tu kan anak orang kaya.  Dulu-dulu siapa anak cikgu kayalah tu.  Ayah aku mengusung motor buruk ni ke bendang tapi ayah Mira dah ada kereta.  Dulu mungkin aku tak terasa jurang itu sebab budak-budak lagi.
  
Kata Ahmad ada juga benarnya.  Manalah tahu kalau-kalau Mira pun minat kat aku.  Tapi aku tak cukup berani nak luahkan hasrat hati ini.  Cinta baru berputik.  Tambahan pula dia dah nak bertunang.  Ini memang kerja gila.  Tapi kata Ahmad, sedangkan kapal terbang pun orang boleh rampas, inikan pula belum apa-apa.  Baru nak bertunang.  Senang benar Ahmad bercakap.  Yang nak mengadap semua itu aku.  Aku melepas keluh.  Serasa seperti ada batu besar yang menghenyak ke benak.
  
Akal masih lagi menimbang-nimbang samada aku perlu meluahkan hasrat sebelum aku bertolak ke KL lusa ini.  Saja mencuba nasib.  Atau mungkin mencari nahas.  Aku melepas keluh sekali lagi.  Payah.
  
Tiba-tiba terdengar orang member salam.  Ibu di dapur, ayah pula belum balik dari surau.  Aku bergegas membuka pintu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 02:47 PM | Show all posts
Mak bapak Hisham yang pinangkan Mira sonyap-sonyap.... eheh...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2013 03:38 PM | Show all posts
“Ijoi!” aku beteriak gembira.  Kami berpelukan.
  
“Bila hang balik?” tanya aku sambil merebah punggung di pangkin.
  
“Petang tadi...aku terserempak dengan Ahmad, dia habaq kat aku hang dah balik”

Ibu muncul di pintu.  Terkejut katanya.  Tiba-tiba dengar riuh-rendah di depan rumah.  Bila nampak Ijoi, ibu tersenyum lebar sambil menggeleng kepala.  Patutlah riuh katanya.  Selang berapa minit Ahmad sampai. Tambah korum.  

Kami bersembang panjang.  Dua kali jugalah ibu menjerang air untuk membancuh kopi.  Malam itu kami betul-betul rancak berborak, sampai ayah tercegat di depan tangga pun kami tak perasan.  Di selangi dengan gelak tawa.  Antara kami berlima, Ujanglah yang paling tua.  Dialah yang banyak bagi nasihat pada kami dulu.  Aku dan Ahmad sebaya.  Manakala Ijoi seumur dengan Mira.  

Mulut Ijoi terlopong bila kami buka cerita pasal Mira nak bertunang.  Dengan siapa?  Aku menjungkit bahu.  Kata Mira dia tak kenal. Anak kawan ayahnya.  Sempat juga aku tanya Ijoi samada dia masih menyimpan hati terhadap Mira.  Dia menyangkal.  Rupanya dia dah ada buah hati.  Itu kisah dulu katanya.  Cinta monyet.  Aku menarik nafas lega.  Ada peluang aku.  Ada ke? Aku menghela nafas panjang.

Sedar-sedar jam dah hampir pukul 1 pagi.  Ahmad minta diri takut orang rumah bising katanya.  Yang si Ijoi galak mengusik Ahmad takutkan bini.  Bukan takut kata Ahmad, sayang..

Entah kenapa malam itu aku langsung tak rasa mengantuk.  Dah naik lunyai tilam dibuatnya.  Sekejap aku pusing ke kanan, sekejap ke kiri tapi mata masih tidak mahu lelap.  Akhirnya aku capai beg bawah katil, kemas baju-baju yang aku nak bawa lusa ini.  Lusa aku akan bertolak ke KL.  Akan bermulalah kehidupan baru di alam kerja.
  
Dalam otak telah berkira-kira, nak beli rumah, kereta dan macam-macam lagi.  Banyak sungguh angan-angan yang aku pasang.  Sudahnya aku tersenyum sendirian.  Berangan!

Namun hati ini masih dijengah gelisah.  Resah mengenangkan samada aku hendak luahkan isi hati ini pada Mira.  Ahmad kata jangan peram perasaan itu lama-lama.  Nanti melepas.  Cepat saja Ijoi menyokong.  Setidak-tidaknya dia berani juga hantar surat kat Mira dulu, walaupun ditongsampahkan.  Tabik jugak aku kat Ijoi, sebab berani.  Aku? Masih mengumpul semangat.  Bukannya apa, takut cinta aku ditolak mentah-mentah.  Aku menarik nafas panjang.

Hampir masuk waktu subuh barulah mata ini terlelap.  Dalam lena yang panjang.  Sedar-sedar matahari sudah meninggi.  Lebur solat subuh aku.  Kenapa ibu tak kejut? Tanya aku bila berselisih dengan ibu di dapur.  Dah kejut tapi tak mahu bangun juga, tinggal nak jirus air saja.  Pagi-pagi ibu buat lawak.  Katanya ayah dah kejut berkali-kali.

**************************************************************

Petang itu aku terserempak dengan Mira di depan kedai arwah Pak Mail.  Mira melempar senyum ke arah aku.  Sudah tentulah aku sambut dengan senyum meleret.  Hati berbunga.  Macam orang angau.
  
“Mira...aku...” kata-kata aku mati di situ.  Kerja gila.

Mira memandang.  Dia mengerut dahi.  Pelik.

“Aku..suka kat hang”

Mira memandang tepat ke mata aku.  Mata kami bertemu buat beberapa detik.  Yang menyebabkan degupan jantung aku bedegup ke tahap maksima.   Tiba-tiba Mira tergelak.  Entah kenapa aku pun turut tergelak.  Mentertawakan diri sendiri agaknya.
  
“Hisham, hang ni bila la nak serius?” tanya Mira.  Dan kali ini dia merenung mata aku dalam-dalam.  Membuatkan penyakit gabra aku datang lagi.  Janganlah tenung macam ni Mira.  Nak gugur rasa jantung aku.  Aku menelan liur.
  
“Saja melawak ngan hang…April Fool!!”  April fool ke aku yang fool? Aku melepas keluh.

Air muka Mira berubah.  Dia tersenyum kelat.
  
“Melampaulah hang Hisham!” getus Mira.  Mukanya merah padam.  Lalu dia melangkah pergi meninggalkan aku yang terkulat-kulat.  Aku memang bodoh.  Dah ada peluang depan mata tapi tak nak guna sebaik-baiknya.  Masih mengumpul semangat.  Masih tak berani.  Ahhhh!!!! Aku menepuk dahi.

Tapi entah kenapa hati kecil ini dapat rasa yang Mira pun ada menyimpan perasaan yang sama terhadap aku.  Aku dapat lihat sinar itu di matanya.  Tapi kalau pun betul perasaan kami sama, mampukah aku untuk menghalang pilihan keluarganya?  Mampukah aku berhadapan dengan semua itu?  Merampas bakal tunang orang?  Ini bukannya berlakon dalam filem yang boleh senang-senang rampas tunang orang.  Tukar pengantin.  Ini realiti.  Aku kena berpijak di bumi yang nyata.  Tiba-tiba teringat cerita Hindustan lakonan Shahrukh Khan “Dilwale Duhlania Le Jayenge”.  Macam kisah hidup aku ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2013 03:40 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 12-9-2013 02:47 PM
Mak bapak Hisham yang pinangkan Mira sonyap-sonyap.... eheh...

good try....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2013 03:57 PM | Show all posts
best...sambung lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2013 04:20 PM | Show all posts
ovina posted on 12-9-2013 03:57 PM
best...sambung lagi..

hehehe thank you, thank you...tengah gigih ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2013 04:28 PM | Show all posts
Pagi itu Abang Long yang menghantar aku ke stesen bas Sahab Perdana.  Berat juga hati nak tinggalkan kampung bila dah lama manja dengan ibu.  Dan sudah semestinya ada sesuatu lagi yang membuatkan hati ini tak bersemangat.  Mira.  Aku melangkah longlai menuruni anak tangga.  Tiba-tiba ibu panggil.  Ada panggilan telefon katanya, dari Mira.  Mira?  Hati ini bergelojak.
  
“Mira I love you!”

“Hang ni tak habis-habis nak melawak..bila hang nak pi KL?”

“La…hari ni lah…dah siap pun”

“Ohh…”

“Awat? Hang nak ikut sekali ka? Jom..”

Gelak.  Rupanya cuma nak ucapkan selamat jalan.  Bukannya aku nak pergi jauh pun.  Aku mengeluh.  Dia cuma nak jemput aku ke majlis pertunangan dia nanti.  Ceh! Ingatkan apa yang penting sangat.  Baru bertunang, belum kahwin dah sibuk.  Ada rasa cemburu terbit.  Bertunang orang buat simple-simple je kataku.  Terlupa pula yang dia anak orang berduit.  

Kau bodoh kataku.  Kenapa?  Ya lah…nak kahwin dengan orang yang kau tak kenal.  Manalah tahu entah-entah senget sebelah ke.  Dia gelak.  Itu sajalah tak habis-habis gelak.  Semua yang aku cakap pada dia, semuanya dia anggap lawak.  Apa dia ingat muka aku ni muka badut sarkis ke?  Katanya, pilihan keluarga tentunya yang terbaik untuk dia.  Pedih hati ini mendengar.  Tapi..aku cintakan kau Mira.  Namun kata-kata itu hanya tersekat di kerongkong.

Perjalanan dari Alor Setar ke KL memakan masa hampir 6 jam.  Naik kematulah juga punggung aku naik bas.  Sampai di Pudu Central serasa sesak nafas.  Bau asap bas benar-benar menjerut saluran pernafasan.  Aku memilih untuk menaiki LRT ke rumah Amir, sepupu aku.

Keesokkannya Amir yang menghantar aku ke pejabat.  Seram sejuk juga maklumlah first day.  Tapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.  Lama-lama esok biasalah aku.  Dan sedar tak sedar sudah sebulan aku bekerja di salah sebuah Engineering Company yang terkemuka di tanah air.  Dah tentulah gaji pertama aku sebahagian besarnya aku serah pada ibu.  Ibu menolak pada mulanya.  Katanya aku baru nak pegang duit sendiri.

Tak apalah ibu tolong simpan duit tu untuk Hisham nak kahwin nanti ye.  Aku bersoloroh.  Ibu tergelak.  Ingatkan Mira je yang selalu gelakkan aku.  Selebihnya aku simpan untuk beli kereta.  Aku tersenyum sendiri.  Tak larat rasanya turun naik LRT.  Bukan berlagak, cuma teringin nak ada kenderaan sendiri.  Senang nak balik kampung nanti.

Tengah aku berpusu-pusu dalam LRT, tiba-tiba mata mengarah ke perempuan yang duduk di hujung sana.  Mazuin?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 04:42 PM | Show all posts
mazuin plkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.184014 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list