Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut olehRasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surahal-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat denganJumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jikamenghafal 10 ayat terawalnya. Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikansurah al-Kahfi: Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW,baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanyapermulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ] Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAWbersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surahAl-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ] Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada NabiSAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilahbaginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membacakeseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
[ Hadis Riwayat Ahmad ] Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapayg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripadabawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannyaantara dua Jumaat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir] Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surahAl-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara diadan bait Al Atiqa."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir] Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari IbnuAl-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surahAl-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapanhari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir] Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnyaNabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana iaditurunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir |